Rabu, 16 Mac 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Bongkar fitnah video ADUN kantoi beromen dalam wad!

Posted: 15 Mar 2011 11:57 PM PDT

Sejak 10 Mac 2011 yang lalu, geng pencacai gerombolan songkok tinggi bersungguh-sungguh menyebarkan sebuah klip video kononnya seorang ADUN PAS Kelantan kantoi beromen di dalam wad bersama dengan perempuan simpanannya.

Mereka bagaikan sekumpulan beruk-beruk yang menyerang tanaman orang kampung melancarkan taktik serangan "hit and run" di dalam facebook, dan blog-blog pro Barisan Nasional dengan slogan ciptaan mereka "Ingat PAS ingat zina".

Fitnah ini berpunca dari sebuah video klip yang diupload pada 10 Mac 2011 oleh seorang blogger pro gerombolan songkok tinggi. Lihat gambar di bawah [YouTube].


ReJaM© secara peribadi memang sudah masak dengan fitnah beruk-beruk belaan geng songkok tinggi ini, mereka memang gemar membuat fitnah begini. Kali ini, fitnah mereka sekali lagi dibongkar. Video klip asal sebenarnya bertajuk "Kantoi suami ada perempuan simpanan dekat wad" yang diupload lebih awal di facebook oleh individu yang menggunakan nama samaran Baik Punyer.

Klip video tersebut berjaya dibuktikan telah diupload lebih awal berdasarkan komen pertama yang diterima pada video itu bertarikh 9 Mac 2011, pukul 11:06 pagi [Facebook].



Blogger gerombolan songkok tinggi jelas sekali dengan sengaja mengubah tajuk video tersebut kepada "ADUN PAS kelantan kantoi beromen dalam wad", dengan niat untuk menyebarkan fitnah.

ReJaM© "Ingat UMNO, ingat Fitnah...."

Penasihat PM Najib, seorang Gay terbongkar!

Posted: 15 Mar 2011 02:30 PM PDT

Sebuah laporan di laman sesawang Malaysia Chronicle, [Malaysia Chronicle] oleh Mariam Mokhtar mendedahkan bahawa Penasihat Najib Tun Razak, merupakan seorang gay.

Laporan itu turut menyebut bahawa Khairil Annas Jusoh, penasihat Perdana Menteri telah melalui satu perkahwinan palsu, "Lavender Marriage" [Wikipedia], bagi menyembunyikan kecenderungan sifatnya yang homoseksual.

Khairil Annas Jusoh yang juga bekas penuntut lepasan UIA, didakwa diketahui sebagai melakukan "homoseksual secara tersembunyi" "Closet Homoseksual". Malah sebilangan rakan-rakannya di universiti dan Sekolah Menengah Alam Shah didakwa mengetahui tabiatnya itu.

Pada 30 Jun 2010, Khairil Annas dikatakan telah berkahwin dengan Syarifah Nabila Sara, anak perempuan Syed Abdul Rahman Alhabshi seorang Pegawai kehormat Monggolia di Malaysia.

Sebulan selepas perkahwinan tersebut, Syarifah Nabila dikatakan telah bergegas pulang ke rumah untuk mengadu kepada ayahnya apabila menyaksikan Khairil sedang melayan pelbagai lelaki-lelaki di atas katil kelamin mereka.

Malaysia Chronicle mempersoalkan mengapakah Syed Abdul yang pada mulanya percaya dengan aduan anak perempuannya, tiba-tiba berubah fikiran?


Tambah menarik, inilah Pegawai Khas najib yang telah ditemui di Jabatan Perdana Menteri oleh Saiful Bukhari Azlan, orang yang telah menuduh Anwar Ibrahim meliwatnya.

Saiful Bukhari mendakwa (juga diakui oleh Najib) dia bertemu dengan pegawai khas Najib, Khairil Annas ini untuk memohon biasiswa sedangkan dia telah dibuang dari Universiti Tenaga Nasional kerana pointernya yang rendah (1.80).

Pegawai Kehormat Monggolia, Syed Abdul sebelum ini pernah menuduh pihak Polis sengaja menutup kes pembunuhan Altantuya, malah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Malaysia.

Beliau juga pernah mengesahkan bahawa beliau memiliki gambar bersama Najib, Altantuya dan Razak Baginda serta telah menyerahkannya kepada Ketua Polis Negara pada masa itu. namun pada Pilihanraya Kecil permatang Pauh 2008 dia melakukan pusingan "U turn".



ReJaM© "Padanlah senang-senang Saiful boleh jumpa Najib, ada kawan sebontot dia kat situ..."

SMS palsu cetus keadaan cemas di Asia Tenggara

Posted: 15 Mar 2011 09:47 AM PDT


Sebuah mesej pesanan ringkas (SMS) yang memberi amaran kononnya radiasi di Jepun menuju ke negara-negara Asian telah menimbulkan suasana cemas di Filipina, Thailand dan singapura.

Mesej ringkas yang mendakwa satu laporan berita gempar dari portal BBC News itu menasihatkan orang ramai agar mengelakkan diri keluar sebaliknya diminta untuk tinggal di rumah.

SMS itu berbunyi "Kerajaan Jepun telah mengesahkan kebocoran radiasi di Janakuasa Nuklear Fukushima. Negara-negara Asean harus mengambil langkah berjaga-jaga"

"Sekiranya hujan turun, pastikan anda tinggal di dalam rumah bagi 24 jam pertama. Tutup semua pintu dan tingkap. Cuci kulit bahagian leher dengan betadine di kawasan kelenjar thyroid kerana radiasi akan menyerang Thyroid terlebih dahulu"

"Sila ambil langkah tambahan berjaga-jaga memandangkan radiasi akan menyerang Filipina pada pukul 4 petang ini"

SMS palsu itu dikatakan berpunca dari Filipina dan merebak bagaikan api yang marak melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, pakar nuklear di Filipina menolak kebenaran mesej tersebut.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI), kadar radiasi nuklear di Filipina berada pada paras normal sejak 14 Mac lalu, dan menyaksikan tiada sebarang peningkatan sejak letupan janakuasa nuklear Fukushima dilaporkan berlaku.


Sumber: [Free Malays]

ReJaM©

Panas! Video pengakuan Papa Gomo

Posted: 15 Mar 2011 02:11 AM PDT


Papa Gomo, ikon fitnah terhebat pernah dihasilkan oleh UMNO menurut pencipta video ini yang tidak mahu namanya disiarkan, yang tak lekang dek panas dan tak hitam dek hujan. Saksikan video pengakuan beliau di bawah ini. Selamat berkenalan!




ReJaM© "Kah kah kah...."

Umi Hafilda bakal dibogelkan oleh skandalnya sendiri

Posted: 15 Mar 2011 01:09 AM PDT

Sebelum ini Ummi Hafilda tampil bagaikan srikandi suci menyerang Anwar Ibrahim dan Abangnya sendiri, Azmin Ali. Di bawah ini video berkaitan.



Serangan bertali arus yang dilakukan oleh Ummi Hafilda mendapat respon orang yang mengaku pernah mengadakan hubungan seks dengannya.

Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini.

Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar.

Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. [Malaysiakini]

ReJaM© "Alamak makin panas, acara bogel membogelkan bermula..."

Tiada ulasan: