Khamis, 24 Mac 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


FAKTA DARI RAHIM TAMBHI CIK MAKIN MENCURIGAKAN?

Posted: 24 Mar 2011 07:26 AM PDT

Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

NONERahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.
'Tak boleh baca'

"Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

"Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Eskay pada sidang media itu.

NONEKetika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu "membabitkan polis".

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah.

Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.
Rogol gadis sekolah
Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.

Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

NONEPeguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.

Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .

Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.
Eskay - sahabat Anwar?

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

NONEJika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu.

Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.

TIPU DAN KEBOHONGAN MANUSIA TAEIK DARI UMNO? TAK PERNAH HABIS...

Posted: 24 Mar 2011 02:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Mac — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan khabar angin mengatakan beliau ada meminta untuk menonton video seks yang dikaitkan dengan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali.
"Saya tiada keinginan untuk menonton video itu. Saya menafikan bersungguh-sungguh. Saya tidak mahu menonton video ini.
"Saya tahu ia adalah palsu, jadi kenapa harus saya?" kata Presiden PKR itu kepada wartawan hari ini.
Dr Wan Azizah juga menafikan ada menghantar "wakil" atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta mahu menonton video itu.
Semalam Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengaku ahli perniagaan Datuk Shazry Eskay Abdullah, Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dan dirinya adalah individu yang digelar "Datuk T" yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Anwar.
Bekas menteri besar Melaka itu juga mengakui beliau dan Shazryl adalah individu di belakang video itu.
Semalam beliau memberitahu wartawan bersama Shazryl bahawa mereka bertiga berbuat demikian kerana mahu menunjukkan bahawa "pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak".
Abdul Rahim dan Shazryl juga menafika video itu telah diubah

APA MUNGKIN NAJIB DAN ROSMAH MAHU JADI SAKSI KES LIWAT 2?

Posted: 23 Mar 2011 10:40 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah antara 73 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan kepada barisan pembelaan dalam bicara kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut ditawarkan adalah bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hasan serta senator Muhamad Ezam Mohd. Nor, beberapa kenalan Anwar dan tunang Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Tinggi pada perbicaraan hari ini juga menolak permohonan pembelaan bagi hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuatnya semalam.

Katanya, tiada asas untuk berbuat demikian setelah meneliti hujahan yang dibuat oleh kedua-dua pihak.

Berikutan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin memanggil semula dua saksi bagi membolehkan tiga barangan yang sebelum ini dipertikaikan diterima sebagai bukti.
Barangan berkenaan - sebuah botol air minuman berjenama Cactus, tuala 'Good Morning' dan sebatang berus gigi berwarna putih. Semua barangan ini diperolehi daripada sel Anwar selepas beliau ditahan semalaman oleh polis pada 16 Julai, 2008.

Dua saksi berkenaan - ahli kimia Nor Aidora Saedon dan bekas ketua Penyiasat Lokasi Jenayah, Supt (Rtd) Amidon Anan -terbabit mengendalikan barangan berkenaan.

Nor Aidora sebelum ini pada keterangannya berkata DNA yang diperolehi daripada barangan tersebut adalah daripada 'Lelaki Y".
Mohd Yusof kemudian memohon dua minggu bagi pihaknya mengemukakan hujah. Peguambela Karpal Singh pula meminta tiga minggu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 18 April ini bagi membolehkan kedua-dua pihak membuat persiapan.

TUBUHKAN JUGA SURUHANJAYA UNTUK KES ROGOL BUDAK BAWAH UMUR OLEH MENTERIAWAN UMNO

Posted: 23 Mar 2011 07:36 PM PDT

RAHIM Tamby Chik mencadangkan agar suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat dan mengkaji video lucah yang beliau tayangkan kepada wartawan. Katanya suruhanjaya itu perlu untuk menentukan kesahihan kandungan video berkenaan dan juga mengesahkan apakah watak yang ada dalam video berkenaan orang yang disangka dan dituduhnya.

Saya nak tanya beberapa soalan kepada persoalan dan cadangan Rahim Tamby Chik ini. Apakah perlunya suruhanjaya itu ditubuh dan apakah perlunya siasatan ke atas video berkenaan. Biasanya sebuah suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat perkara yang ada kepentingan umum. Dalam kes video lucah itu apakah ianya merupakan kepentingan umum?

Video itu bersifat peribadi yang tidak ada kena mengena dengan orang ramai. Ia tidak perlu ditubuhkan. Kalaulah cadangan Rahim itu hendak diambil kira, maka banyak lagi suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan. Bukan soal pengecut di sini tetapi keperluan dan kemunasabahannya.

Saya nak sebut beberapa suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan kalau mengikut versi ataupun pendapat bekas Ketua Menteri Melaka itu. Sebelum kes video itu disiasat penyiasatan ke atas perkara berikut terlebih dahulu perlu dilakukan;

1. Mengenai skandal seks seoraang bekas Ketua Menteri dengan pelajar sekolah berumur 16 tahun sehingga melahirkan seorang anak.
2. Mengenai hubungan seksual dan afair seorang bekas ketua menteri dengan seorang gadis Pertugis.
3. Hubungan seks bekas ketua menteri dengan seorang perempuan yang berkerja di sebuah syarikat perumahan. Perempuan itu juga telah memohon sebuah projek tambak laut di sebuah negeri.
4. Mengenai hubungan seorang menteri dengan seorang perempuan Pertugis.
5. Mengenai hubungan seorang bekas artis sehingga mengandung dan terpaksa mengugurkan kandungannya di Johor. Sebelum itu artis berkenaan mengugut untuk terjun dari tingkat enam di sebuah hotel di Jalan Raja Laut.
6. Mengenai seorang menteri yang melayani gay.
7. Mengenai seorang bekas MB yang membawa puteri Umno ke tengah laut dengan boat.
8. Dua orang bekas setiausaha kepada bekas menteri dan menteri yang dikatakan telah membunting seorang artis dan seorang pramugari.
9. Mengenai ketua Umno sebuah bahagian di Kelantan yang meniduri 13 orang perempuan kampung.
10. Seorang kenamaan yang telah mengahwini seorang perempuan walaupun ketika itu perempuan itu masih belum edah perceraian.
11. Kena siasat juga kesahihan mengenai perkahwinan seorang menteri dengan isterinya kini yang meragui dari segi syarak.
12. Siasat juga bekas menteri yang dikatakan berhubung sesama jenis (lisbian).
13. Siasatan juga setiausaha politik kepada menteri yang dikatakan mengamalkan ajaran sesat.
14. Siasat juga menteri yang terlibat melakukan perpindahan wang secara haram.
15. Siasat juga Ketua Menteri yang terlibat dengan pengurup wang.
16. Siasata juga bekas menteri yang menjadi kaya raya dengan memperdagangkan pendatang asing.

Ah, banyak lagi. Sebenarnya perkara disebut itu lebih utama dari video lucah itu kerana ia membabitkan negara dan rakyat.

Justeru saya tidak fikir pihak kerajaan bersedia melayani cadangan Rahim Tamby Chik itu. Kalau alasan suruhanjaya itu perlu disiasat kerana ianya melibatkan pemimpin yang bercakap mengenai Islam, nah semua kes-kes melibatkan apa disebut itu juga melibatkan pemimpin Islam, yang bercakap mengenai Islam, yang pakai baju Melayu pada setiap hari raya.

Adalah tidak adil dan zalim kalau video itu perlu disiasat demikian rupa atas kehendak individu berkenaan. Yang jelas melihat dari cara modeul operandinya ia dilakukan atas sifat dendam, geram dan kemaharahan yang tidak dapat dihilangkan.

Baiklah orang ini semua dan kita semua mengucap sedalam-dalamnya mentauhiudkan diri kepada Allah, menginsafi apakah yang kita lakukan ini mengutungkan kita, negara dan bangsa atau sebaliknya. Dan kepada rakyat di luar sana sesekali angkatlah tangan menadahkan doa kepada Allah dengan memintakan kita semua dimasukkan iman diberikan taufik dan hidayah. Kerana apa yang berlaku di negara kita sekarang adalah satu bala dan petaka.

Apakah bala dan petaka yang menimpa kita hari ini angkara sumpah laksana? Kita terlupa laknat Allah itu akan hadir secara umum walaupun ia hanya dilakukan oleh seorang manusia saja. Selagi orang yang bersumpah laknat berada di negara ini dan kita juga berada di negara ini maka bala atas sumpah laknat itu akan melaknat kita semua! 
http://msomelayu.blogspot.com/2011/03/sesudah-menyubuhi-tuhan.html

Tiada ulasan: