Ahad, 20 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Anggota Majlis Fatwa Perlis: Nikah di Masjid Menyimpang daripada Amalan Rasulullah. Eh, Benarkah Begitu?

Posted: 20 Mar 2011 07:00 AM PDT


Saya petik:

[Bernama] KANGAR, 20 Mac — Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.

Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.

Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin. 

P/s: Isu ini akan hangat. Pasti ada orang yang berilmu akan memberikan komen tentang hal ini.

Saya tidak pasti akan kebenaran dakwaan anggota Majlis Fatwa Perlis ini. Saya cuma rasa pelik! Beliau mendakwa Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

Setahu saya masjid pada zaman Rasulullah dan para sahabat digunakan untuk pelbagai perkara. Selain tempat beribadat, masjid dijadikan tempat perjumpaan masyarakat, baitumal, pusat pentadbiran, pusat pendidikan dan pengembangan ilmu, pusat kesusasteraan dan pusat kegiatan sosial termasuklah perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.


Gambar Separuh Berahi Artis: Minta Ampun Pada Tuhan BUKAN Pada Manusia, Dik!

Posted: 20 Mar 2011 05:45 AM PDT


Pelakon Miera Leyana memohon maaf kepada semua pihak atas kesilapannya mengenakan pakaian seksi sehingga menampakkan sedikit sisi payu daranya, lapor Mstar.

Katanya, dia tergesa-gesa memilih pakaian rekaan Wan Huzairil tersebut pada pagi Jumaat lalu untuk menghadiri majlis makan malam anjuran Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, di sini, pada hari yang sama.

"Saya memohon maaf kepada yang tidak menyenangi apabila melihat saya berpakaian seperti ini. Saya tidak sempat mencuba terlebih dahulu pakaian ini kerana baru mendapatnya daripada pereka fesyen pada pagi tadi.

"Saya sendiri yang memilih pakaian ini kerana nampak sangat cantik dan lain dari lain. Tak sangka pula apabila pakai, jadi seperti ini.

"Kalau saya pakai tiub, nampak tak cantik pula sebab pakaian ini terdedah di belakang." 

"Saya bersedia menerima teguran orang ramai dengan terbuka tentang pakaian saya ini dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama."

Baguslah. Cuma, buat apa minta maaf pada manusia? Adakah saya dan orang ramai yang lain boleh mengampunkan dosa dia?

Sebelum ini, apabila ditanya sebab memilih pakaian yang mendedahkan sebahagian payu daranya, dia menjawab, "Nampak sikit je. Pilih baju ni sebab nak nampak kelainan."

Minta ampun pada Tuhan, dik!

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[WAJIB BACA] Ulang Siar: Pemalsuan dan Penipuan Bukti DNA Anwar Ibrahim dalam Drama Liwat I

Posted: 20 Mar 2011 05:00 AM PDT


Kiriman ulang siar ini khas untuk bacaan penyangak DNA Anwar Ibrahim termasuklah Zul Nordin, Zaid Ibrahim, Perkasa, Gaps, segala macam NGO mi segera, jurublog UMCO, dan manusia-manusia yang seangkatan dengan mereka.
Saya petik:


Kepada;
Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,
Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara,
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.

YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.

3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu.

3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.
"Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."

5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.
6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.
6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.
YBhg.Datuk,

7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.
7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini.

9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,
(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

P/s: Ada sesiapa yang mahu  mendakwa bekas pegawai kanan polis ini menipu? Kalau beliau menipu laporkanlah kepada pihak polis! Bagi yang celik hati, anda tahu sebab mereka mahukan sampel DNA baru. Jika setakat mahu membuat padanan, mengapa tidak rujuk rekod lama?

Kalau BERKEMBAN Pusing Macam Mana Pun BERKEMBAN Juga

Posted: 19 Mar 2011 08:30 PM PDT


Hari ini ada tersiar berita fasal gambar berkemban di atas. Sebelum itu, kita soroti asal usul cerita gambar berkemban ini.

Gambar di atas memaparkan antara peserta Pertandingan Pencarian Puteri Melayu 2011 yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru pada awal Mac lalu. Pertandingan itu mencetuskan kontroversi apabila lima finalis didakwa tergamak beraksi seksi di atas pentas.

Pertandingan itu dianjurkan untuk memilih seorang gadis Melayu bagi memegang watak heroin dalam filem Jebat yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun depan. Filem yang didakwa menelan kos sebanyak RM5.5 juta itu mencari watak Dang Wangi yang memiliki rupa paras klasik persis primadona Melayu, Latifah Omar.

Namun gara-gara aksi terlampau hingga sanggup berkemban, orang ramai yang hadir terkejut dan kesal apatah lagi semua finalis itu adalah gadis Melayu yang beragama Islam. Menurut laporan Pancaindera, ada pemanggil mempersoal sebab pihak penganjur sanggup menggadaikan maruah anak gadis Melayu di pentas dengan menyuruh mereka beraksi berkemban bagi tontonan ramai. Jelas pemanggil itu, finalis pada mulanya memperagakan pakaian tradisional Melayu dengan selendang menutup dada dan bahu mereka sebelum selendang itu dijatuhkan ke atas lantai dan mereka berada dalam keadaan seperti berkemban.

Saya petik sedikit komen orang di akhbar itu:
"Kenapa sanggup bogelkan gadis Melayu sampai macam tu? Sudahlah juara Pencarian Puteri Melayu 2011 itu menjadi milik pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Tun Syed Nasir Ismail, Kampung Melayu Majidee.

"Bayangkan seorang gadis Melayu yang baru berusia 17 tahun sudah didedahkan dengan aksi sedemikian. Padahal dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada penghujung tahun ini."
Jufry dan pemenang pertandingan serta ibunya. Wow, ibunya bertudung!

Hari ini dalam UM, Jufry, wakil syarikat yang mahu bikin filem Jebat menolak dakwaan bahawa para peserta pertandingan itu berkemban dengan sengaja dan mendakwa selendang yang dipakai peserta terjatuh. Anda baca wawancaranya:

Bukan salah kami - Jufry Anuarepas kecoh pasal isu berkemban, Jufry teruk kena hentam sana sini. Apa yang Jufry nak katakan?
Kami sangat kecewa kerana apa yang berlaku berkaitan aturcara pertandingan bukan urusan kami. Kami pergi sebagai juri dan ambil kesempatan untuk memilih watak utama dalam filem pertama kami, Jebat. Itu saja.

Kalau syarikat Jufry bukan penganjur pertandingan itu, siapa penganjurnya?
Penganjur adalah Bridal House. Kami hanya penaja utama sahaja. Kehadiran kami sekadar mempopularkan pertandingan itu kerana kami menyediakan hadiah dan watak utama dalam filem kepada pemenang. Kami sebenarnya kalau boleh tak nak panjangkan isu ini, kerana kalau bercakap banyak takut orang tak percaya.

Tapi betulkah memang finalis sengaja disuruh berkemban atas pentas waktu pertandingan akhir itu?
Finalis tak berkemban. Mereka memakai alas selendang songket yang menutup bahagian dada dan bahu. Tapi secara tak sengaja, ada ketika alas tu terjatuh sikit ketika beraksi. Itu yang nampak berkemban dan jadi isu. Yang saya pelik, waktu finalis pakai baju tradisional yang menutup aurat dan bersopan, orang tak bercakap pula.

Jadi, memang tak ada syarat yang ditetapkan kepada finalis kena berkemban?
Kami tak tahu apa-apa pasal pakaian yang disediakan. Malah kami pun tak hadiri rehearsal untuk majlis akhir tu. Kami ada bukti yang finalis tak berkemban dan kami boleh tunjukkan rakaman video pertandingan itu.
Soalan ini yang mengkantoikan tukang jawab:
Macam pula dengan gambar ramai-ramai finalis selepas pertandingan berakhir? Semua finalis macam berkemban saja?
Waktu tu sudah pukul 11 malam lebih. Penghawa dingin di Plaza Angsana dah tutup. Jadi keadaan menjadi panas. Itu sebablah alas selendang songket di bahu finalis entah ke mana. Lagi pun ada finalis kena sesuaikan dengan selempang juara yang disarungkan. Perkara itu mungkin tak sengaja.

 Cakap lebih-lebih, tulis panjang-panjang, kalau sudah berkemban pusing macam mana pun BERKEMBAN juga! Yang jelas kelima-lima finalis bergambar dalam keadaan berkemban, malah lebih pelik apabila selendang kelima-lima finalis didakwa "terjatuh". Apa yang didakwa pula tidak selari pula dengan jawapan wakil syarikat filem, Jufry. Perhatikan wawancara di atas, bahagian yang dihitamkan teksnya,  jelas menunjukkan bahawa wakil syarikat filem seperti mencari alasan untuk mewajarkan tindakan berkemban itu. Penghawa dingin tutup? Panas? Api neraka lagi panas bro!

Saya mengutuk tindakan pihak penganjur termasuk syarikat filem ini kerana menganjurkan pertandingan yang mendedahkan aurat remaja perempuan dengan sedemikian rupa atas alasan untuk mencari bakat baharu dan sebagainya. Lebih malang, pemenang pertandingan itu berusia 17 tahun, masih di bawah umur, masih bersekolah dibiarkan menunjukkan tubuh badannya di khalayak ramai. Saya juga bersimpati dengan nasib mereka kerana ibu bapa yang sepatutnya menjaga maruah anak gadis seolah-olah merestui apa-apa yang berlaku.

 Malang!
 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


Mahiaddin Kata Pakatan Rakyat "Hantu dan Jembalang". BN Kita Mahu Gelar Apa?

Posted: 19 Mar 2011 06:45 PM PDT



TPM Mahiaddin berfatwa lagi. Kali ini berdasarkan laporan Bernama, TPM menggesa penduduk Sarawak menolak "hantu dan jembalang" yang datang dalam jumlah yang besar dari Semenanjung  ketika pilihan raya negeri akan datang.

Menurut Mahiaddin, golongan ini (pemimpin PR) boleh menggugat keharmonian dan perpaduan kaum sedia ada, yang menjadi asas terpenting kepada kestabilan politik.

"Kestabilan politik inilah yang kita perlukan untuk negeri ini, malah di seluruh negara, untuk terus maju dan berkembang. Kita kini dalam kalangan negeri maju terbaik di dunia," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di rumah panjang Iban 29 pintu, Rh.Wilson Bada di kampung Gran B Stumbin, Lingga, kira-kira 20 kilometer dari sini, semalam.

Kita tanya Mahiaddin, apa yang membuatkan dia berfikir PR boleh menggugat perpaduan dan kestabilan politik? Setahu saya PR hanya menggugat perpaduan dan kestabilan politik BN sahaja! Malaysia antara negara termaju? Baik punya kelentong!
Tambah Mahiaddin,  "hantu dan jembalang" itu akan berbuat apa-apa sahaja untuk memperdayakan rakyat supaya menyokong pembangkang. Wow!

"Kami bimbang jika rakyat membenarkan diri mereka diperdayakan, tahap pembangunan akan menjadi perlahan. Pakatan Rakyat bukan pakatan sebenar. Mereka hanya pakatan longgar yang tiada program atau rancangan sebenar untuk membantu. Yang mereka ada hanya retorik dan janji," katanya.

Selain menyamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai 'Parti Kian Runtuh', Mahiaddin dalam laporan berita itu mendakwa DAP dan Pas mempunyai ideologi berbeza dan bercanggah. Sebaliknya, BN dengan 13 rakan politik yang berlainan mempunyai ideologi tunggal untuk berkongsi kuasa bagi membantu dan berkhidmat kepada rakyat. 

Kah, kah, kah. BN bersatu padu? Orang sahaja tidak tahu bagaimana UMCO diperkudakan oleh MIC dan MCA. Bagaimana UMCO memanipulasi parti komponen yang lain. Orang pura-pura tidak tahu bagaimana UMCO hilang taring kepada Gerakan di Pulau Pinang. Banyak lagi, malas mahu taip panjang-panjang!

Kalau pemimpin PR itu digelarnya "hantu dan jembalang", maka apa yang patut kita gelar kepada pemimpin BN? Wajarkah kita gelar mereka "PENYAMUN & PEROMPAK"? Mungkin misteri kehilangan RM54 bilion saham bumiputera, pelbagai macam dana awam, aliran keluar RM888 bilion wang ke luar negara, penyalahgunaan kuasa untuk mengebas duit rakyat melalui pembayaran komisen pembelian peralatan tentera, dan sebagainya sudah mewajarkan mereka bergelar demikian. Setuju?

Ada hati gelar orang "hantu dan jembalang"! Jangan biarkan "penyamun dan perompak" terus berkuasa!
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

 

Dirompak, Diculik, Ditumbuk

Posted: 19 Mar 2011 05:41 PM PDT


Saya petik:
[HM] JOHOR BAHRU: "Saya hanya ingat mati apabila diculik. Penculik itu bukan saja menutup mata saya tetapi turut mencekik leher, menumbuk muka bertubi-tubi dan mengikat tangan selepas saya dihumban ke tempat duduk belakang kereta keluarga," kata mangsa culik, Yuen Mei Kien, 49, semalam.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu terpaksa menempuhi detik mencemaskan apabila diculik kumpulan penjenayah hampir dua hari, termasuk dirompak dan dikurung di sebuah rumah, sebelum dibebaskan awal pagi semalam.

Yuen berkata, kejadian berlaku jam 6 pagi Khamis lalu ketika dia meletakkan kereta berhampiran sebuah restoran makanan segera di Taman Bukit Indah, di sini, kerana mahu menaiki kenderaan rakan untuk menuju ke tempat kerja di Singapura.

Yuen yang bekerja sebagai ketua pentadbir di sebuah syarikat swasta di negara republik itu berkata, ketika turun dari kereta, tiba-tiba dua lelaki menghampirinya dan merampas kunci kereta sebelum dia dihumban ke kereta milik keluarganya.

"Lebih kuat saya meronta, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bertindak lebih ganas dan mencekik saya hingga saya terpaksa akur dengan arahan mereka demi menyelamatkan nyawa.

"Setiap kali bertanya termasuk nombor pin kad mesin juruwang automatik (ATM), mereka menumbuk muka saya, mengakibatkan hampir keseluruhan wajah menjadi lebam, terutama di mata.

"Kemudian mereka mengurung saya di dalam kereta hampir 10 jam sementara mengeluarkan wang saya bernilai RM10,000 daripada ATM," katanya.

Yuen berkata, sepanjang perjalanan dalam kereta, dia mendengar kumpulan penjenayah berkomunikasi dalam Bahasa Tamil sebelum dia dikurung di bilik gelap di sebuah rumah bagi mengelakkannya melarikan diri.
Bagaimanapun kira-kira jam 2.30 pagi semalam, penjenayah menghantarnya ke Jalan 1/3, Taman Bukit Indah, di sini, menggunakan kereta sebelum menghilangkan diri.

"Keadaan saya lebih buruk daripada banduan penjara. Saya bukan saja kelaparan kerana tidak diberikan makan minum hampir dua hari, malah cedera hampir seluruh badan.

"Melihat keadaan saya yang tidak bermaya, mereka mengambil keputusan meninggalkan saya di tepi jalan biar pun pada awalnya mengugut menghumban saya ke dalam longkang," katanya yang kemudian dibantu beberapa pengguna jalan raya.

Yuen yang masih trauma dengan kejadian itu meminta bantuan orang ramai yang ada maklumat berkaitan kereta keluarga Toyota Vios dengan nombor pendaftaran JMA 8711 yang dilarikan penjenayah itu supaya menghubungi polis secepat mungkin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superitendan Abdul Aziz Ahmad mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan.

Beliau berkata, dalam kejadian itu mangsa turut kehilangan wang tunai RM500, S1,000 (mata wang Singapura), telefon bimbit dan kereta jenis Toyota Vios....-Mary Victoria Dass

 P/s: Hati-hati!

Tiada ulasan: