DIALOG RAKYAT |
- Al-Quran dan terjemahan juga ada cop KDN
- Injil BM serlah sikap tak sepakat kabinet
- Pakatan konsisten, BN tak senang duduk
- Angkuhnya Rosnah, baru bertatih dalam politik
- Penolong Setiausaha Pelajaran didakwa guna dokumen palsu tuntut RM324,000
- Bubar DUN: Tunggu esok, kata Taib
- Taib undur selepas pilihan raya Sarawak, dijangka umum hujung minggu
- Audit sah belanja sambutan Yayasan Selangor tak telus, timbalan GM dipecat
- DNA ZUL KULIM DI DUBUR BABI ?
- MIC bincang dengan PM kedudukan Murugiah
- Rakyat asing mula tinggalkan Jepun
- Zambry: Pakatan bohong sidang DUN dikawal ketat
- 'Kami datang bukan untuk dipujuk MIC'
- Tony Pua mahu saman Zahid Hamidi
- Cop Injil: Paderi timbang heret KDN ke mahkamah
- TI-M: Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot
- Kita beri sokongan moral kepada SNAP
- Umat Islam perlu pertingkat kefahaman agama
- Pindah: SMJK masih tidak dapat layanan adil
- P'raya Sarawak: Kerusi PAS hampir selesai
- Dun Sarawak bubar 21 Mac?
- Pelancaran Kase di Kedah malam ini
- Bawa balik pelajar di Yaman sebelum meruncing
- ADUN Selangor Minta Najib Runding Projek Sungai Klang
- Ummi Fail Saman Terhadap Baginda, Malaysiakini
Al-Quran dan terjemahan juga ada cop KDN Posted: 18 Mar 2011 04:29 AM PDT Abdul Rahim Sabri Semua naskah al-Quran yang dicetak dengan tulisan rasm Uthmani yang dijual di pasaran di negara ini mempunyai nombor siri dan cop kementerian dalam negeri (KDN). Nombor siri dan cop KDN itu terdapat pada halaman akhir naskah al-Quran. Malah, nashkah terjemahannya yang dipasarkan di negara ini turut mempunyai nombor siri dan cop kebenaran KDN. | ||
Injil BM serlah sikap tak sepakat kabinet Posted: 18 Mar 2011 04:19 AM PDT Wira Arjuna Jika tiga urutan peristiwa sepanjang minggu ini bermula Ahad lalu, diimbas kembali, ia jelas menunjukkan sekali lagi politik perkauman dan kelebihan undi, menjadi kunci pertimbangan utama segala keputusan kerajaan 1Malaysia Umno-BN. Ahad - (13 Mac 2011) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kucing dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik. Serah kepada Idris Politik perkauman | ||
Pakatan konsisten, BN tak senang duduk Posted: 18 Mar 2011 04:17 AM PDT
| ||
Angkuhnya Rosnah, baru bertatih dalam politik Posted: 18 Mar 2011 04:12 AM PDT
| ||
Penolong Setiausaha Pelajaran didakwa guna dokumen palsu tuntut RM324,000 Posted: 18 Mar 2011 04:08 AM PDT BERNAMA JOHOR BARU— Seorang Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini di atas sembilan tuduhan mengemukakan tuntutan menggunakan dokumen palsu membabitkan nilai keseluruhan RM324,000, dua tahun lepas. Ahmad Kamal Alias, 49, dituduh menggunakan dokumen palsu "Pesanan Kerajaan Malaysia" bagi mendapatkan pakej penginapan, makan dan minum di hotel untuk penganjuran Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan 2009. Bagi tiga pertuduhan pertama, dia didakwa menggunakan dokumen palsu bernombor K 1039 berjumlah RM24,000, K 1040 berjumlah RM48,000 dan K 1041 berjumlah RM48,000 bertarikh 25 Mei 2009, di Hotel Classic Muar, pada 29 Mei 2009. Bagi tiga lagi pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama iaitu menggunakan dokumen palsu bernombor K 1042 berjumlah RM18,000, K 104 berjumlah RM36,000 dan K 1044 berjumlah RM36,000 bertarikh yang sama di Hotel Muar Traders, pada 27 Mei, tahun yang sama. Bagi tiga pertuduhan selanjutnya, dia didakwa menggunakan dokumen palsu bernombor K 1045 berjumlah 30,000, K 1046 berjumlah RM42,000 dan K 1047 berjumlah RM42,000 bertarikh yang sama, di Hotel Seri Pelangi, Muar, pada 29 Mei tahun yang sama. Ahmad Kamal didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama, iaitu menggunakan surat palsu sebagai tulen, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya. Hakim Madihah Hairullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan sorang penjamin dan menetapkan 25 April ini untuk sebutan semula kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Norfazlin Hamdan. | ||
Bubar DUN: Tunggu esok, kata Taib Posted: 18 Mar 2011 04:07 AM PDT BERNAMA KUCHING — Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan membuat satu pengumuman esok dipercayai berhubung pilihan raya negeri akan datang. "Tunggu sehari lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011 di sini hari ini ketika ditanya sama ada beliau mahu membuat "pengumuman khas". Taib (gambar) juga tidak menyatakan sama ada pengumuman itu akan dibuat di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di sini esok sempena siri lawatan kedua-dua pemimpin itu ke seluruh negara. Taib menafikan ura-ura kononnya beliau akan berlepas pada Ahad untuk melakukan umrah. Semalam, beliau mengunjungi Yang Dipertua Negri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet negeri. Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pilihan raya kecil akan diadakan pada 16 April. Penggal bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang yang mempunyai 71 kerusi berakhir pada 23 Julai. Dalam pilihan raya negeri yang lepas, Barisan Nasional memenangi 62 kerusi, DAP enam, Parti Keadilan satu, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) satu, dan Bebas satu. | ||
Taib undur selepas pilihan raya Sarawak, dijangka umum hujung minggu Posted: 18 Mar 2011 04:06 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak, hujung minggu ini — tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri. Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional (BN) bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini. The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung. Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa "tunggu hingga esok." Taib akan menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di Sarawak — di mana beliau dijangka mengumumkan bahawa akan melepaskan jawatan ketua menteri dan juga keputusan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri, yang bakal membuka laluan kepada pilihan raya negeri. The Malaysian Insider juga difahamkan Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka bulan depan, tiga bulan sebelum mandat semasa berakhir pada 23 Julai. Kepimpinan Taib sejak kebelakangan ini telah mengundang banyak kritikan ekoran keengganannya untuk meletakkan jawatan atau melahirkan pengganti beliau. Selain itu beliau juga berhadapan dengan gelombang dakwaan rasuah dan nepotisme termasuk Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala tuduhan terhadap pemimpin berambut putih itu. Ada juga pandangan bahawa Taib tidak harus bertading lagi kali ini tetapi ada juga pendapat yang mengatakan pemimpin itu mampu untuk mengekalkan kesepaduan perikatan mereka dan menyumbang kepada kemenangan BN. Sarawak dan Sabah dilihat sebagai negeri "deposit hayat" bagi BN. Bagaimanapun sebagai kompromi, Taib dikatakan bersetuju kepada syor bertanding tetapi meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebagai pilihan raya. Penggantinya kemungkinan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Amar Abang Johari Abang Openg atau Naib Presiden Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan. Nama Abang Johari sudah lama muncul dan kali pertama menamakan beliau sebagai kemungkinan penggantinya pada 1992. Semalam, Taib mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri. Pada pilihan raya negeri 2006, BN memenangi 62 kerusi, DAP enam manakala PKR, SNAP dan Bebas masing-masing satu. DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) dengan gandingan PAS selepas pilihan raya negeri 2008 dan akan bertanding pada pilihan raya negeri bersama SNAP meskipun empat parti itu belum merumuskan pembahagian kerusi. Sumber-sumber PR berkata perikatan itu berharap untuk menafikan majoriti dua pertiga BN tetapi BN yakin akan mengekalkan prestasi lima tahun lalu. "Kami harus mempertahankan majoriti kami walaupun kami kemungkinan hilang tambahan beberapa kerusi," kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider. Katanya, BN Sarawak terjejas ekoran isu Alkitab selain dakwaan rasuah membabitkan Taib dan keluarganya. Awal minggu lalu bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib. Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai "jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita." Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah. Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. | ||
Audit sah belanja sambutan Yayasan Selangor tak telus, timbalan GM dipecat Posted: 18 Mar 2011 03:50 AM PDT TERKINI Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR — Laporan Audit berhubung pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan wujud beberapa kelemahan di agensi itu, antara lain perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos sambutan hujung tahun lalu mencecah RM1 juta. Malah terdapat wang telah selesai dibayar kepada pengurus acara sedangkan aktiviti yang diatur belum dilaksanakan. Susulan syor dikemukakan laporan audit, kerajaan negeri Selangor juga telah memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor bulan lalu. Sedutan laporan audit diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini. Khalid (gambar) berkata, laporan audit itu disemak oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Semakan audit banyak menumpu hal-hal berkaitan pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor yang dirancang untuk diadakan 15 November lalu. Kata Khalid, hasil audit dalaman bertarikh 14 Disember mendapati terdapat beberapa isu berkaitan aturan perbelanjaan yang dikatakan tidak mengikut aturan biasa. "Terdapat juga tindakan yang dikatakan tidak menjaga kepentingan Yayasan Selangor," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Selain pengurusan perbelanjaan sambutan, kata Khalid kelemahan lain yang dikesan ialah tadbir urus korporat yang tidak baik di mana seramai 18 warga kerja telah berhenti dan 50 lagi ditukarkan dalam tempoh Mac hingga November tahun lalu. Pengurus Besar juga meluluskan elaun-elaun yang tidak sepatutnya dibayar kepada Ahli Mesyuarat," kata Menteri Besar. Malah menurut Khalid, terdapat 12 keputusan tertinggi dibuat sepanjang tahun lalu hanya melalui 'Circular' Resolusi, malah tidak dimaklumkan atau diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 12 1993 — arahan bagi meningkatkan kualiti perancangan dan kawalan ke atas pengurusan syarikat-syarikat kerajaan. "Semakan Audit juga mendapati, Timbalan Pengurusan Besar (Pengurusan) tidak menghormati arahan bercuti dalam siasatan dengan hadir mesyuarat yang dihadiri Pengurus Besar. Perbelanjaan tanpa perancangan menyebabkan kedudukan kewangan Yayasan Selangor mengalami defisit sebanyak RM7.41 juta sehingga November 2010," kata beliau. Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah dan akan terus meneliti setiap syor yang diberikan dan akan menggunapakai cadangan tersebut dari semasa ke semasa demi menjaga kredibiliti Yayasan Selangor milikan penuh kerajaan negeri. Khalid juga menambah, satu surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) bagi menjawab setiap kuiri yang ditimbulkan pada 5 Januari lalu. "Proses yang teratur, adil dan bebas telah dijalankan. Pandangan serta saranan dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri juga telah diperoleh. "Akhirnya pada 17 Februari 2011, Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah Yayasan Selangor telah sebulat suara memutuskan untuk menamatkan kontrak Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dengan alasan gagal menunaikan tanggungjawab dan urus tadbir kewangan yang baik serta tidak prihatin dengan prosedur yayasan," katanya lagi. Seterusnya pada 18 Februari lalu, satu surat yang ditandatangani Khalid sendiri telah dikeluarkan yang mengarahkan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam berkuat kuasa serta merta. "Kerajaan Selangor sentiasa berpegang pada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban. Adalah menjadi harapan kerajaan negeri semua institusi termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri bukan sahaja mengamalkan perbelanjaan berjimat cermat dan berhemah malah menyediakan audit tahunan yang tertib, lengkap dan teratur untuk semakan umum," katanya lagi. Khalid menambah, kerajaan negeri Selangor akan sentiasa bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang salah laku yang dilakukan oleh mana-mana pegawai, kakitangan awam dan anak-anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri. Kita juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang difikirkan perlu demi menjaga amanah yang diberikan rakyat Selangor. Akhir bulan lalu, Khalid berkata akan mengumumkan tidak lama lagi butir-butir lengkap laporan audit mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor. Beliau berkata ini perlu demi menjelaskan kepada umum tentang kedudukan sebenar kedua-dua anak syarikat negeri itu. Yayasan Selangor disiasat baru-baru ini selepas ia dikatakan membelanjakan RM300,000 untuk majlis makan malam ulang tahun ke-40nya, yang menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah rasa kurang senang, dan enggan menghadiri majlis. PKNS pula dikatakan telah menaja perkahwinan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha pada jumlah lebih RM500,000. | ||
Posted: 18 Mar 2011 03:43 AM PDT SINAR hari ini menyiarkan kenyatan YB Zul Kulim yang mencabar DS Anwar untuk menyerahkan DNA nya sepertimana desakan beberapa kumpulan yang jahil berhimpun baru-baru ini. Jelas motif YB Zul Kulim hanyalah untuk mengampu Najib dan sekutu Apco walaupun beliau sedar apa sebenarnya yang berlaku. YB Zul yang sinonim digelar `firaun besar' ini dahulunya adalah salah seorang dari Tim Peguambela DS Anwar di dalam kes fitnah liwat I walaupun banyak dilihat hanya membawa beg dan fail sahaja. Begitu juga di dalam setiap ceramahnya, Zul Kulim ini menjajaja ke hulu ke hilir menyebut kezaliman Kerajan Umno/Bn kerana menfitnah DS Anwar sehinggakan beliau berucap seperti mahu menangis kerana terlalu sedih mengenangkan nasib DS Anwar dan keluarganya. Di dalam kes fitnah liwat terbaru ini, beliau juga awalnya terbabit di dalam peguam DS Anwar di dalam kes qazaf yang mahu difailkan di dalam mahkamah Syariah yang akhirnya ditolak atas bantahan yang dikemukakan oleh Jamil Khir, seorang menteri yang kununnya tokoh Islam di dalam Umno. Soalnya, mengapa sekarang YB Zul begitu lapar kepada DNA DS Anwar? Semuanya berubah setelah tidak lagi berjuang dengan kebenaran. Beliau dipecat dari PKR, dan semenjak itu mulutnya terkunci dari menceritakan kebenaran. Jika dahulu beliau dilihat seperti menyanjung tinggi perundangan Islam, kini beliau `beriman' dengan DNA. Al-Quran tidak lagi dijadikan hujah untuk mengadili kes-kes seperti ini sebaliknya DNA dijadikan dalil atau nas terkuat. Saya tidak dapat bayangkan jika ada pihak yang meletakkan DNA Zul Kulim pada dubur babi, dan Zul Kulim dikatakan ada melakukan perbuatan liwat dengan babi tersebut. Apakah Zul Kulim redha dengan tuduhan sedemikian? Jika ada yang percaya bahawa DNA adalah bukti kukuh melebihi dari keadilan Islam itu, sudah tentu mereka akan percaya bahawa Zul Kulim telah meliwat seekor babi. Di mana ilmu yang Allah kurniakan kepada Zul Kulim selama ini? Ilmunya terus hancur lebur dan tiada keberkatannya lagi setelah bersekongkol dengan puak yang zalim serta sekutu Apco. Mengapa YB Zul tidak menyoal Saiful siapakah pemilik DNA yang lain yang dikatakan berterabur pada punggung pemuda yang pernah tidak mencuci duburnya selama beberapa hari itu? Mengapa sasarannya DS Anwar sahaja? Itu sudah cukup menunjukkan betapa rendahnya moral Zul Kulim yang mudah dibeli. Saya sarankan kepada Zul Kulim, jika kamu lapar sangat kepada DNA DS Anwar, sila kutip DNA tersebut pada tilam yang pernah diusung oleh Musa Hassan sewaktu kes fitnah Liwat I dahulu. Kamu boleh simpan dan buat perhiasan atau tangkal di rumah kamu. / wfauzdin.blogspot.com | ||
MIC bincang dengan PM kedudukan Murugiah Posted: 18 Mar 2011 01:06 AM PDT BERNAMA Presiden MIC, Datuk G Palanivel, berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai kedudukan Datuk T Murugiah yang penggalnya sebagai ahli Dewan Negara tamat bulan depan. "Saya akan berbincang dengan Perdana Menteri dalam masa terdekat...ianya akan diumum selepas itu. Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan yang boleh dikeluarkan," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan pemimpin MIC Perak, di Ipoh malam semalam. Murugiah mengangkat sumpah sebagai Senator pada 2008 dan penggalnya akan berakhir pada 18 April ini. Susulan pelantikan tersebut, Murugiah yang ketika itu Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, beliau dipecat daripada PPP selepas perselisihan dengan Presiden parti, Datuk M Kayveas. Murugiah menyertai MIC pada Jun 2010. | ||
Rakyat asing mula tinggalkan Jepun Posted: 18 Mar 2011 01:04 AM PDT LAPORAN - AFP Ketika pekerja dan tentera Jepun terus bertungkus lumus mencari jalan bagi memastikan kecairan tidak berlaku pada pusat tenaga nuklear yang tumbang akibat gegaran gempa bumi minggu lalu, lebih banyak negara asing menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan negara itu. Di reaktor loji No 1, Fukushima, yang terletak kira-kira 250km dari Tokyo, helikopter tentera Chinook berterusan melepaskan bertan-tan air dalam usaha menurunkan suhu reaktor nuklear berkenaan. Pihak bomba juga dikerah menyiram air ke dalam reaktor yang menempatkan batang tenaga bagi mengelakkannya daripada terdedah ke udara dan melepaskan bahan radioaktif. Meskipun batang berkenaan telah dipisahkan dari reaktor di loji itu, namun ia dikatakan masih mempunyai bahan radioaktif. Di Yamagata, agensi keselamatan nuklear Jepun berkata kepulan asap mula kelihatan dari bangunan yang menempatkan reaktor nuklear yang rosak di loji kuasa yang lumpuh akibat tsunami minggu lalu. Tinggalkan Jepun Dalam pada itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, lebih banyak kerajaan asing menggesa rakyat mereka meninggalkan kawasan timur laut Jepun dan juga Tokyo. Antara negara tersebut adalah Britain, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand. Kerajaan Jepun pula meminta orang ramai yang tinggal sekitar lingkungan 10km daripada zon 20-kilometer sekitar loji nuklear supaya tidak keluar dari rumah. Lebih 200,000 orang juga telah dipindahkan dari zon berkenaan. | ||
Zambry: Pakatan bohong sidang DUN dikawal ketat Posted: 18 Mar 2011 01:02 AM PDT BERNAMA Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata Pakatan Rakyat berbohong apabila mendakwa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak masih dikawal ketat oleh polis. Katanya, persidangan yang berlangsung November lalu menjadi bukti bagaimanana ia berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ahli Dewan daripada pembangkang yang turut sama bermesyuarat selama empat hari. "Tak perlulah berbohong untuk cari alasan tak mahu hadir," katanya kepada pemberita di Ipoh bagi mengulas kenyataan ADUN Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan persidangan DUN Perak yang dijadualkan bulan depan bebas daripada kawalan polis. Mohammad Nizar dilaporkan berkata, jaminan itu diminta kerana setiap kali berlangsungnya persidangan Dewan itu, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat. Zambry berkata, persidangan yang berlangsung sebelum ini jelas berjalan dengan baik dan tiada polis yang berkumpul di kawasan sekitar dewan seperti yang didakwa. | ||
'Kami datang bukan untuk dipujuk MIC' Posted: 18 Mar 2011 12:59 AM PDT Jimadie Shah Othman Setelah menerima tamparan akibat "pengunduran' tiga wakil masyarakat India daripada panel bebas Interlok semalam, Presiden MIC Datuk G Palanivel hari ini mengadakan pertemuan dengan kumpulan itu. Bagaimanapun penulis Uthaya Sankar SB yang hadir bersama bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur pagi tadi, sesi itu bukanlah mesyuarat, sebaliknya hanya taklimat. "Kami hanya memberikan penerangan apa sebenarnya yang berlaku dalam pertemuan di parlimen kelmarin supaya mereka faham," katanya sambil menyifatkan pertemuan itu hanya berlangsung 30 minit. "Dia akhirnya faham dan berkata akan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung perkara ini. Saya tidak bolehlah bercakap bagi pihaknya." Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran tidak hadir dalam pertemuan pagi tadi. Ketika dihubungi Malaysiakini tengah hari ini, Uthaya juga menafikan pertemuan itu diadakan bertujuan memujuk mereka supaya kembali mengganggotai panel tersebut. "Tak timbul soal pujuk memujuk. Kami datang bukan untuk dipujuk," katanya tegas sambil menegaskan mereka tetap berpegang pada perakuan yang disepakati dalam sidang terakhir panel itu pada 4 Mac lalu. Diminta mengulas tentang kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa berita "pengunduran" mereka adalah salah faham semata-mata, Uthaya menjawab: "Kami tidak dihubungi mana-mana pihak. Dan kalau kata ini hanyalah salah faham, boleh rujuk blog saya yang menceritakan kandungan pertemuan itu. Ini bukan salah faham." Semalam, Muhyiddih bertegas bahawa tiga wakil masyarakat India itu belum mengundurkan diri dan berkata apa yang berlaku semalam adalah "salah faham". Katanya, beliau telah dihubungi oleh Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang memberi jaminan bahawa ketiga-tiga mereka akan tetap berada dalam jawatankuasa itu. | ||
Tony Pua mahu saman Zahid Hamidi Posted: 18 Mar 2011 12:55 AM PDT MALAYSIA KINI Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sedang membuat persiapan untuk memfailkan saman fitnah 'besar' terhadap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilaporkan oleh sebuah akhbar sebagai mendakwa ahli politik DAP itu pernah ditangkap di Singapura. Menulis dalam Twitternya, Pua menyifatkan dakwaan Zahid itu sebagai "langsung tidak boleh dipercayai". "Kami sedang menyediakan saman. Ia pasti akan difailkan minggu depan," dikatakan Pua ketika dihubungi. Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan yang memetik Zahid mendakwa Pua pernah ditangkap dan dibicarakan di Singapura. "Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," kata Zahid dalam laporan tersebut. Ahmad Zahid dilaporkan berkata demikian ketika mengulas mengenai kemarahan Pua terhadap Datuk Bung Moktar Radin apabila ahli parlimen Kinabatangan itu menggelar ahli parlimen DAP itu sebagai 'ejen Singapura'. Bagaimanapun, Ahmad Zahid dilaporkan tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya pua menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama. Zahid juga dilaporkan berkata mungkin Bung Moktar tahu Pua belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi. Laporan Utusan itu juga memetik Pua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Zahid itu yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali. "Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujar Pua dalam laporan itu. Selain itu, dalam laporan tersebut juga, Pua menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut. | ||
Cop Injil: Paderi timbang heret KDN ke mahkamah Posted: 18 Mar 2011 12:49 AM PDT Joseph Sipalan Keputusan kerajaan untuk mengecop 'Untuk Kristian Sahaja' ke atas 5,100 alkitab Injil berbahasa Indonesia yang ditahan baru-baru ini mungkin dibawa ke mahkamah, kata seorang peguam. Menurut Annou Xavier, beliau dihubungi oleh beberapa paderi yang bercadang mengheret Kementerian Dalam Negeri ke ke mahkamah kerana berpendapat hak mereka sebagai penganut agama Kristian telah dicabuli. Katanya, cop berkenaan pada alkitab secara tidak langsung menafikan hak penganut Kristian bagi mengembangkan kepercayaan mereka kepada masyarakat bukan Islam. Merujuk Artikel 11 (4) perlembagaan persekutuan, Annou berkata sekatan hanya adalah terhadap mengembangkan agama kepada masyarakat Islam tetapi tidak menyatakan apa-apa bila membabitkan masyarakat bukan Islam. Artikel 11 (4) berbunyi: "Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam." | ||
TI-M: Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot Posted: 18 Mar 2011 12:46 AM PDT S Pathmawathy Badan pemantau anti-rasuah - Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot. Beliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report - yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah. Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah. Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini. | ||
Kita beri sokongan moral kepada SNAP Posted: 18 Mar 2011 12:38 AM PDT Kita rasa 'selesa' bekerjasama dengan SNAP yang juga parti Pakatan pembangkang (PAS, PKR dan DAP). PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) akan memberi sokongan moral kepada Parti Nasional Sarawak (SNAP) dalam pilihan raya negeri Sarawak kelak. Perkara itu disuarakan Setiausaha Kita, Abd Latif A Tambi sambil menyifatkan sokongan itu disebabkan 'keselesaan' bekerjasama dengan SNAP yang juga parti Pakatan pembangkang (PAS, PKR dan DAP). Menurut Abd Latif, Kita juga sentiasa bersikap terbuka dalam memberi bantuan dan sokongan jika diperlukan SNAP. Beliau berkata, "Ketua parti Datuk Zaid Ibrahim berpendirian Sarawak untuk parti tempatan Sarawak…..Sabah untuk Sabah. Apa sahaja perbincangan, Kita tidak mahu campurtangan. "Walaupun Kita tiada perjanjian rasmi tapi parti sedia memberi bantuan jika mahu tenaga kerja, kita akan bantu. "Kita tiada sebarang agenda tersembunyi selain merasa selesa bekerjasama dengan SNAP," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kita di sini hari ini. Ketika ditanya mengapa sokongan itu hanya untuk SNAP dan bukan parti lain, Abd Latif berkata ini kerana Kita dan SNAP mempunyai visi yang sama. Kita sokong SNAP sebab ia parti tempatan," katanya ringkas. Menurut Abd Latif, Kita belum ada rancangan untuk bertanding di negeri Bumi Kenyalang itu. "Tetapi sekiranya Datuk Zaid membuat keputusan sebaliknya maka Kita berkemungkinan akan bertanding di Sarawak," katanya. | ||
Umat Islam perlu pertingkat kefahaman agama Posted: 18 Mar 2011 12:35 AM PDT
| ||
Pindah: SMJK masih tidak dapat layanan adil Posted: 18 Mar 2011 12:34 AM PDT
| ||
P'raya Sarawak: Kerusi PAS hampir selesai Posted: 17 Mar 2011 09:07 PM PDT
| ||
Posted: 17 Mar 2011 08:54 PM PDT
| ||
Pelancaran Kase di Kedah malam ini Posted: 17 Mar 2011 08:53 PM PDT
| ||
Bawa balik pelajar di Yaman sebelum meruncing Posted: 17 Mar 2011 08:52 PM PDT
| ||
ADUN Selangor Minta Najib Runding Projek Sungai Klang Posted: 17 Mar 2011 08:44 PM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Adun Sekinchan, Ng Sue Lim meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenepikan fahaman politik dan mengamalkan permuafatakan dalam projek River of Life bagi pembersihan dan pembangunan Sungai Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). "Amat malang dan saya cukup kesal dengan keadaan ini dan saya mendesak Najib agar menghormati prinsip kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan mengetepikan elemen perbezaan politik agar dapat sama-sama berkerjasama dan mengembeling tenaga membangunkan negeri dan negara dalam soal pembangunan dan pembersihan Sungai Klang ini,"kata Sue Lim kepada Tv Selangor. Selain memohon peruntukan RM2 juta untuk disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyelenggara persekitaran sungai berkenaan, surat tersebut turut menjelaskan bahawa kerajaan negeri telah menyenarai pendek tiga syarikat untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan Sungai Klang. | ||
Ummi Fail Saman Terhadap Baginda, Malaysiakini Posted: 17 Mar 2011 08:41 PM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan