. |
Posted: 21 Mar 2011 12:58 AM PDT Video Lucah dan Kelab Anti Demokrasi Malaysia PAGI ini saya baru melancarkan kelab anti politik demokrasi Malaysia di Facebooks. Tujuannya untuk selidik sejauh mana rakan Fb saya bersetuju dengan saya mengenai politik demokrasi negara ini. Pada saya politik kita sudah sampai ke peringkat di luar nilai ketamdunan sebenarnya. Tindak tanduk manusia dalam politik untuk mendapatkan kuasa akan dilakukan dengan apa cara sekalipun. Tidak kira apakah tindak itu bermoral atau tidak, tidak dipedulikan. Asalkan di situ ada keuntungan dan kepuasan. Dan penting dapat imbuhan dan upah. Nampak sangat sesetengah isu dilakukan untuk kepentingan perut. Pendedahan dan pembongkaran dibuat bukan untuk dijadikan iktibar lagi tetapi memburukkan seseorang secara melampau tanpa mendapat kebaikan darinya. Apa dinamakan hikmah sudah pun hilang dari pertimbangan kemanusiaan mereka. Saya rasa politik haiwan lebih baik dari politik orang negara ini. Haiwan walaupun tidak ada peraturan tetapi masih patuh kepada peraturan dan tabiat semula jadi mereka. Haiwan masih menjaga batas-batas susila mereka sebagai haiwan. Ambil saja kambing, seekor kambing jantan tidak akan mengoda kambing betina yang mengandung. Dia akan tinggalkan si betina bila ia sudah mengandung. Demikian juga dengan kucing, kalau sijantan sudah tahu betina mengandung ia akan tinggalkan. Betapa banyak kucing jantan menunggu untuk mengawani seekor kucing betina , mereka tidak akan berebut. Mereka akan buat Q-up lepas satu-satu. Mereka sabar menanti dan tidak menggunakan kekerasan. Berlainan dengan manusia politik, mereka hilang pertimbangan. Kawan akan dikhianati, janji akan dimungkiri. Segala kebusukan orang juga akan didedahkan semahu-mahaunya walaupun mungkin asalnya mereka bersahabat baik atau sama-sama melakukan kebejatan. Jadi saya ingin menyelidik sejauh mana kawan Fb saya bersetuju dan melihat berapa kotornya politik yang diamalkan di negara ini. Dan serentak dengan saya melancarkan kelab berkenaan tersibar satu berita yang tidak enak didengar yang didedahkan hari ini. Seorang manusia yang menamakan diri mereka sebagai datuk T telah panggil wartawan mendedahkan video lucah di Carcosa Seri Negara? Dengan pendedahan ini ia boleh dijadikan satu lagi bahan untuk menilai jenis politik negara ini. Menjadi persoalan saya kenapa ianya didedah di Carcosa Seri Negara, itu rumah kerajaan. Bila ia didedahkan disitu maka nampak siapa yang terlibat. Ia seperti direstui sendiri oleh pihak kerajaan. Sebuah rumah bersejarah seperti itu rasanya tidak layak untuk dijadikan tempat menayangkan video lucah. Tidak tahu siapa watak dalam video berkenaan. Tetapi kini sudah tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Walaupun tidak jelas namun kecederongan untuk menyatakan watak dalam video lucah itu adalah Anwar. Di sini saya tidak menolak kenyataan ke atas video itu kalau ia berlaku. Ia mungkin Anwar mungkin juga Najib atau mungkin juga Muhyiddin? Kita boleh beranggapan demikian selagi ianya tidak didedahkan secara jelas. Hari ini dunia IT sungguh canggih dan mengatasi pemikiran biasa manusia. Boleh jadi watak dalam video itu adalah super impose? Mana tahu? Apakah selepas ini ada satu lagi pendakwaan yang hanya berdasarkan video berkenaan? Dan saksinya orang yang menyediakan video berkenaan? Di Malaysia segala-galanya boleh jadi. Apa yang saya nampak video berkenaan adalah untuk dijadikan umpan pada pilihan raya Sarawak. Ia akan disebarkan seluasnya di sana. Mungkin pada masa ini cd video berkenaan sudah pun diproses jutaan keping untuk dihantar ke Sarawak. Maka selepas ini akan terbeliaklah orang Sarawak menyaksinya nanti. Rakan Fb saya yang belum menyatakan sokongan mungkin boleh mengambil kes video ini sebagai bahan baru untuk dijadikan iktibar serta membenarkan apa yang kita lakukan, tolak keserabutan dan kebejatan politik. [ttdi. 4:20 pm 21/03/11] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan