Selasa, 1 Mac 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


2 Pelajar Kolej Berasmara Dicekup Di Paka

Posted: 01 Mar 2011 12:30 AM PST

Paka - Dua pelajar kolej swasta yang dilamun cinta sanggup menjadikan khemah yang dibina untuk aktiviti barbeku sebagai lokasi memadu asmara bersama kekasih mereka.

Perbuatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar sepasukan Pegawai Penguat kuasa Syariah setelah menerima maklumat daripada orang ramai, sebelum melakukan serbuan berhampiran lokasi peranginan dekat sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.

Bagaimanapun, mereka yang dicekup ketika berada dalam khemah dipercayai berselindung di sebalik aktiviti barbeku itu cuba mempertahankan perbuatan salah mereka.

Namun kegagalan menunjukkan sebarang dokumen untuk membuktikan pertalian muhrim serta keadaan yang boleh menimbulkan syak itu membolehkan kesemua pasangan terbabit diambil tindakan atas kesalahan khalwat.

Hasil soal siasat, salah seorang daripada gadis terbabit dikatakan menumpang di rumah sewa milik seorang rakannya yang ditahan itu dan mereka berkunjung ke pantai berkenaan untuk melakukan acara santai.

Dua gadis yang menuntut di kolej swasta serta dua remaja lelaki itu bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Negeri Terengganu kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Sinar Harian difahamkan, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Dungun ke atas pasangan lelaki terbabit turut mendapati keduanya positif dadah jenis Methapethamine dan ditahan untuk siasatan lanjut. -SH

Keangkuhan Ali Rustam Bakal Tumbangkan BN Di Melaka

Posted: 28 Feb 2011 11:30 PM PST

DUN Merlimau: Presiden PAS minta Ali Rustam jangan angkuh

JASIN, 1 Mac — PAS mengingatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa sekiranya tidak mahu tewas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang sedang berlangsung sekarang.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti Islam itu tidak bermimpi untuk merampas Merlimau daripada Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, tegas beliau PAS benar-benar berhasrat untuk "menawan" Merlimau yang selama ini menjadi kubu kuat BN.

"PAS tidak sekadar bermimpi, tetapi kita memang secara sedar benar-benar hendak menawan bukan sekadar Merlimau, bahkan negeri Melaka dan juga Malaysia.

"Ini telah kita nyatakan berulang kali atas nama Pakatan Rakyat sedia ke Putrajaya bagi memperbetulkan kerosakan negara yang dilakukan oleh BN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Ali yang menasihatkan PAS agar tidak bermimpi yang ia boleh merampas kerusi DUN Merlimau.

Ini kerana, jelas Mohd Ali, PAS tidak mempunyai jasa besar di Melaka, sebaliknya hanya tahu melemparkan pelbagai tuduhan berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri pimpinan beliau.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Ini pilihan raya kecil ke-15 sejak 8 Mac 2008 dan yang pertama di Melaka.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga mengingatkan pemimpin Umno termasuk Mohd Ali agar tidak terlalu angkuh dengan kuasa yang ada.

"Keduanya, kita hendak ingatkan seluruh pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka supaya tidak angkuh dengan kuasa yang ada.

"Parti Hosni Mubarak memenangi pilihan raya lebih 90 peratus, tetapi tumbang dengan kebangkitan rakyat.

"Begitu juga dengan kerajaan Firaun, Rom, Parsi yang pernah menjadi kuasa besar dunia juga runtuh dan Umno juga ada masa hayatnya akan berakhir,"
katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154. -TMI

Kempen UMNO Burukkan Yuhaizad Terkena Muka Calon Sendiri

Posted: 28 Feb 2011 10:56 PM PST

Kempen buruk pihak UMNO BN yang menyebarkan risalah kononnya Yuhaizad tidak mempunyai diploma dan hanya pemegang sijil SPM di beberapa rumah Kg Ayer Tawar, Kg Chin Chin, dan Merlimau Pasir nampaknya memakan diri sendiri apabila ternyata calon UMNO BN, Roslan Ahmad yang hanya memiliki kelayakan SPM.

Ini terbukti apabila di dalam biodata Roslan yang dikeluarkan sebelum ini menyatakan Roslan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Maktab Adabi Muar, sebuah sekolah swasta yang menempatkan pelajar-pelajar tercicir yang gagal untuk memasuki sekolah-sekolah kerajaan di tahun-tahun 90an.

Selepas itu Roslan sekali lagi tidak berjaya untuk memasuki di mana-mana IPTA tempatan apabila terpaksa melanjutkan pelajarannya di Insitut Tekonologi Tun Abdul Razak (ITTAR), sebuah koleh swasta untuk menempatkan pelajar tercicir yang tidak dapat memasuki IPTA.

Roslan kini hanya terpaksa bertenggek di atas nama-nama pemimpin seperti Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam.

Ini disahkan oleh sebuah portal, freemalaysiatoday.com.

Pitching together federal and state resources, they've given BN candidate Roslan Ahmad, 44, a guaranteed ride to the top.

What is in fact clear is that Roslan is comfortably riding on the shoulders of Muhyiddin and Rustam.


Malah dilaporkan, di satu majlis di Kampung Chin Chin semalam, kedua-dua pemimpin pusat dan negeri tersebut tidak lansung menghiraukan untuk memperkenalkan Roslan sebagai calon mereka.

At a ceremony in Kampung Chin Chin yesterday, both the federal and state leaders did not even bother to introduce Roslan as the candidate.

Calon PAS Cabar Muhyiddin Buktikan Kuarters Sekolah Milik UMNO

Posted: 28 Feb 2011 09:40 PM PST

Yuhaizad: Buktikan kuarters sekolah milik Umno

Calon PAS bagi DUN Merlimau, Yuhaizad Abdullah mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membuktikan bahawa kuarters sekolah yang didiaminya bersama isterinya yang merupakan seorang guru, adalah milik Umno.

Yuhaizad membuat cabaran tersebut sebagai menjawab kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan calon PAS itu sebagai tidak mengenang budi kerana tinggal di kuarters sekolah bersama isterinya itu, tetapi bertanding sebagai calon PAs.

"Saya mencabar Umno dan beliau (Muhyiddin) untuk buktikan kompleks (kuarters itu) dibina oleh Umno," katanya dalam satu sidang akhbar bersama di pusat operasi pilihan raya DAP, dekat pekan Merlimau.

Katanya, jika Umno dan Muhyiddin dapat membuktikan sedemikian, beliau akan berpindah malam ini.

Jika tidak, kata Yuhaizad berkata, beliau akan terus tinggal di situ bersama isterinya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap keluarganya.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan rasa kecewanya terhadap Yuhaizad dan keluarganya yang tinggal di kuarters sekolah tetapi bertanding sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Merlimau. -mk

Yuhaizad Lebih Disenangi Pengundi

Posted: 28 Feb 2011 08:55 PM PST

Merlimau: Calon PAS dekati pengundi dengan sekuntum bunga

Bak kata bijak bestari – hati manusia sukar diramal tetapi dengan sekuntum bunga dan senyuman ikhlas, anda mampu mendapat perhatian seseorang kaum hawa khususnya bagi tujuan tertentu.

Bagi calon PAS yang bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Merlimau, Yuhaizat Abdullah, taktik itulah yang digunakannya bagi menarik perhatian orang ramai di perhentian bas dan teksi Merlimau di sini hari ini.

Yuhaizat, 38, menghadiahkan sekuntum bunga kepada setiap wanita yang ditemuinya dalam sesi selama lebih setengah jam itu.

Diiringi Mohd Nasir Mustafa, Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Rotan, dan beberapa pembantunya, gelagat mereka menghadiahkan bunga menarik perhatian orang ramai di kawasan yang sentiasa sibuk dengan pelbagai pengunjung menikmati selera di beberapa gerai di situ.

"Saya suka sikap peramahnya dan orangnya tampak mesra," kata seorang pengunjung ketika ditanya mengenai Yuhaizat yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.

Yuhaizat berdepan calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad, 44, dalam pilihan raya kecil itu pada 6 Mac ini, yang diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

"Insya-Allah, masuk hari ketiga berkempen ini, semua pengundi yang saya temui memberi respons yang baik dan kita akan terus menemui seberapa ramai pengundi di Merlimau ini," kata Yuhaizat kepada Bernama.

Isteri beliau, Shakila Mohamad, adalah seorang guru dan pasangan itu mempunyai empat cahaya mata.

Ditanya rutinnya sepanjang tempoh berkempen bermula Sabtu lepas, Yuhaizat berkata dari Subuh sehingga lewat malam ia diisi dengan sesi pertemuan dengan orang ramai yang disusun oleh jentera parti.

Beliau adalah pengurus projek penyelengaraan di sebuah universiti di Bandar Melaka dan antara jawatannya sebelum ini ialah menjadi juruteknik di kilang Seimens SemiConduktor di Batu Berendam dari 1994 hingga 1996.

"Saya tahu pembangunan di Merlimau ini memang disediakan oleh BN tetapi masih ada masalah jalan raya, longkang dan parit yang perlu diketengahkan oleh pengundi," katanya yang menawarkan diri bertanding kerana ingin memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat di Merlimau.

Beliau bersalaman dengan semua pengunjung di gerai-gerai makan di situ dan juga memasuki premis perniagaan di Bandar Merlimau yang dikenali juga sebagai Merlimau Lama.

Seorang pembantunya, dalam menarik perhatian pengundi, menggunakan taktik masakan yang sinonim dengan penduduk Melaka – asam pedas – ketika cuba meraih undi daripada seorang pemilik kedai di situ.

"Takkan hari-hari nak masak asam pedas kakak, kita tukarlah masakan lain, cuba dulu," katanya yang merujuk penguasaan BN di Merlimau sejak sekian lama.

Namun, cubaan itu dibalas oleh wanita pemilik kedai berkenaan yang berkata: "Lauk memang boleh tukar encik, tapi kalau kerajaan, biarlah yang ada ini (BN)."

Calon PAS itu kemudian meminta diri dan beredar meninggalkan kawasan itu untuk menghadiri satu program lain di Permatang Serai.

Dalam pada itu, tohmahan pembangkang kononnya Barisan Nasional (BN) mengabaikan pembangunan di kawasan yang dikuasai pembangkang tidak melunturkan semangat Roslan untuk menemui pengundi.

Roslan, yang sentiasa diiringi isterinya, Zalifah Omar untuk bertemu pengundi di 15 kampung di DUN itu berkata pihak pembangkang akan menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menarik sokongan pengundi.

"Isu pembangunan dijadikan modal (pembangkang) untuk pancing undi... padahal pembangunan berjalan terus... tanpa pilihan raya kecil ianya tetap dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majis mesra rakyat bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Chinchin di sini, hari ini.

Katanya, jika dirinya dipilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada Ahad ini, beliau mahu meningkatkan tahap perkhidmatan dan kualiti penyelenggaraan insfrastruktur di kawasan itu.

Roslan turut terharu dengan kehadiran Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman ke DUN Merlimau hari ini bagi membantu kempennya.

"Program bersama Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat menggembirakan dan dapat menambah suntikan semangat berjumpa pengundi," katanya. – Bernama

BN Merlimau Kecemasan: Muhyiddin Terpaksa Turun Sekali Lagi

Posted: 28 Feb 2011 08:26 PM PST

UMNO BN dilihat berada di dalam zon tidak selamat di dalam pilihanraya kecil Merlimau apabila talian hayat terpaksa digunakan dengan menurunkan semula Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan pelbagai gula-gula pilihanraya dan janji.

Semalam, 86 guru besar dan 2,800 guru serta kakitangan sokongan sekolah terpilih menerima ganjaran yang diperkenalkan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) hasil kecemerlangan meningkatkan pencapaian sekolah untuk melepasi sasaran yang ditetapkan.

Di bawah Tawaran Baru itu, guru besar menerima RM7,500, manakala lima peratus daripada keseluruhan guru sekolah terbabit menerima RM1,800 dan bakinya mendapat RM900.

Guru besar terbabit antara 925 atau 12.10 peratus bilangan sekolah yang layak menerima ganjaran di bawah Tawaran Baru oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di seluruh negara pada tahun lalu.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid melihat Kerajaan Barisan Nasional (BN) kini sudah ketandusan idea sehingga terpaksa mencuri dasar Buku Jingga Pakatan Rakyat untuk dijadikan sebagai "gula-gula" kepada rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

"Mengapa harus ambil item yang telah dibuat dalam buku jingga untuk dijadikan sebagai panduan? Ini menunjukkan bahawa sekarang ini tahap mereka sebagai pencuri dan tidak tahu membuat kerja, meniru orang dan mengambil dasar orang untuk dijadikan dasar mereka," kata Abdullah.

Menurut beliau, tindakan Umno-Bn itu sekaligus membuktikan bahawa dasar yang direncanakan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga itu dapat dilaksanakan jika menawan Putrajaya kelak.

"Ini saya lihat sebagai mencuri dan meniru buku jingga dan kita yakin buku jingga ini merupakan satu transformasi dan dasar yang jelas kepada rakyat untuk mengangkat wacana martabat rakyat," jelasnya.

Perkara ini sekaligus menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa negara akan bangkrap jika Pakatan Rakyat menaikkan gaji mahupun insentif kepada pendidik di negara ini.

"Kerajaan Barisan Nasional telah berada dalam kegelapan, ketakutan yang jelas menunjukkan bahawa mereka sekarang berada di hujung tanduk kehancuran mereka sendiri,"katanya.


PRK Merlimau: Projek Jalanraya Hanya Pada Musim Pilihanraya

Posted: 28 Feb 2011 06:45 PM PST

Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian.

Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak.

Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya.

Seorang penduduk yang ditemui, Ismail Abdul Rahman, 77, (gambar) berkata, menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini, beliau juga turut didatangi para pemimpin Umno dan turut diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumahnya.

Menurut beliau, bantuan seperti itu turut diberikan kepada beberapa orang jirannya yang lain, sehingga menyebabkan mereka menjadi hairan dengan apa yang diberikan itu.

Katanya, pada hal, beliau dan jiran-jirannya tidak pernah memohon bantuan sedemikian dan mereka sendiri dapat mengagak berapa banyak wang rakyat yang disalahgunakan oleh para pemimpin Umno atau BN untuk kepentingan mereka.

"Sebenarnya, dah 45 tahun saya tak dibantu apa pun oleh kerajaan. Kalau ada pun bantuan seperti ini kepada orang ramai yang juga pernah saya kecapi hanyalah zaman Tun Razak dulu.

"Jalan tar di hadapan rumah itu pula bukanlah penting sangat. Tak diberikan jalan tar pun kami boleh gunakan jalan sedia ada dengan selesa untuk berulang alik ke rumah. Tapi diberikan jalan tar kami ambil. Diberikan apa saja pun kami ambil," katanya.

Beliau yang juga salah seorang pengundi di kawasan itu memberitahu, para pemimpin Umno kini amat terdesak sehingga sanggup memberikan apa sahaja kepada para pengundi terutama di kawasan-kawasan peti undi yang tidak memihak kepadanya.

"Dengan itu, ternyata, kita tidak perlu takut untuk menyokong PAS atau pembangkang. Jika dekat pilihanraya, mereka pasti cari kita dan berikan bantuan (yang sebenarnya sogokan) kepada kita.

"Kepada para penyokong Umno sendiri pula, yang dapat tu dapatlah, yang tak dapat pun cukup banyak, tetapi kepada para penyokong PAS, kami hanyalah mengharapkan bantuan Allah," katanya.

Manakala rakannya, Rusnan Wahab, 52, pula mempersoalkan bantuan wang yang diberikan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Melaya kepada sesetengah nelayan di kawasan itu yang berjumlah antara RM200 hingga RM300 seorang.

"Bantuan itu memang cukup kita faham. Ia adalah sogokan untuk pilihanraya. Tetapi apa maknanya diberikan wang? Kalau betul ikhlas nak bantu nelayan bukan wang sebanyak itu yang diperlukan. Wang sebanyak itu apalah sangat dan berapa hari boleh tahan?

"Kalau benar-benar nak bantu, berilah bantuan dalam bentuk lain yang diperlukan nelayan di kawasan itu seperti enjin, jaring dan seumpamnya kerana itu semua mahal dan lebih diperlukan nelayan. Tetapi enjin dan jaring tak pula diberikan," katanya.

Sementara seorang lagi penduduk yang ditemui, Muhammad Rashid, 32, berkata, longkang di hadapan rumahnya sebenarnya masih elok lagi.

"Tetapi yang peliknya, longkang itu pun turut diperbaharui menjelang PRK Dun Merlimau 6 Mac ini kononnya untuk keselesaan orang ramai, walaupun ia sebenarnya tak perlu diperbaiki sekarang, tetapi bila benar-benar perlu diperbaiki nanti," katanya sambil ketawa sinis. -harakahdaily

40 Buah Myvi & Viva Hangus Dalam Kebakaran

Posted: 28 Feb 2011 05:30 PM PST

Puchong – Beberapa kakitangan sebuah stor milik Perodua yang menyimpan 40 buah kereta jenis Myvi dan Viva bertindak melarikan diri selepas premis tersebut terbakar dekat Plaza Perabot Puchong 1, Jalan Layang-layang 3, Puchong Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 1 petang itu mengakibatkan kesemua kereta tersebut hangus. Difahamkan, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM500,000.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Penyelamat dan Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Anuar Harun berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.25 petang.

Katanya, api dapat dikawal kira-kira 20 minit selepas itu dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut.

"Beberapa petugas yang berada di premis itu bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran tersebut. Salah seorang mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi semalam. -kosmo

Pakej Pelancongan Tukar Suami Isteri

Posted: 28 Feb 2011 04:15 PM PST

Johor Bahru: Pakej pelancongan sambil bertukar-tukar suami dan isteri. Begitu aktiviti seks bebas hujung minggu dikenali sebagai 'swinger' anjuran segelintir pelancong dari negara jiran yang kini cuba menjerat pasangan di bandar raya ini untuk menyertainya.

Pelancong terbabit yang dinaungi lebih 10 kelab maksiat di negara itu serta kelab antarabangsa cuba mempengaruhi pasangan suami isteri berpendapatan sederhana di bandar raya ini dengan apa yang dianggap gaya hidup moden itu, kononnya boleh meningkatkan keseronokan masing-masing. Malah, pelancong terbabit sanggup mengumpan ganjaran tertentu termasuk membiayai percutian selain menyediakan kemewahan jika pasangan suami isteri tempatan sanggup memenuhi permintaan mereka.

Kegiatan tidak bermoral itu didedahkan seorang ejen insurans di Taman Indahpura, dekat Kulaijaya, Arshad Mohd Ali, 27, yang mendakwa hampir terjebak selepas dipelawa sepasang suami isteri golongan profesional dari negara jiran berusia 30-an.

Arshad berkata, dia mengenali pasangan terbabit ketika membeli-belah bersama isterinya yang sebaya di sebuah pasar raya di bandar raya ini, akhir Oktober tahun lalu selepas tertarik sikap mesra mereka sebelum bertukar nombor telefon.

Katanya, dia tidak sangka hasrat murninya menjalin persahabatan dengan pasangan terbabit mendatangkan masalah apabila pasangan itu sendiri mendedahkan niat buruk mereka.

"Pasangan suami isteri dikenali sebagai Nin dan Sue yang masing-masing bekerja sebagai jurutera itu beria-ia berkunjung ke rumah kami pada pertengahan November tahun lalu hampir setiap hujung minggu selain tidak ketinggalan menghubungi dan mengajak kami beriadah.

"Mulanya, tindakan itu menyebabkan hubungan kami suami isteri dengan pasangan terbabit semakin akrab dan bagi menghargai persahabatan, kami memenuhi permintaan mereka dengan berkunjung ke rumah mereka di negara itu," katanya.

Arshad berkata, tembelang pasangan yang belum mempunyai anak itu mula terdedah selepas mereka menghantar SMS menghasut yang memintanya dan isteri mencuba aktiviti songsang itu.

Menurutnya, lebih mengejutkan, pasangan itu tanpa segan-silu mendedahkan identiti sebenar mereka yang turut menjadi ahli sebuah kelab seks di negara asal yang mahu menarik keanggotaan baru dalam kalangan penduduk negeri ini.

"Saya terkejut apabila menerima SMS daripada Nin dan pasangannya yang memberitahu mahu mengajak saya dan isteri ke Melaka untuk berseronok bersama-sama pada 6 Disember lalu.

"Mereka memberitahu mahu membiayai kos penginapan kami di hotel selain makan minum sepanjang percutian itu.

"Mereka yang mendakwa sudah bosan melayan nafsu pasangan masing-masing juga meminta kami mendaftar sebagai ahli kelab maksiat di negara mereka secepat mungkin bagi memulakan kehidupan baru yang konon menjanjikan keseronokan," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Arshad berkata, Nin memberitahunya pakej pelancongan yang mempromosi seks bebas itu bergerak melalui kelab maksiat konon bertujuan menyemarakkan semula hubungan seks yang suram dalam kalangan pasangan suami isteri dan setiap peserta akan bertukar pasangan masing-masing suka sama suka.

Katanya, ketika dia menghubungi lelaki itu bagi mendapatkan penjelasan mengenai SMS berkenaan, jurutera itu cuba meracuni pemikirannya dengan menyatakan amalan itu sudah menjadi trend masyarakat moden seluruh dunia.

"Saya dan isteri bimbang dengan perlakuan sumbang pasangan itu dan dan lebih rela memutuskan persahabatan songsang yang terjalin daripada terus hanyut dalam dunia maksiat.

"Kami berharap dengan pendedahan ini pasangan suami isteri lain lebih berhati-hati dengan taktik pasangan warga asing itu kerana boleh menghancurkan kebahagiaan rumah tangga selain merosakkan akidah," katanya. -hm

Mahfuz Gesa JPJ Supaya Patuhi Keputusan Mahkamah

Posted: 28 Feb 2011 03:26 PM PST

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa rakyat supaya usah takut dengan ugutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang menyatakan semua pemandu dan pemilik kenderaan yang dikatakan memiliki saman tertunggak akan disenarai hitam dan dihalang daripada memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu bermula 1/3/2011.

Ini adalah kerana sebagai seorang penjawat awam, Ketua Pengarah JPJ tersebut, Datuk Solah Mat Hassan tidak sepatutnya mengugut rakyat yang belum didapati bersalah melakukan kesalahan supaya membayar denda kepada pihak berkuasa.

Di dalam ceramahnya di Merlimau Utara amalam tadi, Mahfuz meminta Pengarah JPJ dan Kementerian Pengangkutan merujuk kepada kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang telah memutuskan bahawa tindakan JPJ menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987) tanpa siasatan dan alasan yang wajar adalah salah di sisi undang-undang dan bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Malaysia.

Beliau sedia maklum alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut tetapi berpendapat bahawa alasan JPJ tidak mematuhi keputusan kes tersebut adalah salah dan menghina Mahkamah. JPJ beranggapan bahawa kes Mahkamah Tinggi Kuching tersebut hanya terpakai kepada pemohon di dalam kes tersebut adalah salah.

Alasan JPJ bahawa kes tersebut diputuskan sebegitu kerana isu saman di dalam kes tersebut mempunyai keraguan juga adalah tidak tepat.

Sebelum daripada ini, Mahfuz, yang juga Jawatankuasa kempen Anti Saman Ekor (KASE) telah membuat kenyataan untuk memperbetulkan anggapan JPJ dan seterusnya memaklumkan rakyat Malaysia keseluruhannya bahawa keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut adalah berdasarkan pemakaian Seksyen 17(1)(d) APJ 1987 yang digunakan oleh JPJ ke atas semua pemilik kenderaan untuk menyekat urusniaga dalam memperbaharui cukai jalan. Yang Arif Abdul Aziz Rahim memutuskan seperti berikut:-

The language in s. 17(1)(d) of the RTA should be given a strict and narrow interpretation to avoid injustice done to motorists in that the expression "outstanding matter or case with the RTD or the police relating to any contravention of or offence against the RTA or the CVLBA" should be confined only to a matter or case that has gone to court and in which the applicant had failed to appear to answer the charge on the offence or contravention for which the summons was issued, and also to a matter or case under investigation by the RTD or the police and pending the outcome of such investigation. In this case, there was no evidence that the 2nd respondent had satisfied himself that the applicant had been charged in a court of law for the offence stated in exh. L2 or whether the offence alleged had been proven in a court of law against the applicant.

"Perkara yang belum selesai" hendaklah ditakrifkan sebagai sesuatu perkara yang telah dibawa ke mahkamah dan yang dituduh tidak hadir membela diri. Ini takrifan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuching. Justeru apa alasan JPJ dan Kementerian Pengangkutan menyenarai hitam pemilik kenderaan yang mempunyai Saman Ekor yang tidak pernah dihadapkan ke Mahkamah? Tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan hanyalah semata-mata untuk memaksa mereka mengakui kesalahan dan seterusnya membayar kompaun. Ini jelas bertentangan dengan prinsip keadialan segajat di mana seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Tindakan ini juga disebut di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang tersebut.

The blacklisting of the applicant was tantamount to compelling the applicant to admit to the alleged offence and pay the compound. This conclusion seemed to have the support of the Federal Counsel when she told the court that the purpose of s. 17(1)(d) of the RTA is to ensure that a person issued with a traffic summons pays the summons. Clearly, therefore, such purpose of the statutory provision would be an affront to the basic principle of criminal law that a person is presumed innocent until proven guilty.

Ini juga diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Datuk Abdul Rahim Bakri di dalam jawapan lisannya di Dewan Rakyat pada 30/6/2010.

Langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan, khususnya JPJ ialah melalui inisiatif NKRA yang sedang dilaksanakan sekarang ialah kita sedang mengambil tindakan untuk mengutip saman-saman ini, misalnya melalui tindakan menyekat urus niaga seperti pembaharuan-pembaharuan road tax dan juga lesen memandu untuk membolehkan pemandu-pemandu ataupun pengguna atau pemilik-pemilik kenderaan membayar saman iaitu berasaskan kepada peruntukan seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dan jawapan Timbalan Menteri ini dengan jelas membuktikan bahawa tindakan menyenarai hitam dan menghalang pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu ini semata-mata bertujuan memaksa pengguna dan rakyat mengakui kesalahan dan membayar kompaun. Ini suatu bentuk paksaan dan penindasan terhadap rakyat yang semakin hari semakin dihimpit dengan peningkatan harga barang, harga minyak dan pendapatan yang tidak seberapa.

Justeru KASE mendesak Kementerian Pengangkutan dan JPJ untuk menghormati keputusan Mahkamah seterusnya menarikbalik tindakan menyenarai hitam dan menghalang pengguna memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Kepada rakyat Malaysia amnya dan pengguna-pengguna yang dinafikan hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, KASE ingin menjelaskan bahawa anda semua dijamin hak oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan menggunakan harta benda termasuk kenderaan. Tindakan JPJ menghalang anda memperbaharui cukai jalan adalah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.


Jika anda dinafikan hak memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu, JPJ perlu memberikan alasan bertulis kepada anda di atas penafian itu. JPJ tiada hak menafikan rakyat menggunakan harta mereka. Sebarang perlaksanaan undang-undang perlulah mengikut undang-undang bukan dengan sewenang-wenangnya. Bagi rakyat yang dinafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, mereka boleh menuntut gantirugi di Mahkamah terhadap JPJ di atas kehilangan penggunaan kenderaan mereka yang dijamin oleh Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. KASE sentiasa bersedia untuk membantu golongan tertindas ini samada melalui khidmat nasihat atau tindakan undang-undang terhadap JPJ.

Akhirnya KASE ingin menegaskan bahawa pendirian KASE menentang tindakan senarai hitam dan Saman Ekor ini bukan bermaksud KASE menggalakkan pemandu kenderaan tidak mematuhi undang-undang. Undang-undang dan peraturan jalanraya hendaklah dipatuhi semua pihak termasuk pihak berkuasa yang menguatkuasakannya. Apa yang ditentang oleh KASE adalah penguatkuasaan yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada. Justeru kepada pengguna-pengguna jalanraya yang teraniaya, Mahfuz meminta sama-samalah kita teruskan bantahan agar saman ekor yang lama dihapuskan. Bantah terus bantah sehingga kerajaan dan JPJ menghapuskannya.

Selain Mahfuz, penceramah lain yang turut berceramah di Merlimau Utara termasuklah Exco Kerajaan Selangor, YB Yaakob Safari, Cik Aiman Athira Al Jundi, AJK Dwn m'limat PAS Pusat, YB Goh Leong San, ADUN Kesidang dan Dr Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Kuala Krai.



PM Itali Didakwa Penyebar Penyakit AIDS/HIV

Posted: 28 Feb 2011 08:53 AM PST

Rom - Skandal seks yang mendera Perdana Menteri (PM) Italia Silvio Berlusconi kian memanas. Kali ini Berlusconi didakwa telah menularkan penyakit HIV/Aids pada setiap perempuan yang telah ia tiduri.

Dakwaan itu didasarkan atas pesan SMS antara para perempuan yang pernah ikut pesta "bunga bunga" di vila milik Berlusconi di Milan. Namun Berlusconi mengaku pesta tersebut tidak dipenuhi seks, tetapi hanya makan malam.

Berdasarkan bukti yang diperoleh jaksa penuntut umum (JPU) Milan mengenai SMS ini, makin menyebarkan pengakuan Berlusconi bila pesta tersebut bersih dari seks.

Beberapa perempuan yang saling tukar SMS merasa lega setelah melakukan ujian HIV/AIDS. Ujian itu menunjukan bahwa tidak ada penyakit menular seksual yang disebarkan Berlusconi.

"Semuanya baik-baik saja? Kami sudah lakukan ujian (AIDS) itu," tanya seorang perempuan dalam mesej SMS seperti dikutip Telegraph, Senin (28/2/2011).

"Semuanya baik. Sel darah putihnya pun ok, tidak ada AIDS," balas perempuan kedua. "Apa kamu ragu," tanya perempuan pertama yang mengirim SMS.

"Ketika seorang lelaki tidur dengan 80 perempuan, apapun boleh terjadi," jawab perempuan kedua.

Beberapa perempuan lain juga mengeluhkan hadiah-hadiah yang didapat mereka saat mengikuti pesta Berlusconi. Maklumat ini didapat dari mesej SMS lain yang didapat oleh JPU. Model Barbara Guerra mengeluh kepada temannya mengenai kereta yang didapatnya dari PM Itali tersebut.

"Saya kesal. Kelmarin gadis itu datang dengan kereta Mini Cooper yang dibelikannya (Berluconi) pada Julai lalu. Sementara saya hanya dibelikannya sebuah kereta kecil, sekarang saya akan minta kereta baru padanya (Berlusconi)," isi dari SMS tersebut.

Perempuan-perempuan yang ikut dalam pesta Berlusconi mengeluhkan stamina perdana menteri berusia 74 tahun yang tahan lama hingga semalaman.

"Saat kami di sana, dia mampu tidak tidur hingga pukul 04.00 pagi. Dia tidak tidur semalaman supaya dapat berpindah dari satu perempuan ke perempuan lain," menurut seorang perempuan yang ikut dalam pesta Berlusconi.

Kes Aminul-Rasyid: Polis Diperintah Bela Diri

Posted: 28 Feb 2011 06:30 AM PST

Sshah Alam, 28 Feb — Mahkamah Sesyen memutuskan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Koperal Jenain Subi dalam kes menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah di sini, 26 April lalu.

Gambar: KOPERAL Jenain Subi, 48 keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mahkamah memerintahkannya membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lalu di Mahkamah Shah Alam, hari ini. - Foto Aizuddin Saad

Justeru, anggota polis berusia 48 tahun itu diarah membela diri pada 14 dan 15 April ini.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepalanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir. -TMI

Pegawai Polis Dalang Edar Wang Palsu

Posted: 28 Feb 2011 05:30 AM PST

Kuala Lumpur: Seorang pegawai kanan polis berpangkat superintendan berusia awal 50-an ditahan bersama enam lelaki selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran wang palsu dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di Jalan Genting Klang, di sini, Jumaat lalu. Gambar Fail.

Difahamkan, sindiket didalangi pegawai kanan polis itu bersama beberapa ahli perniagaan bergiat aktif sejak setahun lalu dan dilaporkan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

Dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman kira-kira jam 11.40 malam itu, pegawai kanan itu ditahan bersama rakan subahatnya iaitu lima warga Indonesia dan seorang warga tempatan masing-masing berusia antara 25 hingga 50 tahun.

Menurut sumber polis, pihak berkuasa melakukan risikan sejak sebulan lalu selepas menerima laporan pembabitan pegawai terbabit dalam pengedaran wang palsu mata wang dolar Amerika Syarikat dan United Kingdom (Pound Sterling) sekitar Lembah Klang.

"Dalam serbuan di kondominium mewah sepasukan anggota diketuai seorang pegawai operasi membuahkan hasil apabila dalang utama diberkas berada dalam premis itu," katanya.

Sumber berkata, dalam serbuan itu pihak berkuasa merampas beberapa barangan seperti komputer riba, pemacu pena serta beberapa kotak yang dipercayai digunakan untuk pengedaran wang itu.

"Malah, pihak berkuasa turut merampas wang tunai dipercayai hasil kutipan pengedaran wang palsu yang dilakukan kumpulan terbabit," katanya.

Sumber berkata, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan wang palsu berkenaan dicetak dalam negara atau dibawa masuk dari negara luar.

"Malah, beberapa barangan dirampas dipercayai digunakan untuk aktiviti pengedaran itu dilaporkan dihantar kepada makmal polis untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Difahamkan, semua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan dan akan berakhir esok (hari ini).

Usaha wartawan Harian Metro bagi mendapatkan penjelasan polis gagal, namun difahamkan, sidang media mengenai kejayaan polis Bukit Aman melumpuhkan sindiket pengedaran wang palsu itu dilakukan dalam masa terdekat. -hm

Chan Kong Choy Hadapi Tuduhan Kes PKFZ

Posted: 28 Feb 2011 04:15 AM PST

Putrajaya — Bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menipu bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Chan merupakan bekas menteri pengangkutan yang kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Difahamkan, Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari laku selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua pihak pendakwa dan pembela bersetuju dengan wang jamin RM1 juta.

Pada 29 Julai lalu, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ''Mega Distribution Hub'' di Pelabuhan Klang.

Dr Ling, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kes ini dikendalikan itu oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan

Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega ''distribution hub'' di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang.

Chan merupakan individu keenam dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal PKFZ.

Akhir 2009, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang dan tiga lagi didakwa melakukan pecah amanah dan menipu dengan membuat tuntutan palsu.

Projek PKFZ, yang dibina di kawasan seluas 405hektar di Pulau Indah dekat Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, sebagai hab penghantaran kargo bersepadu telah menimbulkan kontroversi apabila kosnya melambung daripada RM2 bilion kepada RM4.6 bilion.

Ia mengandungi 256 hektar kawasan terbuka untuk kilang/gudang, 512 lot perindustrian ringan dan 500,000 kaki persegi ruang pejabat untuk sewaan, 135-bilik hotel dan sebuah pusat pameran.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat projek itu telah mencadangkan supata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat Chan dan Phang kerana pecah amanah.

Menurut laporan PAC itu, kedua-dua mereka harus disiasat berhubung tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

Berikutan itu, pada 10 Disember 2009, Phang didakwa, sebagai pengurus besar yang diamanahkan atas dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Merlimau Tunggu Tarian Separuh Bogel Dari UMNO BN

Posted: 28 Feb 2011 04:12 AM PST

Ramai penduduk Merlimau tertunggu-tunggu tarian separuh bogel dari UMNO BN yang sering diadakan di dalam pilihanraya raya kecil untuk mendapatkan sokongan masyarakat.

UMNO BN yang kerap mengadakan konsert dari wanita-wanita yang berpakaian separuh bogel semata-mata untuk menarik pengundi telah mereka lakukan di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Galas dan yang terbaru di Tenang.

"Tidak mustahil mereka akan buat konsert yang serupa di Merlimau dan Kerdau," kata seorang pengundi DUN Merlimau.

"Mereka sanggup lakukan apa saja untuk menarik pengundi, termasuk mengadakan konsert yang menjaja tubuh di dalam kempen merek," tambahnya.

Pada pilihanraya kecil Bukit Gantang satu ketika dahulu, seorang menteri kabinet, Datuk Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian telah secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada apa yang di percayai satu kebudayaan orang Cina dengan menyaksikan persembahan tarian panas oleh gadis-gadis separuh bogel dalam satu acara keramaian tajaan Barisan Nasional di Kampung Baru, Kuala Sepetang, Taiping.

"Sungguh menghairankan, jika itu yang dikatakan kebudayaan orang Cina, yang kami tahu penduduk di Kuala Sepetang selama ini hanya menganjurkan opera yang mana pelakun dan penarinya hanya menampakkan muka yang di makeupkan serta pakaian berwarna-warni yang labuh," kata Pengarah Pilihanraya Pas P59 Bukit Gantang Asmuni ketika itu.

"Budaya bertaraf Bangsar, Kuala Lumpur yang mahu diperkenalkan kepada pengundi di perkampungan nelayan ini dilihat sebagai satu kejutan budaya yang terdesak oleh Unmo/BN untuk memancing undi di kawasan ini," jelas beliau.

Hal yang sama berlaku di dalam PRK Tenang dimana Majlis Makan Malam 1Malaysia pada penghujung kempen PRK UMNO BN mengadakan konsert tarian separuh bogel di sana.

"Perbuatan UMNO-BN tersebut sunggguh menjijikkan. Sesiapa yang mengundi mereka bersubahat dengan perbuatan kotor yang mereka lakukan," tambahnya.








PRK Merlimau: UMNO BN Terdesak Guna Taktik Ugutan Kepada Pengundi

Posted: 28 Feb 2011 03:36 AM PST

PAS mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan dalam kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau dengan "mengugut" pengundi di kawasan itu agar tidak mengundi parti Islam itu Ahad ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, pihaknya mendapat aduan daripada pengundi bahawa Umno mula menggunakan pendekatan "mengugut" sejak semalam.

Tambah beliau, ia dibuat melalui kempen rumah ke rumah dan juga dalam ceramah-ceramah yang dianjurkan BN.

"Ada pihak tertentu dari Umno yang ugut pengundi supaya tak undi PAS, mereka cakap kalau undi PAS semua peruntukan akan ditarik balik.

"Itu adalah satu ugutan cara jahat supaya orang undi Umno, wang peruntukan itu duit rakyat kenapa mesti nak tarik?,"
katanya pada sidang media di Markas PAS di sini.

Halim yang juga Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Merlimau berkata, pengundi di DUN Merlimau perlu membuat perubahan dengan memilih calon PAS Yuhaizat Abdullah.

Tegas Halim, BN masih mengamalkan pendekatan "mengugut" kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi di Merlimau yang majoritinya orang Melayu.

"BN gunakan kempen rumah ke rumah, ada pihak tertentu dari Umno ugut penduduk dan kita jangka ini akan berterusan sampai hari pengundian.

"BN masih main kotor, pilihan raya kecil tidak ubah (kerajaan negeri) Melaka, kalau PAS memang kerajaan (negeri) tak jatuh," katanya.


Tambah Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu, PAS akan melancarkan skuad kamera untuk mengawasi pergerakan kempen BN.

"Kita akan gerakkan skuad kamera yang mana mereka akan ikut kempen BN agar kita dapat bukti," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan Yuhaizat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata Umno turut menggunakan pendekatan "mengugut" pengundi Melayu dalam kempen pilihan raya kecil itu.

"Umno buat sebab nak serang PAS dan PKR, tujuan sebab nak ambil sokongan orang Melayu.

"Ini adalah perkara yang mereka hendak jadikan alat supaya Umno-BN terus dapat sokongan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata selama ini Umno yang menyebabkan orang Melayu terpinggir jika hendak dibandingkan dengan kaum-kaum lain.

"Umno guna Melayu untuk ratah Melayu tapi kita Pakatan Rakyat tak nafikan orang Melayu adalah kaum pribumi dan semua pihak juga akui ini.

"Tapi Umno telah gunakan itu untuk letakkan orang Melayu berada dalam keadaan bahaya dan mereka tuduh Pakatan Rakyat dengan menggambarkan orang Melayu di Pulau Pinang," katanya.

Tambah Idris, Pakatan Rakyat memberi jaminan akan membela dan mempertahankan nasib orang Melayu selain menjaga hak kaum lain di negara ini.

"Patut Umno rasa malu kerana sebabkan orang Melayu tertinggal, siapa yang jadikan orang Melayu merempat?

"PAS-Pakatan Rakyat lebih bijak menjaga orang Melayu daripada Umno, kerana kita berpegang kepada Islam dan menjaga semua kaum lain," katanya. -TMI

Nik Aziz Seru Pengundi Beri Kepercayaan Kepada PAS-Pakatan Rakyat Tadbir Negara

Posted: 28 Feb 2011 02:00 AM PST

Pengundi perlu ubah kepercayaan hanya Umno-BN boleh tadbir, kata Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata rakyat negara ini khususnya para pengundi perlu "mengubah daripada kepercayaan" bahawa hanya Umno-BN boleh memerintah dengan turut memberikan peluang kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan membuat seruan ini ketika pengundi Merlimau dan Kerdau bersiap sedia untuk menuju peti undi sempena pilihan raya kecil serentak Ahad ini.

Malah wujud spekulasi negara akan mengadakan pilihan raya umum ke-13 tahun ini manakala rakyat Sarawak pula akan menyaksikan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang, kemungkinan awal April.

Pakatan Rakyat mencatatkan prestasi terbaik dan membentuk gabungan formal selepas pilihan raya umum 2008.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, menghadapi pilihan raya kecil ini, "saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi "untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat."

"Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air," kata beliau dalam tulisan di blognya hari ini.

Dalam memberikan justifikasinya, Nik Aziz menambah, ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan.

"Dan, kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor," kata beliau lagi dalam perutusan sempena hari pengundian Ahad ini.

Nik Aziz yang memimpin kerajaan negeri PAS Kelantan sejak 1990 menulis, PAS di Kelantan mencapai kejayaan kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah, masuliah dan itqan yang selari dengan kehendak syariat.

"Justeru itu, kerajaan negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan.


"Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama," katanya lagi.

Nik Aziz berkata bermakna kerajaan negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama - bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.

"Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni," katanya lagi.

Justeru kata beliau, kerajaan negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum bahawa apa yang dilaksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini.

"Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It'aam," katanya lagi.

Malah Nik Aziz juga menulis bahawa Islam mengajar rakyat supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya.

Oleh itu katanya, setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.

"Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS," katanya lagi.

"Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam," katanya.

Oleh sebab amalan itu tegas beliau, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.

"Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya," kata Nik Aziz lagi.

Bertolak daripada itu kata Nik Aziz, beliau penuh yakin calon PAS-Pakatan Rakyat Yuhaizad Abdullah dan Hassanuddin Salim yang masing-masing membawa cabaran di Merlimau dan Kerdau adalah calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi.

Katanya, mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. -TMI

Tiada ulasan: