Rabu, 2 Mac 2011

Biaqpila

Biaqpila


Merlimau terus dicemari angkara khianat

Posted: 02 Mar 2011 02:00 PM PST



Kempen pilihan raya kecil dewangan undangan negeri Merlimau semakin kotor dengan beberapa lagi perbuatan khianat dilaporkan.

Kali ini, dua lagi kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan ketika pemiliknya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, malam semalam.

Timbalan pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, berkata, kenderaan berkenaan dilaku-musnahkan di Jalan Pahlawan, lokasi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya kepada ribuan hadirin di Permatang Pasir.

NONEMenurut Nor Azhanizam Azmi, beliau menyedari cermin bahagian pemandu kereta Perodua Myvi miliknya itu dipecahkan sekitar jam 12.20 pagi selepas selesai menghadiri ceramah tersebut.

Beliau kemudiannya terus membuat laporan polis.

Nor Azhanizam berkata keretanya itu dipecahkan kerana ia mempunyai pelekat gambar mursidul am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menandakan beliau adalah penyokong parti itu. Namun sebuah kereta lagi, yang langsung tidak mempunyai sebarang pelekat juga dipecahkan.

"Saya fikir kerana ia diletakkan di tempat gelap yang orang tidak nampak,” katanya.

NONEMenurut saksi, polis kelihatan merakamkan kenderaan yang dirosakkan itu selepas majlis terbut. Terdapat kehadiran anggota polis yang ramai juga pada malam berkenaan.

Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.

Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya pada 4 Mac ini juga dibakar.

NONEPada ceramah malam semalam, beberapa remaja yang bermotosikal juga cuba menggangu ceramah Anwar di Permatang Pasir. Perkara yang sama dilaporkan pada ceramah PAS di Chinchin pada Isnin lalu yang terletak bersebelahan majlis anjuran BN.

"Kami difahamkan gangguan ini berlaku pada hampir setiap malam ketika kami mengadakan majlis.

"Duit banyak habis dengan kos logistik mereka tapi isu jarak ceramah yang terlalu dekat antara PAS dan BN pun tidak boleh diselesaikan.

NONE"Apa fungsi mereka yang banyak menghabiskan wang rakyat tapi tak boleh kawal keselamatan?" soal naib presiden PAS, Salahuddin Ayub pada sidang media harian PAS hari ini.

Menurutnya juga, PAS tidak keberatan untuk mengadakan pertemuan dengan ketua polis Melaka sekiranya perkara ini masih berterusan.

"Kita sedang memberi perhatian untuk bertemu dengan pihak polis. Kita lihat sehingga malam ini, jika gangguan dan perbuatan khianat masih berterusan, kita tak keberatan untuk bertemu pihak polis bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Pada sidang media itu, Salahuddin juga berkata ahli Pakatan dihalang daripada memasuki estet kelapa sawit Sime Darby.

"Kita telah hubungi Sime Darby dan mereka kata tidak ada masalah atau isu dengan kita tetapi ditekan daripada beberapa pihak.

"Kita telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilih Raya tetapi mereka kata tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia adalah tanah persendirian,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin BN dilaporkan sibuk berkempen di estet-estet berkenaan.


MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

APA KEJADAHNYA DILANJUTKAN TEMPOH DISKAUN BAYARAN SAMAN?

Posted: 02 Mar 2011 04:00 AM PST


Latuk..saman ekoq saja tau..kah!kah!kah!

SEMALAM KOSMO MELAPORKAN Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof SEBAGAI BERKATA,TIADA LAGI TOLAK ANSUR BAGI PEMILIK SAMAN YANG BERJUMLAH 17.3 JUTA ITU YANG BELUM MENJELASKAN SAMAN MEREKA SELAIN DISENARAI HITAMKAN.

APA KEJADAHNYA HARI NI PULAK BERITA HARIAN MELAPORKAN Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein TELAH MELANJUTKAN TEMPOH DISKAUN BAYARAN KOMPAUN SAMAN TRAFIK SEHINGGA 10 MAC 2011.

APA KEJADAHNYA KENYATAAN BERBEZA NI??

KEJADAHNYA IALAH SEBAB PILIHANRAYA KECIL MERLIMAU DAN KERDAU IALAH PADA 6 MAC 2011.

ITULAH KEJADAHNYA...

BANYAK BETOI CENGKADAK BN NI!!!

KAH! KAH! KAH!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Panas: Tamparan Cukup Hebat Buat UMNO BN Di Kerdau, Pengasas Serta 'Bekas Ketua UMNO' Felda Jengka 25 Bertindak Keluar UMNO Dan Sertai PAS

Posted: 02 Mar 2011 01:00 AM PST

KERDAU, 2 Mac [1.45 pm] - UMNO Barisan Nasional menerima tamparan cukup hebat apabila bekas Ketua UMNO Cawangan Jengka 25, Muzamil Mualif (foto), 51, dekat sini mengisytiharkan keluar parti itu malam tadi. Beliau berbuat demikian kerana kecewa dengan permainan politik Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak yang cuba memperbodohkan warga peneroka dalam isu potongan bayaran balik bantuan tanaman semula (SES). Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru Najib dengan bangganya memberi tiga pilihan kepada peneroka berhubung dengan isu itu. Menurut Najib, tiga pilihan berkenaan ialah pertamanya peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan. Sementara pilihan kedua ialah peneroka akan mendapat separuh iaitu sebanyak RM6,500 manakala jumlah BK ialah RM500 sebulan. "Cadangan yang dibuat oleh Najib itu jelas sekali cuba untuk menipu peneroka sebenarnya. Duit RM13,000 yang disimpan itu adalah potongan wang peneroka selama ini dan itu adalah hak mereka. Kenapa perlu ada bayaran kembali atas duit mereka sendiri", katanya. Muzamil telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden parti Tuan Guru Hj.Abd Hadi Awang dirumahnya malam tadi. Beliau yang juga merupakan pengasas UMNO selama lebih 25 tahun dan merupakan bekas Naib Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) menyerahkan borang berserta dengan 11 orang pemimpin UMNO cawangan terbabit. Difahamkan beliau juga adalah merupakan bekas Pembantu Khas kepada ADUN Kawasan Sanggang, Abdullah Kia dulu.

[Perkembangan ini jelas sekali memberikan satu kesan mendalam buat puak-puak UMNO BN, kerana Jengka 25 adalah kubu kuat BN sejak azali lagi. Kini pemimpin UMNO sudah mula melihat adanya kepincangan yang ketara dalam pentadbiran kerajaan pimpinan UMNO. Mereka sudah boleh belajar dari kesilapan lalu. Mahu projek sokong pembangkang dan bukannya sokong BN. Buktinya ialah apa yang dapat dilihat sekarang. Banyak projek mee segera ditaburkan kepada rakyat, biar pun berkali-kali pemimpin mereka menafikan ia bukan bertujuan untuk memancing undi. Terkadang sebagai rakyat kita merasa malu melihat tindakan sebegini. Apapun, syabas dan tahniah kita ucapkan kepada pemimpin UMNO terbabit atas keberanian beliau untuk membuat satu keputusan besar ini].

pahangdaily



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

FAS JUAL TIKET BOLA KITAR SEMULA

Posted: 01 Mar 2011 09:32 PM PST



LU ORANG INGAT TIN MINUMAN SAJA BOLEH KITAR SEMULA
TIKET BOLA PUN BOLEH MEHH..
SEMALAM PI TENGOK BOLA KAT STADIUM SHAH ALAM
BUKAN CHELSEA LAWAN MAN U
TAPI SELANGOR LAWAN KEDAH

BERATUR NAK BELI TIKET KAT KAUNTER YANG PERTAMA TU
HARGA TIKET RM15,GUA KASI RM20 PAKCIK JUAL TIKET TU KATA TAKDAK DUIT TUKAR
PAKCIK JUAL TIKET TU SURUH PI BERATUR BELI KAT KAUNTER SEBELAH PULAK
ITU SATU HAL,BILA DAH MASUK STADIUM BELEK-BELEK TIKET
TENGOK TULIS KAT TIKET SELANGOR LAWAN KELANTAN PULAK
KAH! KAH! KAH!
TIKET BOLA PUN BOLEH RECYCLE
MACAM NI PUN ADA KAT MALAYSIA


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BLACKLIST SAMAN EKOR : TAK IKUT PERLEMBAGAAN?

Posted: 01 Mar 2011 05:00 PM PST

Tiada ulasan: