Jumaat, 25 Mac 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


TASAWWUF ALIRAN HASAN AL-BASRI

Posted: 25 Mar 2011 11:56 AM PDT

Dalam pengajian tasawwuf, kita berjumpa dengan beberapa aliran asasi. Aliran-alirannya terbahagi kepada tiga; aliran suluki [akhlak], aliran ilahi [ketuhanan] dan aliran protes kezaliman pemerintah.

Asas bagi tasawwuf adalah spritual. Betapa sensitifnya hati terhadap hubungan diri dengan tuhan dari pelbagai segi. Ekoran dari itu, menurut Jalaluddin Rumi, bidang tasawwuf mungkin kurang tepat jika diketagorikan sebagai suatu teori atau dogma, melainkan lebih tepat jika digolongkan sebagai jalan hidup, sikap dan perilaku.

al-Imam al-Ghazali, Ibnu 'Abidin dan banyak lagi, adalah antara tokoh tasawwuf beraliran suluki atau akhlak. Ekoran itu, tulisan-tulisan mereka banyak membina pembentukan akhlak.

Di sana, ada tasawwuf beraliran ilahi [ketuhanan], seperti yang dibawa oleh Hallaj, rabiah al-adawiyyah, abu yazid al-bustami dan banyak lagi. Aliran mereka sering mengundang kontroversi di kalangan orang awam.

Tasawwuf aliran Ibnu arabi, merangkumi dua-dua unsur sekali [akhlaki dan ilahi]. Namun, aliran ilahi yang banyak dilihat oleh manusia, tanpa dilihat dari aliran akhlaki. Mungkin faktor teori wahdatul wujud yang dipertikaikan, menyebabkan dari unsur ilahi menjadi kritikan keras terhadap Ibnu arabi dan beliau dikenali.

Namun begitu, disana ada satu tokoh tasawwuf yang dikenali dengan nama Hasan al-Basri [wafat 110 H]. Beliau dianggap sebagai pemicu dan dalang gerakan tasawwuf yang melakukan protes keras terhadap perilaku dinasti umayyah [Muawiyyah].

Mengikut aliran hasan al-basri ini, dari sudut spritual islam, bahawa dinasti umayyah telah menyimpang, kerana ia telah bertukar dari apa yang telah dilakukan oleh khulafa al-Rashidin. mereka menganggap, dinasti umayyah adalah permulaan bagi nilai metarial dalam pemerintahan.

Aliran Hasan Al-Basri ini, melahirkan ramai pejuang-pejuang yang sentiasa merenung dan menangis dalam ritual. Semua ekoran dari ekspresi dari rasa ketakutan menjadi penghuni neraka dan kekhawatiran dirinya tidak tergolong sebagai penghuni syurga. Kelompok ini, amat berusaha melepaskan diri dari godaan dunia materi yang memang sedang melanda masyarakat pada masa kekuasaan dinasti Bani Umayyah ketika itu.

Sekian.

Wallahu 'Alam

Bandar sri Damansara
26 mac 2011 * 2:12 pagi.

NEGO PROJEK ATAU TENDER TERBUKA ?

Posted: 25 Mar 2011 11:50 AM PDT

Salah seorang "YB" dari parti Islam telah menghantar sms. Kandungan smsnya adalah seperti berikut;

"semalam hassan ali keluar mesyuarat selepas satu paper masuk berkaitan arahan hassan ali untuk direct nego projek di bawah portfolio dia"

Berita ini dari seorang yang aku cukup kenal. Seorang yang jika dinilai dari sudut periwayatan hadis, dikira sebagai saheh, kerana ingatan dan kesiqahannya tidak dipertikai lagi.

Mengenangkan keadaan itu, aku mempercayai berita yang dismskan itu. Lagipun, secara peribadi aku tidak merasa hairan dengan berita sebegini berlaku pada Dato Hasan Ali, kerana sebelum-sebelum ini pun, sudah ramai teman-teman yang bekerja di Alam Flora yang memaklumkan perkara yang hampir berlaku seperti ini.

SISTEM

Aku memahami Islam sebagai agama yang membentuk manusia. Pembentukan itu, dengan didatangkan sistem. Dengan erti kata lain, Manusia perlu mengikut sistem, bukan sistem yang mengikut manusia. Manusia yang mengikut sistem yang ditetapkan oleh Islam, pasti akan berjaya terelak dari banyak kerosakan.

Isu tender terbuka atau direct nego ini, merupakan perkara yang berkaitan dengan sistem. Dengan tender terbuka, ia melahirkan banyak kemaslahatan, berbanding direct nego yang melahirkan banyak kemudharatan.

Dengan tender terbuka, antara kemaslahatan yang didapati adalah, mendapat harga yang murah disamping kualiti yang tercapai.

Apabila dibuka tender terbuka, ia akan melahirkan inovasi dari mereka yang mahu mendapat sesuatu projek. Mereka akan mempamerkan kepada pihak kerajaan dengan bayaran yang murah. Juga, dapat memberikan kepada kerajaan kualiti projek yang bakal dikecapi oleh rakyat secara melata.

Firman Allah SWT, "berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan kebaikan".

Adapun dengan direct nego, ia bakal melahirkan banyak kemudharatan. Antaranya, memungkinkan berlaku penyelewengan seperti rasuah, kronisma, kos berlipat ganda, akan menzalimi terhadap kontraktor-kontraktor yang layak dan banyak lagi.

Firman Allah, "supaya perbendaharaan negara tidak berlegar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu".

Juga Sabda Nabi SAW, "apabila diberikan sesuatu urusan itu bukan kepada ahlinya [orang yang berkelayakkan], maka tunggulah saat kehancuran".

Amalan ini sudah lama diamalkan oleh UMNO, dan selayaknya ia ditinggalkan. Sebagai orang dari parti Islam dan Pakatan Rakyat, pengamalan yang berasaskan Islam perlu dikembangkan, bukan ditinggalkan.

Sekian

Wallahu 'Alam.


Bandar Sri Damansara
25 mac 2011 * 11:55 malam

Tiada ulasan: