Rabu, 30 Mac 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


video seks anugerah tuhan

Posted: 30 Mar 2011 01:13 AM PDT

Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks 'anugerah Allah'

March 30, 2011
Shazryl (kiri) ialah salah seorang daripada tiga "Datuk T". — gambar fail
KUALA LUMPUR, 30 Mac — "Datuk T", Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengemukakan lima persoalan untuk dijawab Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menyifatkan video seks didakwanya melibatkan ketua pembangkang itu sebagai "anugerah Allah." Dalam tulisan terbaru blog Kickdefella hasil satu pertemuan semalam, ahli perniagaan itu berkata beliau yakin semua yang berlaku sekarang adalah petunjuk Allah s.w.t.
Shazryl Eskay merupakan salah seorang daripada tiga "Datuk T" mengakui terlibat dalam pendedahan rakaman video seks pada 21 Mac lalu.
Pertemuan semalam turut dihadiri seorang lagi "Datuk T" iaitu Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ia disertai lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif.
Kata blog itu, Shazryl Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah "jawapan dari Allah s.w.t."
"Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk 'check and balance'.
"Saya bukan ahli Umno dan mana-mana parti pun. Tetapi, saya suka bila pembangkang kuat supaya kepentingan rakyat terjaga," katanya.
Bagaimanapun blog itu memetik Shazryl Eskay berkata, "tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat ditipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan."
Malah Eskay juga berkata, beliau tidak mahu penyokong-penyokong Anwar menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian,  Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.
"Jangan biar saya dedahkan lebih banyak," katanya.
Jumaat lalu, Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, Shazryl Eskay ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Anwar dari arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, 21 Mac lalu.
Rakaman video seks itu mendakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur China.
Menurut Mohamad Mahti, Shazryl Eskay marah kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu enggan menjadi saksi dalam kes samannya berkaitan projek jambatan bengkok yang diluluskan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kes itu sedang berlangsung di mahkamah dan Megat Junid pernah menjadi menteri dalam Kabinet Dr Mahathir.
"Selepas beliau bercakap dengan marah mengenai Anwar, beliau mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar), berkata 'saya akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar, dengan apa jua cara pun," katanya.
"Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan," Shazryl Eskay dipetik berkata.
Menurut blog Kickdefella hari ini, soalan-soalan tersebut ialah "pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?"
"Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya" kata Shazryl Eskay.
"Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog," kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif.
"Saya tidak takut kepada Anwar…" akui Shazryl Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

INILAH UMNO!!!

Posted: 29 Mar 2011 08:08 PM PDT

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

NONEDalam pertemuan di kawasan perbandaran Ampang, Muhyiddin berkata BN patut menjadi pilihan utama memandangkan parti itu mendahulukan kepentingan rakyat.

Katanya, walaupun rakyat boleh memilih pihak mana pun yang dirasakan sesuai, selama 54 tahun BN memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Sehubungan itu, tambahnya, menjelang pilihan raya, rakyat perlu mengambil kira bahawa kerajaan pimpinan BN menggutamakan mereka.

Bercakap kepada kira-kira 500 hadirin di sebuah sekolah di Lembah Jaya, Muhyiddin juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan membuat pengumuman berhubung dasar baru yang akan membantu orang ramai menangani inflasi.
Lebih ketara ialah ucapan oleh menteri pertanian dan asas tadi, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar.

"Kita perlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk mengambil alih kerajaan negeri (dan) kita hanya ada 21 kerusi," katanya.

Sementara itu Bernama memetik Muhyiddin berkata, BN telah mengenalpasti sembilan kerusi DUN di Selangor yang berpotensi untuk dirampas kembali pada pilihan raya Umum ke-13 bagi membolehkan BN kembali menerajui negeri itu.

Katanya, walaupun BN mungkin menghadapi tentangan hebat daripada parti pembangkang, namun jika ada usaha gigih dan kerjasama daripada semua parti komponen, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

NONE"BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN untuk membolehkan kita memerintah semula di Selangor, sekarang kita kekurangan sembilan kerusi. Strategi sudah mula diatur untuk menebus kembali sembilan kawasan DUN berkenaan untuk memastikan kita mendapat semula Selangor.

"Ini matlamat BN di peringkat pusat dan negeri dan ia suatu pertempuran yang sengit kerana kita sedar tentunya pembangkang tidak akan mudah menyerah kalah," katanya.

Bagaimanapun , ketika ditanya dalam sidang media kemudiannya jika ianya sesuai untuk menyampaikan ucapan politik dalam dewan sekolah, Muhyiddin menjawab ianya adalah perkara "biasa".

"Ia tidak salah. Ia bukan masa kempen pilihan raya , dan ucapan saya ialah mengenai dasar kerajaan, dan kerajaan hari ini adalah BN," katanya.

DATO T VIDEO SEKS DILINDUNGI UNDANG UNDANG:WAJIB BANTAH

Posted: 29 Mar 2011 06:04 PM PDT

PKR bantah 'Datuk T' dilindungi undang-undang
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli-ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio 'Datuk T' yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof seperti dilapor KeadilanDaily berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.
"Apabila perlindungan diberi kepada trio 'Datuk T', ia menjadikan Anwar sebagai suspek," kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.
Yusmadi turut merujuk jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.
Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi.
Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.
Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation).
Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.

Tiada ulasan: