BRIGED MP SEGAMBUT |
- DATO T " SHUIB LAZIM DISIASAT POLIS JUGA?
- DUA LELAKI TERBABIT KES VIDEO SEKS LUCAH DITAHAN?
- APAKAH AKAN ADA LAGI FITNAH BUAT ANWAR?
| DATO T " SHUIB LAZIM DISIASAT POLIS JUGA? Posted: 25 Mar 2011 09:28 AM PDT Datuk Shuib Lazim, salah seorang daripada tiga "Datuk T" yang terlibat dalam rakaman video seks memberikan keterangan kepada polis hari ini. Keterangannya sedang diambil oleh polis Bukit Aman. Dua rakannya disoal siasat polis Bukit Aman semalam. Shuib juga merupakan Bendahari Perkasa. Laporan awal Bernama menyebut, siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa. Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ghazali Md Amin berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat. "Dua individu telah ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka. "Salah seorang daripada individu yang terbabit telah mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya. Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam. Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega. |
| DUA LELAKI TERBABIT KES VIDEO SEKS LUCAH DITAHAN? Posted: 25 Mar 2011 07:22 AM PDT Dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita. The Star Online melaporkan difahamkan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.Portal berita itu yang memetik setiausaha PDRM, Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin berkata beberapa barangan yang mungkin boleh digunakan sebagai bukti juga dirampas daripada kedua-dua mereka. Katanya, seorang daripada mereka juga memaklumkan kepada polis, lokasi di mana video seks itu dirakamkan dan pihak polis telah menghantar pasukan forensik bagi menyiasat lokasi tersebut. Ghazali juga berkata kedua-dua lelaki berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan indentiti kedua-dua lelaki tersebut. Beliau juga dalam satu kenyataan media semalam berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan."Sehingga hari ini, polis telah merakam percakapan saksi-saksi tertentu yang dipercayai mengetahui atau terlibat dalam siasatan ini. Pihak polis akan meneruskan siasatan berprinsipkan profesionalisme sebagai agensiyang berwibawa," petik kenyataan itu. Semalam, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, untuk siasatan polis di Bukit Aman. Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam. Eskay turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam.Rabu lalu, Rahim dan Eskay mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, adalah 'Datuk T' di sebalik tayangan video seks tersebut. Mereka telah menayangkan video lucah itu kepada beberapa wartawan tertentu di hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur pada Isnin lalu. Sehari kemudian, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut. |
| APAKAH AKAN ADA LAGI FITNAH BUAT ANWAR? Posted: 25 Mar 2011 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Mac: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah 'konspirasi' video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Bantahan yang diketuai ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin itu diadakan sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Ianya antara siri mobilisasi AMK bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung apa yang didakwa mereka 'siri fitnah ketiga' terhadap Anwar selepas fitnah liwat pertama 1998 dan liwat kedua yang kini sedang dibicarakan di mahkamah. "Ianya adalah siri fitnah yang ketiga bagi memastikan Datuk Seri Anwar terus dihina dan diaibkan oleh mereka-mereka yang tidak berpuas hati dengan reformasi yang kita kemukakan kepada rakyat," kata Shamsul kepada kira-kira 100 orang yang hadir mendengar. Dalam ucapannya juga, dia turut menyelar niat sebenar Tan Sri Rahim Thamby Chik iaitu individu di sebalik tayangan video seks kepada pihak media di Hotel Carcosa Negara, Isnin lalu. Selain Rahim, dua lagi rakannya iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim didakwa turut terlibat dengan menggelarkan diri mereka bertiga sebagai 'Datuk T'. "Kita tahu Rahim Thamby Chik ni sifat dan karektornya. Dia merupakan pelaku penting dalam kes ini. Dia memberikan sogokan wang kepada seorang ahli parlimen Keadilan untuk keluar Keadilan," katanya lagi. Selasa lalu, Anwar yang juga ketua pembangkang membuat laporan polis selepas menafikan beliau adalah lelaki yang didakwa dalam video tersebut. Anwar turut mendakwa penglibatan Rahim yang juga bekas ketua menteri Melaka, adalah bukti pembabitan pemimpin peringkat tertinggi Umno. Terdahulu AMK turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar membuat siasatan dalam kes itu kerana dipercayai terdapat unsur rasuah dan penyelewengan. Mereka juga memberitahu akan ke pejabat Risda, Jalan Ampang bagi menyerahkan memorandum mendesak Rahim yang juga pengerusi Risda agar meletakkan jawatan. "Kita mesti hentikan sifat politik yang khianat dan keji seperti ini," katanya. |
| You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
The Star Online
Beliau juga dalam satu kenyataan media semalam berkata polis telah mengklasifikasikan siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Eskay turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam.
KUALA LUMPUR, 25 Mac: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengadakan demonstrasi aman bagi membantah 'konspirasi' video seks yang dikaitkan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan