Khamis, 17 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isteri BERMUKAH dengan Rakan Baik

Posted: 17 Mar 2011 06:15 AM PDT

Suami malang.

Saya petik:
[SH] ALOR GAJAH - Seorang suami yang berpengaruh dan berjawatan tinggi di sebuah agensi kerajaan, dekat sini, kecewa selepas mendapat tahu isterinya menjalinkan hubungan intim dengan rakan baiknya sendiri.

Itulah pengakuan Abd Samad Mohd, 46, (bukan nama sebenar) yang pada mulanya hanya mendengar khabar angin daripada rakan sekerja, menyatakan isterinya itu menjalin hubungan intim dengan rakan sepejabatnya namun dinafikannya.

Menurutnya, dia mendirikan rumah tangga bersama isterinya berumur 33 tahun itu 17 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak perempuan, berumur antara 20 dan 12 tahun.

"Kami bekerja dalam agensi yang sama tetapi berlainan jabatan.

"Memang tidak terduga, isteri yang kerap menghadiri seminar dan rombongan keluar daerah, rupa-rupanya hanya helah untuknya memadu kasih bersama kekasih hati sebelum perlakuan sumbangnya terbongkar," katanya.

Abu Bakar berkata, sepanjang hidup bersama, isterinya tidak pernah marah, lemah-lembut dan penyayang.

"Apabila rakan sampaikan berita ini, saya tak percaya sebab tiada bukti cuma saya syak berlaku sesuatu apabila sikap isteri mula berubah sejak kebelakangan ini tetapi saya biarkan syak wasangka ini berlalu begitu sahaja.
"Sepanjang perkahwinan, kami tak pernah berkelahi atau bertengkar. Jika adapun perselisihan faham, kami hanya tidak bertegur sapa untuk sementara sahaja dan selepas hilang perasaan marah, kami berbaik semula," katanya.

Menurutnya, sehinggalah satu ketika, isterinya meminta izin mengikuti rombongan ke Langkawi bersama rakan sepejabat.

"Saya izinkan dia pergi dan menghantarnya ke tempat berkumpul.

"Biasanya, apabila kami berjauhan, dia akan hantar mesej bertanyakan pelbagai perkara tetapi kali ini dia tidak berbuat demikian, malah menyepikan diri sehingga membuatkan hati saya berdetik dan mula memikirkan sebaliknya," katanya.

Abd Samad berkata, selang dua bulan kemudian, jabatan isterinya mengadakan hari keluarga di sebuah pulau di selatan tanah air.

"Saya cuba halang tetapi tak sampai hati. Selama dua hari satu malam di sana, satu mesej pun dia tak kirim kepada saya.

"Hati saya mula tak sedap. Tambahan pula, rakan sepejabat banyak membantu saya memantau dan menjejak di mana isteri serta teman lelakinya itu sehingga ke selatan tanah air," katanya.

Menurutnya, selepas diyakinkan oleh rakannya, dia nekad menjejaki isterinya dan terkejut apabila mendapati hanya isteri dan teman lelakinya sahaja berada di sana.

"Luluh hati saya bila melihat isteri berpeluk mesra dengan lelaki yang saya kenali di satu kawasan pantai di pulau terbabit.

"Bagaimanapun, saya pasrah dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan nekad menceraikan dia di hadapan teman lelakinya," katanya.
 P/s: Siapa sangka? Air yang tenang jangan disangka tidak berbahaya!


Ummi Hafilda Saman Beginda & Malaysia Kini. WOW!

Posted: 17 Mar 2011 05:00 AM PDT


Saya petik:
[MK] KUALA LUMPUR 17 MAC : Ummi Hafilda Ali hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap ahli perniagaan Nor Azman Abdullah Baginda Minda dan Malaysiakini.

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Ummi mendakwa sebuah artikel yang disiarkan dalam Malaysiakini pada hari Selasa, yang memetik Baginda sebagai berkata beliau akan mendedahkan dakwaan salahlakunya.

Ummi juga memohon injunksi terhadap Baginda dan Malaysiakini daripada mengulang atau menyiarkan lagi kenyataan-kenyataan yang memfitnahnya.

Bercakap kepada pemberita selepas memfailkan saman tersebut, Ummi berkata Baginda telah mencemarkan reputasinya ekoran perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Ummi yang merupakan saksi utama dalam perbicaraan itu, mendakwa Baginda telah digunakan oleh pihak peguambela untuk memberi keterangan bagi mencabar kredibilitinya.

Ummi juga mendakwa bahawa Baginda hanya menjadi alat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnahnya, sambil menegaskan bahawa PAS dan PKR menggunakan perkara itu untuk kepentingan mereka sendiri.

Katanya, dia mengambil tindakan undang-undang itu bukan kerana takutkan Baginda berceramah mengulangi dakwaan fitnah terhadapnya, tetapi ia demi menjaga reputasi dan integritinya.

P/s: Beginda kena cepat ingat tanda lahir Ummi! Semakin menarik! Mari kita lihat siapa yang kena!


20 Pelajar Dibuang Sekolah. Saya Sokong!

Posted: 17 Mar 2011 01:00 AM PDT

Sebahagian ibu bapa yang tidak berpuas hati.

Saya petik:
[SH] BUKIT KAYU HITAM - "Kami kesal kerana pertemuan dengan pengetua untuk membuat rayuan tidak mendatangkan hasil sebaliknya pengurusan sekolah tetap dengan keputusan untuk membuang anak kami dari sekolah," keluhan waris pelajar sebuah sekolah berasrama ketika ditemui di luar pekarangan sekolah itu di sini, semalam.

Berikutan keputusan muktamad itu, waris kepada 20 pelajar Tingkatan Lima yang didakwa terlibat dengan kes buli di sekolah berkenaan kecewa kerana rayuan mereka untuk terus mengekalkan anak-anak mereka di situ ditolak tanpa kompromi.

Seorang waris, Jasmi Mohd Noor, 44, mendakwa tindakan anak mereka dibuang sekolah hanya diketahui selepas menerima surat daripada pihak sekolah yang bertarikh 10 Mac melalui kiriman pos laju dua hari lalu.

Menurutnya, mereka amat terkejut apabila menerima surat berkenaan dan mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pihak sekolah pada hari ini (semalam) untuk membuat rayuan seperti yang tertera pada surat yang diterima.

"Bagaimanapun kami hampa kerana rayuan yang dibuat untuk terus mengekalkan anak kami di sini tidak dilayan malah pihak sekolah muktamad dengan keputusan mereka untuk membuang anak kami dari sekolah ini.

"Kami meneliti surat yang diterima dan apa yang difahamkan pelajar diberi tempoh selama 14 hari dari tarikh surat berkenaan untuk membuat rayuan sebelum tindakan terbabit dikenakan kepada mereka.

"Namun apabila kami (waris) pelajar berhimpun hari ini (semalam) untuk berjumpa pengurusan sekolah, rayuan kami ditolak kerana pihak sekolah mendakwa rayuan itu sebenarnya adalah untuk mengeluarkan anak kami dari sekolah dan ditukarkan ke sekolah lain sebelum tamat tempoh 14 hari yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Difahamkan tindakan itu diambil berikutan kejadian selepas semua pelajar terbabit mengasari seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah berkenaan yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat di surau sekolah itu pada 25 Februari lalu.

Sementara itu, waris lain, Mohd Shukri Ali, 42, berkata, mereka mengaku kesalahan yang dilakukan anak mereka namun hukuman drastik membuang sekolah dirasakan tidak wajar.

"Kami rela anak kami dirotan kerana itu memang kesalahan mereka tetapi jangan sampai membuat tindakan membuang mereka dari sekolah kerana ia hanya akan menjejaskan pelajaran tambahan pula mereka bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa bulan sahaja lagi.

"Kami tidak faham kenapa keputusan drastik ini dibuat sedangkan tiada laporan sah mengatakan mangsa buli cedera atau sebaliknya tetapi terus hukuman membuang sekolah terpaksa ditanggung oleh 20 pelajar tingkatan lima selain dua lagi yang hanya menerima hukuman rotan sahaja," katanya.

Manakala Mohd Azami Abdul Majid, 45, berkata, kebanyakan anak mereka mengambil aliran Sains Teknikal dan sukar bagi mereka membuat penukaran sekolah dalam masa terdekat ini ditambah pula bukan semua sekolah biasa menawarkan aliran itu.

"Masa yang tinggal telah suntuk, penghujung Mac ini pendaftaran untuk SPM sudah dilakukan jika anak kami bertukar sekolah ia perlu melalui pelbagai proses dan ia akan menyulitkan lagi keadaan," katanya.

Azlah Harun, 54, berkata, sebelum ini dia pernah menerima panggilan telefon daripada anaknya memberitahu pihak sekolah membenarkannya pulang ke rumah berikutan kejadian terbabit.

"Difahamkan pihak sekolah membenarkan mereka pulang dalam tempoh siasatan namun tidak menyangka pula tindakan drastik membuang sekolah diambil tanpa sebarang perbincangan dan waris langsung tidak dimaklumkan apa-apa sehinggalah menerima surat berkenaan dua hari lalu.

"Apa pun kami sangat berharap anak kami dapat diterima semula masuk ke sekolah ini kerana SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan bimbang ia akan menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika dihubungi meminta semua waris pelajar itu membuat rayuan terus kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah dalam tempoh sebulan daripada tarikh hukuman buang sekolah itu dikenakan.

Menurutnya, JPN Kedah akan menyiasat kes berkenaan dan seterusnya dibawa untuk perhatian Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di bawah Kementerian Pelajaran untuk tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun jika SBP menerima rayuan itu, semua pelajar itu akan diterima semula masuk ke sekolah berkenaan tetapi jika sebaliknya, JPN Kedah akan mencari sekolah lain yang sesuai bagi menempatkan mereka yang terlibat," katanya. 

 P.s: Saya simpati dengan ibu bapa yang masih mempertikaikan hukuman yang dijatuhkan kepada anak-anak mereka selepas didapati bersalah kerana membuli. Saya kira kesalahan yang dibuat itu bukanlah kesalahan pertama, saya kira tindakan yang diambil oleh pihak sekolah bukanlah tindakan sembarangan kerana pengurusan sekolah sudah tentu arif dengan masalah disiplin pelajar-pelajar tersebut. Saya pernah menjadi guru sandaran sebelum ini. Saya tahu masalah disiplin pelajar dan saya faham bukan mudah pihak sekolah mahu membuang pelajar tanpa sebab-sebab yang kukuh.

Walaupun ada kalangan anda mungkin tidak bersetuju, tetapi saya menyokong tindakan pihak sekolah membuang pelajar-pelajar terbabit kerana tindakan itu dapat menjadi contoh teladan kepada yang lain. Justeru, keluarga pelajar-pelajar terbabit seharusnya berasa malu untuk mempertikaikan tindakan guru atau bertegas mahu anak-anak mereka meneruskan persekolahan di sekolah itu berdasarkan perlanggaran disiplin yang telah dilakukan oleh anak mereka. Mereka sedar implikasi yang bakal dihadapi jika terus membenarkan pelajar-pelajar itu meneruskan persekolah di situ.

Bagi ibu bapa yang terlibat, carilah sekolah lain, jika tidak mahu perkara sebegini terjadi, didiklah anak-anak kamu dengan betul dan jadikanlah hukuman itu sebagai pengajaran.


Mayat Bayi TANPA Tangan dan Kaki Ditemui

Posted: 16 Mar 2011 11:15 PM PDT


Saya petik:
[SH] RELAU - Mayat seorang bayi yang tidak diketahui jantinanya ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tangan, kaki dan kemaluanya hilang di sebuah tapak pembinaan berhampiran Blok 88, Desa Relau, Paya Terubong, di sini, petang semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang buruh binaan yang kebetulan melalui kawasan itu, kira-kira jam 4 petang.

Beliau yang hanya mahu dikenali Shanvogavellu berkata, pada mulanya dia menyangka objek ganjil itu batang pisang namum disebabkan curiga dia memberanikan diri untuk melihat objek berkenaan secara lebih dekat.

"Alangkah terkejut apabila mendapati objek ganjil itu sebenarnya bayi tanpa tangan dan kaki.

"Saya kemudian memberitahu majikan sebelum menghubungi polis memaklumkan perkara itu," katanya di tempat kejadian.

Difahamkan, tangan dan kaki bayi malang yang baru berusia sehari itu sudah dimakan haiwan liar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Kong Meng berkata, mayat bayi itu akan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan pihaknya masih menyiasat dan belum membuat sebarang tangkapan.

"Kami menyiasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana cuba menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian bayi terbabit," katanya.

* Gambar sekadar hiasan.

P/s: Lahanat!

[PANAS] Soalan Pertama Ummi kepada Baginda

Posted: 16 Mar 2011 04:00 PM PDT


Saya petik:
MNH] "Kalau betul dia pernah mengadakan hubungan seks dengan saya, tolong beritahu di mana terletaknya 'birth mark' yang ada di tubuh ini!"

Itu reaksi awal yang dinyatakan oleh Ummi Hafilda Ali ketika ditanya Mynewshub.my berhubung dakwaan seorang ahli perniagaan yang mengancam untuk menjelajah ke seluruh negara bagi mendedahkan apa yang dikatakan "skandal" wanita itu di masa lalu.

Beginda Minda, yang mendakwa rakan niaga untuk projek berkaitan pembinaan Lapangan Terbang Antarangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata beliau tidak dapat menahan lagi dakwaan Ummi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beginda mendakwa, ketika Ummi membuat pelbagai dakwaan, termasuk tentang moral ketua pembangkang itu, wanita itu sendiri mempunyai skandal dengannya di London.

" Saya tak nafikan yang saya memang mengenali Beginda, ini kerana dia sering hadir dengan bekas rakan perniagaan saya ketika itu, Datuk Sng Chee Hwa bila mana kami berbincang mengenai soal perniagaan yang kami usahakan.

" Sebenarnya ini bukan kali pertama dia membuat tuduhan itu, saya sendiri pernah membuat laporan polis sebelum ini mengenai fitnah yang dia taburkan.

" Sekarang ini dia muncul semula setelah sekian lama menghilang, dengan nama Allah saya hendak katakan di sini, saya tidak pernah melakukan hubungan seks dengan beliau dan saya bersedia untuk melakukan mubahalah (sumpah laknat) mengenainya," tegas Ummi Hafilda

Kira-kira 10 tahun lalu, Beginda pernah menuduh Ummi Hafilda membuat perjanjian dengan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin supaya membuat pengakuan yang menentang ketua pembangkang.

Beginda mendakwa perjanjian itu memerlukan Ummi berbohong di kandang saksi bagi membolehkan diberikan bahagian kecil dalam projek KLIA yang bernilai berbilion ringgit.

Justeru, Beginda mendakwa Ummi telah ditipu Daim yang menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa dan terpaksa "menjaja" isu Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi mendapatkan wang.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau sekali lagi akan membuat laporan polis di atas segala fitnah dan nista yang Beginda nyatakan itu.

" Dia (Beginda) dengan bangganya menyatakan pernah membuat hubungan seks dengan saya tapi jangan kata bukti, gambar saya dengannya, dokumen perniagaan saya dengannya pun tak dapat dia kemukakan.

" Saya harap dia boleh berbangga bercerita satu dunia termasuk keluarganya kerana membuat pengakuan terbuka telah bersetubuh dengan Ummi Hafilda, namun percayalah, saya tidak akan sama sekali gentar untuk terus berjuang melawan segala taktik licik ini.

" Dengan nama Allah, saya ingin menyatakan yang segala tuduhan tersebut palsu, dan saya sedikit pun tidak akan menyerah kalah terhadap mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkan saya melalui kaedah yang menjijikkan ini," tegasnya.- Syahril A Kadir

 P/s: Saya mungkin lewat menyiarkan artikel menarik ini, namun tidak mungkin saya meminggirkannya begitu sahaja. Menarik! Kita tunggu jawapan Beginda. Ummi mahu membuat laporan polis, dan telah bersumpah dengan nama Allah. Hati-hati apabila bersumpah, takut dimakan sumpah nanti! Seperkara lagi, adakah dengan bersumpah dapat melepaskan seseorang daripada hukuman?

Jika benar Ummi ini masih anak dara tua, apa kata ikut jejak langkah seorang artis wanita yang membuat ujian pengesahan dara untuk membuktikan kata-kata Beginda itu adalah dusta. Setuju?

Semakin menarik!

Tiada ulasan: