DIALOG RAKYAT |
- Sarawak Report ikut jejak WikiLeaks
- KM: WiFi percuma untuk semua, termasuk kawasan BN
- DAP gesa rakyat S'wak nafi BN majoriti dua pertiga
- Di mana SPR?
- PR Kepada Rakyat Sarawak :
- Peguam Anwar : Isu DNA Hanya 'Wayang Kulit'
- PRN Sarawak : SPR Mesyuarat Rabu Ini
- Najib 'Lewat' Tiga tahun Menawarkan Sampel DNAnya
- DNA : Campur Tangan Menteri Cemar Institusi Perundangan
- Libya: Serangan Barat bunuh 48, cedera 150 lagi
- Interlok: Jangan politikkan kenyataan saya, kata wakil kaum India
- Seorang maut, enam parah nahas bas di Lebuh Raya Utara-Selatan
- SPR tiada kuasa adakan referendum Kg Baru
- Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya
- P'raya: PAS gesa BN henti peralat media
- Pilihan raya Sarawak bakal berlaku kejutan
- Hadi: Tak mustahil berlaku perubahan di S'wak
- Penduduk cekup penuntut IPT
- Sukarkah melayu untuk mengundi selain UMNO?
- Umno cuba rasuah wakil rakyat PAS Selangor RM20 juta?
- Kenapa libatkan PAS Mersing? Demo sendirilah!
- Taib beli darjah kebesaran Universiti Adelaide?
- 2,000 penduduk minta pili bomba sentiasa diselanggara
- Noh Omar perlu ‘cermin diri’ dulu
- Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah adat
Sarawak Report ikut jejak WikiLeaks Posted: 20 Mar 2011 03:54 AM PDT MALAYSIA KINI Mengikuti jejak langkah lamanweb pemberi maklumat WikiLeaks - lamanweb Sarawak Report (SR) yang berpangkalan di London - mendakwa telah memuatkan pangkalan data penuh mengenai tanah negeri dan urusniaga terbaru jabatan ukur dan tanah negeri dalam lamanwebnya untuk tatapan umum. Hasilnya? Menurut SR, yang mereka temui adalah apa yang banyak disyaki - dan telah dilaporkan tetapi tidak diendahkan oleh pihak berkuasa - untuk kebanyakan tempoh 30 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mentadbir negeri itu. Ianya adalah butiran mengenai 1,094 plot tanah yang diambil dalam tahun-tahun kebelakangan ini, yang berjumlah lebih 1.5 juta hektar (15,000 km persegi) yang kini berada dalam tangan syarikat dan individu yang didakwa ada kaitan dengan keluarga Taib, dan premium dibayar atau dibilkan kepada mereka yang dikurniakan tanah tersebut. SR menunjukkan bahawa kerajaan negeri Sarawak dianggarkan telah menerima hanya RM734 juta bayaran premium daripada mereka yang bertuah mendapat hakmilik. RM734 juta itu kutipan bagi kawasan berukuran 15,000 km persegi, yang keluasannya sama besar dengan 20 kali saiz Singapura! Menurut SR lagi, jumlah hak milik tanah yang diberikan dalam tahun-tahun kebelakangan ini, seperti dikira oleh jabatan ukuran dan tanah sendiri, mencecah 1.5 juta hektar. Kebanyakannya, kata lamanweb itu lagi, membabitkan pengambilan tanah adat, yang telah membabitkan lebih 200 kes pemilikan tanah yang dibawa ke mahkamah. | ||
KM: WiFi percuma untuk semua, termasuk kawasan BN Posted: 20 Mar 2011 03:51 AM PDT MALAYSIA KINI Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membidas agensi berita nasional Bernama dan akhbar harian bahasa Inggeris, New Straits Times kerana melaporkan kerajaan negeri tidak memasukkan kawasan pilihan raya BN untuk mendapatkan perkhidmatan jalur lebar Wifi secara percuma. Lim (kiri), yang juga setiausaha agung DAP, turut mengecam pemimpin BN atas 'taktik tidak jujur' mereka menggunakan kawalan mereka atas media untuk melakukan penipuan. Lim berkata, kerajaan negeri tidak terperanjat bila akhbar seperti New Straits Times berterusan menyerang kerajaan negeri bagi sesuatu yang ia tidak dilakukannya, tetapi sebenarnya cuba membetulkannya. "Tetapi bagi agensi berita nasional seperti Bernama untuk tidak menyiarkan penjelasan kerajaan negeri bahawa inisiatif WiFi bebas itu adalah untuk semua, termasuk kawasan parlimen BN, menunjukkan bahawa pilihan raya umum semakin hampir dan Bernama patut dikenali BNnama," kata Lim, dalam satu kenyataan hari ini. "Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah untuk semua penduduk Pulau Pinang, termasuk penyokong BN," jelas Lim. Beliau mengulas laporan yang memetik pengerusi Pasukan Petugas Komunikasi Pulau Pinang, Jeff Ooi sebagai didakwa berkata tiada gunanya melabur wang di Kepala Batas, Tasik Gelugor dan Nibong Tebal buat masa ini. Laporan tersebut dibidas oleh beberapa pemimpin BN yang mengkritiknya sebagai "tidak adil", malah "merbahaya dan kebudak-budakan". Ooi, yang juga ahli parlimen Jelutong dilaporkan berkata jika kerajaan negeri mempunyai sumber, ia akan menyediakan perkhidmatan percuma, tetapi inisiatif itu kini ditumpukan ke kawasan pilihan raya yang diwakili Pakatan. Beliau dilaporkan berkata, jika penduduknya mahu perkhidmatan WiFi, maka mereka hendaklah mengundi Pakatan. | ||
DAP gesa rakyat S'wak nafi BN majoriti dua pertiga Posted: 20 Mar 2011 03:49 AM PDT Regina Lee Tidak lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri, DAP negeri terus melancarkan kempennya, dengan penasihatnya, menggesa supaya menafikan BN dua pertiga majoriti. Lim Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur meminta pengundi Sarawak supaya memanfaatkan sepenuhnya peti undi - untuk "memastikan Taib meletak jawatan sebagai KM". Lim berkata, dalam tempoh beberapa jam, Taib telah menunjukkan bahawa cakap-cakapnya untuk mengundurkan diri sebagai KM begitu kabur dan hanya beliau sahaja yang menjadi penentu "kepada apa yang dimaksud". Malah, tegas Lim lagi, Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak sendiri pun tidak dapat berbuat apa-apa. Katanya, Taib sebenarnya meminta "sekeping cek kosong" untuk terus menjadi KM sehingga beliau dapat mencari penggantinya dan 'membentuk satu pasukan baru' untuk mentadbir Sarawak. Dua tugas itu, kata Lim, boleh memberi Taib keseluruhan penggal kerajaan akan datang selepas gagal selama 30 tahun yang lalu untuk menyediakan penggantinya," kata Lim adlam satu kenyataan pagi ini. Taib telah mengumumkan semalam bahawa beliau akan mengundurkan diri selepas pilihan raya negeri akan datang. Bagaimanapun, tidak pasti beberapa lama Taib bercadang untuk kekal memegang jawatannya selepas pilihan raya negeri nanti. Taib yang sudah 30 tahun menjadi ketua menteri, pernah membuat pengumuman yang serupa sebelum itu, yang terbaru pada 2006. | ||
Posted: 20 Mar 2011 03:40 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menikus berdiam diri ketika Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sibuk berkempen sebelum sidang dewan dibubarkan. Umum mengetahui sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok. Tambahan pula pilihan raya negeri Sarawak mesti diadakan dalam bulan April. Apa yang meghairankan penulis ialah Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun memulakan kempen pilihan raya Sarawak. Perkara ini telah pun disiarkan dalam media cetak dan elektronik arus perdana. Walau bagaimanapun, SPR membisu seribu bahasa. Para pemimpin Pakatan Rakyat juga turut berkempen sebagaimana yang tercatat di laman blog mikro – Twitter mereka. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim umpamanya membuat catatan ini di akaun Twitter beliau semalam. "Kini di Sarawak. Anak-anak masyarakat Penan di Sarawak masih menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah." Pada masa sama pentadbiran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud boleh menghalang pemimpin pakatan pembangkang dari mendarat di Sarawak. Ini merupakan autonomi Sarawak yang disalahgunakan oleh Taib. Sejarah menjadi saksi bagaimana segelintir pemimpin PKR dihalang dari menjejakkan kaki di Bumi Kenyalang. Jika perkara ini ditimbulkan kepada SPR, mereka akan beri alasan SPR hanya bertanggungjawab menjalankan pilihanraya bebas secara adil. Mungkin mereka lupa bahawa mereka juga dipertanggungjawabkan dengan tugas menentukan jumlah hari berkempen. Kempen sepatutnya dimulakan selepas proses penamaan calon tamat dan bukan seperti apa yang berlaku sekarang. | ||
Posted: 20 Mar 2011 03:38 AM PDT Ditulis oleh shuaib ayob SHAH ALAM : Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak esok bukanlah tarikh keramat tetapi adalah titik paling penting kepada rakyat di negeri itu untuk merubah sepenuhnya dasar kuku besi pentadbiran BN. Selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh penamaan dan pembungan undi di negeri itu. Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, tarikh yang bakal diumumkan oleh Tan Sri Taib Mahmud pada esok bukanlah tarikh keramat kepada Pakatan Rakyat namun ia titik paling penting kepada rakyat di negeri itu Sementara itu bagi Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Pusat (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, walaupun pemilihan tarikh pembubaran DUN itu di saat | ||
Peguam Anwar : Isu DNA Hanya 'Wayang Kulit' Posted: 20 Mar 2011 03:37 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Desakan beberapa badan bukan kerajaan pro Umno yang meminta Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan DNA beliau di mahkamah, dilihat sebagai satu pertunjukan 'wayang kulit' bertujuan memesongkan pemikiran masyarakat dalam kes fitnah kedua Anwar. Peguambela Anwar, Sivarasa Rasiah dalam segmen Fokus Berita Khas di Tv Selangor semalam berkata, apa yang berlaku hari ini adalah skrip yang diulang tayang ketika kes fitnah Anwar pada 1998. | ||
PRN Sarawak : SPR Mesyuarat Rabu Ini Posted: 20 Mar 2011 03:35 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak. | ||
Najib 'Lewat' Tiga tahun Menawarkan Sampel DNAnya Posted: 20 Mar 2011 03:31 AM PDT Oleh : Wira Arjuna Apakah kuasa atau 'muka' yang tinggal kepada badan kehakiman negara, apabila Perdana Menteri sendiri menyanggah arahan mahkamah dan mendesak Ketua Pembangkang untuk menyerahkan DNA beliau dalam kes liwat fitnah 2. Berucap di Kuching semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sendiri rela memberikan DNAnya jika di minta diminta oleh pendakwaraya. Anehnya Najib tidak membuat tawaran itu semasa pembincaraan kes bunuh Altantuya Sharibuu walaupun ada dokumen-dokumen jelas menunjukkan Najib bukan sahaja mengenali model Mongolia itu tetapi mengadakan hubungan seks dengannya. Rasa tidak perlulah dikitarkan semula, bahan-bahan bukti di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengaitkan pejabat Najib kepada Abdul Razak Baginda (penasihat Najib) dan pegawai polis yang di dapati bersalah membunuh Altantuya. Ketika perbicaraan itu, bukan sahaja Najib tidak memberikan DNAnya, beliau langsung tidak menawarkan diri untuk ke mahkamah bagi memberi keterangan demi menjelaskan hubungannya dengan Altantuya. Demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dianjurkan di seluruh negara oleh Umno dan juak-juak parti untuk mendesak Anwar memberikan DNAnya minggu lalu tentunya bertujuan memberi tekanan kepada mahkamah mengeluarkan arahan sedemikian kepada Ketua Pembangkang itu. Namun segala tunjuk perasaan itu menerima sambutan hambar. Di Petaling Jaya, 50 orang hadir namun media massa arus perdana melaporkan kumpulan itu mewakili 30 pertubuhan bukan kerajaan!. Mungkinkah Najib terdesak untuk mencabar Anwar menyerahkan DNAnya kerana sambutan dingin pada tunjuk perasan yang dianjurkan oleh konco-konconya tidak menjadi?. Atau lebih bahaya, mungkinkah Najib bertindak sedemikian kerana menyedari 'perangkap" yang dipasang oleh polis untuk menghumban Anwar ke penjara sekali lagi tidak akan berjaya ekoran keputusan hakim bahawa bahan bukti diambil oleh polis secara tipu helah dan tidak sah. Apa pun, hakikat ialah Najib mengetahui tindakan-tindakan mantan Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Abdul Gani Patail memalsukan bukti terhadap Anwar pada tahun 1998. Dua pegawai kanan itu turut menjadi paksi kepada pendakwaan terhadap Anwar kali ini, Begitu juga dengan seorang lagi pegawai dari kes dahulu, ASP Rodhwan Mohd Yusuf yang berjumpa dengan pengadu Saiful secara sulit sebelum laporan polis di buat terhadap Anwar. Hakikat juga adalah pengadu Saiful Bukhari Azlan menalifon Musa, dan berjumpa Rodwan, serta mengadakan perbincangan dengan Najib sebelum beliau membuat laporan polis, mendakwa di liwat oleh Anwar. Najib tahu semua ini, Beliau juga tahu ketelusan proses siasatan terhadap Anwar dalam kes fitnah pertama dan kedua serta penggunaan bukti reka cipta terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri itu yang kini menjadi musuh utama politik beliau dan Umno. Berbekal semua "pengetahuan dan maklumat itu" Najib tetap "yakin"' pada kewibawaan polis, pejabat Peguam Negara untuk mengendalikan bukti sampel DNA Anwar. Perbicaraan setakat ini sudah pun mendedahkan bagaimana polis campurtangan dalam pemeriksaan doktor terhadap Saiful, termasuk mengisi sendiri borang pemeriksaan awal. Perbicaraan turut memperlihatkan "ketakutan' doktor untuk merujuk kepada nota-nota kerana bimbang ia digunakan oleh peguam bela untuk mengetahui kebenaran mengenai dakwaan yang dibuat oleh Saiful. Perbicaraan turut mendedahkan bagaimana polis sendiri membelakangkan arahan Jabatan Kimia dan peraturan dalam menyimpan bukti-bukti dan sampel DNA itu sendiri. Bayangkan seorang kanan pegawai polis boleh alpa sehingga menyimpan bukti DNA dalam peti simpanan dan bukannya peti sejuk sebagaimana yang perlu. Najib tahu semua ini --- namun kenapa beliau begitu bingkas dan terdesak mahukan Anwar menyerahkan DNAnya? Jawapannya mudah --- kerana mahu melengkapkan satu lagi pendakwaan atas bukti reka cipta untuk kali kedua terhadap musuh politik utamanya yang bernama Anwar Ibrahim. | ||
DNA : Campur Tangan Menteri Cemar Institusi Perundangan Posted: 20 Mar 2011 03:26 AM PDT Ditulis oleh shuaib ayob SHAH ALAM : Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan campur tangan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri yang turut serta mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau sebagai mencemar institusi undang-undang. | ||
Libya: Serangan Barat bunuh 48, cedera 150 lagi Posted: 20 Mar 2011 03:24 AM PDT TERKINI TUNIS — Serangan udara peringkat pertama tentera perikatan kuasa Barat di beberapa bandar di Libya telah mengakibatkan 48 orang terbunuh dan 150 lagi cedera di kawasan "orang awam", dakwa televisyen kerajaan hari ini. THE MALAYSIAN INSIDER Libya menyifatkan serangan itu pencerobohan musuh. Perikatan lima negara melancarkan serangan ke atas negara utara Afrika itu lewat semalam dan awal pagi ini (waktu Malaysia). Kenyataan pihak tentera Libya berkata ibu negara Tripoli dan Sirte, Benghazi, Misrata dan Zuwarah terjejas ekoran serangan ketenteraan yang dinamakan Operasi Odyssey Dawn. Lebih 110 peluru berpandu dilepaskan dari kapal perang dan kapal selam Amerika Syarikat dan Britain. Turut menyertai kempen itu yang diperakui PBB ialah Perancis, Kanada dan Itali. Dalam pada itu, hari ini seorang korespoden Reuters melaporkan dia melihat sekurang-kurangnya 14 mayat di sisi kenderaan-kenderaan tentera yang setia kepada Muammar, di sebelah timur Libya, yang diserang oleh tentera perikatan. Jalan antara bandar Benghazi dan Ajdabiyah, bandar strategik ke sebelah timur Libya, kelihatan sebagai bandar yang musnah manakala berpuluh-puluh kenderaan terbakar, kata koresponden Mohammed Abbas. | ||
Interlok: Jangan politikkan kenyataan saya, kata wakil kaum India Posted: 20 Mar 2011 03:23 AM PDT KUALA LUMPUR — Penulis bebas Uthaya Sankar, yang berundur daripada panel bebas pindaan novel Interlok Rabu lalu bersama dua wakil lain, mahu agar kenyataannya berkaitan isu tersebut tidak dipolitikkan sambil mendakwa "tidak ada agenda tersembunyi." Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini berkaitan isu Interlok, Uthaya Sankar berkata, ada yang cuba menyebarkan berita palsu kononnya (sebuah badan bukan kerajaan) NIAT cuba tumpang glamour berikutan tindakannya dan dua wakil yang lain keluar panel bebas mengkaji pindaan ke atas novel Interlok, buku teks sastera sekolah, yang bertukar menjadi kontroversi awal tahun ini. "Saya secara peribadi kagum membaca laporan mengenai pelbagai aktiviti ahimsa seluruh negara anjuran NIAT pada 20 Mac 2011 (hari ini). "Suara majoriti kaum India pelbagai agama di Malaysia amat jelas berhubung kontroversi novel Interlok edisi murid. Ada pihak yang cuba menyebarkan berita palsu kononnya NIAT cuba tumpang glamour berikutan tindakan saya, Dr NS Rajendran dan Krishnabahawan berundur daripada Panel Bebas pada 16 Mac lalu," kata beliau dalam entri terbaru blognya hari ini. Kelmarin, NIAT atau nama penuhnya Badan Bertindak Interlok Kebangsaan menyifatkan langkah Putrajaya menjadikan novel Interlok sebagai buku teks sastera Tingkatan 5 sebagai "menggadai" masa depan pelajar. Sejak awal tahun ini ia mengambil pelbagai menggesa kerajaan menarik balik novel tersebut. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai tidak membiarkan berita palsu seperti itu mempengaruhi atau melemahkan semangat NIAT. "Semua sedia maklum bahawa NIAT amat kuat dan tidak perlu tumpang glamour sesiapa, termasuk glamour daripada tiga wakil kaum India dalam panel bebas," katanya lagi. Uthaya Sankar menambah, apa yang dilakukan oleh NIAT mungkin tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh tiga wakil kaum India dalam panel bebas atau apa yang dilakukan Kumpulan Sasterawan Kavyan atau mana-mana pihak lain. "Akan tetapi, kesemuanya adalah suara kaum India yang merupakan Bangsa Malaysia," katanya lagi. Malah tambah beliau, "kalaulah saya berpeluang menghadiri aktiviti NIAT pada 20 Mac (hari ini), jangan ada pihak cuba politikkan." "Jangan lupa bahawa saya telah turut hadir ke Perhimpunan NGO Melayu di Rumah Gapena pada 15 Januari 2011 dengan semangat ahimsa," katanya lagi. "Kenyataan ini adalah kenyataan mewakili diri saya sendiri. Kenyataan ini juga tidak ada sebarang pengaruh politik atau agenda tersembunyi," katanya lagi. Rabu lalu, wakil kaum India mengambil untuk menarik diri daripada panel bebas itu selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ketiga-tiga mereka memutuskan demikian selepas pertemuan khas itu yang dikatakan meminta agar berkompromi dan mengurangkan jumlah pindaan kepada perkataan "paria" sahaja. Selain Uthaya Sankar, dua yang lain ialah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr N.S Rajendran, dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran, G Krishnabahawan. Wakil kaum India juga mahu segala pindaan yang bakal dilakukan Kementerian Pelajaran mesti mengikut keputusan yang telah dipersetujui oleh panel bebas pada mesyuarat terakhirnya 4 Mac lalu. Malah kata mereka, jika pindaan itu tidak dibuat sebagaimana diputuskan, lebih baik novel tersebut "dikeluarkan terus" daripada dijadikan sukatan teks sastera. Panel bebas itu dipengerusikan oleh Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka dilantik menganggotau panel itu oleh MIC. Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata, ketiga-tiga mereka telah bersetuju bekerjasama menyelesaikan isu tersebut berkaitan dengan Interlok. Kata Palanivel, anggota panel itu telah meminta supaya MIC mengatur pertemuan khas dengan Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran. | ||
Seorang maut, enam parah nahas bas di Lebuh Raya Utara-Selatan Posted: 20 Mar 2011 12:23 AM PDT BERNAMA TAPAH — Seorang penumpang maut, manakala enam lagi parah apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan dua buah lori di KM 341.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Bidor awal hari ini. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata yang terbunuh dikenal pasti Sahad @ Shariff Md Din, 74, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Polis masih mengenal pasti mereka yang parah dalam kejadian pukul 4.50 pagi itu yang turut menyaksikan 35 lagi termasuk pemandu bas cedera ringan, katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata semua yang parah dihantar ke Hospital Tapah, Teluk Intan dan Ipoh, manakala yang cedera ringan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tapah. Bas itu katanya, membawa 43 penumpang terdiri daripada anggota rombongan yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Nilai, Negeri Sembilan. "Ketika tiba di tempat kejadian, bas terbabit dipercayai merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan bahan mentah. "Pemandu kemudian memberhentikan bas itu dan menurunkan penumpang sebelum sebuah lori yang membawa muatan kertas merempuh bahagian belakang bas terbabit termasuk beberapa penumpang yang sudah turun daripada bas tersebut," katanya. Roslan berkata pasukan bomba dan penyelamat yang dikejarkan ke tempat kejadian mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit. Punca sebenar kejadian sedang disiasat, katanya. | ||
SPR tiada kuasa adakan referendum Kg Baru Posted: 20 Mar 2011 12:21 AM PDT KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa mengadakan sebarang referendum seperti yang dicadangkan oleh majlis penduduk Kampung Baru berhubung rang-rang pembangunan semula kawasan penempatan itu, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Kelmarin, Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru mencadangkan agar satu referendum diadakan bagi menentukan sama ada pemilik tanah bersetuju dengan Putrajaya untuk membangunkan kawasan tersebut di bawah satu akta baru. Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi berkata SPR merupakan badan ideal untuk mengadakan referendum kerana dilihat berkecuali. Jelas beliau pungutan suara itu penting jika kerajaan "benar-benar mahu mengetahui" bentuk pembangunan yang penduduk mahukan di kawasan berkenaan. Justeru, menurut Abdul Aziz, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan referendum kerana tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan peraturan badan itu. "SPR tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang SPR untuk menjalankan apa-apa referendum. "SPR adalah satu badan bebas di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh terlibat dalam kes seperti referendum Kampung Baru," katanya menerusi khidmat pesanan ringkat (SMS) kepada The Malaysian Insider. Shamsuri juga berkata langkah mengadakan referendum itu bagi mengelakkan perebutan di kalangan pewaris yang kemungkinan menyokong parti-parti politik tertentu. Secara purata ada lima pemilik bagi satu-satu lot dan ada kemungkinan lebih dalam kes-kes tertentu. Bagaimanapun beliau mengakui proses referendum itu bukan mudah kerana ia akan mengambil masa sehingga setahun untuk selesai. Dalam satu temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya masih optimistik usaha membangunkan semula kawasan penempatan berusia 111 tahun itu akan menjadi kenyataan tetapi akan memakan masa yang panjang daripada dijangkakan. Pentadbiran itu melahirkan pendirian ini di sebalik langkah Putrajaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 untuk bacaan kali kedua ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah. Undang-undang itu membuka laluan kepada pembentukan sebuah perbadanan, yang awalnya dikatakan akan menggantikan MAS dan kuasa mutlak menteri dan imuniti daripada pendakwaan, tetapi ditentang keras oleh banyak pihak. MAS melahirkan pandangan itu memandangkan soal membangunkan semula Kampung Baru sudah lama diperkatakan — lebih tiga dekad lalu - tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Sehubungan itu, pihak MAS mahu kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan sebelum meneruskan rancangan untuk membangunkan semula kawasan penempatan milik orang Melayu, yang termahal dan mempunyai "kuasa autonomi" itu. Malah Ahli Parlimen Tititwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali berkata pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru memberi kata dua — tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal dan Sultan Selangor jika Putrajaya masih berhasrat membawa Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ke Parlimen. Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 akan dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat Jun ini. Sepatutnya ia dibentang pada bulan ini namun ditangguhkan sehingga Jun bagi memperhalusi semula draf undang-undang itu. | ||
Demo jalan raya untuk demokrasi pilihan raya Posted: 20 Mar 2011 12:19 AM PDT
| ||
P'raya: PAS gesa BN henti peralat media Posted: 20 Mar 2011 12:18 AM PDT
| ||
Pilihan raya Sarawak bakal berlaku kejutan Posted: 20 Mar 2011 12:15 AM PDT
| ||
Hadi: Tak mustahil berlaku perubahan di S'wak Posted: 20 Mar 2011 12:12 AM PDT BERNAMA Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin dengan peluang pakatan pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan datang. "Tak mustahil pengundi di sana akan buat perubahan kali ini," katanya. Ini berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pada Mei tahun lepas yang dimenangi DAP, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kawasan berhampiran Sungai Jerteh hari ini. Turut serta dalam ceramah itu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw. Semalam Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan esok. Sementara itu, Azmin ketika ditanya mengenai adiknya Ummi Hafilda yang mengadakan ceramah di Jerteh semalam yang antara lain mendakwa abangnya itu telah hilang pedoman dan tenggelam dengan janji-janji manis ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata: "Pembangkang fokus dalam perjuangan dan terpulang kepada parti lawan yang menggunakan cara berkenaan". | ||
Posted: 20 Mar 2011 12:08 AM PDT SINAR HARIAN ONLINE TAMAN PERMINT - Seorang gadis penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) tidak mam-pu meluahkan kata-kata, sebaliknya air mata yang gugur di kelopak matanya sudah cukup menggambarkan penyesalan atas perbuatan dilakukan sebaik dia dibawa ke balai polis setelah dicekup penduduk kampung atas kesalahan khalwat. Berikutan perbuatan sumbangnya mengunjungi rumah sewa selain berada dalam keadaan mencurigakan bersama teman lelaki di sebuah rumah sewa di taman perumahan, dekat sini, lewat senja kelmarin, gadis itu juga mungkin berdepan tindakan tatatertib termasuk disingkirkan dari IPT tersebut jika dia didapati bersalah oleh mahkamah. Menceritakan detik hitam yang dialami itu, gadis terbabit yang difahamkan sedang mengikuti latihan amali berkata, dia sebenarnya dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu dan hanya singgah di rumah teman lelakinya itu untuk menukar pakaian. Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka kunjungannya ke rumah sewa yang didiami beberapa penuntut lelaki yang juga rakan sekuliah itu membawa padah apabila tindak-tanduknya diperhatikan jiran tetangga sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa. "Tidak sangka pula gerak-geri diperhatikan penduduk kampung yang akhirnya menyebabkan saya boleh ditangkap khalwat," katanya. Pasangan terbabit, masing-masing penuntut IPT berdekatan dicekup penduduk kampung di sebuah rumah sewa di Taman Permint kerana berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Pasangan remaja berusia belasan tahun itu ketika ditemui mengakui tidak berniat melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun keadaan mereka yang tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim apatah lagi berada di rumah itu telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menyebabkan mereka ditangkap khalwat. Perempuan yang berasal dari Manir bersama teman lelakinya dari Marang itu dibawa ke Pejabat Agama Daerah Dungun untuk diambil keterangan sebelum disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir negeri Terengganu, jika didapati bersalah boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. | ||
Sukarkah melayu untuk mengundi selain UMNO? Posted: 20 Mar 2011 12:01 AM PDT Susah sangatkah kaum melayu untuk menerima PAS? Sebenarnya bukan hanya PAS yang ditolak kerana jika menolak PAS bermakna terlalu ramai kaum melayu boleh dianggap menolak perjuangan Islam yang di bawa PAS. Sebenarnya sindrom yang berakar umbi dalam sosio kehidupan melayu ialah sindrom penolakan terhadap pembangkang selain BN malah mungkin menganggap malaysia adalah negara uni-parti seperti sesetengah negara arab diktator. Mereka menganggap pembangkang sebagai musuh dan bukannya pengimbangtara dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen yang sihat. Rata-rata kaum melayu masih belum tergamak memilih pembangkang malah menganggap pembangkang adalah parti-parti yang dicipta oleh penjajah untuk mencabar UMNO iaitu penyelamat mereka. | ||
Umno cuba rasuah wakil rakyat PAS Selangor RM20 juta? Posted: 19 Mar 2011 11:58 PM PDT PASPB Salah seorang Adun di Selangor yang bergelar Dr (bukan Dr Hasan Mohd Ali) telah didatangi wakil Umno sebanyak dua kali. "Kali pertama (saya didatangi) oleh seorang Datuk yang agak berumur, kali kedua (saya didatangi) oleh seorang Datuk lain (iaitu) seorang yang agak muda," ujarnya awal pagi tadi. Pengalaman "dibeli" oleh agen Umno tersebut turut disampaikan kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan dipandang serius oleh Presiden PAS itu. Bagaimanapun agen Umno yang dijumpai buat kali kedua didakwah supaya tidak berhenti mengamalkan rasuah. "Kali kedua, pertemuan di pejabat Adun saya. Saya keluarkan al-Quran dan kata: Saya masuk politik ini kerana sana nak masuk syurga, bukan sebab duit. "(Saya kata) dalam al-Quran dah cukup, saya tak perlu RM20 juta," beliau menambah. Dijangka wakil rakyat PAS di negeri-negeri lain pun akan ditawarkan rasuah berupa wang menjelang PRU13 kelak. | ||
Kenapa libatkan PAS Mersing? Demo sendirilah! Posted: 19 Mar 2011 11:50 PM PDT Oleh 21Halim "Satu dua hari ini kita menerima makluamt orang yang tidak puas hati dengan Anwar Ibrahim buat demonstrasi. Berita Sinar Harian hari ini melaporkan aksi demo di Kluang dan Muar. Barangkali pihak yang tidak puas hati itu cuba adakan aktiviti yang sama di Mersing. Sayangnya tiada sambutan. Habis hendak buat apa? Hati masih tidak puas hati kerana Anwar belum lagi serahkan DNA. Lalu pihak ini bermesyuarat bersama syaitan. Keputusan mesyuarat segera dilaksanakan pada Hari Jumaat semalam ( 18 Mac ). Entah ambil bahan dari mana, tidak dapat dipastikan. Hasilnya risalah 3 helai dicetak dengan menggunakan logo PAS secara haram. Ini yang membuat Encik Idris Ahmad, Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Mersing geram. Menurut Encik Idris, beliau segera ke Masjid Sawah Dato' dan Masjid Kg Tenglu untuk mengutip saki baki risalah yang ditinggalkan oleh pihak yang baling batu sembunyi tangan setelah dihubungi oleh seorang ahli yang curiga dengan keadaan longgokan risalah tersebut. PAS Mesing lazimnya akan meletakkan risalah di kenderaan para jemaah dan tidak pernah melonggokkan sebarang risalah di satu tempat. Selain itu setiap risalh yang diedar mesti ada maklumat penerbit, misalnya atas nama PAS Kaw Mersing, PAS pusat dsb. Apabila diamati, ternyata risalah berkenaan bertujuan memberitahu ahli kariah betapa Anwar mesti memberikan DNAnya. Katanya, PAS pusat amnya dan PAS Mersing khususnya tidak ingin campur tangan dengan mengganggu perjalanan kes liwat 2 di mahkamah yang sedang berlangsung kini. Justeru kehadiran risalah tersebut dirasakan pelik sekali. Oleh itu, beliau menghubungi pimpinan PAS Kawasan yang kemudiannya mengarahkan beliau membuat laporan Polis. Satu laporan Polis telah dibuat malam tadi. | ||
Taib beli darjah kebesaran Universiti Adelaide? Posted: 19 Mar 2011 11:39 PM PDT Taib and Vice-Chancellor James McWha sample the 'Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court' at Adelaide University in 2008 DETIK DAILY SARAWAK REPORT telah mengambil masa beberapa minggu untuk mendapatkan penjelasan daripada Universiti Adelaide apakah faktor mereka menamakan sebahagian dari kampus mereka sempena nama Ketua Menteri Sarawak. 'Taib Mahmud, Chief Minister of Sarawak Court' telah dinamakan khas sebagai menghormati seorang ahli politik yang penuh kontroversi dari Malaysia Timur pada tahun 2008 Pada ketika itu ianya dikatakan sebagai "suatu ruang sosial yang telah dilanskapkan", yang mana terdapat sekeping gambar menunjukkan seorang ahli politik berstatus multi-jutawan dilihat sedang berjalan-jalan di suatu kawasan di situ bersama Naib Chancelor, Professor James McWha. Namun permintaan kami tidak mendapat sebarang respon dari pihak universiti. Email-email kami tidak berjawab malah soalan-soalan lisan menerusi telefon kami pun tidak mendapat sebarang layanan. Beberapa orang ahli alumni Malaysia yang telah menuntut di situ telah meluahkan rasa kesal mereka terhadap penghormatan Taib Mahmud pada bulan Disember lalu, mengemukakan aduan bersama di dalam surat mereka: "Sungguh memalukan kami bahawa universiti kami menganugerahkan seorang kleptomaniak dan seseorang penyalahguna hak asasi kemanusiaan" Alasan kegagalan untuk mendapatkan respon dari pihak universiti mungkin memandangkan Taib Mahmud mampu mencurahkan sejumlah derma yang amat banyak, tetapi tidak mampu dilakukan oleh Sarawak Report mahupun warga alumni universiti berkenaan. 'Pemberian peribadi' Taib diberikan dengan pelbagai cara! Taib tamat pengajiannya dari Adelaide dalam jurusan perundangan dalam tahun 1961, tetapi seterusnya menerima darjah doktor kehormat dalam tahun 1994, diikuti dengan anugerah-anugerah lain kerana sokongannya. Pengumuman-pengumuman dari universiti itu menyatakan beberapa sumbangannya dalam masa beberapa tahun, namun setelah mereka mendiamkan diri sejak kebelakangan ini, kita sukar untuk membuat sebarang perkiraan. Adelaide telah mengikhtiraf derma pertama Taib yang dilakukannya pada tahun 1987, enam tahun setelah beliau menjadi Ketua Menteri dan beliau telah mula memperlihatkan tahap pendapatan yang di luar jangkaan. Syarikat hartanahnya di Amerika Utara, Sakti International, telah diasaskannya bersama-sama ahli-ahli keluarganya pada tahun berkenaan dan kini bernilai beratus-juta dollar Australia. Menurut universiti itu, derma pertamanya adalah untuk menaiktaraf kelengkapan Sekolah Perundangan di situ. Dalam tahun 2001 Ketua Menteri itu telah menderma sebanyak $300,000 kepada universiti berkenaan yang telah digunakan untuk mendirikan "Malaysia Room, lengkap dengan perabot dan artifaks dari Sarawak". Pihak universiti telah menyebut bilik berkenaan sebagai: "suatu pemberian dari Ketua Menteri yang pemurah, yang juga merupakan seorang daripada alumni kehormat dan dermawan kami". Harga penghormatan apa? Tanpa memperoleh sebarang respon rasmi dari pihak universiti berkenaan, kami menganggarkan bahawa sejumlah wang yang lebih besar telah mereka terima sebelum mereka menggunakan nama Taib Mahmud, Naib Chancellor, Prof. James McWha, mengucapkan terima kasih kepada Taib atas "sokongan signifikannya dan usaha gigihnya" dan seterusnya menyebut: "Pemberian peribadi Ketua Menteri itu telah berterusan sejak selama beberapa tahun ini" Malangnya, derma-derma yang diberikan oleh seseorang yang mempunyai status dan pangkat tidak dipersoalkan oleh pihak universiti itu, bagaimana seseorang dalam kedudukan Taib itu dibolehkan undang-undang untuk menghulurkan "pemberian peribadi" yang sebegitu banyak jumlahnya. Sebagai seorang penjawat awam yang dipilih, gaji bulanan Taib merupakan suatu rekod awam dan kesemuanya berjumlah RM20,000 sebulan (kira-kira $10,000 Australia). Ini bermaksud nilai harga untuk mewujudkan "Malaysia Room" sahaja boleh mencecah dua kali ganda gaji tahunannya. Hanya sedikit penyoalan dilakukan oleh pihak universiti ke atasnya akan membongkar isu-isu yang berkisar sekeliling kekayaan Taib. Sudah pastinya tiada kekurangan maklumat dan bukti yang boleh mengaitkan Ketua Menteri itu dengan rangkaian rasuah pembalakan di seluruh hutan hujan tropika Sarawak yang telah semakin mengecil sehingga kurang dari 5% saiz asalnya selama 30 tahun beliau berkuasa. Sebenarnya, kemusnahan yang dilakukan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan regim Taib Mahmud telah berkembang menjadi ancaman global. Syarikat-syarikat itu beroperasi di seluruh kepulauan Borneo, di Irian Jaya, the Solomon Islands, lembah-lembah Amazon dan Siberia, sebagai mana dilaporkan oleh beberapa NGO. Dalam pada itu, the Green Party di Tasmania telah mempersoalkan kenapa sebuah syarikat yang mempunyai hubungan dengan Taib telah diberikan subsidi sebanyak $8 juta oleh negeri itu untuk menebang kayu dan mengeksportnya kembali ke Malaysia, di mana hutannya kini telah ranap? Suatu jenayah pelbagai mangsa Kesan pemusnahan yang dahsyat ini telah menjejaskan hidupan liar, sungai-sungai dan sistem ekologi di rantau ini. Kemusnahan ini juga telah menjejaskan orang-orang asal yang mana kawasan-kawasan mereka telah dicerobohi, tanpa diadakan sebarang keberterusan, dan juga menghampiri kepupusan. Hanya segelintir orang sahaja yang menikmati dari kekayaan yang terjana dari pemusnahan hutan mereka itu. Sebaliknya, University of Adelaide merupakan pemanfaat, bukan dari 'pemberian peribadi' Ketua Menteri, tetapi, dari hasil rompakannya ke atas rakyatnya sendiri. Soalan-soalan kami Dengan alasan-alasan inilah maka Sarawak Report telah menyenaraikan beberapa soalan yang kami harap sedia dijawab oleh Naib Chancellor. Kami ingin mengetahui jika universiti berkenaan mempunyai garis panduan etika apabila mereka menerima sebarang derma dari sesiapa, dan jika ada, apakah dasar yang digunakan oleh Professor McWha untuk menerima Taib Mahmud sebagai rakan kongsinya untuk Adelaide? Kami juga ingin memohon maklumat mengenai jumlah sebenar derma-derma yang diterima dari universiti itu, berasaskan sejumlah derma itu dikenali sebagai wang dari hasil rompakan dan rasuah, dan seharusnya dikembalikan secara sah berteraskan undang-undang kepada rakyat Sarawak. Jika universiti berkenaan sering menjelaskan bahawa derma-derma itu adalah hasil 'pemberian peribadi', maka kami tidak akan mempersoalkan lagi hanya jika wang daripada Taib Mahmud itu sememangnya dari gaji rasminya walaupun amat terhad. Banyak lagi di Australia Sebagaimana yang sering ditimbulkan oleh para NGO, terdapat banyak lagi harta Taib di Australia, ditambah dengan jutaan misteri Ketua Menteri itu. Adelaide Hilton 380 bilik merupakan sebuah syarikat perhotelan yang didaftarkan bawah nama anak-anak dan arwah isterinya, dan terdapat banyak lagi harta keluarganya di kawasan-kawasan lain. Memandangkan Australia mempunyai kekayaan sendiri yang mencukupi, adalah memadai bagi University of Adelaide mencari penderma tempatan yang sah dan dari sumber-sumber domestiknya sendiri, tanpa mengharapkan keuntungan hasil dari ekploitasi ke atas orang-orang miskin di Borneo oleh Ketua Menteri mereka yang korup? Yang pastinya, adakah kebolehpercayaan itu harus dinafikan? | ||
2,000 penduduk minta pili bomba sentiasa diselanggara Posted: 19 Mar 2011 11:34 PM PDT KENINGAU KINI KENINGAU: Lebih kurang 2,000 penghuni rumah murah fasa dua, Jalan JKR dekat sini meminta agar pili bomba di kawasan perumahan terbabit sentiasa diselenggara dari masa ke semasa. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Bandar (JKDB) taman itu Lee Then Loi berkata, penyelenggaraan pili bomba di kawasan perumahan ini penting bagi memudahkan pihak Bomba dan Penyelamat membuat pengawalan dan memadam api apabila berlaku kebakaran. "Ketiadaan pili bomba yang berfungsi dengan baik menyukarkan anggota Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja memadam api semasa kebakaran" katanya kepada media selepas majlis ringkas penyerahan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran rumah di taman itu kelmarin. Pada majlis itu Lee menyerahkan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,630.00 yang dikutip dari sumbangan ikhlas penghuni rumah murah kepada keluarga Erik Umbol yang mengalami kebakaran rumah pada Selasa lepas. Jumlah sumbangan itu tidak termasuk sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini. Pengerusi JKDB itu berkata, risiko kemusnahan rumah dan harta benda di kawasan kebakaran boleh kurangkan jika pili bomba berfungsi dengan baik. Walau bagaimanapun katanya, penduduk di kawasan perumahan itu merakamkan penghargaan kepada anggota bomba dan penyelamat yang berjaya mengawal kebakaran itu dari merebak di rumah yang berhampiran. Dalam masa yang sama Lee meminta pihak yang berkenaan agar mendirikan mini dewan serbaguna di kawasan perumahan itu bagi keperluan penduduk setempat. Katanya, dewan serbaguna perlu didirikan di kawasan ini kerana selain keperluan pada majlis-majlis keramaian ia juga amat penting untuk dijadikan tempat tinggal sementara bagi penduduk yang di timpa bencana seperti keluarga Erik Umbol. | ||
Noh Omar perlu ‘cermin diri’ dulu Posted: 19 Mar 2011 11:29 PM PDT WARTA KERAJAAN RAKYAT SHAH ALAM: Kelab penyokong Menteri Besar Selangor (MBSC) meminta Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, 'mencermin diri' dulu sebelum menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim meletak jawatan. Presiden MBSC, Khairul Anuar Othman berkata, amaran keras turut diberikan kepada Menteri Pertanian, Industri dan asas Tani itu supaya tidak mengeluarkan kenyataan mengarut, jika tidak mahu kes-kes salah laku pimpinan Umno sewaktu mentadbir Selangor, dibongkar. "MBSC memberi amaran kepada Noh Omar supaya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan kerana Menteri Besar dan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat sekarang mempunyai banyak kes salah laku kerajaan terdahulu semasa mereka mentadbir Selangor," katanya dalam satu kenyataan media. Khairul dalam masa yang sama menegaskan kesetiaan dan keteguhan MBSC berdiri di belakang kepimpinan Khalid Ibrahim. Media semalam mengeluarkan berita desakan Noh Omar supaya Khalid meletak jawatan kononnya berhubung lantikan kroni dalam Yayasan Selangor. Khalid bagaimanapun telah memecat kakitangan tersebut. Menjawab Noh Omar, MBSC percaya kredibiliti Khalid Ibrahim tidak tergugat malah yakin rakyat Selangor tetap menyokong kepimpinan beliau. "Kredibiliti Menteri Besar tidak tercalar dengan apa berlaku, malah rakyat Selangor menyokong penuh kempimpinan Menteri Besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah yang terbaik berbanding pimpinan Umno lalu sewaktu memimpin Selangor," katanya. | ||
Samseng kroni Taib Mahmud guna bom rampas tanah adat Posted: 19 Mar 2011 10:51 PM PDT WARTA KERAJAAN RAKYAT KUALA LUMPUR: Syarikat yang menjadi kroni Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sanggup mengupah samseng untuk membakar rumah bagi menghalau orang Asal, seterusnya merampas tanah milik mereka. "Jika dulu, syarikat kroni menggunakan kaedah memujuk sebelum 'merampas' tanah rakyat tetapi kini sampai ke tahap membakar dan mengupah samseng untuk menyerang penduduk seperti yang berlaku di rumah panjang Ranggong. "Saya tidak menolak kemungkinan masyarakat Orang Asal akan 'memenggal' mereka seperti zaman dahulu jika syarikat kroni terus-terusan menindas dan merampas hak kami," kata Minggat anak Nyakin. Mingat antara orang Asal yang dibelasah samseng beberapa bulan lalu hingga kedua-dua penglihatannya terjejas dalam usaha mempertahan haknya sebagai pemilik tanah adat. Beliau berkata demikian pada forum 'Tanah, Adat dan Pilihan Raya' malam tadi. Ahli panel ialah Pengarah Eksekutif BRIMAS Sarawak, Mark Bujang; Setiausaha Awam Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Nicholas Mujah dan Koordinator Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA), Abun Sui Anyit. Lebih 200 orang menghadiri forum anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil dan NGO Peguam, Loyar Buruk. Wakil rumah Ranggong, Sui anak Salleh turut menceritakan pengalamannya bersama rumah panjang Ranggong dan Belilie yang diserang kira-kira 100 samseng BN menyerang kampung mereka menggunakan bom dan sabit. "Kami selaku pemilik tanah dan Orang Asal kesal dengan tindakan syarikat kroni yang mengahtar samseng untuk menghalau dan menakut-nakutkan kami. "Serangan samseng itu termasuk menggunakan bom dan sabit dilakukan terhadap penduduk rumah panjang kira-kira seminggu," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan