Sabtu, 12 Mac 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Siapa agaknya hantu di belakang JCorp?

Posted: 12 Mar 2011 06:59 AM PST

Macam2 aku dengar pasal JCorp. Ada yang kata Tan Sri Muhammad Ali Hashim berhenti bukan tak ada sebab. Leceh betul Malaysia ni. Tah apa2lah....??

Muhammad Ali dakwa JCorp mahu jual Kulim Berhad

PUTRAJAYA 12 Mac – Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Tan Sri Muhammad Ali Hashim mendakwa ada mendengar ura-ura bahawa pihak pengurusan JCorp merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd (Kulim).

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk 'Formulasi Dana Wakaf' pada Persidangan Kebangsaan Mengenai Program Transformasi Melayu Muslim (MTP) di sini hari ini, beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai.

Menurutnya sama ada dakwaan itu benar atau tidak, beliau berharap keputusan untuk menjual Kulim difikir sedalam-dalamnya memandangkan ia merupakan asset utama JCorp dan orang Melayu.

Beliau yang pernah bersama Jcorp selama 30 tahun, turut melahirkan rasa sedih dan kecewa sekiranya perkara itu benar-benar berlaku.

"Saya juga percaya rancangan itu akan mendapat tentangan hebat daripad pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang mahu melihat Kulim kekal di bawah JCorp untuk membantu bangsa Melayu," katanya.

Muhammad Ali berkata Kulim kini adalah satu daripada penjana pulangan wang utama kepada JCorp kerana ia merupakan badan induk kepada QSR Brands Bhd, KFC Holdings (M) Bhd dan turut memegang hak 38,000 hektar ladang sawit di seluruh negara.

Bagaimanapun, jika JCorp benar-benar berhasrat untuk untuk menjual Kulim, ia boleh dijual kepada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang menjamin kepentingan orang Melayu, katanya yang juga Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).

Persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dihadiri kira-kira 300 peserta mewakili kelompok cendekiawan Melayu Islam dalam pelbagai bidang. – Bernama

Tiada ulasan: