DUNIACACAMARBA |
- Telur Rebus Air Kencing
- Lee Chong Wei Pertahankan Kejuaraan All England
- [Audio] Awas, Lagu Ini Didakwa Dorong Orang Bunuh Diri!
- Karikatur "Berita Harian" Senda Tsunami Kini di Media Antarabangsa
- Akhbar dan Artis Biadap, Senda Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun
- Dalam Berjuta-juta Rakyat Jepun yang Menghadapi Musibah, Nasib Pelakon Porno Pula Dapat Perhatian Media!
- Pelacur "Untung Besar" Pasca Gempa Bumi di Christchurch, NZ
- "Hebat" Budak Sekolah Sekarang! Kena Hukum "Mengadu" kepada Surat Khabar
- Memoir Che Det Jadi "Nyawa" Ummi Hafilda?
Posted: 13 Mar 2011 04:13 PM PDT Saya petik:
| ||
Lee Chong Wei Pertahankan Kejuaraan All England Posted: 13 Mar 2011 03:02 PM PDT
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan Seluruh England apabila menumpaskan pemain China, Lin Dan dalam final perseorangan di Birmingham. Chong Wei menang 21-17,21-17 untuk menewaskan musuh tradisinya itu dalam masa 52 minit. Syabas dan tahniah! | ||
[Audio] Awas, Lagu Ini Didakwa Dorong Orang Bunuh Diri! Posted: 13 Mar 2011 06:45 AM PDT Audio: Sejarah "Gloomy Sunday" boleh dibaca dalam klip video ini: P/s: Saya hanya bergurau apabila menulis kata "Awas". Jangan salah faham! Tiada apa-apa dengan lagu ini. Santai! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Karikatur "Berita Harian" Senda Tsunami Kini di Media Antarabangsa Posted: 13 Mar 2011 04:00 AM PDT
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Akhbar dan Artis Biadap, Senda Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun Posted: 13 Mar 2011 12:23 AM PST
Karikatur di atas dipaparkan dalam ruangan "Ragam", Berita Minggu, Ahad 13 Mac 2011. Karikatur yang mempersenda musibah yang melanda masyarakat Jepun ini adalah hasil karya kartunis Zoy. Sementara itu, akhbar HM hari ini menyiarkan pula berita tentang pelakon Mohd Fairuz Zainal Abidin, 32, atau popular dengan panggilan Fizz Fairuz membuat gurauan 'terlampau' di laman sosialnya, Twitter, berkaitan dengan tragedi tsunami yang melanda Jepun. Dalam laman sosial berkenaan, Fizz menulis: "Manalah ultraman n power ranger n doreamon dlm saat2 genting tsunami di Jepun." Beberapa peminat Fizz Fairuz dalam laman sosial berkenaan mengkritik gurauan terbabit yang dianggap lawak tidak bertempat dan langsung tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat. Malang! P/s: Berita Harian yang menyedari kesilapan itu telah memohon maaf . Saya salin kenyataan mereka di FB. Biarpun begitu, kerosakan telah pun berlaku! Namun, artis yang lebih dikenali dengan nama Fizz itu memberikan respos: "Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenainya." Tiada kekesalan, tiada permohonan maaf. | ||
Posted: 12 Mar 2011 10:00 PM PST Saya ada baca berita fasal pelakon porno Jepun ini di media Indonesia malam tadi. Bukan di Kompas, tetapi di sebuah laman berita atas talian yang lain. Waktu itu saya terfikir, dalam berjuta-juta rakyat Jepun yang ditimpa musibah, si "jalang" ini yang mendapat perhatian media. Tidakkah mereka sedar bahawa tingkah laku pelakon porno ini serta sebilangan rakyat Jepun yang terjebak dalam pelbagai maksiat mengundang musibah di Jepun? Adakah mereka hanya mahu bersandar pada hakikat bahawa kedudukan Jepun di kawasan gempa bumi yang menjadi faktor penyebab tunggal tsunami dan gempa bumi di sana? Yang saya rasa malu, ada pula akhbar Malaysia memaut berita itu lalu menampal gambar Miyabi di muka hadapan akhbar, mungkin untuk menarik perhatian pembaca. Selain memaparkan berita simpati, akhbar memaparkan nasib pelakon porno ini untuk menarik perhatian pembaca. Aduhai! Akbar mana? Klik sini. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Pelacur "Untung Besar" Pasca Gempa Bumi di Christchurch, NZ Posted: 12 Mar 2011 07:30 PM PST Bagaimana boleh terjadi begitu? Tentu pembaca DCM berminat untuk mengetahuinya. Menurut nydailynews.com, pelacur di bandar Christchurch, New Zealand, memperoleh durian runtuh apabila malapetaka yang mengundang kesedihan, kemuraman, kepedihan kepada penduduk dan bandar itu mengundang ribuan pasukan sukarelawan dan pasukan penyelamat dari serata dunia. Menurut salah seorang pelacur tempatan, dia memperoleh $1,000 (RM3,039) untuk tempoh waktu yang singkat dengan melayan pekerja/sukarelawan yang ditugaskan mencari dan menyelamat mangsa bencana alam itu. "Ada banyak lelaki di sini, lelaki tanpa isteri di sisi mereka, dan mereka agak nakal di sini," kata pelacur yang hanya mahu dikenali dengan nama Candice. "Saya tidak pernah memperoleh hasil yang begitu lumayan sejak 3 tahun belakang ini," katanya lagi. "Pasukan penyelamat asing lebih pemurah kerana mereka membayar saya dengan harga yang mahal. Mereka mendakwa mengalami stres dan mereka memerlukan sesuatu untuk melegakan stres tersebut," kata Candice menamatkan perbualan. P/s: Orang lain bersedih, mereka bergembira dan mengira keuntungan! Macam-macam! Silap-silap berlaku lagi gempa bumi di sana. Banyak sangat maksiat! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
"Hebat" Budak Sekolah Sekarang! Kena Hukum "Mengadu" kepada Surat Khabar Posted: 12 Mar 2011 06:00 PM PST Mengapa saya kata "hebat"? Bukan hebat kerana cemerlang dalam kurikulum atau kokurikulum. Hebat kerana sudahlah ponteng kelas, mereka dan kaum keluarga mencanang/mengadu kepada akhbar tentang guru yang mengambil tindakan disiplin. Tidak cukup dengan tindakan cuba mewajarkan kesalahan yang telah dibuat, mereka menyalahkan pula guru kerana menampar pipi mereka. Sekarang seolah-olah menjadi trend apabila ibu bapa menggunakan akhbar untuk menutup masalah disiplin anak-anak. Trend hari ini sangat jauh berbeza daripada zaman persekolahan sekitar awal 90-an, 80-an, dan 70-an dahulu. Saya malas menulis panjang, cuma sebagai ibu bapa, tanyalah diri anda bukankah sikap sebilangan besar ibu bapa sekarang adalah punca masalah moral remaja hari ini semakin buruk? Apa tidaknya, apabila anak dihukum, mereka terus "menyerang" sekolah sama ada serangan fizikal mahupun tindakan undang-undang atau mencanangkannya di media. Tidak pernahkah mereka teringat zaman mereka bersekolah dahulu? Saya bersyukur kerana semasa bersekolah dahulu, guru disiplin saya tegas dan garang. Kerana ketegasan dan kegarangan mereka, saya terhindar daripada terjebak dalam pelbagai macam salah laku negatif yang kini semakin sebati dalam hidup sebilangan besar pelajar sekolah. Seingat saya, jika guru menghukum saya kerana melakukan kesalahan, ayah saya akan membebel dan memarahi saya kerana melakukan kesalahan itu. Maksudnya, sudahlah sakit dirotan, ayah di rumah menambah pula "kesakitan" itu dengan kata-kata nasihat yang pedas. Pada masa itu, memanglah saya berasa sedikit marah dan tidak suka akan situasi yang berlaku, namun, alhamdullilah setelah meningkat dewasa saya tahu betapa bermaknanya hukuman dan kata-kata pedas daripada ibu bapa dan guru. Kini, senario itu sudah berubah. Jika anak melakukan kesalahan, ibu bapa akan menyerang sekolah, bagi yang tinggal di bandar mereka menggunakan akhbar dan sebagainya. Apa impaknya kepada pelajar? Anda lihatlah sendiri... P/s: Saya tidak kata semua tindakan guru itu betul. Namun, jika mahu melahirkan rasa tidak puas hati kepada pihak sekolah, biarlah berpada-pada. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Memoir Che Det Jadi "Nyawa" Ummi Hafilda? Posted: 12 Mar 2011 04:45 PM PST DSAI dan Ku Li menolak kebenaran dalam memoir ini. Jika DSAI menolaknya, mungkin ada yang tidak hairan, namun Ku Li juga menolak. Kata Ku Li, beliau tiada wang untuk politik wang, dan beliau tidak mempunyai kroni. Yang paling menarik, beliau berkata bahawa beliau tidak pernah mencuri dan menipu. Curi apa? Tipu siapa? Saya rasa orang UMCO tentu faham, tambah-tambah kalau tanya tentang saham RM54 bilion yang sepatutnya digaihkan kepada orang Bumiputera. Biarpun begitu, Ummi Hafilda yang diberi mesej oleh saudara kandungnya "Tak takut neraka ker" mendakwa dengan bangganya bahawa memoir Che Det ini bukti bahawa dia tidak memfitnah DSAI. Butirannya bolehlah anda baca laporan UM di atas. Jika begitu, andai kata ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang maka sudah tentu buku ini akan dibawa ke mahkamah. Bukan itu sahaja, penulisnya juga turut diundang ke mahkamah. Soalnya, beranikah Che Det ke mahkamah sedangkan terbukti dalam Drama Liwat I dahulu Che Det mengelak ke mahkamah. Jadi ada baiknya DSAI dan geng menyahut cabaran Che Det dan anak-beranak serta konco-konco Drama Liwat I termasuk Ummi yang menyabar DSAI menyaman mereka walaupun kes saman dahulu terhadap sebilangan mereka masih lagi dibicarakan walaupun sudah berbelas tahun berlalu. P/s: Semakin menjadi-jadi Ummi, bila mahu saman jurublog PR yang dia heboh-hebohkan sedikit masa lalu? * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan