Isnin, 21 Mac 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Kes Liwat sudah kantoi ,Kini Cerita wanita Cina Pulak

Posted: 21 Mar 2011 10:02 AM PDT

Isu Semasa

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/perutnya%20lebih%20buncit.jpgKetua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim menafikan bahawa dirinya adalah watak yang terpapar dalam klip video skandal seks, yang ditayangkan kepada media pagi ini.  Sambil berseloroh Anwar berkata, beliau dimaklumkan bahawa perut watak lelaki dalam klip tersebut lebih buncit daripada perut dirinya.

Ketua Umum PKR ini menegaskan bahawa dirinya berada di rumah bersama isteri, anak dan kakitangan PKR pada 21 Februari 2011, tarikh kononnya klip video tersebut dirakamkan.  Malah beliau berkata dirinya masih berjinak-jinak dengan facebook dan twitter pada ketika itu.

Beliau berkata sedemikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pada jam 5 petang, sambil ditemani isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR.  Anwar menambah, klip video seks tersebut mempunyai motif politik untuk menyerangnya, setelah kes sodomi kedua mulai lemah.

Sebelumnya, satu klip video yang merakamkan aksi seks telah ditayangkan oleh sekumpulan orang yang menggelar diri "insider" kepada media, menyasarkan Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim sebagai watak utama dalamnya.  Kumpulan ini mendakwa bahawa klip video ini akan dikirim kepada Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah dalam minggu ini, malah mendesak agar kedua-duanya berundur dari pentas politik selepas identiti watak utama dikenalpasti.

Klip video 30 minit ini ditayangkan untuk tontonan media, di Seri Carcosa Negara, pagi ini.  Dalam kenyataan media berjudul "Datuk Seri Anwar Ibrahim" yang dikeluarkan oleh "insider", mereka mendakwa klip ini dirakamkan pada 21 Februari 2011, dalam sebuah hotel di Kuala Lumpur.  Aksi seks dengan wataknya disyaki Anwar Ibrahim bersama seorang gadis dari China telah dirakam melalui empat kamera (cctv).

Berita Penuh

-ijoks2009-

Apa yang saya tahu,dalam Islam ,kalau kes-kes tuduhan liwat,atau zina macam ni terletak dibawah jenayah Hudud.dalam hudud sebarang tuduhan akan dianggap fitnah kecuali sipenuduh dapat membawa  4 orang saksi yang menyaksikan sendiri perbuatan tersebut.Sebagaimana sabda rasulullah s.a.w 4 oranng saksi tersebut mestilah lelaki Islam yang berakhlak baik dan tidak fasik serta menyaksikan sendiri sepertimana benang masuk kedalam lubang jarum.kamera atau rakaman video tidak boleh diterima sebagai bahan bukti dalam undang-undang hudud.

Jika tidak orang yang menuduh boleh dikenakan 40 sebatan dan tidak boleh diambil kesaksian darinya seumur hidupnya(nak jadi saksipun tak boleh apatah lagi nak angkat jadi pemimpin.

saya bukannya nak membela Anwar kerana dia pemimpin PKR,saya menganggap Anwar hanyalah saudara seislam saya,saya tak kisah siapapun Anwar ,Anwar sama seperti orang lain ,apa yang istimewa sikit pada beliau ialah kerana dia pernah berjasa pada negara.Walaupun Anwar hanya seorang penarik beca sekalipun dalam situasi dia sekarang dia perlu dibela sebab dia saudara seislam kita yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tanpa ada bukti yang kukuh mengikut Islam.


Cari N3 lama-lama disini

Sanggupkah Kita Menjadi Orang Terasing(Ghuraba) Di Dunia Hari Ini

Posted: 21 Mar 2011 12:03 AM PDT

Merenung Sejenenak

Jom Jadi Ghuraba' !!

Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :

"Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba')." 
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))
 



Ghuraba'...merekalah minoriti dalam masyarakat hari ni...


Bukankah orang-orang yang memelihara aurat dengan sempurna itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang solat 5 waktu di masjid/berjamaah itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang mengamalkan sunnah nabi itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang memelihara kehormatannya itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang rajin baca Quran itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang berpegang pada jalan dakwah dan tarbiyah itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang memelihara dirinya daripada ikhtilat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa pedulikan masalah umat itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang sentiasa bekerja untuk mengembalikan masyarakat kepada Islam itu adalah asing hari ini?


Bukankah orang-orang yang menyerahkan seluruh kehidupannya semata-mata untuk mencari mardhatillah itu adalah asing hari ini?


Tidakkah kamu mahu termasuk dalam golongan yang terasing itu?


-ijoks2009-
Jika anda berminat dengan N3 bercorak Islamik macam ni ,silalah berkunjung ke 
http://ibnuddin.blogspot.com
p/s: maaf tak sempat nak menulis 2-3 hari ni,tolong promosi blog je,
mana-mana blog yang isinya sesuai dengan jiwa saya saya akan promosikan.

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: