Khamis, 24 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Suruhanjaya Sumpah Laknat

Posted: 24 Mar 2011 07:13 AM PDT



MSO


RAHIM Tamby Chik mencadangkan agar suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengkaji video lucah yang beliau tayangkan kepada wartawan. Katanya suruhanjaya itu perlu untuk menentukan kesahihan kandungan video berkenaan dan juga mengesahkan apakah watak yang ada dalam video berkenaan orang yang disangka dan dituduhnya.

Saya nak tanya beberapa soalan kepada persoalan dan cadangan Rahim Tamby Chik ini. Apakah perlunya suruhanjaya itu ditubuh dan apakah perlunya siasatan ke atas video berkenaan. Biasanya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara yang ada kepentingan umum. Dalam kes video lucah itu apakah ianya merupakan kepentingan umum?

Video itu bersifat peribadi yang tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Ia tidak perlu ditubuhkan. Kalaulah cadangan Rahim itu hendak diambil kira, maka banyak lagi suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan. Bukan soal pengecut di sini tetapi keperluan dan kemunasabahannya.

Saya nak sebut beberapa suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan kalau mengikut versi ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;

1. Mengenai skandal seks seoraang bekas Ketua Menteri dengan pelajar sekolah berumur 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak.

2. Mengenai hubungan seksual dan afair seorang bekas ketua menteri dengan seorang gadis Pertugis.

3. Hubungan seks bekas ketua menteri dengan seorang perempuan yang berkerja di sebuah syarikat perumahan. Perempuan itu juga telah memohon sebuah projek tambak laut di sebuah negeri.

4. Mengenai hubungan seorang menteri dengan seorang perempuan Pertugis.

5. Mengenai hubungan seorang bekas artis sehingga mengandung dan terpaksa mengugurkan kandungannya di Johor. Sebelum itu artis berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat enam di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.

6. Mengenai seorang menteri yang melayani gay.

7. Mengenai seorang bekas MB yang membawa puteri Umno ke tengah laut dengan boat.

8. Dua orang bekas setiausaha kepada bekas menteri dan menteri yang dikatakan telah membunting seorang artis dan seorang pramugari.

9. Mengenai ketua Umno sebuah bahagian di Kelantan yang meniduri 13 orang perempuan kampung.

10. Seorang kenamaan yang telah mengahwini seorang perempuan walaupun ketika itu perempuan itu masih belum edah perceraian.

11. Kena siasat juga kesahihan mengenai perkahwinan seorang menteri dengan isterinya kini yang meragui dari segi syarak.

12. Siasat juga bekas menteri yang dikatakan berhubung sesama jenis (lisbian).

13. Siasatan juga setiausaha politik kepada menteri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.

14. Siasat juga menteri yang terlibat melakukan perpindahan wang secara haram.

15. Siasat juga Ketua Menteri yang terlibat dengan pengurup wang.

16. Siasata juga bekas menteri yang menjadi kaya raya dengan memperdagangkan pendatang asing.

Ah, banyak lagi. Sebenarnya perkara disebut itu lebih utama dari video lucah itu kerana ia membabitkan negara dan rakyat.

Justeru saya tidak fikir pihak kerajaan bersedia melayani cadangan Rahim Tamby Chik itu. Kalau alasan suruhanjaya itu perlu disiasat kerana ianya melibatkan pemimpin yang bercakap mengenai Islam, nah semua kes-kes melibatkan apa disebut itu juga melibatkan pemimpin Islam, yang bercakap mengenai Islam, yang pakai baju Melayu pada setiap hari raya.

Adalah tidak adil dan zalim kalau video itu perlu disiasat demikian rupa atas kehendak individu berkenaan. Yang jelas melihat dari cara modeul operandinya ia dilakukan atas sifat dendam, geram dan kemaharahan yang tidak dapat dihilangkan.

Baiklah orang ini semua dan kita semua mengucap sedalam-dalamnya mentauhiudkan diri kepada Allah, menginsafi apakah yang kita lakukan ini mengutungkan kita, negara dan bangsa atau sebaliknya. Dan kepada rakyat di luar sana sesekali angkatlah tangan menadahkan doa kepada Allah dengan memintakan kita semua dimasukkan iman diberikan taufik dan hidayah. Kerana apa yang berlaku di negara kita sekarang adalah satu bala dan petaka.

Apakah bala dan petaka yang menimpa kita hari ini angkara sumpah laksana? Kita terlupa laknat Allah itu akan hadir secara umum walaupun ia hanya dilakukan oleh seorang manusia saja. Selagi orang yang bersumpah laknat berada di negara ini dan kita juga berada di negara ini maka bala atas sumpah laknat itu akan melaknat kita semua!

Anwar : Rahim Guna Umno Dan Video Fitnah Untuk Balas Dendam

Posted: 24 Mar 2011 06:10 AM PDT

Ditulis oleh shuaib ayob

KUALA LUMPUR - Pengakuan bekas Menteri Besar Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa beliau seorang daripada pendalang video seks fitnah menzahirkan pembabitan Umno dalam konspirasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketua Pembangkang itu berkata, pengakuan Rahim turut mencerminkan dendam yang disimpan terhadap beliau susulan perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim terpaksa melepaskan jawatan itu selepas terpalit dengan tuduhan beliau merogol seorang gadis berusia 15 tahun – dakwaan yang disahkan oleh nenek gadis itu.

Pertuduhan terhadap Rahim itu bagaimanpun digugurkan kemudian oleh Peguam Negara atas alasan bukti tidak mencukupi sungguhpun ada kenyataan terbuka mangsa dan neneknya.

"Sekarang ini orang yang terlibat termasuk Tan Sri Rahim Tamby Chik yang dulu dikaitkan dengan kes rogol di Melaka. Walaupun tidak didakwa, kertas pendakwaan telah ditandangani sendiri oleh Tan Sri Ghani Patail (ketua pendakwaraya ketika itu)," kata Anwar.

" Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam," tegas Anwar.

Rahim menyalahkan Anwar di atas peletakan jawatan itu. Semalam beliau mendakwa mendedahkan video itu kerana mahu menegakkan kebenaran tetapi kemudian mengimbas balik perletakan jawatannya dengan sekali lagi menunding jari kepada Anwar.

Anwar berkata pembabitan Rahim yang diangkat menjadi Pengerusi Risda dua tahun lalu oleh Perdana Menteri Najib Razak hanya menzahirkan penglibatkan Umno dan Perdana Menteri Najib Razak sendiri.

"Ini bagi saya memperkuatkan hujah kita dari peringkat awal, Umno memberi tahu mereka tidak terlibat. Sekarang Umno secara langsung terlibat.

"Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul malah menyebut bahawa kesediaan Rahim Tamby Chik bawa dia untuk menemui Datuk Sri Najib. Ini menunjukkan konspirasi peringkat tertinggi membabitkan Umno," kata Anwar kepada wartawan di perkarangan komplek mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.

"Saya tidak tahu bagaimana Menteri Dalam Negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA," tambah beliau.

Semalam, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang keatas Anwar kerana mendakwa dirinya dan pihak polis terbabit dengan pita video seks itu.

Anwar berkata hakikat adalah walaupun Rahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang mengaku mengeluarkan video berkenaan beberapa jam selepas identiti mereka dibongkar oleh PKR, masih bebas dari tindakan polis.

"Malah, saya diberitahu mereka kini dilindungi (oleh pihak berkuasa atau polis cawangan khas)," kata Anwar.

Dalam pada itu, Anwar berkata tidak timbuil soal beliau di sebalik perletakan jawatan Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka.

"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai Ketua Menteri, Itu kuasa Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" kata Anwar.

Anwar berkata beliau tidak kesal dalam melaksanakan tanggungjawabnya dahulu walaupun terpaksa menghadapi fitnah dan dendam Rahim Thamby Chik sekarang.

" Saya tidak merasa kesal atau salah kerana meminta beliau meletakkan jawatan walaupun saya tahu bidang kuasa saya tidak sehingga boleh minta mana-mana menteri atau ketua menteri untuk meletak jawatan. Ini semua orang tahu. Anda tanya Mahathir tentu dia tidak ingat," tegas Anwar.

"Saya cuma menyampaikan pembabitan Dr Mahathir (Mohamad). Saya tidak tahu jika Mahathir mempunyai amnesia terpilih," katanya.

MIC Jangan Jadi 'Anjing Peliharaan' UMNO

Posted: 24 Mar 2011 06:06 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Kongres India SeMalaysia (MIC) didesak agar tidak menjadi 'anjing suruhan' UMNO BN yang menyokong apa sahaja yang diungkapkan pemimpin parti perkauman itu, walaupun sedar ia boleh memberikan impak yang buruk kepada kaum India di negara ini.

Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran berkata demikian mengulas jawapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa novel Interlok tetap akan dijadikan buku teks tingkatan 5 dengan sedikit rombakan iaitu menggugurkan perkataan 'paria' dalam buku tersebut.

Keputusan yang diumumkan di Dewan Rakyat pagi tadi menyaksikan parti MIC bersetuju tanpa banyak bantahan.

Manogaran berpandangan pegangan rapuh MIC itu dilihat satu pengkhianatan kepada kaum India di negara ini.

"Saya cabar MIC untuk keluar dari BN sekiranya mereka benar- benar ikhlas mempertahankan kaum india di negara ini. Jangan jadi parti yang tiada maruah, jangan jadi 'anjing peliharaan' UMNO. Kita tiada masalah dengan kaum Melayu, kita hanya ada masalah dengan UMNO," tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata keputusan Kementerian Pelajaran Malayasia (KPM) amat mengejutkan dan disulami dengan banyak kemusykilan berikutan sebelum ini Muhyiddin mendakwa tiga wakil bebas kaum India telah menarik diri dari menyertai panel KPM menilai semula buku tersebut.

"Apa yang lebih mengejutkan ialah MIC bersetuju dengan keputusan ini. MIC ini ular berkepala dua! Mereka memberitahu akhbar Tamil bahawa mereka tidak bersetuju tetapi bersetuju pula dengan Timbalan Perdana Menteri. Semasa saya berhujah dengan TPM (dlm dewan), dia amat jelas (bahawa MIC bersetuju) dengan perkara ini," tegas beliau.

Kulasegaran berkata jika pihak pembangkang ketengahkan isu, pembangkang dituduh secara sengaja mahu mempolitikkan isu.

Namun dalam isu Interlok, beberapa pihak yang jelas berkepentingan secara bebas memanipulasikan isu itu.

Katanya lagi, polisi pendidikan ditukar setiap kali seorang menteri baru menjawat jawatan Menteri Pendidikan yang menjurus kepada perubahan dalam buku teks dan polisi pendidikan, bukan sahaja mengelirukan tetapi memberikan mesej yang salah mengenai KPM.

"Seperti yang telah saya tegaskan dahulu, selama 54 tahun kita tiada polisi pendidikan yang konsisten di negara ini," kata beliau lagi.

Chegu Bard : Datuk T pembohong, Video Adalah Rekayasa

Posted: 24 Mar 2011 05:59 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia Badrul Hisham Shaharin menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi mangsa fitnah video lucah yang direkayasa oleh tiga individu yang mengenali diri mereka sebagai Datuk T.

Bercakap selepas menonton video itu, Badrul yang dikenali atas ketegasannya berhubung isu- isu prinsip, berkata bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik juga berbohong mengenai video itu pada sidang akhbarnya semalam.

Badrul diperlawa menonton video itu apabila dibawa berjumpa dengan Tan Sri Rahim dan Datuk Shazryl Eskay di sebuah hotel lima bintang pada Isnin lalu.

Berikut kenyataan penuh Badrul setelah beliau mengadakan sidang media di Kuala Lumpur:

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T.

Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura- pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di Hotel Impiana dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga.

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Johari : RTC Tutup Fitnah Video Dengan Fitnah Rasuah

Posted: 24 Mar 2011 05:55 AM PDT

TVS NEWS


Muslihat Tan Sri Rahim Thamby Chik dan gandingan dua individu yang dikenali sebagai Datuk T untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti apabila beliau enggan membenarkan lima ahli Parlimen PKR menonton video lucah itu Isnin lalu.

Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul mendedahkan Rahim membatalkan hasrat itu setelah lima wakil itu – Azan Ismail, Amran Ghani, Abdullah Sani, Kamarul Bahrin dan Rashid Din dikenalpasti untuk menilai kesahihan video berkenaan.

Johari berkata dakwaan Rahim bahawa beliau menuntut wang pelincir RM100,000 dan RM1 juta untuk membawa keluar ahli parlimen PKR tidak masuk akal kerana jumlah itu terlalu kecil, jika benar beliau mahukan sogokan.

Johari adalah Ahli Parlimen PKR pertama yang menonton video 21 minit itu Isnin lalu.

Beliau dibawa ke Hotel Flamingo di Ampang dan diperkenalkan kepada Rahim, dan ahli perniagaan Shazryl Eskay yang cuba meyakinkannya untuk berpaling tadah dan membawa bersama wakil rakyat PKR yang lain.

Eskay juga adalah bekas Konsul Kehormat Malaysia di Thailand.

Johari di bawa ke hotel itu oleh Shuaib Lazim, bendahari Perkasa dan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Shafie Apdal.

Johari berkata beliau yakin seratus peratus orang dalam video itu bukan Anwar, walaupun sekali imbas, ada miripnya.

Namun Johari berpura-pura bersetuju dengan Rahim dan Eskay yang bertegas pelaku itu dalam rakaman itu adalah Ketua Pembangkang.

Johari turut mempersoalkan kenapa Rahim mahupun Eskay tidak menangani persoalan yang ditanya oleh wartawan dan mereka yang menyaksikan video berkenaan - kenapa susuk badan, khususnya bahagian perut, pelaku dalam video itu tidak menyerupai Anwar.

"Soalan ini tidak dijawab oleh Eskay walaupun dibangkitkan sendiri dalam akhbar Utusan Malaysia milik Umno," kata Johari.

Johari juga berkata beberapa kenyataan Eskay semalam tidak masuk akal.

Contohnya beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang rapat dengan Anwar tetapi menghubungi musuh ketat Anwar iaitu Rahim Thamby Chik untuk membongkar video berkenaan.

"Beliau juga mendakwa diminta untuk kembali ke hotel itu mendapatkan jam Anwar yang tertinggal di bilik berkenaan. Namun dakwaannya bahawa beliau memecah laci untuk kononnya untuk mencari jam itu tidak lojik,' tambah beliau.

Johari berkata "pendedahan" Eskay kononnya beliau membawa Anwar ke sarang-sarang pelacuran di Thailand juga sukar diterima kerana pada masa sama ahli perniagaan itu mendakwa berkata beliau mengutamakan soal moral dan prinsip.

Video Seks: Polis Ambil Keterangan Rahim, Eskay

Posted: 24 Mar 2011 05:47 AM PDT

Ditulis oleh Edi Suleiman

Polis sedang merakamkan kenyataan daripada bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung tayangan video seks.

Menurut wartawan yang berkumpul di ibu pejabat polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, kedua-dua mereka dilihat tiba pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Kedua-dua mereka dikatakan akan memberikan sidang akhbar selepas pertemuan dengan polis.
Wartawan Malaysiakini menghubungi Eskay pada kira-kira jam 5.55 petang dan beliau mengesahkan sedang berada di Bukit Aman bersama dengan Rahim.

Semalam, Rahim, Eskay dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, mengakui mereka adalah 'Datuk T' yang di belakang tayangan video lucah berkenaan.

Shuib, bagaimanapun dipercayai di luar negeri dan dijadualkan diambil kenytaannya esok.

Adalah dipercayai salinan asal video berkenaan juga mungkin diserahkan kepada polis pada perjumpaan hari ini.

Sebelum ini, pegawai khas Rahim - Ghazali Zainal berkata bekas ketua pemuda Umno itu bersedia memberikan kenyataan kepada polis jika diminta berbuat demikian.

Katanya, Rahim enggan mengulas lanjut berhubung video berkenaan selepas pertemuan dengan media, petang semalam.

Ketiga-tiga individu itu yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Datuk T', telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut.

Sementara itu, Eskay ketika dihubungi wartawan Malaysiakini pada kira-kira jam 5.55 petang tadi berkata beliau dan Rahim masih berada di Bukit Aman.

Beliau menjangka proses mereka memberi keterangan kepada polis akan selesai sebelum jam 9 malam ini. -malaysiakini

Sebutan kes bunuh Sosilawati ditangguh ke 31 Mac

Posted: 24 Mar 2011 05:46 AM PDT

BERNAMA

SHAH ALAM — Kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang sepatutnya disebut di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan pada 31 Mac ini.

Peguam Puspha Ratnam yang mewakili keempat-empat tertuduh dalam kes itu ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima surat daripada pihak mahkamah memaklumkan bahawa kes itu akan disebut pada 31 Mac ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir.

Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting pada 24 Feb lepas memutuskan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini dan menetapkan hari ini bagi sebutan di Mahkamah Tinggi.

Pada 13 Okt tahun lepas, bekas peguam, N.Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat di sini pada 30 Ogos tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Selain Puspha, keempat-empat tertuduh turut diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong.

Pendakwaan pula dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pada 21 Feb lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh, 27, dihukum penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana melupuskan mayat kesemua mangsa.

Suruhanjaya: SPRM bertindak tidak profesional

Posted: 24 Mar 2011 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bertindak secara profesional dalam menjalankan urusannya, demikian diberitahu suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

Pegawai penyiasat SPRM Mohd Anuar Ismail berkata, dia tidak baca dengan segera kenyataan selepas ia direkodkan awal pagi 16 Julai 2009 kerana tidur kerana kepenatan.

"Anda semua tidak profesional," kata pengerusi suruhanjaya Tan Sri James Foong, pada sesi inkuiri hari ini.

"Adakah anda bersetuju bahawa kita mesti mengembalikan profesionalisme dalam pasukan anda?" kata beliau.

Anuar, 34, mengaku adanya masalah koordinasi dalam SPRM dan soal profesionalisme boleh diperbaiki.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh SPRM.

Kes liwat Anwar: Pembela mahu panggil Najib, Rosmah saksi

Posted: 24 Mar 2011 05:32 AM PDT

KUALA LUMPUR — Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi jika Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dipanggil untuk membela diri dalam perbicaraan kes liwat beliau.

"Kami akan menentukan perkara ini kemudian, selepas penghujahan dikemukakan oleh kedua-dua pihak . . . akan memanggil mereka sebagai saksi, kemungkinan ada," kata peguam bela Karpal Singh kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal berkata mereka perlu menemu bual Najib dan Rosmah terlebih dahulu sebelum memanggil mereka sebagai saksi.

"Senarai saksi kami termasuklah Najib, Rosmah dan Dr Osman dari Hospital Pusrawi," kata Karpal.

Pendakwa menutup kes mereka hari ini selepas mahkamah memutuskan untuk menerima tiga barang, yang diambil dari lokap, yang digunakan untuk mengambil sampel DNA Anwar.

Perbicaraan akan disambung 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pembela dan pendakwa mengemukakan hujah masing-masing.

Chegubard: Saya diminta jadi orang tengah serah video seks

Posted: 24 Mar 2011 05:28 AM PDT


KUALA LUMPUR – Bekas ahli majlis tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin hari ini mendedahkan beliau diminta untuk menjadi "orang tengah" oleh "Datuk T" untuk menyerahkan salinan video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jelas Badrul Hisham, beliau diminta oleh Datuk T untuk menyerahkan salinan video seks itu kepada Dr Wan Azizah agar Presiden PKR dan Anwar yang juga Ketua Umum PKR meletakkan jawatan.

"Untuk tujuan itu mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video itu dan Datuk T memberitahu video itu membabitkan Datuk Seri Anwar dan menerangkan secara terperinci.

"Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu kepada Dr Wan Azizah, namun terbantut setelah Datuk T meminta untuk menayangkan sendiri video itu kepada Dr Wan Azizah," katanya.

Mengakui menonton video seks itu sebanyak dua kali bersama Datuk T di Hotel Shangri-la pada Isnin lalu, Badrul Hisham menegaskan, individu dalam rakaman video seks itu bukan Anwar seperti mana yang didakwa.

"Saya amat yakin lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang sekali tengok imbas seakan-akan beliau tetapi sebenarnya tidak.

"Daripada susuk tubuh, gerak-geri saya boleh kenal dan saya yakin lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar... 'make up' boleh dibuat," katanya.

Datuk T terdiri daripada tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Tayangan video seks itu terlebih dahulu ditayangkan kepada media pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Semalam Abdul Rahim mengaku Shazryl, Shuib dan dirinya adalah individu yang digelar Datuk T yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Anwar.

Jelas Badrul Hisham, beliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan Shazryl.

Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan "Chegubard" beliau percaya Datuk T adalah seorang individu sahaja dan bukan tiga individu seperti mana yang dikatakan Abdul Rahim.

Malah, Ketua PKR Rembau itu percaya Datuk T itu adalah Shazryl kerana dalam pertemuan yang diadakan di Hotel Shangri-la itu Abdul Rahim mengakui baru pulang dari luar negara selepas bercuti bersama keluar.

Menurut Badrul Hisham, ketika tayangan itu, Abdul Rahim kelihatan terkejut seolah-olah baru pertama kali menonton video seks itu.

"Tan Sri Abdul Rahim menipu kerana semalam beliau mengatakan merancang semua tetapi ketika bersama saya beliau mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara.

"Selain itu, dalam pertemuan itu Tan Sri Abdul Rahim memanggil Shazryl sebagai Datuk T malah Shazryl juga memperkenalkan diri kepada saya sebagai Datuk T," katanya.

Tambah Badrul Hisham, dalam pertemuan itu Shazryl mengakui beliau adalah pemilik video seks itu dan hanya beliau sahaja yang memilikinya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Walaupun belum pasti kesahihan video itu, beberapa pihak termasuk Perkasa mendesak agar diwujudkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks itu.

MP Sg Petani: ‘Datuk T’ Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar

Posted: 24 Mar 2011 05:23 AM PDT

TERKINI

PETALING JAYA - Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang "Datuk T" – Datuk Shuib Lazim adalah "pak ciknya", yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar.

Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin.

"(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar," kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu.

"Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya," kata Johari.

Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara dua hari lalu.

Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Shuib, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu.

Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang.

Shuib pernah menjadi senator dan timbalan menteri pada era 1980-an dan menurut Johari adalah rakan perniagaan Abdul Rahim dan Shazryl.

Sehubungan itu kata Johari, beliau juga pasti bahawa "Datuk T" bukannya tiga orang tetapi hanya Abdul Rahim dan Shazryl.

"Saya tidak melihat beliau terlibat (dalam konspirasi ini), saya fikir tidak, saya kenal dia secara peribadi," kata Johari lagi.

Pagi tadi, Perkasa mempertahankan tindakan "Datuk T" yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

"Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

"Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu," katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.

Ketika ditanya mengapa Shazryl berkata "Datuk T" melibatkan tiga orang termasuk ahli pernigaan, Johari berkata: "Apa pilihan yang mereka ada."

ITU BADAN ANWAR IBRAHIMKAH?

Posted: 23 Mar 2011 09:09 PM PDT

BERBULU…..tangan bebulu, perut boroi, putih pula dan gebu. Jauh sekali daripada anatomi Anwar. Tetapi kalau rambut putih sah mesti….. Inilah gambar asal sebelum dihitamputihkan dalam video.

Oleh: ISMAILY BUNGSU

CUBA kita perhatikan gambar yang disertakan. Itulah gambar yang dikatakan Anwar beraksi sedang melakukan seks dan kalian fikirlah sendiri. Saya tidak mengatakan itu Anwar dan tidak juga mengatakan bukan Anwar, tetapi kalian bisa nilai sendiri melalui perut buncit, kulit putih dan tangan berbulu serta agak gemuk sikit.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul memberikan enam sebab mengapa beliau yakin lelaki dalam video klip yang dipertontonkan kepadanya bukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan alasan adalah seperti berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek.Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu sipelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Johari mendakwa, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang ahli perniagaan yang juga merupakan Datuk T, Datuk Eskay Shazril Abdullah bersamanya ketika beliau dipertontonkan klip berkenaan di Hotel Flamingo Ampang pada Isnin lalu.

Malaysia sekarang penuh dengan dunia fitnah yang cukup memalukan dan seperti yang saya perkatakan tidak hairan ramai orang Malaysia akan masuk neraka jahanam!

MB Selangor mahu tempoh kempen 21 hari di Sarawak

Posted: 23 Mar 2011 09:08 PM PDT

Cadangan Pakatan itu adalah lebih baik agar rakyat mampu membuat keputusan dengan lebih teliti.



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan permintaan Pakatan Rakyat agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi tempoh berkempen selama 21 hari bagi pilihan raya Sarawak adalah sesuatu yang munasabah.

Katanya, cadangan Pakatan itu adalah lebih baik agar rakyat mampu membuat keputusan dengan lebih teliti.

"Cara ini lebih baik untuk rakyat, mereka ada lebih masa untuk membuat keputusan….21 hari adalah munasabah kerana ia hanya berlaku pada empat ke lima tahun sahaja. Ia juga dapat memberi masa kepada parti untuk berkempen.

"Malaysia tidak perlu takut untuk berkempen dengan lebih lama kerana lebih lama lebih baik. Maka rakyat akan pilih wakil yang terbaik. Sama ada kerajaan atau Pakatan akan dapat lebih undi itu terpulang kepada rakyat untuk tentukan," katanya.

Pakatan membuat cadangan itu memandangkan faktor-faktor geografi serta kedudukan kawasan luas bagi pilihan raya negeri Sarawak.

Namun SPR hari ini menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula diadakan pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 10 hari.

DUN Sarawak dibubarkan Isnin lalu dan pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi manakala pembangkang tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006.

Suhakam tubuh Inkuiri Nasional kaji hak Orang Asal

Posted: 23 Mar 2011 09:06 PM PDT

Inkuiri ini khusus bagi mengkaji isu berkaitan mencabul, menafi dan menghadkan hak tanah Orang Asal.



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menubuhkan Inkuiri Nasional bagi mengkaji hak tanah adat Orang Asal di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya akan memulakanb inkuiri itu khusus bagi mengkaji isu berkaitan mencabul, menafi dan menghadkan hak tanah Orang Asal.

Perkara itu termasuk mengkaji hak tanah Orang Asal berdasarkan perlembagaan, undang-undang, pentadbiran dan politik.

"Artikel 8(5)(c) Perlembagaan Persekutuan menyebut kerajaan Persekutuan boleh menggubal undang-undang yang memberi perlindungan, kesejahteraan dan kemajuan Orang Asli (termasuk peruntukan tanah).

"Ini bermakna kerajaan negeri dan persekutuan perlu faham mereka bertanggungjawab terhadap kewajipan "fiduciary" kepada Orang Asal,terutama berkaitan tanah adat mereka.

"Fudiciary" bermaksud individu, pertubuhan atau persatuan yang memegang aset bagi pihak lain. Pada kebiasaannya, memiliki authoriti dari segi undang-undang.

"Saya ingin tekankan amat penting supaya pihak kerajaan, individu, syarikat dan pihak-pihak lain mengiktiraf dan menghormati kawasan, tanah adat serta kawasan yang diusahakan mereka agar tidak dicerobohi, dirampas dan diambil sewenangnya tanpa berunding dengan Orang Asal," katanya.

Hasmy berkata demikian di hadapan kira-kira 80 wakil Orang Asal seluruh Semenanjung ketika merasmikan Bengkel Sistem Perundangan Orang Asli di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hak Orang Asal Suhakan Jannie Lasimbang berkata, sekumpulan panel yang akan dipengerusikan Hasmy serta sokongan lima badan penasihat bebas akan ditubuhkan tidak lama lagi.

"Inkuiri itu akan mengambil masa sehingga tahun 2012 sebelum satu laporan disiapkan dan dibentangkan untuk tindakan susulan," katanya kepada FMT.

Syor kaji semula undang-undang tanah

Melalui hasil kajian itu nanti, pihaknya akan mengesyorkan kepada kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk mengkaji semula undang-undang tanah dan polisi agar hak dan masalah yang dihadapi Orang Asal dipatuhi.

Namun begitu, Hasmy mengingatkan masyarakat Orang Asal supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap usaha Suhakam melalui inkuiri itu.

"Walaupun sudah selesai (inkuiri) itu nanti, tak semestinya dapat selesaikan semua masalah.

"Sebagai pengantara, kami akan sediakan laporan yang seimbang dan akan syorkan perkara yang tertentu kepada kerajaan," katanya ketika sesi rumusan bengkel.

Selain itu, beliau berkata masyarakat Orang Asal juga perlu berani menyuarakan hak mereka kepada wakil rakyat yang dipilih masing-masing.

"Selepas laporan (inkuiri) dibuat tetapi tak banyak tindakan dibuat, mesti suarakan apa yang tidak puas hati kepada wakil rakyat.

"Jangan nanti hanya berdiam diri dan salahkan Suhakam," katanya.

Sementara itu, wakil Orang Asal dari Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, Perak, Tijah Yok Chopi, 43 berkata pengambilan tanah sering berlaku di kawasan penempatannya.

Kawasan penempatan termasuk hutan komuniti milik mereka diambil untuk dijadikan ladang getah, ladang ternakan dan kawasan perlombongan kuari.

Menurutnya, kawasan perkampungan yang didiami 164 keluarga itu juga kini berhadapan dengan krisis air sejak dicerobohi oleh 'orang luar'.

"Tok Batin (pemimpin) kami semasa dahulu sangat takut dan menghormati orang luar sehingga membiarkan sahaja mereka mengambil tanah adat kami.

"Sekarang ini kami generasi baru tidak akan berdiam diri malah akan terus berjuang mempertahankan tanah yang kami warisi sejak dulu lagi.

"Saya juga berterima kasih dan berharap dengan inkuiri yang dijalankan Suhakam itu nanti akan menjadi langkah pertama bagi semua jalan penyelesaian yang kami hadapi," katanya.

PRN Sarawak : Tempoh Singkat Halang Rakyat Dapat Maklumat Terperinci

Posted: 23 Mar 2011 09:03 PM PDT

Ditulis oleh nurul fahimah abdul malik


SHAH ALAM : Tempoh berkempen yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama 10 hari bagi pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan pada April depan adalah suatu tempoh yang singkat kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, tempoh terhad itu akan menjadi kekangan kepada rakyat Sarawak untuk mendapat akses kepada maklumat yang lebih terperinci dalam membuat pilihan calon yang bertanding di tempat masing-masing.

Ujarnya lagi, adalah lebih baik sekiranya SPR memberikan tempoh seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat kerana ia akan memberikan ruang yang secukupnya kepada semua parti yang bertanding untuk berkempen.

"Kita masih berpendapat lebih lama tempoh berkempen adalah lebih baik untuk rakyat, saya rasa cara yang dibuat oleh SPR tidak mengambil kira bahawa rakyat mesti diberitahu seluas-luasnya sebelum membuat keputusan.

"Oleh itu 21 hari adalah satu masa yang munasabah kerana dia (pilihanraya) hanya berlaku tiap-tiap 4 tahun sekali, jadi ada baiknya untuk kita beri masa untuk berkempen supaya semua rakyat dapat mengetahui dan buat pilihan,"kata Khalid.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Tingkat 20, Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini hari ini.

Menurut Khalid, tempoh 21 hari yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini adalah had masa biasa yang digunakan di negara luar dan ia tidak akan
mendatangkan masalah jika diaplikasikan di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tempoh 10 hari yang diberikan memadai untuk berkempen kerana persiapan
rapi sudah dibuat oleh jentera parti.

" Oleh kerana kita sudah bersedia dari mula-mula lagi. Jadi bagi saya, 10 hari atau 7 hari, saya tidak kisah. Yang penting, adalah persediaan itu kita mula
dari dulu lagi.

SPR hari ini menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April (Sabtu), manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April (Rabu).

DUN Sarawak dibubarkan pada Isnin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang dipimpin selama 30 tahun oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

KASE Desak Kerajaan Tarik Semula Tindakan Senarai Hitam Kenderaan

Posted: 23 Mar 2011 09:01 PM PDT

tvs news

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menggesa kerajaan menarik balik tindakan menyenarai hitam pemilik kenderaan serta mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor berikutan kegagalan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di Parlimen semalam berkata, tindakan kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' bukan sahaja menyusahkan malah rakyat turut terbeban dengan kesukaran untuk membuat bayaran tersebut.

Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?

"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," katanya.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.

"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.

Sementara itu, Mahfuz berkata KASE kini dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.

Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.

"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.

"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.

Sehubungan itu, KASE meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.

Segala maklumat boleh disalurkan melalui email KASE di kempenantisamanekor@gmail.com atau terus di laman Facebook dengan memberikan maklumat lengkap pemilik kenderaan iaitu nama penuh,alamat, nombor plet kenderaan, tarikh tamat cukai jalan, tarikh dihalang perbaharui cukai jalan, lokasi cawang JPJ yang menghalang perbaharui cukai jalan, nombor telefon serta emel yang sah.

Bila Rahim Thamby Chik Tidak Dapat Sembunyikan Dendamnya Pada Anwar

Posted: 23 Mar 2011 08:52 PM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna


KOMENTAR : Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' kata beliau.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Datuk Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu "membabitkan polis".

Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay.

Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim.

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik.

Pulau Pinang akan saman kerajaan BN

Posted: 23 Mar 2011 08:50 PM PDT

Harakahdaily

GEORGETOWN: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, akan memfaikan saman terhadap kerajaan negeri BN sebelum ini kerana mengakibatkan kerugian RM30 juta dalam skandal tanah Pulau Jerejak.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort (TIR) untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan.

Kerajaan negeri pimpinan Dr Koh Tsu Koon sebelum ini didakwa menyerahkan tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan TIR yang mengakibatkan kerugian kepada rakyat.

"Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan.

"Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM10.6 juta," katanya.

Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri.

TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus.

Syarikat itu juga diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan.

Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004.

Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta.

Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum memperoleh sebarang keuntungan.

Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno BN sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan.

Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang.

SPM 2010: Maahad Muhammadi (L) lulus 100%

Posted: 23 Mar 2011 08:47 PM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Lelaki mencapai kelulusan seratus peratus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010, manakala Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam diumumkan Pelajar Cemerlang SPM 2010 keseluruhan sekolah itu dan keseluruhan pelajar SPM 2010 bagi sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Nik Muhammad Farhan memperolehi 11 A+ bagi kesemua mata pelajaran SPM yang diambil.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika membuat pengumuman itu semalam, berkata daripada seramai 270 pelajar Maahad Muhammadi Lelaki yang menduduki peperiksaan SPM 2010 telah mencapai kelulusan seratus peratus.

"Daripada 270 calon yang menduduki peperiksaan SPM 2010 itu, satu orang memperolehi 12 A, sembilan orang 9 A, 14 orang 10 A, enam orang 9 A, enam orang 8 A dan 27 orang mendapat 7 A.

"Daripada jumlah pelajar tersebut, 10 orang diisytihar sebagai Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi Maahad Muhammadi Lelaki.

"Sementara Pelajar Cemerlang dan Terbaik bagi keseluruhan pelajar Maahad Muhammadi Lelaki dan keseluruhan pelajar negeri Kelantan sekolah di bawah YIK ialah Nik Muhammad Farhan Hakim Nik Badrul Alam, yang memperolehi 11 A+ bagi kesemua 11 mata pelajaran yang diambilnya," katanya.

Beliau membuat mengumumkan itu pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 di Maahad Muhammadi Lelaki, Jalan Pengkalan Chepa dekat sini.

Berdasarkan analisis segera persijilan terbuka Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 selepas keputusan diumumkan, dari segi pencapaian "A" seramai 40 orang pelajar telah memperolehi 11 A di seluruh sekolah di bawah YIK.

Sementara seramai 51 orang memperolehi 10A, 76 orang 9A, 91 orang 8A dan 158 orang 7A.

Menurutnya, pada 2010 dilihat peningkatan agak tinggi dalam pencapaian bagi sekolah YIK di seluruh negeri.

"Pada 2009, pencapaian keseluruhan pelajar SPM sekolah-sekolah YIK ialah 95.91 peratus.

"Sementara pada 2010, menunjukkan peningkatan iaitu peratus pencapaiannya sebanyak 96.89. Menunjukkan kenaikan geraf pencpaian berlaku pada setiap tahun bagi semua peperiksaan sekolah di bawah YIK," katanya.

Berdasarkan laporan keputusan peperiksaan SPM 2009, sebanyak 10 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai kelulusan seratus peratusan.

"Alhamdulillah, pada 2010, sebanyak 17 buah sekolah di bawah YIK telah mencapai keputusan seratus peratus dalam peperiksaan SPM, meningkat daripada 10 buah sekolah kepada 17 buah. Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang membanggakan," katanya.

Turut diumumkan Pelajar Cemerlang tempat kedua iaitu Muhammad Aslam Ismail 12 A (10 A+, 1 A dan 1 A-).

Ketiga, Hilmi Hisham Marzuki (10 A+ dan 1 A-), ke empat Nik Muhammad Aiman Nik Kamil Amirah (8 A+ dan 3 A), dan kelima Ahmad Adib Mukhtar (8 A+ dan 3 A+, 2 A, 1 A-).

Turut hadir Pengetua Maahad Muhammadi Lelaki Ustaz Azhar Salleh.

Sundal jadi modal politik murahan Umno BN

Posted: 23 Mar 2011 08:44 PM PDT

Fakhri Ali

PERMATANG PAUH: Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya tidak menjadikan persundalan sebagai modal politik murahan mereka, semata-mata untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat (PR) khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Amir Md Ghazali mendesak pihak polis supaya menjalankan siasatan secara telus dengan mengheret mereka yang terlibat dalam isu video seks yang didakwa oleh Datuk 'T' ke muka pengadilan.

"Jika pihak polis boleh membuat serbuan terhadap premis yang menyimpan atau menayangkan video lucah, kenapa pula dalam isu ini, Datuk 'T' diizinkan untuk menayangkan video lucah, menyimpan dan menjemput media untuk menyaksikannya.

"Apakah undang-undang dalam negara ini tidak sama kedudukannya kepada golongan yang berbeza. Jika untuk kepentingan politik BN maka ia diharuskan. Jika melibatkan PR maka ia akan dikekang sejak awal lagi," ujarnya dalam kenyataan media yang diedarkan pagi tadi.

Amir yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Permatang Pauh, turut mendesak pihak polis supaya membuktikan keadilan yang diwar-warkan selama ini dalam melaksanakan tugas dan profesion mereka dengan membawa Datuk 'T' ke muka pengadilan kerana menyimpan dan menayangkan kepada umum video lucah yang tidak dibenarkan oleh undang-undang.

Manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man, ketika ditemui malam tadi, turut mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan drastik yang segera bagi mengelakkan imej polis tercemar.

"Buktikan kepada masyarakat bahawa polis tidak amalkan 'double standand'. Tidak kira sama ada pelakunya adalah di kalangan orang BN atau PR. Undang-undang negara mesti dihormati.

"Jika tindakan dan serbuan kerap dilakukan ke atas mereka yang memiliki video lucah, kenapa orang yang mendakw dirinya sebagai Datuk 'T' ini dibiarkan menentang undang-undang yang begitu ketara kesalahannya," katanya lagi.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, turut mendesak pihak polis supaya mengambil tindakan segera setelah menerima aduan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai video lucah tersebut.

Tambahnya lagi, rakyat sedar ini merupakan salah satu lagi konspirasi yang cuba memburukkan imej kepimpinan PR menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Namun begitu, cara ini adalah paling jahat dan melampau.

"Sepatutnya pemimpin negara yang ada seperti BN jangan terlalu melampaui batas. Apakah pemimpin negara ini tidak pernah merasa malu kerana isu yang dibawa sejak sekian lama untuk menjatuhkan musuh politik hanyalah dengan isu persundalan sahaja," ujarnya lagi.

Reman trio 'Datuk T' bantu siasatan

Posted: 23 Mar 2011 08:43 PM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: PAS mahu polis segera bertindak ekoran pengakuan terbuka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan dua lagi rakannya bahawa mereka terlibat dalam pendedahan video seks kelmarin.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pengakuan itu sudah cukup untuk pihak polis mereman mereka untuk melakukan siasatan.

"Pengakuan itu sudah cukup untuk polis menahan mereka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Rahim yang juga bekas Ketua Menteri Melaka hari ini mendedahkan beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Perkasa adalah trio yang sebelum ini digelar 'Datuk T'.

Pendedahan itu dibuat dalam satu sidang media, sebelum tempoh 24 jam sidang akhbar Pakatan Rakyat yang mendakwa beliau dan Eskey terlibat dalam pendedahan video itu.

Dengan pengakuan itu juga, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, tidak menolak kemungkinan video itu dirancang oleh mereka untuk memfitnah ketua pembangkang.

"Ada kemungkinan mereka sendiri merancang membuat video fitnah itu.

"Polis kena segera tangkap mereka. Hanya tindakan itu boleh membersihkan imej polis yang sekarang ini didakwa terlibat dalam video ini," tambahnya.

Isnin lalu, satu video seks mengenai seorang lelaki yang mirip ketua umum PKR, Datuk Anwar Ibrahim, didakwa dipertontonkan kepada wartawan dan editor akhbar media perdana dan media alternatif di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur.

Isu itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila turut dicampur tangan pemimpin tertinggi Umno BN.

Anwar juga semalam membuat laporan polis dan menafikan penglibatan beliau dalam video itu.

P'raya Sarawak: Pastikan jentera Pemuda PAS lancar

Posted: 23 Mar 2011 08:41 PM PDT

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR: Jentera pemuda PAS diseru agar bersiap sedia dari semua segi untuk berhadapan dengan BN pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata, jentera pemuda juga harus bersedia dari sudut kewangan untuk memastikan gerak kerja pilihan raya berjalan lancar.

"Petugas PAS sila pastikan pergi dalam keadaan bersedia untuk bertugas daripada awal April sehingga 16 April.

"Saya minta jentera pemuda buat tempahan tiket dari sekarang untuk terus pergi ke tempat PAS bertanding.

"Saya harap pemuda bersiap sedia dari sudut kewangan dan masa untuk ke Sarawak," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Jerai itu turut menyanggah tohmahan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat di Sarawak hanyalah sebagai pengacau.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan berada di Sarawak dengan misi yang jelas iaitu untuk menyelamatkan rakyat Sarawak daripada terus dizalimi BN.

"Yang pasti kita pergi sebagai anggota parti yang sah, nak menyebarkan perkara-perkara yang betul dan selamatkan bumi Sarawak daripada dizalimi BN

"Harap masyarakat Sarawak boleh terima kita, tidak seperti yang diandaikan Timbalan Perdana Meteri.

Beliau sebaliknya berkata, Muhyiddin sebenarnya takut rakyat Sarawak didedahkan dengan pelbagai isu melibatkan kezaliman BN.

"Beliau terlalu takut dengan isu yang kita akan bawa untuk selamatkan bumi Sarawak," katanya.

Tuan Ibrahim tiada hasrat tanding Timbalan Presiden

Posted: 23 Mar 2011 08:40 PM PDT

Harakahdaily

TEMERLOH: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa beliau tidak berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS yang bakal diadakan pada Jun ini.

Bagaimanapun beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS sekiranya ada pecalonan.

"Saya sudah memikirkan perkara ini semasak-masaknya dan melihat ramai pimpinan parti yang berwibawa, maka saya tidak berhasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden sekiranya ada pecalonan," ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily hari ini.

Dengan keputusan ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berharap mesyuarat agung PAS kawasan-kawasan akan mencalonkan orang lain yang lebih berwibawa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi menjadikan parti lebih berwibawa dan memantapkan keyakinan rakyat terhadap parti.

"PAS perlu bangkit sebagai parti berwibawa dalam persaingan keyakinan rakyat dan masa depan yang hebat," ujarnya.

Khalid: Akaun Yayasan Selangor 'mantap'

Posted: 23 Mar 2011 05:27 PM PDT

Salhan K Ahmad

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini tampil membuat penjelasan mengenai akaun Yayasan Selangor yang dilaporkan mengalami defisit sehingga RM7.41 juta pada tahun lalu.

Khalid berkata, akaun yayasan itu berada dalam keadaan "mantap" dengan jumlah harta melebihi RM300 juta, selain lebihan dalam akaun sebanyak RM100 juta dan deposit tunai melebihi RM50 juta.

"Kalau orang kata yayasan akan bankrap, agak lama sedikit, sekurang-kurangnya 90 tahun lagi (sebelum bankrap).

"Ada sesetengah (orang) dia tak biasa mengira, dia tak pakai mesin kira, dia kira satu tahun saja.

"Saya tengok (ada) blogger takut Yayasan Selangor akan bankrap. Saya harap Yayasan Selangor akan hidup lebih lama daripada blogger ini," katanya lagi secara berseloroh.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan isu berkenaan hari ini.

NONEJelasnya, defisit atau lebihan ke atas akaun berkenaan bukanlah perkara aneh dan ia tidak boleh dilihat untuk satu-satu masa sahaja.

Katanya, yayasan itu mencatat defisit sebanyak RM10 juta pada 2005, RM8.1 juta pada 2006 dan juga RM3.9 juta pada 2010.

Namun, yayasan itu juga mencatat lebihan sebanyak RM40.13 juta pada 2007, RM128 juta pada 2008, dan juga RM25.7 juta pada 2009.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa yayasan itu telahpun mengeluarkan penyata akaun sebelum tahun 2008.

Khalid menyifatkan pihak yang membuat dakwaan itu "tidak tahu proses dan peraturan mengeluarkan penyata kewangan bagi sebuah organisasi."

Jelasnya, yayasan itu tidak pernah mengeluarkan laporan kewangan yang disahkan sejak 2004.

Katanya, yayasan itu hanya diarahkan untuk menyediakan laporan kewangan selepas 2008 – bagi laporan kewangan untuk tahun-tahun yang tidak pernah dilaporkan selepas itu.

Khalid juga berkata, laporan untuk tahun 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009 hanya dikeluarkan pada tahun lalu.

Tambahnya, yayasan itu juga tidak pernah mengadakan mesyuarat agung tahunan untuk meluluskan penyata kewangan berkenaan.

"Semua ini boleh disemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia," katanya lagi.

Tamparan kepada Anwar, tiga barangan diterima

Posted: 23 Mar 2011 05:24 PM PDT

Hafiz Yatim

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengubah keputusan bicara dalam bicara sebelum ini untuk membenarkan berus gigi, tuala dan botol air yang diperoleh dari lokap tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan, dikemukakan sebagai bukti.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwa untuk memaksa Anwar menyerahka sampel DNAnya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga berkata tangkapan ke atas Anwar oleh pengawai penyiasat DSP Jude Blacious Pereira adalah sah dan sehubungan itu, barangan berkenaan perlu diterima.

"Selepas mempertimbangkan bukti dengan kenyataan dari IO (pegawai penyiasat) dan pegawai yang menangkap (Supt Ahmad Taufik Abdullah) saya memutuskan bahawa tangkapan itu adalah sah."

"Dengan itu, barangan yang diperolehi dari sel - (botol air minuman, berus gigi dan tuala) boleh diterima sebagai bukti," katanya.

Berikutan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata beliau akan meminta dua saksi pendakwa tampil sekali lagi bagi mengemukakan barangan tersebut untuk dijadikan bukti.

Walaupun Yusof tidak menamakan mereka, namun dipercayai mereka adalah ahli kimia, Nor Aidora Sameon dan Supt Amidon Anan yang sebelum ini pernah memberikan keterangan.

Dalam keputusannya, hakim Zabidin bagaimanapun menolak permohonan pendakwaan bagi memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya.

NONE"Bolehkah mahkamah ditangguhkan hingga esok?" Yusof kemudiannya bertanya.

Hakim Zabin kemudian mengajukan soalan itu kepada Karpal yang berkata beliau tidak ada bantahan.

Beliau kemudiannya menangguhkan perbicaraan sehingga jam 9 pagi esok bagi membolehkan semua pihak membuat persiapan.

Sebelum ini pihak pendakwaan membuat dua permohonan - permohonan pertama bagi semakan semula keputusan perbicaran dalam perbicaraan yang menolak tiga barangan sebagai bahan bukti dan yang kedua bagi mengarahkan ketua pembangkang itu memberikan sampel DNAnya.

azlanPermohonan bagi memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA dikatakan sesuatu yang 'bukan lazim' dan belum pernah dilakukan dalam sejarah Malaysia, negara-negara Komanwel dan juga dunia, kata peguambela utama, Karpal Singh

Yusof pula telah berhujah bahawa sampel DNA Anwar adalah penting dan relevan bagi menentukan sama ada ia sepadan dengan DNA yang diambil dari sperma yang dijumpai di dubur pengadu kes berkenaan,Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Tidak pernah ada permohonan seumpama ini sebelum ini tetapi tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan... atau tidak Seksyen 165, Akta Keterangan tidak mempunyai makna. Kita mempunyai bukti tetapi atas sebab teknikal ia tidak dapat diterima (oleh hakim)," hujahnya minggu lalu.

Hakim Zabidin sebelum ini telah memutuskan bahawa sampel DNA dari tiga barangan - sehelai tuala, botol air minuman dan berus gigi - tidak boleh diterima kerana ia diperolehi dengan cara yang tidak sah.

Keputusan hari ini dikatakan sebagai satu tamparan kepada Anwar.

Ketua pembangkang itu daripada kandangnya berkata terdapat tekanan politik yang hebat bagi memaksa hakim menukar keputusannya sebelum ini.

Tiada ulasan: