Rabu, 16 Mac 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemilihan PAS: Tumpuan kini pada Mat Sabu

Posted: 16 Mar 2011 05:36 AM PDT

Mata kini tertumpu kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan nombor dua dalam pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan.

NONEMalah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu.

Ibu pejabat parti Islam itu menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan pepecahan undi dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan.

Umum awal April

Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607Jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu kini dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad.

Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Mohamad dikatakan antara pemimpin yang cenderung anti kepada idea kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan di peringkat kawasan bagi melayakkan bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti. sumber

Kejutan menanti dalam pemilihan PAS

Posted: 15 Mar 2011 09:01 PM PDT


Walaupun pemilihan PAS dijadual pada Jun ini, namun cakap-cakap sudah mula kedengaran apabila nama beberapa pemimpin sudah disebut-sebut bakal merebut jawatan timbalan presiden.

Malah, sumber-sumber parti memberitahu, pemilihan kali ini lebih menarik berikutan beberapa kejutan yang bakal berlaku, seterusnya melanjutkan pertembungan dua kumpulan - pro- kerajaan perpaduan dan kumpulan Erdogan - seperti pada pemilihan dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dipercayai tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

Sumber yang lain pula mendakwa "ada mendengar cerita" kumpulan kerajaan perpaduan dalam PAS tidak mahu lagi Nasharuddin sebaliknya mahu mengangkat tokoh lain, seperti naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Tak nampak orang lain (setakat ini), selain daripada (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (sebagai pengganti)," tambah sumber-sumber itu.

Cadangan itu dipercayai ditimbulkan ekoran populariti Tuan Ibrahim sebagai personaliti terkenal yang mendapat undi tertinggi ketika dipilih sebagai naib presiden pada tahun 2009.

Nasha undur, Mat Sabu masuk?

Beliau dikatakan boleh mengisi jawatan tersebut demi merealisasikan konsep 'kepimpinan ulama' yang menjadi amalan parti itu selama ini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Nasharuddin pula berkata setakat ini tiada keputusan sama ada ahli parlimen Bachok itu mahu mempertahankan jawatan tersebut ataupun tidak.

"Tidak ada apa-apa jawapan lagi, masih tidak buat pendirian lagi... Tidak ada keputusan (setakat ini)," kata sumber berkenaan ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam pemilihan dua tahun lalu, Nasharuddin mempertahankan jawatan timbalan selepas menewaskan dua bekas naib presiden ketika itu - Datuk Husam Musa (atas, pertama dari kiri) dan Mohamad Sabu.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Lain pula yang berlaku kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu apabila menurut sumber, beliau dijangka mencuba nasibnya bagi bertanding jawatan itu sekali lagi.

Bagaimanapun Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ketika dihubungi Malaysiakini dilihat masih berteka-teki daripada memperlihatkan 'keinginannya' itu.

"Saya tidak buat keputusan lagi, masih berbincang dengan kawan-kawan. Saya tengok keadaan dulu," katanya.

Husam beri laluan

Sementara, sumber yang dekat dengan Husam pula mendakwa ADUN Salor itu dipercayai tidak mencuba nasibnya sekali lagi, sebaliknya hanya mahu bertanding untuk kekal sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS.

Ini kerana, kata sumber, ia bagi memberikan laluan kepada Mohamad Sabu – yang dilihat cenderung anti agenda kerajaan perpaduan – dan membolehkan pertandingan dua penjuru berlaku.

Pemerhati politik berpendapat, antara faktor kemenangan Nasharuddin dalam pemilihan lalu disebabkan berlakunya pecah undi antara Husam dan Mohamad Sabu.

Sumber itu juga memberitahu Malaysiakini, tokoh lain turut 'diundang' bertanding jawatan tersebut antaranya naib presiden PAS Salahudin Ayub dan dua ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun belum jelas sama ada ketiga-tiga mereka – yang difahamkan cenderung kepada agenda kerajaan perpaduan – akan terlibat sama kali ini.

Muktamar dan pemililhan PAS bagi tahun ini dijadual diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Taman Melewar, Kuala Lumpur. sumber

Memalukan Satu Malaysia

Posted: 15 Mar 2011 05:33 PM PDT

Kata Rosmah "Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, "

Ha~! ha! ha! begitulah nasihat atau pandangan profesional seorang pakar teknologi dari FLOM! aka isteri PM Najib.

Memang memalukan rakyat Malaysia bila Rosmah membuat kenyataan pasal Tsunami yang melanda Jepun.Bagaimana Rosmah boleh cakap macam itu? Dia cakap pasal pembangunan pesat Jepun tidak mesra alam? Lihat klip video dibawah nanti.

Rosmah bercakap seolah-olah Malaysia ini begitu maju teknologinya dan mesra alam.

Alahai Rosmah, kalau hendak dibandingkan dengan Singapura pun sudah ketinggalan jauh; apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan Jepun dan Negara-negara lain yang maju. Tapi kamu boleh cakap merapu macam itu?

Lain kali, kalau pergi ke Jepun, jangan hanya sibuk untuk membeli belah digudang-gudang pakaian.Tolonglah jengok ke dalam longkang-longkang yang begitu bersih air yang mengalir didalamnya hinggakan ikan –ikan carp boleh hidup didalamnya.Teknoloji hijau yang macam mana lagi yang Rosmah nak cakapkan itu?

Gempa bumi merupakan bencana alam dan itu adalah gempa susulan yang menyebabkan kerosakan kepada kilang nuklear Jepun. Jepun masih berjuang untuk mengelakkan krisis nuklear di Fukushima akibat gempa dan tsunami. Langkah-langkah keselamatan tidak pernah cukup selamat bila berhadapan dengan bencana alam yang sangat dahsyat.

Itu bukan kesalahan mereka.Mereka mencipta kilang nuklear untuk menghasilkan tenaga yang cukup bagi menggerakan ekonomi Negara.

Kalau nak cakap pasal Nature Disaster Alerts System dan Nature Disaster Safety system, Jepun diakui mempunyai teknologi paling maju dalam dunia.Kalau mahu dibandingkan dengan Malaysia adalah ibarat jauh panggang dari api.

Oleh kerana kedudukan Jepun merupakan negeri yang sering dilanda gempa bumi , bangunan-bangunan dibina dengan piawaian yang sangat ketat supaya dapat menahan gegaran yang tidak berapa serius.

Tetapi kali ini Jepun mengalami gempa bumi dalam laut yang sangat dahsyat berukuran 8.9 Magnitude. Kalau lah gempa bumi sebesar itu melanda Malaysia, saya percaya , satu Malaysia ini pasti hilang di mata peta dunia!

Harap-harap masyarakat dunia tidak memandang rendah kepada rakyat Malaysia.Rosmah bercakap tidak mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya.

Kalulah begini kenyataan Rosmah mengenai Tsunami yang melanda jepun, entah apalah ucapannya sewaktu melawat Muscat,Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh. Buat malu Satu Malaysia!


Tiada ulasan: