Sabtu, 12 Mac 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Jangan Sampai Malaysia DiLanda Bala DiSebabkan Kejahilan Najib

Posted: 11 Mar 2011 11:32 PM PST

Isu semasa


Fahaman memisahkan agama dari politik ini adalah berasal dari agama kristian dimana sejak kira-kira dua ribu tahun yang lalu telah munculnya dikalangan penganut-penganut agama kristian satu rangkai kata yang berbunyi

"Biarkan urusan politik bagi maharaja dan urusan agama bagi Allah".

Kemudian setelah masyarakat diresapi oleh pengaruh barat dan merebaknya fahaman kebendaan (materialistic) dikalangan umat islam sendiri, mulailah umat islam diracuni dengan fahaman tersebut.

Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam pernah bersabda mengingatkan supaya jangan sekali-kali terpengaruh dengan fahaman tersebut tetapi hendaklah memerangi habis-habisan sebagaimana hadis yang di riwayatkan oleh Muaz bin Jabal r.a. sabda Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam:-


"Awas sesungguhnya roda Islam itu beredar, ingatalah bahawa Al-Quran dan pemerintahan (politik) akan berpisah (agama dan negara). Janganlah sekali-kali kamu tinggal Al-Quran. Ingatlah akan lahir dikalangan kamu pemerintah-pemerintah. Mereka akan menjalankan undang-undang untuk diri mereka, lain dari apa yang dijalankan kepada orang ramai. Kalau kamu patuh kepada perintah mereka kamu sesat, kalau kamu menentang kepada mereka kamu dibunuh". 

Bertanya sahabat: Bagaimana hendak kami berbuat Ya Rasulullah? Jawab Baginda: Hendaklah kamu jadi seperti Hawariyyin (sahabat Nabi Isa) mereka digergaji kepala dan disula dikayu palang. Demi Allah jiwa Muhammad ditangan-Nya. Sesungguhnya mati dalam mentaati Allah lebih baik daripada hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah".
Sumber : Klik Disini

Video Gempabumi Dijepun


-ijoks2009-
Ubah Sebelum Parah


Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: