Sabtu, 5 Mac 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Azwan kepada Ummi: "Tak takut api neraka ker?"

Posted: 05 Mar 2011 06:00 AM PST


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Sejak akhir-akhir ini Ummi yang merupakan salah seorang watak utama dalam konspirasi pertama tahun 1998 muncul dan menjaja cerita kononnya beliau tahu keburukan abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden KEADILAN.

Beliau juga sering mencaci peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sikap Ummi semakin menjadi-jadi apabila ada pilihan raya kecil. Terbaru, ketika berucap di pentas BN dalam pilihan raya Merlimau, beliau memberi amaran kepada pengundi-pengundi kononnya Anwar merupakan seorang individu yang sangat merbahaya kepada agama dan juga negara.

Dalam SMSya kepada KeadilanDaily.com, Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. "Tak takut azab neraka ker?" kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

"Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya," tambah Azwan.

Pada September 1998, ayahnya Haji Ali Omar (Allahyarham) melalui sebuah surat wasiat memutuskan pertalian zuriat dengan Ummi kerana sikapnya yang suka melakukan fitnah.

P/s: Sayang pak cik, mak cik kat Kerdau dan tempat yang dikunjungi Ummi ini tidak tahu akan hal ini. 

Mengapa Artis ini Jalani Ujian Dara?

Posted: 05 Mar 2011 04:10 AM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: "Ini harga yang dia harus bayar atas apa yang berlaku pada saya selama ini," kata pelakon Lisdawati selepas menang kes saman fitnah terhadap pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar yang difailkan sejak awal 2005.

Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus setahun.

Lisdawati, 32, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin sambil ditemani suami, Fauzi Nawawi mengadakan sidang media menjelaskan keputusan mahkamah itu semalam selepas Nadia tidak memberi maklum balas terhadap perintah dikeluarkan.

"Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah," katanya.

Menurutnya, fitnah terhadapnya itu berlaku penghujung 2003 dengan dakwaan kononnya dia meminjam sejumlah wang Nadia tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser atau pengarah untuk mendapat tawaran berlakon.

Atas tekanan fitnah yang dihadapi selama setahun, Lisdawati mengambil tindakan mahkamah menerusi peguam, Karpal Singh.

"Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon.

"Selama ini saya berdiam diri tetapi dengan keputusan mahkamah ini saya perlu bersuara untuk membersihkan nama saya.

"Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. "Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan perkara ini," katanya.

Malah, Lisdawati menyatakan dia pernah melakukan ujian pengesahan dara sebanyak dua kali di hospital swasta untuk membuktikan dirinya menjadi mangsa fitnah.

"Saya menunjukkan surat doktor itu sebagai bukti kepada peguam saya. Sebelum memfailkan saman, saya terlebih dulu membuat laporan polis pada pertengahan 2004.

"Pada awal 2005, saya mengambil tindakan mahkamah selepas nama saya disebut menerusi media. Bukan saya yang meletakkan harga tuntutan ini tetapi peguam yang tentukan.

"Apapun, saya tidak mempunyai masalah dengannya dan apa yang saya lakukan adalah mahu mempertahankan maruah diri," katanya.

 P/s: Kes berani kerana benar!


Cikgu Disiplin Nafi Cabul Pelajar

Posted: 05 Mar 2011 03:00 AM PST


Saya petik:
[HM] AMPANG: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Azaraorni Abd Rahman. Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada semua pelajar itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan jika disabit kesalahan.
Ketika pertuduhan dibacakan, isteri tertuduh menekup muka sambil ditenangkan seorang rakan perempuannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira keseriusan kes.

Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan pendakwaan adalah tinggi memandangkan anak guamnya penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

"Tambahan pula, sejak dia ditangkap pada 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar sehingga menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

"Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh," katanya.

Azaraorni membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan semula kes. 

Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. Harian Metro pada 28 Februari lalu melaporkan gara-gara mahu menjadi 'doktor', seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah diberkas polis selepas didakwa mencabul 11 pelajar perempuan. 

Difahamkan, guru lelaki itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir perhimpunan sekolah.

Sumber berkata, dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.  

P/s: Sebelum ini, saya tulis, kalau si cikgu ini benar-benar melakukan perbuatan itu, maka dia memanglah bingai. Namun, jika sebaliknya, saman sahaja budak-budak itu!

Awas Jurublog PR! Takutkannya Kerajaan BN dengan Fenomena di Negara-negara Arab

Posted: 05 Mar 2011 02:27 AM PST


Saya petik:
[Bernama] TEMERLOH: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menggunakan blog dan laman sosial untuk menghasut rakyat menggulingkan kerajaan.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata agensi berkaitan termasuk Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh bertindak sekiranya pihak terbabit melampaui batas undang-undang sedia ada.

"Kami memang sedang melihat gara-gara pembangkang yang menggunakan media alternatif sedemikian rupa sama ada menerusi facebook, e-mail atau tweeter.

"Kita waspada sekiranya mereka melampaui batas, saya yakin Peguam Negara atau PDRM atau SKMM boleh mengambil tindakan berlunaskan undang-undang yang luhur yang diluluskan oleh rakyat sendiri," 
katanya kepada pemberita selepas merasmikan kampung WiFi Rumpun Makmur di sini Sabtu.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat supaya pembangkang tidak bermain dengan api atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di negara Asia Barat.

Beliau berkata rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat hasutan sedemikian kerana keadaan negara ini berbeza dengan negara lain.

"Pada pandangan saya kerajaan sudah membela nasib rakyat, rakyat tidak semudah itu mengikut rencana atau celoteh blogger," katanya...

P/s: Awas, jurublog PR! Ada orang mahu membalas budi!

Tiada ulasan: