Kelab Greenboc |
- GEMPAR: Penduduk Jepun Panik, Radioaktif Disahkan Paras "Sangat Tinggi"
- 14 Wanita Termasuk Mummy Siam Dicekup
- Pokok Tumbang - 2 Beradik Nyaris Maut
- Penduduk Kg Baru Kecam Hebat Nong Chik: "Baru Jadi Menteri Dah Lupa Daratan!"
- [Video] Letupan Ketiga Reaktor Nuklear Pagi Ini
- Karpal Kepada Pendemo Dan Utusan: Bersiap Sedia Untuk Masuk Penjara
- Berita Harian Memfitnah ADUN Bukit Payung, Laporan Polis Dibuat
- Engkaulah Suami Yang Aku Impikan
- [Bergambar] Imej Satelit Sebelum-Sesudah Tsunami
- Kelantan Tunggu Kedatangan Chua Soi Lek
- Kes Bekas Setiausaha Politik Menteri Disebut Semula 8 April
- FLOM: Jawapan Nazri Hanya Untuk "Membodek" Najib & Rosmah
- BN Sudah Gila Mahu Teruskan Juga Bina Logi Nuklear
- 2 Inspektor Pelatih Wanita PULAPOL Dijangkiti Adenovirus
GEMPAR: Penduduk Jepun Panik, Radioaktif Disahkan Paras "Sangat Tinggi" Posted: 15 Mar 2011 01:12 AM PDT Radioaktif: Rakyat Jepun, warga asing di Tokyo mula panik TOKYO, 15 Mac — Tokyo diselubungi perasaan panik selepas kerajaan mengesahkan paras radioaktif di sekitar kawasan timur laut negara itu yang dilanda gempa bumi, menyebabkan sebahagian kecil penduduk mula meninggalkan ibu negara Jepun itu. Laporan dari Jepun juga menyebut penduduk tempatan mula menambah simpanan stok keperluan rumah. Beberapa kedutaan asing juga menasihatkan kakitangan dan rakyat negara masing-masing agar meninggalkan tempat-tempat yang terjejas dan syarikat-syarikat multinasional juga mengambil langkah sama ada menggesa kakitangannya menjauhi kawasan terbabit atau menimbang untuk memindakan mereka ke luar Tokyo. Menggambarkan perasaan panik di kalangan warga kota Tokyo, tinjauan Reuters hari ini menunjukkan Don Quixote, kedai 24 jam di daerah Roppongi telah kehabisan radio, lilin, tin-tin minyak dan beg tidur. Terdahulu Perdana Menteri Jepun mengesahkan kebocoran radiasi pada kadar yang tinggi di kawasan timur laut yang menempatkan loji-loji tenaga nuklear. Pelancong-pelacong asing seperti Christy Niver dari Egan, Minnesota berkata mereka mengalami pengalaman menakutkan dan mahu meninggalkan Tokyo segera. Anak perempuannya berusia 10 tahun, Lucy kelihatan lebih tegas untuk meninggalkan Tokyo. "Saya takut. Saya sangat takut, saya lebih rela hadapi tornado," katanya. "Saya mahu tinggalkan (kawasan ini)," katanya lagi. Pasukan Czech Symphony Orchestra juga meninggalkan Tokyo dengan bas menuju wilayah Ishikawa di sebelah barat Jepun selepas konsert mereka di sini dibatalkan. "Sebahagian mahu kembali ke kampung halaman mereka selepas gempa bumi, tetapi sukar untuk mendapatkan tiket bagi seratus orang sekarang," kata Hitomi Sakuma, pemain piano. Bank utama Amerika Syarikat, Citigroup juga berkata pihaknya secara konsisten memaklumkan pekerjanya berhubung perkembangan semasa tetapi belum ada arahan supaya memindah keluar mereka dari Tokyo. Beberapa wartawan antarabangsa yang membuat liputan di kawasan bandar raya Sendai, yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami yang meragut sekurang-kurangnya 10,000 orang, juga meningalkan kawasan tersebut. Pejabat Michael Page International, syarikat perkhidmatan pengambilan pekerja Britain di sini, juga ditutup selama seminggu. "Saya akan pergi ke Singapura esok dan akan bekerja dari pejabat kami di Singapura," kata seorang pekerjanya. Agensi berita Kyodo kadar radiasi setiap minit juga dikesan di Tokyo dengan paras radiasi di Saitama dekat ibu negara Jepun itu sekitar 40 kali lebih tinggi berbanding paras normal - tidak cukup untuk menyebabkan kemudahan ke atas orang ramai tetapi ia sudah cukup untuk mencetuskan rasa panik. Sekitar 12 juta orang tinggal di kawasan metropolis itu. Angin sedang menerbangkan secara perlahan-perlahan radiasi dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara Tokyo.
|
14 Wanita Termasuk Mummy Siam Dicekup Posted: 15 Mar 2011 12:00 AM PDT Johor Bharu – Seramai 14 wanita berketurunan Siam yang terlibat dengan kegiatan pelacuran di sekitar bandar raya ini sejak tiga bulan lalu ditahan apabila polis menyerbu dua rumah di Bukit Chagar dan sebuah hotel, di sini, semalam. Kesemua wanita berusia lingkungan 19 hingga 45 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 11 pagi oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor. Pegawai Turus D7 negeri, Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid berkata, siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran itu diketuai oleh beberapa wanita yang dipanggil sebagai 'mummy'. Menurutnya, mummy terbabit yang juga berketurunan Siam kebiasaannya akan berurusan dengan orang tengah yang mencari pelanggan bagi kegiatan pelacuran ini menerusi panggilan telefon. "Mereka (mummy) tidak akan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali dan hanya menjawab telefon daripada pelanggan tetap sahaja sebelum ia disebarkan kepada pelanggan-pelanggan lain. "Pelacur terbabit akan dihantar oleh mummy ini ke tempat yang sudah ditetapkan oleh pelanggan menerusi hasil perbincangan dilakukan dan kebiasaannya di hotel-hotel terkemuka termasuklah rumah tumpangan sekitar bandar raya ini," katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir. Mohammad berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati setiap wanita yang dilanggan dikenakan bayaran sebanyak RM200 bagi tempoh satu jam, manakala pelacur yang agak berusia menjalankan kegiatan terkutuk itu secara bersendirian. "Bagi wanita yang baru tiba ke negara ini, pelanggan ditawarkan seorang wanita pada harga RM200 sejam dan ada juga menjangkau sehingga RM600 bagi tempoh enam jam. "Siasatan dilakukan mendapati seorang daripada 14 wanita terbabit tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya. Selain itu, katanya, kesemua wanita termasuk mummy berusia 32 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan Seramai dua anggota dan lapan anggota terlibat dalam operasi tersebut. -SH |
Pokok Tumbang - 2 Beradik Nyaris Maut Posted: 14 Mar 2011 11:00 PM PDT Subang Jaya – Dua beradik nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga BLM yang dinaiki mereka remuk dihempap pokok yang tumbang ketika angin kencang dan hujan lebat melanda Jalan Persiaran Kewajipan menghala ke arah Summit USJ di sini semalam. Kejadian pukul 5.35 petang itu berlaku ketika mereka sedang melalui jalan tersebut sebelum sebatang pokok yang berada di kiri jalan tumbang lalu menimpa bahagian tengah kereta mangsa. Ketika kejadian, kereta itu dipandu seorang wanita berusia 31 tahun yang merupakan kakak kepada lelaki berusia 27 tahun tersebut. "Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan tetapi kereta mereka pula rosak teruk di bahagian tengah akibat dihempap pokok. "Sepasukan anggota bomba dari sini mengambil masa selama setengah jam untuk memotong dahan pokok yang tumbang dan menyelamatkan mangsa," kata Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Subang Jaya, Deputi Supritendan Tengku Anuar Raja Husin. Tambahnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan hampir satu jam ekoran pihaknya terpaksa menutup jalan bagi mengawal lalu lintas. -kosmo |
Penduduk Kg Baru Kecam Hebat Nong Chik: "Baru Jadi Menteri Dah Lupa Daratan!" Posted: 14 Mar 2011 09:55 PM PDT Jangan kacau tanah kami, kata pemilik tanah Kg Baru Pemilik tanah Kampung Baru tetap dengan pendirian menentang keras cadangan Putrajaya yang mahu mengadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 sambil menyifatkannya sebagai "rompakan secara senyap" untuk mengambil alih tanah penempatan eksklusif orang Melayu. Malah ada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru berkata mereka tidak pernah sama sekali memberi persetujuan agar rang undang-undang itu digubal seperti mana dikatakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bahawa hampir 90 peratus telah bersetuju dengannya. Salah seorang penduduk yang ditemui, Zauriah Mat Nenggal berkata dia sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan Raja Nong Chik untuk diadakan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 yang akan akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jun ini. "Makcik memang tak setuju langsung, rumah mak cik dah dibangunkan janganlah kacau . . . tak akan nak robohkan rumah mak cik, ada otak itu pakailah. Jangan kacau rumah yang bukan hak kamu. "Kalau nak robohkan kerajaan kena ganti balik, saya tidak mahu duit tapi saya mahu kerajaan ganti rumah juga . . . saya di sini ada rumah 12 pintu dan saya sewakan kepada orang, jadi jangan kacau mata pencarian mak cik," katanya yang berusia 77 kepada The Malaysian Insider. Kata Zauriah, tindakan kerajaan yang mahu mewujudkan rang undang-undang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan. "Raja Nong Chik hati Yahudi . . . Yahudi robohkan rumah Arab untuk bangunkan rumah tapi Raja Nong Chik nak ambil tanah Melayu untuk buat pembangunan. "Raja Nong Chik tidak berperikemanusiaan langsung, ingat senang-senang nak robohkan rumah mak cik? Ingat orang Kampung Baru ini bodohkah? Ingat duit mak cik ini pasirkah? Kenapa nak kacau Kampung Baru? Ini kampung Melayu kenapa mesti nak kacau?" katanya. Justeru, dia menggesa agar kerajaan pusat membatalkan hasrat untuk mengadakan akta tersebut. "Raja Nong Chik ini dah belakangkan kiblat . . . tak jaga orang Melayu, baru jadi menteri dah lupa daratan. "Kalau perkara ini Raja Nong Chik yang kena macam mana dia rasa? Mesti dia sakit hati," soalnya. Bagi Jamaluddin Kamat, 54, cadangan untuk mewujudkan rang undang-undang itu seolah-olah mempunyai agenda tersendiri selain akan menidakkan hak pemilik dan pewaris tanah kawasan itu sekiranya ia dilaksanakan. "Saya setuju dengan pembangunan di kawasan Kampung Baru tetapi tidak bersetuju dengan rang undang-undang yang kalau kita lihat tidak jelas apa tujuan penubuhannya. "Bagi saya rang undang-undang ini tidak menjamin masa depan pemilik dan pewaris tanah. Kalau contoh kita bersetuju apa jaminan kerajaan kepada kami? Pembangunan yang macam mana kerajaan mahu lakukan? Selain itu, kalau ia dilaksanakan mereka (kerajaan) mempunyai kuasa penuh ke atas tanah-tanah di kawasan ini," katanya. Kata anak jadi Kampung Baru itu, rang undang-undang tidak diperlukan untuk membangunkan kawasan itu kerana sudah mempunyai Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru yang sudah menguruskan penempatan itu sejak 111 tahun lalu. "Kami di sini tak perlukan rang undang-undang untuk membangunkan kawasan Kampung Baru ini, kami sudah ada MAS... selama ini MAS yang menguruskan semua perkara di sini. "Pembangunan Kampung Baru ini boleh dilakukan tanpa rang undang-undang, kita boleh bangunkan melalui MAS dan kami percaya kepada MAS untuk menguruskan soal pembangunan tetapi dengan syarat kerajaan kena bantu, bukan dengan menubuhkan rang undang-undang yang kami sendiri pun tak tahu fungsinya," katanya. Ditanya bacaan kali kedua rang undang-undang akan dibentangkan di Parlimen Jun ini, Jamaluddin berkata, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu jelaskan kepada penduduk terlebih dahulu. "Itu perlu dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah walaupun dapat tentangan, kena beritahu kerana kami nak tahu apa yang kerajaan ingin lakukan," katanya. Kamal Hussein, 78, pula mahu imej kampung Melayu dikekalkan di Kampung Baru walaupun pembangunan dilakukan di kawasan itu. "Bangunan tinggi-tinggi tidak diperlukan di Kampung Baru, cuma perlu menaik taraf mana-mana yang patut sahaja... buat apa nak bangunan tinggi, bukan kita mampu nak beli. "Imej sebagai kampung Melayu perlu dikekalkan. Eloklah kalau kampung Melayu ini ada, lagipun Kampung Baru ini terkenal di seluruh dunia, kalau tiada imej kampung Melayu apa gunanya Kampung Baru di sini," katanya. Dia juga bersetuju rang undang-undang yang telah diperhalusi semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar perlu dibentangkan kepada penduduk sebelum dibawa ke Parlimen. "Kami di sini nak tahu apa yang diubah . . . apa yang diperhalusi dan kami nak tahu apa rang undang-undang yang akan dibentangkan nanti. "Saya sendiri pun nak tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan," katanya. Raja Nong Chik sebelum ini berkata rang undang-undang itu akan dibentangkan di Parlimen Jun ini selepas semua tugas memperhalusi semula deraf rang undang-undang itu selesai sepenuhnya. Beliau berkata rang undang-undang itu, yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada sidang kali ini, terpaksa ditangguhkan kerana kementerian perlu memperhalusi semula draf rang undang-undang itu. Sementara itu, pemilik tanah generasi keempat Kampung Baru Efendi Ishak, 34, berkata rang undang-undang yang mahu dilaksanakan itu masih belum jelas fungsinya dan menimbulkan persoalan di kalangan pemilik dan pewaris tanah. "Rang undang-undang tidak jelas, kita tak tahu apa yang kerajaan nak buat seolah-olah berselindung di sebalik nama rang undang-undang. "Pemilik dan pewaris masih tertanya-tanya, kami tidak faham dan masih samar-samar tentang cadangan rang undang-undang ini," katanya. Kata kakitangan swasta itu, sekiranya mahu membangunkan kawasan Kampung Baru kerajaan tidak perlu menubuhkan rang undang-undang, sebaliknya membantu pemilik dan pewaris dalam bentuk kewangan untuk membangunkan sendiri kawasan tersebut. "Kami di sini tak bantah pembangunan tapi apa yang kami bantah adalah rang undang-undang ini. Kalau betul-betul nak bantu kami, tak perlukan rang undang-undang pun. "Kami di sini boleh bangunkan sendiri kawasan Kampung Baru, tapi kerajaan perlu bantu dalam bentuk kewangan agar ia dapat dilakukan," katanya. Mohd Yusof Abu, 67 pula berkata banyak perkara yang tidak dijelaskan kepada pemilik dan pewaris tanah mengenai rang undang-undang termasuk peruntukan yang memberikan kuasa penuh kepada menteri dan ia tidak boleh dicabar di mahkamah sekiranya perbadanan itu diwujudkan. "Imuniti kepada perbadanan kami tak setuju . . . rang undang-undang ini juga kami tidak bersetuju, jadi bagaimana Raja Nong Chik boleh kata 90 peratus daripada kami bersetuju? Pembubaran MAS juga kami tidak setuju. "Rang undang-undang ini tidak jelas dan ia cuba berselindung untuk menyembunyikan segala pembohongan yang mereka ingin lakukan," katanya. Tinjauan The Malaysian Insider ke Kampung Baru juga mendapati ramai penduduk di kawasan itu meletakkan kain rentang sebagai membantah cadangan rang undang-undang itu. Seorang lagi yang ditemui, Mohammd Raizal Ahmad Yusof, 38, berkata, rang undang-undang tersebut tidak perlu dilaksanakan kerana kerajaan tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah yang diwasiatkan sejak turun-temurun itu. "Apa hak kerajaan nak wujudkan rang undang-undang? Adakah tanah ini milik mereka? Ini adalah tanah wasiat dan ia perlu dijaga dan bukan untuk dibangunkan ikut rancangan kerajaan. "Kalau nak bangunkan juga kerajaan pergi tanya setiap pemilik dan pewaris tanah, kalau mereka setuju bangunkan sahaja di tanah mereka buat apa nak libatkan semua tanah milik kami di sini," katanya. Dia juga meminta agar Raja Nong Chik kemukakan bukti bahawa 90 peratus pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru bersetuju dengan cadangan untuk diwujudkan rang undang-undang itu. "Ada dia tanya pendapat pemilik dan pewaris tanah sebelum nak buat? Adakah kerajaan nak rompak tanah kami?" katanya. Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. -TMI |
[Video] Letupan Ketiga Reaktor Nuklear Pagi Ini Posted: 14 Mar 2011 08:33 PM PDT Tokyo: Satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji. "Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima," kata jurucakap Tokyo Electric Power Co. Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan. Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan. - AFP |
Karpal Kepada Pendemo Dan Utusan: Bersiap Sedia Untuk Masuk Penjara Posted: 14 Mar 2011 06:45 PM PDT Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah. "Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarangan mahkamah pagi tadi. Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang. Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan. Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya. Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah. Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung. Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh. Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara. "Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu. "Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi. |
Berita Harian Memfitnah ADUN Bukit Payung, Laporan Polis Dibuat Posted: 14 Mar 2011 05:52 PM PDT Fitnah: Adun Bukit Payung buat laporan polis Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini. Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan. Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu. "Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi. "Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat," tegasnya. Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung. Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan 'Pegawai Adun mengaku khalwat' serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung. Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung. "Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai. "Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu," ujarnya. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut. Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain. "Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya. "Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun. "Ini fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai," jelasnya. Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail. -HD |
Engkaulah Suami Yang Aku Impikan Posted: 14 Mar 2011 04:23 PM PDT Ketika engkau mencintaiku, engkau menghormatiku. Dan ketika engkau membenciku, engkau tidak mendzalimiku. (Dr. Ramdhan Hafidz) Aku masih ingat saat malam pertama kita, saat itu engkau mengajakku soalat Isya' berjamaah. Setelah berdoa engkau kecup keningku lalu berkata: "Dinda, aku ingin engkau menjadi pendampingku Dunia-Akhirat". Mendengar ucapan itu, akupun menangis terharu. Malam itu engkau menjadi sosok seperti Sayidina Ali yang bersujud semalam suntuk kerana bersyukur mendapatkan sosok isteri seperti Siti Fatimah. Apakah begitu berharganya aku bagimu sehingga engkau mensyukuri kebersamaan kita? Malam itu, aku tidak dapat mengungkapkan rasa syukurku ini dengan ucapan. Aku hanya mampu mengikutimu, bersujud di atas hamparan sajadah. Tanpa bisa aku membendung air mata ini tiada hentinya mengalir kerana mensyukuri anugerah Allah yang diberikan padaku dalam bentuk dirimu. Akupun berikrar, aku ingin menjadi sosok seperti Siti Fatimah, dan aku akan berusaha menjadi isteri sebagaimana yang engkau impikan. Dan ternyata sujud itu bukan hanya di saat malam pertama, setiap kali aku terbangun pada akhir sepertiga malam, ku lihat engkau sedang bersujud dengan penuh kekhusu'an. Aku kadang-kadang iri dengan kesolihanmu, engkau terlena dalam sujudmu sedang aku berbaring di atas katil yang empuk dengan sejuta mimpi. Kenapa engkau tidak membangunkan aku? Padahal aku ingin bermakmum padamu agar kelak aku tetap menjadi isterimu di surga. Aku hanya merasakan kecupan hangat melengkapi tidur malamku saat engkau terbangun untuk melakukan solat malam. Apakah kecupan itu sebagai isyarat agar aku terbangun dari tidurku dan melaksanakan solat berjamaah bersamamu? Atau kerana engkau tidak tega membangunkan aku saat engkau melihat begitu pulasnya aku dalam tidurku? Aku yakin, dengan ketaatanmu pada agama, engkau akan membahagiakanku dunia-akhirat. Tidakkah agama kita mengajarkan bagaimana suami harus menyayangi isteri, membuatnya bahagia, melindungi dan membuatnya tersenyum. Dan sebaliknya, isteri harus berbakti, melayani dan membuat suaminya terpesona padanya. Aku tidak peduli siapakah engkau, miskin dan kaya tidak ada bezanya bagiku. Aku hanya tertarik pada sosokmu yang bersahaja dan sederhana. Raut wajahmu yang penuh dengan keikhlasan membuatku ingin selalu menatapnya. Lembutnya sifatmu membuatku yakin bahwa engkau adalah suami yang dapat menerima segala pemberian Tuhan dan akan menyayangiku apa adanya. Aku tidak peduli dengan rumah comel dan sederhana yang engkau persembahkan untuk kita tempati bersama. Rumah yang hanya terdiri dari ruang tamu, kamar kita, dan satu ruangan yang berisi buku-buku terutama buku agama. Namun dari rumah yang comel ini, aku melihat taman surgawi menjelma di sini. Aku yakin engkau adalah sosok suami yang tekun belajar dan memahami agama, dan dengan bekal ini aku yakin engkau dapat membimbingku untuk meraih syurga ilahi. Sebagaimana agama kita telah mengisyaratkan bahawa, barang siapa berjalan dijalan ilmu, maka Allah akan mempermudah jalan menuju ke syurga. Saat kulihat engkau begitu berbakti kepada kedua orang tuamu dan senang menjalin silaturahim, aku yakin engkau akan berlaku baik pada anak-isterimu. Aku lihat engkau jarang sekali berbicara, tapi masya Allah kalau sedang bekerja, engkau menjadi sosok yang tekun dan rajin. Dan dari cara tutur katamu, aku mendengar kata-kata mutiara yang penuh hikmah, sehingga yang tergambar dalam fikiranku adalah sosok Lukmanul Hakim, sosok suami dan ayah yang selalu mendidik keluarganya, mengajarkan anaknya untuk tidak menyekutukan Allah. Sungguh aku bangga mempunyai suami sepertimu melebihi kebanggaanmu padaku. Aku lebih memerlukanmu jauh melebihi keperluanmu padaku. Terima kasih suamiku, kerana engkau telah membimbingku… -dakwatuna |
[Bergambar] Imej Satelit Sebelum-Sesudah Tsunami Posted: 14 Mar 2011 08:00 AM PDT Imej-imej satelit dramatis keadaan Jepun bahagian timur sebelum dan sesudah bencana mengungkapkan betapa besarnya kehancuran yang disebabkan tsunami hebat yang melanda kawasan itu setelah gempa berkekuatan 9.0, Jumaat (11/3/2011). Gambar-gambar tersebut, yang disusun Google, NASA, Pusat Aerospace Jerman dan Organisasi Antariksa Nasional Taiwan, mengungkapkan seberapa jauh dinding air menerjang daratan serta jejak kehancuran yang ditinggalkannya. Gambar-gambar itu menunjukkan lumpur hitam di ladang yang sebelumnya hijau. Kebanyakan jembatan tampaknya bertahan, beberapa hilang dalam gambar pasca-tsunami dan infrastruktur pengangkutan lainnya tersapu atau terkubur di bawah lapisan puing. Meskipun sejumlah gambar diambil dua hari setelah gempa dan tsunami, gambar-gambar itu menunjukkan bahawa kebakaran terus berkobar saat pasukan penyelamat berjuang untuk menjangkau daerah yang luas tersebut. Gambar-gambar itu sekarang digunakan oleh lembaga-lembaga yang melakukan penyelamatan dan pencarian di daerah itu dalam upaya untuk memetakan kawasan yang rosak sehingga bantuan dapat disalurkan. -dailymail Sebuah komuniti pesisir di Natori disapu hanyut tanpa sisa dari muka bumi. Ladang-ladang hijau di Torinoumi berubah menjadi coklat hancur binasa setelah tsunami surut. Higashi Matsushima, bahagian timur laut Jepun memperlihatkan keadaan seberapa jauh air masuk ke darat. Inilah imej satelit milik NASA sebelum dan sesudah tsunami melanda pesisir pantai timur Jepun. |
Kelantan Tunggu Kedatangan Chua Soi Lek Posted: 14 Mar 2011 06:55 AM PDT Nik Aziz tunggu MCA tanpa syarat Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kunjungan pemimpin MCA bagi membincangkan pengharaman jualan loteri di negeri itu tanpa sebarang syarat, kata setiausaha akhbarnya. Ahmad Fadhli Shaari berkata, tarikh dan tempat pertemuan itu bagaimanapun akan ditentukan kemudian, dijangka lusa (Rabu), apabila beliau pulang daripada menghadiri program di Kedah. "Kita mengalu-alukan kesediaan MCA untuk bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz). Beliau terbuka, tak ada masalah," katanya yang juga ketua penerangan Pemuda PAS negeri. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Fadhli berkata, pihaknya dimaklumkan oleh MCA semalam berhubung perkara itu. Semalam, setelah ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA, presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pihaknya mahu bertemu Nik Aziz bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan kerajaan Kelantan itu. Katanya, kecuali Nik Aziz, MCA tidak beminat berjumpa dengan sesiapapun bagi mendapatkan penjelasan kenapa pengharaman dibuat itu dibuat selepas 20 tahun PAS berkuasa di Kelantan. -mk
Ulasan GB Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti .. Kita juga mahu tahu, kenapa selepas 20 tahun (PAS memerintah Kelantan dan telah melaksanakan pelbagai pembaharuan bersandarkan Islam) barulah sekrang MCA mahu jumpa TGNA? Walau bagaimanapun, kita ucapkan kepada Chua Soi Lek dan pimpinan MCA supaya teruskan lawatannya ke Kelantan dan bertemu TG Nik Aziz. Di sana anda akan temui jawapan terhadap segala persoalan yang anda kebingungan selama ini hasil dari persahabatan anda dengan UMNO yang telah banyak menyelewengkan ajaran Islam. Kalau boleh bawa seramai mungkin ahli-ahli MCA untuk lihat sendiri bagaimana kehidupan masyarakat tionghua di Kelantan daripada anda menuduh yang bukan-bukan. |
Kes Bekas Setiausaha Politik Menteri Disebut Semula 8 April Posted: 14 Mar 2011 06:05 AM PDT Butterworth:: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan 8 April ini untuk sebutan semula perbicaraan kes bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, yang didakwa terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM2,134,656, tahun lalu. Gambar: BEKAS Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, 38, (kanan) tiba ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini bagi menghadapi tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2,134,656. - Foto Rosli Ahmad Hakim Tuan Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas peguam Hasbie, Badrul Munir Mohd Bukhari, memohon supaya pihak pendakwaan mengemukakan semula kertas pertuduhan lebih lengkap dan terperinci mengenai jenis kesalahan tertuduh. Hasbie, 38, didakwa melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar, dekat sini pada 11 Februari tahun lalu. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan. Hasbie dihadapkan ke mahkamah pada 10 Februari lalu dan mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan. |
FLOM: Jawapan Nazri Hanya Untuk "Membodek" Najib & Rosmah Posted: 14 Mar 2011 04:30 AM PDT Wanita Pertama: Nazri putar belit fakta Perlembagaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara berhubung Wanita Pertama Malaysia. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana jelas diperuntukkan dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Beliau yang juga Ketua Wanita PKR menyatakan demikian sebagai respons kepada jawapan Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat hari ini berkenaan soalan ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkaitan takrifan wanita pertama dan penyediaan peruntukan berkaitan boleh disifatkan sebagai sekadar play-safe statement, penuh niat putar belit dan berunsur manipulasi terhadap Perlembagaan Persekutuan. Katanya, jawapan Nazri yang mendakwa bahawa penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebagai kod amalan menunjukkan bahawa beliau sebenarnya dangkal dan cuba menghina Perlembagaan negara. Menurutnya, Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong". "Jika benar penggunaan gelaran Wanita Pertama hanyalah sebuah kod amalan seperti yang didakwa, maka saya pasti bahawa isteri Perdana Menteri juga tertakluk dibawah Kod Protokol yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri, dengan mengambil kira beliau hanya sebagai seorang pegawai kakitangan buat Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Namun, jika demikian, soalnya bagaimanakah sejumlah peruntukan sebanyak RM4.5 juta boleh diluluskan buat seorang ''kakitangan' untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama. Beliau juga mempersoalkan bagaimanakah seorang ''kakitangan' biasa boleh diberikan peruntukan untuk melancong ke seluruh dunia. "Apakah seorang 'kakitangan' juga dibenarkan berkempen dan membuat pelbagai janji secara melampau dengan menggunakan wang kerajaan sewaktu pilihan raya, yang sehingga kini satu pun tidak tertunai? "Adakah wujud pula Kod Protokol istimewa dan khas, yang hanya terpakai untuk Isteri Perdana Menteri?" soalnya. Maka, beliau menggesa agar Mohamed Nazri agar berani untuk segera menjawab dengan jujur, berpaksikan fakta dan realiti yang tepat bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar bebas daripada tekanan mana-mana pihak dalam menjalankan tugasnya. -HD
Ulasan GB Ringkas saja, jawapan Nazri tidak lain hanya untuk "membodek" Najib dan isteri. Tak lebih dari itu. |
BN Sudah Gila Mahu Teruskan Juga Bina Logi Nuklear Posted: 14 Mar 2011 03:40 AM PDT DAP, Gerakan gesa Putrajaya belajar pengalaman Jepun, gugur idea nuclear DAP dan Gerakan hari ini menggesa kerajaan agar menggugurkan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear dengan mengambil kira nasib yang dialami Jepun selepas dilanda gempa bumi terburuk dan tsunami Jumaat lalu. Loji-loji tenaga nuklear di timur laut Jepun berhadapan dengan masalah kegagalan reaktor berfungsi dan letupan juga disaksikan kelmarin dan hari ini. Lebih 180,000 dipindahkan dari kawasan lingkungan loji melibatkan 20 kilometer manakala sekitar 160 orang terdedah kepada radiasi. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Klang dari DAP Charles Santiago berkata, Malaysia harus menggunakan kebijaksanaan untuk mengelak daripada menggunakan loji tenaga nuklear, sebaliknya menggunakan sumber tenaga lain yang lebih bersih dan selamat. "Oleh itu, saya menggesa Menteri Peter Chin agar membatalkan kesemua idea mahu menerokai tenaga nuklear," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Wakil rakyat itu merujuk kepada kenyataan Menteri Tenaga, Hijau dan Teknologi Datuk Seri Peter Chin semalam bahawa rancangan Malaysia untuk membina dua loji nuklear akan diteruskan meksipun Jepun berhadapan dengan masalah ekoran gempa bumi dan tsunami dan bahawa "kerajaan tidak akan melakukannya dengan sembunyi-sembunyi tanpa memakumkan orang ramai." Santiago berkata Jepun walaupun mempunyai 60 tahun pengalaman dalam tenaga nuklear tetapi ia juga ada rekod kemalangan. "Jika negara yang ada kepakaran dan pengalaman seperti Jepun boleh menyaksikan kemalangan, maka Malaysia tidak harus pergi kepada nuklear kerana rikisi dan kesan kegagalan sangat besar," katanya lagi. Dalam pada itu, Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN) juga menggesa kerajaan mengkaji semula loji tenaga nuklear dengan meneliti kesan yang dialami Jepun sekarang. Ketua biro alam sekitar, keselamatan dan kualiti kehidupan Gerakan Dr Cheah Soon Hai menggesa jawatankuasa Parlimen akan menilai semula elemen kelebihan dan kekurangan loji nuklear di negara ini. "Kerajaan tidak harus mengetepikan kebimbangan dan kekhuatiran orang ramai mengenai aspek-aspek keselamatan. Kebajikan rakyat mesti diutamakan," kata ADUN Derga ini. "Kami berharapan kerajaan akan lebih berhati-hati memandangakan kita tidak meramalkan masa depan," katanya lagi. Malah kata beliau, kerajaan Jepun juga memberikan jaminan sebelum membina loji nuklear beberapa tahun lalu bahawa ia selamat dan terletak jauh dari kawasan padat penduduk. Semalam, Chin berkata agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun. Beliau berkata rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain. Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut. "Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir... ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi. -TMI |
2 Inspektor Pelatih Wanita PULAPOL Dijangkiti Adenovirus Posted: 14 Mar 2011 01:54 AM PDT Kuala Lumpur: Dua inspektor pelatih wanita dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam, selepas dikesan dijangkiti 'adenovirus'. Dua pelatih wanita berkenaan adalah antara 32 pelatih termasuk seorang kakitangan PULAPOL KL yang kini menerima rawatan di wad biasa hospital terbabit sejak seminggu lalu akibat jangkitan virus itu. Dua pelatih lelaki membabitkan seorang inspektor pelatih dan seorang konstabel pelatih pula masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL. Komandan PULAPOL, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed, berkata seorang daripada pelatih lelaki berkenaan dimasukkan ke wad ICU petang kelmarin manakala seorang lagi sudah seminggu berada di wad sama. "Mereka yang sedang menerima rawatan di wad biasa pula terdiri daripada 15 inspektor pelatih lelaki, 10 inspektor pelatih wanita dan selebihnya adalah konstabel pelatih lelaki serta seorang kakitangan PULAPOL Kuala Lumpur. "Sehingga jam empat petang semalam, seramai 688 konstabel pelatih dan inspektor masih menjalani pengasingan di bilik gerakan PULAPOL sehingga kesihatan mereka pulih," katanya ketika dihubungi, semalam. Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang pelatih, Mohd Azizan Azirid, 25, dari Kuala Kangsar, maut selepas diserang bakteria Leptospirosis (kencing tikus) dan adenovirus. Berikutan kejadian itu, semua program latihan di PULAPOL Kuala Lumpur dihentikan sementara waktu sehingga mendapat pengesahan Kementerian Kesihatan. Sementara itu, keluarga pelatih boleh menghubungi bilik gerakan khas PULAPOL di talian 03-26882062 atau 03-26882009 untuk mendapat maklumat terkini mengenai isu jangkitan virus dan situasi di pusat latihan berkenaan. Zulkifli berkata, pemantauan rapi termasuk aspek penjagaan kebersihan dititikberatkan di kawasan PULAPOL bagi mengelak lebih ramai pelatih dan pekerja PULAPOL menghidap virus berkenaan. -BH |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan