Rabu, 16 Mac 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Fitnah II: Undang2 negara jahanam di bawah telunjuk BN – Shamsul

Posted: 16 Mar 2011 05:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwa di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional (BN) dalam perbicaraan Fitnah II membelakangi undang-undang apabila 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah' berpotensi
menjahanamkan prinsip undang-undang dan imej Malaysia.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin
mempertahankan bahawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
tidak perlu mengemukakan walau sekecil bukti kerana Anwar mempunyai
alibi beliau tidak terlibat seperti yang didakwa pengadu, Mohd Saiful
Bukhari Azlan.

"AMK menegaskan bahawa tiada keperluan untuk Anwar tunduk kepada desakan bebal oleh beberapa pihak. Ini akan menjadikan beliau sebagai 'bersalah sebelum dibuktikan bersalah'," katanya dalam satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com.

Shamsul berkata, isu DNA dimain berulang kali agar memudahkan pendakwa
memalitkan pandangan rakyat dari isu besar yang lain.

Oleh itu, katanya, melihatkan perjalanan kes Fitnah II, ia terbukti
merupakan pembunuhan karakter paling teruk dalam sejarah politik
Malaysia.

"Apa yang berlaku dalam kronologi kes Fitnah II ini adalah pembunuhan
karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara,"
katanya.

Beliau turut memetik Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia
1948 yang menyebut bahawa semua orang mempunyai hak sama rata untuk
perbicaraan adil oleh tribunal bebas dalam mana-mana pertuduhan jenayah
terhadapnya.

Justeru, Shamsul yakin kelompongan dan karut marut kes ini akan
merosakkan bukan sahaja sistem perundangan dan penguatkuasa, malah imej
Malaysia di mata dunia.

"AMK percaya kelompongan kes, ditambah kekarutan pihak pendakwaan serta
penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang
sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di
mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun
1998," katanya.

RSF jangka kawalan internet lebih ketat menjelang PRU 13

Posted: 16 Mar 2011 05:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai "sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional" di Malaysia.

RSF berkata internet di Malaysia membekalkan "perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya" dan "ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri" yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

"Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

"Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh."

-Malaysiakini-

Pindah banduan ke kem tentera: Strategi BN takut kalah PRU

Posted: 16 Mar 2011 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan memindah banduan kesalahan ringan ke kem tentera adalah langkah terdesak kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana bimbang
untuk berhadapan kebangkitan rakyat pada pilihan raya akan datang," kata
Pengarah Biro Pilihan Raya Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri.

"Saya pasti ada agenda di sebalik tindakan kerajaan dengan melibatkan
kem tentera.

"Perkara ini perlu dikaji kerana melibatkan pandangan buruk daripada
luar dan atas faktor apa mereka memilih kem tentera," kata Azmizam
dihubungi Keadilan Daily.com.

Beliau juga tidak menolak tindakan kerajaan itu untuk menambah undi pos
selain mewujudkan pengundi hantu di beberapa kawasan tertentu.
"Mungkin mereka ingin menggunakan banduan-banduan tersebut untuk
menambah undi.

"Sekiranya mereka (banduan) jadi pengundi, saya pasti akan dipaksa
memangkah BN," katanya.

Azmizam juga menggesa supaya kerajaan menyatakan kriteria kesalahan
ringan dan berat supaya rakyat jelas dengan perkara itu kerana
melibatkan keselamatan dan kestabilan politik negara.

"Saya desak kerajaan kaji semula perkara ini kerana melibatkan banduan
ke kem yang tiada jaminan mereka tidak akan melakukan kesalahan lain
ataupun melarikan diri.

"Kalau tidak mahu dihimpunkan bersama, banduan kesalahan berat dan
ringan perlu diasingkan sel dan bukan memindahkan ke kem lain.

"Jelas di sini pemilihan yang akan dilaksanakan itu antaranya negeri
Pakatan Rakyat (PR), sungguh dahsyat strategi BN takut kalah PRU nanti,"
katanya.

Azmizam juga mendesak supaya Hishamuddin menjelaskan perkara itu di
Parlimen supaya tidak timbul masalah.

"Hishamuddin perlu bentangkan di Parlimen kerana rakyat perlu tahu dan
siapa yang meluluskan perkara itu serta atas arahan siapa?" soal beliau.

Media semalam melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin
Hussien mengumumkan banduan kesalahan ringan yang menjalani bersama
banduan kesalahan berat akan dipindahkan di kem tentera terpilih seluruh
negara bermula bulan depan.

Menurut Hishamuddin, langkah itu mengelakkan kedua-dua kategori banduan
terbabit berkongsi pengalaman dan pengetahuan terutama mengenai pelbagai
taktik jenayah sepanjang menjalani hukuman.

Pemindahan itu adalah program perintis melibatkan kerjasama antara
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
sebahagian inisiatif membendung jenayah di negara ini untuk mencapai
matlamat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Lima pemain skuad Piala Suzuki Kedah diberi lot tanah

Posted: 16 Mar 2011 04:30 AM PDT

ALOR SETAR, 16 Mac – Kerajaan negeri Kedah hari ini mengumumkan pemberian ganjaran satu lot tanah kepada lima pemain negeri itu yang mewakili skuad kebangsaan dalam kejohanan Piala Suzuki AFF 2010.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mengumumkan perkara itu, berkata tanah seluas 1.7 hektar di Pokok Sena akan dibahagikan kepada lima pemain berkenaan.

"Kita akan bahagi lot-lot itu untuk setiap seorang pemain secara percuma," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Selain tanah, lima pemain iaitu pemain sayap Mohd Khyril Muhymeen Zambri, pemain pertahanan Mohd Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari serta pemain tengah Mohammad Faizal Abu Bakar dan Amar Rohidan turut menerima ganjaran sebanyak RM5,000 seorang pada awal Januari lalu.

Dalam perkembangan lain, Azizan turut mengumumkan sumbangan RM200,000 kepada Persatuan Sekolah-sekolah Cina di negeri ini untuk membantu mereka menyelesaikan tunggakan bil elektrik serta air.

Katanya peruntukan berkenaan adalah bagi 69 buah sekolah bantuan kerajaan (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina) di negeri ini yang menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan tunggakan bil bagi 2010.

Ketika ditemui selepas menerima cek sumbangan berkenaan, Pengerusi Persatuan Sekolah-sekolah Cina Kedah, Tan Kok Hooi berkata sekolah-sekolah yang mempunyai lebih 10,000 penuntut itu mempunyai tunggakan bil melebihi RM260,000 sepanjang tahun lalu.

"Baki lebih RM60,000 kami akan usahakan dengan mendapatkan dana daripada pihak lain pula," katanya. – Bernama

SPR tidak bebas, Pakatan kalah

Posted: 16 Mar 2011 04:00 AM PDT

Oleh Suhaimi Mokhtar

PAS-Pakatan kalah lagi dalam pilihanraya kecil Dun Kerdau, Pahang dan Dun Merlimau, Melaka apabila calunnya di Kerdau, Hassanuddin Salim tewas ditangan calon Umno-BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS-Pakatan, Yuhaizad Abdullah kecundang di Merlimau di tangan calon Umno-BN, Roslan Ahmad.

Di Kerdau, calon PAS mendapat 2,336 undi berbanding Umno-BN 5,060 sementara di Merlimau PAS mampu meraih 2,319 undi berbanding Umno-BN mendapat 5,962 undi


Dua kekalahan serentak dipilihanraya kecil Dun ini adalah dijangkakan kerana kedua-dua Dun ini merupakan kubu kuat Umno-BN. PAS hanya menaruh harapan untuk memenangi kedua-dua Dun itu dengan harapan momentum pilihanraya umum Mac 2008 berterusan akan menyebelahi PAS-Pakatan.

Bagaimana pun harapan ini tidak kesampaian disebabkan pelbagai faktor antaranya pertandingan yang tidak setara dalam padang permainan demokrasi yang tidak sama rata. Kekalahan PAS dalam pilihanraya sebelumnya di Dun Tenang, Johor dan di Dun Galas, Kelantan juga berpunca dari kepelbagaian faktor yang sama.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak bebas, pasukan keselamatan terutama pasukan polis juga kelihatan tidak bebas, bahkan menyebelahi Umno-BN dalam pretex masing-masing mengawal ketenteraman awam, keselamatan dan keamanan disamping kononnya untuk menjamin pilihanraya yang licin dan teratur.

Selagi anasir-anasir ini wujud, maka selagi itu tidak mudah bagi PAS-Pakatan untuk memenangi pilihanraya di kerusi-kerusi yang dikuasai oleh Umno-BN. Kemenangan PAS- Pakatan dalam pilihanraya umum lalu sehingga mampu menguasai beberapa negeri tidak dapat dibendung oleh apparatus yang mengaturselia dan mengawal pilihanraya, SPR dan pasukan keselamatan, apabila arus mahukan perubuhan begitu besar yang tidak dapat ditampung oleh perbuatan-perbuatan penyelewengan dalam pilihanraya.

Pilihanraya Kerdau dan Merlimau diadakan serentak, dengan waktu kempen yang pendek. Segala peraturan baru yang diperkenalkan SPR, semuanya untuk kepentingan memberi kemenangan kepada Umno-BN. Umno-BN bukan setakat menggunakan apparatus atau peralatan jentera kerajaan ini untuk menjamin kemenangannya, tetapi turut menggunakan media, akhbar dan saluran TV yang mampu berkempen lebih panjang,berulangkali dan menerima audience khalayak lebih ramai.

Inilah padang permainan demokrasi yang tidak setara dan samarata yang dihadapi PAS-Pakatan. Dalam keadaan ini mana mampu PAS-Pakatan yang mempunyai sumber yang terbatas dapat menyiangi Umno-BN.

Jika proses demokrasi negara ini berlaku secara adil, telus, saksama dalam padang permainan demokrasi yang setara dan samarata, tiada penggunaan jentera kerajaan untuk membantu kempen Umno-BN, SPR dan pasukan keselamatan yang bebas,maka sudah lama kuasa Umno-BN dikuburkan.

Kalau Umno-BN tidak percaya dan meragui hakikat ini, cuba kendalikan pilihanraya umum ke-13 ini dalam suasana yang lebih kondusif, nescaya Umno-BN akan melihat hasil keputusan pilihanraya yang lebih jelas.

Diharapkan dalam pilihanraya ke-13 nanti segala anasir-anasir peraturan negatif dalam pilihanraya dimansukhkan dan digantikan dengan peraturan-peraturan yang memperlihatkan ketelusan dan keadilan serta pilihanraya bersih yang tidak diselaputi dengan penyelewengan dan perbuatan merasuah rakyat seperti menjadi amalan sekarang.

Pilihanraya ke-13 yang dianggap paling kritikal dalam sejarah pilihanraya negara ini sejak negara ini mengenali erti pilihanraya bermula sebelum merdeka lagi pada tahun 1955 hendaklah dilaksanakan dengan penuh keadilan supaya nanti tiada sesiapa yang mampu mempertikai dan mempersoalkan keputsan pilihanraya.

Adalah dibimbangi bahawa selepas pilihanraya ke-13 nanti selepas keputusan telah dibuat, ada pihak yang mempersoalkan ketelusan,kebersihan pilihanraya dari sebarang penyelewengan yang kesan balasnya nanti membahayakan, apabila rakyat tidak lagi mempercayai keputusan plihanraya, lalu rakyat keluar beramai-ramai kejalan-jalanraya mendesak pilihanraya diadakan semula dan tidak mengiktiraf keputusan pilihanraya.

Kemungkinan seperti ini berlaku bukanlah sesuatu yang diluar perhitungan. Ia akan lebih memudaratkan negara. Adalah lebih wajar perkara seperti ini dielakkan lebih awal dengan mengadakan pilihanraya yang betul-betul bersih, adil, telus serta tanpa kelihatan sebarang penyelewengan , sama ada ketara atau tidak, besar atau pun kecil.

Kalau pilihanraya diadakan tanpa sebarang penyelewengan,penuh kredibiliti dan keadilan serta bersih, maka tiada sesiapa nanti yang akan mempersoalkan keputusan pilihanraya yang diumumkan. Apa yang berlaku di beberapa buah negara yang sehingga sekarang masing-masing pihak mendakwa kemenangan masing-masing telah membawa negara kepada keadaan hur-hara, apabila tiada kerajaan yang sah dapat dibentuk. Iktibar ini sangat perlu dihayati oleh semua pihak.

Pihak pembangkang mendakwa kemenangan berpihak kepada mereka, sementara regim yang mempertahankan kuasa kerana mahu terus bergantung dan berpaut kepada kuasa yang dinikmati, mereka mendakwa bahawa kemenangan berpihak kepada mereka.

Malaysia perlu mengelakkan keadaan sebegini dari berlaku. Dibimbangi kerana sudah begitu lama berkuasa dengan segala nikmat kuasa yang dikecapi,ada pihak yang tidak mahu berundur walaupun kecundang kerana mahu terus berpaut dan bergantung kepada kuasa.

Walau apapun, apa yang perlu difokuskan bahawa pilihanraya ke-13 yang diadakan nanti perlu diperlihatkan pilihanraya yang ada kredibilitinya. Bagi menjamin pilihanraya yang berkredibaliti, SPR dan pasukan keselamatan termasuk polis hendaklah dilihat bebas dan berkredibiliti. Cukuplah menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik pemerintah.Cukoplah merasuah rakyat dengan projek-projek pilihanraya.

Faktor-faktor inilah yang menyumbang kepada kekalahan PAS-Pakatan dalam pilihanraya kecil Dun dan parlimen yang sejak mutakhir ini dimenangi Umno-BN, MIC-BN berturut-turut sebanyak lima kali. Setakat ini selepas 16 kali pilihanraya kecil Dun dan Parlimen diadakan , BN dan PAKATAN masing-masing memenangi lapan kerusi dalam pilihanraya kecil.

Kelihatan di peringkat awal pada tahun 2009 selepas pilihanraya umum 2008, Pakatan berjaya memenangi kerusi-kerusi pilihanraya kecil. Ini mungkin kerana momentum yang masih kuat berpihak kepada Pakatan ketika itu, walau parti manapun yang bertanding sama ada PAS, PKR atau DAP. Tetapi di tahun 2010, BN nampaknya bangkit memenangi kerusi-kerusi pilihanraya kecil yang ditandangi.

Dalam pilihanraya kecil yang keputusannya tidak melibatkan pembentukan kerajaan, maka segala ketidakadilan peraturan pilihanraya, walaupun tidak disenangi, ia tidak akan mengheret keputusan kepada konflik yang terbuka, tetapi jika keadaan yang sama wujud dalam pilihanraya umum ke-13 nanti, suasana akan bertukar menjadi konflik terbuka, apabila rasa tidak puashati bertukar untuk diluahkan di jalan-jalanraya.

SPR, pasukan keselamatan yang mempunyai perisikannya perlu berwaspada dan mengendalikan keadaan ini dengan adil dengan mengadakan pilihanraya yang berkredibaliti supaya tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan atau mempersoalkan keputusan pilihanraya nanti.

Zaid cuba pecah belah Pakatan sebab dendam pada Anwar

Posted: 16 Mar 2011 03:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Percubaan Datuk Zaid Ibrahim untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat termasuk melepaskan dendamnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengorbankan maruahnya sendiri menggambarkan kejahilan beliau.

"Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke
tahap serendah Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia) dan GAPS
(Gabungan Anti Penyelewengan Selangor) dalam meneruskan dendamnya
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Pengarah Komunikasi KEADILAN,
Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan media kepada Keadilan
Daily.com.

Menurut Nik Nazmi, campur tangan Zaid yang juga bekas Menteri Undang-
undang dalam perbicaraan Fitnah II berhubung permohonan pihak pendakwa
yang mahu DNA Anwar diserahkan kepada mahkamah membuktikan beliau mudah lupa dengan prinsip keadilan walaupun pernah bersama KEADILAN dalam tempoh singkat.

"Sukar untuk dipercayai seorang yang terlatih dalam bidang undang-undang
dan memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 tiba-
tiba percaya dengan integriti sistem ini," kata Nik Nazmi.

Beliau mengulas demikian sebagai respon terhadap percubaan Zaid yang
kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk
memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan mendakwa bahawa PAS tidak bersuara dalam kes Fitnah II.

"Ini menunjukkan kejahilan beliau (Zaid) tentang sokongan PAS serta
prinsip asas dalam syariah bahawa tiada sesiapapun boleh didapati
bersalah tanpa kesaksian empat saksi yang adil dan berwibawa," jelas Nik
Nazmi.

Konspirasi untuk bunuh karier politik Anwar

Nik Nazmi menegaskan, Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan pasukan peguam pembela tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada.

Kata beliau, pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah
jelas yakni pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan
untuk membunuh karier politik beliau.

"Apa yang jelas sepanjang perbicaraan berjalan, pihak pendakwa menafikan
semua permohonan pasukan pembelaan supaya mengemukakan segala bukti dan data lengkap serta sampel DNA yang diuji dari sampel yang diambil
daripada tubuh dan pakaian (Mohd) Saiful Bukhari (Azlan).

"Sebagai peguam, Zaid sewajarnya mengetahui bahawa ini bercanggah dengan
protokol ujian DNA dan secara automatik mengecualikan bukti tersebut
dalam mana-mana perbicaraan adil," jelas Nik Nazmi.

Beliau berkata, pihak pendakwa jelas sekali memerlukan DNA Anwar untuk
berada di dalam dubur Saiful untuk membuktikan tuduhan mereka.

"Memandangkan kes mereka kini sudah punah, kejayaan kini diukur dengan
menjatuhkan pandangan awam terhadap moral Anwar walaupun sekiranya
mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.

"Sejak hari pertama, kes Anwar dipenuhi pelbagai percanggahan dan
kelemahan, dan jelas sekali sekiranya defendannya bukanlah Anwar
Ibrahim, kes ini akan dibuang daripada mahkamah," tegasnya.

Tambah beliau, seorang itu tidak perlu menjadi penyokong tegar Anwar
untuk mengesyaki kesahihan kes ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak mula-mula menafikan bertemu dengan Saiful dua hari sebelum
Saiful mendakwa beliau diliwat.

Hanya selepas gambar-gambar Saiful di pejabat Najib diedarkan, beliau
mengaku bertemu dengan Saiful, kononnya untuk membantu Saiful
mendapatkan biasiswa tetapi kemudian dijelaskan bahawa Saiful datang
mengadu kepada beliau bahawa beliau diliwat.

Malah, laporan perubatan awal di Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur
menyatakan bahawa tiada penetrasi pada dubur Saiful.

Menurut Nik Nazmi, penolakan tersebut turut menghalang pasukan pembela
dan mahkamah untuk menilai kesahihan ujian DNA tersebut secara bebas.
Katanya, penolakan ini hanya mengukuhkan pandangan bahawa pihak pendakwa mempunyai sesuatu untuk diselindungkan dalam apa yang dikatakan ujian DNA itu.

"Atas sebab itu adalah suatu penghinaan kepada prinsip keadilan untuk
Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu pendakwa mengesahkan
keputusan yang menimbulkan syak dan direka-reka," katanya.

Oleh sebab itu, menurut Nik Nazmi, Zaid sewajarnya ingat bahawa Saiful
mengaku bertemu dengan anggota polis kanan, Rodwan Mohd Yusof dua kali
sebelum kejadian tersebut kononnya berlaku.

"Bagi menyegarkan semula memori Zaid, Rodwanlah orang yang memindahkan
DNA Anwar secara haram pada perbicaraan 1998 dan meletakkannya pada
tilam bagi memerangkap bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

"Bahkan isu DNA lelaki lain di dalam rektum Saiful masih lagi belum
dijawab. Pada masa yang sama, pegawai penyiasat, (DSP) Jude Pereira
mengakui bahawa sampel yang diambil daripada Saiful tidak disimpan di
dalam peti sejuk beku, justeru mendedahkan DNA tersebut kepada
kerosakan.

"Isu mengapa Jude menyimpan sampel-sampel tersebut selama 48 jam dan
tidak menyerahkannya kepada ahli kimia serta-merta belum benar-benar
dijelaskan. Pada 1998, institusi polis yang sama yang telah mereka bukti
termasuk bukti DNA terhadap Anwar," katanya.

3 tahun Kedah Sejahtera, rakyat makin matang

Posted: 16 Mar 2011 03:00 AM PDT

Oleh Nasir Zakaria

Rakyat Negeri Kedah Darulaman sedang berada melewati tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat yang ber'Menteri Besar'kan pemimpin daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). 50 tahun Kerajaan Negeri Kedah dipimpin oleh Perikatan kemudiannya Barisan Nasional yang diterajui oleh Pekembar ataupun Umno

Saya ingat, perlu ada beberapa catatan untuk menunjukkan ada beberapa perubahan dan anjakan paradigm rakyat negeri Kedah yang jumlahnya sudah mencecah 1.9 juta. Saya gembira untuk berkongsi pengalaman demokrasi dan cita-cita saya untuk melihat perubahan berlaku baik secara politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan lain-lain sekitar saya dan seputar negeri saya.

ORDE LAMA DAN PERUBAHAN

1. Sepanjang sejarah Negeri Jelapang Padi ini, dipasakkan di dalam pemikiran rakyat bahawa hanya Barisan Nasional sahaja mempunyai kemampuan untuk memerintah Kedah dan Negara. Satu khurafat dan takhayyul yang memundurkan. Sihir dan mentera ini berlangsung dan diimani begitu lama. Segala seruan ke arah perubahan berjaya ditepis dan BN terus memerintah. Pakatan Rakyat datang dan memberi harapan baru kepada perjalanan demokrasi negara.

2. Keadaan was-was berlegar dan disebar di kalangan rakyat adakah kerajaan baru boleh berkhidmat dan bertahan. Beberapa dongeng beredar di kalangan masyarakat bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa beberapa bulan. Dah tiga tahun dah. Rakyat pun dah boleh fikir.

3. Pemikiran dan pandangan yang dibawa oleh BN dan Umno banhawa pembangkang tidak betul dan hanya pandai membangkang sudah mula sirna. Peranan pembangkang sebagai check and balance kepada sistem demokrasi mula difahami. Era "I know everything" dan "I always right" sudah berakhir.

4. Ratib umno dan BN yang mendakwa pembangkang hanya PAS dan lain-lain parti sekarang sudah berbalik kepada diri sendiri. UMNO dan BN yang diajar oleh rakyat dalam PRU sedar pengertian menjadi pembangkang di dalam sistem demokrasi. Walaupun kadang-kadang BN dan UMNO masih merasa diri merasa kerajaan. Berlagak dan tak sedar diri masih mengusai BN dan UMNO; pemimpin dan ahlinya.

5. Rakyat mula sedar bagaimana pembangkang yang selalu didiskriminasi tanpa sebarang peruntukan untuk membangunkan negara. Ahli Parlimen pembangkang atau ADUN yang selama ini menang dalam pilihanraya tetapi partinya kalah di peringkat negeri atau persekutuan biasanya tidak mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan projek atau apa-apa program kecuali melalui gaji atau usaha sendiri.

6. Rakyat sudah mula menyedari peranan agensi-agensi kerajaan yang selama ini peranannya diambil alih oleh ahli politik. Manakala ahli politik termasuk Ahli Parlimen dan ADUN yang peranan dan tanggungjawab mereka lebih besar dalam membahas dasar-dasar negara tidak dilaksanakan. YB-YB menjadi welfare officer, manakala pegawai kerajaan menjadi pegawai kepada ahli politik.

7. Sistem kehakiman yang sepatutnya tempat menegakkan keadilan kepada semua sudah mula difahami oleh rakyat bahawa selama ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan elit politik. Pemisahan kuasa yang menjadi konsep besar sistem demokrasi di Malaysia mula mengambil peranannya.

8. Rakyat mula sedar bagaimana setiap sen yang mereka belanjakan atau mereka membayar setiap sen cukai kepada negara adalah hak mereka sendiri dan perlu dipulangkan kepada mereka. Pemikiran bahawa semua duit atau pembangunan yang berlaku adalah dari BN atau Umno sudah tidak relevan. Slogan bahawa "BN Menang, Kedah Senang" adalah slogan sampah.

9. Billboard yang tertulis seperti "Projek Kerajaan oleh Barisan Nasional", "baja subsidi Kerajaan Barisan Nasional" sudah mula difahami dan di'gelak'kan oleh oleh rakyat.

10. Rakyat sudah mula fahami makna pembangunan bukan sekadar membina bangunan. Bangunan boleh dibina termasuk oleh Komunis dan Kapitalis. Pembangunan lestari, pembangunan insan; roh, mental, fizikal mula berkumandang.

11. Kejayaan Kerajaan baru yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat di Kedah seumpama membina institusi pengajian tinggi, peruntukan kepada sekolah-sekolah, petuntukan kepada belia termasuk membina pusat belia Kedah, peruntukan kepada setiap kaum, proses men"sifar"kan rasuah, proses membebaskan KCS dari belenggu politik. Bagi sarjana ia adalah merupakan satu kejayaan dan perubahan yang sangat besar. Hasil kebangkitan rakyat.

12. Kejayaan menambahkan pendapatan daripada sumber asli negeri, balak, batuan, sumbangan dan GLC yang diakui oleh Ketua Audit Negara membuka mata rakyat dan pengkaji politik. Ia juga menimbulkan tandatanya kepada ahli-ahli UMNO sendiri disebabkan sumber dan keluasan yang sama namun hasilnya amat minimum.

13. Kegagalan projek seumpama Marina Harbour, Pusat Akuatik, Lapang Sasar dan lain-lain projek kerajaan negeri mula diperkatakan rakyat. Pembelian temasuk pen untuk hadiah dengan harga yang tidak munasabah oleh Menteri Besar, pembayaran anak syarikat kerajaan negeri (wang rakyat) kepada UMNO (parti politik) menimbulkan tandatanya besar. Rakyat sudah mula berani persoalkan wang mereka.

14. Projek-projek segera untuk berdepan pilihanraya seumpama membina rumah-rumah rakyat yang kemudiannya membuat tuntutan kepada kertajaan selepas pilihanraya berleluasa sehinggakan mendedahkan kontraktor kepada hutang dan kemungkinan bankruptcy.

15. Kerja-kerja menempah poster untuk pilihanraya yang dibuat melalui anak kerajan negeri seumpama tuntutan yang dibuat terhadap Seri Temin selepas BN dan UMNO kalah selepas pilihanraya terhadap pengurusan baru amat memalukan.

16. Kegagalan menyiapkan projek-projek kerajaan pusat seperti 8 jambatan Naka-Nami, projek oleh kementerian pendidikan seperti kuarters-kusrters guru, sekolah-sekolah yang tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran amat menjijikkkan. Semua ini adalah hasil pendedahan yang berjaya dikemukan kepada rakyat selepas perubahan.

17. Sistem kerajaan, pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan persekutuan mula difahami oleh rakyat, peranan kerajaan pusat dan negeri, hubungan simbiosis antara keduanya mula difahami oleh awam.

18. Penerusan semua projek kerajaan dahulu kecuali yang membazir memberikan satu persepsi bahawa menukar kerajaan bukanlah seperti menerbalikkan bumi.

19. Politik pembangunan dan perkauman yang dijaja oleh BN dan parti sekutunya sudah ditunjukkan jalan keluar oleh rakyat. Lagu lama yang cuba diputar kembali itu sudah mula mereputkan mereka.

20. Kematangan rakyat untuk memilih pemimpin dan bebas menentukan kerajaan sendirihubungan antara kaum dan agama yang selama ini selalu diragukan oleh BN dan UMNO dengan penukaran kerajaan sudah mula berakhir. Sikap saling hormat menghormati dan mengiktiraf peranan masing dalam pembangunan negara membuktikan bahawa ada bertukarnya kerajaan hanya seperti kita menukar pengurus pasukan bola. Dah asyik kalah tukarlah pengurus dan jurulatih. Bukannya pi racun pemain sampai mati atau bubarkan pasukan!!!

Apapun perubahan ini adalah sepatutnya kembali kepada rakyat. Rakyat yang matang dan bijak perlu menilai dan membuat pilihan. Rakyat yang bodoh hanya menjadi pak turut. Pengalaman tiga tahun masih terlalu muda untuk membuat penilaian objektif. Kelemahan tetap ada untuk diperbaiki. Rakyat yang bijak akan terus memberi pandangan kedua kepada kerajaan.

Kesemua anggota exco Kerajaan Perlis dilantik semula

Posted: 16 Mar 2011 02:38 AM PDT

KANGAR, 16 Mac — Kesemua lapan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang penggal perkhidmatan mereka berakhir semalam dilantik semula memegang jawatan masing-masing hari ini.

Mereka ialah anggota dewan undangan negeri kawasan Pauh, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail, Sabry Ahmad (Santan), Ahmad Bakri Ali (Kayang), Abdul Jamil Saad (Sena), Datuk Mat Rawi Kassim (Beseri), Jafperi Othman (Guar Sanji), Mansor Jusoh (Chuping) dan Dr Por Choo Chor (Indera Kayangan).

Mereka mengangkat sumpah memegang jawatan itu bagi tempoh setahun lagi di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau hari ini.

Bagaimanapun tiada pengumuman dibuat sama ada mereka akan kekal dengan portfolio masing-masing atau berlaku rombakan portfolio.

Sebelum ini Syed Razlan menerajui portfolio Pelaburan, Perdagangan, Industri dan Hubungan Antarabangsa; Sabry (Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi); Ahmad Bakri (Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar); Abdul Jamil (Belia, Sukan dan Kebudayaan); dan Mat Rawi (Tanah, Perhutanan, Alam Sekitar, Penguatkuasaan dan Kepenggunaan).

Jafperi pula menerajui portfolio Agama Islam, Jawatankuasa Hadhari dan Pembangunnan As-Sunnah; Mansor Jusoh (Hal Ehwal Wanita, Kebajikan dan Hal Ehwal Pengguna) dan Dr Por (Perumahan dan Kerajaan Tempatan). Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berangkat ke majlis angkat sumpah itu. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Sementara itu, Raja Perlis dalam titah ucapannya selepas majlis angkat sumpah berharap barisan Exco yang dilantik itu dapat melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan dalam mencorak pembangunan negeri dan rakyat.

Titah baginda, tanpa keikhlasan akan memungkinkan mereka terdorong untuk melaksanakan agenda sendiri sehingga merugikan negeri dan rakyat.

Baginda menyarankan, wakil-wakil rakyat mengadakan mesyuarat tidak rasmi sekurang-kurangnya dua bulan sekali di samping mesyuarat rasmi yang antara lain membincangkan masalah rakyat dan langkah menanganinya. — Bernama

Zaid terpaksa jatuhkan maruahnya ke tahap PERKASA

Posted: 16 Mar 2011 02:21 AM PDT

Oleh Nik Nazmi Nik Ahmad

Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke tahap serendah PERKASA dan GAPS dalam meneruskan dendamnya terhadap Anwar Ibrahim. Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan juga kerana pasukan pembelaan beliau tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada.


Pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah jelas: pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau. Dalam tempoh singkat Zaid bersama KEADILAN, beliau giat menegakkan pendirian yang sama, namun pada hari ini beliau nampaknya sudah terlupa.

Apa yang jelas sepanjang perbicaraan berjalan, pihak pendakwaan telah menafikan semua permohonan pasukan pembelaan supaya mengemukakan segala bukti dan data lengkap serta sampel DNA yang diuji dari sampel yang diambil daripada tubuh dan pakaian Saiful Bukhari. Sebagai peguam, Zaid (gambar kanan) sewajarnya mengetahui bahawa ini bercanggah dengan protokol ujian DNA dan secara otomatik mengecualikan bukti tersebut dalam mana-mana perbicaraan adil.

Penolakan tersebut menghalang pasukan pembelaan dan mahkamah untuk menilai kesahihan ujian DNA tersebut secara bebas. Penolakan ini hanya mengukuhkan pandangan bahawa pihak pendakwaan mempunyai sesuatu untuk diselindungkan dalam apa yang dikatakan ujian DNA itu. Atas sebab itu, adalah suatu penghinaan kepada prinsip keadilan untuk Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu pendakwaan mengesahkan keputusan yang menimbulkan syak dan direka-reka.

Zaid sewajarnya ingat bahawa Saiful Bukhari Azlan, penuduh telah mengaku bertemu dengan anggota polis kanan Zaid Rodwan Mohd Yusof dua kali sebelum kejadian tersebut kononnya berlaku. Bagi menyegarkan semula memori Zaid, Rodwan lah orang yang memindahkan DNA Anwar secara haram pada perbicaraan 1998 dan meletakkanya pada tilam bagi memerangkap bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Isu DNA-DNA lelaki lain di dalam rektum Saiful masih lagi belum dijawab.

Pada masa yang sama, pegawai penyiasat Jude Pereira mengakui bahawa sampel yang diambil daripada Saiful tidak disimpan di dalam peti sejuk beku, justeru mendedahkan DNA tersebut kepada kerosakan. Isu mengapa Jude menyimpan sampel-sampel tersebut selama 48 jam dan tidak menyerahkannya kepada ahli kimia serta-merta belum benar-benar dijelaskan. Pada tahun 1998, institusi polis yang sama-lah yang telah mereka bukti termasuk bukti DNA terhadap Anwar.

Sejak hari pertama, kes Anwar telah dipenuhi oleh pelbagai percanggahan dan kelemahan, dan jelas sekali sekiranya defendannya bukanlah Anwar Ibrahim kes ini akan dibuang daripada mahkamah. Seorang itu tidak perlu menjadi penyokong tegar Anwar untuk mengesyaki kesahihan kes ini apabila Perdana Menteri Najib Razak mula-mula menafikan bertemu dengan Saiful dua hari sebelum Saiful mendakwa beliau diliwat. Hanya selepas gambar-gambar Saiful di pejabat Najib diedarkan beliau mengaku bertemu dengan Saiful, mula-mula kononnya untuk membantu Saiful mendapatkan biasiswa tetapi kemudian dijelaskan bahawa Saiful datang mengadu kepada beliau bahawa beliau diliwat.

Laporan perubatan awal di Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur menyatakan bahawa tiada penetrasi pada dubur Saiful. Jelas sekali bahawa pihak pendakwa memerlukan DNA Anwar untuk berada di dalam Saiful untuk membuktikan tuduhan mereka. Memandangkan kes mereka kini sudah punah, kejayaan kini diukur dengan menjatuhkan pandangan awam terhadap moral Anwar walaupun sekiranya mahkamah mendapati beliau tidak bersalah.

Sukar untuk dipercayai seorang yang terlatih dalam bidang undang-undang dan memahami keadaan sistem kehakiman negara selepas krisis 1988 tiba-tiba percaya dengan integriti sistem ini.

Percubaan Zaid untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan dakwaan beliau bahawa PAS tidak bersuara dalam kes ini menunjukkan kejahilan beliau tentang sokongan PAS serta prinsip asas dalam syariah bahawa tiada sesiapapun boleh didapti bersalah tanpa kesaksian empat saksi yang adil dan berwibawa.

oleh Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat

Kabinet Bayangan Satu Kemestian

Posted: 16 Mar 2011 12:30 AM PDT

Oleh Muhamad Nadzri Mohamed Noor

Keputusan belasan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas PRU 2008 menterjemahkan dinamik baru politik Malaysia. Meskipun sistem dua parti semakin kukuh, namun keputusan pilihan raya nampaknya semakin sukar untuk diramalkan. Beberapa kelompok mahukan perubahan, beberapa kelompok lain pula mahukan "kestabilan". Ada pula yang bersikap tunggu dan lihat, ikut-ikutan atau mungkin juga kurang kepedulian.


Jika beberapa siri awal dan pertengahan PRK selepas PRU 2008 didominasi oleh Pakatan Rakyat(PR), siri PRK mutakhir ini pula dikuasai oleh BN. Mungkin ada yang bertanya, di mana perginya "gelombang politik baru"? Adakah gelombang itu tenggelam dek gelombang balik? Apakah "sebenarnya" kemahuan masyarakat? Ke manakah sebenarnya hala tuju Malaysia selepas PRU ke 13? Penganalis, pemimpin dan orang ramai yang berminat dengan politik mungkin bingung memikirkan fenomena ini

Sebenarnya keputusan beberapa siri PRK yang rencam ini memerlukan kita untuk mengiktiraf bahawa realiti politik Malaysia kini adalah lebih kompleks dan dinamik. Justeru kita perlu lebih berhati-hati dan reflektif dalam "menangkap" atau menterjemah realiti itu. Dinamika persekitaran nasional harus diperhatikan sebaiknya bersama konteks lokal. Malah, dalam sesetengah pilihan raya, faktor lokal mungkin lebih penting daripada faktor nasional (dan begitu juga sebaliknya).

Justeru, dalam menginterpretasi kejayaan BN di Kerdau dan Merlimau, kedua-dua konteks lokal dan nasional perlu diperhalusi. Dari sudut lokal dan historikal, BN nampaknya telah lama bertapak dengan baik di kedua-dua kawasan PRK itu. Oleh itu, persepsi akan kepimpinan yang baik dan keprihatian kerajaan BN melalui pelbagai tindakan, sumbangan dan bantuan mungkin telah terbentuk di kalangan ramai. Kedudukan kawasan itu juga masih terhad dari arus pembangunan , ini mungkin mendorong masyarakat tempatan untuk meletakkan aspek pembangunan lebih tinggi daripada aspek lain. Beberapa temubual yang dilakukan terhadap pengundi oleh pengamal media di kedua-dua kawasan itu juga memperlihatkan bahawa isu pembangunan setempat adalah perkara pokok yang menjadi perhatian mereka. Oleh itu, projek pembangunan, faedah dan sumbangan kerajaan BN yang telah diumum dan disalurkankan semasa PRK itu berlangsung bukan sahaja nampak sukar untuk ditolak, tetapi mungkin juga mengukuhkan lagi imej keprihatian kerajaan terhadap rakyat.

PR selepas PRU 2008 bukan lagi sekadar opposisi, tetapi juga alternatif kepimpinan yang berpengaruh dan merupakan kerajaan di empat buah negeri. PAS, DAP dan PKR bukan lagi pembangkang kecil. Hampir setiap ucapan dan tindakannya menjadi perhatian umum dan parti. Jika sebelum PRU 2008 parti oposisi kekurangan track record untuk dinilai dan dikritik umum, kini tidak lagi. Pelbagai isu politik dan kepimpian dalam pakatan parti oposisi semakin mendapat perhatian umum. Akhir-akhir pemimpin PR khasnya Anwar Ibrahim, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lim Guan Eng mengalami tekanan yang hebat dari pemimpin BN dan media arus perdana. Isu-isu yang dibangkitkan nampaknya bukan sahaja berjaya mengukuhkan sokongan penyokong tegar BN terhadap parti itu, tetapi juga Berjaya menimbulkan keresahan dan keragu-raguan dikalangan sebahagian pengundi atas pagar dan dan penyokong PR.


Meskipun telah melakukan beberapa perubahan khususnya dari sudut praktik, mungkin terdapat beberapa perkara fundamental yang perlu diberikan perhatian oleh PR. Bulan lalu, PM Najib Razak mengkritik PR kerana tidak berupaya membentuk satu kabinet bayangan sebagaimana di negara-negara maju. Pada saya, kritikan ini adalah satu maklumbalas penting yang perlu diperhalusi sebaik-baiknya. Masyarakat Malaysia masih ramai yang sangsi dan berhati-hati dengan PR, termasuklah penyokong parti dalam PR. Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah bentuk kerajaan PR jika diberi mandat untuk menduduki Putrajaya? Adakah akan diketuai (PM) atau dikuasai (Kabinet) oleh DAP ,PAS atau PKR? Adakah perkara penting dalam Perlembagaan akan diubah?Bagaimana nasib Melayu dan etnik lain?

Pada hemat saya, penubuhan kabinet bayangan adalah satu perkara yang terpenting buat PR buat masa ini. Ia sangat penting bagi mencerahkan kekaburan dan memberikan keyakinan kepada penyokong PR khasnya dan masyarakat Malaysia umumnya. Dengan adanya kabinet bayangan, masyarakat secara umumnya boleh mengagak bagaimanakah bentuk aturan dan corak pemerintahan sekiranya mandat diberikan kepada PR.

Isu DNA: PKR kata Zaid rendahkan maruah diri, ‘sudah terlupa’

Posted: 16 Mar 2011 12:00 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Datuk Zaid Ibrahim telah merendahkan maruahnya seakan Perkasa dan Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) apabila meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA secara sukarela dalam liwat yang dihadapinya sekarang.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Anwar enggan menyerahkan sampel DNA kerana tidak yakin terhadap ketelusan sistem sedia ada.

"Malang sekali apabila Zaid Ibrahim terpaksa menjatuhkan maruahnya ke tahap serendah Perkasa dan GAPS dalam meneruskan dendamnya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Anwar bukan hanya enggan menyerahkan DNA beliau kerana beliau secara perundangan tidak perlu melakukannya bahkan juga kerana pasukan pembelaan beliau tidak meyakini ketelusan sistem sedia ada," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Nik Nazmi, pertuduhan liwat terhadap Anwar adalah satu konspirasi yang "dicipta" untuk membunuh karier politik Ketua Umum PKR itu.

"Pendirian Anwar dan Pakatan Rakyat terhadap kes ini adalah jelas, pertuduhan yang dikemukakan adalah konspirasi yang bertujuan untuk membunuh karier politik beliau.

"Dalam tempoh singkat Zaid bersama PKR, beliau giat menegakkan pendirian yang sama, namun pada hari ini beliau nampaknya sudah terlupa," katanya.

Beliau berkata sebagai seorang peguam Zaid yang juga Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) sepatutnya tahu bahawa pengambilan sampel DNA tanpa mengemukakan sebarang bukti tidak sah.

"Apa yang jelas sepanjang perbicaraan berjalan, pihak pendakwaan telah menafikan semua permohonan pasukan pembelaan supaya mengemukakan segala bukti dan data lengkap serta sampel DNA yang diuji dari sampel yang diambil daripada tubuh dan pakaian Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Sebagai peguam, Zaid sewajarnya mengetahui bahawa ini bercanggah dengan protokol ujian DNA dan secara automatik mengecualikan bukti tersebut dalam mana-mana perbicaraan adil.

"Penolakan tersebut menghalang pasukan pembelaan dan mahkamah untuk menilai kesahihan ujian DNA tersebut secara bebas. Penolakan ini hanya mengukuhkan pandangan bahawa pihak pendakwaan mempunyai sesuatu untuk diselindungkan dalam apa yang dikatakan ujian DNA itu. Atas sebab itu, adalah satu penghinaan kepada prinsip keadilan untuk Anwar memberikan sampel DNA untuk membantu pendakwaan mengesahkan keputusan yang menimbulkan syak dan direka-reka," katanya.

Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendakwa Zaid cuba untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat apabila mendakwa PAS tidak bersuara dalam perkara itu.

"Percubaan Zaid untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dengan dakwaan beliau bahawa PAS tidak bersuara dalam kes ini menunjukkan kejahilan beliau tentang sokongan PAS serta prinsip asas dalam syariah bahawa tiada sesiapapun boleh didapti bersalah tanpa kesaksian empat saksi yang adil dan berwibawa.

"Sejak hari pertama, kes Anwar telah dipenuhi oleh pelbagai percanggahan dan kelemahan, dan jelas sekali sekiranya defendannya bukanlah Anwar Ibrahim kes ini akan dibuang daripada mahkamah," katanya.

Semalam Anwar berkata beliau enggan menyerahkan sampel DNA kerana bertindak berdasarkan fakta dalam kes itu.

Kelmarin pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu.

Minggu lalu 30 NGO termasuk Perkasa dan GAPS telah berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA berhubung kes liwat yang membabitkan Mohd Saiful.

Kitab Injil BM: Meskipun Kabinet benar, naskhah di Klang subjudis

Posted: 15 Mar 2011 11:42 PM PDT

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Kekeliruan baru tercetus berhubung keputusan Kabinet membenarkan kitab-kitab Injil dalam Bahasa Malaysia dibawa keluar berikutan pendirian Datuk Seri Nazri Aziz hari ini bahawa 5,100 naskhah yang dirampas di Pelabuhan Klang kekal tidak sah di bawah enakmen Islam Selangor.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa 30,000 naskhah Alkitab yang ditahan di Pelabuhan Kuching boleh dibawa keluar memandangkan tiada enakmen di Sarawak yang menghalang penggunaan perkataan "Allah" oleh kalangan bukan Islam dalam penerbitan mereka.

"Ini kerana di Selangor dan negeri-negeri lain di Semenanjung, selain Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, ada enakmen yang menghalang penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam," kata beliau.

Sepuluh negeri kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan mempunyai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang menghalang penggunaan kalimah "Allah" sama ada secara lisan ataupun bertulis.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rengas berkata, tindakan membenarkan kitab-kitab Injil itu dibawa keluar dari Pelabuhan Klang akan dilihat sebagai subjudis kepada permohonan rayuan Peguam Negara berhubung kes penggunaan kalimah "Allah" oleh akhbar The Herald.

Rayuan itu dibuat awal tahun lalu.

"Oleh itu, ia tiada kesan ke atas Sarawak," kata Nazri.

Semalam, pentadbiran Najib bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang, Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dalam satu kenyataan berkata langkah kerajaan ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kitab itu mesti dicop dengan tag "Untuk Penganut Agama Kristian sahaja".

"Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya," katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan mengangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah "Allah".

"Oleh itu, dalam konteks berikut kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku kitab Injil tersebut," katanya.

Sehubungan itu Nazri juga berkata, Kabinet hanya akan memutuskan Jumaat ini bagaimana hendak berurusan dengan 5,100 naskhah kitab Injil yang ditahan di Pelabuhan Klang memandangkan "kami akan melanggar undang-undang jika kami lakukannya sekarang."

Bayi terselamat selepas tiga hari di bawah runtuhan

Posted: 15 Mar 2011 09:00 PM PDT

SENDAI, Jepun - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan berjaya diselamatkan selepas tiga hari berada di bawah runtuhan akibat tsunami dan gempa bumi sekuat 9 skala Richter yang mengegar Jepun pada Jumaat lalu.

Pada awalnya, sekumpulan askar dari Pasukan Pertahanan Jepun yang sedang mencari mangsa terselamat di kampung Ishinomaki terdengar tangisan seorang bayi. Selepas mengalihkan kepingan kayu, batu dan lumpur tebal, mereka akhirnya menjumpai bayi tersebut.

Bayi itu ditemui dalam keadaan sejuk, basah dan menangis. Dia dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan. Persoalan kenapa dia tidak lemas, masih menjadi misteri.

Bayi tersebut dikatakan terlepas daripada pangkuan ibu bapanya apabila ombak besar memusnahkan kediaman mereka. Keluarga malang itu percaya bahawa mereka akan kehilangan bayi itu buat selama-lamanya. Dia kemudian dipertemukan semula dengan bapanya yang dilihat sangat gembira.

Sebelum dia dijumpai, pasukan penyelamat sudah menemui sekurang-kurangnya 2,000 mayat di sepanjang pantai di wilayah Miyagi yang paling teruk terjejas.

"Penemuan bayi ini memberi semangat baru kepada pasukan penyelamat. Kami akan mendengar, melihat dan menggali dengan lebih berhati-hati selepas ini," kata salah seorang pegawai tentera terbabit. - Agensi

Pemberontak mahu Gaddafi dibunuh

Posted: 15 Mar 2011 08:00 PM PDT

BENGHAZI - Kepimpinan pemberontak Libya meminta kuasa-kuasa Barat supaya membunuh pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan melancarkan serangan ketenteraan terhadap tenteranya, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurucakap Lembaga Revolusi Kebangsaan yang memimpin kumpulan pemberontak, Mustafa Gheriani berkata, campur tangan tentera Barat perlu bagi mengelakkan lebih banyak bandar yang sebelum ini jatuh ke tangan pemberontak ditawan semula oleh Gaddafi.

"Kami memberitahu Barat bahawa kami mahu zon larangan terbang. Kami mahu serangan udara ke atas kereta kebal dan roket tentera Gaddafi. Kami mahu serangan udara ke atas kediaman Gaddafi," kata Mustafa.

"Ini adalah mesej daripada delegasi kami di Eropah," tambahnya.

Ditanya sama ada serangan ke atas kediaman pemimpin Libya itu bermakna lembaga revolusi itu mahu Gaddafi dibunuh, beliau menjawab: "Mengapa tidak, jika dia mati adakah anda akan menangisi kematiannya?"

Permintaan pihak pemberontak itu disampaikan oleh satu delegasi yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton di Paris kelmarin ketika para menteri Negara Kesatuan Lapan (G8) bersidang sama ada untuk menyokong permintaan bagi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya atau sebaliknya.

Sementara itu, Gaddafi, 68, semalam menolak untuk berunding dengan pihak pemberontak yang dilabelnya sebagai pengganas Al-Qaeda.

Gaddafi berkata, beliau dan tenteranya akan 'berjihad' untuk menghapuskan semua pengganas tersebut.

Kenyataan tegas itu dibuat selepas tenteranya berjaya merampas beberapa bandar utama yang ditawan pemberontak termasuk Ras Lanuf dan Zuwarah, barat Tripoli. - Agensi

'Sukan Terbaik Hanya di RTM' hanya gah pada nama

Posted: 15 Mar 2011 07:00 PM PDT

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0316/Kosmo/Sukan/su_04.1.jpg

LAMAN Facebook yang dibuka dan dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia'.

PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi.

Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan.

Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka.

Sehingga semalam, seramai 2,485 sudah menyertai laman Facebook berkenaan sebagai tanda desakan supaya Rais sebagai orang yang paling berkuasa di RTM mendengar rintihan rakyat Malaysia yang mahu- kan aksi Liga M disiarkan secara langsung.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, Astro diumumkan sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak eksklusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Masalah timbul apabila RTM dikatakan mahukan 'diskaun berlebi- han' sedangkan bayaran yang dikenakan Astro ialah RM6 juta setahun, sama seperti jumlah dibayar RTM kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

Bukan semua rakyat Malaysia melanggan saluran berbayar Astro terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan slogan 'Sukan menyatukan kita semua' tetapi bagaimana untuk menyatukan rakyat jika RTM tidak menyokong sukan tempatan.

Indeks kebebasan akhbar 2010 bagi Malaysia yang mengejutkan

Posted: 15 Mar 2011 06:00 PM PDT

Oleh: ZULKIFI YAHAYA

Indeks kebebasan akhbar adalah kedudukan tahunan bagi setiap negara di dunia ini mengenai kebebasan akhbar yang wujud di negara itu. Ia dibuat dan diterbitkan oleh kumpulan Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders, RWB) berasaskan penilaian organisasi terhadap rekod kebebasan media. Negara paling kecil sekalipun, seperti Andorra juga termasuk dalam penilaian tersebut.


Laporan dibuat berdasarkan soal selidik yang dihantar kepada pertubuhan yang menjadi rakan kerjasama RWB (14 kumpulan organisasi dari lima benua) serta 130 koresponden di serata dunia yang terdiri dari wartawan, penyelidik, pengamal undang-undang serta aktivs hak asasi manusia.

Soalan kajiselidik bertumpu pada aspek serangan langsung terhadap bidang kewartawanan dan media sepertimana tekanan sumber tidak langsung lain terhadap kebebasan media. RWB amat berhati-hati dalam mencatat indeks kerana penumpuan hanya terhadap aspek kebebasan akhbar dan bukan mengukur kualiti jurnalisme.

Apa yang paling mengejutkan dalam laporan tersebut bagi tahun 2010 ialah kedudukan Malaysia jatuh merudum ke tempat 141 dari 178 negara yang dibuat penilaian. Jika dihitung kedudukan Malaysia dari bawah, maka negara kita menduduki tempat 38; merupakan pencapaian 'cemerlang' bagi kalangan negara yang sangat tebal kongkongan medianya.

Angka paling kecil dijadikan indeks paling baik tahap kebebasan akhbarnya, manakala paling besar sebagai paling buruk. Maka bagi tahun 2010 Malaysia memperolehi 50.75, merupakan indeks tercorot dalam tempoh lapan tahun. Catatan indeks Malaysia adalah seperti berikut; 2009 (44.25), 2008 (39.50), 2007 (41.00), 2006 (22.25), 2005 (33.00), 2004 (39.83), 2003 (32.00) dan 2002 (37.83).

Di Malaysia, penilaian yang dibuat tentulah kepada semua akhbar, tidak terhad kepada akhbar berbahasa Malaysia sahaja yang hampir keseluruhannya dibawah kongkongan kerajaan BN. Akhbar berbahasa Cina, sekalipun masih terkongkong di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan tetapi mereka masih mempertahankan sikap bebas, menyiarkan laporan seimbang terhadap semua pihak.

Jika indeks kebebasan akhbar dibuat terhadap akhbar berbahasa Melayu sahaja (yang berat sebelah) yang lebih besar pengaruhnya terhadap kaum majoriti negara ini, maka catatan indeks akan lebih buruk dan mungkin setanding dengan Burma, Korea Utara dan Eritrea.

Apa yang mengejutkan ialah kedudukan indeks kebebasan akhbar Malaysia jauh lebih buruk dari Mesir, Algeria dan Jordan yang sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat kini. Antara rakan dalam kelompok Malaysia ialah Libya dan Tunisia, juga dua buah negeri yang karam dalam kebangkitan rakyat.

Maka timbul persoalan sekarang, apakah azam untuk menawan Putrajaya masih terdapat cahaya harapan di hujung terowong dalam keadaan semua media utama (khususnya media berbahasa Melayu) di negara ini tidak bebas, sentiasa berat sebelah dengan memihak kepada BN seratus peratus dan tidak pernah memberi ruang kepada pembangkang barang sepicing pun?

Penilaian terhadap parti politik di mana-mana pun dalam sistem demokrasi di dunia ini ditentukan oleh persepsi. Persepsi pula ditentukan oleh maklumat yang diterima. Oleh kerana rakyat Malaysia keseluruhannya dimomokkan oleh versi sebelah pihak sahaja, maka secara logiknya BN akan terus mendapat mandat sampai bila-bila selagi persoalan kebebasan media tidak dibetulkan.

Harus diingat bahawa itu baru persoalan kebebasan media. Belum lagi bicara soal jentera kerajaan yang diperkudakan, rasuah untuk pengundi dihalalkan dan manipulasi oleh SPR sebagai pengadil yang berat sebelah.

Sebahagian besar masalah dan 'kelemahan' dalaman Pakatan Rakyat adalah angkara manipulasi media. Mereka sangat berkuasa dalam membuli PR kerana kerana tiada media konvensional yang menjadi alternatif kepada PR. Masalah kecil berkaitan PR diperbesarkan, manakala jawapan terhadap persoalan yang ditimbulkan digelapkan. Kerajaan Pulau Pinang di bawah teraju DAP digambarkan sebagai anti Melayu/Islam tetapi penjelasan balas oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terhadap semua isu yang dibangkitkan tidak pernah disiarkan. 30 orang penyokong BN berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor disiarkan di semua media, walhal lebih 30 ribu pemuda PAS berhimpun di Kota Sarang Semut tidak disiarkan oleh media tersebut, walaupun dengan gambar sebelah kaki.

Maka cabaran terbesar PR untuk menghadapi PRU 13, bukannya isu tetapi bagaimana mempastikan isu dan maklumat sampai ke setiap pemikiran rakyat secara langsung dan pantas. Himpunan Bersih ke dua baru di peringkat ugutan. Setengah juga rakyat Malaysia pernah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil pada 2007. Apabila PR berjaya menawan lima buah negeri, Bersih pun menyepi sekian lama, walhal tiada satu pun tuntutan bersih yang ditunaikan oleh kerajaan yang memerintah.

Himpunan Bersih 2 yang dirancangkan adalah antara langkah membersihkan negara dari pelaksanaan demokrasi yang tidak bersih. BN pasti takut jika rakyat berjaya menggerakkan demonstasi besar seperti itu kerana mutakhir ini banyak kerajaan-kerajaan tua di dunia tumbang melalui demonstrasi jalanan.

Oleh kerana sukarnya untuk menumbangkan BN dalam suasana demokrasi tidak bersih, maka kerja membersihkan demokrasi adalah lebih aula dari menyertai pilihanraya dalam keadaan yang kotor.

Iktibar dari Merlimau

Posted: 15 Mar 2011 05:00 PM PDT

Oleh ZAILI MUHAMMAD

Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Merlimau telah kita ketahui di mana majoriti BN meningkat sebanyak 1,489 kepada 3,643 undi berbanding 2,154 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang lalu.

PAS memperolehi 2,319 dan BN memperolehi 5,962 berbanding PRU 2008 PAS memperolehi 2,827 dan BN 4,981 dan ini menjadikan kemerosotan undi kepada PAS sebanyak 508 serta pertambahan undi kepada BN sebanyak 981.


Antara faktor yang begitu ketara menyumbang kepada kemerosotan undi PAS adalah sokongan pengundi India di Jasin Lalang beralih kepada BN daripada majoriti 89 undi pada PRU 2008 bertambah menjadi 369 undi iaitu pertambahan sebanyak 280 undi.

Begitu juga di peti undi lain yang majoritinya pengundi Melayu telah beralih sokongan memberikan undi kepada BN pada kali ini seperti di Merlimau Pasir yang menyaksikan majoriti BN meningkat daripada 393 undi kepada 755 undi.

Sogokan pelbagai bantuan telah berjaya menarik sokongan kaum India kepada BN pada kali ini di mana BN meluluskan kemudahan elektrik kepada sebuah kuil di Merlimau dan berjanji akan menyelesaikan masalah status tapak kuil tersebut serta mengumumkan pembinaan sebuah Sekolah Kebangsaan Tamil Merlimau berharga RM4 juta.

Manakala pengundi Melayu pula dilihat masih terpengaruh dengan politik kebendaan yang dimainkan oleh BN seperti jalan tar, pembinaan parit-longkang, baiki rumah, bantuan keperluan asas serta tidak yakin dengan kemampuan PAS dalam mempertahankan hak dan membela nasib mereka.

Ianya diburukkan lagi dengan peranan yang dimainkan PERKASA di dalam mengapi-apikan sentimen kaum dan agama sehingga meresahkan orang Melayu bahawa segala hak mereka akan tergadai di tangan PAS yang menjalinkan kerjasama dengan DAP serta KeADILan.

PAS juga dilihat gagal menggarap sebaik mungkin di dalam memberikan penerangan kepada orang Melayu tentang tohmahan BN bahawa PAS menjadi alat DAP untuk melemahkan 'kuasa' Melayu.

Pimpinan tidak dapat mengukur dengan tepat kekuatan parti di pelbagai peringkat yang amat diperlukan bagi merangka srategi jangka pendek di dalam tempoh kempen pilihan raya mengakibatkan berlakunya kepincangan dalam kelancaran gerakerja.

Selain itu, antara kelemahan ketara yang dikenalpasti adalah kekuatan yang sedia ada itu juga tidak dapat diuruskan dengan semaksima dan sebaik yang mungkin sehingga berlakunya kelompangan atau pertindihan tugas.

Maka ada petugas yang dibebankan dengan pelbagai tugas dan ada petugas yang tidak mempunyai tugas disebabkan berlakunya pertindihan kerja di antara satu sama lain, di samping kerja-kerja 'ad-hoc' yang dilakukan tidak mendatangkan kesan.

Berbeza dengan BN yang menggunakan seluruh jentera dan kemudahan kerajaan secara maksima di mana segala keistimewaan yang dimiliki itu digunakan secara tersusun serta terancang bermula dari peringkat memberikan pelbagai sogokan serta bantuan kepada pengundi hingga kepada serangan sentimen agama dan kaum.

Pimpinan BN khususnya bertaraf menteri daripada Umno juga mengamalkan pendekatan turun padang bertemu masyarakat apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob beberapa kali dilihat bersantai minum kopi di warung bersama-sama pemandu teksi di tengah-tengah pekan Merlimau.

Sehinggalah ke hari pengundian di mana penyokong Pakatan Rakyat terus terikut-ikut dengan rentak BN yang melakukan pelbagai provokasi melalui kata-kata lucah, makian dan aksi lucah sambil terjerit-jerit bagai orang gila.

DAP sebenarnya telah berjaya meyakinkan pengundi Cina agar mengundi PAS, sewajarnyalah fokus utama yang perlu diberi tumpuan ialah kepada pengundi Melayu yang masih tebal dengan Umnonya dan India yang masih kurang didekati oleh petugas PAS.

Walaubagaimanapun syabas dan tahniah diucapkan kepada para petugas serta semua yang bersungguh- sungguh terlibat membantu PAS dalam PRK ini samada yang mengorbankan masa, tenaga, wang dan sebagainya kerana sumbangan ikhlas tersebut begitu tinggi nilainya di sisi Allah.

Selain itu, di dalam PRK ini kerjasama rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat juga dapat dipereratkan lagi di mana ianya mampu memangkin kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Melaka pada PRU nanti dan situasi ini begitu membimbangkan Umno-BN.

Apa yang penting di sini bukannya medan untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk kita bersama-sama bermuhasabah diri mengenai gerakerja khususnya PAS di semua peringkat agar yang mana lemah dapat kita kuatkan, yang mana longgar dapat kita ketatkan atau yang mana rosak dapat kita gantikan yang baru.

Bahkan Imam Syafie menggambarkan dalam syairnya yang sangat indah bahwa air yang tergenang akan busuk dan air yang mengalir akan bening serta jernih, malah seandainya matahari berhenti di u***** timur terus menerus, nescaya manusia akan bosan dan tertekan.

Sekiranya tiada perubahan, maka dengan persiapan yang sama kita lakukan, dengan cara yang sama kita bekerja, dengan kekuatan serta kemampuan yang sama kita ada dan dengan kesilapan yang sama kita ulangi tidak mustahil kita juga akan memperolehi hasil atau keputusan yang sama berulang kali.

Awan radioaktif bergerak ke Tokyo

Posted: 15 Mar 2011 04:10 PM PDT

SEORANG kanak-kanak diimbas untuk diperiksa kadar radiasi padanya di sebuah pusat pemeriksaan di bandar Koriyama, negeri Fukushima semalam.

TOKYO - Igauan tragedi letupan loji nuklear Chernobyl di Ukarine yang mengorbankan hampir 9,000 nyawa kembali menghantui rakyat Jepun selepas awan radioaktif kesan daripada siri letupan di stesen tenaga nuklear Fukushima dibimbangi akan sampai ke ibu negara Jepun, dalam tempoh beberapa jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas kerajaan Jepun semalam membuat pengumuman bahawa radiasi dari loji nuklear milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) itu kini merupakan ancaman terhadap nyawa manusia.

Loji tersebut yang memiliki empat reaktor nuklear, terletak sekitar 245 kilometer dari Tokyo.

Tahap radiasi atau pencemaran radioaktif yang boleh menyebabkan kanser meningkat dengan mendadak di kawasan sekitar loji tersebut selepas reaktor No.4 terbakar semalam disyaki akibat satu letupan.

Sejak minggu lalu berlaku tiga letupan melibatkan beberapa reaktor di loji nuklear berkenaan.

Selepas kebakaran pada reaktor No. 4 berlaku, bacaan pencemaran radiasi di kawasan sekitarnya melonjak jauh melepas tahap selamat kepada 400 millisieverts sejam (mSv/j). Pendedahan radiasi yang selamat untuk manusia adalah cuma setakat 3mSv untuk setahun.

Tidak lama selepas itu, Kedutaan Perancis di sini pula memberi amaran bahawa awan radioaktif boleh sampai ke ibu negara Jepun itu dalam masa cuma beberapa jam.

Dalam nada serupa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), turut mendedahkan bahawa radiasi daripada reaktor nuklear itu telah dibebaskan ke udara.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan ketika berucap di televisyen tempatan, buat kali pertama mengakui bahawa radiasi telah tersebar dari loji nuklear Fukushima.

"Tahap radiasi itu amat tinggi dan risiko lebih banyak radiasi tersebar juga sangat tinggi," kata Kan.

"Kami sedang melakukan segala usaha untuk menghalang kebocoran radiasi itu daripada terus tersebar. Saya faham bahawa orang ramai kini bimbang tetapi saya merayu anda supaya bertenang," tambahnya.Radiasi boleh membunuh dan mengubah sel badan manusia yang menyebabkan penyakit barah. Setakat semalam, tahap radiasi yang tinggi dicatatkan di Ibaraki, sebuah bandar yang berada sekitar 128 kilometer dari sini.

Di bandar Saitama, dekat sini, tahap pencemaran radiasi yang direkodkan pula adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada normal.

Setakat ini, kerajaan Jepun telah mengkuarantin 150 orang kerana mereka dikhuatiri terdedah kepada pencemaran radiasi.

Pihak berkuasa turut mengambil langkah membersihkan pencemaran radiasi melibatkan 23 orang yang berada berhampiran loji nuklear di Fukushima.

Kerajaan Jepun meminta penduduk yang tinggal dalam lingkungan 32 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya tinggal di dalam rumah, menutup semua tingkap dan berhenti menggunakan penghawa dingin sebagai langkah keselamatan.

Lebih 100,000 orang dipercayai berada dalam zon tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, negara-negara luar bermula dengan China mula memindahkan rakyat mereka dari sini kerana bimbang tentang pencemaran radiasi. Setakat ini, beberapa negara asing termasuk Austria dan Perancis mengumumkan akan memindahkan kedutaan mereka ke bandar Osaka yang terletak 400 kilometer dari Tokyo.

Sementara itu, gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter yang melanda timur Jepun pada Jumaat lalu memusnahkan kawasan seluas sehingga berpuluh-puluh kilometer dan menyebabkan lebih 550,000 orang hilang tempat tinggal. - Agensi

Tiada ulasan: