Ahad, 20 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Blogger Hanief disiasat kerana ada orang sakit hati

Posted: 19 Mar 2011 04:24 PM PDT

Makin hari makin pelik undang-undang kat Malaysia ni. Rupanya kalau kita sakit hati kat orang kita dah boleh suruh pihak berkuasa tangkap orang yang menyebabkan kita sakit hati itu. Lepas ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM akan menjadi pembela kepada orang yang sakit hati [Malaysiakini]
.
Siapa-siapa yang sakit hati dengan mana-mana blog, bolehlah membuat laporan kepada SKMM agar blogger yang menyakitkan hati anda itu ditangkap pada pukul dua tiga pagi dan laptopnya dirampas serta dipaksa untuk memberikan password blog.


Mungkin anda sakit hati kepada blogger-blogger tertentu akibat perasaan dengki, cemburu, kalah berhujah, dan sebagainya. Maka silalah buat laporan kepada SKMM, kerana SKMM sedia membantu anda dengan menangkap dan menyiasat blogger yang anda benci itu.



RentaP© "Gua kalau sakit hati, gua lapor pada tuhan jelah..."

Penganut Kristian minta Najib Tahan Harussani bawah ISA

Posted: 19 Mar 2011 05:42 AM PDT

Berita dipetik daripada laman web [ Malaysia Chronicle ]

Lucu tengok isu ni. Dulu isu Kalimah Allah, punyalah heboh apabila sepatah perkataan nama "Allah" dijadikan isu nasional. Kononnya kerana bimbang orang Islam terpesong akidah, sehinggakan Perdana Menteri pun menyuruh orang-orang Islam berdemonstrasi di jalanraya.

Tapi isu kali ini bukan sahaja sepatah kalimah "Allah" malah lebih dari itu satu buku penuh Bible diterbitkan dalam Bahasa Melayu mengapa tiada lagi demonstrasi macam dulu-dulu? Demonstrasi dulu-dulu tu gimik ajelah ye?

Oh dulu sengaja nak buat kecoh, biar jadi perang antara agama, biar orang Islam dan orang Kristian bergaduh, berbunuh-bunuhan dan bermandi darah supaya boleh istiharkan undang-undang darurat. Lepas darurat, boleh tawan semula negeri-negeri yang kena rampas.

Isu agama, dan isu bangsa dua perkara ini menjadi alat paling ampuh dan berkesan kepada ahli politik untuk mengekalkan kuasa. Satu dunia kalau kita tengok orang bergaduh, berbalah dan berbunuhan kerana dua perkara ini. Pandai mainkan isu ini, maka anda pasti berkuasa.

ReJaM© "Isu rumahtangga, jadi isu kampung, isu kampung jadi isu negara"

[Ads] Siapa nak buat rambut ala Rosmah mansor boleh buat di SVENSON, selamat tinggal kepada rambut rosak sertai juga contest klik sini [http://bit.ly/eqOCzr]

Gempar, Tun Mahathir bertemu dengan orang mati!

Posted: 19 Mar 2011 01:13 AM PDT

Kalau sebelum ini Tun Mahathir di dalam bukunya yang hot dalam pasaran "Doctor in the house", mengaku dengan jelas bahawa dia sekadar menjadi pak turut sepanjang menerajui Malaysia selama 20 tahun, sambil menuduh Sultan Johor yang sudah meninggal dunia yang bersalah di dalam pemecatan Tun Salleh Abas (Ketua hakim Negara) [Pak Turut]. Sayang kerana kita tidak dapat mendengar Almarhum Sultan Johor untuk membela diri.

Namun dakwaan Tun Mahathir kepada Tengku razaleigh Hamzah, dinafikan sekeras-kerasnya oleh tuan punya badan berkenaan tuduhan Ku Li menggunakan politik wang di dalam pemilihan UMNO serta tuduhan Ku Li menjadi penyebab UMNO diharamkan. Malah Ku Li menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan Mahathir terhadap dirinya [Msian Insider].




Apa yang lebih menarik, Tun Mahathir mengaitkan seorang lagi yang sudah lama meninggal dunia di dalam bukunya. Menurut laporan News Strait Time, Tun Mahathir yang mendakwa ada bertemu dengan Dr Sheares, sebenarnya tidak betul, kerana semasa lawatan yang didakwa dilakukan olehnya itu, Dr Sheares sudah meninggal dunia 7 bulan lebih awal [NST].


Mungkin Tun Mahathir pada ketika itu bertemu dengan roh Dr Sheares kah kah kah.

ReJaM© "Tun Mahathir ni tulis buku betul ke tak betul?"

Tiada ulasan: