DIALOG RAKYAT |
- 100,000 video ‘Selamatkan Sarawak, Bina Sarawak Baru’ diedar
- Jika tidak mahu demonstrasi jalanan, buatlah pilihanraya adil.
- Najib khianati penganut Kristian Sarawak
- SPRM diminta siasat UMNO Selangor dan YKE
- Gerakan untuk Perubahan buat laporan polis terhadap Taib
- Kedai ekor: Selangor dapatkan nasihat ulama, pakar
- BH Minta Maaf Karikatur Atas 'Ultraman'
- 29 Pelatih PULAPOL Masih Dirawat Di ICU HKL
- Demo Perkasa, GAPS Bercanggah Prinsip NGO
- Maya Karin: Dakwa saya cinta Effendi Norwawi gosip mengarut
- Ismail: Jangan jadikan tsunami alasan naikkan harga
- MCA lulus usul tangguh pemilihan hadapi PRU13
- Jamil Khir: Kos haji diumum waktu terdekat
- SPRM perlu siasat dana Umno Selangor, YKE biayai pelajar balik Mesir
100,000 video ‘Selamatkan Sarawak, Bina Sarawak Baru’ diedar Posted: 13 Mar 2011 04:14 AM PDT KUCHING: KEADILAN Sarawak mengedar 100,000 video bertajuk 'Selamatkan Sarawak, Bina Sarawak Baru' kepada semua rakyat di seluruh pelusuk negeri, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian. "Sebanyak 30,000 video sudah cetak dan diagih-agih ke setiap pimpinan cabang yang akan disebar ke setiap kawasan di negeri ini manakala 70,000 lagi bakal dicetak," katanya pada pelancaran video itu dalam konvensyen KEADILAN Sarawak di Batu Kawah, Kuching, semalam. Baru Bian percaya kandungan video itu antara kaedah terbaik untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sarawak mengenai isu semasa dengan baik dan berkesan. Katanya, anggota parti diseru menerangkan isi kandungan video itu dalam bahasa yang mudah difahami rakyat, khususnya mengenai rasional menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan negeri akan datang. "Isu utama dalam video berkaitan isu rampasan tanah dan peranan pemimpin BN Sarawak dalam hal itu," katanya. Beliau berkata, video itu turut mendedahkan kenyataan beberapa penduduk yang tanah mereka dirampas tetapi memperolehnya semula selepas kes itu dibawa ke mahkamah. "Turut dijelaskan, bagaimana keprihatinan Kerajaan Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang dalam menjaga kebajikan rakyat, khasnya berkaitan pentadbiran tanah. "Di Selangor, misalnya, pemilik tanah yang dinafikan hak sejak zaman BN, akhirnya menerima geran apabila Pakatan Rakyat memerintah, selain turut menurunkan bayaran premium tanah," katanya. Mana-mana cabang yang mahu memperoleh video itu diminta menghubungi Setiausaha Kerja KEADILAN Sarawak, Roslin Lambet 016-859 9027. | ||
Jika tidak mahu demonstrasi jalanan, buatlah pilihanraya adil. Posted: 13 Mar 2011 04:14 AM PDT Oleh Tuan Hj Mohamad Sabu Tunjuk perasaan aman sudah menjadi perkara biasa terutama di negara yang menjalankan pemerintahan sistem demokrasi. Samada demokrasi liberal seperti di negara Eropah Barat, USA dan juga demokrasi terpimpin di negara sebelah Asia. Demokrasi selalunya dibuat oleh kesatuan sekerja dalam usaha mereka menuntut keadilan samada hal gaji atau pendapatan atau menuntut status social yang lebih baik. Tunjuk perasaan juga sering berlaku di mana-mana negara untuk menunjukkan sokongan kepada sesuatu dasar seperti dasar menghadkan bilangan anak, hak milikan sekim insuran dan kesihatan, hak mewarisi harta, hak menganut agama dan budaya. Tunjuk perasaan juga dibuat untuk menentang sesuatu dasar yang dibuat oleh sesebuah negara seperti tunjuk perasaan menetang penglibatan USA di Vietnam. Ia dilakukan oleh rakyat USA sendiri atau rakyat di negara lain, tentangan mereka terhadap dasar USA. Keganasan regime Israel terhadap rakyat Palestine, selalunya berlaku tunjuk perasaan di seluruh dunia di merata negara menyatakan sikap tidak setuju terhadap kekejaman Israel. Tunjuk perasaan juga pernah dibuat untuk menyokong sesuatu dasar atau peristiwa, seperti sokongan kepada Hezbullah Lubnan, sokongan kepada Gadafi pada tahun 1970-an di atas sikapnya terhadap Barat, sokongan terhadap Iran dalam menghadapi sikap/dasar Hagamoni Barat terhadap negaranya, demonstrasi menyokong Hamas Palestine dan berbagai demonstrasi tanda sokongan terhadap sesuatu perkara. Saya cuba gambarkan segelintir jenis tunjuk perasaan yang sering dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini. Demonstrasi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan agak jarang berlaku di negara-negara dunia ketiga, kalau ianya berlaku bukanlah acara tahunan atau acara biasa. Tunjuk perasaan untuk menukar regime pemerintahan selalunya membawa kepada huru-hara dan memakan korban di pihak rakyat atau pendokong pemerintah. Puluhan pelajar university di Thailand gugur dalam demonstrasi menetang regime Suchinda, lebih 4,000 pelajar dan orang awam ditembak mati oleh polis Shah Iran pada Jumaat, September 1978, puluhan gugur dalam demonstrasi untuk menggulingkan regime Suharto. Demonstrasi untuk menjatuhkan pemerintah bukan upacara (event) biasa dan berlaku dalam suasana luar biasa. Demonstrasi rakyat untuk menukar regime pemerintah berlaku di negara-negara yang tidak mengamalkan sistem demokrasi. Pilihanraya di negara-negara ini diadakan hanya untuk mengesahkan regime yang berkuasa. Melalui pilihanraya, terlalu gelap gelita untuk menukar regime Suharto yang disokong kuat oleh ABRI. Kecuali secara atau melalui pilihanraya mana ada jalan untuk menukar pemerintah Ferdenand Marcos-Imelda. Mana ada cara untuk menukar pemerintah Shah Iran yang didalangi oleh USA dan Israel. Hanya demonstrasi jalanan untuk menukar regime dictator dan zalim dan tidak menjalankan proses demokrasi yang adil. Hampir kesemua negara Arab memerintah secara dictator. Pilihanraya diadakan hanya untuk melanjutkan kuasa regime yang sedang memerintah. Saddam Hussein selalunya memperoleh undi lebih 90%, parti NDP Hosni Mubarak baru mencapai kemenangan 98% dalam pilihanraya 4 bulan yang lalu. Jangan melihat siapa yang menang, tetapi mesti dilihat perjalanan pilihanraya untuk merebut kuasa. Adakah pertandingan berlaku di padang yang sama rata, adakah pemainnya sama banyak, adalah tiang gol sama besar, adalak pengadil benar-benar adil menjalankan tugas, adakah pasukan sorak dibenarkan masuk ke padang di sebelah pihak sahaja. Bukan menjadi pilihan rakyat untuk membuat tunjuk perasaan untuk menjatuhkan pemerintah. Lebih 300 terkorban di Mesir barulah regime Mubarak tumbang, ratusan terkorban di Tunisia barulah regime Zainal Abidin-Laila bertukar, sudah ribuan terkorban do Libya belum tentu dictator Gadafi akan tumbang. Regime Najib-Muhyiddin (Najib-Rosmah) tak perlu memberi amaran kepada rakyat supaya jangan mengikut cara rakyat Mesir, Tunisia atau Timur Tengah berdemostrasi untuk menjatuhkan kerajaan. Malah mereka mesti bertanya kepada diri mereka sendiri, adakah mandat yang mereka perolehi melalui pilihanraya yang sah dan adil. Adakah media di Malaysia bebas, pasukan keselamatan digunakan oleh BN/UMNO atau tidak dalam pilihanraya, wang kerajaan digunakan atau tidak untuk BN mencapai kemenangan, SPR bebas atau tidak dalam mengendalikan pilihanraya. Rakyat ke jalan raya atau tidak untuk menukar kerajaan BN bergantung sepenuhnya kepada pemerintah BN. Ke jalan raya (demonstrasi) bukan pilihan rakyat tetapi ia adalah pilihan pemerintah yang berkuasa. Hosni Mubarak dan NDP yang menyebabkan rakyat ke jalan raya, dan bukan pilihan rakyat Mesir. Himpunan BERSIH bukan hendak menjatuhkan kerajaan, ianya adalah untuk memberi peringatan supaya mereka yang berkuasa menjalankan pilihanraya dengan adil. Keadilan dalam pilihanraya adalah punca dan penyebab adanya keamanan. | ||
Najib khianati penganut Kristian Sarawak Posted: 13 Mar 2011 03:53 AM PDT SABAH DAILY Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian membidas Perdana Menteri Najib Razak dan Kementerian Dalam Negeri kerana mendalangi penahanan 30 ribu naskah Kitab Injil versi Bahasa Melayu di Pelabuhan Kuching sejak Januari lalu. | ||
SPRM diminta siasat UMNO Selangor dan YKE Posted: 13 Mar 2011 03:46 AM PDT
Tahniah diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghantaran pulang pelajar Mesir setelah negara tersebut pulih dari pergolakan. Kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan pelbagai kemudahan kepada hampir 1,200 pelajar dari negeri ini termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang pelajar ini menggunakan pesawat yang ditempah khas. Tidak mahu ketinggalan, UMNO juga mahu berjasa dalam isu ini; Yayasan Kelana Ehsan (YKE) dikatakan turut menyumbangkan wang tunai RM500 kepada pelajar bagi pihak UMNO. Tindakan UMNO Selangor ini menimbulkan kehairanan; bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti YKE mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini. Apatah lagi UMNO Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu. Jika UMNO Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA. Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang UMNO kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu. Selama ini pemimpin-pemimpin UMNO ghairah mengkritik malah sanggup membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menuduh Kerajaan Negeri membelanjakan duit rakyat. Mutakhir, menuduh Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial. SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggungjawab mereka. Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada UMNO Selangor, dari manakah UMNO Selangor dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini? Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan UMNO Selangor menghulurkan sumbangan? Kita juga mahu SPRM menyiasat perkara ini jika benar SPRM bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban. Jangan "double standard" hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya. *Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. | ||
Gerakan untuk Perubahan buat laporan polis terhadap Taib Posted: 13 Mar 2011 03:37 AM PDT MALAYSIA KINI Pergerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS), pimpinan Francis Siah telah membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa. Bagaimanapun, pelawaannya pada 4 Mac kepada Taib supaya hadir di balai polis pusat (CPS), tempat Francis membuat laporan polis, tidak disambut - di mana Taib ataupun wakilnya tidak datang. Siah (kiri - tengah) mahu Taib datang ke CPS jam 1 tengahari supaya mereka sama-sama membuat laporan polis. Siah secara rasmi membuat laporan itu pada jam 1.15 tengahnya kepada Koperal Norsiti Raffidah. Beliau juga mengemukakan kompilasi siri laporan yang dipetik dari Sarawak Report, Bruno Manser Fund dan portal berita. Siah berkata, kenyataannya akan diambil oleh pegawai penyiasat Inspektor Mohd Enzry, minggu depan. "Saya membuat laporan polis jenayah pengubahan wang haram, rasuah dan penyalahgunaan kuasa," katanya | ||
Kedai ekor: Selangor dapatkan nasihat ulama, pakar Posted: 13 Mar 2011 03:27 AM PDT
| ||
BH Minta Maaf Karikatur Atas 'Ultraman' Posted: 13 Mar 2011 03:24 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Berita Harian digesa supaya lebih berhati-hati untuk menyampaikan mesej tertentu berhubung bencana alam seperti penggunaan karikatur 'ultraman' dalam meremehkan kejadian tsunami. " Perkara ini sebenarnya melibatkan hubungan luar dengan negara tetangga ini. Justeru perkara yang melibatkan sensitiviti itu harus difahami dan dijaga. Untuk mengelakkan perkara itu dari disalah tafsir, tindakan segera harus diambil," kata Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusoff. Beliau ketika dihubungi Tv Selangor kesal dengan tindakan akhbar Berita Harian terbitan hujung minggu hari ini, memuatkan kartun yang menggambarkan watak 'Ultraman' sedang dikejar ombak Tsunami sehingga menimbulkan rasa kurang senang pembaca. | ||
29 Pelatih PULAPOL Masih Dirawat Di ICU HKL Posted: 13 Mar 2011 03:21 AM PDT TVS NEWS
KUALA LUMPUR : Dua pelatih lelaki Pusat Latihan Polis (PULAPOL) ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut selepas dipercayai mengalami jangkitan virus 'Adenovirus'.
Komandan Pulapol SAC Zulkifli Mohamed berkata pelatih inspektor itu dimasukkan ke wad itu semalam manakala pelatih konstabel dirawat sejak 5 Mac lepas. Mereka adalah antara 29 pelatih yang dijangkiti virus itu yang dikesan pada 4 Mac lepas dengan baki 27 lagi pelatih sedang dirawat di wad biasa HKL. "Seramai 15 orang lagi adalah pelatih inspektor lelaki dan lapan pelatih inspektor wanita. Selebihnya adalah tiga pelatih konstabel lelaki dan seorang kakitangan Pulapol," kata Zulkifli. | ||
Demo Perkasa, GAPS Bercanggah Prinsip NGO Posted: 13 Mar 2011 03:16 AM PDT TVS NEWS SHAH ALAM : Tindakan Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berdemo di hadapan Ibu Pejabat PKR hari ini tidak berasas sama sekali kerana jauh menyimpang daripada perjuangan kumpulan tersebut yang kononnya ditubuhkan memperjuangkan kebajikan rakyat. Ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail turut mempersoalkan kaitan antara demo anjuran dua kumpulan tersebut mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dengan kebajikan rakyat secara umumnya. "Saya rasa ini tindakan terdesak kerajaan BN dan Umno untuk menutup keburukan sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat sekarang," tegas beliau. "Dia (Gaps dan Perkasa) nak beri gambaran kononnya rakyat Malaysia sedang menumpukan kepada isu Anwar dan rakyat Malaysia berarak sama desak Anwar serah DNAnya. Dia (Gaps dan Perkasa) nak heret rakyat Malaysia, diperbodohkan untuk tujuan Umno. "Ini tidak boleh diterima dan rakyat perlu faham, yang dibuat ini oleh Umno. Umno nak tunjuk, menggambarkan kononnya dia ini mewakili seluruh rakyat Malaysia. Itu salah. Kita bangkang. Saya bimbang nanti ramai lagi rakyat, Malaysia akan bangkit dan berarak ramai-ramai untuk tujuan menuntut kerajaan menyelesaiakn segera isu kenaikan harga barang," kata belia. Dalam kes fitnah kedua yang dihadapi Anwar, selain dinafikan hak untuk mendapatkan akses kepada beberapa dokumen penting, malah tipu helah juga dikenakan ke atas beliau untuk mendapatkan sampel DNA. | ||
Maya Karin: Dakwa saya cinta Effendi Norwawi gosip mengarut Posted: 13 Mar 2011 03:13 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Aktres Maya Karin Roelcke sekali lagi menafikan dia menjalin hubungan dengan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62. Dalam laporan semalam dia juga menafikan menjalin hubungan dengan seorang bekas menteri Kabinet pusat. Kata Maya Karin, bagi dirinya gosip tersebut adalah sesuatu tidak berasas dan langsung tidak masuk akal kerana dalam zaman serba moden ini, sesiapa sahaja boleh menyampaikan apa jua berita tanpa usul periksa terlebih dahulu. Malah kata Maya Karin (gambar), pepatah lama "kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang" pada hari ini dilihat tidak begitu relevan apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan cerita yang tiada asas kukuh dan bukti sahih. "Saya menganggap gosip yang mengaitkan saya dengan beliau merupakan sesuatu yang bodoh dan seratus peratus mengarut. Semua itu tidak benar sama sekali," kata Maya Karin dipetik Mingguan Malaysia hari ini. "Sekarang ini sesiapa sahaja dapat mencetuskan cerita palsu sedangkan mungkin ketika itu mereka tersalah pandang atau barangkali ia pelanduk dua serupa. "Tanpa menunggu lama, mereka terus menyebarkan cerita itu dan dari kecil ia dengan pantas menjadi besar," kata pelakon dan pengacara popular ini. "Bagi saya sudah tiba masanya untuk menghentikan adat menyebarkan gosip busuk seperti ini kerana mereka yang menyebarkan fitnah seperti ini dengan senangnya membuat orang yang tidak bersalah menderita," kata Maya Karin. Sebelum ini, nama Maya Karin dikaitkan dengan beberapa artis lelaki iaitu pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim dan pelakon kacak, Remy Ishak selepas bercerai dengan Steven David Shorthose pada tahun lalu. Bagaimanapun, Maya Karin juga menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Yusry dan Remy sambil menyifatkan mereka hanyalah teman seperjuangan dalam industri seni. Tambah Maya Karin, dia memang berkawan baik dengan salah seorang anak Effendi iaitu Elyna dan mereka juga sudah bertemu dua hari lalu untuk membincangkan soal tersebut yang pada hemat mereka merupakan satu lawak jenaka. Namun begitu, pelakon yang akan muncul dengan filem terbarunya, Cun, tidak lama lagi itu tidak menafikan mengenali Effendi dan pernah bertemu di tiga majlis berbeza dan turut dihadiri isteri Effendi, Datin Seri Tiara Jacquelina. Pada masa yang sama juga, aktres berstatus janda itu melahirkan rasa bimbang jika hubungan baiknya dengan Tiara akan terjejas gara-gara cerita palsu itu. "Saya percaya Tiara seorang yang berfikiran positif dan yakin segala apa yang tersebar itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai serta rekaan semata-mata. "Begitu juga dengan saya, kerana apa yang penting buat saya sekarang ini adalah untuk terus menumpukan perhatian pada karier dan kehidupan saya. Saya mahu berfikir secara positif dan gosip yang tidak berfaedah ini langsung tidak memberikan apa-apa impak buat diri saya," ujarnya. Laporan Harian Metro semalam juga memetik Maya Karin menafikan gosip mendakwa dia pernah beberapa kali keluar bersama seorang bekas menteri Kabinet di khalayak umum seperti hangat diperkatakan sekarang ini. Malah dia menegaskan ia tidak mungkin berlaku bagi menghormati rakannya. "Saya bersahabat baik dengan anak dan keluarga kepada bekas menteri itu, malah ketika Krismas akhir tahun lalu kami menghabiskan cuti bersama. "Malah, saya dan anak bekas menteri berkenaan pernah merancang pergi bercuti bersama. Namun, kerana masing-masing sibuk ia tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat," katanya. Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah secara rasminya bercerai dengan talak satu pertengahan Julai lalu. Mereka berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali. | ||
Ismail: Jangan jadikan tsunami alasan naikkan harga Posted: 13 Mar 2011 03:11 AM PDT BERNAMA BERA — Peniaga diingatkan tidak menaikkan harga barang keperluan sesuka hati dengan alasan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun kelmarin. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, peniaga tidak ada sebab untuk berbuat demikian kerana kebanyakkan barang keperluan harian tidak diimport dari negara matahari terbit itu. "Ada negara yang tidak membekalkan barang keperluan kepada Malaysia, jadi tidak ada sebab barang-barang keperluan dinaikkan," kata Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kursus motivasi anak yatim Parlimen Bera di sini, hari ini. Beliau berkata, ia berbeza dengan kenaikkan harga barangan seperti bawang merah, bawang putih dan kentang baru-baru ini yang disebabkan negara pengeluarnya iaitu China dan beberapa negara Eropah dilanda banjir dan bencana alam. Katanya, pihaknya akan sentiasa memantau harga barang di pasaran bagi mengurangkan beban rakyat. Mengenai harga minyak, Ismail Sabri berkata tiada tanda harga bahan itu akan turun berikutan harga minyak global semakin naik yang memaksa kerajaan menanggung subsidi lebih RM4 bilion lagi agar tidak membebankan rakyat. Katanya, sepanjang tahun lepas, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10.3 bilion sebagai subsidi minyak dan barangan pengguna. Walaupun subsidi itu membebankan, namun kerajaan belum bercadang menghentikannya, sebaliknya berusaha mencari kaedah lain bagi mengurangkan bebanan itu, kata beliau. | ||
MCA lulus usul tangguh pemilihan hadapi PRU13 Posted: 13 Mar 2011 03:10 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — MCA, komponen Barisan Nasional (BN), sebulat suara memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan bulan ini. Perkara itu diputuskan pada mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pagi ini. Keputusan meminda perlembagaan itu, yang dibuat dengan mengangkat tangan, juga membolehkan parti tersebut mengelakkan kemungkinan perpecahan dalam parti jika persaingan sengit disaksikan. Penangguhan pemilihan dibuat di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini. Seramai 1,827 daripada 1,844 perwakilan menghadiri EGM yang berlangsung di Wisma MCA, bersetuju untuk meminda Perkara 167 perlembagaan parti. Speaker Datuk Yik Phooi Hoong membuat pengumuman pada pukul 10.45 pagi tadi bahawa pindaan diluluskan dengan sebulat suara. Sejumlah 1,827 perwakilan menyokong usul menangguhkan pemilihan parti dan usul meminda perlembagaan parti manakala 14 perwakilan berkecuali dan tiga pewakilan tidak menyokong usul berkenaan. Parti itu memutuskan untuk mengadakan EGM hari ini selepas 93 peratus atau 2,201 daripada 2,362 perwakilan pusat MCA menandatangani petisyen bersetuju untuk mengadakan EGM bagi menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan tahun ini. Bercakap kepada pemberita selepas EGM itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata keputusan itu menunjukkan para perwakilan pusat adalah matang yang telah meletakkan kepentingan parti mendahului kepentingan peribadi bagi membolehkan parti membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Saya mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan yang hampir 100 peratus bersetuju dengan penangguhan ini. Semua ini dilakukan bagi membolehkan parti memberi tumpuan pada persediaan untuk pilihan raya umum akan datang. "MCA akan memberikan kerjasama dan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. | ||
Jamil Khir: Kos haji diumum waktu terdekat Posted: 13 Mar 2011 03:08 AM PDT BERNAMA YAN — Kos mengerjakan ibadat haji akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini. Beliau berkata kerajaan telah meneliti kajian mengenai cadangan itu yang dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) tahun lepas. "Tunggulah sama ada berlaku kenaikan kos atau tidak. Semua faktor yang mempengaruhi kos menunaikan fardu haji diambil kira, namun kerajaan manilai tambang yang bakal diumumkan nanti sebagai sesuai dan tidak membebankan jemaah," katanya. Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Rakyat Bersama Menteri di sini, berkata antara faktor yang diambil kira TH dalam cadangannya ialah pembangunan yang berlaku di sekitar Masjidil Haram dan Kota Mekah. Mengenai penghantaran balik pelajar Malaysia ke Mesir, Jamil Khir berkata kerajaan pusat sedia memikul tanggungjawab negeri-negeri yang tidak sanggup atau enggan menanggung kos tersebut. "Dari awal lagi saya beritahu perkara ini. Jadi janganlah mempolitikkan isu ini," katanya. Beliau turut kesal dengan penyebaran berita kerajaan Kedah pimpinan PAS terpaksa menghabiskan RM2.5 juta bagi menghantar pulang hampir 1,000 pelajarnya ke Mesir baru-baru ini, yang menggambarkan kerajaan pusat lepas tangan. | ||
SPRM perlu siasat dana Umno Selangor, YKE biayai pelajar balik Mesir Posted: 13 Mar 2011 03:05 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Kerajaan negeri Selangor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat punca Umno Selangor dan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) memperoleh dana, dipercayai lebih sejuta ringgit, yang digunakan sebagai wang sumbangan kepada pelajar-pelajar yang balik ke Mesir. Pelajar-pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Ops Piramid mula balik ke negara itu sejak minggu lalu untuk meneruskan pengajian, dengan sebahagian mereka menerima sumbangan wang sagu hati. Kerajaan-kerajaan negeri, agensi kerajaan dan parti politik juga menyumbangkan wang kepada pelajar-pelajar terbabit. Sambil mempersoalkan kedudukan kewangan Umno Selangor, Setiasuaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, kerajaan negeri mahu SPRM menyiasat perkara tersebut jika benar suruhanjaya itu bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban. "Jangan 'double standard' hingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Kata Faekah, kerajaan Pakatan Rakyat menyediakan pelbagai kemudahan kepada hampir 1,200 pelajar dari Selangor termasuk membelanjakan lebih RM2 juta untuk membiayai kos menghantar pulang pelajar ini menggunakan pesawat yang ditempah khas. "Tidak mahu ketinggalan, Umno juga mahu berjasa dalam isu ini; Yayasan Kelana Ehsan dikatakan turut menyumbangkan wang tunai RM500 kepada pelajar bagi pihak Umno. "Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan kehairanan. Bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Yayasan Kelana Ehsan mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini," katanya lagi. Faekah berkata perkara itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Umno Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sejak lebih setahun lalu. Oleh itu katanya, jika Umno Selangor berkobar-kobar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA. "Kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan melakukan tuntutan dalam tempoh dua minggu," kata beliau. Faekah menambah, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik, malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh kerajaan negeri membelanjakan duit rakyat. "Mutakhir, menuduh kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu kerajaan negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial. "SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka," kata beliau. Sehubungan itu kata beliau, pihak mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor dari mana mereka dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini. "Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?" katanya |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan