DUNIACACAMARBA |
- Ingin Tahu Keajaiban Gigi Emas?
- Tidak Dapat Bezakan Rasuah Politik, Lebih Baik Berhenti Kepalai SPR
- Wow! Taib Mahmud LEBIH KAYA daripada Sultan Brunei?
- Pakar Forensik Malaysia Tetap Yakin TBH Bunuh Diri, Sangkal Teori Dr Porntip
- [PANAS] Anwar Buktikan Perjanjian APCO-Israel, Kaitkan Klinik 1Malaysia-Klinik 1Israel
- Berzina Depan Anak
- Orang Merlimau & Kerdau, Inikah Nilai undi Anda?
Ingin Tahu Keajaiban Gigi Emas? Posted: 02 Mar 2011 06:15 AM PST Gigi emas ini didakwa telah menyelamatkan nyawa pemiliknya. Bagaimana? Lelaki ini, iaitu Walter Davis mendakwa gigi emasnya berjaya "menangkis" peluru yang ditembak dari sepucuk pistol. Menurut laporan Uptown Messenger lelaki yang menembak Walter ialah adiknya sendiri, iaitu Waltdell Davis pada 7 Februari lalu hanya kerana mengetahui Walter dan teman wanitanya menghisap ganja miliknya. Menurut laporan akhbar, biarpun peluru ditembak tepat ke mulutnya, Walter mendakwa hanya mengalami kecederaan ringan di gusinya serta kesan calar di mukanya. Untuk bacaan lanjut, sila taip nama lelaki ini di Google! Nilaikanlah sendiri! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
Tidak Dapat Bezakan Rasuah Politik, Lebih Baik Berhenti Kepalai SPR Posted: 02 Mar 2011 05:15 AM PST Pengerusi SPR mengaku, saya ulang mengaku bahawa beliau "bukan pakar" dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya. Dalam hal ini, ada dua kemungkinan sahaja, sama ada orang ini benar-benar "bukan pakar" aka tidak tahu atau hanya berpura-pura tidak tahu. Yang mana satu? Saya tidak fikir orang ini tidak mampu menentukan pemberian sesuatu barangan atau dalam bentuk lain seperti yang giat dilakukan oleh BN dalam setiap PRU/PRK itu bercanggah dengan peraturan pilihan raya. Antara alasannya, sejak pagi tadi kedengaran berita bahawa SPR akan mengambil tindakan menurunkan sepanduk kempen PAS yang memaparkan lambang parti-parti yang tidak bertanding kerana PR masih lagi belum diterima sebagai sebuah perikatan politik yang sah dan bertentangan dengan peraturan pilihan raya. Kita juga maklum bahawa SPR begitu bertegas mahu menyiasat isu pemberian zakat TGNA kepada Orang Asli yang diislaminya pada PRK Galas di Kelantan baru-baru ini. Jika dia benar-benar "kurang cerdik" sehingga tidak mampu membezakan perbuatan yang bercanggah dengan peraturan SPR yang dikepalainya, maka saya ucapkan takziah kepada SPR dan rakyat Malaysia. Sudah tentu, orang ini perlu segera meletakkan jawatan kerana SPR perlu dikepalai oleh orang yang tahu akan tanggungjawabnya dan mahir tentang peraturan suruhanjaya yang dikepalainya. Agak malang apabila orang yang berada di luar SPR lebih arif tentang peranan dan kuasa SPR, seperti yang ditegaskan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam petikan berita di bawah ini. Saya petik:
P/s: Aduhai, Malaysia! Memalukan! | ||
Wow! Taib Mahmud LEBIH KAYA daripada Sultan Brunei? Posted: 02 Mar 2011 04:00 AM PST
Saya petik:
P/s: Wow! Orang Sarawak, anda masih mahu mengundi orang ini, parti yang ada kaitan dengan orang ini? | ||
Pakar Forensik Malaysia Tetap Yakin TBH Bunuh Diri, Sangkal Teori Dr Porntip Posted: 02 Mar 2011 02:05 AM PST Kita semua tidak tahu tentang hal ini, kecuali mungkin segelintir mereka yang terlibat secara langsung dalam kes ini, terutamanya pada malam TBH meninggal dunia. Pakar forensik Malaysia tetap mempertahankan teori mereka bahawa TBH membunuh diri, bukan berkemungkinan mati kerana perbuatan jenayah sewaktu memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Diraja. Rata-rata pakar ini berbangga menceritakan pengalaman mereka untuk mempertahankan teori masing-masing. Adakah teori mereka ini benar-benar telus dan berlandaskan hal sebenar? Yang itu, orang luar seperti kita sudah tentu tidak mengetahuinya. Masing-masing hanya sekadar mengemukakan pendapat dan teori. Namun, apabila menyentuh etika profesionalisme pakar perubatan negara, teringat pula rentetan Drama Liwat I, maka sudah pasti sebahagian daripada kita akan meragui hasil kerja mereka. Namun, cubalah kita fikir sejenak, walaupun hakikatnya jodoh-maut itu ketentuan Tuhan, adakah orang yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam jangka waktu terdekat akan membunuh diri? Adakah lelaki yang bakal menjadi bapa akan menamatkan nyawanya semudah itu? Adakah lelaki yang sedang disiasat kes rasuah sekitar RM2400 akan bertindak membunuh diri? Jika TBH mahu membunuh diri, mengapa memilih untuk terjun bangunan di pejabat SPRM, bukankah dia boleh berbuat demikian di tempat lain, pada waktu yang lain? Saya petik: Beng Hock mati akibat bunuh diri: Pakar Forensik PPUM | ||
[PANAS] Anwar Buktikan Perjanjian APCO-Israel, Kaitkan Klinik 1Malaysia-Klinik 1Israel Posted: 01 Mar 2011 10:00 PM PST Pagi ini, saya berpeluang membaca suatu berita yang menarik di KD. Berdasarkan laporan akhbar atas talian itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dengan kerajaan Israel yang ditandatangani pada 1991. Dokumen perjanjian itu membuktikan pertalian yang erat antara kedua-dua pihak. Dalam majlis ceramah itu, Ketua Umum KEADILAN itu membaca satu perenggan dokumen tersebut sebelum menyerahkannya kepada jurugambar media tempatan yang berebut-rebut mahu merakamkannya. Yang peliknya, mengapa media tempatan, mungkin Utusan, Berita Harian, TV3, TV9, Astro, saya kata mungkin, tidak menyiarkan kandungan atau muka hadapan dokumen itu hari ini? Kata DSAI: "Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia. "Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia. "Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan kira-kira 3,000 hadiri yang memenuhi lokasi ceramah di Merlimau Pasir di sini, malam tadi. Berdasarkan fakta, DSAI pada Disember tahun lalu digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama enam bulan selepas mendedahkan persamaan slogan One Israel dan Satu Malaysia dengan mengaitkan peranan Apco, tanpa diberi peluang membela diri. Turut digantung ialah Mohamed Azmin Ali (KEADILAN-Gombak), R Sivarasa (KEADILAN- Subang), dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu. Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem. Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel. P/s: Bila Nazri Aziz mahu memberikan respons tentang pendedahan DSAI? Anda mahu ketawa?...ketawalah! Biarpun segelintir rakyat berpeluang membaca atau mengetahui tentang hal ini, Najib dan pimpinan UMCO-BN yang lain masih tersenyum kerana majoriti Melayu di kampung dan segelintir di bandar-bandar tidak mengetahuinya, malah ada yang menolaknya tanpa mahu menyiasat lanjut pendedahan ini. Sikap dan situasi inilah kunci UMCO masih berkuasa di negara ini. | ||
Posted: 01 Mar 2011 06:00 PM PST Saya petik:
P/s: Satu lagi kisah berahi haram untuk dikongsikan bersama. | ||
Orang Merlimau & Kerdau, Inikah Nilai undi Anda? Posted: 01 Mar 2011 03:30 PM PST
Rasanya tidak perlulah tulis panjang-panjang. Setiap kali pilihan raya, sama ada kecil atau umum, barang-barang seumpama ini bertebaran di kawasan pilihan raya. Kalau dahulu, gula-gula politik berupa kain batik/pelikat, beras, tepung, atau gula, kini barang-barang itu sudah beraneka jenis. Nilainya tidaklah banyak mana, sekitar RM20-30 sahaja atau paling tinggi pun sekitar RM50 sahaja. Maaflah saya cakap bahawa inilah nilai undi sesetengah masyarakat terutamanya di kampung. Hanya dengan nilai gula-gula politik sekitar RM50, mereka beranggapan bahawa orang yang memberikan barangan itulah orang yang bakal menentukan nasib diri dan keluarga mereka. Namun mereka tidak sedar bahawa orang-orang inilah yang sehingga kini gagal menjawab ke mana atau kepada siapa saham Bumiputera berjumlah RM54 bilion diberikan. P/s: Buka mata! Saya kira orang Kerdau dan Merlimau tidak sebangang atau sebodoh itu! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan