Jumaat, 11 Mac 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


DEB Sudah Tidak Relevan

Posted: 11 Mar 2011 05:13 AM PST

Ditulis oleh shuaib ayob


GOMBAK : ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, menganggap Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan kerajaan pada 1970-an, tidak lagi relevan untuk digunakan pada zaman sekarang berikutan gagal mencapai matlamatnya untuk membela bangsa Melayu.

Beliau berkata demikian ketika dalam forum Meritokrasi dan Kuota: Ke Mana Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dekat sini malam tadi.

"DEB itu dianggap sebagai satu dasar sementara untuk bertahan sehingga 1990 dan saya nak memetik kata-kata Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail, dia menggambarkan kelebihan yang diberi oleh DEB ini sama seperti handicap golf maknanya kalau yang lemah diberi kelebihan," katanya.

Tambah Nik Nazmi lagi, kesesuaian dasar yang perlu dilaksanakan pada zaman ini adalah mengikut merit dan keperluan dan bukan sahaja mengutamakan meritokrasi semata-mata.

"Kita perlu pendekatan yang berasaskan merit dan keperluan, tindakan informatif berdasarkan keperluan, saya tidak setuju meritokrasi semata-mata, di Singapura misalnya yang mana tidak langsung melihat keadaan sosio-ekonomi tetapi dia kena ada merit dan keperluan yang mana soal kaum itu boleh kita anggap persoalan diversiti (kepelbagaian) dan sebagainya," katanya.


Katanya lagi, dengan memberi keseimbangan antara merit dan keperluan ini, maka kebanyakkan rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah daripada RM1,500 dapat dilindungi sekaligus dapat memberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

"Majoriti ramai rakyat negara kita, 40% daripada rakyat kita berpendapatan bawah daripada RM 1,500 sebulan (pendapatan isi rumah) dan 3/4 daripada mereka adalah Melayu. Dasar yang mengimbangi merit dan juga keperluan akan memelihara keperluan atau kepentingan masyarakat Melayu yang benar-benar perlukan perlindungan tersebut," katanya.


Perkara ini turut dipersetujui oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, di mana DEB mungkin lebih sesuai digunakan sehingga tahun 1990.

"Sebenarnya kebanyakkan yang berhormat Nik sebut tadi, saya bersetuju sebab kita faham mengenai meritokrasi dan DEB yang sekarang ni kita dah ubah istilah kuota tu jadi DEB lah dan kedua-duanya diperlukan, DEB tu mungkin sesuai pada masanya," katanya.

Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Jerlun, beliau turut tidak menolak, dasar pengakhiran DEB hanya boleh diputuskan oleh orang Melayu sama ada mereka boleh berdikari sekiranya sistem kuota tidak lagi diberikan.

"Prinsip disebalik DEB itu saya fikir masih diperlukan dan biarlah orang Melayu itu sendiri yang putuskan bila kita nak mengakhiri DEB ini," katanya.

Sebelum ini DEB dikatakan gagal mencapai sasaran itu dan ini turut diakui oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan bapa kepada Mukhriz, dalam memoirnya yang dipasarkan Isnin lalu.

DEB juga didakwa hanya melahirkan sekumpulan kecil jutawan Melayu yang rapat dengan parti-parti politik.

Tiada Larangan Menutup Kedai Nombor Ekor di Selangor

Posted: 11 Mar 2011 05:04 AM PST

Ditulis oleh Ezli

SHAH ALAM : Kerajaan negeri akan menggunakan pendekatan tersendiri dalam menangani penjualan tiket loteri di Selangor tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang juga ahli EXCO Selangor berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas ulama dan pengamal undang-undang, dan pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumuskan sebarang keputusan.

Bagaimanapun katanya, keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan.

Dr Hasan, yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, berkata orang Islam di Selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

Hasan berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka.

Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ramalan empat ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, beliau berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat JAIS tidak lama lagi bagi mengenal pasti bentuk tindakan yang akan diambil.

MIED: Rayuan Samy, tujuh lain kes saman RM100 juta ditolak

Posted: 11 Mar 2011 05:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


PUTRAJAYA — Pengerusi Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) Datuk Seri S. Samy Vellu dan tujuh pemegang amanah lain tewas dalam permohonan agar Mahkamah Rayuan mengetepikan perintah mahkamah rendah yang mengarahkan mereka membekalkan dokumen-dokumen relevan kepada sayap pendidikan MIC itu berhubung kes sivil RM100 juta.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan Samy Vellu (gambar) dan tujuh lain berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang diputuskan 10 Januari lalu.

Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai mulai 6 petang

Posted: 11 Mar 2011 05:02 AM PST

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai ekoran laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

Gempa bumi 8.9 gegar Jepun, timur laut dilanda tsunami 6 meter

Posted: 11 Mar 2011 05:00 AM PST

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER


Tanki simpanan gas asli di kawasan Chiba dekat Tokyo terbakar ekoran gempa bumi yang turut menyebabkan tsunami hari ini. — Foto Reuters

TOKYO — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8.

Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini.

Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh.

Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami.

Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki).

Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia.

Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup.

Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami.

Sebuah kapal besar "disapu" ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK.

Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama.

Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai.

Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini.

Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi.

Kitab Injil: ABIM minta Najib jelaskan dakwaan badan Kristian

Posted: 11 Mar 2011 04:58 AM PST

KUALA LUMPUR — Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia yang mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membenarkan pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia di negara ini adalah berat dan ia perlu dibuktikan bagi mengelakkan kekeliruan.

Menurut Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia itu amat berat dan ia perlu dibuktikan bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat terutamanya yang beragama Islam.

"Abim memandang berat kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan tiada pengharaman dibuat ke atas kitab Injil dalam bahasa Malaysia, kita juga memandang serius kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia yang turut mendakwa Perdana Menteri telah menjanjikan pengedaran kitab-kitab tersebut di Sabah dan Sarawak secara bebas.

"Sebagai pemerintah eksekutif tertinggi di negara ini, sebarang kenyataan yang dikeluarkan menggambarkan pendirian serta polisi kerajaan mengenai sesuatu perkara, dalam konteks ini, dakwaan Persekutuan Kristian Malaysia ini seakan-akan menggambarkan persetujuan kerajaan untuk pengedaran kitab Injil berbahasa Malaysia dalam negara ini sedangkan tiada sebarang pewartaan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, Mohamad Raimi berkata pihaknya menuntut penjelasan Najib dalam perkara itu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Kristian Malaysia ini amat berat dan perlu dibuktikan kepada umum bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat di samping menjunjung tinggi ketelusan.

"Dalam hal ini, Abim menuntut penjelasan terbuka Perdana Menteri mengenai isu ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan serta salah faham yang boleh mengganggu keharmonian hubungan di antara kaum yang ingin dijayakan kerajaan selama ini," katanya.

Semalam Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysian Biskop Ng Moon Hing berkata kerajaan telah memberikan jaminan bahawa kitab injil dalam Bahasa Malaysia akan digunakan dengan bebas sekurang-kurangnya di Sabah and Sarawak.

Katanya, sejak Mac 2009 kesemua usaha untuk mengimport kitab injil dalam Bahasa Malaysia iaitu "Alkitab" sama ada menerusi Pelabuhan Klang atau Pelabuhan Kuching telah dihalang.

Jelas Ng, kargo sebelum ini sebanyak 5,000 naskhah Alkitab yang dimport pada Mac 2009 masih ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang meskipun pelbagai rayuan sudah dibuat.

Ng menambah, rayuan itu telah membuahkan hasil apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membenarkan naskhah-naskhah yang ditahan di Pelabuhan Klang pada Disember 2009, yang dimaklumkan kepada pemimpin-pemimpin persekutuan oleh beberapa anggota Kabinet dan pembantu mereka.

Menurut Mohd Raimi, pihaknya berpendapat kebebasan beragama di negara ini tidak seharusnya melangkaui ketetapan Perlembagaan Persekutuan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi negara.

"Justeru, sebarang enakmen berkaitan seperti Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama yang mengawal pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam harus dipatuhi serta dihormati.

"Abim menilai ketetapan-ketetapan yang digariskan dalam lunas perundangan negara merupakan teras keharmonian serta kestabilan di antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," katanya.

Tambah beliau, sebarang kekeliruan serta percanggahan yang wujud harus diselesaikan menerusi dialog serta perbincangan tertutup di kalangan wakil-wakil ketua agama.

"Abim juga menggesa agar mana-mana pihak tidak memberikan tekanan melampau sehingga melangkaui mana-mana autoriti dalam negara dalam memperjuangkan tuntutan masing-masing terutamanya dalam isu-isu yang sensitif sebegini," katanya.

Siapa Yang Kena Bela Diri Anwar Atau Rosmah?

Posted: 11 Mar 2011 04:56 AM PST

Oleh Mohd Sayuti Omar

MENURUT saksi terakhir pihak pendakwa dalam kes liwat ke atas Anwar Ibrahim, Supt Jude Blacious memberi tahu mahkamah dia ada ambil kenyataan dari Rosmah Mansor pada 17 Julai 2008. Apakah butiran kenyataan itu, dan apakah ianya akan didedahkan di mahkamah dalam perbicaraan kes itu hari ini?

Rasanya ramai nak tahu apakah butiran kenyataan berkenaan. Sebelum ini baik Rosmah atau Najib mengatakan mereka tidak ada kena mengena dengan bekas pembacuh kopi. Tetapi lama kelamaan dia mengatakan pembacuh kopi itu ada datang ke pejabatnya untuk bertanya biasiawa.

Di luar mahkamah mungkin kita boleh berbohong atau kalau hakim tidak tegas dan telus apa lagi bias kepada kita ia boleh melindungi pembohongan kita. Tetapi kalau hakim yang benar dan menggunakan buku undang-undang menyebabkan seseorang yang memberi keterangan tidak boleh mengelak pembohongan mereka.

Perbicaraan kes liwat edisi 2 ini sudah sampai ke penghujungnya. Penentuan keputusan itu akan mempengaruhi bila pilihan raya umum ke-13. Kalau keputusannya tidak berpihak kepada parti kerajaan, semisalnya Anwar dibebas ia menyebabkan parlimen lambat lagi dibubarkan. Sebaliknya kalau perbicaraan itu didapati Anwar bersalah ada kemungkinan pilihan raya dipercepatkan.

Ada untung bagi UBN mengadakan pilihan raya dalam tempoh Anwar membuat proses rayuan di mahkamah

http://msomelayu.blogspot.com/

PAS dakwa polis, tentera diberi MyKad semasa PRK

Posted: 11 Mar 2011 04:44 AM PST

PASPB


http://dakjaat.com/wp-content/uploads/2010/05/29997_1296737984881_1423310310_30671456_5206677_n.jpg

KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan tindakan kerajaan BN yang memberikan MyKad kepada polis dan tentera semasa PRK Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, memandangkan mereka sudah mempunyai kad polis dan tentera masing-masing.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pelbagai pihak, memandangkan setiap anggota tentera terutamanya tidak dibenarkan memegang MyKad masing-masing sepanjang mereka masih berada dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mempersoalkan perkara itu menegaskan, walaupun MyKad-MyKad itu sememangnya kepunyaan anggota polis dan tentera itu sendiri, tetapi tindakan tersebut jelas di luar kebiasaan dan menyalahi undang-undang.

Menurut beliau, setiap anggota polis dan tentera sepatutnya tidak lagi dibenarkan menyimpan MyKad masing-masing, sebaliknya dipegang oleh unit tertentu sepanjang mereka berada dalam perkhidmatan, disebabkan mereka telah mempunyai kad polis dan tentera yang lengkap dengan nombor masing-masing.

"Tetapi semasa pilihanraya kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu, polis dan tentera turut diberikan MyKad masing-masing. Ini menjadikan mereka mempunyai dua kad pengenalan diri dalam suatu masa.

"Kenapa Kerajaan BN bertindak begitu? Apakah tujuannya? Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita dan perlu dijelaskan oleh Kerajaan BN," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Setiap anggota tentera terutamanya, menurut beliau, lazimnya mengundi secara pos, tetapi dengan memberikan MyKad kepada mereka yang terbabit, mereka juga boleh mengundi seperti orang awam.

Jadi dengan tindakan itu, anggota polis dan tentera terbabit sememangnya berpeluang mengundi dua kali. Satunya dengan mengundi secara pos (undi pos) dengan menggunakan kad polis dan tentera masing-masing dan satu lagi mengundi seperti orang ramai dengan menggunakan MyKad masing-masing.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan BN menjelaskan matlamat sebenar penyerahan MyKad-Mykad tersebut kepada anggota polis dan tentera terbabit kerana ia amat menghairankan pelbagai pihak.

Beliau juga mendesak SPR memberikan jawapan yang benar sama ada pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis dan tentera terbabit sememangnya mengundi dua kali pada PRK Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu.

Terdahulu dari itu, beliau menyuarakan rasa kesalnya dengan tindakan pihak polis dan SPR yang membenarkan ceramah dari pihak Umno BN dan PAS diadakan di tempat berhampiran, semasa kempen kedua-dua PRK itu.

"Semua itu jelas mengganggu program Pakatan Rakyat dan ia tidak sepatutnya berlaku," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

3 Tahun Tadbir Selangor, PR Kalahkan BN

Posted: 11 Mar 2011 04:36 AM PST

PASPB

Pentadbiran 3 tahun Pakatan Rakyat mengalahkan pemerintahan lebih 50 tahun UMNO Barisan Nasional dari segenap aspek tidak kira pengurusan kewangan, pelaburan mahupun kebajikan kepada rakyat.

Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim berkata kejayaan Pakatan Rakyat untuk tahun ke 3 mentadbir, membuktikan rakyat semakin yakin dan percaya kepada dasar- dasar yang dipertaruhkan kerajaan negeri.

"Dan apabila saya ditanya bagaimanakah Yang Berhormat menyifatkan persembahan Pakatan rakyat tiga tahun memerintah Selangor, saya katakan kalau perlukan satu perkataan, saya katakan ia 'Cemerlang'," kata Teng.

Kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sahaja mampu menguruskan kewangan dengan efisyen bahkan komited dalam mengagihkan segala hasil mahsul bumi Selangor kepada rakyat jelata.

Terbaru kerajaan negeri memutuskan untuk memberi perlindungan takaful kepada semua ketua kampung dinegeri ini dengan setiap satu skim itu berjumlah RM30'000.

Kerajaan negeri juga membuktikan keprihatinan mereka dengan menghantar pulang kesemua pelajar ke Mesir untuk kembali meneruskan pengajian mereka yang tergendala sejak pergolakan politik Mesir baru- baru ini.

Teng berkata, penerimaan baik rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat adalah disebabkan dasar kerajaan negeri yang jelas mendahulukan rakyat dalam segenap aspek.

"Tiga tahun kita mengalahkan 50 Tahun itu perbezaan kita, zaman pemerintahan BN tidak pernah memikirkan kebajikan rakyat, bila rakyat tanya hal kebajikan , mereka suruh pergi tanya di Jabatan Kebajikan, itu yang UMNO, MCA dan MIC tahu, tetyapi bila kami (PR) ambil alih, dasar pertama dan utama yang dibawa ialah Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya.

Agenda MES adalah untuk mengagihkan harta kekayaan negeri kepada rakyat negeri Selangor, melalui pelbagai platform antaranya kemudahan infrastruktur, bantuan kehidupan, peluang perniagaan dan banyak lagi.

Antara program yang berjaya dilaksanakan menerusi dasar MES ini ialah Tabung Warisan Anak Selangor, Bekalan Air Percuma bagi 20m3, Hadiah Anak masuk Universiti, Mesra Usia Emas dan Pusat Khidmat Krisis Sehenti(OSCC).

"Ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan di 13 negeri di Malaysia ini, mahupun dibawah pemerintahan BN 50 tauhn tetapi kita lakukan pada tahun pertama memerintah," tambahnya lagi.

Baru- baru ini, kerajaan negeri meluluskan skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) untuk membantu meringankan beban golongan miskin bandar.

MiMBAR dipengerusikan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail.

Skim ini membolehkan golongan ini membuat pinjaman dari RM1000 hingga RM5 ribu bagi menjana ekonomi mereka.

Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya

Posted: 11 Mar 2011 04:34 AM PST

Hafiz Zainuddin

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya".

Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan.

Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut. Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP.

Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie.

Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga. "Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya.

Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat.

Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat". Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..."

Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan. Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku.

Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan. Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien.

Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah.

Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.

Formula pembangunan infrastruktur di Malaysia: 1+1=11

Posted: 11 Mar 2011 04:32 AM PST

Neo Chee Hua

Cuba soalan matematik yang mudah ini, 1+1=11. Adakah jawapan ini betul?

Bagaimana pula dengan soalan pengetahuan am ini: Seandainya sebiji belon ditiup berterusan, adakah belon ini akan membesar tanpa batasnya?

Sememangnya jawapan untuk kedua-dua soalan ini adalah mudah. Tetapi, seandainya jawapan ini mencerminkan hubungan antara kerajaan, kos lebihan (cost overrun) dan inflasi, apakah pula jawapannya?

Baru-baru ini, The Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) melontarkan satu persoalan yang wajib direnungi bersama, "Ketika menggerakkan projek Greater KL, kerajaan seharusnya lebih efisien dalam pengurusan dan perancangannya. Masalah lebihan kos harus diminimakan. Jikapun tidak terelak, ia harus dikawal di bawah paras 10%."

Satu lagi isu adalah laporan media baru-baru ini, yang mendedahkan bahawa projek MRT yang tersenarai di bawah projek Greater KL, jumlah kosnya mungkin melonjak dari anggaran asal RM36.6 bilion kepada RM50.0 bilion, atau lebih - belumpun pembinaan dimulakan secara rasmi.

Pada dasarnya, kedua-dua isu ini memberi satu mesej, iaitu hubungan interaksi antara kerajaan, lebihan kos dan inflasi. Dengan kata lain, pada tahap tertentu, ia menjelaskan bagaimana 1+1=11, atau bagaimana sebiji belon boleh ditiup tanpa batasannya.

Di Malaysia, pembangunan infrastruktur sering dipertikaikan. Misalnya, mengapa semakin tinggi kosnya dari satu projek ke satu projek? Mengapa pula lebihan kos sering berlaku? Mengapa keadaan kemudahan infrastruktur sentiasa teruk? Dan mengapa rakyat perlu menanggung beban perbelanjaan infrastruktur yang semakin dahsyat?

Kepentingan politik, ekonomi dan sosial

Berbalik kepada soalan 1+1=11. Pada asasnya, dasar pembangunan infrastruktur Barisan Nasional untuk lebih 50 tahun yang lalu menitikberatkan satu perspektif, iaitu kepentingan (benefit) yang dibawa infrastruktur tersebut, sementara mengabaikan kos dan harga yang perlu dibayar untuk projek tersebut (price to pay).

Tiga fungsi utama pembangunan infrastruktur adalah untuk memenuhi kepentingan politik, kepentingan ekonomi dan kepentingan sosial.

Dari segi kepentingan politik, pembangunan infrastruktur sering dianggap syarat penting untuk kewujudan politik naungan (political patronage), iaitu mengagihkan projek pembangunan infrastruktur kepada kroni melalui aktiviti merentir (rent-seeking), untuk mengukuhkan kuasa politik diri. Kedua, sebagai modal membeli undi ketika pilihan raya - memikat undi dengan meluluskan pembangunan infrasturktur ketika pilihan raya.

Ketiganya adalah menjadi lambang kewibawaan seseorang pemimpin politik, misalnya Menara Kembar Petronas dan Putrajaya. Untuk ahli politik, kewibawaan yang dilambangkan infrastruktur ini lebih daripada nilai praktikalnya.

Dari fungsi kepentingan ekonomi pula, projek pembangunan infrastruktur menjadi alat untuk melaksanakan agenda ekonomi politik. Misalnya, tujuan afirmatif bumiputera boleh tercapai melalui projek pembangunan infrastruktur, iaitu membantu usahawan bumiputera atau golongan kelas menengah Melayu. Atau, merealisasikan Wawasan 2020, Model Ekonomi Baru melalui projek pembangunan infrastruktur seperti Greater KL.

Juga, projek pembangunan infrastruktur adalah jalan singkat untuk memacu kepesatan ekonomi, terutamanya pada saat-saat ekonomi berada di peringkat peralihan. Misalnya, apabila ekonomi menemui jalan buntu, dan pemimpin politiknya pula tergesa-gesa untuk memahat namanya, maka pembangunan infrastruktur adalah jalannya. Jelas, projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bertujuan untuk membina kewibawaan Najib Razak yang hampir dua tahun menyandang jawatan Perdana Menteri.

Dari aspek kepentingan sosial, pembangunan infrastruktur bertujuan untuk memperbaiki kualiti kehidupan rakyatnya. Namun, aspek ini paling kurang dipertimbangkan berbanding aspek kepentingan politik dan ekonomi. Malah, kepentingan sosial mungkin dilepaskan, jikalau perlu untuk memenuhi kepentingan politik dan ekonomi.

Masalah lebihan kos yang ketara

Untuk memenuhi kepentingan politik, kerajaan kebanyakan masanya bersikap "kurang waras", mendahulukan kepentingan pembangunan infrastruktur daripada segala-galanya - sehingga kerajaan boleh toleran dengan penyelewengan, rasuah, lebihan kos, kurang penyeliaan, perancangan dan pengurusan yang tidak sempurna, risko moral dan sebagainya.

Dan ia berakhir dengan kesudahan sedemikian. Projek mega pembangunan infrastruktur ditangguh, sehingga menimbulkan masalah lebihan kos yang mendadak. Misalnya, jumlah kos Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melonjak dari asalnya, RM1.8 bilion kepada RM4.6 bilion (melonjak kepada RM12.5 bilion apabila ditambah hutang dan faedahnya). Empangan Bakun, melonjak dari kos asal RM1.8 bilion kepada RM7.0 bilion; dan Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, yang mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak RM1.43 bilion.

Jadi, 1(kerajaan) +1(projek pembangunan infrastruktur)=11(lebihan kos berganda) telah menjadi formula yang diterima untuk ekonomi dan politik Malaysia. Kerajaan dengan buta tuli mempercayai bahawa sebiji belon akan membesar tanpa batasannya (melalui model lebihan kos untuk memenuhi kepentingan politik dan ekonomi) seandainya ditiup berterusan - menutup realitin harga yang perlu dibayar di sebaliknya.

Apabila kepentingannya diperbesarkan dengan sikap optimis yang kurang waras, mengabaikan kos dan harga yang perlu dibayar di sebaliknya, maka ia bakal berakhir dengan kerugian yang besar.

Setakat ini, hampir kesemua media memberi tumpuan kepada hubungan interaksi antara kerajaan dengan lebihan kos, sehingga diabaikan satu unsur yang tidak kurang pentingnya, iaitu inflasi. Sesungguhnya ia mudah difahami, kerana inflasi adalah implicit element, yang tidak jelas kesannya berbanding lebihan kos. Namun ia harus diberi perhatian yang setimpal, kerana kesannya lebih meluas pada hakikatnya.

Tekanan inflasi

Tindakan kerajaan yang tidak waras ini mengundang masalah lebihan kos, yang mencungkil tekanan inflasi dari dua dimensinya. Pertama, lebihan kos projek pembangunan infrastruktur telah mewujudkan "permintaan lebihan", lantas meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak, iaitu apa yang disebut sebagai demand pull inflation.

Misalnya, menurut anggaran analisis yang dipetik media tempatan, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM5 bilion atau bersamaan 2.5 juta tan bahan pembinaan setiap tahun, selepas projek mega pembangunan infrastruktur dimulakan, misalnya Menara 100 tingkat, MRT dan sebagainya. Permintaan besi keluli dijangka mencecah 5 hingga 6 juta tan, dan permintaan simen pula dijangka meningkat 6%.

Selain itu, projek MRT dijangka melonjakkan harga tanah di sekitar landasannya, pada kadar 11% hingga 35%. Kini, projek perumahan baru dan hartanah komersial dijangka mempunyai ruang tambahan nilai 20% hingga 30%. Dengan kata lain, rakyat perlu menanggung kos yang lebih tinggi untuk perumahan.

Keduanya, masalah lebihan kos projek infrastruktur mendesak agar kos yang dikenakan ke atas pengguna ditingkatkan untuk mengimbangi beban ekoran lebihan kos. Jikalau diambil contoh MRT, dalam keadaan kos meningkat dari RM36.6 bilion kepada RM50.0 bilion - jikalau kontraktor enggan menanggung lebihan kos ini, maka pengguna MRT perlu membayar lebih untuk mengisi kekosongannya.

Sebagai kesudahannya, bukan sahaja projek mega pembinaan infrastruktur gagal meringankan beban dan memperbaiki kualiti kehidupan rakyat, sebaliknya memberatkan beban dan tekanan hidup rakyatnya.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview. Disedut, diterjemah dan disunting dari teks asal.

Kerjasama PAS dan DAP: Satu Penjelasan daripada Nasrudin

Posted: 11 Mar 2011 04:23 AM PST

MERDEKA REVIEW

1. Maklum balas saya terima dari beberapa orang rakan dan sebahagiannya dari UMNO yang cuba mencilok penjelasan saya sebelum ini mengenai kerjasama PAS dan DAP.

Menggunakan hujjah dan alasan yang sama lalu mereka mengatakan bahawa UMNO lebih cerdas dari PAS kerana terlebih dahulu membuat kerjasama dengan MCA dan MIC. Sempat juga mereka menempelak PAS dengan nada sinis, kononnya pada waktu itu, PAS mengharamkan kerjasama dengan non-muslim.

2. Pertama: Suka saya nyatakan di sini bahawa sesuatu kerjasama itu tidak selamanya dibolehkan. Adakalanya ia dibenarkan dan adakalanya ia tidak dibenarkan sama sekali. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam pastinya melandasi tindakan mereka berasaskan nas (Al Quran dan As Sunnah) ataupun ijtihad (penelitian dan kesungguhan mengeluarkan pendapat atau hukum tanpa bercanggah dengan prinsip nas yang sedia ada) para ulamaknya apabila berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Firman Allah swt :

وتعاونوا على البر و التقوى و لا تعاونوا على الإثم و العدوان و اتقوا الله إن الله شديد العقاب

dan berkerjasamalah kamu atas perkara yang membawa kebaikan dan taqwa kepada Allah dan jangan sekali - kali kamu berkerjasama atas perkara yang mengundang dosa dan permusuhan.

Surah al Maaidah : Ayat 2
(Al Imam Nawawi Rhm berpendapat bahawa apa yang dilarang ialah mengadakan kerjasama (Tahaaluf) untuk memberikan hak perwarisan dan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Adapun kerjasama (tahaaluf) yang berasaskan ketaatan kepada Allah, menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dibenar dan dianjurkan oleh Agama.)

Fathul Baari: Karya Syeikh Ibn al Hajar : Maktabah Salafiah : Jil: 10 hal : 502

3. Ayat dari surah al Maaidah di atas jelas menunjukkan dua keadaan iaitu kerjasama yang dibenarkan dan kerjasama yang tidak dibenarkan. Ayat ini mudah semudah memahami perkara yang dihalalkan dan perkara yang diharamkan. Kecualilah sang juhala' (jahil) yang tidak tahu membezakan antara yang haq (kebenaran) dan bathil (kepalsuan), selamanya mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu benar dan betul.

4. Persoalan kita di sini, apakah kerjasama UMNO dan MCA atau MIC bertolak dari tuntutan agama dan seerah perjuangan Rasulullah saw atau kerjasama yang hanya didorong oleh keinginan untuk berkuasa? Lebih mudah dan tepat jika saya ajukan pertanyaan "Apakah kerjasama UMNO dan MCA/MIC berasaskan kebaikan dan taqwa ?" atau sebaliknya "kerjasama yang menghasilkan dosa dan permusuhan" ?

5. Kerjasama UMNO dengan MCA/MIC dan lainnya membentuk Barisan Nasional. Barisan Nasional pula telah berpeluang memerintah lebih 50 tahun negara ini. Kononnya UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional, tetapi:
•Apakah Islam menjadi lebih baik sepanjang mereka memerintah ?
•Apakah sistem pentadbiran negara bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa?
•Apakah sistem demokrasi yang diamal benar - benar telus, saksama dan adil?
•Apakah negara menjadi lebih aman dan sejahtera dari jenayah?
•Apakah pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh seluruh rakyat?

6. Persoalan yang saya kemukakan ini mesti dijawab dengan jujur. Jangan hanya kerana mahu menegakkan benang yang basah atau membasahkan benang yang tegak lalu mengemukakan 1001 dalih. Cuba kita lirik sebentar anak mata kita untuk melihat keadaan atau kedudukan Islam di kiri dan kanan kita. Usahkan hendak melihat usaha Barisan Nasional mempertahankan agama, pemimpin mereka mempersenda agama, dibiarkan begitu sahaja.

7. Terbaru sebagai contoh yang mudah, apabila Presiden MCA Chua Soi Lek memperlekeh tindakan Normala Shamsudin yang tidak bersalam dengan lelaki ajnabi (asing - sah nikah) dalam pilihanraya kecil Tenang, saya lihat pemimpinan UMNO hanya mampu senyum seperti saling redha meredhai apa yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Mungkin mereka berkata, aah ! Ini perkara kecil ! Lalu bagaimana pula tindakan Timbalan Presiden UMNO Muhyidin Yassin yang menempelak Kerajaan Kelantan kerana mengharamkan industri judi di negeri itu? Chua Soi Lek pula sokong.

8. Memanglah mereka bekerjasama antara UMNO dan MCA malah kerjasama mereka lebih awal dari kerjasama PAS dan DAP. Namun apa ertinya kerjasama sedemikian? Ini kerjasama yang berasaskan dosa dan kerjasama seperti ini ditolak oleh Islam. Sudah sekian lama mereka bekerjasama tetapi nampaknya MCA dan MIC sehingga hari ini tidak memahami Islam. Macam mana MCA dan MIC boleh faham Islam jika pemimpin UMNO sendiri pun rabun agama.

9. Ini berbeza dengan kerjasama PAS dan DAP serta PKR. PAS tetap dengan dasar perjuangan Islamnya dan tegas dengan prinsip - prinsip Islam. Malah kita membawa Islam yang tulen sebagaimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw., iaitu Islam yang sangat toleransi, menghormati kebebasan beragama, tidak memaksa orang lain menganut Islam, menyambung tali persaudaraan, menegakkan keadilan, menentang kebhatilan dan memelihara nyawa, aqal, harta, maruah dan keturunan. PAS konsisten memperjuangkan Islam. Tohmahan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan mestilah disertakan bukti, bukan membebel tidak menentu arah.

10. Jauhlah bezanya dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Bukan sahaja MCA dan MIC tidak memahami Islam, malah UMNO sendiri saya lihat sejak dulu lagi keliru tentang Islam. Mahathir bawa Islamisasi sebagai Islamnya. Mari Abdullah Badawi pula membawa Islam Hadhari sebagai mazhabnya. Kini Najib pula mengendong Islam Sederhana sebagai anutan barunya. Selepas ini, jika UMNO lagi yang memerintah negara, saya tidak tahu, Islam apa pula yang akan diperkenalkan oleh UMNO .... kawan - kawan rockers saya kata, berapa banyak Islam daaaa !

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

*Tulisan ini dipetik daripada blog Nasrudin Hassan Tantawi (gambar kanan), Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

KDN diminta beri penjelasan 59 kes salahlaku pegawai SPRM

Posted: 11 Mar 2011 04:10 AM PST

SELANGOR KINI


KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri diminta memberi penjelasan berhubung 59 laporan polis antara tahun 2005 hingga 2010 dakwaan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mengunakan kekerasan semasa menjalankan siasatan.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata penjelasan dari KDN adalah perlu supaya tidak timbul keraguan berhubung perkara ini memandangkan dalam tempoh itu, banyak kes dilaporkan berlaku namun tiada sebarang pendakwaan dilakukan.

Bercakap pada sidang media di lobi parlimen , ujar Gobind, kenyataan yang diterima dari KDN menyatakan dari semua kes itu sebanyak 23 kes masih dalam siasatan polis dan 29 dalam tindakan Timbalan Pendakwa Raya manakala tujuh kes lagi dikategorikan sebagai kes Tiada Tindakan Susulan.

Tambahnya, kes seperti ini adalah serius dan pihak kementerian perlu memberi jawapan mengenainya.

Bahkan timbul persoalan, mengapa pegawai SPRM tidak diawasi kamera litar tertutup atau CCTV atau sistem lain bagi melindungi orang awam yang disoal siasat.

KDN jelasnya, harus mengambil tindakan tegas bagi mengatasinya serta mengurangkan kejadian seperti itu kerana ia dilaporkan sejak 2005.

Ujar beliau kes-kes itu telah menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketatkan.

Empat bakal guru terbunuh dalam nahas lebuh raya

Posted: 11 Mar 2011 03:37 AM PST

BERNAMA

Empat penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Km 12 Lebuh Raya Timur Barat dekat Gerik semalam.

Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang, Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang dan M Iniyan, 19 dari Taiping.

Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak berkata bahawa dalam nahas yang berlaku pada 4.30 petang itu, Yap dan Iniyan mati di tempat kejadian manakala Phuah meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Goh meninggal dunia di Hospital Taiping pada 5 pagi tadi.

"Keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke Pulau Pinang," katanya ketika di hubungi Bernama hari ini.

Wan Abdullah berkata bahawa semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh Phuah dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan.

Anggota Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan keempat-empat mangsa yang tersepit dalam kereta itu, katanya.

Pemandu kereta Toyota Camry cedera ringan dan dirawat di hospital Gerik, kata Wan Abdullah.

Bapa Goh, Goh Kong Huaw, 48, ketika ditemui di Hospital Taiping, berkata kejadian itu diketahui apabila beliau dihubungi melalui telefon oleh rakan anaknya yang menaiki sebuah kereta lain mengikuti mereka dari belakang.

Goh, yang bekerja di Johor Baharu, kemudian bergegas ke Taiping untuk menuntut mayat anaknya.

Sebelum itu, anaknya telah menghubunginya semalam mengatakan hendak pulang kerana bercuti, katanya.


Umno Sg Petani: Selesai krisis atau saya keluar parti

Posted: 11 Mar 2011 03:29 AM PST

Abdul Rahim Sabri

Ketua Umno cawangan Industri dalam bahagian Sungai Petani, Khairul Anuar Zainol akan keluar parti sekiranya krisis kepimpinan yang membabitkan ketua bahagian tersebut, Ali Yahya, masih gagal diselesaikan oleh Umno negeri dan pusat.

Dalam mesyuarat perwakilan bahagian itu Julai lalu, berlaku kekecohan apabila sebahagian besar perwakilan tidak membenarkan Ali berucap di majlis perasmiannya, serta mendesak beliau berundur.

Selepas kejadian tersebut, mereka yang tidak sehaluan dengan Ali telah menubuhkan Gerakan Anti-Ali (GAA) untuk mendesak beliau meletak jawatan.

Isu tersebut kemudiannya dirujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) yang kemudian menyerahkannya kepada badan perhubungan Umno Kedah mencari jalan penyelesaian. Timbalan pengerusi Umno Kedah ketika itu, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik memangku jawatan ketua bahagian Sungai Petani.

Khairul yang juga setiausaha GAA berkata beliau akan menjadi ketua cawangan pertama yang akan bertindak keluar daripada Umno sekiranya isu tersebut gagal diselesaikan dengan segera.

Beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan bila akan berbuat demikian tetapi berkata: "Saya ada tempoh berbuat demikian."

'Dapat sokongan'

Khairul juga mendakwa ada ketua cawangan yang menghubunginya menyatakan sokongan tetapi beliau enggan menyatakan identiti mereka.

"Saya tak mahu ajak (keluar parti dan) saya tak larang, (malah) saya sendiri akan buat dahulu (keluar parti) jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera.

"Saya memang akan mengambil tindakan itu, sekiranya tidak diselesaikan, tidak mustahil ia akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Khairul Anuar juga tidak menafikan mengenai SMS yang disebarkan mengenai hasratnya untuk keluar parti jika isu kepimpinan bahagian itu tidak diselesaikan segera.

Bahagian tersebut mempunyai 130 cawangan dan Khairul mendakwa 81 daripadanya menolak kepimpinan Ali.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden Umno turut meminta bahagian Sungai Petani menyelesaikan masalah dalaman mereka itu.

SMS tersebar

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata sejak SMS itu beredar, beberapa "tokoh tertentu" menghubungi dan menasihatinya supaya memberi masa kepada perdana menteri dan kepimpinan Umno Kedah untuk menyelesaikan masalah dalaman itu.

Katanya, isu terdapat dapat diselesaikan sekiranya dengan jawatan-jawatan kanan di peringkat bahagian seperti setiausaha, ketua penerangan dan bendahari disandang oleh pemimpin GAA.

Bahkan, katanya, jawatan setiausaha juga perlu disandang oleh individu yang boleh diterima kedua-dua kumpulan dan perkara itu telahpun dimaklumkan kepada Ahmad Bashah dan setiausaha Umno negeri, Datuk Othman Abdul Aziz.

Dengan nada kecewa, Khairul memberitahu bahawa jawatan tersebut sekarang ini disandang oleh pemimpin Umno dari kumpulan Ali.

Khairul berkata, beliau tidak berniat untuk "menggertak" semua pihak susulan tersebarnya SMS tersebut, tetapi beliau "tidak ada pilihan" kerana mendakwa ramai akar umbi Umno merungut dan bertanyakan hasil perbincangan itu.

"Saya masih berharap masalah (bahagian) ini dapat diselesaikan dengan segera untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang akan datang.

"Bahagian ini masih di awang-awangan, nampak sahaja kulit di luar cantik, tetapi di dalam bergolak. Semua pihak termasuk Umno pusat, negeri dan Ali sendiri perlu menyatukan semula ahli," katanya.

Tiga profail DNA keliling dubur, Saiful enggan komen

Posted: 11 Mar 2011 03:22 AM PST


MALAYSIA KINI

Belum sempat pihak pendakwaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup kes mereka, peguam bela utama Karapal Singh memohon untuk memanggil semula saksi utama pendakwa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.


NONEAlasan Karpal, beliau ingin bertanya berkaitan hasil penemuan dua DNA oleh ahli kimia, Dr Seah Lay Hong di dalam rektum (saluran dubur) mangsa.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bagaimanapun membantah kerana menurutnya ia bukan bahan bukti. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan semua pihak bermesyuarat di kamar hakim.

Mohd Saiful kemudian dipanggil semula dan Karpal memintanya menceritakan kejadian dan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur.

Karpal: Adakah awak pergi tandas?

Saiful:
Ya, tapi saya tidak berak antara 26 hingga 28 Jun.

Karpal: Tandas, di mana?

Saiful:
Ada beberapa.

Karpal:
Menurut keterangan Dr Seah ada tiga profail DNA daripada orang berlainan di keliling dubur awak. Maknanya (awak) ada dua atau tiga rakan?

Saiful:
Tidak. Saya tak boleh komen penemuan (Seah) itu.

Semasa diperiksa semula oleh Yusof, Saiful berkata dia mandi di rumah dan juga membuang air di tandas rumahnya.

NONEYusof kemudiannya membuat dua permohonan kepada mahkamah. Pertama, beliau mahu semakan ke atas penghakiman perbicaraan dalam perbicaraan.

"Ketika itu, kita tidak tahu alasan. Kami mempunyai waran, apa yang dibaca dalam waran adalah pertuduhan," katanya.

Permohonan keduanya, pihak pendakwaan mahu mahkamah memaksa Anwar membekalkan sampel DNA untuk tujuan profailing. Bagaimanapun permintaan itu dibantah oleh Karpal.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan sehingga Isnin ini.

Pengharaman Injil atas keputusan kabinet 1986

Posted: 11 Mar 2011 03:19 AM PST

Regina Lee

Salinan kitab Injil yang dicetak di Indonesia tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri lebih suku abad yang lalu, kata Kementerian Dalam Negeri.

NONESetiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata kabinet pada Mei 1986 mengeluarkan arahan mengharamkan masyarakat bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, Solat, Kiblat dan Kaabah.

Menurut Zaitun: "Ia bukan peraturan kementerian tetapi pihak pentadbiran perlu mematuhi keputusan kabinet."

Kabinet, katanya tidak pernah membuat keputusan atau memberi kebenaran kepada kementerian untuk tidak lagi menahan 5,000 salinan kitab Injil yang disimpan di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009.

"Kami juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan (untuk tidak lagi menahan kitab berkenaan) kerana perbicaraan mahkamah dengan penerbitan Katholik, Herald masih tertangguh.

"Jadi sebarang tindakan akan membawa maksud sub judice (menghina mahkamah). Kita terpaksa hanya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan," kata Zaiton.Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal.

Semalam, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak.

Polis akui rekod keterangan dari Rosmah, Najib

Posted: 11 Mar 2011 03:13 AM PST


Hafiz Yatim

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila pada keterangannya mengakui beliau mengambil keterangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kejadian liwat itu.

NONESebelum ini, Anwar seringkali mendakwa terdapat konspirasi peringkat tertinggi untuk 'mengenakannya' pada perbicaraan kes liwat tersebut.

Pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dalam keterangannya bersetuju bahawa beliau berjumpa dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Saiful menafikan pertemuan dengan Rosmah tetapi bersetuju bahawa dia berjumpa dengan Datuk Mumtaz Jaafar.

Jude ketika menjawap soalan daripada peguambela utama, Karpal Singh bersetuju polis merakamkan beberapa kenyataan daripada beberapa individu selepas dakwaan kejadian liwat itu.

Karpal:
Siapa orang yang awak jumpa dalam menjalankan siasatan kes ini selepas 26 Jun, 2008?

Jude: (teragak-agak) Saya jumpa beberapa orang.

Karpal: Siapa?

Jude: Rahimi (Osman), (bekas pembantu Anwar), Ezam (Mohd Nor), Tuah (bapa saudara Saiful) dan ...

Karpal: Datuk Mumtaz?

Jude:
Ya.

Karpal:
Bagaimana dengan Najib?

Jude: Ada.

Karpal:
Ada kenyataan direkodkan dari Rosmah?

Jude:
Ada... tetapi saya perlu periksa.

Karpal:
Tadi, awak kata ada!

Jude:
Nanti, saya perlu periksa. Ya, saya ada ambil keterangan daripada Rosmah pada 17 Julai 2008.

Jepun digegar gempa kuat, tsunami badai pantai timur

Posted: 10 Mar 2011 04:16 PM PST


REUTERS

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

NONETerdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.

Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.

NONEGempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.
Akibatnya, satu amaran tsunami setinggi 10 meter dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.

Berikut ringkasan perkembangan itu:

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.

Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

NONESetakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diuputuskan.

Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara terputus.

Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Ribuan penumpang terkandas dan dipindahkan manakala semua penerbangan dibatalkan.

Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.

NONEMenurut jurucakap kerajaan lebih banyak tsunami dijangkakan.

Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.

Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.

Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.


Reka bentuk dalaman Istana Negara diubah?

Posted: 10 Mar 2011 04:07 PM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR: PAS mahu kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan berlaku perubahan pada rekabentuk dalaman Istana Negara yang baru di Jalan Duta.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata beliau mendapat maklumat bahawa rekabentuk dalaman istana itu diubah dari konsep Raja-raja Melayu kepada konsep raja Eropah.

"Kenapa boleh berlaku perubahan? Ini satu penghinaan kepada Raja-raja Melayu.

"Dalam suasana titah Tuanku mahu rakyat jangan persoal kedaulatan Raja-raja Melayu, sekarang kerajaan cuba mencemarkannya dengan menukar konsep hiasan dalaman istana negara," katanya kepada Harakahdaily.

Sambil menyifatkan perkara itu tidak wajar berlaku, Mahfuz berkata tindakan itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa hiasan dalaman berkonsepkan raja-raja Melayu tidak mempunyai nilai tinggi.

"Sudah tentu perubahan ini menyebabkan penambahan kos.

"Saya nak tanya, berapa penambahan kos baru ini," soalnya lagi.

Sebelum ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan Istana Negara bertambah dari RM400 juta kepada RM800 juta.

Ianya termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong khoon Seng pada persidangan Jun tahun lalu.

Beliau turut memaklumkan projek Kompleks Istana Negara itu dijangka siap Februari tahun ini.

Facebook palsu Muslimat PAS Kelantan

Posted: 10 Mar 2011 04:06 PM PST

Salmah Mat Husain

KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuka akaun facebook dengan menyamar sebagai milik dewan berkenaan.

Setiausahanya, Zainiah Abdul Halim ketika memberitahu Harakahdaily berkata, individu atau pihak tersebut telah menyamar menggunakan nama "Muslimah Pas Negeri Kelantan".

Katanya, bukan sahaja membuka facebook sebaliknya telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta tidak sejajar dengan dasar perjuangan PAS.

Sehubungan itu, menurutnya, DMPN Kelantan dengan tegas meminta pihak yang tidak beretika itu menutup akaun facebook tersebut dengan segera.

Zainiah juga turut berpendapat, facebook itu diwujudkan bertujuan untuk memburukkan imej PAS di samping memberi gambaran buruk pada masyarakat berhubung dasar perjuangan parti yang kini semakin diterima pelbagai bangsa dan rakyat di negara ini.

"Facebook rasmi Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan adalah "Dewan Muslimat Pas Kelantan"," ujarnya pada satu kenyataan.

P'raya: Najib keterlaluan, seolah ajak rakyat ke jalan raya

Posted: 10 Mar 2011 04:04 PM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dilihat semakin keterlaluan sehingga seolah-olah telah mengundang rakyat mengalihkan tumpuan daripada pilihan raya kepada demonstrasi ke jalan raya.

Sehubungan itu, Badan Bertindak Demokrasi PAS dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) II menuntut pihak pemerintah supaya mengadakan pilihanraya yang adil di negara ini.

Pengerusi Badan Bertindak Demokrasi PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan, Perdana Menteri perlu menilai kembali segala tindakan yang telah dilakukannya dalam perjalanan pilihanraya di negara ini agak benar-benar berada pada landasan demokrasi.

Menurut beliau, tujuan tuntutan pilihanraya yang adil dibuat supaya setiap keputusan pilihanraya akan dapat diterima oleh seluruh rakyat negara ini.

Katanya, namun keadaan hari ini berada di sebaliknya. Setiap keputusan pilihan raya amat meragukan semua pihak terutama pembangkang kerana ia dijalankan tanpa keadilan.

"Pihak Umno BN yang memerintah bukan sahaja mempergunakan segala jentera kerajaan dengan sewenang-wenengnya, tetapi juga turut mengawal dan memaksa SPR supaya memihak kepada Umno BN dalam pelbagai aspek," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Disebabkan keadaan itu, menurut beliau, hak-hak pihak pembangkang dinafikan sama sekali oleh pihak pemerintah dalam perjalanan pilihanraya di negara ini sama ada pada pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan pilihanraya kecil.

"Terbaru, perkara itu boleh dilihat dalam perjalanan pilihanraya dan kempen pilihan raya kecil Dun Merlimau dan Kerdau 6 Mac lalu yang jelas memperlihatkan tindakan SPR yang dikawal oleh Umno BN sehingga seratus peratus memihak kepada Umno BN.

"Dalam masa yang sama, pihak pembangkang pula ditekan dengan pelbagai peraturan yang bukan-bukan termasuk dilarang mengadakan pondok panas dan pemasangan bendera parti. Kesemua itu bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Menyentuh tentang perjalanan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi yang turut memperlihatkan beberapa peraturan baru diperkenalkan SPR, beliau mengatakan kesemua itu jelas menunjukkan sikap SPR yang tidak profesional dan adil dalam melaksanakan perjalanan pilihanraya di negara ini.

Menerusi peraturan baru itu, SPR akan membenarkan tempoh berkempen selama 7 hari sahaja. Antara alasan yang diberikan pula termasuklah disebabkan kebimbangan SPR dengan kemungkinan tindakan provokasi oleh pihak pembangkang yang jelas tidak masuk akal.

"Dalam kita menuntut supaya tempoh kempen dipanjangkan kepada 3 minggu, SPR pula membuat peraturan baru seperti itu. Ini jelas memperlihatkan sikap perlawanan SPR dengan pembangkang, pada hal tuntutan kita itu adalah untuk keadilan dalam pilihanraya.

"Dengan tempoh kempen sependek itu, apa yang pembangkang boleh buat? Pembangkang sudahlah tidak diberikan ruang bersuara menerusi media kerajaan dan media arus perdana, tidak banyak wang pula.

"Jadi kesemua itu adalah untuk memberikan keuntungan dan kemenangan kepada Umno BN yang memerintah dengan cara yang cukup jelas dan terang-terangan," katanya.

Dengan itu juga, tegasnya, bagaimana rakyat boleh bertahan yang tentunya akan memaksa rakyat berpilihanraya ke jalan-jalan raya nanti seperti yang telah berlaku di Mesir dan Libya.

Turut hadir pada sidang media itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Syed Azman Syed Mohd Nawawi dan calon PAS Dun Merlimau yang baru lalu, Yuhaizad Abdullah.

Isu LBJ Akan Dibawa Ke Parlimen

Posted: 10 Mar 2011 04:03 PM PST

TVS NEWS

KUALA LUMPUR : Isu pengusiran penduduk Ladang Bukit Jalil (LBJ) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke Parlimen demi membela pekerja ladang yang semakin tertindas akibat dasar-dasar Barisan Nasional, kata Ahli Parlimen Sungei Sungei Siput Dr. D Jayakumar.

"Mereka ingin selesaikan isu ini melalui perbincangan. Saya juga akan membentangkan satu usul di Parlimen pada Isnin depan berhubung isu tersebut sekiranya dibenarkan Speaker. Ini kerana isu ini bukan melibatkan satu ladang sahaja, tetapi turut melibatkan ladang-ladang lain yang dibangunkan,"katanya.

Jeyakumar menjelaskan, 41 keluarga di ladang berkenaan tidak diberi sebarang pampasan setelah tanah yang mereka diami begitu lama diambil alih oleh kerajaan. Rayuan mereka kepada DBKL juga tidak dibalas sehingga hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa wakil penduduk Ladang Bukit Jalil.

Dalam satu notis bertarikh 1 Mac, DBKL mengarahkan penduduk LBJ berpindah dan mengosongkan tanah yang didiami selama empat generasi sebelum 15 Mac ini.

Peguam penduduk berkenaan Fadiah Nadwa Fikri menegaskan keluarga terbabit menghuni di situ secara sah.

Tony Pua : Menteri Jangan Terlalu Angkuh

Posted: 10 Mar 2011 04:00 PM PST

TVS NEWS



KUALA LUMPUR : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dinasihatkan supaya tidak bersikap angkuh dan 'berkokok' terlalu awal berhubung peningkatan pelaburan asing selagi beliau belum mengemukakan fakta terperinci mengenainya.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua berkata, walaupun kementerian berkenaan telah memberikan jawapan bertulis, malangnya ia tidak memperincikan jumlah peningkatan pelaburan berkenaan.

"Saya ingin memberikan respons, tetapi sebelum itu saya memerlukan maklumat yang tepat, menyeluruh dan terperinci daripada MITI. Saya telah meminta MITI memberikan jumlah pelaburan asing yang diluluskan berbanding dengan jumlah sebenar yang dilaburkan. Perbezaan ini penting kerana pelaburan yang diluluskan mungkin tidak menjadi atau tertangguh,"katanya.

Mustapa dua hari lalu ketika menjawab soalan Pua berkata, pelaburan asing di negara ini meningkat lima kali ganda dan mencabar ahli parlimen Selayang, Permatang Pauh dan Pua sendiri memberikan respon mengenai peningkatan pelaburan itu.

"... angka terkini berkaitan pelaburan asing di negara kita ini menunjukkan aliran masuk sebanyak USD9 bilion pada seluruh tahun lalu berbanding cuma USD1.4
bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan lebih lima kali ganda. Secara khususnya 536 itu peratusan peningkatan lima kali ganda.

"Saya mahu tanya mereka apa respons mereka (ahli parlimen pembangkang) mengenai angka ini," Mustapa dipetik sebagai berkata pada sesi Dewan Rakyat pada
Selasa.

Namun Mustapa dalam jawapan bertulisnya kata Pua, gagal menjelaskan secara terperinci jumlah pelaburan asing yang dimaksudkanya.

Mengambil contoh jumlah pelaburan asing yang diluluskan pada 2009, menurut Pua nilai yang dilaporkan adalah RM22.1 billion, namun jumlah sebenar seperti yang dicatatkan dalam statistik UNCTAD hanya RM4.76 billion.

Jelas Pua, mengikut statistik sedia ada di dalam laman sesawang Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan asing yang diluluskan pada 2010 adalah RM29.1 billion.

Ini bermaksud, peningkatan jumlah pelaburan asing yang diluluskan MITI hanya sebanyak 31.2 peratus, dan bukannya "536 peratus" seperti yang dilaporkan Menteri.

"Oleh itu saya telah meminta MITI untuk membekalkan angka pelaburan sebenar sejak tahun 1996 untuk membuat perbandingan yang lebih tepat dan wajar. Malangnya jawapan bertulis Menteri memberikan perbandingan antara pelaburan yang diluluskan untuk pelabur tempatan dengan pelabur asing,"kata Pua.

Beliau juga turut meminta pihak kementerian untuk memberikan senarai sepuluh projek terbesar yang telah diluluskan tetapi masih belum dilaburkan ataupun telah dibatalkan setiap tahun.

Tapak Lynas: Fuziah Gerak Sokongan MP Green Party

Posted: 10 Mar 2011 03:58 PM PST

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, beliau akan bekerjasama dengan rakan-rakan sejawatannya dari Green Party Australia untuk mengenakan tekanan ke atas kerajaan agar melihat secara mendalam kesan alam sekitar dan kesihatan akibat projek industri pemprosesan tanah jarang bernilai AS$230 juta itu dan mahu jaminan perlindungan sebelum Lynas Corp memulakan operasinya.

Kawasan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar Amerika Syarikat The New York Times.

Beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu melahirkan kebimbangan berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi lapor The Malaysian Insider.

Ia percubaan kedua Malaysia dalam membangunkan industri pemprosesan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak sekitar 1980-an.

Pengarah Lembaga Pelesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Menurut beliau, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

Kerajaan Malaysia telah menawarkn pusat Lynas itu taraf perintis selama 12 tahun.

"Ahli-ahli Parlimen Green Party di Australia akan mengenakan tekanan ke atas kerajaan Australia agar tidak membuang sisa-sisa mereka di Malaysia," kata Fuziah.

Pada masa yang sama, Fuziah berkata beliau sedang melobi pentadbiran Najib supaya mewajibkan Lynas membawa balik sisa-sisa pembuangan ke Australia.

Katanya, salah satu kebimbangan ialah pelan pengurusan sisa-sisa pembuangan Lynas.

Terengganu yang merupakan pilihan pertama Lynas telah menolak cadangan syarikat Australia itu pada 2007 ekoran tekanan daripada pencinta alam sekitar, kata Naib Presiden PKR ini lagi.

"Saya bercadang untuk bercakap (di Parlimen) Isnin ini. Saya satu-satunya Ahli Parlimen membawa isu ini ke Parlimen... ia perjuangan seorang diri," kata beliau sambil mengakui tidak menerima banyak sokongan termasuk daripada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memberitahu beliau juga menentang loji Lynas selepas membaca laporan The New York Times semalam, mengembalikan isu bencana alam radioaktif di negeri kelahirannya.

"Kita tidak harus membawa ke negara ini perkara-perkara yang telah ditolak oleh pihak lain," kata Ahli Parlimen Beruas.

Ngeh berkata beliau faham yang dunia memerlukan tanah jarang dan jikapun ia mahu didirikan di Kuantan ia seharusnya berjauhan daripada kawasan kediaman manakala bahan-bahan buangan seharusnya diuruskan dengan sebaik yang mungkin.

Menurut Fuziah, insiden-insiden bahan-bahan toksid memasuki bahagain bawah tanah dan mencemari sumber-sumber air sudah pun dilaporkan.Katanya, persekitaran itu sudah pun memberi kesan ke atas Sungai Balok, yang melalui kawasan perindustrian di utara Kuantan dan mengalir ke Laut China Selatan.

"Tiada prosedur yang jelas bagaimana mereka hendak membawa keluar produk radioaktif," kata Fuziah.

"Juga tiada laporan EIA," katanya lagi. Kuantan juga merupakan pangkalan hasil perikanan di negara ini.

Menurut Fuziah, kedua-dua kerajaan pusat dan negeri telah memandang mudah risiko radioaktif apabila loji ini beroperasi.

"Beliau berkata ia seakan penggunaan buih melawan api (penggunaan pemadam api)," kata Fuziah yang merujuk kepada perbualannya dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengenai risiko 'lathanide', nama saintifik kepada tanah jarang.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari BN dalam kawasan Parlimen Kuantan juga menyokong pandangan Adnan.

"Malah batu granit mempunyai lebih radiasi berbanding 'lanthanide'.

Malah lebih tinggi," kata Adun Semambu Pang Tsu Ming.

Wakil rakyat dari MCA itu merupakan salah seorang daripada dua Adun dari Pahang dijemput untuk melawat kawasan perlombongan Lynas di sebelah barat Australia, kira-kira 800 kilometer dari Perth, dua tahun lalu.Rakannya, Chang Hong Seong berkata pada awalnya beliau juga risau mengenai sisa-sisa pembuangan daripada proses itu.

Tiada ulasan: