Biaqpila |
- Gempa Bumi Jepun: Lebih 300 Orang Disahkan Terbunuh
- Gambar Dan Video Gempa Bumi Serta Tsunami Di Jepun
- Candu video lucah
- ADA KA MENTERI YANG BAYAQ SAMAN EKOQ?
- Petunjuk Rasulullah Mengenai Fitnah
- GOBALA TERIMA CEK BAGI KELUAR PKR?
Gempa Bumi Jepun: Lebih 300 Orang Disahkan Terbunuh Posted: 11 Mar 2011 10:22 AM PST TOKYO: Gempa bumi terkuat tahun ini yang melanda Utara Jepun petang Jumaat pada skala richter 8.9 magnitud telah mengorbankan tidak kurang dari 300 orang setakat ini. Gempa bumi itu bukan sahaja meranapkan begitu banyak rumah kediaman dan bangunan komersial malah telah mencetuskan ombak tsunami di lautan Pasifik. Agensi Polis Kebangsaan Jepun yang bertanggungjawab mengumpul maklumat terkini bencana alam itu berkata, 110 people orang telah disahkan terkorban dan 350 orang lagi dilaporkan hilang. "Jumlah ini belum diambil kira laporan yang mengatakan antara 200 hingga 300 mayat lagi ditemui bergelimpangan di pantai Sendai akibat tsunami," kata agensi tersebut. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Gambar Dan Video Gempa Bumi Serta Tsunami Di Jepun Posted: 11 Mar 2011 04:34 AM PST Tokyo — Kawasan pantai timur laut Jepun dilanda tsunami enam meter susulan gempa bumi besar pada ukuran 8.8. Seorang dilaporkan maut dalam kejadian terbaru ini. Dua minggu lalu New Zealand berhadapan dengan gempa bumi terburuk dengan menyebabkan lebih 100 orang terbunuh. Siaran televisyen menunjukkan kereta, kapal dan bangunan di kawasan Fukushima, kira-kira 400 kilometer dari Tokyo, dibawa arus tsunami. Pegawai-pegawai berkata kawasan itu dilanda tsunami setinggi enam meter (20 kaki). Amaran tsunami juga dikeluarkan di Rusia, Filipina, Taiwan, Hawaii, dan Indonesia. Ekoran gempa bumi sekitar yang berlaku sekitar pukul 1.46 tengah hari tadi, agensi berita Kyodo melaporkan lapangan terbang Narita turut ditutup. Lapangan terbang Sendai juga berhadapan dengan tsunami. Sebuah kapal besar “disapu” ketika tsunami mengalir ke arah bandar raya Kesennuma di wilayah Miyagi, demikian menurut NHK. Satu lagi siaran televisyen menunjukkan terjadi kebakaran di kawasan industri Isogo di Yokohama. Kebakaran juga dilaporkan di bandar raya Sendai. Bandar raya juga dilanda tsunami kecil manakala sebuah jejantas turut musnah dalam kejadian terbaru ini. Pegawai-pegawai sedang menilai kemusnahan dibawa oleh tsunami dan gempa bumi. greenboc KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 11 Mar 2011 02:00 AM PST Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN MERAKAM aksi lucah untuk simpanan sendiri boleh menjerat pelakunya. KECANGGIHAN gajet seperti kamera dan perakam video serta Internet yang lebih mudah diakses menyebabkan penyebaran imej dan klip video lucah di negara ini kian menular. Walaupun kemudahan tersebut dicipta untuk perkara lebih baik, ada juga yang menjadikannya medium paling murah untuk merakam dan menonton aksi pornografi. Ada pengguna yang sengaja merakam aksi intim sendiri untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun, ramai juga yang menggunakannya untuk mendapatkan wang, sama ada melalui jualan ataupun peras ugut. Tidak hairanlah pada zaman dunia tanpa sempadan ini peratusan remaja yang terbabit dalam seks bebas menurut satu kajian dianggarkan lebih 27 peratus kerana peluang dan ruang semakin terbuka termasuk mendapat bahan lucah di telefon bimbit dan Internet. Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan muat turun yang boleh dibeli pada harga murah memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak dan remaja. Bersaing Bermula dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba. Sebagai contoh, penyebaran meluas rakaman video membabitkan kanak-kanak yang juga adik-beradik berumur antara 11 hingga 14 tahun yang sedang melakukan hubungan seks akhir tahun lalu membuktikan pengaruh filem porno mengundang masalah yang lebih besar di negara ini. Perlu diakui, zaman remaja adalah peringkat perkembangan individu mencari identiti diri. Sekiranya tiada didikan daripada ibu bapa, mereka akan terpesong apatah lagi jika akrab dengan rakan sebaya yang sudah rosak akhlak. PENYEBARAN video lucah semakin sukar diperangi. Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor memberitahu, kanak-kanak dan remaja yang terdedah kepada perlakuan seks terutama secara langsung di depan mata mereka sendiri akan mempelajari dan menimba kemahiran tertentu, cuma belum sampai ke tahap mengamalkannya. Beliau mempunyai pengalaman menjalankan satu kajian ke atas remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengatakan melakukan seks tidak menjadi kesalahan, bahkan sering melakukannya dengan lebih daripada seorang pasangan. "Itu kajian lima tahun dulu, remaja itu sudah sampai ke tahap begitu serius dalam seks bebas, apatah lagi pada peringkat usianya sekarang yang sudah 17 tahun," katanya. Kosmo! sebelum ini mendedahkan hasil satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2009 yang mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah. Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja UKM, Dr. Khaizil Ismail berkata, Kajian Remaja Berisiko Tinggi yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara itu merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun. Khaizil juga menyokong kenyataan bahawa kes buang bayi yang semakin banyak berpunca daripada menonton bahan lucah. Selain cenderung melakukan zina, penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe di Melbourne, Australia, Michael Flood mendapati kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa. Nafsu BERMULA dengan tengok sekadar suka-suka, ia boleh menjadi ketagihan sehingga timbul perasaan ingin mencuba. - Gambar hiasan "Menonton filem lucah adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana secara realitinya, aksi yang ditunjukkan adalah aksi yang keterlaluan. "Filem lucah tidak menunjukkan kasih sayang, keintiman dan keistimewaan hubungan antara pasangan, sebaliknya ia mempamerkan kekasaran dan kekerasan lelaki terhadap perempuan demi memuaskan nafsu," jelasnya kepada USA Today. Jelas Flood lagi, bukti dari seluruh dunia mendapati pornografi memberikan kesan negatif bukan sahaja kepada individu, tapi juga komuniti. Bahkan, hasil daripada soal selidik yang dijalankan secara rambang, Flood merumuskan kanak-kanak yang suka menonton aksi lucah sering gagal dalam membina hubungan dengan pasangan dan kebanyakannya lebih gemar melakukan hubungan seks bebas. Tahun lalu juga, akhbar-akhbar di Indonesia menyiarkan Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa melibatkan 33 kanak-kanak. Ia dikatakan berpunca daripada pengaruh video porno penyanyi Ariel Peterpan yang ditonton. Di Amerika Syarikat pula, dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem yang menayangkan aksi seks kasar. Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan di negara itu pada tahun 1970 dan 1986 mendapati seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun. kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
ADA KA MENTERI YANG BAYAQ SAMAN EKOQ? Posted: 10 Mar 2011 11:00 PM PST AKU RASA SEKOQ PUN TAKDAK DEY MACHA!!! NI SOALAN TEKA-TEKI KA APA? LU KASI BERANI MATI PUNYA SOALAN ITU MENTERI MANA ADA SAMAN EKOQ DEPA BAWAK KETA LAJU MANA PUN TAKDAK HAL PUNYA DEPA MENTERI BUKAN RAKYAT INI NEGARA MENTERI TAK DIDAHULUKAN INI NEGARA RAKYAT DIDAHULUKAN APA-APA PUN RAKYAT YANG DIDAHULUKAN PENAIK HARGA MINYAK PUN RAKYAT YANG DIDAHULUKAN PENAIK HARGA TOL PUN RAKYAT YANG DIDAHULUKAN RAKYAT MACAM PAKCIK NI DIDAHULUKAN,BUKANNYA MENTERI KLIK SINI UNTUK RAKYAT YANG MENENTANG SAMAN EKOQ KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Petunjuk Rasulullah Mengenai Fitnah Posted: 10 Mar 2011 08:00 PM PST Firman Allah s.w.t. "Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu" (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat) Beberapa hadith Rasulullah s.a.w. mengenai fitnah : 1. "Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah" (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim) 2. "Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu adalah : mereka yang baik akhlak, yang merendahkan sayapnya (diri), yang suka dengan orang dan yang disukai orang. Manakala yang dimurkai oleh Allah adalah : mereka yang pergi membawa fitnah, yang menceraiberaikan di antara saudara dan mencaci orang yang tidak berslah akan kesalahannya" (Hadith riwayat At-Tabharani dan Abu Hurairah r.a.) 3. Abu Zhar Al-Ghiffari berkata, Rasullullah s.a.w. bersabda :"Barangsiapa menyiarkan terhadap orang muslim satu perkataan untuk memalukannya dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat" (diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dunya) 4. Abu Darda berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda "Laki-laki manapun yang menyiarkan terhadap seseorang satu perkataan di aman orang itu terlepas (tiada tersangkut dengan perkataan tersebut), untuk memalukannua di dunia, nescaya berhak Allah menghancurkan laki-laki itu pada hari kiamat dalam api neraka". 5. dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :"Sesungguhnya tatkala Allah menjadikan syurga, lalu berfirman kepada syurga itu :"Berbicaralah". Maka syurga itu berkata :"Berbahagialah siapa yang masuk kepadaku". Lalu Allah berfirman :"Demi KemuliaanKu dan KeagunganKu! Tidak akan menempati pada engkau 8 golongan manusia :- a) orang yang selalu minum khamar b) yang selalu berzina c) yang qattaat (tukang fitnah) d) yang mengetuai peperangan e) pengawal penguasa f) orang yang bertingkahlaku seperti wanita g) orang yang berkata :"Atas diriku janji Allah, kalau aku tidak berbuat begitu dan begitu. Kemudian dia tidak menepati perkataannya itu". (Ihya Ulumuddin, Jilid 3) 6. Diriwayatkan Ka'bul Ahbar, bahawa kemarau telah menimpa kaum Bani Israil. Lalu Nabi Musa berdoa meminta hujan berulang-ulang. Tetapi tidak juga diturunkan hujan kepada mereka. Maka Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Musa :"Sesungguhnya Aku tidak menerima doa engkau dan doa orang-orang yang bersama engkau, di mana di kalangan engkau itu ada nammaam (pembawa fitnah), yang berkekalan buat fitnah". Maka Nabi Musa berdoa :"Wahai Tuhanku, siapakah orang itu? Tunjukkanlah, siapakah orang itu? Tunjukkanlah kepadaku pembuat fitnah itu, sehingga aku dapat mengeluarkannya dari kalangan kami". Tuhan berfirman :"Hai Musa! Aku melarang kamu dari namimah (Pembuat fitnah)". maka bertaubatlah mereka semua. Lalu diturunkan hujan kepada mereka. 7. Diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz bahawa seorang laki-laki datang kepadanya menerangkan sesuatu tentang orang lain. Maka Umar berkata kepadanya: "kalau engkau mahu, maka kami akan memperhatikan tentang keadaanmu. Kalau engkau dusta, maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini. "Kalau datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, periksalah dengan saksama". Dan kalau engkau benar maka engkau termasuk orang yang disebut dalam ayat ini", "Suka mencela, berjalan membuat hasung dan fitnah". Kalau engkau kehendaki, nescaya kami memaafkan engkau. Lalu laki-laki itu berkata : "Maaf wahai Amirul Mukminin. Dan aku tidak akan mengulangi lagi untuk selama-lamanya." 8. Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa tukang fitnah tidak dapat dipercayai kata-katanya dan tidak diterima sedekahnya. Sesungguhnya fitnah ditegakkan di atas kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Kesemua sifat ini adalah tungku dapur kehinaan. w.n.afinaz p/s- dari Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. tranungkite KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GOBALA TERIMA CEK BAGI KELUAR PKR? Posted: 10 Mar 2011 05:00 PM PST PKR menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat kewangan ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang didakwa mampu membayar segala hutangnya secara tiba-tiba. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang merujuk kepada Gobalakrishnan yang bertindak keluar PKR Januari lalu mempersoal keupayaan kewangannya selepas keluar parti, sedangkan beliau sebelum ini diketahui mempunyai masalah kewangan. Menurut Saifuddin yang juga ahli Parlimen Machang, Gobalakrishnan secara tiba-tiba dapat menjelaskan bayaran pajakan tanah di antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd beralamat 1525, Kulim Height 3, Kulim Golf and Country Resort, Kedah dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd bernilai RM1,401,250,00. Katanya, bayaran cek Hong Leong Bank masing-masing bernilai RM700,000 bertarikh 12 Januari 2011 dan RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 jelas menunjukkan kemampuan kewangan Gobalakrishnan yang secara berterusan menyerang PKR. "PKR menggesa Lembaga hasil Dalam Negeri memulakan tugas 'bertanya khabar' keupayaan kewangan beliau yang membolehkan bayaran berjuta ringgit dibuat terhadap urusniaga ini. Dari mana sumbernya? Siapa yang 'bermurah hati' menolong? Urusniaga apa yang dilakukan beliau yang memungkinkan wang sebanyak ini diperoleh? "Januari dan Mac 2011 adalah kemuncak tempoh serangan, kecaman dan fitnah ahli Parlimen Padang Serai terhadap PKR. Ketika ini jugalah beliau secara tidak semena-mena mampu membayar RM1,401,250 untuk bayaran tanah ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Gobalakrishnan pernah menjual rumahnya sendiri, kedai kek isterinya terpaksa ditutup dan kesukaran menjelaskan pelbagai bil-bil lain. Beliau tabah dan sabar menghadapi situasi itu sehingga memenangi kerusi Padang Serai dengan tiket PKR. Namun dakwa Saifuddin, Gobalakrishnan mula berubah apabila tiga tahun bersama PKR akibat masalah kewangan dan beliau mua tidak berpuas hati akibat tidak dilantik menduduki jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri yang difikirkan menjanjikan pulangan lumayan. PKR tegasnya mengulangi pendirian bahawa pengkhianatan keluar parti sejumlah ahli-ahli Parlimen PKR didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh mereka jika kekal dalam PKR. "Kerana dorongan inilah ramai tewas. Ralatnya mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan khianat mereka. "Persoalannya ialah jika ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapa agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga pengkhianatan ini? "Dan kalau 'nilai' ahli Parlimen Padang Serai sejumlah tersebut, berapa pula habuan yang diterima oleh ahli-ahli parlimen Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu, Bayan Baru dan Nibong Tebal, 'rakyat hakim terbaik'," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam terkejut dengan kemampuan Gobalakrishnan membayar hutangnya dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu. "Saya terkejut dengan kemampuan Gobala. Saya yakin semua yang keluar parti itu dibeli dan seharusnya SPRM menyiasat bagaimana mereka ini boleh menjadi senang secara tiba-tiba," katanya. Sumber: kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan