Jumaat, 25 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


MIC Perak Sedih Nazri Kutuk Depa

Posted: 25 Mar 2011 03:00 PM PDT

Pengagihan Kerusi: MIC Perak Sedih Dengan Kenyataan Nazri

IPOH: Pengerusi MIC Perak Datuk S.Veerasingam berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pengagihan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami anggota MIC berasa sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri yang selama ini dilihat sebagai seorang yang berpengalaman," katanya ketika mengulas kenyataan Nazri yang meminta MIC menyerahkan kerusi berkenaan kepada Barisan Nasional (BN) kerana parti komponen itu dikatakan boleh kalah jika ia terus bertanding di kawasan terbabit.

Veerasingam berkata sehingga hari ini, MIC bersahabat baik dengan semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi kepada pentadbiran negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata analisis daripada aktiviti 'turun padang' yang dijalankanoleh MIC mendapati peratusan kaum India menyokong BN kembali meningkat dan golongan yang tidak pernah mengundi juga kini tampil mendaftar bagi menyokong BN.

Katanya beliau berpendapat jika ada anggota BN yang tidak berpuas hati atau mempunyai sebarang masalah dengan pihak MIC, mereka seharusnya menyuarakan perkara itu dalam mesyuarat tertutup BN.

MIC diperuntukan dua kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah pada pilihan raya umum lepas, yang menyaksikan calon BN M.Saravanan memenangi kerusi Tapah manakala Datuk Seri S.Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi di Sungai Siput.

Selain itu, empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pasir Panjang, Behrang, Sungkai dan Hutan Melintang kesemua calon BN yang diwakili oleh MIC, tewas kepada pembangkang. - BERNAMA

Ini Islam Mana Cara Rosmah Bawa? Syiah? Sunni?

Posted: 25 Mar 2011 08:20 AM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/199146_191112790931102_100000971475391_434463_5115374_n.jpg


haram!

Sekor Lagi Datuk T DiSoal Polis

Posted: 25 Mar 2011 07:30 AM PDT

Video seks: 'Datuk T' Shuib juga disoal polis


KUALA LUMPUR, 25 Mac — Datuk Shuib Lazim, salah seorang daripada tiga "Datuk T" yang terlibat dalam rakaman video seks memberikan keterangan kepada polis hari ini.

Keterangannya sedang diambil oleh polis Bukit Aman.

Dua rakannya disoal siasat polis Bukit Aman semalam.

Shuib juga merupakan Bendahari Perkasa.

Laporan awal Bernama menyebut, siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Video seks: SU Agung PKR mahu Mahathir, Najib tanggungjawab

Posted: 25 Mar 2011 07:15 AM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 25 Mac — Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak "memikul tanggungjawab" dalam skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga "Datuk T" pada Isnin lalu, yang mengaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat dalam pendedahannya, Dr Mahathir iaitu bekas perdana menteri dan Najib selaku perdana menteri adalah mereka yang harus bertanggungjawab.

"Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Saifuddin menambah, fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah di saat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.

"Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Katanya, pada 1998, Anwar, ketika itu timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno, difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Dr Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, peguam negara serta beberapa individu.

"Rekod menunjukkan mereka diberi ganjaran besar," kata Saifuddin lagi.

"Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan.

"Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?" kata Saifuddin lagi sambil menambah, Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar.

Selasa lalu, Ummi berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan Isnin lalu dan berkata ada 18 rakaman lain.

Natijahnya menurut Saifuddin, Dr Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti dan malah mereka juga akan dilindungi.

"Kerana itu, Rahim Thamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia. Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab," kata beliau lagi.

Semalam, Abdul Rahim bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah disoal siasat selama lima jam di Bukit Aman.

Kedua-dua mereka adalah dua daripada tiga "Datuk T" yang mengaku bertanggungjawab kepada pendedahan rakaman video seks tersebut.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Hari ini kedua-dua mereka ditahan dan kemudian dibebas dengan diikat jamin.

‘Calon’ konspirator video seks dedah tembelang Eskay (Berita Penuh)

Posted: 25 Mar 2011 06:57 AM PDT

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang dipelawa sebagai sebahagian konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu mendedahkan, ahli perniagaan itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'apa cara sekalipun'.

Hal itu didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas anggota polis yang juga bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay.

Beliau mengakui turut mengetahui mengenai penayangan video seks itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi beliau menolaknya.

"Dua hari sebelum tayangan video, Eskay bertanya sama ada saya boleh membantunya dengan menyediakan beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

"Ini kerana saya bekas pengawal peribadi menteri, jadi Eskay tahu saya ramai kenalan di kalangan UTK. Tetapi saya tidak membantu," katanya ketika membuat pendedahan itu di sebuah premis di Sungai Buloh, petang ini.

The Number One

Mahti mengetahui Eskay memang bertekad mahu menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan apa cara sekalipun dan kerap mengulangi ungkapan betapa kononnya Anwar menipu beliau dan mengambil 'hak'nya.

"Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya.

Si Kitul

Mahti mendedahkan tembelang Eskay kepada media

Mahti berkata, Eskay selepas juga pernah mahu mendedahkan suatu cerita buruk mengenai pelakuan Anwar tetapi beliau enggan mendengarnya tetapi Eskay ada menyatakan tindakan itu untuk 'the number one'.

"Saya tidak mahu terlibat. Saya ingin beritahu semua ahli politik mengenai manusia bernama Eskay. Dia memang tidak boleh dipercayai dan seorang pembohong.

"Saya tidak mahu ada ahli politik lain yang 'terkena' dengannya. Saya tak mahu bersekongkol. Jadi, sebab itu saya memanggil media untuk buat pendedahan ini.

"Bagi saya, Eskay adalah si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara," katanya.

Apa cara sekalipun

Mengulas lanjut, Mahti berkata, Eskay mendendami Anwar berikutan keengganan Ketua Pembangkang itu memberi keterangan bagi pihaknya berhubung kes saman syarikatnya terhadap kontraktor utama projek jambatan bengkok, Gerbang Perdana Sdn Bhd.

Beliau yang turut menjadi saksi, ada bersama Eskay di mahkamah bagi kes berkenaan pada 8 Mac lalu dan mendapati ahli perniagaan berkenaan mula bercakap buruk mengenai ketika mahkamah berhenti rehat.

"Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya.

Rahim Persoal Adakah Johari Tahu Bentuk Badan Anwar Ketika Telanjang?

Posted: 25 Mar 2011 04:00 AM PDT

Video seks: Wan Azizah memang nak tonton, kata Abdul Rahim

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, salah seorang "Datuk T" sekali lagi menegaskan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Azizah sebenarnya mahu menonton rakaman video seks yang kononnya melibatkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi.

Selain Abdul Rahim , dua lagi Datuk T adalah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kata bekas ketua menteri Melaka itu, hanya Dr Wan Azizah yang boleh buktikan lelaki dalam video seks itu Anwar atau pun tidak.

"Dr Wan Azizah nak video itu dihantar sendiri kepadanya tetapi Datuk Shazryl takut video seks itu terdedah.

"Hanya Dr Wan Azizah tahu siapa lelaki dalam video seks itu, siapa lelaki dalam video itu sama ada suami beliau atau tidak," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun semalam Dr Wan Azizah berkata beliau tiada keinginan untuk menonton video seks itu.

Abdul Rahim juga menafikan dakwaan bekas ahli majlis tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin bahawa Datuk T memintanya menjadi "orang tengah" untuk menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

"Beliau (Badrul Hisham) yang menawarkan diri untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah, kita tidak minta pun.

"Tapi akhirnya ia tidak jadi kerana kita tak mahu video itu jatuh ke tangan orang lain," katanya.

Semalam Badrul Hisham berkata beliau diminta oleh Datuk T agar menjadi "orang tengah" untuk serahkan video seks itu kepada Dr Wan Azizah.

Abdul Rahim juga mengejek Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul yang secara tegas mengatakan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar.

Selain Johari, Badrul Hisham juga menafikan lelaki dalam video itu adalah Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

"Dias (Johari) tahukah bentuk badan Anwar ketika dia telanjang... dia pernah tengok Anwar telanjangkah?

"Dia tahukah perut Anwar macam mana? Dia tahukah macam mana Anwar waktu telanjang? Lainlah kalau dua-dua pernah telanjang bersama," katanya.

Awal minggu ini,"Datuk T telah menayangkan videk seks itu kepada media pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Selain media, rakaman video seks itu juga turut ditayangkan Johari dan Badrul Hisham pada hari sama.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak Abdul Rahim meletakkan jawatan dengan serta-merta selaku Pengerusi Risda kerana terlibat dengan pendedahan video seks itu yang disifatkan sebagai jenayah.

Kumpulan itu mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat Risda di sini sebagai membantah pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu.

"Abdul Rahim kena meletakkan jawatan dengan serta-merta kerana terlibat dengan aktiviti jenayah.

"Beliau (Abdul Rahim) sendiri yang mengaku terlibat dengan pendedahan ini dan beliau perlu bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan serta-merta," kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Kata beliau, pihaknya mengecam secara keras tindakan Datuk T dan mendesak agar politik berunsur jahat dan fithan yang dibuat terhadap Anwar dihentikan.

"Kita tegas dengan pendiria mengecam kempen politik jahat dan fitnah yang dilakukan terhadap Anwar.

"Kita mesti hentikan politik khianat dan keji ini," katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata beliau telah membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Abdul Rahim sambil mendakwa wujud amalan rasuah dalam pendedahan video seks itu.

Lagi Pendedahan Berkaitan Video Seks: Eskay Minta Pengawal UTK

Posted: 25 Mar 2011 03:06 AM PDT

Eskay minta saya dapatkan 'UTK', kata bekas pengawal peribadi Megat Junid

Oleh Shannon Teoh


RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl sejak 1980-an.

"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.

"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.

"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.

Video seks: Abdul Rahim dan Shazryl ditahan, lokasi rakaman dikenal pasti

Posted: 25 Mar 2011 01:47 AM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Dua lelaki telah ditahan berkaitan dengan pendedahan rakaman video seks, yang dikaitkan dengan pemimpin kanan Pakatan Rakyat melanggan pelacur asing.

Timbalan Komisioner Polis Datuk Ghazali Md Amin dari Bukit Aman berkata beberapa barang yang boleh dijadikan bukti juga dirampas daripada kedua-dua lelaki berkenaan.

"Salah seorang juga berkata di mana rakaman itu dibuat dan kami telah menghantar pasukan forensik bersama pegawai penyiasat ke lokasi," kata beliau dipetik The Star Online hari ini.

Kedua-dua dibebaskan dengan diikat jamin.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita bahawa mereka sedang cuba untuk mengenal pasti karakter-karakter dalam video sama ada individu terbabit bertanggungjawab memasang kamera untuk tujuan rakaman.

Laporan awal menyebut ia dirakamkan di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Semalam, Abdul Rahim yang merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno menyerahkan video aksi seks terbabit kepada polis.

Beliau menyerahkan video asal itu setelah disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini.

Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan jenama Omega, dikatakan milik lelaki berkenaan yang diambil dari bilik sebuah hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Turut disoal siasat ialah Shazryl.

Kelmarin, Rahim mendedahkan kepada media bahawa beliau bersama Shazryl dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang menggelarkan diri sebagai "Datuk T" bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

Panas! Inikah Gambar Yang Merujuk Pada Anwar Di Dalam Video Seks?

Posted: 24 Mar 2011 10:10 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh9wLZE6mCiTnrdXl1OmMOZkNCL2i_mRBYc4JgGhyF956DSbHa8JkDCcIHjR6WxdNvsiMnuDOYq7zZ2T7Tv6MKBKuVUeYk2AE9r24TiWT3DIXvZjZHi5qQYl4ZnLs-V7em6sW8oiHdt8kI/s1600/anwar+cctv.jpg+CCTC.jpg

adakah ini anwar?

mengapa perutnya sedikit boroi?

adakah mamat ni yang balun pelacur cina?

mat boroi menunggu masa untuk terbongkar

ada apa-apa yang anda nak komen?



[Sumber Gambar]

Video: Reaksi Artis Melayu Seksi Tentang Aurat, Anda Nilaikan Sendiri

Posted: 24 Mar 2011 08:30 PM PDT

Skandal seks video: Pertembungan fakta dan pembabitan pimpinan UMNO

Posted: 24 Mar 2011 08:00 PM PDT

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Anwar Ibrahim.

Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Eskay sendiri

Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi PKR.

DAP minta Mufti Perak nyatakan hukum syarak dan fatwa atas Dato T yang menunjukkan Filem lucah di khalayak ramai

Posted: 24 Mar 2011 06:28 PM PDT

Kenyataan media oleh Nga Kor Ming di Ipoh pada hari Khamis, 24hb Mac 2011:


Saya meminta Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyatakan pendirian dan nyatakan hukum syarak yang patut dikenakan ke atas kelakuan tiga orang bergelar diri "Dato T" yang menunjukkan filem lucah dikhalayak ramai dengan tujuan untuk memalukan airmuka orang lain.

Tan Sri Harussani sebagai tokoh agama yang beriman tinggi seharusnya mengeluarkan kenyataan tentang hukum syarak yang harus diambil supaya muslim dalam Negara ini tidak mengikuti jejak langkah dan tingkah laku golongan sesat yang tergamak sehingga memperalatkan adegan lucah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

Perbuatan merakam filem secara haram dan pertunjukkan filem lucah secara terbuka terbukti kini ada pemimpin UMNO yang berada dalam keadaan cemas dan risau sehingga hilang akalnya.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Bekas Senator UMNO, Shuiz Ibrahim dan Bekas counselor, Eskay Abdullah tiga orang telah mengaku secara terbuka bahawa mereka adalah golongan yang bertanggungjawab penuh untuk menayangkan Filem Lucah kepada mass media yang dipelawa di Carcosa Seri Negara pada Isnin minggu ini.

Mereka juga mengaku bahawa filem lucah tersebut bertujuan untuk memaksa Ketua umum Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Dato Seri Dr Wan Azizah selaku Presiden parti PKR untuk meletak jawatan.

Ini adalah jelas mengikut Seskyen 292 Kanun Jenayah (Penal Code), mana-mana pihak yang mempamer, menunjuk atau mengedar bahan lucah jika disabit akan dihukum penjara selama 3 bulan, denda atau kedua-duanya. Kini Tan Sri Rahim Tamby Chik dan puaknya telah megaku mereka adalah pihak yang melakukan perbuatan sedemikian, maka adalah tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan segera supaya imej pasukan polis dijaga dan kedaulatan undang-undang Negara dibela.

Sebagai seorang bukan muslim, beliau ingin memohon tunjuk ajar dan nasihat dari mufti Negeri apakah hukum syarak dan fatwa yang harus dikeluarkan terhadap pihak muslim yang melakukan usaha licik dan perbuatan yang memalukan tersebut supaya kesucian agama Islam dapat dijaga dan tidak tercemar.

"Tan Sri Harussani adalah seorang mufti yang sering lantang bersuara atas isu-isu agama termasuk soal politik, maka saya ingin pohon pedoman dan nasihat dari beliau."

* Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Negeri Perak & Ahli Parlimen Taiping

Pejuang kebenaran, keadilan sentiasa diuji dengan fitnah – Dr Siddiq Fadhil

Posted: 24 Mar 2011 05:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat.

Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan.

"Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. "Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa.

"Dari seorang banduan menjadi pemimpin agung. Kekuatan peribadinya sudah lama diakui masyarakat. Beliau akhirnya disanjung sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi," katanya dengan menganalogikan kisah itu dengan cabaran getir yang dihadapi Anwar.

Beliau berucap demikian depan lebih 400 orang yang hadir pada majlis solat hajat dan doa selamat serta tazkirah di kediaman Anwar di Bukit Segambut di sini, malam tadi

Selain Dr Siddiq selaku bekas Presiden ketiga, hampir semua bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan cendikiawan agama dan pimpinan parti, hadir.

Anwar, selepas melepasi laluan berliku dalam kes Fintah I pada 1998, kini berdepan dengan kes Fitnah II yang bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu.

Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Anwar melayani ratusan tetamu yang mendoakan perjuangan beliau

Dalam ucapannya, Dr Siddiq berkata, pejuang sejati tidak perlu pesimis dalam berdepan konspirasi fitnah, sebaliknya menganggap ia sebagai pancaroba kecil dalam menentang segala bentuk kebatilan.

Mengisahkan para Nabi tidak putus-putus berdepan dengan fitnah dan tohmah dalam menegakkan Islam, beliau mengingatkan semua pejuang penegak kebenaran termasuk Anwar supaya tidak sesekali gentar tetapi sanggup menghadapi kesusahan demi menegakkan keadilan.

"Ia sebahagian dari kehidupan pejuang. Nabi Muhammad saw juga menghadapi pelbagai rencam kesulitan dengan masyarakat, tetapi mujurnya baginda sentiasa didampingi sahabat setia, yang percayakan kebenaran dibawanya.

"Kita sebagai pejuang harus sanggup menghadapi kesusahan terutamanya dalam konspirasi Fitnah sebegini," katanya.

RTC - Dari pelakon menjadi penerbit?

Posted: 24 Mar 2011 04:00 PM PDT

Rahim Thamby Chik sepatutnya ditangkap kerana menayangkan filem lucah serta menimbulkan aib bagi seseorang yang lain. Menayangkan filem lucah itu dan cuba melibatkan orang lain sebagai pelakon itu merupakan kesalahan yang bukan kecil. Jika benar pun beliau yakin yang 'pelakon' itu adalah musuh politik beliau yang beliau demdami sekian lama, ianya tidak semestinya dipercayai oleh mereka yang menonton.

Apa yang Rahim patut lakukan ialah untuk menyerahkan video itu kepada pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa untuk melakukan penyiasatan dahulu dan pastikan kesahihan orang yang beliau tuduh itu adalah benar. Sehingga penyiasatan itu selesai Anwar terpaksa menanggung perasaan lebih-lebih lagi jika isu itu dibangkitkan oleh orang yang mendendami beliau.

Dulu Rahim dituduh terlibat dengan skandal seks tetapi orang yang di kalangan yang berkuasa selalunya akan terlepas dari tuduhan-tuduhan itu. Walau macam mana pun persepsi orang ramai terhadap beliau tidak berubah sehinggalah beliau menjauhkan diri dari politik secara aktif walaupun beliau adalah Ahli MKT.

Apa yang dilakukan oleh Rahim sekarang ini mengingatkan kembali isu Rahim ini, beliau telah menjadi bahan lawak dan jenaka di kalangan orang yang 'non partisan'. Ada yang mengatakan Rahim TC ini macam Jins Shamsuddin. Dulu Jins merupakan pelakon tetapi sekarang sudah menjadi penerbit filem. Rahim Thamby Chik tidak seperti A. Rahim yang sentiasa berlakon sebagai 'crook' dari awal penglibatan beliau dalam lakonan sehingga beliau meninggal dunia lebih dari sepuluh tahun dahulu.

Rahim Thamby Chik nampak kemajuannya; dari hanya seorang pelakon sekarang sudah menjadi penerbit yang sangat popular dalam sekelip mata. Tetapi yang pandai hanya penulis skrip dan pengarahnya yang berada di luar isu ini. Dalam filem yang diterbitkan Rahim ini, pengarahnya lah yang mendapat faedah yang besar.

Yang menjadi mangsa dan bahan ketawa oleh pengarah dan penerbitnya ialah orang ramai seperti kita semua yang berbahas sepanjang masa bagi mempertahankan puak masing-masing. Maka bergaduh dan pecah belahlah orang ramai di bawah ini dan perpecahan ini hanya akan menguntungkan seseorang yang pandai mengambil kesempatan seperti yang pernah beliau alami dahulu.

Bagi diri saya, saya tidak mahu bergaduh kerana lakonan yang diarah oleh pengarahnya yang duduk senyap sendirian sambil senyum melihat betapa bodohnya orang di bawah ini.Siapa yang hendak bergaduh juga bergaduhlah di antara saudara/i sekelian. Saya pun hendak senyum seperti pengarah yang duduk senyap-senyap di luar sana.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/03/dari-pelakon-menjadi-penerbit.html

Tiada ulasan: