Anak Sungai Derhaka |
- Video Lucah : Barisan Nasional juga tak terlibat - Khairy
- Video Lucah : ‘Datuk T’ Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar
- Wan Azizah bukan Ummi Hafilda...
- Kenapa 'Three Stooges' itu masih tidak ditangkap?
- Pelakon dalam video seks bukan Anwar – Chegubard
- Hebahan : Ceramah Perdana dan Solat Hajat Perdana di Parlimen Permatang Pauh
- Video Lucah : Dendam yang tak sudah..
- PAS pernah diminta pujuk Anwar tidak aktif berpolitik
- Pulau Pinang akan saman kerajaan BN
- Fakta Pimpinan UMNO Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar (Video Inside)
Video Lucah : Barisan Nasional juga tak terlibat - Khairy Posted: 24 Mar 2011 05:28 AM PDT Nazri Aziz berkata "Mereka melakukan atas kapasiti sebagai individu tanpa pengetahuan kami. Umno tidak mahu dikaitkan dengan ini," untuk memperbodohkan rakyat kononnya UMNO tidak terlibat (baca di SINI).. Pak Brahim Ali menafikan akan keterlibatan PERKASA dalam video lucah yang mendakwa kononnya DS Anwar Ibrahim sedang melakukan hubungan sex dengan seorang pelacur berbangsa Cina walaupun salah seorang dari Trio Datuk 'T' itu adalah Bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.. Ini pula kata Khairy.. "Pendedahan video seks yang didakwa memaparkan pemimpin kanan pembangkang tidak boleh dikaitkan dengan Umno mahupun Barisan Nasional" Kalau macam tu.. boleh jadi yang terlibat tu dari MIC kot?? Bila dah kantoi semua pakat nak cuci tangan.. kalau berjaya berebut nak dapat pujian dari Rosmah.. poodah!! Video seks: Jangan kaitkan Umno dan BN, Khairy KUALA LUMPUR, 24 Mac – Pendedahan video seks yang didakwa memaparkan pemimpin kanan pembangkang tidak boleh dikaitkan dengan Umno mahupun Barisan Nasional, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Katanya walaupun terdapat penglibatan anggota Umno di sebalik isu itu, ia langsung tidak menggambarkan penglibatan Umno sebagai sebuah institusi. "Kita tidak terlibat secara parti, tidak terlibat secara institusi dalam apa yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Persatuan Peribumi Perkasa Malaysia berkata pihaknya tidak terlibat dalam pendedahan video berkenaan walaupun bendahari agungnya Datuk Shuib Lazim dilaporkan terbabit. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, berkata Shuib bertindak sebagai seorang individu dan ini tidak melibatkan Perkasa. – Bernama |
Video Lucah : ‘Datuk T’ Shuib juga akui lelaki dalam video seks bukan Anwar Posted: 24 Mar 2011 05:10 AM PDT PETALING JAYA, 24 Mac - Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul mengakui salah seorang "Datuk T" – Datuk Shuib Lazim adalah "pak ciknya", yang turut berpendirian tegas bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan Isnin lalu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shuib yang merupakan Bendahari Perkasa membawa Johari untuk menonton rakaman video itu di Hotel Flamingo Isnin lalu dan untuk membuat pengesahan sama ada si lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, yang dikatakan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, adalah Anwar. Anwar telah beberapa kali menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut dan membuat laporan polis kelmarin. "(Pak cik saya) dia bawa saya untuk membuat pengesahan (sahaja) sama ada lelaki dalam video itu adalah Anwar, sama ada tulen atau tidak. Semasa kami turun, berada dalam lif, pak cik saya juga berkata lelaki itu bukan Datuk Seri Anwar," kata wakil rakyat PKR ini pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini hari ini. Sidang media hari ini adalah yang ketiga diadakan oleh Johari sejak isu rakaman video seks muncul Isnin lalu. "Masa kami turun dalam lif, dia kata pak njang (pak cik) pun tak percaya," kata Johari. Misteri di sebalik "Datuk T" yang mengemparkan negara dengan pendedahan sebuah klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang, terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku bahawa beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara dua hari lalu. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik. Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Shuib, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu. Shazryl dan Rahim mengulangi pendirian "Datuk T" bahawa mereka mahu sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video tersebut untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang. Shuib pernah menjadi senator dan timbalan menteri pada era 1980-an dan menurut Johari adalah rakan perniagaan Abdul Rahim dan Shazryl. Sehubungan itu kata Johari, beliau juga pasti bahawa "Datuk T" bukannya tiga orang tetapi hanya Abdul Rahim dan Shazryl. "Saya tidak melihat beliau terlibat (dalam konspirasi ini), saya fikir tidak, saya kenal dia secara peribadi," kata Johari lagi. Pagi tadi, Perkasa mempertahankan tindakan "Datuk T" yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib. Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu. "Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu. "Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu," katanya. Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya. Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut. Ketika ditanya mengapa Shazryl berkata "Datuk T" melibatkan tiga orang termasuk ahli pernigaan, Johari berkata: "Apa pilihan yang mereka ada." The Malaysian Insider |
Wan Azizah bukan Ummi Hafilda... Posted: 24 Mar 2011 02:27 AM PDT "Saya tidak pernah meminta dan tidak berniat untuk melihat video itu. Ianya haram," tegas Wan Azizah KUALA LUMPUR 24 MAC : Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan sebagai pembohongan, dakwaan Datuk Shazryl Eskay bahawa Presiden PKR itu kononnya meminta beliau untuk salinan video seks fitnah membabitkan suaminya. "Saya tidak pernah meminta dan tidak berniat untuk melihat video itu. Ianya haram," tegas Wan Azizah kepada pemberita di Kuala Lumpur. . "Saya tahu video itu adalah satu pembohongan, jadi kenapa harus saya tengok benda fitnah," tambah beliau. Wan Azizah menyifatkan tindakan Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim menyebarkan video fitnah semata-,mata tujuan politik sebagai tidak bermoral. Beliau menyeru mereka supaya menghentikan perbuatan itu dan bertaubat. Semalam Eskay mendakwa kononnya beliau diminta oleh Wan Azizah untuk memberikan video itu bagi mengesahkan sama ada benar suaminya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di sebuah hotel. Namun, menurut Eskay, beliau tidak mahu menyerahkan video itu atau pun memberi satu salinan kepada Wan Azizah kerana bimbang ia akan "disalahguna." Alasan itu bagaimanapun dangkal kerana jika pun salinan itu disalahguna, Eskay mempunyai rakaman asal untuk membuktikan segala dakwaannya itu. |
Kenapa 'Three Stooges' itu masih tidak ditangkap? Posted: 24 Mar 2011 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pimpinan Umno terlibat dalam fitnah video seks yang cuba dikaitkan dengan beliau. Selain Najib, Anwar turut menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, yang mempunyai kuasa ke atas pasukan polis, sebagai pihak bertanggungjawab. "Saya katakan kepada Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, bahawa mereka terlibat," kata Anwar ketika sidang media bersama wartawan di kompleks Mahkamah Jalan Duta tengahari tadi. Anwar turut mempersoal mengapa ketiga-tiga individu yang mengaku sebagai dalang di sebalik tayangan video lucah itu tidak ditangkap mahu pun disoal siasat polis. Tiga individu berkenaan, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskey Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim sehingga kini masih tidak didakwa. "Dari awal kita katakan Umno terlibat. Umno menafikan, tapi sekarang sudah jelas mereka terlibat. Dan sekarang mereka mengaku, polis masih belum bertindak (menangkap mereka)," kata Anwar. "Sebab itu saya katakan dalam kes ini, mana-mana orang menghebahkan adanya video lucah (perlu) terus diambil tindakan. Tapi kerana ini melibatkan pemimpin Umno, polis tertentu diarah melindungi (mereka)" kata Anwar. Justeru Anwar menempelak Najib dan Hishammuddin kerana gagal mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat rakaman lucah palsu dan menayangkannya kepada media di tempat awam. "Ini kes pertama penjenayah yang menayangkan video lucah diiktiraf Perdana Menteri dan isteri tercinta, Rosmah dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein," sinis Anwar disambut ketawa kecil wartawan yang mengerumuni beliau. Dalam pada itu Anwar berkata, penglibatan Tan Sri Rahim Thamby Chik sebagai salah seorang dalang di sebalik penyebaran video aksi seks palsu itu, didorong perasaan dendam dan tidak puas hati. Ia berikutan pengunduran Abdul Rahim sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda Umno selepas terbabit dengan skandal gadis bawah umur pada 1990 an, ketika Anwar masih di dalam kerajaan. "Penglibatan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik itu mengingatkan saya kepada kes dan dendam lama dia. Kes yang melibatkan tuduhan rogol, dan kes yang melibatkan kertas pertuduhan yang ditanda tangani Tan Sri Ghani Patail bahawa beliau terlibat dengan isu rasuah," kata Anwar. "Orang sebegini sekarang ini muncul berbicara soal moral tetapi soal lebih besar bagi saya ialah mengapa polis melindungi (mereka)?," tegasnya. Keadilandaily |
Pelakon dalam video seks bukan Anwar – Chegubard Posted: 24 Mar 2011 01:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang dipelawa Datuk T untuk menonton video seks kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin 'pelakon' dalam video itu bukan Ketua Umum KEADILAN. "Dari pemerhatian saya, video itu kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem berkenaan bukan Anwar. "Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu, itu bukan Anwar. Beliau mengumpamakan hal itu dengan keberkesanan Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang-kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. "Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya," katanya pada kenyataan media, hari ini, dan menganggap politik kotor dan jijik itu harus dikecam rakyat yang kian bosan dengan politik 'selak kain'. Macam James Bond Badrul yang dikenali sebagai Chegubard juga percaya kumpulan Datuk T mendapat perlindungan istimewa kerana modus operadi ketika membawanya menonton video itu umpama filem James Bond. "Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel seperti babak filem James Bond. "Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi," katanya. Badrul berkata, beliau menerima pelawaan menonton video itu selepas menerima panggilan pada 21 Mac lalu dan seorang rakannya dari Umno menyertainya dan mereka diarah menunggu depan Institut Jantung Negara (IJN) jam 7.45 malam sebelum dihubungi Datuk T. Badrul kemudian diminta meletak kereta di pakir IJN dan dijemput jam 8 malam manakala beberapa kenderaan ketika itu dilihat berpusing beberapa kali memerhatikan mereka, Mereka kemudian dibawa ke Hotel Shangrila. Sebelum dibawa ke bilik menonton, beliau berkata, badan mereka diperiksa dan diminta meninggalkan telefon bimbit sebelum Datuk T memperkenalkan diri bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Tengku Suleiman. Rahim Tamby Chik menipu Mengikut kenyataan media itu, Badrul berkata, beliau mendapati kenyataan media Rahim Tamby Chik berbeza dengan pengalamannya ketika bertemu bekas Ketua Menteri Melaka itu dan Datuk Eskay Abdullah. "Rahim Tamby Chik menipu kerana dalam sidang media semalam, dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya, dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga. "Kami dimaklumkan, Rahim Tamby Chik baru menonton video itu. Ini berbeza sekali dengan kenyataannya pada 23 Mac sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. "Ketika menonton bersama, Rahim Tamby Chik beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah-olah inilah kali pertama menonton," katanya. Badrul berkata, identiti sebenar Datuk T juga diragui kerana Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T, malah Rahim juga memanggilnya dengan panggilan sama kecuali tersasul dua kali dengan memanggil Eskay. Salinan video kepada Wan Azizah Pada kenyataan itu, Badrul berkata, beliau dipanggil diminta menyerahkan salinan video itu kepada Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Ismail "Saya diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu kepada Wan Azizah. Bagaimanapun, ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. "Untuk mendapat video itu, saya berpura-pura bersetuju mengenai apa yang diberitahu mengenai video itu," katanya. Namun, Badrul yang meninggal hotel berkenaan kira-kira jam 10 malam, turut mendapati mereka tidak bersungguh-sungguh mahu Wan Azizah menerima salinan video itu. Keadilandaily |
Hebahan : Ceramah Perdana dan Solat Hajat Perdana di Parlimen Permatang Pauh Posted: 23 Mar 2011 09:38 PM PDT Ceramah Perdana FITNAH II & III akan diadakan di Padang Awam Taman Pauh Indah (Belakang Restoran ABC Corner) pada 26 Mac 2011 (Sabtu) selepas Solat Hajat Perdana diadakan di Masjid Bandar Perda, Bukit Mertajam sesudah Solat Maghrib pada hari yang sama. Antara penceramah yang hadir adalah YAB Lim Guan Eng, YB Johari Abdul, Sdr Khalid Jaafar, YB Dato Mansor Othman dan juga DS Anwar Ibrahim.. Satu ceramah yang akan memberikan penjelasan tentang isu Fitnah II dan juga Fitnah III yang didalangi oleh UMNO.. Seluruh Rakyat Malaysia yang tidak mahu FITNAH dijadikan budaya hidup kita, tak kira dipelusuk mana anda berada dijemput hadir!!! |
Video Lucah : Dendam yang tak sudah.. Posted: 23 Mar 2011 08:50 PM PDT Datuk Shazryl Eskay Abdullah ini menurut seorang sahabat (VIP UMNO) yang telah lama bersama UMNO dan kini masih bersama UMNO adalah seorang lelaki berbangsa Siam yang bijak dalam kerja-kerja putar alam.. Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994. Rahim yang kini menjadi Pengerusi Risda, masih mendakwa beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu. Ketika menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di Hotel Carcosa, Datuk Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel itu dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur berkenaan. Namun pada sidang akhbarnya semalam, Datuk Eskay mendakwa beliau tidak dapat "membaca" rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu. "Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh "baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' kata beliau. Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada Ahli Parlimen PKR Johari Abdul SEBELUM beliau menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik. "Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik," kata Datuk Eskay pada sidang media itu. Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Datuk Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis. Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan Barisan Nasional, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya. Datuk Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Tan Sri Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan. Eskay berkata beliau menghubungi Tan Sri Rahim kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik kerana beliau tidak mahu "membabitkan polis". Malah, jutawan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri "bukan orang KL" tetapi dari Kedah. Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing. Datuk Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu. Di sebalik sifat "patriotiknya" itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994. Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar ketika itu "walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah" atas tuduhan merogol gadis sekolah. Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta "kecil" seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau, malah tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya. Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah ketika itu memutuskan "tidak cukup bukti" untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan. Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya "dari hujung rambut hingga ke hujung kaki" amat mencurigakan, sepertilah video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Datuk Eskay. Seperkara lagi: pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah Bendahari Perkasa Shuib Lazim. Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay . Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada Perkasa serta Presiden KITA Zaid Ibrahim. Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah? Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu SALINAN kepada Ketua Pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media? Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube. Tetapi tidak. Beliau dan Rahim mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan di Star yang juga ahli Puteri Umno untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu. Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum di hantar untuk ujian forensik. Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Datuk Seri Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim Thamby Chik. TVS News |
PAS pernah diminta pujuk Anwar tidak aktif berpolitik Posted: 23 Mar 2011 08:31 PM PDT "Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana," kata sumber itu.. Oleh G Manimaran KUALA LUMPUR, 24 Mac — Di sebalik pendedahan rakaman video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR), PAS mendakwa parti itu pernah didampingi beberapa orang mendakwa mewakili Umno-BN baru-baru ini meminta mereka memujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak lagi aktif dalam perikatan tersebut. Difahamkan beberapa pemimpin kanan PAS diminta agar menyampaikan mesej tersebut dan menjadi "orang tengah" bagi membolehkan misi memastikan Anwar tidak lagi aktif berpolitik menjadi kenyataan. "Permintaan mereka mudah sahaja, mereka dakwa mereka mewakili Umno, BN dan mereka hanya tidak mahu Datuk Seri Anwar aktif dalam Pakatan Rakyat, bermakna tidak mahu dia berada dalam politik arus perdana," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. Sumber itu juga mendakwa mereka juga tidak mengesahkan sama ada mereka benar-benar dari Umno-BN. Menurut sumber itu, permintaan tersebut dibuat kira-kira sebulan lalu dengan mendakwa "akan ada satu kejutan" dalam waktu terdekat berkaitan dengan imej Ketua Pembangkang berkenaan. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS dikatakan tidak mahu melayan permintaan untuk menyampaikan "mesej" tersebut kepada Anwar. Pun begitu, umum diketahui bahawa wujud pendapat berbelah bahagi mengenai peranan Anwar dalam PR sejak kebelakangan ini, cuma tidak diperkatakan secara terbuka. Difahamkan persekitaran tersebut digunakan untuk memujuk PAS sebagai orang perantara untuk memenuhi misi terbaru ini. "Pemimpin-pemimpin PAS telah mengambil pendirian tegas tidak akan berbuat demikian," kata beliau yang mengakui tidak terkejut dengan perkembangan semasa - pendedahan rakaman video seks kononnya melibat pemimpin PR terbabit. "Mereka tidak kisah jika Pakatan diketuai oleh orang lain tetapi bukan Datuk Seri Anwar, itu permintaan mereka," kata sumber itu lagi. Anwar sejak dibebaskan daripada penjara pada 2004 dilihat sebagai pengikat dan penghubung kepada PAS dan DAP bersama PKR mewujudkan kerjasama menjelang pilihan raya umum 2008, yang akhirnya membawa kepada pembentukan PR. Kerjasama itu membawa kepada penafian majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan jatuhnya empat lagi kerajaan negeri sebagai tambahan kepada Kelantan. Negeri-negeri itu ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum nasional dijangka diadakan tahun ini. Kelmarin, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pendedahan video lucah memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur sebagai amalan politik kotor dan bermotif politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak. Isnin lalu, satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks. Sehari selepas itu, Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut. "Ini adalah serangan mengaibkan, melampau dan bermotif politik ke atas karakter serta reputasi saya dan keluarga saya," kata Anwar dalam laporan polisnya. Misteri "Datuk T" terjawab semalam apabila Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan, mengaku beliaulah yang menunjukkan video itu kepada media terpilih di Hotel Carcosa Seri Negara Isnin lalu. Pendedahan itu dibuat pada satu sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik. Shazryl juga mendedahkan bahawa "Datuk T" sebenarnya bermakna "trio" iaitu beliau sendiri, Rahim dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim, yang tidak hadir pada persidangan akhbar itu. Dalam kenyataannya semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan pendedahan tersebut tidak ada kaitan dengan Umno. Katanya, tiga individu berkenaan bertindak atas kapasiti mereka sendiri dan langsung tiada kaitan dengan Umno. The Malaysian Insider |
Pulau Pinang akan saman kerajaan BN Posted: 23 Mar 2011 07:44 PM PDT GEORGETOWN: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, akan memfaikan saman terhadap kerajaan negeri BN sebelum ini kerana mengakibatkan kerugian RM30 juta dalam skandal tanah Pulau Jerejak. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan tersebut dibuat berikutan keengganan serta kegagalan Tropical Island Resort (TIR) untuk membayar premium tanah tersebut mengikut masa yang ditetapkan. Kerajaan negeri pimpinan Dr Koh Tsu Koon sebelum ini didakwa menyerahkan tanah seluas 32 hektar di Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) dan TIR yang mengakibatkan kerugian kepada rakyat. "Mesyuarat kerajaan negeri hari ini memutuskan Tropical Island Resort perlu membayar premium untuk tanah yang diluluskan. "Mereka telah membuat bayaran premium tanah sebelum ini tetapi selepas ansuran pertama itu mereka tidak lagi membayarnya dan mengakibatkan TIR berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM10.6 juta," katanya. Kerugian itu katanya merujuk kepada pelaburan agensi kerajaan negeri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dalam TIR sebanyak RM15.435 juta dan pinjaman RM3.6 juta serta premium tanah RM10.6 juta yang belum dijelaskan kepada kerajaan negeri. TIR adalah syarikat usaha sama UDA Holdings dan PDC dengan pegangan ekuiti masing-masing 51 peratus dan 49 peratus. Syarikat itu juga diperbadankan pada 18 Ogos 1992 dengan modal berbayar RM31.5 juta, termasuk pelaburan PDC sebanyak RM15.435 juta untuk membangunkan Pulau Jerejak sebagai pusat eko-pelancongan. Menurut Guan Eng, pembangunan tersebut dicadangkan dalam empat fasa, tetapi hanya fasa pertama dilaksanakan membabitkan pembinaan 13 chalet, bangunan yang mempunyai 52 bilik, tapak rekreasi, spa dan jeti yang siap pada Ogos 2003 dan beroperasi sejak Januari 2004. Guan Eng berkata, bagi menarik lebih ramai pengunjung, kerja menaik taraf resort itu dilakukan dan siap pada September 2007 yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM34.84 juta. Bagaimanapun, sejak TIR beroperasi ia belum memperoleh sebarang keuntungan. Jelas Guan Eng, projek yang dilaksanakan Umno BN sebelum ini mengalami defisit RM 30 juta dan kerajaan Pulau Pinang sekarang menuntut supaya wang terbabit dikembalikan. Tambah Guan Eng lagi, sebagai Menteri Kabinet yang menjaga KPI, Koh Tsu Koon harus bertanggungjawab dalam mengarahkan UDA untuk memulangkan semula wang serta Pulau Jerejak kepada rakyat Pulau Pinang Harakahdaily |
Fakta Pimpinan UMNO Dan Polis Bersekongkol Jatuhkan Anwar (Video Inside) Posted: 23 Mar 2011 10:47 AM PDT Sebelum itu.. Polis yang dimaksudkan oleh Saifuddin Nasuttion ini bukanlah semua atau seluruh anggota PDRM.. ada juga polis yang proffesional dalam menjalankan tugas.. SHAH ALAM 23 MAC : Fitnah video lucah untuk 'menutup mulut' Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kesinambungan daripada pertuduhan liwat yang direka cipta untuk mengaibkan Ketua Pembangkang dan keluarganya serta memecah belahkan Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution. Dalam ceramah di Petaling Jaya malam tadi, Saifuddin memperinci konspirasi yang membabitkan polis dan pemimpin Umno untuk membunuh karier politik Anwar menerusi pertuduhan liwat yang direkayasa dan fitnah video lucah yang didalangi oleh Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik yang pernah dituduh merogol gadis bawah umur di Melaka. Berikut beberapa fakta yang disebut oleh Saifuddin Mengenai Kes Liwat Fitnah 11 1.Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum membuat laporan polis DNA Anwar ini bukan benda baru. Saiful pada 27 Jun 2008 jumpa pegawai polis bernama Rodwan biras YB Satim Diman, ADUN Umno di Serdang". "Siapa Rodwan ini? Dalam Peristiwa 98, dialah yang seksa Munawar Anis dan Sukma Dermawan. Pada 27 Jun 2008 dia jumpa Saiful. Ini disahkan Jude Pereira (pegawai penyiasat kes liwat fitnah 11) Bila Karpal tanya, kenapa jumpa Rodwan? Jude kata untuk mendapat nasihat. Mendapat nasihat!!! Rodwan ini terkenal tahun 1998. Dia curi sampel darah Anwar di hospital Kuala Lumpur. Dia polis tapi mencuri" "Sekarang kamu bawa ke Mahkamah, kamu plot beberapa graf. Ini menunjukkan kehadiran lebih dari 3 orang, Betul? Betul. Boleh jadi 10 orang? Betul? Betul. Kalau ada 10 orang DNA pada dubur Saiful, "kenapa kamu cuma berminat dengan lelaki Y?" tanya Karpal Singh kepada Dr.Siah pakar kimia. Jawab Dr.Siah, "Yang arif, polis cuma suruh saya tanda lelaki Y". Karpal Singh tanya, "Ini lelaki X, lelaki M? Itu polis tak suruh tanda, cuma lelaki Y" 2.Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat) "Dia (polis) soal siasat Hasanudin dan isterinya Kak Sham. Polis bila Saiful buat aduan, dia serbu kondominum, ambil semua contoh, gunting karpet sana sini semua. Lepas itu, pergi soal siasat suami isteri ini. Satu soalan saja polis tanya, "Sepanjang Anwar ada dalam bilik bersama tuan rumah ini, ada tak Anwar keluar sekejap dari bilik itu?" suami isteri itu kata "Tak ada, Anwar ada bersama kami". Polis tanya lagi, "cuba ingat balik, diantara pukul 3 petang ke 5 petang, 26 Jun 2008, ada tidak Anwar keluar dari bilik ini?". Suami isteri kata, "Tak ada". Akhirnya, suami isteri itu sebut, bilik itu ada cctv, tengok lah Anwar keluar ke tak. Polis kata cctv itu tolak ke tepi dulu, kami nak tanya kamu dulu. 36 jam suami isteri ini ditanya oleh polis soalan yang sama" "Oleh kerana suami isteri ini tak beri kenyataan seperti yang mereka hendak, maka tak dipanggil menjadi saksi, kerana kalau jadi saksi, ditanya soalan sama, mereka akan kata "Yang Arif, ya Anwar ada bersama kami". sedangkan tuduhan ke atas Anwar ialah 3.01 minit hingga 4.30 petang kamu telah meliwat saiful. masabila dia liwat sedangkan suami isteri dan tamu lain pun ada dengan Anwar." Mengenai Fitnah video seks lucah didalangi anasir dalam Umno: 1. "Kejam dan zalim mereka tak habis lagi, tak puas lagi, dia reka satu lagi. Ketua-ketua pengarang media dibawa ke Carcosa seri negara, hotel mewah ditayang, tapi tak beri tahu nama. Datuk T lah, Datuk itu. suspen. Hari ini Anwar buat laporan polis. dia (datuk T) kata tak mau serah pulak video pada polis, Polis pula boleh buat relaks. Hari ini wartawan tanya pada Nazri Aziz, macamana tayangan video lucah di hotel? Nazri jawab "Kalau niat dia tayang baik tak apa". Boleh macam tu?" 2. "Rekod di tangan kita jelas. Ini membabitkan pemimpin tertinggi Umno, Itu sangat jelas. sangat jelas. "Sampai kawan-kawan yang dipertonton video itu pun sebut, bukan saja kita. Padahal kawan-kawan yang dipertonton itu pun musuh kita dah. Ada seorang pemimpin tinggi surat khabar kumpulan NST yang pergi tengok, dia itu memang terkenal musuh Anwar daripada 12 tahun. Lepas dia tengok (dia kata), "ya betul I musuh Anwar, tapi kalau setakat tengok itu dia kata, perut boroi itu bukan perut Anwar" 3. "Dia nak alih Sarawak. Sarawak orang cakap pasal pilihanraya ni apa pun boleh jadi. Taib Mahmud yang rasuah, timbunan kekayaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tak pernah siasat, Najib tak nak buang Taib. Rakyat marah, Iban, Dayak, Melayu, Melanau, semua tengah marah, sekarang tunggu nak panggkah saja nak buang. Dia reka (isu video lucah) ini supaya kita kelam kabut menyelesaikan isu ini, itu saja tujuan" TVS News |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan