Kelab Greenboc |
- Polis Pengiring Kes Bunuh Sosilawati Ditemui Mati
- Saran Harussani Letak Jawatan, Sertai Politik
- Teropong: Ada YB PAS Tak Turun Bantu Kempen Di Merlimau & Kerdau
- [Video] Lelaki Muslim Saman Presiden Amerika, FBI
- Buang Bayi Dalam Tren Komuter
- Umno BN Restu Budaya Samseng Di Merlimau
- [Bergambar] Pelajar UiTM Maut Nahas Motosikal, Mayat Ditemui Selepas 8 Jam
- Remaja Perempuan Selamat Selepas Terjatuh Dari Tingkat 10
- Muntah Darah Kerana Minum Air Kencing Setan
- Rakyat Sukar Untuk Pecaya Laporan Patologi.
- Zakar Dan Dubur Anwar Diperiksa
- Ummi Hafilda Askar Upahan UMNO
- Penembak Tentara AS di Frankfurt Berteriak 'Allahu Akbar'
- Rakyat Perlu Tolak Pemimpin Cuai - Presiden PKR
- Ahmadinejad Beri Amaran Kepada Amerika Usah Campurtangan Soal Libya
- [Bergambar] Rakyat Libya Raikan Kemenangan Kalahkan Tentera
- Kereta Peugeot Tua Presiden Iran Laku RM7.5 Juta
- Cabul Rakan Sekolah
Polis Pengiring Kes Bunuh Sosilawati Ditemui Mati Posted: 04 Mar 2011 01:30 AM PST Kepong – Seorang anggota polis yang pernah mengiringi suspek terbabit sepanjang kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, ditemui mati dalam longkang akibat kemalangan di Jalan 26, Taman Desa Jaya, semalam. -illustrasi hmetro Mayat anggota polis berpangkat Lans Koperal dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL) itu dipercayai maut kira-kira jam 3.00 pagi hari sama. Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, kejadian disedari kakitangan melakukan kerja penyelenggaraan di taman perumahan di situ. Mayat mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras sebelum ditemui tersangkut pada perangkap sampah di longkang besar perumahan terbabit. "Mangsa satu lelaki India dikenali sebagai Devaraju Naidu Krishnan, 30, kad pengenalan RF144780 ketika itu menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas. "Siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal bersendirian pulang ke rumahnya di Taman Ehsan dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu bergesel dengan pembahagi jalan," katanya. Ismail berkata, pergeseran itu menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang sedalam dua kali dua meter yang dipenuhi air akibat hujan lebat. Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 7.30 pagi, 200 meter daripada tempat kejadian akibat dihanyutkan arus longkang. "Ketika kejadian dipercayai hujan lebat dan air longkang penuh. Mangsa ketika itu menunggang motosikal jenis Honda Wave, nombor pendaftaran WSX 2355. "Pemeriksaan ke atas mayat tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan lain, selain di bibir kanan," katanya. Terdahulu, menurutnya, mangsa berkhidmat lebih 10 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. Ismail berkata, kes ini dibuka mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci sedang dijalankan pihak polis. Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian, penduduk berhampiran, Muhammad Hafiz Kamarudin, 15, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan ke kedai ternampak kelibat orang ramai melihat mayat mangsa kira-kira jam 8.00 pagi. "Ketika mayat dikeluarkan nampak keadaannya sudah kembung, terdapat kesan darah di bahagian kepala, manakala sebelah mata mangsa terkeluar," katanya. Menurut seorang jiran mendiang yang enggan dikenali, mangsa tinggal bersama keluarga mertuanya di apartmen berhampiran kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian. Katanya, mangsa sering dilihat keluar masuk ke perumahan berkenaan dengan menaiki motosikal pergi balik ke tempat kerja dan kadangkala bersama ahli keluarganya. |
Saran Harussani Letak Jawatan, Sertai Politik Posted: 04 Mar 2011 12:30 AM PST Kota Bharu - Pas Kelantan menggesa Tan Sri Harussani Zakaria meletak jawatan Mufti Perak dan menyertai politik sekiranya beliau berterusan memberi kenyataan memihak kepada Barisan Nasional (BN). Ketua Penerangannya, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebagai ilmuwan agama, Harussani sememangnya sudah mengetahui setiap perbuatan dilakukan manusia tidak terlepas dari hukum halal dan haram. "Beliau hendaklah jujur dengan ilmunya, kita yakin beliau (Harussani) tahu tidak ada satu pun perkara atas dunia ini sama ada besar atau kecil, tidak terlepas hukum halal, haram, dosa dan pahala. "Sebenarnya fatwa dikeluarkan beliaulah yang akan mengelirukan umat Islam, kita nasihatkan beliau kalau sokong BN sekalipun jangan gunakan institusi mufti, lebih baik beliau berterus terang dengan sikap sebenar. Letak jawatan dan terjun ke bidang politik," katanya. Selasa lalu, Harussani menasihatkan pemimpin Pas khususnya Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana diimbangi menyebabkan masyarakat Islam terkeliru. Kesal dengan kenyataan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan setiap perbuatan yang dilakukan manusia, termasuk soal masuk tandas sekalipun mempunyai hukum tersendiri. Isu timbul apabila Nik Aziz ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, mengeluar kenyataan berkempen "undi Pas masuk syurga". -SH |
Teropong: Ada YB PAS Tak Turun Bantu Kempen Di Merlimau & Kerdau Posted: 03 Mar 2011 11:30 PM PST Dengan kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau yang tinggal sehari sahaja lagi, ramai YB-YB PAS dan Pakatan Rakyat didapati TIDAK turun untuk membantu calon-calon PAS di kedua-dua tempat berkenaan. Hal ini disedari apabila seorang pemimpin kawasan mempersoalkan mengapa ramai YB-YB terutama ADUN-ADUN dan ahli-ahli parlimen PAS sendiri tidak hadir di sepanjang kempen pilihanraya kecil di dua-dua PRK tersebut. Markas Induk PAS yang mengaturkan nama-nama YB-YB yang membantu untuk program ceramah mendapati kesukaran untuk mengatur nama-nama penceramah apabila dikesani hanya sekitar 10% sahaja YB-YB yang turun membantu calon-calon yang bertanding. Sikap mereka yang selfish ini amat mendukacitakan. Seorang pemimpin PAS bernada kesal dengan sikap YB-YB berkenaan yang merasa lebih selesa mengikuti perkembangan PRK Merlimau dan Kerdau dari rumah masing-masing dengan membaca akhabr, blog dan menonton TV. "Mungkin mereka ini telah menjangkakan kekalahan, tetapi sepatutnya jika demikian, mereka lebih banyak berusaha turun padang membantu daripada duduk di rumah," tegas seorang pemimpin PAS Kawasan. "Kami meminta YB-YB tersebut sedar diri, bahawa Mursyidul Am PAS sendiri, TG Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang telah berkempen sejak sebelum hari penamaan calon lagi. Adalah malang kita mempunyai YB-YB yang enggan membantu sedangkan sewaktu mereka bertanding dahulu, ahli PAS seluruh negara berkempen untuk membantu mereka," tambahnya. "Kita mempunyai ramai YB-YB dari Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Adalah mustahil tidak mempunyai masa walaupun sehari untuk turun membantu," kata seorang petugas. "Mungkin ada di antara mereka mungkin khuatir jika berlaku apa-apa yang tidak diingini semasa program ceramah yang bakal menyebabkan keselesaan hidup mereka tergugat," ujarnya. "Pelawak, penyanyi seperti Bob Lokman dan penyanyi OKU Azhan Atan boleh turun bantu berkempen, apasal mereka yang sempurna yang tak cacat apa-apa tak boleh bantu?" tambahnya. Namun terdapat juga YB-YB dan pemimpin parti yang bertungkus-lumus membantu berkempen di kedua-dua tempat. Selepas Merlimau, bergegas ke Kerdau, kemudian kembali semula ke Merlimau. Berlaku juga keadaan di mana terdapat pemimpin-pemimpin yang terpaksa berceramah di tiga empat tempat dalam sehari. Mereka adalah pemimpin yang bertanggungjawab, yang sayang kepada parti yang inginkan kemenangan untuk parti. Sementara semua pihak bertangungjawab menyedarkan YB-YB yang tidak turun berkenaan dan mendedahkan nama-nama YB ADUN, Parlimen dan pemimpin-pemimpin di muktamar nanti yang dilihat mementingkan diri dan kawasan sendiri dan lebih mengutamakan hal-hal lain daripada membantu parti tatkala "berperang" menghadapi musuh. |
[Video] Lelaki Muslim Saman Presiden Amerika, FBI Posted: 03 Mar 2011 10:28 PM PST Washington: Seorang warga Amerika Syarikat beragama Islam menyaman pentadbiran Presiden Barack Obama dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kelmarin kerana melanggar hak perlembagaannya apabila memantau pergerakannya menggunakan alat GPS yang disembunyikan dalam kereta plaintif. Yasir Afifi, 20, dari California yang belajar di Santa Clara, California, mengetahui yang pergerakannya dirakam apabila alat berkenaan dikesan mekanik ketika menukar minyak enjinnya, Oktober lalu. Ejen FBI kemudian bersemuka dengannya selepas beberapa hari alat itu dikeluarkan. Saman itu menuduh FBI dan Jabatan Keadilan melanggar hak perlembagaan dengan melakukan siasatan tanpa waran, menjejaki pergerakannya dan menggugat kebebasannya untuk berpersatuan dan berceramah. "Saya tidak patut diikuti atau diintip oleh sesiapa pun. Saya perlu ke sana sini dengan bebas tanpa perlu ditahan berjam-jam untuk soal siasat," kata Afifi pada sidang akhbar di Washington. "Sekarang saya sudah dua kali gagal untuk dapat kerja kerana majikan terpaksa berfikir dua kali sebelum mengambil saya bekerja berikutan insiden ini," katanya. Afifi memohon tuntutan ganti rugi yang tidak dijelaskan dan meminta hakim menghalang FBI serta Jabatan Keadilan daripada mengekorinya tanpa waran dan memadamkan sebarang rekod serta analisis apa yang dikumpul. Apabila ejen FBI bersemuka dengan Afifi selepas mengeluarkan alat itu, beliau menanyakan sama ada beliau warga yang mengancam negara, mengapa beliau keluar negara dan sama ada beliau ke Yaman, terbabit dengan aktiviti al-Qaeda, kata saman itu. Seorang ejen turut mengucapkan tahniah kepadanya atas pekerjaan barunya dan memuji seleranya di restoran, tambah saman itu. FBI dikritik oleh sesetengah kumpulan hak asasi kebebasan kerana taktik mengintip orang awam Muslim termasuk ejen yang menyamar memasuki masjid untuk mengetahui mengenai kegiatan yang boleh menggagalkan plot pengganas. "Penyiasatan FBI yang dibuat menerusi Jabatan Keadilan dan peraturan FBI mendapati penyiasatan ini mengikut langkah yang dibenarkan," kata jurucakap FBI, Michael Kortan. Jurucakap Jabatan Keadilan berkata agensi itu masih menilai tuntutan saman itu dan enggan mengulas lanjut. Mahkamah Rayuan Amerika menolak sabitan kes dadah tahun lalu selepas menolak hujahan kerajaan persekutuan yang mereka boleh melakukan pengintipan menggunakan GPS tanpa sebarang waran. Berbeza dengan Mahkamah Rayuan Amerika di San Francisco mensabitkan seorang pesalah yang mempertikai penggunaan alat GPS sebagai pencarian yang tidak sah. – Reuters |
Posted: 03 Mar 2011 08:30 PM PST Pelabuhan Klang: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui bersama surah Yassin serta sejadah di bawah tempat duduk gerabak depan tren komuter yang berlepas dari stesen Batu Caves dan berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini semalam. Gambar: SEPASUKAN anggota polis memeriksa mayat bayi lelaki yang ditemui dalam beg plastik di stesen Komuter Klang, semalam. Bungkusan hitam diletak bawah tempat duduk. Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan masih berdarah itu ditemui kira-kira jam 9.15 pagi semalam oleh seorang pekerja pembersih Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Khalijah Mat Zain, 37, ketika menjalankan kerja pembersihan di gerabak berkenaan. Siti Khalijah berkata, beliau yang bertanggungjawab mengemas dan mencuci gerabak komuter memulakan rutin harian dengan menyapu lantai tren komuter, menemui bungkusan beg plastik berwarna hitam itu yang diletakkan di bawah kerusi paling hadapan dalam tren berkenaan. "Ketika menyapu lantai, saya hampir menyapu beg plastik hitam yang berada di bawah kerusi bersebelahan dengan gerabak pemandu. Saya pada mulanya hanya mengambil beg itu dan meletakkan di kerusi luar tren komuter dan meneruskan kerja. "Selesai kerja, saya meminta seorang rakan membuka bungkusan beg itu dan kami terkejut apabila ia mengandungi mayat bayi. "Ini kejadian pertama yang berlaku di stesen komuter di sini. Saya sedih dan terperanjat melihat bungkusan itu adalah bayi kecil yang baru lahir, bertali pusat dan masih berdarah," katanya ketika ditemui Berita Harian, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi dan mayat bayi itu dipercayai dibuang ketika komuter berkenaan dalam perjalanan ke stesen Pelabuhan Klang di sini. Mohamad berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini untuk bedah siasat. Kes siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. -BH |
Umno BN Restu Budaya Samseng Di Merlimau Posted: 03 Mar 2011 08:04 PM PST Jasin - Umno BN seolah-olah merestui budaya samseng sewaktu kempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau. Gambar: Antara kain rentang PAS PRK Merlimau yang dikoyak oleh puak samseng. Pengarah Pilihan raya PAS PRK Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai pengarah PRK bagi BN yang hanya berdiam diri menunjukkan beliau mahu keadaan ini berterusan. Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa insiden keganasan yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN dalam tempoh beberapa hari kempen ini. "Datuk Seri Ali Rustam tak boleh kawal tindakan ini ke? "Ini menunjukkan beliau merestui budaya samseng ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa pada sidang media di Markas Induk PAS, di sini hari ini. Beliau juga yakin perbuatan khianat yang dilakukan termasuk cubaan membakar pentas ceramah DAP sengaja dilakukan untuk membangkitkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS. "Saya percaya mereka buat macam ini supaya orang PAS marah, dan balas balik apa yang dilakukan itu. "Dengan itu mereka boleh tuduh orang PAS ganas, ekstremis," katanya. -HD |
[Bergambar] Pelajar UiTM Maut Nahas Motosikal, Mayat Ditemui Selepas 8 Jam Posted: 03 Mar 2011 07:01 PM PST Kangar: Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau yang dilaporkan hilang oleh rakannya apabila tidak pulang ke rumah sewa mereka selepas membeli-belah di Jitra malam kelmarin, ditemui mati akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Arau-Kodiang, berhampiran Jelempuk, dekat sini, pagi semalam. Mayat Umi Kalsum Abdul Majid (gambar), 21, ditemui orang awam yang lalu di situ pada jam 7.30 pagi semalam, iaitu selepas kira-kira lapan jam mangsa yang menunggang motosikal bersendirian terbabit dalam kemalangan. Apabila menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sewa mereka di Arau, rakan serumahnya membuat laporan polis mengenai kehilangannya pada jam 3 pagi semalam selepas puas mencarinya. Mangsa yang juga pelajar jurusan Sains Komputer dan berasal dari Mersing, Johor sebelum itu dikatakan pergi ke Jitra untuk membeli-belah bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan, tetapi dia pulang lebih awal, kira-kira jam 10.30 malam kelmarin. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Ibrahim Idris, berkata motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terlanggar kon yang diletakkan di jalan berkenaan yang kerja pembinaannya terbengkalai sejak lima tahun lalu. Katanya, mangsa mungkin tidak nampak kon berkenaan kerana lokasi kejadian yang gelap dan pengguna melalui jalan di situ juga dipercayai tidak menyedari kemalangan terbabit. "Rakannya yang mendapati mangsa tiada di rumah kemudian membuat laporan polis pada jam 3 pagi tadi (semalam) kerana khuatir sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya. "Mayatnya hanya ditemui orang awam kira-kira jam 7.30 pagi tadi (semalam) dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di tepi jalan di situ, sebelum memaklumkannya kepada polis," katanya di sini, semalam. Ibrahim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk dibedah siasat. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BH |
Remaja Perempuan Selamat Selepas Terjatuh Dari Tingkat 10 Posted: 03 Mar 2011 05:41 PM PST Kuala Lumpur - Muzliya Shaqina Anbia yang cedera parah selepas terjatuh dari tingkat 10 kuarters kediaman polis di Taman Miharja, Cheras kelmarin tidak menyangka tindakannya memanjat pagar koridor rumah akan mengundang padah. Gambar: MUSLIHA melihat keadaan Muzliya yang masih lemah di PPUKM semalam. Menurut ibunya, Muslihan Sairan, 45, anaknya memanjat koridor itu dengan harapan dapat memasuki rumah selepas mendapati pintunya berkunci sebaik pulang daripada sekolah pada pukul 3.45 petang. Katanya, Muzliya, 13, masih lemah dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini. "Saya memang terkejut dengan kejadian dan tindakan nekad anak saya itu tetapi saya bersyukur kerana Tuhan masih memanjangkan umurnya. "Sebaik sedar selepas selesai membuat ujian X-ray di PPUKM, dia terus meminta maaf kepada saya. Saya memang sedih apabila melihat keadaannya yang cedera di mata kiri manakala tangan kanan serta kaki kirinya patah," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di PPUKM di sini semalam. -kosmo BERITA SEMALAM
Ulasan GB Untuk perhatian ahli patologi kes Teoh Beng Hock. Patah tangan dan kaki bagi kes di atas. Tak mati. Bagi kes Teoh Beng Hock, aneh, tak patah tangan tak patah kaki, leher pula ada kesan cekikan. Mati. |
Muntah Darah Kerana Minum Air Kencing Setan Posted: 03 Mar 2011 04:48 PM PST Ipoh: Bukan akibat ilmu hitam atau disantau, namun ramai belia dilaporkan mengalami simptom muntah darah gara-gara ketagihan sejenis minuman keras digelar 'tonik gila' atau 'samsu setan'. Lebih mengejutkan apabila gejala penyakit berkenaan dikesan berpunca daripada kadar alkohol terlalu tinggi sehingga mencecah 43 peratus di dalam minuman terbabit, sekali gus mengancam nyawa individu yang ketagih minuman itu. Gejala menakutkan ini kian serius selepas tinjauan mendapati minuman terbabit mudah dibeli hampir di semua kedai runcit dan kedai ubat tradisional Cina. Tinjauan Harian Metro mendapati minuman terbabit dengan kandungan 150 mililiter itu dijual RM3.30 sebotol. Hasil tinjauan di lebih 10 kedai runcit sekitar bandar raya ini, terdapat kira-kira lima jenama minuman keras yang dijual murah dengan kadar alkohol terendah 27 peratus. Seorang penagih tegar minuman terbabit yang hanya mahu dikenali Man, 21, berkata dia kini menderita penyakit hepatitis atau bengkak hati akibat ketagih minuman itu sejak lebih setahun lalu. Dia yang ditemui ketika mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, berkata kini dia kerap muntah darah selain sakit pada hulu hati. "Doktor memberitahu penyakit saya itu berpunca daripada kesan toksik pada alkohol minuman keras. Saya dinasihatkan berhenti meminumnya kerana doktor bimbang hati saya bertambah rosak. "Malah, kini saya cepat pitam dan buang air besar bercampur darah," katanya. Man berkata, dia ketagih arak terbabit selepas bercampur kumpulan Mat Rempit dan bahan berbahaya itu dengan pelbagai jenama dijual tidak melebihi RM3. Menurutnya, minuman keras yang dijual di dalam botol itu dianggap lebih 'power' berbanding arak di dalam tin. "Arak dalam tin hanya mendatangkan kesan mabuk jika diminum melebihi tiga tin, namun tonik gila ini boleh menyebabkan mabuk dengan hanya empat teguk. Gambar: PENGSAN...penagih arak murah terbaring akibat penangan minuman keras terbabit. "Selain minuman keras berlogo candi, terdapat juga beberapa minuman keras seangkatannya yang menggunakan simbol kapak dan nombor tertentu," katanya. Menurutnya, arak itu menjadi pilihan remaja dan belia berikutan harganya murah dan kebanyakan individu yang meminumnya golongan berpendapatan rendah. "Minuman keras biasa dijual antara RM7 hingga RM9 setin, namun samsu setan ini boleh dibeli semurah RM3. "Ada juga remaja yang terjebak dalam gejala seks bebas percaya arak itu mampu menambah daya seksual, namun saya tidak pasti kebenarannya," katanya. Menurutnya, minuman terbabit membawa mudarat apabila menyebabkan individu yang meminumnya jatuh pengsan untuk tempoh masa lama. "Sebab itu ramai kaki botol yang minum samsu murah ini boleh hilang kawalan dan tidur tersadai di kaki lima. "Rasa minuman keras ini tidak sesedap mana, namun kesannya amat pantas dan lebih 'kaw' jika diambil selalu," katanya yang kini bergantung ubat hospital. Sementara itu, tinjauan turut mendapati ramai penagih minuman terbabit seperti penagih dadah apabila terbaring mabuk atau tidak sedarkan diri di kaki lima bangunan. Ini dibuktikan apabila rata-rata kaki botol ditemui bersama terbaring bersama botol minuman terbabit di samping mereka. -hm |
Rakyat Sukar Untuk Pecaya Laporan Patologi. Posted: 03 Mar 2011 03:17 PM PST 3 pakar patologi kekal keputusan Teoh mati akibat jatuh Tiga pakar forensik patologi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock mengekalkan keputusan bahawa kematian setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor itu disebabkan kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat yang tinggi. Pegawai Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Mohamed Noor; Pakar Perunding Perubatan Jabatan Forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim dan Pensyarah Kanan Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Prashant Naresh Samberkar merupakan saksi yang sama dalam inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam sebelum ini. Dr Shahidan, yang dipanggil memberi keterangan hari ini, merupakan pakar forensik patologi yang membuat pembedahan kali kedua bersama-sama Pakar Patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand dan Pakar Forensik British Prof Dr Peter Vanezis. Dr Shahidan turut merumuskan bahawa kecederaan pada leher Teoh disebabkan tekanan yang kuat ketika jatuh. Dr Khairul Azman, yang selesai memberi keterangan semalam dan Dr Prasant yang selesai memberi keterangan pagi tadi, turut membuat keputusan yang serupa dalam laporan autopsi masing-masing. Ketiga-tiga mereka juga mendapati Teoh berada dalam keadaan sedar ketika jatuh berdasarkan tindak balas pergerakan tubuh. Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Suruhanjaya siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Ia dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T.S.Nathan, Pakar Perunding Patologi Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom. Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka'. Dalam prosiding hari ini, Dr Shahidan yang ditanya oleh peguam N Navaratham yang mewakili Majlis Peguam, sama ada beliau menerima arahan sesiapa untuk memfokuskan bahagian leher mangsa (ketika bedah siasat) berkata, ia dibuat hasil perbincangan secara profesional dalam kalangan lima doktor yang terlibat iaitu Dr Khairul Azman, Dr Prashant, Dr Pornthip dan Dr Venesis. Ditanya mengapa lebam pada leher tidak disedari pada bedah siasat pertama dan ia muncul ketika bedah siasat kedua, Dr Shahidan berkata ketika bedah siasat kali pertama oleh Dr Khairul dan Dr Prasant dilakukan, ia mungkin telah ada tetapi tidak dinyatakan dalam laporan. Prosiding disambung Isnin. - Bernama Ulasan GB Apa yang dilihat oleh rakyat, ketiga-tiga apa yang dinamakan "pakar" tersebut hanya untuk mengesahkan tuduhan menteri dan SPRM bahawa Teoh jatuh atau terjun dari bangunan Plaza Masalam. Mereka seolah-olah berpakat, seolah-olah sentiasa menyemak penemuan-penemuan supaya konsisten di antara satu sama lain. Tetapi terdedah banyak keraguan sehinggakan berlaku perkara penting seperti SENGAJA tidak dimasukkan di dalam laporan - lebam pada leher tidak disedari pada bedah siasat pertama dan ia muncul ketika bedah siasat kedua, Dr Shahidan berkata ketika bedah siasat kali pertama oleh Dr Khairul dan Dr Prasant dilakukan, ia mungkin telah ada tetapi tidak dinyatakan dalam laporan Tidak mustahil mereka ini dibayar. Tidak mustahil mereka ini diugut. Tidak mustahil mereka ini berpakat. Tidak mustahil mereka ini mendapat arahan. Tidak mustahil juga mereka ini pengkhianat rakyat. Walau apa-pun, Tuhan tidak pernah tidur. Kebenaran pasti akan terbuka juga satu hari nanti. |
Zakar Dan Dubur Anwar Diperiksa Posted: 03 Mar 2011 08:11 AM PST Anwar: Amat malu, zakar dan dubur saya diperiksa Bicara dalam perbicaraan bagi menentukan sama ada beberapa barangan seperti botol air minuman, berus gigi dan tuala 'Good Morning' serta sehelai bulu - yang dijumpai pada sel di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan semalaman antara 16 Julai hingga 17 Julai 2008 - boleh dikemukakan sebagai barangan bukti bersambung petang ini. Anwar yang tampil sebagai saksi pertama hari ini berkata pada 16 Julai kira-kira jam 1 petang, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut terlihat sebuah kenderaan dengan kira-kira 10 hingga 15 anggota UTK yang bersenjata memintas keretanya. "Kami terpaksa berhenti serta-merta. Katanya ketika itu beliau berada di belakang kereta manakala peguambelanya, Sankara Nair di bahagian depan. "Sudah tentu kita terpaksa berhenti. Sankara keluar dan seorang anggota menghampiri. Saya diminta terus berada dalam kereta. "Polis berkata: Arahan untuk menangkap Datuk Seri Anwar." Katanya, Sankara juga menghalangnya daripada keluar. Menurutnya lagi, anggota polis itu mengarahkan beliau ke kenderaan mereka. "Apahal buat saya macam ini lagi," kata Anwar ketika menceritakan peristiwa tangkapannya itu kepada hakim Mahkamh Tinggi, Datuk Mohd Zbidin Mohd Diah. "Saya bagi tahunya (pegawai polis itu) saya mahu berjumpa dengan Jude (Pereira) pada jam 2 petang dan telahpun memaklumkan kepadanya. Mengapa saya dilayan seperti ini?" Mahkamah kemudiannya memangil pegawai yang menahan Anwar, Supt Ahmad Taufik is called into the courtroom to be identified by Anwar. Menurut ketua pembangkang itu, beliau kemudian diarahkan ke bilik mesyuarat IPK KL (Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur). Sankara dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah datang kemudiannya. "Saya bertanya mengapa mereka melakukan saya sedemikian tetapi mereka berkata mereka mahu kerjasama saya dalam hal ini meskipun saya nyatakan saya mahu jumpa Jude." Zakar, dubur diperiksa Seterusnya, Anwar berkata kenyataannya dirakamkan sekitar jam 2.30 petang hingga 5.30 petang dan selepas itu sekali lagi diarahkan ke bilik mesyuarat. "Saya tanya mereka, 'awak minta saya beri keterangan, apa lagi mahu?' Mereka sepatutnya membebaskan saya." "Sebaliknya mereka bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) dan tiba selepas jam 8 malam pada 16 Julai 2008." Anwar berkata kemudiannya dua doktor memeriksa zakar dan duburnya. "Ini amat memalukan." Perkara itu dilakukan setelah pegawai penyiasat Pereira, peguamnya dan jururawat diminta beredar. "Doktor-doktor kemudian bertanyakan tentang dakwaan meliwat itu." Anwar berkata, beliau dibawa semula ke IPK pada jam 11 malam. "Saya tanya polis dan Jude, 'bila mahu bebaskan saya? "Dan kata mereka, 'Awak akan pulang sebentar lagi'. Sebaliknya mereka bawa saya ke lokap." Anwar juga mendakwa Superintendent Yahya Abdul Rahman kemudian membekalkannya dengan air minuman berbotol, tuala, berus gigi, ubat gigi dan sabun. Tandas tidak bersih Menceritakan keadaan di lokap itu, Anwar berkata geriji besi terdapat di keempat-empat sudut. Beliau beliau merayu kepada anggota polis untuk menyediakan tempat tidur kerana keadaan tulang belakangnya yang sakit tidak tahan tidur di lantai simen. "Saya tidak jangkakan layan VIP tetapi keadaan agak buruk manakala tandas pula tidak bersih." Menurut Anwar beliau dibebaskan pada jam 12.30 tengahari pada 17 Julai 2008. Sejurus dilepaskan, Anwar mendapatkan rawatan untuk tulang belakangnya yang sakit. Ketika disoal-balas, Anwar berkata tidak ada anggota polis yang memaklumkan kepadnya yang dia ditahan kerana kesnya itu. Walaupun mengesahkan bahawa tiada penderaan fizikal, Anwar mengadu beliau diheret ke kenderaan polis. -mk |
Ummi Hafilda Askar Upahan UMNO Posted: 03 Mar 2011 06:45 AM PST Jasin — PAS menyifatkan Ummi Hafilda Ali sebagai "askar upahan" Barisan Nasional (BN) kerana membantu parti itu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Ummi Hafilda, adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, tampil menyampaikan ceramah dalam kempen pilihan raya kecil di Kampung Chinchin Hulu di sini malam tadi. Dalam ceramahnya, Ummi Hafilda menggesa pengundi di Merlimau agar menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat. "Ini politik kotor yang digunakan Umno-BN untuk mempengaruhi pengundi, ini pilihan raya kecil antara calon dengan calon . . . ia tak tumbangkan kerajaan (negeri). "Saya jemput dia (Ummi Hafilda) ceramah banyak lagi, saya suka kalau dia mari banyak lagi . . . apa kesan dia sebagai askar upahan untuk tarik pengundi? Dia ini dipanggil macam askar upahan, saya lebih percaya dia dibayar . . . saya sifatkan Ummi Hafilda ini sebagai askar upahan," kata Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman pada sidang media di Markas PAS di sini. Ummi Hafilda pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 13 tahun yang lalu. Kata Halim, tindakan Ummi Hafilda membantu kempen pilihan raya kecil BN menunjukkan beliau tidak matang dalam berpolitik. "Ini pilihan raya kecil, saya nasihatkan Ummi Hafilda kalau nak impak yang lebih besar di pilihan raya umum . . . Anwar tak bertanding sini, apa kena mengena dengan Anwarnya? "Tiada kaitan pun dengan Azmin, ini adalah kempen yang kebudak-budakan, ia juga tak beri kesan pun pada kita. Tak isu pun, di sini isu tempatan banyak . . . Ummi Hafilda ini, kes sedang bicara di mahkamah buat apa dia bangkitkan," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Merlimau. Tegas Halim, Ummi Hafilda seolah-olah dipergunakan untuk memburukkan kepimpinan Anwar dan juga Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. "Sebab itu saya kata tak berapa masak cara politik Ummi Hafilda, mesti ada orang guna dia . . . saya nasihat kalau nak guna, guna di pilihan raya umumlah bukan pilihan raya kecil . . . tiada kesan. "Ini adalah satu taktik yang tidak masak dalam pilihan raya kecil, kalau kita buka rasuah kerajaan melaka dan tak ada integriti ketua menteri itu ada kesan. "Datuk Seri Anwar sekarang sedang dibicara, jadi kita serah kepada mahkamah sahaja, tak tahu kalau Ummi Hafilda ini nak jadi hakim saya tak tahulah," katanya. Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin. Dalam sidang media itu juga, Halim mendakwa Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam seolah-olah merestui kempen ala samseng yang digunakan BN untuk menakut-nakutkan pengundi. "Apa yang berlaku selama ini jelas menampakkan budaya samseng masih diamalkan Umno-BN, inikah budaya Umno-BN? "(Mohd) Ali Rustam tak boleh kawal seolah-olah dia merestuinya, sepatutnya dia kawal tapi nampaknya perkara itu masih lagi berlaku...budaya samseng ini direstui Ali Rustam," katanya. -TMI |
Penembak Tentara AS di Frankfurt Berteriak 'Allahu Akbar' Posted: 03 Mar 2011 06:00 AM PST Seorang tentara Amerika Syarikat terkorban di dalam aksi tembak mendadak di bandar Frankfurt, Jerman, Rabu (2/3) semalam. Penembak tersebut dikenalpasti sebagai seorang pemuda yang bernama Arid Uka. Ia berumur 21 tahun. Pemuda tersebut berasal dari etnik Albania dari Kosovo. Sebelum melepaskan tembakan, ia berteriak "Allahu Akbar," menurut sumber yang disampaikan ke ABCnews.com. Dia menembakkan sebanyak sembilan kali ke arah tentera AS. Dan tembakannya itu menjatuhkan seorang AS dan pemandu bas tersebut. Setelah memuntahkan pelurunya, laki-laki ini juga berteriak "Jihad Jihad" atau "Allahu Akbar." Para tentara AS berada di sebuah bas di bandar Frankfurt. Badan bus itu bertuliskan Angkatan Udara Amerika Serikat dan membawa 13 atau 14 orang, dengan seorang pemandu. Intelijen AS berusaha untuk menyelidiki apakah penembakan itu terjadi ketika pemuda bersenjata itu di bas atau saat dia cuba untuk menaiki bus. Ketika ini pemuda tersebut ditahan dan FBI sedang menyelidiki kes tersebut, apakah penembakan itu merupakan tindakan terorisme. Presiden Obama mengatakan, "Saya sedih dan saya marah dengan serangan ini" dan penyelidik AS bekerja sama dengan pihak berkuasa Jerman dan memastikan membawa pelaku ke pengadilan.
|
Rakyat Perlu Tolak Pemimpin Cuai - Presiden PKR Posted: 03 Mar 2011 05:15 AM PST Sebahagian besar daripada anggota jemaah menteri, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 'ditipu' oleh dua rakan mereka berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang masih berkuasa, kata presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan tersebut. "Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Merujuk keputusan kerajaan mengheret bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 28 Februari lalu, atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung PKFZ, Wan Azizah berkata perkembagan itu menimbulkan pelbagai persoalan. "Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. "Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan timbalannya hari ini. Menurutnya, pemimpin kerajaan berkenaan telah dengan cuai meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran. Selain Chan, pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pula didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ. "Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. "Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal," katanya Justeru, Wan Azizah berkata janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini adalah bagi menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik. "Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir," katanya. -mk
|
Ahmadinejad Beri Amaran Kepada Amerika Usah Campurtangan Soal Libya Posted: 03 Mar 2011 04:46 AM PST Jika Amerika turut campur tangan di Libya maka negara itu akan menjadi kuburan bagi para tenteranya. Demikian amaran presiden Iran Mahmud Ahmadinejad. Menurut presiden Ahmadinejad, bekas presiden Bush memberikan alasan serangan 11 September untuk menyerang Irak dan Afghanistan. "Jika kamu sekali lagi mengirim tentara ke negara mana pun di Afrika Utara atau Timur Tengah, maka negara-negara di wilayah itu, akan bangkit dan menggali kubur untuk tentera kamu," demikian amaran presiden Ahmadinejad. Sebelumnya, dua kapal perang AS yang membawa tentera laut dan peralatan memasuki Laut Tengah, Rabu, dalam perjalanan menuju Libya, kata Penguasa Terusan Suez, ketika Barat sedang mempertimbangkan pilihanh ketenteraan di negara itu. "Kapal USS Kearsage dan USS Ponce telah memasuki Laut Tengah," kata pihak berkuasa itu dalam sebuah pernyataan. Kapal ampibi Kearsage, yang membawa sekitar 800 tentera laut, sebuah armada helikopter dan kemudahan perubatan, untuk membantu usaha kemanusiaan dan juga melakukan operasi ketenteraan. "Secara pasti kami menggerakkan perlatan kami semakin dekat (ke Libya)," kata seorang pejabat pertahanan AS kepada AFP di Washington, Selasa. "Sebuah kapal seperti Kearsage dapat melakukan pelbagai misi," tambahnya. Negara-negara Barat kini sedang berdebat mengenai apakah akan memberlakukan zon larangan terbang di atas Libya untuk membantu pemberontak yang memerangi pemerintah Moamar Kadhafi. Sejumlah tokoh pembangkang di Libya telah meminta serangan udara Barat. Namun, Kadhafi memperingatkan dalam pidatonya Rabu, "ribuan" orang akan tewas jika Barat campur tangan untuk membantu pemberontak yang berusaha menjatuhkannya. Sebuah kapal induk AS, USS Enterprise, yang membawa jet-jet tempur yang mampu menegakkan zon larangan terbang, juga dikerahkan untuk krisis Libya. |
[Bergambar] Rakyat Libya Raikan Kemenangan Kalahkan Tentera Posted: 03 Mar 2011 03:00 AM PST Tripoli: Penunjuk perasaan di Libya merayakan kemenangan selepas berjaya melakukan serangan balas terhadap percubaan tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi untuk menawan semula bandar pelabuhan minyak, di Brega. Bandar itu dipenuhi oleh rakyat yang bersorak gembira, melepaskan tembakan di udara, lapor John Simpson dari BBC di Brega. Pasukan keselamatan Gaddafi dengan senjata yang lengkap tiba dalam satu jumlah yang besar, dan pada suatu ketika kelihatan untuk menguasai bandar itu. Tetapi akhirnya mereka terpaksa berundur. Dalam ucapannya menerusi siaran televisyen, Gaddafi berkata, beribu-ribu rakyat Libya akan terkorban jika tentera Barat campur tangan. "Kami tidak boleh menerima campur tangan Amerika. Ini akan membawa kepada penumpahan darah dan beribu-ribu rakyat Libya akan terkorban jika Amerika dan Nato memasukki Libya," katanya. Perbincangan terus berjalan di Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai cadangan pelaksanaan untuk menyekat ruang udara bagi menghalang tentera udara Gaddafi melancarkan serangan. Tetapi Barbara Plett dari BBC yang berpangkalan di New York berkata, Rusia merupakan salah sebuah negara, yang besar kemungkinan tidak akan menyokong cadangan memperkenalkan zon larangan penerbangan kecuali sekiranya tentera udara Gaddafi menyerang orang awam. John Simpson berkata, beliau telah pergi ke universiti dan pantai Brega di mana pertempuran sengit berlaku semalam dan mereka kelihatan bebas dari asakan tentera Gaddafi. - bbcnews |
Kereta Peugeot Tua Presiden Iran Laku RM7.5 Juta Posted: 03 Mar 2011 02:00 AM PST Teheran - Sebuah kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual pada harga AS$2.5 juta (RM7.5 juta) dalam satu lelongan antarabangsa kelmarin, kata laman web Pertubuhan Kebajikan Iran. Gambar: KETUA Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari (dua dari kanan) membuka pintu untuk Mohammad Isari (kanan) yang mewakili seorang pelanggannya yang membeli kereta Peugeot 504 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Abadan kelmarin. Sebuah syarikat yang membeli kereta itu tidak mahu identitinya didedahkan, kata kenyataan pertubuhan berkenaan selepas lelongan tersebut berlangsung di bandar Abadan, barat daya Iran. "Klien saya membeli kereta itu kerana meminati Mahmoud yang mengamalkan pendirian yang bencikan keangkuhan dan fahaman Zionisme," kata seorang peguam Mahmoud Esari. Beliau mewakili syarikat berkenaan untuk membeli kereta itu dalam satu majlis lelongan di Abadan kelmarin. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari memberitahu, lebih sejuta pembida mendaftar di laman web bidaan tersebut. Katanya, terdapat juga bidaan-bidaan yang datang dari Eropah, Asia dan Amerika Syarikat. Pada 1 Januari lalu, Mahmoud melancarkan laman web www.ahmadinejad-car.com untuk mengundang bidaan antarabangsa untuk kereta itu. Hasil jualan kereta tersebut akan digunakan bagi membiayai pembinaan 6,000 kediaman untuk wanita miskin dan golongan tidak berkemampuan. - AFP |
Posted: 03 Mar 2011 01:10 AM PST Ayer Keroh - Tiga pelajar dituduh di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, kerana mencabul rakan sekolah mereka, minggu lalu. Dua daripada tiga tertuduh berumur 17 tahun dan seorang lagi 16 tahun, mengaku bersalah selepas faham pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga pesalah juvana itu didapati menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun 10 bulan. Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di Daerah Melaka Tengah kira-kira jam 2.30 petang pada 22 Februari lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. Pegawai Pendakwa, Zaini A Aziz ketika pendakwaan menawarkan kepada mahkamah jaminan RM2,500 terhadap setiap tertuduh. Majistret Aishah Hijriah Arshad yang membenarkan jaminan RM2,300 kemudian turut menetapkan 14 April depan sebagai tarikh sebutan untuk mendengar laporan akhlak sebelum dijatuhkan hukuman. -SH |
You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan