Blog-list Malaysia |
- Gempa Bumi Di Jepun - Satu Dunia Gelakkan Malaysia
- Kencing Sambil Berlari Ummi Hafilda Selepas Ini
- Radioaktif Fukushima dijangka capai Tokyo dalam 10 jam
- Pembangunan Tidak Terkawal Punca Tsunami Dan Gempa Bumi - Rosmah
- Adik Karpal meninggal, liwat II ditangguhkan
- Terkini - Loji nuklear Jepun alami letupan ketiga
- Tsunami Jepun - Jutaan Mangsa Hidup Tanpa Air
- ‘DNA’ merujuk kepada Najib bukannya Anwar, dakwa PKR
- Perang Demo DNA di Negaraku
- VIDEO : PENGHINAAN TERHADAP ISLAM
- Fitnah: Adun Bukit Payung buat laporan polis
- Saman Biar Bangkrap Dan Terkubur Terus Utusan Setan Tuh...
- Budaya buruk di universiti hasil didikan Umno
- Nik Aziz tunggu MCA tanpa syarat
- Bersumpah Cara Papagomo.. Ikut Kitab Umno..??
Gempa Bumi Di Jepun - Satu Dunia Gelakkan Malaysia Posted: 15 Mar 2011 01:06 AM PDT Video ulasan lawak Rosmah Mansor pula masuk CNN Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang berlagak serba tahu di dalam mengulas isu bencana Tsunami baru-baru ini menjadi bahan lawak jenaka di internet dan menjadi topik perbualan hangat di facebook dan twitter termasuk forum-forum terkenal. Rosmah Mansor membuat kenyataan mengejutkan apabila membayangkan bahawa bencana Tsunami dan gempa bumi yang berlaku di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam. Rosmah juga berkata, malapetaka itu memberi pengajaran kepada Jepun dan negara-negara lain serta mengaitkan pembangunan pesat sebagai punca berlaku bencana di Jepun. Video ucapan Rosmah Mansor yang menjadi bahan lawak jenaka pengguna-pengguna internet ini turut mendapat liputan portal berita antarabangsa [CNN]. Video tersebut juga mendapat hits yang tinggi sejak ia disiarkan di halaman Youtube. Dalam masa sehari sahaja ia telah mencapai lebih 50,000 tontonan (views). Apa yang jelas Rosmah Mansor telah berjaya mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui komen lawaknya menjadikannya isteri Perdana Menteri paling kelakar tahun ini. source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/video-ulasan-lawak-rosmah-mansor-pula.html#ixzz1GeapyKcc |
Kencing Sambil Berlari Ummi Hafilda Selepas Ini Posted: 15 Mar 2011 12:37 AM PDT Baginda pula jelajah 'bongkar' Ummi Hafilda Bekas rakan niaga Ummi Hafilda Ali hari ini mengancam menjelajah ke seluruh negara bagi berceramah untuk mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu. Baginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Baginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London. Menurut Baginda (kiri), Ummi tidak jujur apabila terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau awal bulan ini. Beliau yang mendakwa cukup mengenali Ummi mendakwa, wanita itu tidak akan melakukan sesuatu perkara jika tidak dibayar. Menyingkap perbicaraan liwat pertama terhadap Anwar pada lebih 10 tahun lalu, Baginda menuduh Ummi membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang. Baginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit. Justeru, Baginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang. |
Radioaktif Fukushima dijangka capai Tokyo dalam 10 jam Posted: 14 Mar 2011 07:59 PM PDT TOKYO, 15 Mac — Paras radioaktif rendah yang terbocor daripada loji tenaga nuklear Fukushima, timur laut Jepun, dijangka boleh capai kawasan Tokyo dalam tempoh 10 jam. Kedutaan Perancis di Jepun membuat anggaran itu berdasarkan paras tiupan angin semasa di kawasan yang teruk dilanda gempa bumi dan tsunami. Kenyataan itu yang disiarkan pada laman web bahasa Jepun menggesa kesemua warga Perancis di Tokyo supaya berada dalam bangunan, tutup tingkap dan tidak panik. Amaran itu dikeluarkan di sebalik maklumat bahawa satu letupan dilaporkan terjadi di reaktor tenaga nuklear ketiga di Fukushima Daiichi awal hari ini — kejadian ketiga dalam tempoh empat hari. Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia). Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo. Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar. Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium. |
Pembangunan Tidak Terkawal Punca Tsunami Dan Gempa Bumi - Rosmah Posted: 14 Mar 2011 07:49 PM PDT Bertuah Malaysia punya 1 Lady yang hebat pemikirannya |
Adik Karpal meninggal, liwat II ditangguhkan Posted: 14 Mar 2011 07:44 PM PDT Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diberitahu adik peguam bela utama, Karapal Singh telah meninggal dunia. Perkara itu dimaklumkan oleh seorang lagi peguam bela, Sankara Nair yang berkata adik bongsu Karpal meninggal dunia pada jam 11 malam semalam. Katanya, Karpal akan sibuk dengan urusan pengebumian sehingga Isnin kerana terpaksa terbabit dengan acara keagamaan. Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata dalam keadaan seumpama itu adalah sukar bagi beliau membantah. Beliau juga merakamkan takziah kepada Karpal dan keluarganya. Hakim Mohd Zabidin kemudian bersetuju membenarkan perbicaraan ditangguhkan sehingga Isnin ini. Mahkamah yang bersidang hari ini sepatutnya mendengar hujah balas daripada Karpal berhubung dua permohonan daripada pihak pendakwaan. Permohonan pertama adalah bagi hakim mengkaji semula keputusannya yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti yang dibuat pada perbicaraan dalam perbicaraan Selasa lalu. Permohonan kedua pula adalah bagi mahkamah mengarahkan ketua pembangkang itu membekalkan sampel DNA untuk diuji. Semalam, Mohd Yusof mengakui permohonan pendakwaan itu bukan sesuatu yang lazim tetapi berhujah sampel DNA daripada Anwar adalah penting dan relevan kerana ia boleh menentukan sama ada DNA tersebut sepadan dengan yang diperolehi dari sperma yang dijumpai di kawasan keliling dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.. "Tiada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen (Akta Bahan Bukti) adalah hanya kata-kata. Kami mempunyai bukti tetapi kerana alasan teknikal, ia tidak diterima (oleh hakim)" katanya. Yusof juga mendapati dirinya menjadi kecaman semalam apabila salinan permohonan pendakwaan dikatakan bocor dan disiarkan oleh beberapa pertubuhan media, terutamanya di New Straits Times dan blog Malaysia Today. Peguam Cara Negara II itu mengaku bertanggungjawab manakala permohonan supaya tindakan menghina mahkamah dikenakan ke atas akhbar yang mencetaknya ditolak oleh hakim Mohd Zabidin. |
Terkini - Loji nuklear Jepun alami letupan ketiga Posted: 14 Mar 2011 06:28 PM PDT TOKYO, 15 Mac — Satu letupan dilaporkan di reaktor tenaga nuklear ketiga di kawasan timur laut Jepun awal hari ini — kejadian ketiga dalam empat hari selepas negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu. Seorang jurucakap agensi nuklear berkata letupan itu didengar sekitar pukul 6.10 pagi tadi (5.10 pagi waktu Malaysia). Paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan, lapor agensi berita Kyodo. Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar. Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium. Dalam pada itu, laporan Reuters menyebut ekoran letupan terbaru pagi ini kadar radiasi telah meningkat empat kali ganda. Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu. Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan. Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih — peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran. Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut. Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut. |
Tsunami Jepun - Jutaan Mangsa Hidup Tanpa Air Posted: 14 Mar 2011 05:45 PM PDT SEORANG wanita kebingungan dan menangis semasa duduk di sebatang jalan raya apabila melihat kemusnahan di bandar Natori, Miyagi, timur Jepun kelmarin. SOMA - Berjuta-juta penduduk di bahagian utara Jepun yang musnah dilanda gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu terpaksa hidup tanpa air, makanan atau peralatan pemanas badan dalam cuaca sejuk yang hampir beku.Keadaan meruncing itu masuk malam keempat semalam. Di bandar ini berhampiran Miyagi, negeri yang paling teruk terjejas dalam bencana alam itu, rumah pembakaran mayat di situ tidak dapat menampung jumlah mayat yang dibawa masuk untuk dibakar. "Kami telah mula membakar mayat tetapi kami boleh menangani cuma 18 mayat sehari. Kami merayu supaya bandar-bandar lain untuk membantu kami," kata seorang pegawai tempatan, Katsuhiko Abe. Di Jepun, kebanyakan penduduknya memilih membakar mayat sebagai upacara pengebumian selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan. Namun, seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Yukio Okuda berkata, kerajaan semalam mengecualikan kelulusan itu bagi menyegerakan pembakaran mayat-mayat mangsa gempa bumi dan tsunami. "Situasi semasa amat luar biasa dan banyak rumah mayat tidak dapat menampung jumlah mayat yang banyak Langkah tersebut adalah langkah kecemasan. Kami mahu membantu penduduk di kawasan gempa bumi sebanyak mana yang boleh," kata Okada. Bencana berkembar yang melanda timur laut Jepun pada Jumaat lalu itu menyebabkan penderitaan yang sukar di bayangkan kepada rakyatnya. Rakyat negara matahari terbit itu yang hidup makmur sejak perang Dunia Kedua, belum pernah mengalami penderitaan seperti yang berlaku sekarang. SEORANG wanita kebingungan dan menangis semasa duduk di sebatang jalan raya apabila melihat kemusnahan di bandar Natori, Miyagi, timur Jepun kelmarin. Banyak kawasan di timur laut Jepun terputus bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik dan petrol. Orang ramai terpaksa makan apa sahaja yang ada termasuk mi segera untuk mengalas perut ketika mereka masih bersedih kerana kehilangan orang tersayang dalam bencana itu. "Orang ramai mengalami kekurangan makanan dan air. Bantuan yang dijanjikan masih belum sampai," kata seorang pegawai kerajaan di negeri Iwate, Hajime Sato. Beliau memberitahu, pihaknya menerima cuma 10 peratus daripada bekalan makanan dan bahan keperluan lain yang diperlukan oleh penduduk Iwate. Bandar ini dilanda ratusan gegaran susulan sejak Jumaat lalu dengan gegaran susulan terbaru sekuat 6.2 pada skala Richter disusuli dengan amaran tsunami semalam. Ketika siren amaran dibunyikan, pihak tentera menangguhkan operasi menyelamat dan mengarahkan orang ramai supaya mencari perlindungan di kawasan tinggi. Pasukan-pasukan penyelamat tiba di bandar ini untuk kali pertama pada Jumaat lepas bagi mengeluarkan mayat-ma yat mangsa yang tertanam di bawah runtuhan. Banyak ambulans tiba dan sejumlah beg mayat disusun di kawasan terbuka sementara menunggu pekerja-pekerja penyelamat menyelongkar timbunan runtuhan untuk mencari mangsa-mangsa yang tertimbus. Beberapa helikopter berlegar-legar di udara di bandar ini untuk memeriksa kemusnahan yang berlaku. Kapal-kapal dihanyutkan ke tengah bandar sejauh satu kilometer manakala beberapa pegawai menjelaskan bahawa satu pertiga kawasan bandar ini yang dihuni oleh 38,000 orang dipenuhi dengan air manakala ribuan orang lagi didapati hilang. - Agensi |
‘DNA’ merujuk kepada Najib bukannya Anwar, dakwa PKR Posted: 14 Mar 2011 10:21 AM PDT PKR, gandingan Pakatan Rakyat, akan menghidupkan kontroversi kes bunuh Altantuya Shaaribuu menerusi kempen di seluruh minggu depan untuk menyerang balas gesaan sekumpulan NGO yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA. Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menolak gesaan kumpulan tersebut sambil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang seharusnya patuh untuk menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes pembunuhan model Mongolia itu. Begitu juga dalam kes dakwaan membabitkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) pula berkata partinya akan memulakan kempen DNA mereka minggu depan untuk membalas demonstrasi yang diadakan pertubuhan-pertubuhan terbabit semalam. "DNA", kata beliau adalah singkat kepada "Datuk Najib Altantuya". "Akan ada siri ceramah. Kami akan edarkan risalah untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam kes DNA dan saya merujuk kepada Datuk Najib Altantuya kerana DNA tidak merujuk kepada kes Anwar," kata beliau. "Kami sudah sediakan kesemua dokumen yang relevan," katanya lagi. Anwar juga berkata beliau tidak takut untuk menyerahkan sampel DNAnya tetapi khuatir tentang kaedah digunakan oleh pendakwa dalam menguruskan bukti kes. "Mereka mendakwa saya takut tetapi ia hanya pedaya politik jahat. Ini permainan mereka dan sekarang mereka bergantung pada dubur seorang untuk mempertahankan kuasa politik," katanya. Semalam, kira-kira 50 orang yang mewakili 30 badan bukan kerajaan berhimpun bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA beliau berhubung kes liwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata Anwar tidak harus menggunakan jawatan beliau sebagai Ketua Pembangkang untuk meremehkan peraturan undang-undang demi mengaburi mata rakyat. "Kita juga mendesak badan kehakiman supaya tidak 'double standard' dalam isu ini. Kami rasakan bahawa keadilan tidak hanya diberikan pada Orang Kena Tuduh tetapi juga keadilan diberikan pada mangsa iaitu Saiful Bukhari yang menjadi mangsa liwat, seks di luar tabie ini," katanya. Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor Abdullah Mansor pula berkata Anwar perlu tampil menyerahkan sampel DNA beliau jika merasakan dirinya difitnah. Perbicaraan kes liwat itu kini berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Anwar, 63, didakwa meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Terdahulu, di mahkamah hari ini pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau. Dipetik Bernama, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata permohonan itu mungkin tidak pernah dibuat sebelum ini tetapi dibenarkan mengikut undang-undang manakala Akta Keterangan 1950 memberikan kuasa kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah itu. "Demi kepentingan keadilan untuk kedua-dua pihak, mahkamah patut memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA beliau bagi membolehkan mahkamah mengetahui perkara sebenarnya," katanya semasa mengemukakan hujah bagi dua permohonan. Permohonan pertama ialah supaya memerintahkan Anwar memberikan sampel DNA untuk dianalisis manakala yang keduanya ialah untuk menyemak semula keputusan perbicaraan dalam perbicaraan untuk menolak tiga barangan dan profil mengenainya dijadikan sebagai barang bukti. Pihak pendakwaan mahukan sampel daripada Anwar untuk dibandingkan dengan profil "Lelaki Y" yang ditemui dalam dubur pengadu Mohd Saiful. Pihak pendakwaan telah mengemukakan hujahnya – dan mahkamah telah bersetuju – bahawa sehelai tuala Good Morning, satu berus gigi dan satu botol air mineral yang diambil dari sel tempat Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai, 2008 telah diperoleh menerusi cara yang tidak sah. Mengenai permohonan semakan semula itu, Mohamed Yusof dalam hujahnya berkata peguam yang mewakili Anwar, S.N Nair, telah dimaklumkan mengenai penahanan itu menerusi sepucuk surat yang dihantar menerusi faksimili ke pejabatnya sehari sebelum penahanan itu. Hujahnya, penahanan itu sekiranya dianggap sebagai tidak mematuhi undang-undang, tidak sewajarnya menyebabkan barang berkenaan ditolak daripada dijadikan barang bukti. Terdahulu, prosiding hari ini hampir tertangguh apabila peguam Karpal Singh meminta mahkamah menahan semua yang bertanggungjawab membocorkan dan menerbitkan hujahan Mohamed Yusof sebelum ia didengar di mahkamah. Hujahan itu telah diterbitkan oleh New Straits Times dan blog berita Malaysia Today. Karpal berkata laporan itu boleh disifatkan sebagai menghina mahkamah. Mohamed Yusof berkata beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengingatkan semua pihak bahawa perbicaraan sedang berlangsung dan sesiapa yang melakukan perbuatan menghina mahkamah akan "berdepan tindakan". Perbicaraan disambung esok dengan Karpal akan mengemukakan hujahan berhubung dua permohonan itu. Sumber - Malaysia Insider |
Posted: 14 Mar 2011 10:11 AM PDT SEMALAM beberapa puak yang dipercayai diupah oleh Umno telah menaikkan manila kad mendesak supaya Anwar Ibrahim menyerahkan sample DNA nya. Desakan itu dibuat ekoran mahkamah memerintah Anwar menyerahkan sample DNA nya setelah mahkamah menolak bukti DNA yang diambil secara tidah sah semasa Anwar di tahan semalaman dalam lokap. Bila mahkamah menolak sepatutnya pendakwa merasa malu dan bertanggungjawab atas mengambil bukti salah dengan menarik balik kes berkenaan. Tidak perlu permohonan terhadap keputusan bicara dalam perbicaraan. Kita akur dengan mahkamah. Hakim mempunyai hak dan budibicaranya. Cuma kita tidak tahu apakah Anwar juga mempunyai hak yang tidak dapat diatasi oleh hak dan kuasa serta budi bicara mahkamah untuk tidak menyerahkan sample DNAnya. Di sini bukan soal Anwar penakut atau tidak, tetapi apakah arahan mahkamah itu wajar setelah mahkamah gagal mendapat DNN dari beliau cara tidak sah? Saya bersetuju dengan pandangan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bahawa tunjuk perasaan mendesak agar Anwar beri sample DNA adalah bermotif politik. Benar... kalau bukan kerana politik kenapa penunjuk perasaan itu gila-gila untuk mendesak Anwar. Banyak kes yang melibatkan kepentingan negara boleh dijadikan isu untuk mendesak mahkamah. Misalnya kes pembunuhan taukeh kosmetik bersama pegawai bank dan peguamnya. Kes itu adalah satu kes yang dahsyat yang belum pernah berlaku di negara ini. Dibunuh, dibakar dan dilempar abu dan tulangnya ke dalam sungai. Dahsyat! Tetapi kenapa si penunjuk perasaan tidak bertindak demikian. Tidak bangkit untuk membuat desakan supaya mahkamah menghukum si pelaku. Apakah mereka takut kepada India ke? Apabila mereka hanya mengambil bahagian dan menjadi 'berang' kepada kes Anwar (Melayu) nampak sangat yang kad manila yang mereka julang itu dibeli oleh pihak tertentu. Ah... takkanalah diberi RM1.50 (harga manila kad) sanggup berdemo. Nampaknya apa yang berlaku di Indonesia, mengambil upah dengan berdemo sudah berjangkit kepada segelintir rakyat negara ini. Apakah kegiatan ini ada sangkut paut dengan kelembapan ekonomi dan penganggur yang kian bertambah? Rasanya semua pihak tidak patut membiarkan perbuatan tidak bertamadun ini. Pihak penyokong Anwar tentunya tidak akan mendiamkan diri. Mereka juga ada akal tentu akan bertindak balas ke atas apa yang dilakukan oleh penunjuk perasaan yang diupah itu. Sudah terdengar ura-ura PKR akan mengadakan kempen atau pun tunjuk persaaan DNA juga. Kali ini mereka akan mendesak Najib Razak memberi DNA untuk kes pembunuhan Altantuya, manakala mendesak Rais Yatim untuk kes rogol pembantu rumah. Kempen itu akan diadakan besar-besar dan dijangka akan dilancarkan minggu depan. Pasti kempen itu tidak ada keperluan dan 'kosekuannya...' tetapi itulah yang akan berlaku. Bila isu dibawa ke dalam politik dan diselesaikan secara politik maka ia akan berpanjangan. Dunia politik tidak mengira apa. Kalau tahi Nik Aziz berwarna hijau pun puak UBN akan memprotes ataupun menggunakan sebagai isu untuk mencari laba mudah. Demikian juga kalau najis Mahathir tiba-tiba biru berbelang merah-merah, ia akan diambil menjadi isu oleh pihak yang melawannya. Nah demikian kotor dan bersahajanya dunia politik di negara ini. Apakah ini dikata maju dan kemajuan? Kalau PKR melancarkan perang kempen mendesak Najib memberi DAN dan mengebohkan semula kes pembunuhan Altantuya, pasti keadaan jadi kalut. Peperangan DNA akan berlaku di negaranya. Perang ini bolehlah dinamakan Durjananya Najib Anwar (DNA). Memang tiada keperluan untuk meminta Najib dan Rais Yatim menyerahkan DAN mereka, tetapi itulah politik yang saya katakan tadi ia akan mengeksploitkan apa saja yang tercapai tangan. Di sini untuk menghentikan perang sia-sia ini adalah baik kalau semua pihak berhenti berfikir secara kotor dan mulai berfikir dengan jilah. Mereka yang benci Anwar akan tidak merasa puas hati selagi Anwar tidak dipenjarakan. Kalaupun Anwar memberi DNAnya dan didapati dia tidak bersalah, penunjuk perasaan itu tetap akan melaksanakan kerjanya kerana mereka diupah. Di sini bukan soal keadilan dan kebenaran tetapi soal cari makan. Cari makan.... Sesuatu isu yang kita hadapai depanilah dengan waras dan profesional. Misalnya mengenai kes Anwar itu apabila mahkamah sudah menolak bukti itu, apakah perlu Anwar sendiri memberi bukti bagi menyalahkan diri sendiri? Logiknya bodohkan. Keadilan apa kalau Anwar di dalam dan orang lain diluar? Tentu tidak ada rasionalnya di sini. Jangan kata Anwar penakut, atau keengganan itu menampakan dia bersalah, apa yang perlu dilihat ialah keadilan yang waras di dalam hal ini. Janganlah mengharapkan Anwar akan masuk ke syurga setelah dia bertaubat dalam penjara sementara kita pula akan berjelapak dalam Neraka akhirnya kerana memberi keadilan kepadanya. Kepada penunjuk perasaan seharusnya juga mendesak dua tiga lagi DNA yang ditemui di lubang jubur pembacuh kopi itu agar tampil ke depan, kita juga nak tahu siapakah mereka. Ia bolah jadi DNA mereka yang yang bergelar menteri sebab ada menteri yang jadi gay di negera ini. Sepatutnya penunjuk perasaan upahan turut desak pembacuh kopi itu, memberi tahu dengan jujurnya bahawa selain Anwar orang-orang tertentu telah mencatut juburnya. Masakan ada dua tiga DNA kalau hanya seorang yang mencatut juburnya. Yang pastinya bukan seorang yang mencatut juburnya tetapi ramai. Ini bukan rekaan tetapi hasil pemeriksaan dijalankan ke atas jubur pembacuh kopi itu. [ttdi.kl.7:30 pm 15/03/11] - mso |
VIDEO : PENGHINAAN TERHADAP ISLAM Posted: 14 Mar 2011 09:59 AM PDT Terjemahan apa yang dikatakan di dlam U-tube. Tajuk : Rupanya Umat Islam suka mee wantan dan pau besar. " Laungan azan setiap subuh adalah seperti orang yang menjerit tak tentu fasal, macam orng nak order mee wantan. Bila sudah diberi mee wantan dan memakannya, nak kuih pau besar pula! " PPIM : MEREKA INI SANGAT KURANG AJAR, MEREKA MEMPERSENDAKAN AZAN !!! TAKKAN KITA NAK TENGOK DAN GELAK SAMA DENGAN MEREKA? PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA |
Fitnah: Adun Bukit Payung buat laporan polis Posted: 14 Mar 2011 06:41 AM PDT KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini. Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan. Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu. "Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi. "Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat," tegasnya. Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung. Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan 'Pegawai Adun mengaku khalwat' serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung. Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung. "Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai. "Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu," ujarnya. Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut. Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain. "Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya. "Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun. "Ini fitnah 'jahat' yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai," jelasnya. Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit. Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail. |
Saman Biar Bangkrap Dan Terkubur Terus Utusan Setan Tuh... Posted: 14 Mar 2011 06:09 AM PDT Karpal Singh Bagi 'Last Warning' Buat Utusan Meloya Peguambela Karpal Singh memberi amaran kepada pihak media arus perdana untuk tidak mengeksploitasi perbicaraan fitnah liwat 2, terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, mana-mana pihak yang berhasrat berbuat demikian untuk bersiap sedia dikenakan tindakan menghina mahkamah. "Saya memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mengeksploitasi perbicaraan ini terutama Utusan Malaysia, kalau mereka tidak berjaga-jaga, bersiap sedia untuk masuk ke penjara," kata Karpal ketika ditemubual di perkarrangan mahkamah pagi tadi. Selain Utusan, Karpal turut menegur New Straits Times kerana membocorkan maklumat hujah pemohonan pendakwaraya untuk mendapatkan DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelum mahkamah bersidang. Pendedahan itu disusuli bantahan pertubuhan badan bukan kerajaan pro Umno-BN dan penyokong Umno sendiri di beberapa negeri yang menuntut Anwar menyerahkan DNA untuk tujuan penganalisaan. Bagaimanapun sambutan terhadap protes itu hambar dengan kira-kira 50 orang sahaja menghadirinya di Petaling Jaya. Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden menafikan di mahkamah bahawa pejabat Peguam Negara bersekongkol dengan Utusan Malaysia dan media lain untuk membocor dokumen hujah beliau sehari sebelum dikemukakan di mahkamah. Sehubungan dengan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah memberi amaran supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan mahkamah selagi perbicaraan berlangsung. Karpal menyifatkan perbuatan membocorkan hujah pendakwaraya bertujuan mempengaruhi hakim untuk mengarahkan Anwar seraya mengaburi mata rakyat tentang hujah pendakwaan yang rapuh. Tambahnya, semua pihak perlu memandang serius kesalahan menghina mahkamah sekaligus melindungi integriti kehakiman negara. "Perkara utama adalah apa yang berlaku semalam. Tidak pernah terjadi permohonan disiarkan di internet, ini pertama kali. Serta cara Utusan dan NST membawa perkara itu. "Saya harap amaran daripada hakim diambil serius," ujar Karpal lagi. - Addin |
Budaya buruk di universiti hasil didikan Umno Posted: 14 Mar 2011 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teguran Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli akademik supaya tidak terlalu berpolitik seperti ketam menyuruh anak berjalan betul. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, punca ahli akademik jadi demikian kerana tingkah laku dan budaya politik Umno yang mengajar mereka. Katanya, setengah tindakan ahli akademik macam tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Umno yang menyekat bantuan dan menyenaraikan hitam bantuan kerana menyokong Pakatan Rakyat. "Budaya politik Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib sudah mewarnai corak pemikiran ahli akademik di IPTA," ujarnya. Tambahnya, tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor. Menurutnya, ahli akademik yang mengampu kerajaan akan dinaikkan pangkat, walapun merit akademik tidak layak sementara ahli akademik yang kritis akan dipinggirkan dari kenaikan pangkat, walaupun kewibawaan mereka teruji. Beliau berkata, sekarang Presiden Umno resah dengan budaya politik di kalangan ahli akademik terutama ketika setiap kali perlantikan Naib Canselor Universiti seperti budaya surat layang yang ada di dalam Umno menjalar ke universiti. "PAS menasihatkan Datuk Seri Najib tidak perlulah mengeluh dengan budaya buruk di universiti semuanya hasil didikan Umno kepada anak didiknya," katanya. Baginya, samalah juga Allah menimpa kepada Umno dengan wabak rasuah, kerana pemimpin Umno yang mengajar tingkah laku begitu sehingga menjadi barah tahap empat. "Sekarang penyakit ini sukar untuk diubat, maka perkara yang sama juga akan berlaku di universiti. "Yang mengajar budaya ini ialah pemimpin Umno ketika hendak melantik pimpinan universiti, maka sekarang sudah menjadi masalah kepada pemimpin Umno siapakah ahli akademi yang boleh dipilih untuk memegang jawatan tersebut, kerana semuanya hendak mengampu, kesannya tahap akademik terabai. - Hrkh |
Nik Aziz tunggu MCA tanpa syarat Posted: 14 Mar 2011 03:12 AM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat bersedia menerima kunjungan pemimpin MCA bagi membincangkan pengharaman jualan loteri di negeri itu tanpa sebarang syarat, kata setiausaha akhbarnya. Ahmad Fadli Shaari berkata, tarikh dan tempat pertemuan itu bagaimanapun akan ditentukan kemudian, dijangka lusa (Rabu), apabila beliau pulang daripada menghadiri program di Kedah. "Kita mengalu-alukan kesediaan MCA untuk bertemu dengan Tok Guru (Nik Aziz). Beliau terbuka, tak ada masalah," kata Ahmad Fadli yang juga ketua penerangan Pemuda PAS negeri. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad Fadli berkata, pihaknya dimaklumkan oleh MCA semalam berhubung perkara itu. Semalam, setelah ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MCA, presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pihaknya mahu bertemu Nik Aziz bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan kerajaan Kelantan itu. Katanya, kecuali Nik Aziz, MCA tidak beminat berjumpa dengan sesiapapun bagi mendapatkan penjelasan kenapa pengharaman dibuat itu dibuat selepas 20 tahun PAS berkuasa di Kelantan. |
Bersumpah Cara Papagomo.. Ikut Kitab Umno..?? Posted: 14 Mar 2011 01:52 AM PDT Ustaz Saidi bersumpah menjunjung Al Quran ajaran baru bloggers umno. Mungkin ustazah Ummi Hafilda boleh jelaskan kot part mana dalam Al-Quran yang suruh junjung Al-Quran.. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan