Biaqpila |
- BUKTI SOKONGAN CINA KEMBALI KEPADA BN
- LIVE: Liverpool vs Manchester United
- Lintas Langsung Keputusan PRK Merlimau dan Kerdau
- Debat Dr M – Husam, SAMM tawar diri jadi penganjur
- Muhyiddin Amaran Rakyat, Kita Amaran Muhyiddin!
- 2 ‘polis’ perkosa di hotel bajet
- Lawak Ahad: Pak Pandir Turun KL
BUKTI SOKONGAN CINA KEMBALI KEPADA BN Posted: 06 Mar 2011 08:00 AM PST INILAH DIA BUKTINYA BUKTI YANG HARUS LAGI MENGHARUSKAN DIHARUSKAN LAGI OLEH MALIKUL YANG HARUSSSSS KAH! KAH! KAH! YANG NI PULAK BUKTI PELAKON HINDUSTAN PUN SOKONG BN KAH! KAH! KAH! BIAQPILA APA ADA HAL KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
LIVE: Liverpool vs Manchester United Posted: 06 Mar 2011 05:32 AM PST UNTUK SKRIN BESAR SILA KE SINI FULLTIME: LIVERPOOL 3-1 MANCHESTER UNITED Live Streaming Video Football : England - The Barclays Premier League Sunday (06 March) 21:30 (GMT +8) KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Lintas Langsung Keputusan PRK Merlimau dan Kerdau Posted: 06 Mar 2011 04:13 AM PST KEPUTUSAN PENUH PRK DUN N27 MERLIMAU BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. BN memperolehi 5,962 undi, manakala PAS mendapat 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 132. Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087 pada 2004. PRK DUN N28 KERDAU Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang dengan majoriti 2,724 undi. BN memperolehi 5,060 undi berbanding lawannya PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak yang diterima ialah 79 undi. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Debat Dr M – Husam, SAMM tawar diri jadi penganjur Posted: 06 Mar 2011 02:00 AM PST KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menawar diri untuk menjadi penganjur debat berkaitan isu pengkhianat Melayu antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa. Sehubungan itu, Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin, berkata pihaknya akan mengirim surat kepada Mahathir dan Husam pada Isnin ini, bagi merealisasikan debat berkenaan. "Diharap kedua-dua pihak mengetepi ego demi bersama membina bangsa dan negara ini," katanya pada satu kenyataan media, hari ini. Husam sebelum ini mengajak Mahathir berdebat secara terbuka dalam isu Melayu berikutan tuduhan melulu bekas Perdana Menteri itu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat. SAMM adalah organisasi gerakan anak muda Malaysia yang menyatukan perbagai anak muda dari perbagai latar. Dalam kenyataannya, Badrul juga meminta semua pihak supaya tidak memandang debat sebagai pergaduhan, sebaliknya praktik yang harus dilakukan dalam mencari idea yang matang dan bernas. "Debat adalah budaya politik sihat. Debat Mahathir – Husam mungkin boleh menjadi titik temu penting dalam mencari tapak mula melonjak pemikiran Melayu, khususnya mendepani cabaran zaman yang makin rumit," katanya. Beliau berkata, isu itu yang berlegar dalam bentuk penulisan terbuka, tidak menguntungkan, sebaliknya meleret dan membawa kepada komentar yang penuh sentimen perkauman dan tidak membina negara. Sehubungan itu, Badrul yang dikenali sebagai Chegubard berkata, isu pengkhianat Melayu memerlukan pencerahan dengan membawanya kepada perdebatan yang sihat. keadilandaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Muhyiddin Amaran Rakyat, Kita Amaran Muhyiddin! Posted: 05 Mar 2011 11:00 PM PST Oleh Mohd Sayuti Omar MUHYIDDIN Yassin, Zaid Hamidi dan Hishamuddin Hussein memberi amaran supaya golongan tertentu tidak asak rakyat daripada melakukan apa yang rakyat Mesir lakukan. Pada saya Muyiddin tidak perlu bersusah payah memberi apa-apa amaran, sebaliknya beliau dan UBN mengenal pasti apa yang rakyat mahukan hari ini. Apa yang mereka itu kena ingat kalau rakyat sudah berang, hilang sabar, rakyat akan melakukan apa saja. Mereka akan bangkit tanpa mempedulikan apa-apa lagi. Jangan perkecil suara rakyat. Hari ini ada beberapa lompongan yang perlu diisi segera oleh kerajaan UBN kalau mereka tidak mahukan rakyat mengamuk. Kalau mereka tidak mahu melihat pertumpahan darah, UBN kena perbaiki segera kepincangan ini. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
2 ‘polis’ perkosa di hotel bajet Posted: 05 Mar 2011 08:00 PM PST KLANG: Seorang wanita berusia 29 tahun menempuh detik hitam apabila dirogol bergilir-gilir dua daripada empat lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di sebuah hotel bajet di bandar ini, kelmarin. Ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa bersama teman lelakinya yang berusia 29 tahun berjalan pulang ke rumah mereka di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang, di sini, sebelum dipintas sebuah kereta dinaiki empat lelaki. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusup, berkata lelaki terbabit yang masing-masing berusia 24 hingga 36 tahun turun dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Katanya, mereka memberitahu mahu melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan teman lelakinya. "Selepas mendakwa mereka melakukan kesalahan, suspek mengarahkan teman lelaki mangsa menunggu mereka di balai polis manakala mangsa dibawa kumpulan terbabit. "Teman lelaki mangsa yang menunggu di balai polis kawasan berkenaan mula curiga apabila kumpulan itu bersama mangsa tidak muncul sehingga jam 7 pagi," katanya. Mohamad berkata, keempat-empat suspek membawa mangsa bersiar-siar di Kapar dan Shah Alam sebelum singgah ke sebuah hotel bajet di Bayu Perdana, di sini. "Mangsa yang curiga sebaik tiba di hotel itu melawan sebelum seorang daripada suspek mengugut untuk mencederakannya menggunakan pisau. "Seorang daripada suspek menggari mangsa sebelum membawanya ke bilik hotel. Di dalam bilik itu, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh dua daripada suspek," katanya. Menurut Mohamad, mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya meloloskan diri keesokan harinya dan menghubungi teman lelakinya sebelum mereka ke balai polis membuat laporan. "Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota mengesan ahli kumpulan terbabit sebelum dua daripada mereka ditahan. "Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan gari yang digunakan dalam insiden itu miliknya manakala tiga lagi suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes sama dan baru dibebaskan awal tahun ini," katanya. Katanya, dua suspek masih diburu dan polis percaya kumpulan itu terbabit beberapa kes pemerasan, samun, rogol dan menyamar anggota polis. "Semua mereka akan direman sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan dan saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati," katanya. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Lawak Ahad: Pak Pandir Turun KL Posted: 05 Mar 2011 05:00 PM PST Pada satu hari Pak Pandir dan anak perempuannya,Bedah datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Pak Pandir dan Bedah baru first time datang ke Kuala Lumpur, sebelum ni asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia.... " Pak, itu amenda pak?" Pak Pandir jawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...." Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup..... Tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!! Lalu keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam SHANIA TWAIN... Lantas berkatalah Pak Pandir kepada Bedah... "NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI, KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan