Blog-list Malaysia |
- Bung gelar wakil Pakatan ‘syaitan besar’
- Saya Bersih Sebab Tidak Pernah Didakwa
- Siapa Nak Bunuh Shuib Lazim??
- Gempar - Wan Azizah Dijangkiti HIV
- ‘Orang politik ini memang kuat bohong’
- Anwar Dihalang Lagi Di Sarawak
- RM50 Juta Setahun Untuk Kos Selenggara Kapal Selam Malaysia
- Mufti Perlu Nyatakan Pendirian Tentang Anugerah Tuhan Ini
Bung gelar wakil Pakatan ‘syaitan besar’ Posted: 31 Mar 2011 12:49 AM PDT Belum reda kontroversi mengenai kenyataan bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalan raya, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi menimbulkan kekecohan dalam Dewan Rakyat hari ini. Kekecohan timbul apabila Bung menggelarkan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai 'syaitan' sewaktu sesi soal jawab lisan pagi tadi. Gelaran itu pada awalnya ditujukan kepada M Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur) yang bangun 'mengganggu' ketika beliau mengemukakan soalan tambahan mengenai kursus peningkatan kemahiran rakyat khusunya kepada golongan wanita kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Beliau bertanya sama ada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah. Ketika itu, Kulasegaran bangun dan bertanya adakah perlu diadakan kursus memandu kepada golongan wanita. Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat. "Mereka manipulasi kenyataan saya untuk tarik undi golongan wanita supaya sokong Pakatan Rakyat. "Sudahlah, jangan tipu rakyat. Mereka faham apa yang saya cakap," katanya dengan suara yang agak tinggi. Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu. Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'. "Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya. Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan. "Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya. Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'. "Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya. Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya. "Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya. Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya. Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan. Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat. "Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya. Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu. "Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya. Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu. |
Saya Bersih Sebab Tidak Pernah Didakwa Posted: 31 Mar 2011 12:38 AM PDT PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Chik mempertahankan dirinya bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara. Beliau menyerang musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang lain dan blogger yang membuat serangan peribadi terhadapnya. Bekas ketua menteri Melaka itu memberi amaran keras kepada Anwar, pemimpin pembangkang dan Umno serta blogger akan mengambil tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan peribadinya. Beliau berkata, peguamnya sedang meneliti setiap ucapan pemimpin politik dan tulisan blogger berkenaan. "Anwar yang didakwa di mahkamah dianggap sebagai hero manakala saya dianggap sebagai penjenayah. "Mereka telah membuat serangan peribadi terhadap diri saya walaupun saya tidak melakukan apa-apa kesalahan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur petang semalam. Anwar kini sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan melakukan liwat. Abdul Rahim mengaku beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang dlebih dikenali dengan Datuk T mengatur menayangkan video seks yang didakwa dilakukan Anwar kepada wartawan dan ahli politik pembangkang. Kes itu kini sedang disiasat oleh polis setelah Anwar membuat laporan polis. Ketiga-tiga mereka telah diambil keterangan oleh polis berhubung pembabitan mereka dalam video seks tersebut. Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain telah mengadakan ceramah menghentam Abdul Rahim ekoran penerbitan video seks tersebut. Ketua umum PKR mendakwa, Abdul Rahim berdendam kepadanya kerana terpaksa meletakkan jawatan ketua menteri Melaka pada 1994 kerana didakwa dalam salah laku seks. Abdul Rahim berkata, tidak boleh membuat dakwaan terhadap dirinya semata-mata berdasarkan khabar angin. "Tetapi mereka membuat tuduhan itu semata-mata berdasarkan khabar angin untuk mengaibkan saya. "Untuk membuat dakwaan, kamu mesti mempunyai bukti, bukan berdasarkan khabar angin. "Orang yang tidak ada maruah sahaja yang buat macam ini. Saya telah menjadi mangsa" katanya.- Free Malaysia Today |
Posted: 30 Mar 2011 08:52 PM PDT Shuib akui terima ancaman bunuh Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. "Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi. Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul (kanan) mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu. "Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu. Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul. "Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju," katanya. Lindung boss Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin "melindungi bossnya". Rakaman video 22 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'. Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib (kiri). Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela. Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh. Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah. "Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati," katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis. Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu. Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi. "I nak sembunyi dah. I dah nak lari," katanya sambil bergelak. - mkini |
Gempar - Wan Azizah Dijangkiti HIV Posted: 30 Mar 2011 06:42 PM PDT Tohmahan baru, Wan Azizah dijangkiti HIV! Menyedari kisah liwat Anwar Ibrahim sudah menemui jalan buntu, kini blogger gerombolan songkok tinggi sudah mula berubah angin untuk menyerang Anwar Ibrahim dengan skandal seks baru. Mereka mahu rakyat percaya pula bahawa Anwar Ibrahim suka melanggan pelacur di luar negara. Isu liwat dengan skrip yang serba tak kena, seperti membicarakan perempuan yang masih dara tetapi mengaku dirogol, juga kebarangkalian DNA dimanipulasikan rujuk link ini [Manipulasi DNA]. Kini mereka menuduh pula isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah mungkin dijangkiti HIV, kerana Anwar kerap melanggan pelacur di luar negara. Sengaja ReJaM tidak memberikan link blogger tersebut kerana tidak mahu mempromosikan blognya. Namun dibawah ini diberikan screenshot yang dipetik dari blognya. Kita bukan buta untuk memuja Anwar Ibrahim membabi buta, kita tidak bodoh untuk mempertahankan Anwar Ibrahim tak tentu pasal. Sekiranya Anwar Ibrahim melalui perbicaraan yang adil dan didapati bersalah, kita akan paksa beliau meletak jawatan, sekaligus menolak pemimpin yang rendah moralnya. Namun persoalannya di sini, tiada bukti yang benar-benar kukuh untuk menghukum beliau sebagai bersalah. Sebaliknya fakta-fakta yang pincang dan serangan persepsi serta fitnah yang melampau-lampau yang disuapkan kepada rakyat setiap hari. Sebelum ini kita disuap dengan isu liwat Anwar, mereka bersungguh-sungguh mahu kita percaya Anwar seorang penagih dubur, pantang lihat lelaki jambu. Kini kita disuruh mengubah persepsi bahawa Anwar kaki pelacur pula. Selepas ini jika serangan terbaru ini tidak berhasil, mungkin kita akan disajikan dengan skandal seks baru Anwar dengan mayat, binatang, dan tumbuh-tumbuhan pula. Lihatlah dengan ceritera dongeng Wan Azizah mungkin dijangkiti HIV pula, tapi masih hidup melebihi jangka masa 12 tahun (Anggaran umur paling lama pesakit AIDS). Kalau sebelum ini mereka menggesa Anwar menyerahkan DNA, selepas ini mereka mungkin akan menyuruh Anwar dan isteri menjalani ujian HIV pula, dan memaksa Anwar melayan permintaan bangang tersebut untuk membuktikan kebenaran. ReJaM© "Tolak fitnah jahat, tolak cerita lucah, berhenti perbodohkan rakyat!" Sumber - Milo Suam |
‘Orang politik ini memang kuat bohong’ Posted: 30 Mar 2011 05:25 PM PDT KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, salah seorang "Datuk T" meneruskan serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat itu sebagai "pembohong" kerana masih menafikan dakwaan rakaman video seks yang didedahkan minggu lalu. Bercakap pada satu majlis tertutup anjuran Pertubuhan Alumni Kelab-kelab Umno Luar Negara di sini malam tadi, bekas ketua menteri Melaka itu berkata, walaupun sudah ada bukti namun Anwar tetap menafikan pendedahan tersebut. "Sudah ada bukti tapi masih kata mirip saya, orang politik ini memang kuat berbohong. "Sudah jelas dia (Anwar) masih kata mirip saya dan bukan saya," kata beliau. Bagaimanapun ketika ditemui selepas itu, Abdul Rahim enggan memberikan sebarang komen berhubung rakaman video seks itu dengan alasan ia sudah menjadi kes polis. Selain Abdul Rahim, kumpulan Datuk T juga terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Trio tersebut telah menggemparkan negara awal minggu lalu apabila bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada media di Carcosa Seri Negara. Rakaman video seks itu didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Anwar dengan pelacur dari China. "Ia sudah sampai kepada polis, biar polis yang siasat. "Kita biarkan polis jalankan tugas, saya tidak mahu komen," kata bekas ketua Pemuda Umno ini, salah seorang pemimpin Umno "Team Wawasan" pada pemilihan parti itu tahun 1993. Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Polis juga telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut. Ketika ditanya mengenai dakwaan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain yang mengatakan beliau kemungkinan tidak akan didakwa dalam kes pendedahan rakaman video seks itu, Abdul Rahim berkata, ia terserah kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menentukannya. "Saya tidak tahu, itu adalah kuasa AG (peguam negara)," katanya. Dalam surat terbuka kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dua hari lalu, Mat Zain berkata, beliau tidak melihat Abdul Rahim akan didakwa memandangkan keputusan itu akan membabitkan Peguam Negara. Pandangan itu dibuat berdasarkan pada perkembangan tiadanya tindakan Peguam Negara ke atas Abdul Rahim berhubung kes rasuah pada 1999. "Siasatan ini akan dikendalikan oleh Abdul Gani kemudian selaku Peguam Negara. DI peringkat itu dijangkakan akan ada manipulasi, penyelewengan dan pemalsuan," kata beliau. Minggu lalu, Abdul Rahim mendedahkan bahawa beliau bersama Shazryl dan Shuib bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan. Anwar membuat laporan di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung video itu, yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media. |
Anwar Dihalang Lagi Di Sarawak Posted: 30 Mar 2011 08:33 AM PDT KUCHING: Rejim Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan apabila menggunakan polis bagi menghalang program Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching. Tindakan itu jelas menunjukkan BN di negeri itu semakin terdesak dengan sambutan luar biasa rakyat Sarawak terhadap program yang dianjurkan KEADILAN dan Pakatan rakyat, menjelang Pilihan Raya Negeri 16 April ini. Terbaru, Anwar yang sepatutnya melancarkan bilik gerakan di Kampung Sinjan Jaya dalam Dewan Undangan Negeri Semariang, dihalang berucap secara terbuka di halaman bilik gerakan tersebut oleh pihak polis. Lebih teruk, pembesar suara turut dipadamkan dan Anwar terpaksa berucap tanpa menggunakan pembesar suara. Seorang pegawai polis yang hanya memperkenalkan diri sebagai Mun, dipercayai dari Balai Polis Daerah Kuching tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan secara terbuka, meskipun rundingan dilakukan Terdahulu sebelum itu, di bilik gerakan Kampung Petingan dalam N8 Dun Satok, Anwar hanya dibenar berucap selama 15 minit. Meskipun diganggu polis, ia tidak mengahalang kira-kira 1000 penduduk setempat untuk hadir mendengar penjelasan dan amanat Anwar mengenai pelbagai isu politik yang melanda tanahair. Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata, polis dipaksa melakukan tindakan tersebut disebabkan arahan pimpinan BN di Sarawak yang disifatkan semakin angkuh. "Saya tahu, sudah tentu ia arahan daripada pihak atasan. Polis hanya menjalankan tugas. "Begini lah akibatnya jika negara ini ditabir oleh orang yang sombong. Justeru itu, rakyat Sarawak perlu bertekad untuk melakukan perubahan," kata Anwar sambil disambut tepukan daripada mereka yang hadir. Turut menyertai program berkenaan Adun Padungan, Dominic Ng dan Ketua Angkatan Muda Sarawak, Ahmad Nazib Johari. Keadilandaily |
RM50 Juta Setahun Untuk Kos Selenggara Kapal Selam Malaysia Posted: 30 Mar 2011 05:47 AM PDT Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua-dua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti. Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, telah dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd. Abdul Latiff berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun. "Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa. "Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai," katanya Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. - -Bernama |
Mufti Perlu Nyatakan Pendirian Tentang Anugerah Tuhan Ini Posted: 30 Mar 2011 02:39 AM PDT Mufti wajar nyata pendirian, kata Dr Asri Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu "politik selak kain" susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat. "Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat. "Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Hujung minggu lalu, Dr Mohd Asri mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Menulis dalam blognya hujung minggu lalu, beliau berkata, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Mengulas lanjut mengenai tulisannya itu, pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, beliau mendapat reaksi banyak pihak termasuk cadangan supaya beliau "mengepalai" perhimpunan anti-politik lucah itu. Bagaimanapun, beliau menolak cadangan tersebut kerana berpendapat bahawa "ada tokoh besar lain" yang boleh mengetuai perhimpunan tersebut. "Ada tokoh utama dalam masyarakat, tetapi bukan saya," katanya. Dalam reaksinya kepada pihak itu, Dr Mohd Asri berkata, semua pihak perlu memainkan peranan membantah politik lucah itu dan tidak terhad kepada kumpulan atau parti politik tertentu, tetapi seluruh rakyat. Malah, katanya, bukan Islam pun boleh sertai bersama, kerana semua membenci perbuatan seperti itu. |
You are subscribed to email updates from Blog-list Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan