Selasa, 29 Mac 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Thailand Kena Kencing.. Beli Kapal Selam Murah.. HaHaHa

Posted: 28 Mar 2011 11:50 PM PDT

Kapal selam: Thailand beli enam RM770 juta, Malaysia beli dua RM6.7 bilion

Mana satu mahal, Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV), kapal selam Scorpene atau kapal selam Kelas U-206.

Tentera Laut Diraja Thai bakal diperkuatkan dengan kapal selam kelas U-206. Bangkok Post telah menyebut Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva telah meluluskan rancangan Tentera Laut Diraja Thai untuk membeli enam kapal selam terpakai dari Jerman bernilai RM770 juta (7.7 bilion baht).

Kapal selam Kelas U-206 itu adalah untuk kegunaan misi di Laut Andaman dan Teluk Thailand bakal menjadi armada kapal selam pertama Thailand dan dipimpin Laksamana Muda Suriya Pornsuriya.

Rancangan pembelian kapal selam sebelum itu telah dikritik kerana teluk Thailand terlalu cetek untuk penggunaan kapal selam berkenaan.


Kapal selam Kelas U-206 itu pertama kali dikeluarkan pada 1970-an dan antara kapal selam terkecil di dunia dan dikatakan berkesan di kawasan sedalam 20 meter. Dengan anak kapal seramai 22 orang, kapal selam itu boleh dilengkapi dengan lapan peluru berpandu dan 24 periuk api.

Perkembangan berasingan di Malaysia, kerajaan dikatakan telah meluluskan peruntukan RM6 bilion membina enam buah Kapal Peronda Generasi Kedua (SGPV) yang akan digunakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Sebelum itu, di Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi memaklumkan kepada soalan bertulis hli parlimen Batu, Tian Chua, jumlah yang dibayar kerajaan untuk membeli 2 buah kapal selam Scorpene buatan Perancis adalah 1.34 billion euro (RM6.7 bilion).

Dua buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia cecah RM6.7 bilion berbanding 6 buah kapal Thailand yang dibeli hanya dengan RM770 juta sahaja. Canggih sangat ke kapal selam Malaysia yang juga didakwa juga terpakai berbanding yang dibeli Thailand.

Dahsyat..kalau ikut harga, peralatan ketenteraan Malaysia boleh dikatakan lebih canggih sebab ianya lebih mahal. Bukan sikit, tetapi berganda-ganda.

WarkahDaily

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Pemimpin Agama Tidak Harus Jadi 'Syaitan Bisu', Kata Hadi

Posted: 28 Mar 2011 11:41 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama tertentu sebagai "syaitan bisu" kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati malam tadi, Hadi, menegur pemimpin agama yang enggan tampil menyatakan pendirian terhadap fitnah video seks awal minggu lalu.

Setakat ini hanya bekas Mufti Dr Mohd Asri Zainu Abidin menyatakan rasa keji beliau atas taktik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan musuh politik dan menggesa rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk menolak perbuatan seumpama itu.


Namun Mufti-mufti yang lain khusus Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh pembangkang berdiam diri atas serangan peribadi terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

"Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu. Siapa yang diarahkan untuk berkata benar tapi tidak melakukannya adalah syaitan bisu," kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, menyifatkan penayangan video lucah itu sebagai perkembangan politik yang menjijikan.

Abdul Hadi menegaskan pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu adalah i "permainan politik" kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan politik yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam yang sepatutnya umat Islam menjadi contoh kepada umat lain bahkan bercanggah dengan amalan-amalan demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat sejagat," katanya.

Abdul Hadi meminta Umno supaya bertaubat dan berhenti menggunakan taktik keji untuk kelangsungan politiknya.

"Jangan kita anggap kezaliman itu adalah kekuatan kepada sesuatu kerajaan. Kezaliman menandakan kerajaan sudah nyanyuk, mengalami kelemahan dan meraba-raba serta membuat apa sahaja untuk mengekalkan pemerintahan," katanya.

Beliau mengingatkan Barisan Nasional bahawa bahawa setiap fitnah dan penyelewengan yang berlaku merupakan tanda-tanda perubahan bakal disaksikan.

"Percayalah wahai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kamu tidak boleh kekal selama-lamanya dan percayalah kita semua bahawa fitnah-fitnah, kezaliman yang disebar, penyelewengan yang berlaku adalah tanda-tanda awal perubahan akan berlaku," ujar beliau sambil disambut dengan laungan Takbir. - tvs

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Perkasa: Ketua Wiranita berundur, ketua Wira ikut langkah?

Posted: 28 Mar 2011 10:27 PM PDT

Ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali, disebut-sebut akan melepaskan jawatan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Jika ia disahkan, Perkasa dilihat berhadapan dengan satu lagi keputusan mengejutkan selepas keputusan Ketua Wiranita Raihan Sulaiman Palestine memutuskan untuk meletakkan jawatan beliau bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan Raihan itu belum diterima oleh Ibrahim sehingga kini.

The Malaysian Insider difahamkan Arman Azha, yang seringkali berada di barisan depan dalam perhimpunan dan perarakan berkaitan usaha membela orang Melayu, memutuskan demikian ekoran perkembangan dalaman Perkasa.

Arman Azha ketika dihubungi The Malaysian insider enggan menafikan ataupun mengiayakan dakwaan tersebut.


Sebaliknya kata beliau, tunggu sehingga penjelasan petang ini.

"Esok pukul 4 petang (ada) sidang media," kata beliau ringkas kepada The Malaysian Insider menerusi satu e-mel semalam.

The Malaysian Insider tidak dapat mengesahkan sama ada ia petanda wujudnya pergolakan dalam Perkasa, diterajui Ibrahim yang juga Ahli Parimen Bebas Pasir Mas.

Selain Ibrahim, Arman Azha merupakan salah seorang pemimpin Perkasa yang begitu lantang bersuara terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Perkasa atau Pertubuhan Pribumi Perkasa adalah sebuah pertubuhan ditubuhkan tiga tahun lalu bagi menyediakan landasan bagi kaum pribumi untuk menegakkan hak-hak mereka tanpa mengira fahaman politik.

Perkasa juga akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu-isu semasa yang membabitkan kaum pribumi termasuk soal kontrak sosial dan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Beberapa pemimpin Perkasa yang dihubungi menafikan adanya masalah atau perselisihan dalam pertubuhan bukan kerajaan itu membabitkan Arman Azha.

"Tiada apa-apa masalah. Kami tidak dengar apa-apa, lagipun Arman Azha tidak kata apa-apa setakat ini," kata seorang pemimpin kanan sambil merujuk kepada kehadiran Ketua Wira Perkasa itu pada konvensyen ekonomi Bumiputera anjuran pihaknya di PWTC kelmarin.

Dalam pada itu, Raihan ketika dihubungi lewat semalam mengesahkan beliau telah memutuskan untuk berundur daripada jawatan tersebut.

"Saya sudah meletakkan jawatan tetapi Presiden belum terima keputusan saya lagi," kata beliau sambil menolak keputusan itu ada kaitan dengan andaian bahawa wujud masalah dalam pertubuhan tersebut.

"Tidak, tidak. Keputusan saya ini kerana sebab peribadi saya, saya tidak dapat memberi tumpuan penuh . . . Perkasa bergerak dengan baik, tiada masalah," katanya yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu.

"Walaupun saya letak jawatan, saya masih ahli Perkasa," kata Raihan lagi.

Kedudukan sayap-sayap Perkasa adalah jawatan lantikan. - MI

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Solat Hajat & Pidato Khas

Posted: 28 Mar 2011 09:41 PM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Taktik Keji Umno Hanya Mengundang Benci Rakyat

Posted: 28 Mar 2011 09:18 PM PDT

SHAH ALAM 29 MAC: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya sebagai langkah terakhir Umno menghalang kemaraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Berucap kepada lebih 20,000 orang di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi, Anwar berkata taktik licik dan keji UMNO hanya akan menambahkan kebencian rakyat terhadap parti itu.

"Isu dia apa?Isunya adalah kesediaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan. Justeru ini adalah langkah terakhir Barisan Nasional menggunakan apa juga cara yang mungkin...tipu helah, jijik untuk menghalang kemaraan rakyat Malaysia."katanya.


Sebelum itu Anwar bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan masyarakat Islam di sekitar Lembah Kelang menunaikan solat hajat susulan pusingan terbaru Umno melemparkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu dalam bentuk video lucah.

Antara dalang video itu adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay yang dikatakan menemui Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Selasa lalu setelah identiti mereka dibongkarkan oleh PKR.

Selain membuat laporan polis, Pejabat Anwar mengemukakan bukti catitan Twitter dan Facebook Anwar sebagai bukti beliau berada di rumah ketika video lucah itu dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Polis setakat ini hanya mengambil keterangan daripada Rahim, Shazryl serta Bendahari Perkasa Shuib Lazim walaupun ketiga-tiga mereka mengaku mendalangi penayangan video itu kepada media di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu.

Perbuatan itu adalah jenayah yang membawa hukuman penjara tiga tahun.

Anwar merujuk kepada Rahim sebagai 'tokoh akhlak baru' Umno, meskipun terpalit dengan tuduhan merogol seorang gadis sekolah sehingga terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.

Anwar juga membuat perbandingan tindakan polis menangani video lucah membabitkan Presiden MCA Chua Soi Lek dan fitnah video yang dibawa oleh Rahim untuk menjatuhkannya kali ini. .

"Dalam kes Chua Soi Lek siapa yang edar video itu ditangkap. Tapi dalam kes ini, siapa yang edar diraikan. Kebetulan orang yang diraikan Rahim Thamby Chik. Ini tokoh akhlak baru yang didokong oleh UMNO-BN sebagai pejuang moral baru." katanya.

Anwar turut meminta penyokong Pakatan Rakyat tidak terpesong daripada perjuangan gagasan itu untuk menerangkan 'Buku Jingga' kepada rakyat dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Buku Jingga menggariskan program-program Pakatan Rakyat untuk memastikan penyelwengan kuasa dan rasuah dibendung, kronisme dihapuskan, subisidi untuk rakyat ditambah dan undang-undang zalim dimansuhkan sekiranya gagasan itu diberi mandat menawan Putrajaya. - tvs

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Siapa Blogger Umno Peminum Arak Ini??

Posted: 28 Mar 2011 08:27 PM PDT






Sila refer entry saya yang pertama di sini , yang bertajuk "Mahukah Anda Percaya Kata-Kata Blogger Yang Minum Arak?? "

Apatah lagi kalau blogger tersebut kerap kali menyebut kalimah ALLAH HUAKHBAR!! dalam blognya, rupanya di kala senja menogak arak! Sila refer ke blog MiloSuam di sini untuk melihat gambar keratan pertama.

Seorang blogger pro-UMNO yang selalu mempersoalkan akhlak pimpinan kita termasuklah pimpinan utama dari PAS yang kita sedia maklum akan bertaqwanya pemimpin kita. Tetapi di sebalik mereka menghina, Allah telah memberi laluan untuk satu pendedahan yang tersangat jijik lagi hina untuk blogger tersebut.

Ada lagi dua keping keratan gambar yang akan dipaparkan menjadikan ianya lengkap menunjukkan seorang blogger umno harapan bangsa, telah didapati menjadi teman arak. Ini bukti bukan fitnah sepertimana yang sering mereka lakukan iaitu hanya menabur fitnah tanpa buktinya. Mereka menabur fitnah disamping perut yang bergelumang dosa !

Sekiranya puzzle ini telah penuh dan telah diketahui siapakah blogger umno tersebut, mohonlah supaya dirinya insaf selagi diberi peluang untuk masih bernafas. Sudah-sudahlah membuat fitnah jahat, seraya di dunia ini Allah membalas!!

Jadi ingin saya bertanya kepada para pembaca budiman, mahukah anda mempercayai kata-kata seorang peminum arak yang berugama Islam?

Terima kasih kepada Poji Topeng Perak Unmask (TPU) yang memperolehi sumber menyekat kejahatan blogger UMNO ini.

Sumber - milosuam & edyesdotcom

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Ini Puncanya Umno Mahu Sangat Penjarakan Anwar

Posted: 28 Mar 2011 05:00 PM PDT

Seminggu dimalukan, Anwar didendang bagai wira

Cukup seminggu isu video seks dikaitkan dengan dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin malam didendang bagai wira dalam ceramah dan solat hajat Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

Malah, dalam majlis di Stadium Melawati, Shah Alam itu, pihak di belakang penyiaran video kontroversi itu, terutama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik pula menjadi sasaran serangan balas Pakatan.

Dalam masa yang sama, anggota parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul pula diangkat sebagai "hero" kerana versinya yang mempertahankan bahawa Anwar bukan "pelakon" dalam video 22 minit yang ditayangkan di sebuah hotel mewah di ibu negara minggu lalu.


Selain Anwar sendiri, hampir semua pemimpin kanan Pakatan hadir, termasuklah Murysidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan exconya.

Bagi Anwar sendiri, beliau menyifatkan dakwaan terhadapnya itu sebagai langkah terakhir parti lawan bagi menghalang kemaraan Pakatan bagi menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, ketua pembangkang meminta penyokongnya tidak mempedulikan isu itu sebaliknya memfokuskan kepada perjuangan mereka melalui 'Buku Jingga' dengan mengutamakan isu tata kelola pentadbiran negara supaya berjalan betul.

Berbaju Melayu, bersongkok

Beliau juga berkata, tiga parti dalam Pakatan - PKR, DAP dan PAS - sudah selesai dalam pembahagian kerusi dan sehubungan usaha menumbangkan BN dan menamatkan pentadbiran 30 tahun Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hendaklah digiatkan.

"Taib Mahmud ini sudah sama lama (bekas presiden Mesir) Hosni Mubarak," katanya disambut gelak ketawa ribuan penyokong yang hampir memenuhi stadium itu.

Pilihan raya negeri itu akan diadakan pada 16 Mac depan, yang menjadi penentuan kepada usaha Pakatan merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Mengulas itu video seks yang dikaitkan dengan dirinya, Anwar mempersoalkan kewibawaan Rahim dan membandingkannya dengan isu yang sama melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini.

"Dalam kes Soi Lek, siapa edar ditangkap. Dalam kes ini, siapa edar dirai. Kebetulan namanya (orang itu) Rahim Thamby Chik," sindir Anwar yang berbaju Melayu dan bersongkok dalam ceramah itu.

Sambil mengaitkan Rahim dengan dakwaan rasuah yang membelenggu bekas pemimpin kanan Umno itu sebelum ini, Anwar juga mendakwa isu video itu ditimbulkan kerana pendakwaan terhadapnya di mahkamah dalam kes liwat membabitkan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "lemah".

Nik Aziz hanya berdoa, bertakbir

Manakala Lim pula dalam ceramahnya sebelum itu mempersoalkan kenapa Datuk T sebagai pihak di belakang penyiaran video itu kepada pihak media dan beberapa ahli politik tidak ditangkap sehingga sekarang.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timur mencadangkan diadakan persidangan meja bulat melibatkan keanggotaan daripada pelbagai parti, termasuk BN, NGO dan tokoh semua agama.

"Bagaimanapun, langkah pertama hendaklah tangkap Datuk T dan bawa ke muka pengadilan terlebih dahulu," kata pemimpin popular DAP itu lagi.

Manakala Abdul Hadi pula mengulas dakwaan terhadap Anwar itu daripada aspek agama yang mana dakwaan terhadap Anwar itu didakwanya tidak dibuat mengikut kaedah hukum Islam.

"Ini ditayangkan di hotel, bukan mahkamah... Sepatutnya siasat jenis kameranya, filem yang digunakan, siapa pelakonnya, siapa penerbitnya," katanya yang juga anggota parlimen Marang.

Bagaimanapun, acara puncak yang dinantikan, iaitu ceramah Nik Abdul Aziz mungkin mengecewakan ramai penyokongnnya apabila beliau hanya naik ke pentas bagi membacakan doa dan bertakbir tiga kali.

Pemimpin veteran PAS itu tidak langsung berceramah, dipercayai kepenatan setelah menghadiri program lain sebelum itu./Malaysiakini

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video Seks - Chegu Bard Dedahkan Penglibatan Peringkat Tertinggi

Posted: 28 Mar 2011 06:17 AM PDT

JPJ Tak Dapat Kesan Kereta WQU 1925 Yang Bawa Chegubard Ke Hotel Shangri-La

Kereta misteri yang membawa Badrul Hisham Shaharin (chegubard) dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Hotel Shangri-La bagi menyaksikan video seks di satu bilik pada 21 Mac is "benar-benar pelik dan tidak dapat dikesani".

Semakan chegubard menunjukkan kereta berkenaan mungkin digunakan oleh "seseorang yang melakukan kerja-kerja risikan pihak polis".

Semakannya juga mendapati, kereta Volvo Sedan yang berwarna emas tidak dapat dikesan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

"Nombor pendaftarannya ialah WQU 1925 tidak wujud di dalam pengkalan data JPJ," kata beliau apabil dihubungi hari ini.


Chegubard sedang menjelaskan tentang "pembongkaran" terhadap video seks semasa ceramah di hujan lebat bertemakan "Siapa Dalang Fitnah" di asjid Bandar Perda pada hari Sabtu lalu.

Chegubard, yang dijemput menonton video seks berkenaan telah membuat semakan kereta misteri itu pada hari Jumaat.

Beliau dan rakannya telah dibawa ke hotel di Kuala Lumpur pada petang hari Isnin dengan menaiki kereta yang di dalamnya ada dua orang lelaki berpakaian kemas.

Chegubard, berpeluang menyaksikan klip video itu sebanyak dua kali dari jam 8 malam.

Beliau ditunjukkan video berkenaan oleh bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Risda, Abdul Rahim Tamby Chik, seorang ahli pernigaan, Shazryl Eskay Abdullah dan seorang yang tidak dikenali yang hanya dipanggil "Tengku".

Konspirasi Darjah Tertinggi

Chegubard menyatakan beliau yakin video seks itu adalah hasildari satu konspirasi darjah tertinggi yang melibatkan ahli politik tempatan.

Beliau percaya pihak terbabik dengan video seks itu tidak serius sangat di dalam tuntutannya agar Anwar dan isterinya, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk meletak jawatan dengan pendedahan video berkenaan.

"Saya rasa mereka tidak seirus untuk memaksa Anwar dan Kak Wan berundur dari politik. Jika tidak, mereka tentunya dah bagi tape berkenaan kepada saya.

"Objektif mereka ialah untuk mengaibkan, memalukan Kak Wan dan keluarga, dan memfitnah PKR," kata chegubard.

Beliau juga yakin beliau di pilih untuk menonton video berkenaan kerana para konspirator itu memikirkan "saya akan mengkhianati PKR berdasarkan perbezaan pandangan saya dengn pimpinan PKR waktu ini."

Beliau berkata mereka cuba untuk memperalatkan beliau kerana beliau sentiasa lantang mengutarakan pandangan dan mengkritik segala salahlaku di dalam parti.

"Saya orang pertama untuk meminta Anwar berundur dari politik jika benar Anwar di dalam video berkenaan. Saya yakin orang yang saya lihat di dalam video sek hitam putih itu bukan Anwar," tambahnya.

Beliau sedar beliau mungkin sudah melanggar undang-undang kerana menonton "blue film", namun chegubard menyatakan beliau sentiasa bersedia untuk membantu pihak polis di dalam siasatan mereka terhdap kes ini.

"Namun sehingga hari ini, polis belum lagi memanggilnya," katanya.

Sumber - Greenboc

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Mengapa Baru Sekarang Nak Tawar RM5 Juta

Posted: 28 Mar 2011 06:12 AM PDT

KOTA BHARU, 28 Mac: "Pada masa itu tidak ada orang hendak tawar RM5 juta untuk beli tapak Arked MPKB... kalau ada marilah.

"Namun mengapa baru sekarang pula ditimbulkan," kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Nazran Mohamad.

Akhbar hari ini melaporkan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh mendakwa seorang ahli perniagaan, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad memberitahunya melalui telefon mahu membeli tapak Arked MPKB dengan harga RM5 juta.

"Beliau memberi komitmen untuk membuat tawaran itu dengan harga RM5 juta," kata Fatmi pada persidangan media bersama Pengerusi Persatuan Peniaga Arked MPKB, Salim Ahmad.


Pada pilihan raya umum 2004, Sheikh Ruzi merupakan calon BN di Dun Bunut Payong. Keluarganya difahamkan tinggal di Kampung Bunut Payong.

Selepas tewas pada pilihan raya tersebut beliau tidak muncul lagi dalam politik Umno di Kota Bharu. Calon BN di Dun berkenaan digantikan Rosmadi Ismail pada pilihan raya umum 2008.

Namun tiba-tiba beliau muncul kembali kononnya mahu menawarkan RM5 juta bagi membeli tapak bazar Arked MPKB.

Nazran berkata, MPKB BRI menjual tapak bangunan tersebut kepada sebuah syarikat dengan bayaran pendahuluan hampir RM4 juta. Selain itu MPKB BRI juga memiliki kepentingan 30 peratus dalam projek yang dimajukan.

"MPKB BRI juga mendapat keuntungan lain setelah dibangunkan hotel, ruang perniagaan dan aparment.

"Selain itu kita akan boleh bayaran cukai pintu, orang ramai boleh bekerja, dari istilah ekonomi dipanggil sebagai local economic develepment," katanya.

Ditanya mengapa tapak bangunan dijual kata beliau bangunan tersebut sudah diakui tidak selamat untuk digunakan.

Menurutnya selepas mendapat laporan tersebut MPKB BRI terpaksa mengambil tindakan membuka tawaran kepada mana-mana syarikat yang berminat.

Beliau juga berkata, peniaga di tingkat atas Arked MPKB diberi lot perniagaan baru di Bazar Tok Guru dan peniaga makanan di tingkat bawah pasar lama diberi pilihan berniaga di Bazar Tengku Anis atau berhampiran Tesco.

"Mereka sudah terima untuk berniaga di situ cuma belum lagi pergi. Kerajaan sebenarnya lebih menjaga kebajikan rakyat, di mana dibina dahulu premis perniagaan sebelum peniaga diarah berpindah.

"Hendak cari kerajaan mana yang beri kebajikan begitu rupa. Begitu juga kerajaan minta MPKB BRI beli satu tingkat di Bazar Tengku Anis bagi membolehkan peniaga menjalankan perniagaan," ujarnya.

Ditanya dakwaan Persatuan peniaga Arked MPKB lot di Bazar Tok Guru sempit katanya, persatuan mahu semua peniaga mendapat tempat di tingkat bawah.

"Pada masa itu (mesyuarat) wakil mereka setuju biar pun kecil setiap lot asalnya peniaga dapat berniaga di tingkat bawah.

"Sekarang timbul macam-macam kerenah. Kita di Kelantan lebih bernasib baik kerana kerajaan mengamalkan dasar Islam yang lebih bertimbang rasa," katanya.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Mat Zain Ibrahim Dedah Hubungan Tiga Tan Sri

Posted: 28 Mar 2011 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pegawai penyiasat polis dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mat Zain Ibrahim mendedahkan laporan salahguna kuasa yang dilakukan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang cuba ditutupi dua Tan Sri, Ghani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan.

Menurut beliau, di antara 9 Julai hingga 20 Ogos 1999, Anwar telah membuat empat laporan polis mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin politik dalam kerajaan. Laporan-laporan itu turut menamakan Tun Mahathir, peguam negara Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Ghani Patail yang ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa raya.

Mat Zain berkata, pertembungan antara Rahim dan Anwar dilihat jelas dalam laporan bertarikh 20 Ogos 1999 yang mendakwa ketiga individu itu menyalahguna kuasa, melindungi perbuatan rasuah, menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap rasuah membabitkan Rahim.


"Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA," ujar beliau dalam satu surat yang dialamatkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mat Zain yang pada masa itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) berkata, beliau menangani ke empat laporan itu melibatkan rasuah berjumlah RM40 juta atau bersamaan RM39,782,772.60 yang disahkan Ghani. Katanya, terdapat perbezaan antara KJSJ dengan Jabatan Peguam negara dalam menangani laporan itu.

Peguam Negara mahu ia diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi sementara KJSJ pula mahu ia disiasat di bawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers) Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa, di mana siasatan dijangka membabitkan rakaman keterangan daripada Mahathir, Allahyarham Mokhtar Abdullah dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

Bagaimanapun katanya, pada 28 Ogos 1999, beliau menerima surat daripada Jabatan Peguam Negara memaklumkan laporan yang dibuat Anwar terhadap Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononnya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi

"Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.

"Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur," jelas Mat Zain dalam surat berkenaan.

"Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

"Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Ghani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.

"Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak, kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

"Isu yang sering saya bawa sehingga ke peringkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah berkenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.

"Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti," jelas surat berkenaan

Sumber: Keadilan Daily

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Nazri Aziz Jamin Perlindungan Undang-Undang Untuk 3 Stooges

Posted: 28 Mar 2011 04:45 AM PDT

Isu video seks: Trio Datuk T boleh dilindungi undang-undang, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Trio ''Datuk T'' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini berkata akta tersebut boleh digunakan bagi melindungi keselamatan trio itu yang bertanggungjawab mendedahkan video berkenaan.

"Bagaimanapun, kedua-dua akta itu tidak perlu digunakan ketika ini memandangkan belum ada sebarang pendakwaan dibuat ke atas mana-mana pihak sehingga kini dengan perkara itu juga masih dalam siasatan polis," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, ketika diminta mengulas mengenai perlindungan undang-undang yang boleh diberi kepada trio berkenaan.


Rabu lepas, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengakui mereka adalah trio Datuk T yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di Carcosa Seri Negara, dua hari sebelum itu.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah tampil untuk disoal siasat polis di Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Nazri berkata perkara itu bukan berkisar kepada persoalan undang-undang semata-mata tetapi ia turut melibatkan persoalan moral. – Bernama

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: