Jumaat, 25 Mac 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Waspada propaganda pembangkang - UMNO Pulau Pinang

Posted: 25 Mar 2011 06:39 AM PDT

Buat pertama kalinya aku amat bersetuju dan menyokong sepenuhnya kenyataan dari UMNO Pulau Pinang seperti yang tertera pada tajuk entry..

Rakyat Pulau Pinang sememangnya haruslah berwaspada dengan propaganda-propaganda yang dijalankan oleh pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan dakyah pemimpin-pemimpin pembangkang Pulau Pinang..

Ha..ha..ha.. Dia lupa kot.. kat Penang ni UMNO itu pembangkang!! Tak sedar lagi Musa Sheikh Fadzir ni rupanya.. kesian....


Dalam berita dibawah ni Musa Sheikh Fadzir mempertikaikan tindakan k kerajaan negeri yang menghantar 200,000 SMS kepada rakyat Pulau Pinang dalam tempoh setahun untuk memaklumkan tentang program-program yang akan dianjurkan, aktiviti dan isu semasa.

Tapi bila Najib sendiri perhabis RM63,000.00 untuk untuk hantar e-mail dan ucapan 'Salam 1Malaysia' yang tak berfaedah tu.. dia diam.


Waspada propaganda pembangkang - UMNO Pulau Pinang
25/03/2011 6:35pm

GEORGE TOWN 25 Mac - UMNO Pulau Pinang, hari ini, menasihatkan rakyat di negeri itu agar berwaspada dan tidak terpengaruh propaganda kerajaan pimpinan DAP bertujuan untuk memburukkan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, tidak perlu menggunakan duit rakyat untuk menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) atau risalah.

"Selepas tiga tahun mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang, rakyat akan tahu apa kerajaan negeri lakukan dan tidak guna membazir duit rakyat untuk menghantar SMS atau risalah," katanya kepada Bernama apabila dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tujuan kerajaan negeri itu menghantar 200,000 SMS kepada rakyat Pulau Pinang dalam tempoh setahun untuk memaklumkan tentang program-program yang akan dianjurkan, aktiviti dan isu semasa. - Bernama


Najib belanja RM63,000 hanya untuk hantar email 'Salam 1Malaysia'

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM63,000 hanya untuk menghantar email ucapan 'Salam 1Malaysia' kepada 1.25 juta rakyat di negara ini. Email itu dihantar pada awal Febuari bersama ucapan SMS Tahun Baru Cina.

Perkara itu didedahkan dalam satu soalan parlimen yang dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan semalam.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib dalam jawapan bertulisnya menyatakan empat juta SMS yang dihantar itu disediakan secara percuma oleh tiga syarikat telekomunikasi iaitu Digi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd.

Manakala syarikat yang mengendalikan penghantaran emel itu dilapor berpangkalan di Amerika Syarikat.

Justeru Ahli Parlimen Seputeh, Teresa kok, mengingatkan Najib bahawa bajet yang diperuntukkan kementerian kewangan bukan lah dana peribadinya tetapi wang pembayar cukai yang perlu diurus dengan cermat.

Beliau yang juga exco kerajaan Selangor turut mendakwa Najib menganugerahkan kontrak menghantar emel kepada pihak ketiga, Lyris Inc, yang merupakan syarikat pemasaran teknologi yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat.

Teresa mendakwa, tiada proses tender terbuka, tetapi nama syarikat itu boleh dilihat dengan mengklik pada pautan 'tidak melanggan' (unsubscribe) pada emel berkenaan.

Sehubungannya, beliau menggalakkan orang ramai mengklik 'tidak melanggan' (unsubscribe) senarai penghantaran 'Salam 1Malaysia' bagi menyelamatkan wang pembayar cukai dan sebagai satu mesej protes.

Keadilandaily

Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik?

Posted: 25 Mar 2011 05:02 AM PDT



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya dan melepaskan diri daripada semua pertuduhan yang dihadapi ketika ini.

Itu adalah kata-kata Raja Sumpah yang menjaja kotak semasa PRK Permatang Pauh dulu iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang dikatakan mendapat jawatan Senator itu kerana menggigit tangan orang yang pernah memberinya makan suatu masa dulu..


Kata-katanya itu juga membuktikan bahawa sumpah-sumpah yang telah dilafazkan oleh beliau suatu masa dulu adalah untuk kepentingan politik sahaja kerana itulah beliau boleh berkata Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya.

Bercakap soal sumpah ni.. aku pernah bersembang dengan seorang Pegawai Polis semasa menghadiri satu kenduri di Pulau Pangkor dua atau tiga bulan yang lepas, saja aku provoke dia untuk berbicara soal politik ni..

Dari soal rasuah pemimpin UMNO hinggalah kepada kisah-kisah yang melibatkan pemimpin yang berada di dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR sendiri..

Aku faham sebagai anggota kerajaan sokongan dia tu tentulah kepada UMNO/BN kerana bagi mereka mungkin rezeki mereka datang dari UMNO bukannya Allah..

Menariknya bila berbicara soal tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, katanya secara jujur beliau tidak mempercayai bahawa Anwar Ibrahim telah meliwat seseorang tetapi yang menyebabkan beliau ragu-ragu bahawa Anwar tidak meliwat pula adalah kenapa Anwar tidak mahu bersumpah?

Jawab aku.. sumpah tu mana ada dalam hukum Islam kan Mufti Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr Harussani Zakaria dah kata "Tidak perlu bersumpah atau bermubalahah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam."

"Betul juga tu.. tapi masaalah orang kita ni ramai lagi yang lebih percaya kepada sumpah kerana tak tahu ianya menepati undang-undang Islam atau tidak" tambahnya lagi kalaulah Anwar bersumpah ramai yang atas pagar akan sokong dia..

Betl ka macam tu? tanya aku.. jawab dia dari risik tu...

Itu sebahagian dari perbualan aku dengan Pegawai Polis tu.. aku malas nak sembang panjang-panjang takut nanti berperang pulak dengan dia..

Jadi.. kesimpulan dari perbualan aku dengan Pegawai Polis itu ialah Anwar tidak akan bersumpah demi kepentingan politik.. bukan macam Raja Sumpah tu.. bersumpah kesana kemari akhirnya mendapat jawatan Senator..


Anwar sanggup sumpah demi kepentingan politik

KUALA LUMPUR 24 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sanggup bersumpah bagi menjaga kepentingan politiknya dan melepaskan diri daripada semua pertuduhan yang dihadapi ketika ini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor (gambar) berkata, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan diri serta 'nyawa politiknya' termasuklah bersumpah dengan memegang al-Quran.

"Saya tidak akan terkejut kerana Anwar berada dalam keadaan terdesak ketika ini. Pelbagai tuduhan dihadapinya dan beliau sanggup lakukan apa sahaja untuk melepaskan dirinya.

"Saya percaya beliau akan melakukan sumpah untuk memulihkan imejnya setelah pelbagai tuduhan buruk dihadapinya, tetapi percayalah bahawa sumpah yang dilakukan itu bertujuan politik dan bukannya berlandaskan kepada agama Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Ezam meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar bagi mengelakkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu melarikan diri ke luar negara.

Ini kerana katanya, Anwar suka memburukkan nama Malaysia di luar negara dan tindakan tersebut perlu dihalang.

"Tindakan beliau itu jelas merosakkan nama negara. Jadi beliau sewajarnya dihalang keluar dari Malaysia," jelasnya.

Lidah Rasmi UMNO

Video Lucah : Eskay minta saya dapatkan ‘UTK’

Posted: 25 Mar 2011 04:12 AM PDT

"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," kata bekas pengawal peribadi Megat Junid

Oleh Shannon Teoh

RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.


Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.

"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.

"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.

"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.

Shazryl adalah salah seorang daripada tiga "Datu T".

Kelmarin, Shazryl, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara Isnin lalu.


The Malaysian Insider

Ditipu RM300,000 oleh pemimpin UMNO Pahang..

Posted: 25 Mar 2011 02:19 AM PDT

Seorang pengasas dan pemegang saham sebuah syarikat pembalakan hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan pembantunya serta setiausaha Umno Bentong, Shamsudin Ibrahim kerana didakwa menipunya sebanyak RM300,000.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu di balai polis
SEA Park, Lee Sin (kiri) berkata beliau telah membeli lebih 10 peratus saham kepunyaan Shamsudin seperti dipersetujui pada 2000 apabila syarikat pembalakan itu ditubuhkan.

Syarikat itu - Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd - telah dijanjikan balak di kawasan 10,000 ekar di Nenasi Pekan, yang dikatakan milik Umno Pahang.


Sebagai sebahagian daripada perjanjiannya, Shamsuddin dilantik sebagai pengarah urusan sehingga lesen pembalakan dikeluarkan, dan pada masa itu, sahamnya akan dibeli oleh Lee.

Ini dilakukan pada 2 Mei 2000, seperti yang dinyatakan dalam rekod pemindahan pemegangan saham di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), sebanyak RM300,000 sejurus selepas syarikat tersebut menerima lesen untuk 3,000 ekar.

Tetapi lesen itu, yang dikeluarkan bagi setiap 1,000 ekar itu, terhenti di situ sahaja.

Lewat tahun lepas, kata Lee, Seruan Gemilang Makmur telah disaman oleh Umno Pahang kerana tidak memajukan kawasan yang telah dibalak.


Malaysiakini

Video lucah : Polis Tahan Dua Lelaki, Perolehi Bukti

Posted: 25 Mar 2011 12:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki berhubung video aksi seks seorang lelaki yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur warga asing.


Bukan mereka ini yang ditahan..

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Deputi Komisioner (DCP) Datuk Ghazali Md. Amin berkata, beberapa barangan yang boleh digunakan sebagai bukti turut dirampas daripada dua individu terbabit.


"Salah seorang daripada mereka memberitahu kami tentang lokasi penggambaran video seks itu. Kami telah menghantar satu pasukan forensik bersama para pegawai penyiasat ke tempat berkenaan.

"Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin polis sementara siasatan diteruskan," katanya tanpa mendedahkan identiti dua lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenalpastikan individu yang dirakam dalam video itu selain individu yang merakamkan aksi seks tersebut.

Pada Khamis, dua daripada trio, "Datuk T" iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay telah menyerahkan video aksi seks seorang lelaki bersama jam tangan, yang dikatakan membabitkan pemimpin pembangkang kepada polis.

Polis turut mengambil keterangan mereka.

Individu ketiga "Datuk T" ialah bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ketika ditanya kenapa dua individu tersebut tidak ditahan apabila hadir ke ibu pejabat polis, Ismail berkata: "Beritahu saya apakah kesalahannya (yang dilakukan oleh mereka)?"

Bagaimanapun, tambah beliau, polis akan menahan trio tersebut sekiranya mereka terbabit dan terdapat bukti yang mencukupi.

"Biarlah kami kenal pastikan sama ada mereka telah melanggar undang-undang terlebih dahulu. Polis boleh menahan mereka kemudian," katanya.

Ismail turut menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi liar mengenai perkara tersebut tetapi sebaliknya, menyerahkan kepada polis untuk menjalankan tugas mereka.

"Kami sedang menyiasatnya secara terperinci dan secepat mungkin," katanya.


mStar

Video Lucah : Pengedar didakwa di Mahkamah.

Posted: 24 Mar 2011 09:51 PM PDT

Kata Shimon Peres Presiden Negara Yahudi Israel.. "There are no two states of Israel, just one state," and "There are no two kinds of citizens here, citizens of only one kind exist in Israel — and all are equal in the eyes of the law."

Tajuk entry ini adalah tajuk berita yang telah tersiar dikebanyakkan Media Cetak pada 12 Mac yang lalu.. Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah.

Remaja tersebut telah didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tetapi cuba anda baca dan bezakan hukuman yang menanti buat rakyat biasa dan pemimpin UMNO dan bagaimana layanan yang diterima mereka biarpun kesalahan mereka pada dasarnya adalah sama iaitu memiliki video lucah, malah lebih teruk lagi pemimpin UMNO itu dengan beraninya telah mengadakan satu tayangan perdana video lucah itu..


Gadis 19 tahun jual 350 DVD lucah

GEORGETOWN- Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini.

Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.


Rahim, Syazril Eskay serah bukti



KUALA LUMPUR 24 Mac – Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan dan menyerahkan rakaman bukti video seks lelaki didakwa pemimpin parti pembangkang kepada pihak polis hari ini.

Turut diserahkan kepada pihak polis adalah seutas jam tangan jenama 'Omega' yang didakwa milik pemimpin tersebut.

Abdul Rahim yang hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang disoal siasat hingga pukul 9.45 malam ini.

Beliau ketika ditemui pemberita memberitahu, semua bukti yang ada sudah diserahkan kepada polis.

Katanya, segala keterangan yang diberi kepada polis penting untuk membantu siasatan dan menunjukkan siapa aktor dalam rakaman video seks itu.

"Harap bukti asli yang diberi boleh disiasat secara forensik, sekiranya ada penipuan atau tidak. Kalau perlu, ketulenan itu boleh dibuktikan dengan bantuan FBI (Biro Siasatan Persekutuan).

"Saya berharap, keterangan ini dapat membantu mempercepatkan proses siasatan. Jika kerajaan setuju, suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi membolehkan siasatan terperinci dibuat dan memuaskan hati semua pihak," kata Abdul Rahim selepas selesai memberi keterangan.

Sementara itu, sesi keterangan Syazril Eskay tamat pukul 10 malam ini, namun ahli perniagaan itu tidak muncul di pintu A Bukit Aman di mana puluhan wartawan dan jurugambar menunggu, sebaliknya beliau dipercayai dibawa keluar melalui pintu B menggunakan kenderaan polis.

Syazril Eskay ketika dihubungi pemberita memberitahu, beliau telah mendedahkan kepada polis lokasi hotel di mana rakaman aksi seks itu dilakukan.

Lidah Rasmi UMNO

PAS tidak sebodoh KITA...

Posted: 24 Mar 2011 08:57 PM PDT

Datuk Zaid Ibrahim berkata, pendirian pasif parti itu terhadap isu berkenaan bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan Pas.

Menurutnya lagi, beliau faham jika pendirian sedemikian diambil oleh DAP yang jelas tidak kisah mengenai skandal melibatkan moral pemimpin pembangkang kerana bagi parti itu yang lebih penting ialah soal menghadapi pilihan raya.

Jelas.. satu lagi provokasi untuk memecahbelahkan kerjasama antara Pakatan Rakyat oleh Zaid Ibrahim...


KITA persoal sikap Pas dalam isu video seks

PETALING JAYA 24 Mac - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) mempersoalkan sikap Pas yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengetahui kebenaran di sebalik pendedahan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.


Ketua KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pendirian pasif parti itu terhadap isu berkenaan bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan Pas.

Menurutnya, beliau faham jika pendirian sedemikian diambil oleh DAP yang jelas tidak kisah mengenai skandal melibatkan moral pemimpin pembangkang kerana bagi parti itu yang lebih penting ialah soal menghadapi pilihan raya.

"Saya anggap sikap Pas yang tidak mahu mencari jawapan sebenar adalah tindakan politik yang merugikan. Ia berbeza sama sekali jika skandal sebegini membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas pasti mendesak siasatan menyeluruh dibuat.

"Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, Pas sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan secara sambil lewa semata-mata demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau turut menyelar sikap pemimpin Pas yang mudah menuduh pihak lain terlibat dalam isu tanpa berusaha menyelidiki ketulenan serta 'aktor' sebenar yang aksi seksnya bersama seorang pelacur dikatakan dari China dirakam dalam video tersebut.

Katanya, pemimpin Pas patut melihat sendiri rakaman tersebut kerana individu yang dikaitkan dalam video berkenaan didakwa adalah tokoh pembangkang di peringkat nasional.

"Saya sendiri sudah menonton video berkenaan Selasa lalu dan bagi saya tiada sebarang keraguan mengenai ketulenan dan siapa pemimpin pembangkang tersebut," jelasnya.

Zaid seterusnya menasihatkan pihak berkuasa supaya menjemput pakar forensik asing seperti pasukan Scortland Yard untuk membantu penyiasatan mereka dalam isu video berkenaan.

Katanya, ia bertujuan memastikan pembangkang tidak berterusan menuduh kononnya pendedahan video tersebut adalah konspirasi kerajaan.


Lidah Rasmi UMNO

17 diskriminasi kerajaan Pusat terhadap Kelantan

Posted: 24 Mar 2011 08:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Kerajaan PAS Kelantan terus menjadi mangsa diskriminasi Kerajaan Persekutuan sejak memerintah negeri itu 20 tahun lalu dengan pelbagai cara, terutama menerusi 17 aspek yang dapat dikesan dengan nyata.

Tindakan diskriminasi pertama yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap Kelantan berlaku apabila Kerajaan Pusat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sebaik sahaja PAS berjaya memerintah negeri itu pada tahun 1990, bagi tujuan mengganggu sistem pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, dengan wujudnya JPP, berlakulah sistem dualisme dalam pentadbiran negeri Kelantan, apabila turut diwujudkan kakitangan jabatan di peringkat negeri, jajahan, daerah sehingga di kampung-kampung.


Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, di negeri Kelantan turut terdapat dua penghulu bagi setiap daerah, apabila seorang darinya dilantik oleh kerajaan negeri dan seorang lagi dilantik oleh Kerajaan Persekutuan yang memainkan peranan menerusi JPP.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu penderaan yang amat nyata dari Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, akibat permainan politik kotor para pemimpin Umno BN yang marahkan rakyat Kelantan menyokong PAS pada PRU tahun itu.

"Lanjutan dari itu, Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan hanya sempat mempengerusikan sekali sahaja Majlis Tindakan Negeri Kelantan. Selepas itu majlis itu dibubarkan dan tidak lagi dibenarkan mana-mana agensi Persekutuan hadir ke dalam Majlis Tindakan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan," katanya.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, beliau menjelaskan, tindakan diskriminasi ketiga, Menteri Besar tidak lagi dilantik menjadi Pengarah Keselamatan Negeri Kelantan, tempatnya digantikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Keempat, baja subsidi tidak lagi diberikan secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutuan kepada rakyat Kelantan, khususnya yang bekerja sebagai petani, tetapi hanya diberikan kepada mereka yang mendapat sokongan dari JPP yang tentunya hanya kepada para penyokong Umno BN sahaja.

"Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan mulai tahun 1991 terpaksa membelanjakan RM3.2 juta di dalam belanjawan negeri bagi menampung pembiayaan baja subsidi kepada para petani," katanya.

Kelima, menurut beliau, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi dijemput di dalam Mesyuarat-mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dikatakan MBs Club, sebaliknya dijemput pemimpin Umno yang kalah dalam pilihanraya menghadiri mesyuarat itu mewakili Menteri Besar.

"Keenam, geran Persekutuan dalam benteuk capitation grant, federal road grant, growth grant, dalam bentuk geran keseimbangan dan lain-lain diberi amat lewat. Ini kami di negeri Kelantan untuk tahun ini dibayar tahun hadapan, sedangkan di negeri-negeri lain ada yang dibayar tiap-tiap bulan, ada yang dibayar pada bulan Januari dan Jun," tegasnya.

Ketujuh, peruntukan geran rumah awam kos rendah sebanyak RM12 juta yang telah dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan melalui pihak Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan telah ditarik balik sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan.

Kelapan, jelas beliau, permintaan Tuan Guru Nik Aziz sejak tahun 1991, menerusi pertemuannya dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad agar diwujudkan satu pelabuhan di Kelantan, tetap tidak dilayan oleh Kerajaan Persekutuan hingga kini.

"Kesembilan, Tok Guru minta supaya tanah yang telah pun diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa untuk memanjangkan landasan penerbangan, sampai ke hari ini pun tidak dapat digunakan lagi," katanya.

Kesepuluh, royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan tetap terus dinafikan sehingga hari ini, sehingga kerajaan Kelantan terpaksa membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan royalti minyak dan gas hak rakyat negeri Kelantan.

"Kesebelas, apabila berubah kerajaan, wakil kerajaan negeri untuk berada di dalam Lembaga Pengarah KESEDAR tidak lagi diminta daripada kerajaan negeri, tetapi dilantik mengikut kesukaan pihak Kerajaan Persekutuan sendiri.

"Keduabelas, pengambilan peneroka untuk menduduki Felda dihentikan. Kemudian mereka majukan sendiri dan mengambil untung melalui apa yang dinamakan ladang Felda Plantation. Pada hal, tanah Felda diberikan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan, dibangunkan dan menempatkan peneroka," jelasnya.

Pentadbiran Majlis Sukan Negeri Kelantan, menurut Wan Abdul Rahim, sehingga kini turut didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat terhadap kerajaan Kelantan, sehingga menjadikannya tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri dan seperti mempunyai dua identiti, tidak seperti di negeri-negeri lain.

"Begitu juga dengan agensi-agensi pelancongan. Pada hal kita sudah ada Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) yang di bawah Exco yang jaga portfolio pelancongan, ada pegawai kerajaan yang ditugaskan menjadi pengarahnya, tetapi Kementerian Pelancongan melantik pula satu agensi lain untuk mengendalikan soal-soal pelancongan di Kelantan," ujarnya.

Beliau turut kesal kerana Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri turut terpengaruh dengan suasana politik negara, apabila Majlis Persidangan Speaker-Speaker Malaysia yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Rakyat sudah tidak diadakan lagi, sejak PRU tahun 2008 lalu.

"Kemuncak penderaan yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Kelantan, apabila Umno Negeri Kelantan menjemput pemimpin-pemimpinnya pada satu hari dalam tahun 1993, buat satu pentas di Padang Sekolah Ketereh di Kota Bharu, jemput seorang kerabat kononnya dari Kuala Lumpur naik ke pentas dan mengangkat tangan.

"Serentak dengan itu dilaungkan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku" dan diikuti oleh semua orang Umno di situ. Tabal Raja baru di Kelantan pada tahun 1993. Ini bukan pembohongan. Ini bukan fitnah. Ini ada rakaman yang dibuat oleh polis dan agensi-agensi.

"Jadi sampai ke hari ini, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tertanya-tanya, bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap penderhaka ini?

"Ini yang betul-betul menderhaka. Kita, budaya Melayu, kita orang Melayu. Kalau kita angkat tangan kepada satu orang menyatakan "Daulat Tuanku", sebenarnya kita menderhaka kepada Raja yang ada di negeri masing-masing," ujar beliau.

Beliau turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat pada 16 Mac lalu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.


Harakahdaily

Yang berjuang untuk kebenaran akan sentiasa diuji dengan Fitnah..

Posted: 24 Mar 2011 06:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat.

Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan.

"Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. "Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa.


"Dari seorang banduan menjadi pemimpin agung. Kekuatan peribadinya sudah lama diakui masyarakat. Beliau akhirnya disanjung sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi," katanya dengan menganalogikan kisah itu dengan cabaran getir yang dihadapi Anwar.

Beliau berucap demikian depan lebih 400 orang yang hadir pada majlis solat hajat dan doa selamat serta tazkirah di kediaman Anwar di Bukit Segambut di sini, malam tadi
Selain Dr Siddiq selaku bekas Presiden ketiga, hampir semua bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan cendikiawan agama dan pimpinan parti, hadir.

Anwar, selepas melepasi laluan berliku dalam kes Fintah I pada 1998, kini berdepan dengan kes Fitnah II yang bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.

Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu.

Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.

Dalam ucapannya, Dr Siddiq berkata, pejuang sejati tidak perlu pesimis dalam berdepan konspirasi fitnah, sebaliknya menganggap ia sebagai pancaroba kecil dalam menentang segala bentuk kebatilan.

Mengisahkan para Nabi tidak putus-putus berdepan dengan fitnah dan tohmah dalam menegakkan Islam, beliau mengingatkan semua pejuang penegak kebenaran termasuk Anwar supaya tidak sesekali gentar tetapi sanggup menghadapi kesusahan demi menegakkan keadilan.

"Ia sebahagian dari kehidupan pejuang. Nabi Muhammad saw juga menghadapi pelbagai rencam kesulitan dengan masyarakat, tetapi mujurnya baginda sentiasa didampingi sahabat setia, yang percayakan kebenaran dibawanya.

"Kita sebagai pejuang harus sanggup menghadapi kesusahan terutamanya dalam konspirasi Fitnah sebegini," katanya.


Keadilandaily

APA?? Saiful Homoseks?? (Video Inside)

Posted: 24 Mar 2011 09:35 AM PDT

Terkejut jugak aku baca apa yang Datuk Shazryl Eskay dedahkan secara tak sengaja ni..


Dalam keghairahan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay semalam mendedahkan bahawa pengadu kes liwat fitnah dua, Saiful Bukhari Azlan adalah pengamal hubungan seks sejenis.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu menegaskan 'beliau bukan seperti Saiful " kerana telah mengerjakan umrah dan haji.

Saya telah menunaikan umrah dan haji. Saya rasa saya telah lama dipergunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya bukan macam Saiful, saya lurus saya bukan homoseks.


Eskay tidak mendedahkan sumber maklumatnya atau pun sama ada beliau mengenali Saiful secara peribadi. Beliau membuat kenyataan mengejut itu pada sidang akhbar semalam.

Ketika memberi keterangan di mahkamah bulan lalu, pakar kimia Seah Lay Hong mengesahkan kehadiran beberapa sampel DNA dari individu berlainan dalam dubur Saiful.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan bahawa fitnah video lucah diketengahkan ketika ini bagi memastikan UMNO mempunyai modal yang cukup untuk mengaibkan Anwar dalam menghadapi pilihanraya umum.

Ini kerana perbicaraan fitnah liwat terhadap Anwar mungkin akan selesai dalam sedikit masa dan UMNO akan ketandusan fitnah untuk menyerang moral ketua pembangkang itu.

"Pilihan Raya Sarawak makin dekat. Kes Mahkamah semakin hampir habis. Perlu ada isu berlarutan. Beberapa keputusan sudah tidak berpihak kepada kerajaan. Dan buku jingga pun dia orang (Kerajaan) dah tak larat nak berdebat. Jadi kena buat isu baru….kena cipta perkara lain," kata Johari



TVS News

Tiada ulasan: