Jumaat, 25 Mac 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Dalil Al-Quran ,Jangan Taksub Pada Semangat Kebangsaan

Posted: 25 Mar 2011 09:33 PM PDT

Merenung Sejenak

 Ini adalah  kisah Nabi Allah ,Musa ketika peristiwa nabi musa bertumbuk dengan seorang bangsa qibti di zaman remajanya.
Allah menceritakan  peristiwa ini dalam surah Al -qashash bermula dari ayat ke 14.


"Setelah Musa dewasa dan telah matang fikirannya,kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu pengetahuan,demikianlah kami balasd orang-orang yang berbuat kebaikan"

"Musa masuk kedalam kota ketika sunyi penduduknya,lalu dilihatnya dua orang lelaki yang bertengkar ,seorang dari bangsnya(Israel) dan seorang lagi dari bangsa Qibti.Kemudian orang dari bangsanya meminta pertolongannya lalu Musa menumbuknya menyebabkan orang itu mati.Berkata Musa ini pekerjaan syaitan,sungguh syaitan itu musuh yang menyesatkan lagi jelas(angkaranya)"

"Berkata Musa aku telah berlaku zalim ,ampunilah aku.lalu Allah mengampuninya sungguh Dia pengampun lagi penyayang"

"Berkata musa,ya tuhanku kerana engkau telah memberi nikmat kepadaku ,maka aku tidak akan menolong orang-orang yang berdosa."

(Surah Al qashash(28) ayat 14 - 17)Tafsir arrahman

-ijoks2009-
Memperjuangkan bangsa sendiri tidak salah ,tetapi jangan terlalu taksub sehinggakan kita membela orang yang tidak sepatutnya dibela.Islam mengajar supaya berpihak kepada orang yang dizalimi tidak mengira adakah orang itu dari bangsa kita atau sebaliknya.

Jika bangsa kita yang rasuah dan bangsa lain sedang berusaha menentang rasuah adakah kita masih lagi perlu berpihak kepada bangsa kita atas dasar perpaduan bangsa .lu pikirlah sendiri..




Cari N3 lama-lama disini

Program MenJantankan Kembali mak Nyah(Tahniah Jakim)

Posted: 25 Mar 2011 03:42 PM PDT

Isu Semasa
MENARIK..aktiviti lasak yang diatur untuk golongan mak nyah kembali menjadi lelaki sejati.
MENARIK..aktiviti lasak yang diatur untuk golongan mak nyah kembali menjadi lelaki sejati.
KUALA LUMPUR: Dua puluh tahun dahinya tidak pernah mencecah sejadah dan kehidupan dipenuhi maksiat, namun program khas anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini membuka pintu hati seorang mak nyah untuk bertaubat dengan harapan mampu kembali menjadi lelaki normal.
"Hampir 20 tahun saya tidak pernah menunaikan solat, menyebabkan cara wuduk dan banyak bacaan dalam sembahyang saya terlupa.

"Selepas menyertai kursus ini, saya semakin insaf terhadap kesilapan lampau dan banyak mempelajari ilmu agama untuk memulakan hidup baru sebagai lelaki sejati," katanya hanya mahu dikenali sebagai Shasa, 35.

Menurutnya, biarpun sekian lama menjalani hidup sebagai mak nyah dengan penampilan lebih 95 peratus seperti perempuan, namun jauh di sudut hati dia sedar tidak boleh meneruskan kehidupan sebegitu hingga ke akhir hayat.

"Sebelum ini, niat untuk berubah memang ada kerana saya memang menyimpan hasrat untuk mati sebagai lelaki Islam.

"Sebab itulah bila dapat tahu Jakim menganjurkan program seperti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya kerana saya memang ingin meninggalkan kehidupan sebagai mak nyah yang penuh dengan dosa," katanya.

Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Sayang, 30, pula berkata, dia baru menjalani pembedahan implan payudara, namun secara tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menyertai 16 `rakan sejenisnya' dalam program pemulihan itu.

"Saya baru beberapa hari pulang ke tanah air selepas melakukan pembedahan implan payudara dan hidung di Thailand, namun saya terpanggil untuk menyertai program ini apabila mengetahuinya melalui kawan-kawan.

"Saya sendiri tidak pasti mengapa membuat keputusan ini. Mungkin Allah membuka pintu hati untuk saya kembali ke pangkal jalan dan bersyukur di atas hidayah-Nya," katanya.

Menurutnya, selepas menjalani pengisian program anjuran Jakim itu, hatinya begitu tersentuh dan insaf terhadap perjalanan hidupnya selama ini jauh terpesong daripada landasan Islam.

Program selama tiga hari di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan itu dihadiri 17 mak nyah dan ia diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.

Ketua Penolong Pengarah Sosial Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata, program itu diatur rapi sejak dua bulan lalu dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Aids Malaysia serta Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

"Program ini bertujuan mendekati golongan mak nyah yang sering dianggap jelik oleh masyarakat dan mengubah persepsi umum terhadap jabatan agama yang dianggap hanya cenderung menahan mereka apabila melakukan maksiat.

"Dengan terlaksananya program ini, ia membuktikan jabatan agama sebenarnya turut bertanggungjawab membimbing mak nyah supaya mereka kembali ke pangkal jalan," katanya.

Zakuan berkata, dalam program itu pihaknya sama sekali tidak memaksa mak nyah terbabit mengubah penampilan atau bertaubat, sebaliknya mereka dididik secara lembut dan tersirat melalui pelbagai program yang menyeronokkan.

"Ia lebih kepada dakwah secara halus. Malah, kami juga tidak memaksa mereka mengerjakan solat atau mengikut sesi tazkirah kerana kami mahu mereka melakukannya dengan sukarela atas keikhlasan hati masing-masing," katanya.

Menurutnya, selain memberi didikan rohani, mak nyah terbabit turut diberi bimbingan kerjaya dengan mendedahkan mereka mengenai peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan dan perhotelan yang diatur dengan bantuan Pusat Giat Mara.

"Selain itu, program ini juga diharap dapat mengurangkan penularan penyakit Aids serta penyalahgunaan dadah," katanya yang berharap aktiviti itu menarik lebih ramai penyertaan golongan mak nyah untuk ia diadakan lagi pada masa depan.

www.hmetro.com.my
-ijoks2009-

Tahniah jakim,program macam ni perlu diteruskan dan diperluaskan skopnya ,mungkin lepas ni jakim boleh buat program untuk golongan mat rempit pula.


Cari N3 lama-lama disini

Kopi Itu Ada Geletin Babi(Hati-hati saudaraku)

Posted: 25 Mar 2011 07:33 AM PDT

Isu Semasa


Johor Bahru: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dandikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai. 

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan. 

"Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

Berita penuh

Cari N3 lama-lama disini

Apabila Islam Tidak Di jadikan Panduan Manusia Akan Menjadi Binatang

Posted: 25 Mar 2011 05:05 AM PDT

Merenung Sejenak

Seorang ibu di Beijing telah mencetuskan kemarahan antarabangsa setelah ia meletakkan rakaman video bogel anak perempuannya yang berusia 26 tahun di dalam Internet demi untuk mencari calon suami kepada anaknya.

Seperti dilaporkan Times of India, sekitar 1.5 juta orang telah melihat video di dalam lima laman web mencari jodoh popular. Dalam rakaman video yang pertama kali muncul di laman web Ku6, anak perempuannya yang baru selesai mandi telah ditanya oleh ibunya, "Oh, lihat sudah berapa usia kamu dan masih lagi perlukan ibu untuk mencuci belakang mu? Biar ibu carikan calon suami untuk kamu... bagaimana ia dan kelayakan apa yang engkau mahukan - cakaplah "!

Kemudian anak perempuannya memperkenalkan diri sebagai Gan Lulu dan berkata, "aku belum mempunyai teman lelaki dan ia bukan kerana saya hodoh. Sayangnya tidak ada yang mahukan saya ... jadi sekarang, saya sedang mencari calon pasangan untuk berkahwinan. Tidak peduli sama ada kamu fikir saya istimewa atau tidak, saya orang yang agak berbeza saya, jenis yang bersendiri dan bukan jenis yang menyakitkan hati, jadi saya tidak percaya bahawa tidak ada orang yang mahukan aku .. "

Bagaimanapun banyak laman web berita dan blog membuat andaian bahawa anak perempuan di dalam rakaman adalah seorang pelakon Cina dan rakaman tersebut asli.

Cari N3 lama-lama disini

Buat Malu Orang Islam Je Jantan Ni

Posted: 25 Mar 2011 01:57 AM PDT

Isu Semasa

Kerana ketagih menonton tarian gelek,seorang lelaki arab(malu nak cakap orang islam dia ni) sanggup mencederakan isteri yang baru di kahwininya sampai patah tangan.

ARAB SAUDI – Seorang wanita Saudi yang baru berkahwin telah menuntut cerai dari suaminya setelah ia dipukul dia dan patah tangannya hanya kerana dia menukar siaran kegemaran TV suaminya.

Wanita itu berkata kepada suaminya bahawa ia "bosan" dengan ketagihan suaminya kepada rancangan Ghinwa TV Show yang menampilkan lagu-lagu Arab dan tarian gelek oleh gadis-gadis muda yang berpakaian seksi.

Dia berkata kepada suaminya bahawa dia akan menukar saluran, tapi suaminya memberi amaran bahawa ia akan mematahkan tangannya jika dia melakukannya.
Oleh kerana ia menyangkakan suaminya sekadar berkata tanpa memaksudkannya, dia merampas alat kawalan jauh dan menukar saluran TV.

Tetapi rupa-rupanya ia telah kesalahan besar: suaminya menjadi marah dan bukan sekadar memukulnya tetapi mematahkan tangannya.
Wanita malang itu kemudiannya menuntut cerai setelah ia dirawat di hospital.
Sumber Pulak Dah


 
Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: