Rabu, 16 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pemantau media jangka lebih sekatan di internet

Posted: 16 Mar 2011 05:36 AM PDT

Aidila Razak

Kumpulan pemantau kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menjangkakan kawalan lebih ketat ke atas internet apabila Malaysia menuju ke arah pilihan raya ke-13.

Dalam laporan tahunannya yang berjudul 'Internet Enemies' atau 'Musuh Internet' kumpulan pemantau itu berkata tidak mungkin kerajaan mengurangkan tekanan khususnya kepada penulis internet dan blog kerana ia dilihat sebagai "sumber yang lebih berwibawa berbanding media tradisional" di Malaysia.

NONERSF berkata internet di Malaysia membekalkan "perbicangan dan landasan bagi berdebat yang tiada bandingannya" dan "ubat paling mujarab bagi menentang penapisan sendiri" yang dilakukan oleh media tradisional kerana gentar lpermit yang diberikan menurut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan ditarik balik.

"Penulis blog Malaysian masih ditekan tetapi mendapat sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi berpuas hati dengan versi rasmi 'sesuatu kenyataan', kata laporan yang dikeluarkan pada Hari Menentang Penapisan pada 12 Mac lalu.

"Dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, cengkaman pihak kerajaan ke atas penulis blog dijangka semakin kukuh."

Bila loji nuklear, menteri elak jawab soalan

Posted: 16 Mar 2011 05:32 AM PDT

Regina Lee

Menteri yang bertanggungjawab terhadap kuasa nuklear, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, enggan menyatakan pendirian kerajaan berhubung tenaga atom untuk penjanaan kuasa walaupun ianya di bawah bidangkuasa kementeriannya.

Chin enggan untuk mengesahkan atau menafikan rancangan kerajaan itu ekoran kemungkinan berlakunya peleburan reaktor atom akibat gempa bumi yang melanda Jepun."Kabinet yang akan memutuskannya. Kami perlu menunggu laporan yang akan dibentangkan kepada Kabinet," katanya.

Ketika diserbu wartawan selepas satu majlis pelancaran motosikal berkuasa bateri litium-ion di ibunegara pagi ini, Chin menjawab "tiada komen" beberapa kali apabila ditanyakan sama ada kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membina loji kuasa nuklear.

Beliau juga mencampuradukkan nama-nama agensi dalam sidang akhbar selama tiga minit itu dan sering merujuk kepada Perbadanan Tenaga Nuclear, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, sebagai 'Agensi Pembangunan Nuklear'

Malaysia merancang untuk membina loji 1,000 megawatt kuasa nuklear pada 2022. Ini diumumkan oleh Chin Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap keselamatan loji-loji nuklear timbul di Jepun - operator terbesar loji seumpama itu yang menjana tenaga elektrik -apabila ia kini berdepan dengan ancaman peleburan di loji kuasa nuklear Fukushimanya yang dilanda gempa selepas reaktor gagal untuk menyejukkannya berikutan gempa bumi 9.0 di wilayah Miyagi.

Panel bebas Interlok tumbang, ahli India tarik diri

Posted: 16 Mar 2011 05:26 AM PDT

Jimadie Shah Othman

Kemelut sekitar Interlok dilihat makin sukar diselesaikan apabila panel bebas yang mengkaji cadangan pindaan novel kontroversi itu kehilangan semua wakil daripada masyarakat India.

indian plight forum 391106 uthaya shankarDalam mesyuarat susulan mereka di parlimen selepas bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, ketiga-tiga wakil India dalam panel itu memilih berundur daripada badan yang dibentuk kerajaan itu.

Menurut penulis Uthaya Shankar SB (kanan), tindakan itu diambil setelah mendapati anggota penel lain berubah fikiran dengan menolak satu demi satu daripada kira-kira 100 pindaan yang dicadangkan mereka.

"Jadi, kami rasa dikhianati," katanya sambil menegaskan perkara itu sudah pun disepakati dalam perbincangan mereka sebelum ini.

Selain Uthaya, dua lagi anggota yang mewakili masyarakat India adalah Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan.

dr shamsul amriAwal petang tadi, panel lapan orang yang diketuai pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Shamsul Amri Baharuddin (kiri) mengadakan pertemuan tertutup dengan Muhyiddin bagi membentangkan hasil perbincangan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini, Uthaya menjelaskan, selepas membentangkan cadangan mereka kepada timbalan perdana menteri, semua pihak sepakat menggugurkan perkataan "paria" dalam novel itu.

Muhyiddin: Terlalu banyak...

Bagaimanapun, menurutnya, Muhyiddin menyifatkan cadangan melibatkan kira-kira seratus pindaan itu terlalu banyak dan minta ia dikurangnya.

"Beliau (Muhyiddin) selepas itu beredar. Kami pun terus berbincang semula sehingga tiga jam. Tetapi semua (cadangan asal) dibantah," katanya dengan nada tidak puas hati.

NONEDitanya tentang butiran perbincangan hari ini, Uthaya menjelaskan, ia antaranya mengenai pengguguran peribahasa India yang salah, ejaan "tali" yang merujuk kepad ikatan perkahwinan masyarakatnya dan penggunaan huruf "t" besar bagi merujuk kepada Tuhan bukan Islam.

"Kata mereka (semua penggunaan) itu tidak sensitif. Mana mereka tahu sensitif atau tidak?

"Kami masyarakat India, kami tahulah mana yang sensitif, mana yang tidak," kata novelis dan penulis cerpen terkenal itu.

Uthaya bagaimanapun enggan menyifatkan tindakan itu sebagai satu protes sebaliknya hanya mengambil tindakan yang "sepatutnya".

"Kami dibawa masuk bagi melihat perkara yang sensitif bagi masyarakat India. Jadi, kalau kami tidak ada, tidak tahulah," jawapnya ketika ditanya pandangannya sama ada panel tersebut boleh dianggap telah tumbang.

Penarikan diri ketiga-tiga mereka menyebabkan panel itu terpaksa menamatkan sidang mereka, tambah Uthaya.

Kitab Injil : Gereja Sarawak Tolak Syarat KDN

Posted: 16 Mar 2011 05:25 AM PDT

TVS NEWS



KUCHING : Pihak gereja di Kuching hari ini menuntut penjelasan daripada Kementerian Dalam Negeri yang mengenakan syarat ke atas pengedaran 30,000 naskah Kitab Injil di kalangan penganut Kristian setelah KDN bersetuju untuk menarik balik larangan itu.

Malaysiakini melaporkan bahawa pihak gereja tidak berpuas hati atas syarat KDN mahukan nombor siri dicetak berserta dengan cop "Untuk Penganut Kristian Sahaja" pada setiap naskah Kitab Injil itu.

Sementara menunggu penjelasan dari KDN itu, pihak gereja berkenaan memutuskan untuk tidak mengambil naskah Kitab Injil berkenaan yang di tahan oleh kementerian berkenaan.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala secara tiba-tiba mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan penahanan 35,000 naskah Kitab Injil bahasa
Melayu, termasuk 5,000 yang ditahan di Pelabuhan Kelang sejak 2009.

Sarawak mempunyai jumlah penganut Kristian yang terbesar di Malaysia dan keputusan kerajaan itu dipercayai akibat khuatir kehilangan sokongan pengundi pada pilihanraya negeri yang harus diadakan sebelum Julai ini.

Adalah difahamkan kumpulan-kumpulan Kristian menolak syarat-syarat KDN itu kerana ia bermakna Kitab Inil itu tidak boleh dimiliki oleh penganut bukan Islam dan menjejaskan kegiatan dakwah pihak Gereja yang tidak melibatkan penganut Islam.

"Kami faham jika larangan ini bagi memastikan orang Islam tidak dipengaruhi dengan Kitab Injil tetapi untuk melarang orang lain daripada memiliki buku suci ini adalah tidak adil," kata seorang pemimpin masyarakat Kristian

Paderi : "Nombor Siri Dan Cop Seolah Hina Agama Kami"

Posted: 16 Mar 2011 05:16 AM PDT

TVS NEWS



SHAH ALAM: Syarat supaya Kitab Injil diletakkan nombor siri dan cop " Untuk penganut Kristian sahaja" dilihat menghina kesucian kitab penganut kristian katolik di negara ini.

Menurut paderi Goodnews Church, Jefferey Wei ketika dihubungi Tv Selangor, penganut kristian tidak dapat menerima perkara yang merendahkan martabat kitab suci mereka.

"Saya rasa jika kita nak letak nombor siri dan cop atas Kitab Injil ini seperti mencemarkan kitab suci kami dan menghina kedudukannya. Ia menjadikan seolah-olah memiliki kitab ini sebagai satu jenayah. Sebagai penganut kristian dan tiada penganut kristian yang takutkan tuhan akan menerima perkara ini," katanya.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengumumkan tindakan kerajaan selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanapun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag "Untuk penganut agama Kristian sahaja".

Beliau menambah, tindakan kerajaan ini bertentangan dengan peruntukan undang-undang kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Apa yang kerajaan buat bertentangan dengan perlembagaan kerana dalam perlembagaan setiap rakyat dan agama diberi kebebasan untuk menganut agamanya. Jadi apa yang dia buat bertentangan dengan peruntukan undang-undang dalam perlembagaan," katanya.

Dalam pada itu, seorang Paderi di Sarawak, Geraman ketika dihubungi berkata, tindakan kerajaan menyekat Kitab Injil dalam bahasa Malaysia menghalang dari sudut kebebasan.

"Untuk kalangan sendiri sahaja, itu tidak menghalang. Tetapi apabila kita bercakap mengenai kebebasan, itu sudah tidak ada kebebasan," katanya.

Beliau menambah, walaupun kerajaan meminta semua Kitab Injil dicop dengan "Untuk penganut agama Kristian sahaja", namun tidak menghalang proses penyebaran
ajaran Kristian.

"Bagi paderi tidak ada masalah yang menghalang walaupun diletakkan cop untuk kalangan sendiri. Bagi pihak kerajaan sudah menghalang. Bagi kami ia tidak menghalang untuk bercakap mengenainya," katanya.

Kebebasan rakyat Malaysia dalam mengamalkan fahaman agama masing-masing termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Kadar Penurunan Jenayah Palsu, Kata Khalid Samad

Posted: 16 Mar 2011 05:14 AM PDT

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Dakwaan pemimpin kerajaan Persekutuan bahawa kadar jenayah jalanan makin turun dianggap tidak berasas oleh ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Menceritakan pengalamannya di laman sosial Twitter, Khalid menceritakan mengenai cubaan meragut telefon bimbit beliau kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Pengalaman peribadi bukti dakwaan jenayah turun palsu. Siang hari, khalayak ramai ada yang nak ragut hp(telefon bimbit) saya. Walaupun lelaki, apatah lagi kalau wanita," tulis beliau dalam laman Twitter milik beliau kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Menurutnya, beliau ketika itu dalam perjalanan dari tempat letak kereta ke Hotel Corus Kuala Lumpur bagi menghadiri sebuah majlis sebelum seorang peragut bermotor cuba meragut telefon bimbit beliau tetapi gagal.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Tun Hussein berbangga dengan penurunan kadar jenayah jalanan negara sebanyak 39.6 peratus tahun lalu, kononnya ia hasil keberkesananan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Kesihatan Larang Keluarga Lawat Pelatih Pulapol

Posted: 16 Mar 2011 05:12 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR:Larangan lawatan ahli keluarga pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang dirawat di hospital akibat jangkitan virus 'Adenovirus' bukan datang daripada Pulapol, sebaliknya dari Kementerian Kesihatan.

Komandan Pulapol SAC Zulkifli Mohamed berkata pihaknya menerima nasihat daripada Kementerian Kesihatan untuk disebarkan kepada keluarga berkenaan bahawamereka tidak dibenarkan melawat pelatih di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Sungai Buloh bagi mengelakkan penularan penyakit di kalangan anggota keluarga.

"Kepada pihak keluarga kita minta beri kerjasama dengan arahan Kementerian Kesihatan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, setiap pelatih tetap diberi kebenaran untuk menghubungi anggota keluarga terdekat untuk memaklumkan mengenai tahap kesihatan mereka.

"Namun, sekiranya ada urusan yang memaksa mereka untuk melakukan lawatan ke atas pelatih-pelatih ini, kita akan pertimbangkan juga," katanya.

Mengenai keadaan di pusat latihan itu, Zulkifli berkata antara langkah pencegahan di pusat itu ialah menjaga kebersihan di dewan makan, tempat tinggal asrama pelatih dan persekitaran di Pulapol termasuk di kawasan kediaman staf.

Beliau berkata ketika ini lapan orang doktor dan 32 kakitangan Kementerian Kesihatan ditugaskan mengawal keadaan di pusat tersebut.

Katanya satu kaunter khas di kaunter 5, pesakit luar HKL juga telah dibuka kepada pelatih dan keluarga-keluarga kakitangan Pulapol di HKL untuk mendapatkan rawatan segera.

Katanya sehingga pukul 8 pagi ini, seramai 40 pelatih, 34 di HKL dan enam lagi di Sungai Buloh telah direkodkan.

Pemilihan PAS : Tumpuan Kini Pada Mat Sabu

Posted: 16 Mar 2011 05:10 AM PDT

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Mata kini tertumpu kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu sebagai calon yang berpotensi merebut jawatan nombor dua dalam pemilihan PAS yang dijadual berlangsung Jun ini.

Malaysiakini difahamkan sudah terdapat pertemuan di kalangan pemimpin tertentu yang berusaha memberi laluan kepada Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang bertanding kali kedua merebut jawatan berkenaan.

Malah, menurut sumber, sudah ada kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membuat keputusan mencalonkan Mohamad merebut 'kerusi panas' itu.

Ibu pejabat parti Islam itu menetapkan tarikh mesyuarat agung dan pemilihan bagi 179 kawasannya bermula semalam hingga 10 Mei ini.

Dalam pemilihan PAS dua tahun lalu, Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan bekas naib presiden Datuk Husam Musa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Selepas pengumuman itu, Mohamad tidak menolak kekalahannya mungkin disebabkan pepecahan undi dengan penyokong Husam.

Kali ini, Mohamad dilihat yakin dan bersedia apabila dalam masa dua minggu lagi, beliau akan mengumumkan pendirian sama ada bertanding ataupun tidak bagi jawatan berkenaan.

Umum awal April

Ditanya Malaysiakini mengenai masa yang sesuai untuk beliau mengumumkan pendiriannya, Mohamad berkata:

"Tengok awal bulan April ini. Tak lama dah... Awal bulan April, telefon semula," katanya sambil memberitahu perlu mendapatkan maklum balas rakan-rakannya terlebih dahulu.

nasharuddin mat isa husam musa mat sabu 050607Jika Mohamad bertanding, beliau dijangka berdepan dengan beberapa tokoh yang disebut-sebut bertanding antaranya naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam masa yang sama, Nasharuddin sebagai penyandang kerusi itu kini dikatakan tidak akan mempertahankan jawatan itu manakala sumber mendakwa Husam pula akan memberikan laluan kepada Mohamad.

Kedua-dua mereka bagaimanapun setakat ini belum membuat sebarang kenyataan rasmi berhubung pendirian mereka.

Mohamad dikatakan antara pemimpin yang cenderung anti kepada idea kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan Nasharuddin dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berdasarkan peraturan parti, setiap calon perlu mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan di peringkat kawasan bagi melayakkan bertanding dalam mana-mana jawatan dalam parti.-Malaysiakini

Selangor Hantar Pulang Pelajarnya Sambung Pengajian Di Mesir

Posted: 16 Mar 2011 05:09 AM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM : Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibantu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Tourism Selangor berjaya menghantar pulang sekurang-kurangnya 750 pelajar Mesir dari negeri ini pulang untuk menyambung pengajian mereka.

Penghantaran pelajar ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula Ahad lalu untuk menghantar kesemua 996 pelajar di negeri ini.

Hari ini sahaja menyaksikan 250 baki penuntut dihantar pulang ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus ke Kaherah.

Salah seorang pelajar yang ditemui Tv Selangor, Noor Amali Bakri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri sambil memuji kelancaran proses penghantaran yang dikendalikan oleh kerajaan negeri.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang sudi membantu pelajar selangor.

"Dari segi perjalanan sangat teratur dan mudah bagi kami untuk tahu keadaan semasa, dan segalannya berjalan lancar setakat ini dari segi visa dan pasport
diuruskan kerajaan negeri Selangor,"ujar beliau.

Sementara menurut pelajar tahun dua Universiti Alexandria, Mohd Shahir Nadzir, kerajaan negeri Selangor berjaya menjalankan tanggungjawab sosial dengan begitu baik sekali memandangkan Selangor mempunyai jumlah pelajar Mesir paling tinggi di negara ini.

"Saya ucapkan ribuan terima kasih atas usaha kerajaan negeri Selangor, seperti yang kita tahu pelajar Mesir dari Selangor adalah yang teramai, tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya menghantar kebanyakannya pulang ke Mesir, setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan negeri Selangor," ujarnya.

Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir.

Jumlah tersebut meliputi 556 pelajar tajaan negeri dan 440 orang lagi adalah di bawah tajaan LZS.

Tinjauan Tv Selangor di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mendapati pelajar dan ibu bapa memenuhi kauter pendaftaran mengantar
pulang anak mereka ke Mesir seawal jam 3 petang tadi.

Ibu bapa yang ditemui juga turut melahirkan rasa bersyukur di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan negeri Selangor.

"Saya sebagai bapa, saya bersyukur keatas bantuan yang diberikan kerajaan negeri dan kebimbangan kami selama ini sudah selesai dan tidak ada lagi kebimbangan," ujar Hj Bakri Hj Hassan, bapa pelajar yang ditemui di Masjid Shah Alam petang tadi.

Sementara itu, Sakip Mansor pula berkata, beliau tidak merasa bimbang untuk menyerahkan tanggungjawab menghantar anaknya pulang menyambung pengajian dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor.

"Saya merasakan sangat yakin dengan inisiatif dan perancangan dari pihak yang bertanggungjawab ini untuk menguruskan pemergian pelajar-pelajar ini dan saya
tidak rasa ragu-ragu untuk melepaskan anak saya kerana saya rasa ia terjamin untuk anak saya sampai ke destinasi yang dituju," katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor juga telah menghantar pegawainya ke Mesir untuk memastikan penghantaran pulang pelajar ini berjalan lancar manakala Tourism Selangor pula menguruskan penerbangan pulang pelajar-pelajar ini.

"Kami juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke sini, kami juga ada menerima ucapan
terima kasih daripada ibu bapa ketika kami sedang menguruskan pendaftaran pelajar," ujar Md Saad Mahsah, salah seorang pegawai yang bertugas.

Peter Pang digugur timbalan ketua menteri Sabah serta-merta

Posted: 16 Mar 2011 04:31 AM PDT

BERNAMA

KOTA KINABALU — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Karamunting Datuk Peter Pang En Yin digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkuat kuasa serta-merta, demikian diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Bagaimanapun, Musa berkata Pang, 51, yang kini menyertai parti Gerakan kekal sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri.

Pengganti Pang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah akan diumumkan kemudian, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini hari ini.

Pang mengumumkan keluar Parti Liberal Demokratik (LDP) pada 1 September lalu selepas Timbalan Presiden LDP Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerja dengan Musa, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri.

Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, semalam, beliau bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di Sandakan, Sabah.

DNA: NGO Melayu desak mahkamah guna kuasa paksa Anwar

Posted: 16 Mar 2011 04:26 AM PDT

KUALA LUMPUR – 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa kerajaan melalui mahkamah untuk menggunakan kuasanya untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana enggan menyerahkan sampel DNA dalam kes liwat yang dihadapinya sekarang.

Pemimpin NGO itu juga mempersoalkan keengganan Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak mahu bekerjasama dengan mahkamah yang mengadili kes tersebut.

"Anwar kata suara rakyat adalah suara keramat tapi sekarang beliau tidak dengar apa yang rakyat mahukan, kenapa beliau masih berdegil dan engan menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah?

"Oleh sebab itu, saya desak mahkamah gunakan kuasa veto dengan mengarahkan polis menahan Anwar untuk mendapatkan sampel DNA, bukan susah sangat... kenapa perlu dipanjangkan perkara ini," kata Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Selangor dan Wilayah Persekutuan Mohd Ali Baharom pada sidang media di sini.

Beliau berkata keengganan Anwar itu akan menyebabkan kes liwat yang membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat diselesaikan dengan segera.

"Jangan panjangkan perkara ini, kita mahukan keadilan... rakyat juga nak tahu sama ada Anwar terlibat atau tidak.

"Kalau benar beliau tidak terlibat kenapa mesti takut? Serahkan sahaja dan biar mahkamah tentukan beliau salah atau tidak," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Badan NGO Malaysia Md Radzi Daud, sebagai seorang tokoh pemimpin Anwar perlu menyerahkan sampel DNA bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

"Kita tidak mahu perkara ini dipolitikkan, kalau boleh biar perkara ini diselesaikan di mahkamah... kenapa Anwar mesti bimbang? Bak kata pepatah Melayu berani kerana benar jadi kenapa kena takut.

"Apa besar sangat Anwar sehingga mahkamah tak boleh ambil sampel DNA? Kebal sangatkah Anwar ini? Perkara ini mudah dan cepat diselesaikan kalau beliau serahkan DNA dan tidka perlu jadikan ia isu nasional," katanya.

Menurut beliau, rakyat mahu kes liwat itu diselesaikan dengan segera kerana ia sudah mengambil masa yang terlalu lama.

"Benda ini mudah tapi diperbesarkan... benda ini kecil tapi dipolitikkan.

""Kita mahukan keadilan, ketelusan dan kebenaran, kalau Anwar benar beliau tidak perlu takut... serahkan sahaja DNA dan biar mahkamah tentukan," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah memberitahu, tindakan Anwar enggan menyerahkan sampel DNA bertentangan dengan dasar keterbukaan yang diperjuangkan bekas timbalan perdana menteri itu.

"Kata tentang keadilan, apa beza Anwar dengan Saiful? Dua-dua rakyat Malaysia tapi kenapa susah sangat Anwar serahkan sampel DNA, ia untuk buktikan sama ada bersalah atau tidak tapi kenapa beliau enggan.

"Rakyat sekarang dah jelak dengan perangai Anwar ini, rakyat nak tahu apa yang berlaku... adakah beliau nak bawa perkara ini sampai pilihan raya umum nanti?" soalnya.

Jelas beliau, demi keadilan dan kebenaran Anwar perlu menyerahkan sampel DNA kepada mahkamah.

"Beliau (Anwar) kena buktikan beliau bersih, adakah kita mahukan pemimpin yang macam ini? Isu DNA ini kecil tapi diputarbelitkan Anwar sampai jadi isu nasional.

"Kalau betul tak bersalah serahkan sampel DNA, selesaikan masalah ini segera," katanya.

Timbalan Presiden Pertubuhan Pemanda dan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Malaysia Mohd Syahrir Abdul Aziz pula berkata Anwar seolah-olah kebal kerana tidak boleh disentuh.

"Kita bukan nak melangkaui kehakiman tapi yang pelik kenapa Anwar ini kebal? Perkara ini jadi isu hangat yang dibincangkan, pelik kenapa Anwar tak boleh serahkan sampel DNA... kalau orang biasa mungkin dah kena hukum.

"Jadi kenapa susah sangat Anwar nak serahkan sampel DNA, kalau benar beliau bukan peliwat serahkan sahaja untuk bersihkan namanya," katanya.

Pada minggu lalu kumpulan sama telah berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR bagi mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA berhubung kes liwat itu.

Kelmarin pihak pendakwaan berhujah bahawa Mahkamah Tinggi boleh dan patut membenarkan permohonannya bagi dikeluarkan perintah supaya Anwar memberikan sampel DNA beliau.

Antara NGO yang membuat desakan ialah Gabungan Badan NGO Malaysia, Pekida, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Pro-waris, Persatuan Masyarakat India DBKL, Persatuan Bekas Polis, Alumni Belia 4B, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Persatuan Wanita Selayang, Persatuan Wanita Kota Raja dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Snap yakin letak 40 calon cabar BN di Sarawak

Posted: 16 Mar 2011 04:23 AM PDT

BERNAMA

SIBU – Parti Nasional Sarawak (Snap) mungkin terlalu yakin dengan berhasrat meletakkan 40 calonnya menentang Barisan Nasional (BN) yang kebanyakkannya di kawasan pilihan raya luar bandar pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda PRS Mong anak Dagang berkata kepimpinannya jelas sangat teruja untuk membuktikan nilai, kekuatan dan penerimaan parti di kalangan masyarakat Dayak.

Beliau berkata SNAP diberikan kehidupan baru apabila Mahkamah Rayuan memutuskan tidak membatalkan pendaftarannya pada Jun tahun lepas.

"Pemimpinnnya fikir kekuatan parti masih ada di akar umbi walaupun ada krisis kira-kira lapan tahun sebelum keputusan itu diperoleh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

PRS, Mong berkata bingung dengan keputusan untuk bertanding dalam kawasan pilihan rayanya termasuk presidennya Datuk Seri Dr James Jemut Masing di Balleh.

Semalam Presiden Snap Edwin Dundang Bugek mengumumkan nama-nama 16 daripada 40 calonnya untuk bertanding pada pilihan raya itu.

Kitab Injil: Persatuan Ulama kata BM untuk semua, usah halang Kristian

Posted: 16 Mar 2011 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata langkah kerajaan mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang dirampas Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang adalah keputusan bijak dan tidak wajar dihalang menggunakan terbitan itu.

Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.

"Ia bagus, bagi saya ia tiada masalah dan saya juga boleh membaca kitab Injil itu kalau ada.

"Kita di Malaysia ini Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan rakyat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang... ada yang Islam, ada yang Kristian, ada yang Buddha dan ada yang Hindu dan banyak lagi.

"Jadi kenapa kita perlu halang mereka dari gunakan Bahasa Malaysia dalam buku-buku mereka, sebenarnya ia memang tiada masalah, kalau boleh terjemahkan dalam semua buku agama dalam Bahasa Malaysia," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Semalam, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang, sejak 2009, — beberapa hari selepas pelbagai pihak mendesak kerajaan berbuat demikian.

Keputusan itu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran dan penyebaran kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicap dengan tag "Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja".

Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata sejak 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya.

Kata Sheikh Abdul Halim, Bahasa Malaysia sepatutnya tidak dipolitikkan atau dibahaskan termasuk penggunaannya dalam kitab Injil.

"Saya positif dalam perkara ini, bila ada dalam Bahasa Malaysia orang Islam boleh baca dan boleh buat perbandingan dengan al-Quran, bahasa inikan perantara jadi ia bukannya isu. Jadi kenapa mesti diperbesarkan.

"Sebagai contoh al-Quran, ia telah diterjemahkan dalam banyak bahasa..bukan hanya Bahasa Malaysia tapi bahasa-bahasa lain," katanya.

Jelas beliau, penggunaan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil tidak memberikan sebarang kesan terhadap agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.

"Bukan ia (kitab Injil) itu boleh jejaskan Islam sebaliknya ia memudahkan penganut Kristian yang tak faham Bahasa Inggeris faham apa yang ada dalam buku itu.

"Jadi buat apa nak sekat, kalau ia ada beri kesan kepada Islam itu lainlah," katanya.

WHO: Tiada bukti radiasi Jepun menular negara lain

Posted: 16 Mar 2011 04:20 AM PDT

LAPORAN– Reuters

Keadaan reaktor No.3 dan 4 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi yang rosak teruk akibat bencana berganda sejak gempa bumi di Jepun, Jumaat lalu. – Foto Reuters
BEIJING – Perwakilan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China hari ini menegaskan bahawa tiada bukti radiasi dari kompleks tenaga nuklear di timur laut Jepun menular secara ketara ke negara-negara jiran.

"WHO mahu memberi jaminan kepada kerajaan dan orang ramai bahawa tiada bukti buat masa sekarang penularan antarabangsa secara signifikan dari loji nuklear (di Jepun)," kata Michael O'Leary, wakil WHO di China, dalam satu kenyataan.

"Khabar angin disebarkan menerusi mesej berteks dan cara-cara lain kononnya ancaman radiasi menular merentasi Asia dan negara-negara lain ekoran kemudahan nuklear yang rosak di Jepun," katanya.

"Kerajaan-kerajaan dan orang ramai digalak supaya mengambil langkah untuk menghentikan khabar angin (seperti ini), yang membawa kesan buruk kepada moral orang ramai," katanya lagi.

Universiti ditadbir bagai tadika: Apa terjadi pada pendidikan kita?

Posted: 15 Mar 2011 10:49 PM PDT

Lim Hong Siang

Mereka yang sinis akan menyamakan universiti tempatan dengan kandang, tiada hak bersuara selain disuapkan pagi dan malam, dibesarkan dan kemudian disembelih untuk dipasarkan. Malah bukan sesuatu yang baru untuk menyifatkan institusi pengajian tinggi sebagai kilang - siswa-siswi dihasilkan dengan acuan mengikut piawaian tertentu - semuanya sama, bagaikan tin makanan.

Dan jenaka sedemikian diterapkan sebagai falsafah sistem pengajian tinggi Malaysia. Gambar bagaimana Ketua Pegawai Keselamatan menutup mulut seorang wakil siswa dengan tangannya itu sudah cukup untuk menjelaskan situasi sebenar dalam Universiti Malaya. Tidak lama kemudian, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang enggan ditinggalkan kesunyian di Sintok menarik tumpuan media dengan memberi saman kepada kepada siswa-siswinya - atas kesalahan warna dan panjang rambut yang melanggar peraturan.

Saya gagal melihat bagaimana kedua-dua usaha di atas meningkatkan reputasi menara gading di Malaysia ke dalam senarai 100 universiti terbaik di dunia. Padahal ia mungkin satu cubaan pentadbir universiti untuk mencatat rekod Guinness, yang jelas lebih mencungkil minat politikus yang bergelar profesor. Jikalau ia sesuatu yang "tidak masuk akal" apabila universiti mengupah pegawai keselamatan untuk mengawasi mulut siswa/i; bagaimana pula dengan perlantikan Naib Canselor untuk menjaga hal rambut dan pakaian siswa/i?

Alasan yang tidak masuk akal

Saya terpegun apabila membaca wawancara China Press bersama Naib Canselor UUM, Mohamed Mustafa Ishak yang bermegah dengan kejayaannya menyeragamkan pakaian siswa-siswinya. Setahu saya Naib Canselor adalah pengemudi yang menentukan hala tuju universitinya. Maknanya, persoalan yang berlegar dalam tengkorak Naib Canselor adalah sejauh manakah siswa-siswinya berjiwa kemanusiaan; apakah siswa-siswinya ghairah untuk menghambat kebebasan, mencari kebenaran, dan menegakkan keadilan?

Pendek kata, Naib Canselor seharusnya lebih mengambil berat tentang apa yang tersirat di dalam jiwa siswa-siswi, daripada apa yang tersurat pada rupa bentuk luarannya. Ini kerana andaian bahawa paras rupa dan pakaian seseorang yang memenuhi peraturan yang ditetapkan adalah "orang baik" terbukti meleset. Logiknya senang difahami selagi kita tidak berfikir menggunakan usus besar. Cuba lihat penampilan Chan Kong Choy, bekas Menteri Pengangkutan ketika berada di mahkamah untuk berdepan dengan tuduhan "menipu Perdana Menteri" dalam skandal PKFZ. Penampilannya cukup segak dan kemas, malah memperlihatkan "profesional"-nya, dari kaca mata Naib Canselor UUM. Persoalannya, apakah Chan Kong Choy layak untuk dijadikan contoh kepada siswa-siswi?

Dan kita wajib bertanya, adakah rambut Pornthip Rojanasunand yang berwarna-warni itu bakal menjejaskan profesionalnya sebagai seorang pakar patalogi forensik? Dan siapakah pula kita untuk menafikan ketokohan Mahatma Gandhi - hanya atas alasan beliau tidak memakai kot dan tali leher yang segak?

Jelas, peraturan sedemikian merupakan bingkai yang langsung tidak masuk akal. Ia dipaksakan ke atas setiap siswa/i yang umurnya sudah melebihi 18 tahun. Malah, Naib Canselor UUM dengan angkuh mencabar, pergi belajar di universiti lain jikalau tidak mahu mematuhi peraturan!

Men-tadika-kan Universiti

Sebagai pendidik, mungkin ada antaranya yang berniat baik ketika mewajibkan agar peraturan diperketatkan. Sering kita dengar peraturan seperti larangan keluar dan masuk kawasan kampus selepas jam 12 tengah malam. Jangan pakai selipar dan seluar pendek ketika berada dalam kampus. Kesemuanya diwajibkan atas nama "demi kebaikan siswa/i". Malah pertubuhan yang diluluskan dengan timbunan borang permohonan juga diwajib untuk mendapatkan cop mohor HEP sebelum sebarang notis ditampal, atau sebarang risalah diedar.

"Saya layan siswa-siswi bagaikan anak saya." Demikianlah ungkapan yang sering kedengaran dari bibir Naib Canselor. Namun, "niat" bukan segala-galanya ketika kita membicarakan masalah. Sememangnya Naib Presiden Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Teh Chee Seng berniat baik untuk menasihati siswa/i-nya agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram melalui Facebook-nya, tetapi tidak menjawab soalan apakah kesalahan untuk makan kek bersama? Masalahnya, "perlindungan yang terlebih" ini bukan pendekatan yang sewajarnya untuk mendidik siswa-siswi. Mengapa Naib Canselor sesebuah universiti mentadbir siswa/i seakan-akan beliau mengasuh kanak-kanak dalam tadika?

Dengan memberi amaran "dengar arahan saya", Naib Canselor sebenarnya memaksakan nilai dirinya kepada siswa/i, lantas merampas hak siswa/i untuk membuat pertimbangan secara berdikari. Cuma, mengapa perlu seorang Naib Canselor bergelar profesor membuat keputusan untuk seorang siswa/i -yang seharusnya dilayan sebagai seorang dewasa - sama ada untuk memakai selipar atau tidak dalam kampus? NC wajib bertanya dirinya, sama ada beliau lebih merunsingkan masalah pendek akal siswa/i-nya, atau panjang rambut siswa/i-nya?

Persoalan pokoknya

Segala-gala ini sebenarnya kembali kepada satu persoalan pokok: Sama ada kita mahu melahirkan siswa/i yang patuh kepada AUKU, atau siswa/i yang berani bertanya, mampu membuat pertimbangan, mempunyai pandangan tersendiri dan tegas ketika membuat keputusan? Adakah tujuan kita menubuhkan Universiti adalah untuk melatih generasi yang akur dan membiasakan diri dengan status quo, biarpun tidak wajar - atau kita mahu membentuk generasi yang berani mempersoalkan ketidakadilan dan bertekad untuk membawa perubahan?

Tepuk dada tanya selera - kita sebenarnya takut apabila siswa-siswi tampil bersuara, lantas tanpa segan silu kita menutup mulutnya dengan tangan. Kita sebenarnya takut siswa-siswi bangkit mencabar kewibawaan kita, lantas kita menambat mereka dengan Aku Janji. Kita sebenarnya sedar bahawa "bingkai" yang berada dalam tangan kita sudah berkarat ditinggalkan zaman - kita ugut, denda dan hukum siswa/i bukan kerana mereka mengingkari peraturan, tetapi berdendam kerana kewibawaan kita tercabar apabila mereka mempertikaikannya.

Persoalannya, bagaimana siswa-siswi boleh akur dengan larangan keluar masuk kampus selepas jam 12 tengah malam, jikalau mereka berani mempersoalkan teori "konflik tamadun" oleh Samuel P. Huntington dalam kuliahnya? Sebaliknya, jikalau siswa-siswi tidak berani mempertikaikan apa salahnya untuk memakai seluar pendek dalam kampus yang terletak pada garisan khatulistiwa - apakah kita mengharapkan golongan ini mampu melakukan sesuatu yang mana prestasinya boleh menandingi pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg?

Kita sering kehilangan arah apabila cuba mengenalpasti dan kemudian menyelesaikan masalah kita. Masalah sebenar pada pentadbir universiti kita adalah mereka mengandaikan pendidikan itu adalah latihan semata-mata. Logik yang mendasar dalam tengkorak mereka adalah, semakin ketat peraturan universiti, maka semakin berdisiplin siswa/i yang dihasilkan. Kita menjaga dan melindungi siswa/i dari panjang rambut hinggalah seliparnya, supaya mereka menumpukan masa sepenuhnya untuk pengajian mereka.

Ini falsafah kilang pembuatan, siswa/i dilayan bagaikan binatang penternakan dan pendidik berperanan sebagai pengasuh di tadika. Sering kali kita mendengar aduan bahawa siswa/i tempatan tidak kreatif, tidak berkeyakinan diri - tunduk membisu dalam kuliah apabila sesi dibuka untuk bertanya soalan.

Maka pendidik kita mencuba seribu satu cara untuk menangani masalah ini. Power point digunakan untuk membuktikan bahawa kita seiring langkah teknologi; modul pengajian ditiru dari universiti yang terunggul di dunia - namun kita tetap gagal melahirkan siswa/i yang unggul. Malah, graduan yang tamat pengajian perlu dilatih semula melalui Skim Latihan Siswazah Menganggur.

Dan kita pelik apabila bakat anak watan kita terserlah bersinar di luar negeri. Sementara kita mengimport mahupun menyeludup buruh asing, kita sebenarnya antara negara pengeksport bakat terbesar tanpa disedari. Seandainya kita jujur dalam hal ini, kita semestinya sedar bahawa puncanya adalah kegagalan kita untuk menyediakan satu suasana yang menggalakkan percambahan potensi. Kita terus mencantas apabila benih bercambah di luar bingkai yang berkarat.

Apa tidaknya, siswa/i dari Fakulti Sains Politik boleh disuapkan sebanyak teori yang mungkin, mereka dipaksa untuk menghafalnya dan memuntahkannya semula pada kertas peperiksaan - tetapi mereka akan didenda apabila turun ke gelanggang untuk memerhatikan dengan mata sendiri perjalanan pilihan raya kecil. Bukankah kita sedang mengajar anak untuk berenang tanpa kolam? Bukankah kita sebenarnya mengharapkan kayu balak dari benih yang ditabur ke dalam pasu bonsai?

Saya agak mual apabila membaca alasan pendidik dalam universiti tempatan untuk menyekat kebebasan siswa/i-nya. Demi kepentingan politik diri mereka menyarankan agar siswa/i tidak terjerumus ke dalam kancah politik. Demi pangkat dan nama diri mereka memperingatkan agar siswa/i tidak dipergunakan parti politik. Tanpa segan silu mereka mengerah pegawai keselamatan untuk melindungi kuasa dirinya dan menutup mulut siswa/i-nya. Maklumlah mengapa bakat siswa/i tempatan hanya bersinar bagai kaca yang meretak di depan pejabat HEP.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Sebahagian kritikan di atas pernah diketengahkan cendekiawan di Taiwan terhadap universiti tempatannya, lebih 25 tahun dahulu; dan penulis mendapati ia masih relevan untuk Malaysia, selepas suku abad.

Kuatnya Anwar, lemahnya Saiful sehingga ‘buah dadanya’ sempat diramas-ramas

Posted: 15 Mar 2011 10:43 PM PDT

WarkahDaily

Secara logik aku nak cakap, sebagai seorang lelaki, lemah sangat ke Saiful Bukhari sehingga Anwar boleh memaksa 'anunya' masuk ke dalam dubur Saiful secara paksa sehingga mencapai ejakulasi dalam dubur Saiful.

Sedangkan, seorang wanita pun, kadang-kadangnya boleh bertindak melepaskan diri daripada dirogol seorang lelaki yang lebih kuat daripadanya. Inikan pula, Anwar yang sudah pun berumur, Saiful pulak masih lagi muda, namun 'tertewas' juga dengan liwat secara paksa seperti yang didakwa Saiful kepada Dr Razuin Rahimi.

Bukan setakat boleh memasukkan 'alatnya'…Anwar dituduh juga sempat meramas 'buah dada' Saiful. Hahahaha…aku dah rasa macam drama ni dah sampai tahap klimaks lawak antarabangsa tahap gaban dah.

Kejadian liwat itu pulaknya dikatakan berlangsung selama setengah jam..woi! lama tu, hang tak sempat nak terajang Anwar ke tu? Siap letak pelincir lagi tu…

Ish..ish..ish..sesape yang berfikiran waras pun boleh fikir. Liwat berlaku selama setengah jam, siap letak pelincir, lepas tu berlakunya ejakulasi lagi dalam dubur Saiful…Sempat pulak Anwar ramas-ramas 'buah dada' si Saiful…Kemudian Saiful kata dia dipaksa…masuk akal ke bro? Lemah bebenar hang ni Saiful ek.

Aku duk baca berita pasal kes liwat ni sampai boleh geli tekak aku..eiiii…memang menjijikkan. Memalukan maruah agama, bangsa dan negara betul! Macam mana boleh ada orang jenis macam tu?

KUALA LUMPUR (Sinar Harian) - Mohd Saiful Bukhari Azlan menolak melakukan seks oral ketika hari kejadian dia mendakwa diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008.

Dalam kejadian selama setengah jam itu, Mohd Saiful mendakwa gel pelincir digunakan dan penetrasi berlaku di duburnya serta dadanya diramas Anwar.

Bekas pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi memberitahu Mahkamah Tinggi semalam, perkara itu dimaklumkan ketika beliau mengambil latar belakang kejadian Mohd Saiful pada 28 Jun 2008.

Beliau mengambil masa 20 minit untuk mencatat latar belakang kejadian itu di Pusat Krisis Sehenti (OSCC), HKL selepas dimaklumkan pegawai penyiasat, Deputi Superintendan, Jude Blacious Pereira mengenai dakwaan Mohd Saiful diliwat Anwar.

"Mohd Saiful beritahu, dia diliwat Anwar pada 26 Jun 2008 tanpa kerelaannya," katanya yang memberi keterangan ketika pemeriksaan utama Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden di Mahkamah Tinggi semalam.

Saksi turut berkata, Mohd Saiful mendakwa dipaksa melakukan seks oral, tetapi enggan dan menolak.

Menjelaskan berhubung catatan borang pro-forma (borang sejarah perubatan) ditandakan pada perkataan 'penetrasi', Dr Razuin berkata, itu bermakna 'tusukan penuh' dan Mohd Saiful mengatakan Anwar mencapai ejakulasi dalam duburnya, ketika hubungan seks itu.

Ketika disoal balas peguam Anwar, Karpal Singh untuk menjelaskan makna 'rectal attempted' seperti dalam pro-forma, Dr Razuin menjelaskan, 'rektum' berada di atas dubur.

"Ia adalah liwat. Itu bermakna penetrasi melalui dubur, namun tidak semestinya sampai ke kawasan rektum. Ia adalah makna dalam istilah perubatan untuk 'rectal attempted'," katanya.

Anwar, 63, didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Dr Razuin berkata, Mohd Saiful memberitahu mengalami pendarahan pada dubur ketika kejadian pertama dan kedua diliwat.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan pada 28 Jun 2008, tidak ada pendarahan direkodkan. Dr Razuin mengesah kan Jude mengambil keterangannya pada kali pertama, Januari 2010 dan kali kedua tiga minggu lalu.

Perbicaraan semalam turut menampilkan Ketua Staf di pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob memberi keterangan. Beliau mengesahkan Anwar menghadiri majlis ekonomi di sebuah kondominium milik Hassanuddin, pada 26 Jun 2008.

Pada hari berkenaan, Anwar menghubunginya kerana tertinggal surat di pejabatnya di Seksyen 15, Petaling Jaya dan saksi itu meminta Mohd Saiful menghantar surat berkenaan kepada Anwar kerana dia sibuk pada hari terbabit.

Perbicaraan hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung jam 9 pagi ini dengan Jude dijangka memberi keterangan sebagai saksi akhir sebelum pihak pendakwaan menutup kes.

PKWD serius bantu ibu tunggal

Posted: 15 Mar 2011 10:38 PM PDT

SINAR HARIAN ONLINE


TEBUK JAWA ( SABAK BERNAM )– Terdapat lebih kurang 26,000 ibu tunggal di seluruh Selangor pelbagai kategori sama ada muda, pertengahan usia mahupun warga emas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail berkata, daripada 26,000 itu, 4,000 adalah ibu tunggal di Sabak Bernam.

"Seramai 2,000 daripada jumlah itu adalah ibu tunggal di peringkat usia emas yang kematian suami, manakala selebihnya lagi iaitu 2,000 adalah ibu tunggal muda dan pertengahan yang memerlukan perhatian dalam aspek jaminan kewangan.

"Mereka memerlukan jaminan kewangan memandangkan suami tempat mereka bergantung harap sudah tiada dan antara caranya adalah melalui kemahiran yang disediakan di Pusat Komuniti Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) (PKWD)," katanya ketika berucap pada majlis perasmian PKWD Sungai Air Tawar, di sini.

Hadir sama, Penyelaras PKWD Sungai Air Tawar, Halimaton Mohd Ngalim.

Menurutnya, kewujudan PKWD dapat membantu ibu tunggal termasuk suri rumah yang mempunyai masa lapang mendapatkan kemahiran dan pada masa sama memberi kefahaman kepada wanita untuk berfikir tentang hak mereka.

"Melalui kemahiran mereka berkemampuan untuk menyumbang kepada ekonomi keluarga dan menyara kehidupan yang boleh memberikan jaminan kewangan lebih baik," katanya.

Dalam pada itu Rodziah berkata, selepas mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor, perkara pertama yang diberikan perhatian oleh kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) adalah urus tadbir yang mesti diubah termasuklah urus tadbir kewangan dan kakitangan melalui perubahan paradigma mereka.

Menurutnya, Selangor sememangnya kaya dengan hasil cukai dan galian dan sebanyak RM1.4 bilion diuruskan dengan baik di bawah pentadbiran PR.

RAYUAN GULA-GULA UNTUK SIAPA?

Posted: 15 Mar 2011 10:31 PM PDT

HATI YANG BENGKAK

BUKANNYA ingin menongkah arus dan pembangunan yang telah diberikan. Malah sebagai seorang rakyat yang kerdil tidak lepas dari rasa syukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas semua peruntukan pembangunan kepada rakyat Sabah.

Tahniah kepada kerajaan negeri Sabah kerana semakin banyak perubahan yang dapat dilihat, berkembang pesat di sekitar negeri tercinta ini. Namun dalam keadaan mata yang masih tercelik dan akal terbuka, kami sebagai rakyat yang hanya mengharapkan agar undi kami kepada para pemimpin yang sekarang 'Berkerusi Empuk' agar tidak lupa betapa kami amat memerlukan anda untuk memperjuangkan hak dan kepentingan kami.

Sejak sekian lama kami menunggu dan kini PRU13 sudah hampir sampai, namun apa yang dapat kami banggakan untuk anda semua? Adakah dengan pakaian berjenama yang anda pakai? Adakah dengan banyaknya harta, isteri, gundik atau gigolo yang anda kumpul?

Kami hanya rakyat biasa yang mampu melihat dan bersembang di kedai kopi, sedang berteka-teki apakah janji lama akan dicanang kembali pada PRU13 nanti? Di sanalah kami akan dapat melihat betapa RAMAHNYA dan MANISNYA senyuman anda. Rajinnya anda datang bertandang, menyangkul, mencantas lahunai bersama kami.

Tetapi setelah anda berjaya kami jadikan 'pembela' kami melalui undi, 'Batang Hidung' pun tidak kelihatan; sibuk memanjang entah ke mana?

Sebagai pengundi, pembayar cukai dan yang dijanjikan saban masa, kami rindukan jalan raya yang berturap, bekalan air yang bersih, cahaya lampu elektrik serta paling penting Hak Mutlak rakyat Sabah iaitu '20 Perkara' wajib dipertahankan tanpa gagal.

Bukannya melihat gelapnya rumah kami, rosaknya jalan kami, mundurnya bumiputera, kayanya kroni, ramainya pati dan akhirnya tanah kami yang dirampas.

Di manakah pembelaan kalian wahai pemimpin? Pekak dan bisukah anda di atas 'KUASA' yang kami berikan? Tidak malukah anda mengemis undi kami di masa lampau; terutama dengan 'Rayuan Gula-Gula'?

Kami bukan rakyat derhaka atau pengganas durjana yang perlukan ISA kerana kami bukan pencetus kemusnahan, tetapi sebagai rintihan seorang rakyat yang tetap setia memberi anda UNDI membela kami.

Cuba bandingkan apa yang Sabah terima dengan negeri lain di Semenanjung Malaysia, bukankah sepatutnya peruntukan untuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sama rata? Namun hakikatnya, Sabah hanya mendapat peruntukan yang sama banyak dengan Perlis.

Apakah perlu setiap pemimpin yang kami lantik perlu 'MATI' untuk kami melihat betapa mesranya kalian datang bertandang dan menagih undi serta membongkok di hadapan kami?


Izzah : Perjelas kesan radiasi kepada rakyat

Posted: 15 Mar 2011 10:22 PM PDT

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR – Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan pusat memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat berhubung kesan letupan ketiga di loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi, Jepun.

Menurut Izzah, penjelasan mengenainya perlu kerana rata-rata rakyat di negara itu turut merasa bimbang akan kesan radiasi yang dihebah-hebahkan.

Izzah juga mendesak kerajaan Malaysia supaya menghentikan segera pembinaan pusat pemprosesan tanah jarang di Gebeng, Pahang yang juga boleh memberi implikasi negatif ke atas Malaysia.

" Apakah peratusan kemungkinan radiasi dari loji tenaga nuklear ini akan tiba di Malaysia, berdasarkan senario "full meltdown"?

"Pada masa yang sama, Kerajaan Pusat wajib menghentikan dahulu sebarang perancangan untuk membina loji tenaga nuklear mahupun pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth refinery) di negara ini," tulis Izzah dalam satu kenyataan media hari ini.

Tahap radiasi dikatakan meningkat 400 kali ganda hari ini di utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear di negara matahari terbit itu.

Mengikut Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiichi akan memberi kesan ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

Berita mengenai kesan radiasi terus menggusarkan rakyat di seluruh negara namun paling penting kata Izzah, adakah kerajaan pusat mempunyai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat dari pencemaran nuklear yang dilaporkan.

"Apakah langkah berjaga-jaga yang harus diambil rakyat Malaysia? Adakah Kerajaan Pusat benar-benar bersedia menghadapi situasi pencemaran nuklear yang mungkin terjadi?," tulisnya lagi.

"Oleh itu, saya berharap agar pihak Kerajaan Pusat bertindak lebih pantas tetapi tepat dalam menerangkan situasi sebenar di Jepun serta apakah akibat yang mungkin dialami rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak,"katanya.

PERKASA tetap curiga dengan alkitab Injil BM

Posted: 15 Mar 2011 10:20 PM PDT

MALAYSIA KINI

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meluahkan rasa curiganya mengenai kumpulan Kristian, termasuk di Sabah dan Sarawak yang berkeras mahu menggunakan alkitab Injil berbahasa Melayu.

NONEMenurut presidennya, Datuk Ibrahim Ali tuntutan mereka supaya kitab-kitab berkenaan yang dirampas di Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan kuching sejak beberapa bulan lalu dibenarkan masuk adalah tidak masuk akal.

"Tak masuk akal kenapa sesetengah pihak berkeras hendak edar Injil bahasa Melayu walhal secara rasmi semua orang Melayu adalah beragama Islam.

"Kalau nak edar di kalangan masyarakat di Malaysia Timur, kenapa tidak dikeluarkan ikut dialek masing-masing? Kenapa mesti dalam bahasa Melayu yang bukan 'their mother tongue' (bahasa pertuturan harian mereka," katanya dalam satu kenyataan media.

Ibrahim juga membidas kumpulan berkenaan yang dakwanya, dalam hal lain seperti papan tanda, sekolah satu aliran dan sebagainya tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu.

azlan"Dalam hal lain seperti papan tanda, sekolah satu aliran dan sebagainya,ada pihak tidak mahu mendaulatkan bahasa Melayu walaupun urusan rasmi tertaluk d bawah Fasal I52.. tetapi kitab Injil, mereka mahu guna bahasa Melayu.

"Perkasa tetap curiga," katanya.

Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) pada 10 Mac lalu mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, setakat ini, 30,000 salinan kitab itu yang dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal terus ditahan.

church attacks sunday massBerikutan pendedahan itu, pelbagai pihak dan juga ahli politik Pakatan Rakyat tampil meminta Najib membuktikan slogan 1Malaysia yang dicanangkannya bukan semata-mata alat propaganda.

Akibat bidas yang bertalu-talu, lewat petang semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, dalam satu kenyataan akhbar berkata kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab yang dirampas dan ditahan di Kuching dan Pelabuhan Kelang.

Tindakan itu, dikatakan selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal.

Bagaimanpun semua kitab berkenaan mesti dicop dengan tag "Untuk penganut agama Kristian sahaja".

economic transformation programme 210910 idris jala 02Idris yang merupakan penganut agama Kristian dan berasal dari Sarawak berkata beliau juga telah berhubung dengan CFM.

"Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang," katanya.

Dari perspektif penganut agama Islam pula, katanya, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu kalimah Allah.

"Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia," kata Idris lagi.

Kebakaran terbaru burukkan lagi krisis nuklear Jepun

Posted: 15 Mar 2011 10:16 PM PDT

MALAYSIA KINI

Kebakaran terbaru meletus di loji nuklear Jepun awal hari in sekali gus memburukkan lagi krisis berkenaan.

Kebakaran di reaktor nombor empat di loji No 1 Fukushima dilaporkan berlaku dengan sendiri, kata agensi keselamatan atom negara berkenaan.

azlan"Kami terima maklumat dari TEPCO (operator loji Tokyo Electric Power Co) bahawa kebakaran dan asap boleh dilihat dan ia berlaku secara sendiri," kata jurucakap, Minoru Ogoda kepada AFP.

Seorang pekerja terdahulu melaporkan asap merebak keluar dari tingkat empat bangunan reaktor berkenaan, kata jurucakap TEPCO.

Tidak dapat dipastikan tempoh masa kebakaran itu berlaku tetapi ia berjaya dipadamkan 30 minit selepas dikesan.

Tiada laporan mengenai kecederaan dan kesan kerosakan belum dapat disahkan.

Pembelian panik iodin

Sementara itu, Reuters melaporkan kebimbangan terhadap penyebaran kesan radiasi akibat krisis reaktor nuklear Jepun menyebabkan pengguna panik membeli ubat penawar di merata tempat di pantai barat Amerika Syarikat dan Kanada.

NONEBagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan berkata, kebimbangan itu tidak diperlukan ketika ini dan memberi amaran bahawa orang ramai akan mendedahkan diri kepada masalah perubatan lain kerana mengambil iodin potasium yang diharap dapat melindungi mereka daripada kanser.

Kekeliruan bertambah apabila beberapa pegawai kanan persekutuan Amerika Syarikat memberikan pandangan berbeza.

Setiausaha Tenaga, Steven Chu, berkata beliau merasakan tidak perlu membeli ubat penawar itu tetapi menambah "ini adalah negara bebas".

Kejutan menanti dalam pemilihan PAS

Posted: 15 Mar 2011 10:03 PM PDT

Abdul Rahim Sabri

Walaupun pemilihan PAS dijadual pada Jun ini, namun cakap-cakap sudah mula kedengaran apabila nama beberapa pemimpin sudah disebut-sebut bakal merebut jawatan timbalan presiden.

NONEMalah, sumber-sumber parti memberitahu, pemilihan kali ini lebih menarik berikutan beberapa kejutan yang bakal berlaku, seterusnya melanjutkan pertembungan dua kumpulan - pro- kerajaan perpaduan dan kumpulan Erdogan - seperti pada pemilihan dua tahun lalu.

Berdasarkan maklumat itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa (bawah, kanan) dipercayai tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak dua penggal lalu.

nasharuddin nik aziz manek urai 110709 nasha pcSumber yang lain pula mendakwa "ada mendengar cerita" kumpulan kerajaan perpaduan dalam PAS tidak mahu lagi Nasharuddin sebaliknya mahu mengangkat tokoh lain, seperti naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Tak nampak orang lain (setakat ini), selain daripada (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man (sebagai pengganti)," tambah sumber-sumber itu.

Cadangan itu dipercayai ditimbulkan ekoran populariti Tuan Ibrahim sebagai personaliti terkenal yang mendapat undi tertinggi ketika dipilih sebagai naib presiden pada tahun 2009.

Nasha undur, Mat Sabu masuk?

Beliau dikatakan boleh mengisi jawatan tersebut demi merealisasikan konsep 'kepimpinan ulama' yang menjadi amalan parti itu selama ini.

Sementara itu, sumber yang dekat dengan Nasharuddin pula berkata setakat ini tiada keputusan sama ada ahli parlimen Bachok itu mahu mempertahankan jawatan tersebut ataupun tidak.

NONE"Tidak ada apa-apa jawapan lagi, masih tidak buat pendirian lagi... Tidak ada keputusan (setakat ini)," kata sumber berkenaan ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam pemilihan dua tahun lalu, Nasharuddin mempertahankan jawatan timbalan selepas menewaskan dua bekas naib presiden ketika itu - Datuk Husam Musa (atas, pertama dari kiri) dan Mohamad Sabu.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Lain pula yang berlaku kepada bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu apabila menurut sumber, beliau dijangka mencuba nasibnya bagi bertanding jawatan itu sekali lagi.

pas supporters club launch 160207 mohamad sabuBagaimanapun Mohamad yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ketika dihubungi Malaysiakini dilihat masih berteka-teki daripada memperlihatkan 'keinginannya' itu.

"Saya tidak buat keputusan lagi, masih berbincang dengan kawan-kawan. Saya tengok keadaan dulu," katanya.

Husam beri laluan

Sementara, sumber yang dekat dengan Husam pula mendakwa ADUN Salor itu dipercayai tidak mencuba nasibnya sekali lagi, sebaliknya hanya mahu bertanding untuk kekal sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS.

Ini kerana, kata sumber, ia bagi memberikan laluan kepada Mohamad Sabu – yang dilihat cenderung anti agenda kerajaan perpaduan – dan membolehkan pertandingan dua penjuru berlaku.

Pemerhati politik berpendapat, antara faktor kemenangan Nasharuddin dalam pemilihan lalu disebabkan berlakunya pecah undi antara Husam dan Mohamad Sabu.

NONESumber itu juga memberitahu Malaysiakini, tokoh lain turut 'diundang' bertanding jawatan tersebut antaranya naib presiden PAS Salahudin Ayub dan dua ahli jawatankuasa PAS Pusat - Datuk Abu Bakar Chik dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Bagaimanapun belum jelas sama ada ketiga-tiga mereka – yang difahamkan cenderung kepada agenda kerajaan perpaduan – akan terlibat sama kali ini.

Muktamar dan pemililhan PAS bagi tahun ini dijadual diadakan pada 3 hingga 5 Jun di Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Dewan Rakyat bahas gempa bumi, tsunami di Jepun

Posted: 15 Mar 2011 05:17 PM PDT

BERNAMA

Persidangan Dewan Rakyat dijangka membahaskan usul tergempar mengenai gempa dan tsunami di Jepun Khamis ini, kata Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Dewan Rakyat telah menerima pemberitahuan daripada kerajaan yang akan mengemukakan usul berkenaan dan notis mengenainya dijangka diterima esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijangka membentangkan usul itu mengikut Peraturan 27(3) Parlimen, dan akan dibahaskan oleh anggota dewan, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Junaidi berkata oleh kerana itu beliau menolak permohonan M.Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) pada persidangan pagi tadi yang memohon menangguhkan persidangan dewan bagi membincangkan kejadian gempa dan tsunami di Jepun pada Jumaat lepas.

"Pihak kerajaan kini sedang memuktamadkan usul berkenaan dan akan menyerahkan notis pembentangan usul itu esok. Tetapi saya yakin usul yang akan dibawa itu berhubung dengan rasa simpati kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun atas malapetaka yang menimpa mereka," katanya.

"Untuk kemukakan usul perlu notis sehari. Tadi Yang Berhormat Ipoh Barat mengemukakan usul secara serta-merta, jadi saya tidak boleh benarkan, lagipun dewan sudah dimaklumkan bahawa kerajaan akan membawakan usul yang sama pada Khamis ini," katanya.

Wan Junaidi berkata, kebiasaannya intipati perbahasan mengenai usul itu akan disampaikan kepada pemimpin Jepun selain Duta Jepun di Malaysia.

"Saya juga yakin kerajaan akan memaklumkan kepada kedutaan mengenai usul ini agar mereka dapat mendengar perbahasannya kelak daripada anggota Parlimen tanpa mengira parti," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak pasti berapa lama akan diperuntukkan untuk anggota Parlimen membahaskan usul tersebut memandangkan notis mengenainya belum diterima.

Pada Jumaat lepas, Jepun dilanda gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter, yang telah mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu dan mengorbankan beribu-ribu nyawa.


'Saya marah cara disoal siasat oleh peguam'

Posted: 15 Mar 2011 05:11 PM PDT


S Pathmawathy

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Arman Alies hari ini mengakui bahawa beliau marah apabila disoal berulang kali oleh peguam Majlis Peguam berhubung kelakuan dan tindakannya.


NONEDalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock, penolong penguasa SPRM itu berkata cara Edmund Bon menyoalnya, semalam menimbulkan kemarahan kepadanya.

Pesuruhjaya Dr Mohamed Hatta Shaharom, seorang perunding psykitrik forensik kemudiannya bertanya kepada Arman sama ada beliau sering kali marah-marah.

Arman: Saya marah apabila dalam bersukan, orang cuba mencederakan saya. Saya marah apabila diganggu tanpa sebab.

Mohamed Hatta: Sejak dua setengah hari lalu, berapa kali awak terasa ingin marah?

Arman: Apabila saya diserang secara peribadi dan apabila soalan ditanya berulang-kali.

edmund bon gmi lawyer 090805Sambil menuding jarinya ke arah Bon, saksi itu berkata dia "marah" kepada peguam itu berhubung cara beliau menyoalnya semalam dalam siasatan berhubung diari.

Bon mengasak Arman supaya tidak menyembunyikan apa-apa daripada panel itu apabila disoal berhubung siasatan diari berkenaan.

Mengikut peguam berkenaan terdapat percanggahan dalam diari-diari tersebut dengan catatan yang berbeza.

Arman berkata beliau menulis diari pertama beberapa hari selepas Teoh dijumpai mati manakala diari kedua pula ditulis kira-kira setahun selepas itu.

Chong Wei Telefon Rosmah Untuk Dapat

Posted: 15 Mar 2011 05:07 PM PDT

Ditulis oleh shuaib ayob



SHAH ALAM : Juara All England Lee Chong Wei menelefon isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor yang menjanjikan pemain itu "hadiah istimewa" jika beliau menang dalam pertarungannya menentang Lin Dan kelmarin, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada malam itu, isteri saya telah memberi semangat kepada beliau (Chong Wei) dan berjanji akan memberi hadiah istimewa sekiranya menang. Saya juga dapat bercakap dengan Lee Chong Wei dan turut berjanji akan memberi hadiah sekiranya beliau menang," Najib dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Atas kemenangan 21-17, 21-17 itu, Chong Wei diberikan sebuah jam tangan oleh Rosmah. Najib pula menghadiahkan pemain no 1 dunia itu RM100,000 unit amanah saham Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Majlis berlangsung di Seri Perdana di Putrajaya hari ini, sebaik sahaja Chong Wei kembali pulang dari London.,

Rosmah adalah Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Najib menyifatkan panggilan telifon Chong Wei kepada isterinya itu sebagai satu "tabiat" sebelum bertanding, untuk mendapatkan kata-kata semangat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

technology has shown a MarleyWant to get word some Trifle and interesting facts more or less the aliveness of Bob Marley? [url=http://www.onlinecasinotaste.co.uk/]online casino[/url] casinos online Now this metre in the online food market you will get different types of plot which can Avail you to 5 Liberate Casino Chips at Ladbrokes Casino advantageously, it is quite an well-fixed. http://www.tasty-onlinecasino.co.uk/

Tanpa Nama berkata...

Everyone actually Own started collection more than receipts than the brick and mortar ones. [url=http://ukpaydayloans.blog.co.uk/]http://ukpaydayloans.blog.co.uk/[/url] payday loans This is fun entertainment for people who it is like it is very knockout to win. http://www.bbvcpaydayloans.co.uk/