DUNIACACAMARBA |
[Kemas Kini] Seperti yang Dijangkakan, Jurublog Pro-PR Ditahan Polis Kerana "Fitnah" VVVVIP Posted: 18 Mar 2011 01:58 PM PDT
Saya buka Facebook/Twitter sebentar tadi, terbaca beberapa status YB Tian Chua yang memerihalkan penahanan jurublog Hanief yang ditahan polis dan MCMC. Beliau turut menyiarkan wajah pegawai MCMC yang turut terlibat dalam penahanan jurublog tersebut. Hal yang sama turut disentuh oleh Topeng Perak di FB. Seperti dijangka jurublog Hanief ditahan polis dan MCMC kerana hasutan. Semuanya berkemungkinan besar gara-gara artikel di atas (klik "screenshot"). Sebenarnya hal ini telah hangat diperkatakan di blog pro-UMCO sejak berminggu-minggu yang lalu. Pada1 Mac lalu, saya ada menyentuh hal ini dalam kiriman: Adakah Jurublog Ini Bakal Menerima Nasib Seperti Aduka Teruna?. Berkaitan dengan "screeshot" di atas, jurublog Hanief ada menyentuh tentang skandal yang membabitkan raja. Saya pautkan sedikit tulisan saya sebelum ini: Yang gerunnya, kandungan kiriman blog seperti dalam "screenshot" di atas dengan jelas menyentuh dan menyebut nama sultan yang dikaitkan dengan skandal seks. Malah frasa "Saya dahagakan Republik Malaysia jika..." sudah cukup mengerikan. Bukankah itu mencari nahas? Malah saya turut menyatakan bahawa hujah mereka (jurublog yang menyentuh isu tersebut-rujuk screenshot) hanya bersandar pada gosip dan prasangka ada benarnya, kerana rata-rata blog PR yang menyentuh hal ini tidak mempunyai bukti untuk membuktikan dakwaan mereka. Dapatkah mereka membuktikan dakwaan dan gosip tersebut. Malah, jurublog elit PR pun tidak mengaitkan secara langsung sesuatu isu tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Dalam satu segi, mungkin hal-hal sebegini perlu dipandang serius oleh jurublog yang mahu menulis tentang isu-isu sensitif. Berdasarkan artikel jurublog muda pro-PR ini yang turut memautkan beberapa artikel daripada blog yang lain, saya kira mungkin ada beberapa lagi jurublog yang bakal ditahan kerana isu yang sama. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
[PANAS] Taib Mahmud Umum Undur Diri dan Bubar DUN Sarawak Esok? Posted: 18 Mar 2011 03:59 AM PDT Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikatakan akan membbuat kejutan hujung minggu ini dengan mengumumkan tidak akan menjadi Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri. Langkah ini dikatakan untuk melegakan kemarahan terhadap pemimpin veteran Sarawak itu dan memudahkan kemenangan BN di Sarawak. Menurut sumber dalaman, pengunduran Taib Mahmud akan menyekat momentum PR untuk membuat kejutan di Sarawak. Taib Mahmud akan menyertai PM Najib dan TPM Muhyiddin dalam beberapa majlis esok, dan beliau dikatakan akan mengumumkan hal tersebut dan membubarkan DUN Sarawak untuk PRN. Lanjut baca di sini. * Maaflah DCM tidak dapat dikemas kini seperti biasa kerana TM sedang bercuti di sebuah pantai peranginan. Talian beruk band tidak begitu laju di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan