Khamis, 24 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Ingat Kontroversi Gambar Separuh Berahi Artis? Dia Baru Dapat Keputusan SPM

Posted: 24 Mar 2011 06:30 AM PDT

Kredit: Beautiful Nara
Saya mati-mati ingat artis yang baru-baru ini terpalit dengan kontroversi gambar separuh berahi berusia sekurang-kurangnya 20 tahun. Rupa-rupanya, baru 18 tahun. Dia mendakwa memperoleh keputusan yang membanggakan dan membayangkan mahu menjadi peguam. Dalam bangga-bangga, enggan pula mendedahkan keputusannya kepada pihak yang bertanya. Hmmmm!

P/s: Patutlah banyak mata yang terbeliak!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[Gambar] Misteri Wanita Bogel di Cerun Bukit

Posted: 24 Mar 2011 05:00 AM PDT



Menurut berita Agensi, seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut diSan Diego di Amerika Syarikat, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.

Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan. 

Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut.


Apa perasaan penyelamat itu?



M Nasir & Ramli MS Sudah Bergelar Datuk (Pahang), AC Mizal Sudah Terima?

Posted: 24 Mar 2011 04:24 AM PDT


M Nasir dan Ramli MS menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran  "Datuk" . Beberapa bulan lepas, selain kecoh fasal gelang "Made in China" yang dikaitkan dengannya, berita fasal AC Mizal bakal menerima anugerah "Datuk" juga hangat diperkatakan, siap tunjuk surat kepada media. Sudah dapatkah anugerah itu?  Senyap sahaja!

P/s: Santai

[Wajib Baca] Kenyataan Media CheguBard dan Nik Nazmi BURAIKAN Konspirasi Porno Seri Carcosa Negara!

Posted: 24 Mar 2011 01:15 AM PDT


Saya petik:
SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato' Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dato' Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato' Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato' Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato' Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI

24 MAC 2011 


KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON

24 Mac 2010


Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

P/s: Kantoi lagi!

Apa Kata Tubuhkan Suruhanjaya Diraja Siasat Kes Rogol Gadis Bawah Umur Ini?

Posted: 24 Mar 2011 12:20 AM PDT



Saya petik (ulang siar):

[Harakah4Tripod] MELAKA: Puan Pendek binti Ahmad, nenek Noryati binti Mohamed Yusop hairan mengapa baru sekarang cucunya itu membuat pengakuan tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim Tamby Chik. 

Beliau berkata penafian cucunya itu tidak dapat diterima. Beliau menyatakan kehairanannya ini dalam satu sidang akhbar di sini bersama, bapa saudara Noryati, Sabri bin Mohamad Yasin. Turut hadir bekas Ahli Parlimen Kota Melaka, Lim Guan Eng. 

Nenek Norhayati

Di bawah ini kenyataan Sabri Mohamad Yusop bagi pihak ibunya, Pendek binti Ahmad (nenek Noryati): 

"Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini, sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, Noryati binti Mohamed Yusop, telah membuat satu kenyataan pada 2 November 1999 menafikan keterangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 November 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik pada tahun 1994. 

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya. 

Oleh kerana cucu saya terlibat dengan Tan Sri Rahim dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. 

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telah pun dipenjarakan di Penjara kajang pada 25 hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. 

Dalam kes Lim Guan Eng yang mulai pada 30 Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27 Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27 Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut: 

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan berasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada Lim Guan Eng. 

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang di-Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di pertuan Negeri Melaka, meminta supaya Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu." 

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. 

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupakan jasa baik Lim sehingga bersedia berbohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. 

Saya masih mengingati cucu saya begitu terseksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.
Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak,masa,tenaga termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. 

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan melupakan Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. 

Semoga Allah s.w.t. mengampunkan cucu saya." 
 Melayu jangan lupa, Cina ini dipenjarakan kerana bela anak Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol. Beliau kehilangan status sebagai Ahli Parlimen kerana hukuman tersebut.





Hanya 6 Hari untuk Bina Semula Jalan Rosak Akibat Gempa Bumi di Jepun. Mengagumkan!

Posted: 23 Mar 2011 11:00 PM PDT

Sebelum dan selepas.

Lebuh raya di atas (gambar) rosak teruk akibat gempa bumi yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu.

Namun, kepantasan pekerja membina semula jalan raya yang rosak teruk itu mengagumkan banyak pihak. Kerja-kerja pembaikan yang dimulakan pada 17 Mac lalu, siap sepenuhnya enam hari kemudian. Lebuh Raya Great Kanto di Naka ini dibuka kepada trafik semalam, lapor DM.

Soalan cepu emas:
Agak-agak berapa lama jalan yang rosak seumpama itu akan dapat dibaik pulih di Malaysia?

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Berang kerana Lelaki Enggan Menciumnya, Nenek Tua MENGAMUK!

Posted: 23 Mar 2011 09:30 PM PDT


Menurut berita Agensi, seorang wanita berusia 92 tahun yang gagal menggoda seorang lelaki lebih muda bertindak menembak jirannya itu.

Polis berkata, Helen Staudinger, mahu lelaki itu memberi ciuman dan berang apabila permintaannya tidak dipenuhi meskipun tahu jirannya itu sudah mempunyai teman wanita.  

Wanita dari tengah Florida itu melepaskan tembakan empat kali menggunakan pistol separuh automatik ke arah jirannya yang berusia 53 tahun kerana enggan menciumnya, kata polis kelmarin. 

"Jika kepala saya ke depan sikit tentunya peluru akan terkena belakang kepala saya. Tiga das tembakan terkena tepi rumah," kata lelaki itu, Dwight Bettner yang mengakui hubungannya dengan Staudinger baik sebelum ini.

Staudinger dipenjara sehari selepas ditahan atas tuduhan melakukan serangan dengan senjata merbahaya dan menembak kediaman. Wanita itu juga dilaporkan menyasarkan kenderaan jirannya.

Laporan polis menyatakan, Staudinger memberitahu pihak berkuasa bahawa dia pergi ke rumah Bettner di Pelabuhan McCoy, Florida, dan enggan pulang sehingga lelaki itu menciumnya.

Apabila Bettner masih enggan lakukannya, mereka bertengkar dan Staudinger keluar dengan keadaan marah. Bettner berkata, tidak lama selepas itu, dia sedang berbual di telefon dengan bapanya apabila terdengar bunyi tembakan.

Satu peluru menembusi tingkap rumahnya dan dia terkena serpihan kaca. Bekas penguasa undang-undang itu berkata jiran warga emasnya itu nampak berminat dengannya sejak dia berpindah ke situ enam bulan lalu.

"Saya membantunya membuang sampah, hanya sebagai jiran. Saya rasa beliau ada tanggapan lain. Saya tidak sangka dia akan tembak saya," kata Bettner.

Staudinger dikenakan ikat jamin berjumlah AS$15,000 (RM45,000) dan dilarang menghubungi atau mendekati Bettner. Dia juga menolak menerangkan kejadian berkenaan kepada media.

Belajar & Berahi SEKS Melalui CD Animasi

Posted: 23 Mar 2011 08:08 PM PDT


Saya petik:

[HM] SEREMBAN: 'Kegilaan' remaja lelaki termasuk pelajar sekolah terhadap permainan komputer lucah menerusi cakera padat (CD) perisian komputer dan cakera video digital (DVD) menawarkan pengalaman sebagai pelakon untuk 'memancing' watak gadis animasi sehingga tahap melakukan hubungan seks di alam maya, kini membimbangkan.

Difahamkan, pemain perlu menempuh beberapa peringkat sama seperti kehidupan seorang lelaki di alam nyata, antaranya merangkumi proses mengurat gadis maya idaman bermula sesi temu janji (dating) hingga datang ke rumah untuk mengambil hati kedua-dua ibu bapa teman wanitanya itu. Sejurus semua peringkat itu diselesaikan, pemain akan diberi peluang untuk mengakhirinya di ranjang bersama gadis berkenaan yang menayangkan susuk tubuh bogel dan menggiurkan.

Perkara itu dibongkar Bahagian Kawalan Filem dan Penguatkuasaan (BKF) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Sembilan yang merampas puluhan bahan haram terbabit di sebuah premis menjual peralatan komputer di pusat beli-belah Terminal One di sini, pada 8 Mac lalu.

Ketua Cawangannya, Zainal Abidin Othman, berkata serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya berhubung kewujudan permainan lucah yang dijual secara terbuka dengan harga RM15 sekeping.

"Hasil pemeriksaan merampas 25 CD dan empat DVD permainan komputer lucah pelbagai judul yang kebanyakannya memaparkan gadis animasi mengghairahkan dipercayai dari Jepun.

"Berikutan itu, kami menahan seorang penjaga kedai iaitu remaja lelaki berusia 17 tahun untuk tindakan lanjut. Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana kesalahan membabitkan filem lucah atau bahan publisiti filem lucah.........

Orang ramai yang mempunyai maklumat perkara seumpama itu boleh menghubungi pejabat BKF KDN negeri di talian 06-7611152 untuk tindakan selanjutnya.
P/s: Buat panggilan jika ada maklumat!

 

[Video- Wajib Tonton] Pendedahan MENGEJUTKAN tentang Drama Liwat II dan Konspirasi Porno Seri Carcosa

Posted: 23 Mar 2011 06:00 PM PDT




Saya petik:

Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11
1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang".

"Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri"

"Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y"

2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

"Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang,  26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama"

"Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masa
bila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar."

Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno:
1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke  Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?"

2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar"

3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan"

P/s: Lahanat!

Video lain:




Video Seks: Pelakon Upahan Mungkin Guna Teknik "Mission Impossible" untuk Menyerupai Anwar Ibrahim

Posted: 23 Mar 2011 05:00 PM PDT

Biasa tonton filem atau siri Mission Impossible? Kalau biasa, anda akan faham tentang apa-apa yang diperkatakan di bawah ini.

Saya petik:
[Solihin Zubir] Persoalannya.. Adakah mustahil seseorang itu boleh ditukarkan wajahnya dengan wajah orang lain tanpa cacat cela sedikit pun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun tidak dapat mengecamnya? Dengan perkembangan teknologi dunia sekarang, semua itu adalah tidak mustahil.

Teknologi itu sudah lama wujud di Hollywood! Mereka menggunakan apa yang dipanggil "latex perfection" untuk menukarkan wajah seseorang daripada muda kepada tua dan sebaliknya. Daripada perempuan kepada lelaki, daripada berkulit putih kepada berkulit hitam, daripada John malkovich kepada Arnold Shwezenegger!

"Full-head latex masks can be made so perfectly that it is impossible to tell the wearer from the person he is impersonating until the moment he pulls off his face by grabbing an invisible seam at the back of his jaw. Even close acquaintances and family members will be fooled. Masks of this quality can completely alter the shape of the wearer's face and head, even to the point of making them thinner or smaller as needed, regardless of common sense or physical law. Best of all for those who need them, masks of such exquisite detail can be made without resorting to casting the face of the target — a couple of small black-and-white photos will do just fine as a reference." baca selanjutnya di sini.. http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/LatexPerfection
Lihat gambar di bawah. Percaya tak bahawa wajah wanita tersebut boleh dimekap sehingga menyerupai lelaki berkulit gelap tersebut?


Lihat video di bawah..

Berbalik kepada kes Anwar Ibrahim.. Adalah tidak mustahil seseorang itu boleh ditukarkan kepada wajahnya tanpa cacat cela sedikitpun sehingga kaum keluarga sendiri yang melihat pun boleh tertipu dengannya. Apakah tidak mungkin seseorang yg begitu terdesak boleh menghabiskan jutaan ringgit untuk mengupah seseorang untuk melalui proses transformasi latex perfection ini dan melakonkan adegan panas dan berani seolah-olah mangsa konspirasi fitnah itu yang melakukannya? Tidak mustahil bukan?
Atau, mungkin juga boleh guna teknologi seperti ini. sila KLIK SINI! untuk melihat video tersebut.


Oleh itu wahai saudara- saudariku sekalian, ambillah ingatan tentang ayat ini..


"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan."
Mengapa Allah perintahkan 4 saksi? Kerana manusia boleh memanipulasi apa saja untuk mencapai hasrat busuk mereka.


وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) dengan lapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)
Wallahu'alam.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

P/s: Logik! Jika teknik ini digunakan, siapakah atau pihak manakah dalam negara kita yang mahir melakukannya? Jeng, jeng, jeng...Kalau dalam filem/drama, pihak manakah yang lazimnya menggunakan teknik ini? Jeng, jeng, jeng!


Tiada ulasan: