Komentar Kini |
PAS jangan pandang rendah dan ringan pada gelombang merah Posted: 20 Mar 2011 06:24 PM PDT Ramai yang setuju bahawa kemenangan BN dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau tempoh hari adalah kemenangan mutlak UMNO/BN, iaitu tidak menipu. jika benar kemenangan bn di DUn Merlimau dan Kerdau sebagai kemenangan mutlak, maka tak mustahil Kelantan akan ditawar semula BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Sebagai buktinya, pada pilihanraya umum k e 11 (2004) kerajaan PAS kelantan hampir hampir tumbang kerana politik wang yang diamalkan oleh UMNO/BN. Pada pilihanraya umum ke 13 ini yang dijangka akan diadakan pada tahun 2012 nanti politik wang yang dijadikan amalan Umno/BN lebih menggila lagi berbanding sebelum. PAS mungkin tak dapat buat apa apa miskipun para pemimpinnya bebas dari politik wang, atau selamat daripada indeks jenayah rasuah yang rata rata jadi amalan para pemimpin untuk kumpul seberapa banyak harta dan simpan diluar negara. Akan tetapi rakyat Kelantan tidak akan terlepas dari mengambil dan menerima wang ishan sebagai sogokan lazim untuk mengundi umno/BN dalam mana mana pilihanraya yang diadakan selama ini. Wang Ishan yang mula diperkenalkan di kelantan dan seluruh negara dengan tujuan untuk menyelamatkan umno/BN dan mula dilaburkan pada tahun 2004 setelah royati minyak 5 peratus kepada Terengganu ditarik balik. Lebih lebih lagi wang royalti minyak milik kelantan telah dilaburkan sebanyak RM20 juta tahun lepas dengan tujuan untuk merampas semula negeriu itu dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti mencapai kejayaan. Oleh itu, tindakan kerajaan Kelantan kini terhadap rakyat lebih kurang serupa dengan tindakan kerajaan BN ketika memerintah selama 12 tahun, termasuk merampas hak rakyat iaitu tanah dan memroboh bangunan yang dibina atas tanah kerajaan yang wajar ada budi bicara. Semasa merintah kelantan dulu BN pernah bertindak zalim terhadap rakyat yang dikatakan sebagai punca PAS menang melalui pakatan angkatan perpduan ummah bersama 46 yang diketuai KU LI. Oleh itu PAS jangan memandang rendah dan ringan terhadap gelombang merah yang memainkan peranan penting untuk merampas semula Kelantan yang barangkali fungsinya seakan serupa dengan fungsi gelombang biru peyebab kerajaan PAS Terengganu kalah begitu teruk dan buruk akibatnya. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan