Isnin, 21 Mac 2011

Briged Al-Akhdor LR2

Briged Al-Akhdor LR2


Exclusif dari TG Nik Aziz Nik Mat

Posted: 21 Mar 2011 09:43 AM PDT


UMNO ni macam pendatang haram. Tiada dokumen yang mengesahkan mereka sebagai warganegara. Begitulah contoh yang diumpamakan oleh Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am Pas terhadap Parti UMNO diakhirat kelak yang tidak diakui akibat menolak Islam yang ditetapkan oelh Allah SWT. Islam umpama passport atau Kad Pengenalan sebagai dokumen yang mengesahkan atau melayakkan mereka mendiami kerakyatan sesebuah negara.

Dunia ini ciptaan Allah dan segala makhluk dan keperluan mereka dicipta oleh Allah tetapi apabila Islam sebagai ad-din yang diperintah Allah untuk dilaksanakan telah diabaikan maka ia seumpama pendatang asing dibumi Allah. Begitu juga diakhirat nanti.

Beliau berucap ketika merasmikan perasmian program Pas ganti UMNO (PGU) di Jerteh, Besut sessi kedua selepas PGU kali pertama di Chukai, Kemaman. Program yang menarik kehadiran lebih 25 ribu rakyat Terengganu memenuhi Medan PGU sebagai gambaran gelombang kebangkitan rakyat untuk menumbangkan UMNO-BN dalam pilihanraya akan datang.

PGU-Besut... menggamit beribu anak muda bersama konvoi bermotosikal

Pentas kepimpina sempena program perasmian oleh Murshidul Am Pas

Rakyat menuhi medan sempena program perasmian PGU-2
"PGU adalah wajib" ucap Tok guru Nik Abdul aziz Nik Mat. Ini merupakan tuntutan akibat daripada UMNO yang telah menyisihkan Islam sekian lama. Pengamalan Islam sekian lama sebelum penjajah datang ke tanahair kita ini. Apabila penjajah hadir lalu semua syariat islam sudah dihapuskan dan setelah merdeka agenda ini diteruskan oleh UMNO. Mahu tak mahu UMNO perlu segera digantikan oleh Pas agar mengelakkan rakyat dari disesatkan oleh UMNO-BN. Yang di ibaratkan oleh Nik Aziz :" lebih sesat daripada Ayah Pin lagi"

Beliau juga mendedahkan permulaan penglibatan beliau dalam politik daripada seorang yang terlibat sepenuh masa sebagai guru agama akibat daripada kezaliman UMNO-BN apabila menangkap serta mengISA tok-tok guru diKelantan 1967 , sama dengan kerja komunis. Apabila Tok Guru Hj Daud di Isakan, Tok Guru Hj Omar, Tok Guru Hj Salman,Tok Guru Pak Nik Lah Bachok, Tok Guru Ayan Man Tumpat menyebabkan beliau terjun menentang UMNO sehingga kini.
PGU ini adalah tuntutan dan semoga rakyat dapat menyemarakkan PGU dan akan bertemu lagi di PGU di Kuala Terengganu pada bulan Mei nanti dengan sasaran kehadiran 100K, insyaAllah.
Kehadiran orang ramai ke ceramah 18hb di tapak PGU Besut yang disampaikan
oleh YB Husam Musa, Mat Sabu

di pagi 19hb.. didahului kuliah Ust Azhar al-Edrus
Malamnya ceramah kemuncak Oleh Presiden Pas, Tim PKR Azmin Ali & Tim DAP

Betapa bimbangnya UMNO sehingga terpaksa memgusung Mohd Nor Idris dan Umi Hafilda Ali untuk turut berceramah 500m dari tempat ceramah Pas untuk menganggu program Pas pada malam tersebut. Apa pun tahniah kepada semua petugas dan peserta yang telah berjaya memeriahkan PGU kali ini. Jangan lupa ke PGU 100K di Kuala Terengganu yang dijangka lebih hebat dan lebih meriah.sumber

Tiada ulasan: