Khamis, 31 Mac 2011

kalam Perantau

kalam Perantau


CIK ELIA SUHANA SAH ISTERI SULTAN ISMAIL PETRA

Posted: 31 Mar 2011 03:41 PM PDT

Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau.

Panel Hakim Mahkamah Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri, Datuk Daud Muhammad, serta Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Dr Johari Mat, dan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, membuat keputusan itu setelah perayu, Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, tidak hadir ke mahkamah hari ini.

Panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002.

Pada 5 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menolak permohonan pengesahan lafaz cerai Sultan Ismail Petra terhadap Elia Suhana, 32, yang difailkan oleh Nik Rorhana pada 9 Mac tahun lepas.

Dua minggu selepas itu, Elia Suhana melalui peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan, mengemukakan permohonan untuk membatalkan permohonan pengesahan lafaz cerai oleh Sultan Ismail Petra terhadapnya yang difailkan oleh Nik Rorhana.

Sultan Ismail Petra, yang ketika itu masih Sultan Kelantan, didakwa menjatuhkan talak tiga terhadap Elia Suhana pada 12 Feb tahun lepas di hadapan beberapa orang saksi ketika dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Elia Suhana berkata beliau gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

“Saya amat gembira, sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya,” katanya.

Pada 4 Februari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Ismail Petra tetapi pihak Istana Mahkota di Kubang Kerian menghalang beliau daripada bertemu suaminya dan kes itu tertangguh berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan yang dibuat oleh pihak ketiga, iaitu Nik Rorhana


Pemilihan PAS: Tuan Ibrahim tak tanding No 2, Mat Sabu masih kaji peluang

Posted: 31 Mar 2011 02:47 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden parti Islam itu pada pemilihan Jun ini, di sebalik desas-desus mengatakan persaingan kemungkinan sengit.

Sebelum ini khabar angin menyebut ada usaha untuk meminta beliau mencuba nasib jawatan nombor dua yang kini disandang Nasharudin Mat Isa.

Kata Tuan Ibrahim, beliau telah membuat keputusan yang jelas mengenai soal itu demi perpaduan parti. Dua naib presiden lain semasa ialah Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, masing-masing ahli Parlimen Pokok Sena an Kubang Kerian.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS.
Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
"Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

"Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas," katanya. Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.

"Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan."Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu," katanya.

Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding. Mohamad yang turut dihubungi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding bagi jawatan itu sekiranya mendapat sokongan kuat di peringkat kawasan.

Bagaimanapun, Mohamad berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding sekali lagi dan hanya akan mengumumkan pendiriannya tiga minggu sebelum muktamar yang akab berlangsung awal Jun ini.

Sekiranya, Mohamad bertanding ini merupakan kali kedua beliau berbuat demikian setelah tewas kepada Nasharudin dua tahun lalu. Turut bertanding ketika itu ialah Datuk Husam Musa.
Ketika itu kedua-dua Mohamad dan Husam merupakan naib presiden.

Pada pemilihan itu, Nasarudin mendapat 480 undi, Husam memperoleh 281 undi manakala Mohamad hanya 261 undi.

"Kita tengok pencalonan dulu… kemudian bincang dengan kawan-kawan, kemudian tengok pula sokongan lepas itu baru akan buat keputusan untuk bertanding atau tidak.

"Setakat hari ini saya masih belum membuat sebarang keputusan lagi, dua atau tiga minggu sebelum muktamar saya akan beritahu sebab saya nak tengok mood perwakilan. "Kalau dapat sokongan yang kuat saya akan bertanding tapi kena lihat perkembangan dulu… lihat di kawasan yang akan mengadakan mesyuarat bulan depan," kata Mohamad.

Mengakui kurang mendapat sokongan di peringkat perwakilan, Mohamad berkata, beliau mungkin akan bertanding jawatan lain sekiranya sokongan tidak kuat. "Kita tengok perkembangan dulu… tengok mood dulu. Kalau baik, saya akan bertanding, kalau tidak saya akan bertanding mana-mana jawatan yang dirasakan sesuai.

"Ataupun kemungkinan saya tidak akan bertanding pada pemilihan kali ini," katanya.


bumiperak

bumiperak


Spiderman (Alain Robert) tawan bangunan tertinggi dunia

Posted: 31 Mar 2011 01:51 AM PDT

27 Mac 2011 Spiderman Alain Robert scaled the world's tallest building lit up by spotlights...as a large crowd looked on. It probably took a little longer than the elevator. But after six hours, 14 minutes and 55 seconds, the Frenchman reached his goal, half a mile above the United Arab Emirates.

'It was a very big moment in my life,' said Mr Robert, 48, whose penchant for climbing skyscrapers has earned him the nickname Spiderman. But although he made his very public ascent up the 2,717ft Burj Khalifa tower look easy, it was almost brought to an untimely halt, he revealed. He had climbed up a central column to just 45ft from the top when he was hit by crippling thigh cramps.

Only determination saw him through. 'I knew that it was nearly done, so there was no way to stop,' he explained.

As a crowd watched from below, he inched up the 160-floor building. Finally, Mr Robert reached the top of the antenna just after midnight. The climber, who is often arrested after his stunts, even deigned to use a safety harness this time – not part of his usual climbing attire. 'It was a requirement from the government,' he said. 'I would have loved to do it differently, but I knew it was not possible.'

And he easily broke the nine-hour record for the fastest Burj climb. 'I initially thought it would take between six to nine hours. It took me by surprise that I could make it quite fast.'

After such a feat, it was only a shock he took the lift down...

The 48-year-old from Digoin, SaƓne-et-Loire, Bourgogne, has now scaled all of the world's tallest buildings. In 2004 he climbed up Taipei 101 in Taipei, which measures 1,667ft, on the day it opened. He had three tries at the Petronas Towers in Kuala Lumpur, Malaysia. The first and second attempts, in 1997 and 2007 respectively, he was arrested on the 60th floor. In 2009 he managed to slip the guards and scaled the 1,483ft building. In 1999 Robert managed to reach the top of the Sears Tower in Chicago, which measures 1,453ft
How high? Spiderman climbed the 2,717ft building, and - as per the organisers' instructions - had a rope to assist him
How high? Spiderman climbed the 2,717ft building, and - as per the organisers' instructions - had a rope to assist him
On top of the world: Frenchman Alain Robert took about six hours to reach the top of the Buri Khalifa in Dubai, and reached the top of the tallest building in the world just after midnight
On top of the world: Frenchman Alain Robert took about six hours to reach the top of the Buri Khalifa in Dubai, and reached the top of the tallest building in the world just after midnight
In the swing of things: Robert takes a breather and takes in the wonderful skyline of Dubai
In the swing of things: Robert takes a breather and takes in the wonderful skyline of Dubai
Daredevil: Unlike his many previous climbs, the 48-year-old is using a rope and harness to comply with organizers' requirements in the Gulf sheikdom
Daredevil: Unlike his many previous climbs, the 48-year-old used a rope and harness to comply with organizers' requirements in the Gulf sheikdom
Long way up: Alain Robert began his ascent of the 2,717-tall Burj Khalifa just before sunset and said before he began that he expected his climb to take six or seven hours
Long way up: Alain Robert began his ascent of the 2,717-tall Burj Khalifa just before sunset and said before he began that he expected his climb to take six or seven hours

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Ramai sangat anak luar nikah di Selangor - Dr Hassan Ali

Posted: 31 Mar 2011 11:07 PM PDT

 
SHAH ALAM: Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru)mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, Jumaat.
Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara.
Sementara itu, beliau berkata Jais tidak mempunyai jumlah penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini.
"Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 1:25,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa Jais akan dapat ditambah. -BERNAMA

P/Raya Sarawak : Gelombang PAS bermula hari ini

Posted: 31 Mar 2011 09:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 April: Gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.
Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.
Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
"Kita hanya ada dua gelombang untuk pilihan raya Sarawak dan kedua-dua gelombang sudah diisi dengan petugas," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro.
SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini - Harakah

Politik Malaysia : Bahan ketawa masyarakat antarabangsa

Posted: 31 Mar 2011 06:39 PM PDT

1 APRIL — Senario politik di Malaysia nampaknya tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan oleh si pelaku dan dalam konteks ini, pemimpin politik semakin hari semakin menjadi-jadi hinggakan ada yang mula mempertikaikan kebenaran disebalik kesemua kontroversi yang dicetuskan itu.
Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat dan amarah mereka terhadap pergolakan politik negara yang ketika ini bertumpu kepada skandal liwat 1, liwat 2 dan terbaru pula seks video membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur.
Individu yang menjadi tumpuan utama ketika ini sudah tentulah Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dikatakan mirip orang yang dimaksudkan dalam video seks itu. Persoalan sama ada pemimpin berkenaan terbabit dalam amalan yang terkutuk bukan hak saya untuk menentukannya tetapi pihak polis untuk membuat siasatan.
Tetapi apa yang melucukan dalam perkembangan terbaru ini adalah kesanggupan ramai pemimpin politik yang tidak sepatutnya kena-mengena dengan skandal itu untuk tampil ke hadapan memberi kenyataan. Tak kurang juga yang memberikan penghakiman awal-awal lagi bahawa pemimpin itu dan ini perlu dihukum seolah-olah mereka sudah tahu segala-galanya.
Kumpulan pemimpin sedemikian begitu ghairah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para wartawan. Yang pastinya, kepenatan tidak pula kelihatan pada air muka mereka.
Alangkah baiknya jika setiap pemimpin politik di negara kita bersikap sedemikian. Bermakna rakyat tidak perlu berdemonstrasi atau pergi ke pusat khidmat wakil rakyat untuk merayu bantuan daripada Ahli Parlimen mereka.
Tahap penumpuan dan iltizam pemimpin-pemimpin politik ini terhadap skandal seks yang cukup panas ini wajar dipuji dan diberi perhatian serius. Perwatakan inilah yang kita mahukan daripada seorang Ahli Parlimen, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.
Bagaimanapun, tumpuan yang saya maksudkan itu bukanlah tumpuan kepada skandal seks tetapi kepada usaha meneruskan pembelaan rakyat tanpa mengira kaum dan masa. Apa yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik kita nampaknya tidak kena pada tempat dan masanya.
Ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhempas-pulas mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan rakyat, ada segelintir pemimpin berkepentingan pula memilih untuk tidak mengendahkannya.
Seks dan percaturan politik kejam bagaikan satu resipi yang dimestikan untuk mematikan musuh politik mereka walau dengan apa cara sekalipun. Pendek kata, matlamat menghalalkan cara seperti yang dianjurkan oleh Niccolo Machiavelli. Dunia politik seolah-olah tidak dapat hidup tanpa elemen-elemen tadi.
Adanya elemen-elemen tadi menjadikan sesuatu episod atau plot politik yang dicanangkan itu lebih menarik, mendebarkan dan suspen. Namun dengan bersikap sedemikian rupa, bukan sahaja pemimpin politik yang kita sering panggil sebagai Yang Berhormat telah mengkhianati amanah rakyat yang diletakkan pada mereka bahkan juga undi rakyat sebenarnya tidak perlu untuk mereka terus berkuasa.
Tidak usah sampai ke peringkat itu, wahai YB sekalian! Laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Bersikaplah sebagai seorang pemimpin politik yang gentleman dan bersih. Ingat, jawatan yang disandang sekarang bukanlah milik anda segala-galanya tetapi sekadar pinjaman sementara di muka bumi.
Biarpun rakyat tidak begitu mengerti apakah yang sedang berlaku dalam skandal-skandal politik semasa, tetapi apa yang pasti gerak-geri pemimpin tetap diperhatikan dengan rapi.
Reaksi mungkin tidak berbangkit sekarang namun senario yang serupa tidak boleh diperkatakan ketika di peti undi nanti. Sebagai seorang penjawat awam yang profesional, tunjukkan dan buktikan kepada yang lain bahawa pemimpin politik negara kita adalah profesional.
Justeru, apabila masa untuk seseorang pemimpin politik memberi kenyataan, barulah berbuat demikian. Bukannya memberi komen semata-mata untuk menagih publisiti ataupun mempunyai motif untuk membalas dendam terhadap seteru politik yang dibencinya.
Apa yang berlaku selama ini membabitkan pemimpin politik adalah kebanyakan daripada mereka, jika pun bukan semua yang memberikan keutamaan yang salah dalam tindak-tanduknya.
Ketika ini, Malaysia menjadi bahan ketawa kepada masyarakat di peringkat antarabangsa. Daripada menggembleng tenaga membangunkan negara, perkara-perkara yang kurang penting jadi keutamaan.
Jika trend ini berlarutan, perasaan hormat rakyat terhadap pemimpin politik akan semakin terhakis. Mungkin selepas ini, tiada lagi rakyat yang berminat untuk menjadi seorang pemimpin politik yang ikhlas dan bersih melainkan mereka yang hanya berminat menyertainya kerana duit!
Hentikanlah segala karut-marut yang berlaku sekarang!- TMI

Siapa 'Faiz' dalam kamera intip di pejabat MB Selangor?

Posted: 31 Mar 2011 05:46 AM PDT

'Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul.'


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang individu yang hanya dikenali sebagai 'Faiz' yang wujud dalam kamera intip yang ditemui di pejabatnya Ogos lalu.
Pendedahan tersebut dibuat oleh Khalid selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir hari ini.
Namun Khalid enggan mendedahkan secara teliti siapa individu bernama 'Faiz' itu, sebaliknya berkata siasatan terperinci masih dibuat bagi mendapat jawapan sebenar siapa dalang dalam hal itu.
Menurut Khalid, selain 'Faiz", wujud satu lagi imej yang tidak bernama. Malah beliau mengakui tidak melihat imej itu.
Beliau turut mendakwa bahawa kemungkinan pihak keselamatan dan polis terlibat dalam hal tersebut.
"Bateri dan cip kamera itu perlu ditukar sentiasa… bukan selalu tapi jika tidak tukar ia akan membuat bunyi. Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul.
"Saya tidak lihat imej itu. Hanya penyiasat persendirian kami dan staf yang lihat. Tetapi kami suspek ada beberapa kerjasama… namun belum ada individu yang bersalah hanya suspek sahaja.
"Tetapi kami dah lihat senarai nama, ada dua ke tiga orang bernama Faiz tetapi ia akan menjadi masalah kerana kami tidak mahu suspek sesiapa sebab kami mencari dalang sebenar. Buat masa ini kita tunggu sehingga siasatan sepenuhnya selesai, tapi berdasarkan imej itu ia lebih amatur," katanya dalam sidang media selepas sidang DUN lewat petang ini.
Ketika diasak pemberita mengenai 'Faiz'  Khalid berkata beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, sebaliknya ada perancangan efektif untuk mengetahui dalang itu.
Pada Ogos tahun lalu sebuah kamera tersembunyi ditemui di pejabatnya di tingkat 21, Bangunan SUK, yang dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau.
Namun setakat ini tiada sebarang laporan polis dikemukakan oleh Khalid mahupun pihak kerajaan negeri  - seterusnya

Peg perempuan pun dah pandai minta rasuah - Kejayaan 1Malaysia hahaha ...

Posted: 31 Mar 2011 05:39 AM PDT

2011/03/31

SHAH ALAM: Empat sukarelawan wanita Kastam Diraja Malaysia dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas pertuduhan meminta rasuah dan menipu, lima tahun lalu.
Norfarisha Samsudin, 32, dari Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah meminta suapan wang tunai RM4,000 daripada pemilik Syarikat Megah Stainless Steel Engineering, Wong Ying Lin, 31, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan cukai jualan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Megah Stainless Steel Engineering, No 4, Jalan SU, Taman Industri Selayang Utama, Batu Caves, Gombak, kira-kira 5 petang pada 21 September 2006. Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Nor Farisha diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk menyebut semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen lain, Norfarisha didakwa bersama-sama Pa'aiza Baki, 42, dari Bandar Tasik Selatan dan Noor Asmarzillah Abdullah, 32, dari Ampang, menerima suapan RM4,000 daripada Wong di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Hakim M Bakri Abd Majid membenarkan mereka masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April untuk sebutan kes.
Bagi kedua-dua pertuduhan, jika sabit kesalahan, semua tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Sementara itu, Norfarisha dan Noor Asmarzillah turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama Masitah Nasir, 30, dari Cheras, menipu Wong bahawa mereka ialah pegawai Kastam sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan RM1,300 kononnya sebagai sumbangan iklan bagi penerbitan Buletin Kesatuan Pegawai Marin Jabatan Kastam (CAMAR).
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Megah Stainless Steel Engineering, kira-kira 11 pagi pada 8 September 2006, mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Hakim Asmadi Hussain membenarkan ketiga-tiga wanita diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes. - BERNAMA

Lagi artis sertai PAS ...?

Posted: 31 Mar 2011 04:53 AM PDT

Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)... Tidak mustahil Cico akan bersama menurut jejak langkah Bob sertai PAS tidak lama lagi ... *cilok dari Batu vs Kayu

Siasatan terhadap Anwar bermotif politik, berniat jahat- Surendran

Posted: 31 Mar 2011 12:21 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Ampang, bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang disampaikan di Gombak 27 Mac lalu, bermotif politik dan berniat jahat.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas tindakan polis mengemukakan notis untuk menyiasat Anwar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

"Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas. "Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, BN secara berterusan bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

"Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa," tegas beliau.

Tambah beliau, di dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Ketua Pembangkang membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

"Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita," ujar beliau.

Justeru itu, beliau mendesak supaya siasatan tidak berasas itu dihentikan segera. "Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah," tegasnya.



STONE : Apa saja yang dilakukan pembangkang semua tak kena dan apa saja yang dilakukan oleh pihak UMporNO BN tak ada apa yang tak kena, semuanya betul ... sampai bila?

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Laman TV Selangor Di Godam

Posted: 31 Mar 2011 09:08 AM PDT

Isu Semasa

Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor digodam hari ini 
(Khamis, Mac 31, 2011)


Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka diserang kira-kira jam 4 petang tadi dan sehingga ini masih belum pulih.

tvselangor02"Laman TV Selangor dipercayai digodam dari Brickfield dan Seksyen 9, Shah Alam. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah," katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala.
TVSelangor adalah saluran televisyen milik kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar.

tvselangor01TVSelangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh BN tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor.

Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TVSelangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor.



Cari N3 lama-lama disini

Bob Lokman Berjaya Tarik Chiko Kearah islam

Posted: 31 Mar 2011 04:01 AM PDT

Isu Semasa

Jika gambar ini benar,saya nak ucapkan tahniah pada Abang Bob lokman,sebab berjaya menarik Chiko,lebih mendalami Islam.
dalam gambar ini,Chiko(seorang pelakon terkenal suatu ketika dulu yang juga anak seorang penyanyi dan  pelakon 80an Uji Rasyid)
memakai serban dilihat begitu mesra dengan Bob Lokman.

Sila klik untuk besarkan gambar
Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Kredit : Pemuda PAS Wangsa Maju

Cico bersama isterinya, Nur Fuziana dan anaknya Rindu Norfitrah suatu ketika dulu
-ijoks2009-
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), 

dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik." 
(Surah Al Hadid: 16)





Cari N3 lama-lama disini

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


NEGARA INI `WARAS' ATAU TIDAK ?

Posted: 31 Mar 2011 07:00 PM PDT

Konspirasi politik keji wajar dihukum

Lim Yew Chien
Mar 31, 2011

Seandainya negara ini adalah "waras", sudah tentunya isu klip video seks yang dibikin Datuk T tidak akan berlaku. Ini kerana bukan sahaja penayangan klip video seks kepada media gagal mencapai tujuannya untuk menfitnah, malah bakal mencungkil kemarahan umum sebaliknya. Lebih-lebih lagi, perbuatan sedemikian akan berdepan dengan tanggungjawab jenayah. Mustahil konspirator bodoh sehingga terlibat dalam kelakuan yang merugikan dirinya. Namun demikian, nampaknya Malaysia bukanlah sebuah negara yang "waras".

Sememangnya, hipotesis di atas didasari dengan pra-syarat bahawa klip video tersebut bukan sesuatu yang benar, iaitu pelakunya adalah Anwar Ibrahim sebagaimana yang disasarkan. Kesahihan video tersebut boleh dikenalpasti kemudiannya. Namun, melihat kepada pendekatan Datuk T mengumumkan video tersebut, agak jelas bahawa kesahihan video tersebut adalah rendah.

Mengapa simpati terhadap Anwar?

Identiti Datuk T sudah terdedah - sama ada orang yang berdendam, atau bertentangan pendirian dengan Anwar dari politik. Apa yang diwar-warkan dalam kenyataan bahawa "mahu membongkar kemunafikan politikus" sebelum itu kini menjadi sesuatu yang tidak masuk akal. Seandainya "kelemahan" musuh atau seteru dikuasai, maka ia akan dipergunakan sebaiknya untuk menghasilkan sabotaj yang maksima - tanpa belas kasihan dan rasa simpati.

Jikalau itulah keadaannya, maka apa yang harus dilakukan Datuk T adalah menyebarkan klip video ini seluas yang mungkin. Jikalau klip video tersebut dikesahkan benar, maka penontonnya semestinya akan mendesak agar Anwar berundur selepas menyaksinya. Maka berjayalah usaha untuk memusnahkan Anwar.

Tetapi Datuk T tidak berbuat demikian, sebaliknya menyiarkan video tersebut sekali sahaja. Kemudian mereka mengugut agar Anwar meletakkan jawatan dengan sendiri, atau mereka akan mengedarkan kepada umum klip video tersebut. Apa perlunya Datuk T untuk bermurah hati, tidak memusnahkan Anwar sekaligus, sebaliknya memberi peluang agar Anwar berundur sambil menjaga kehormatan dirinya? Mungkin inilah jawapan yang rasional - Datuk T telah sedar sebermulanya, bahawa lelaki dalam klip video tersebut bukan Anwar. Ia terlalu senang untuk dibongkarkan. Maka pendekatan untuk memusnahkan Anwar sekaligus gagal mencapai tujuannya.

Sememangnya, klip video seks ini telah memberi impak berikutan "kerjasama" yang sungguh-sungguh dari media. Semestinya Datuk T mahu memaksimakan kesan sabotajnya. Jadi, dalam keadaan di mana mereka mahu memaksimakan impak tanpa bukti yang sah, maka nampaknya Datuk T hanya boleh menggunakan pendekatan yang sedia ada - biar media bertanggungjawab menyebarkan khabar, tetapi tidak memberi peluang kepada orang lain untuk mendapatkan klip tersebut supaya segala penjelasan mahupun pembelaan diri boleh dilakukan dengan jelas dengan merujuk kepada bahan yang ada.

Media menjadi perkakas BN

Media yang asalnya menjadi perkakas Barisan Nasional semestinya tidak kisah untuk diperalatkan sepenuhnya. Malah media ini tetap menghebohkannya walaupun konspirasi di sebalik klip video tersebut dibongkarkan secara beransur-ansur. Fitnah yang berniat jahat ini tidak diambil tindakan - inilah yang membezakan antara Malaysia dengan negara lain yang "waras".

Media arus perdana yang lain, mungkin kurang "niat jahat"-nya berbanding perkakas BN, dan telah berhenti untuk memainkan isu ini. Namun, ia tidak mengubah hakikat bahawa mereka telah dipergunakan orang lain. Anwar dan Pakatan Rakyat membalas serangan dengan menyasarkan teras tampuk kuasa negara, namun media arus perdana ini hanya mencuit pada kulit. Ini adalah perbezaan terbesar antara media arus perdana dengan media internet. Walaupun media internet juga melaporkan berita klip video ini, tetapi pada masa yang sama mengetengahkan kesangsian dalam video tersebut. Reaksi Pakatan Rakyat kemudiannya, teori konspirasi yang diketengahkan turut diberi liputan yang luas.

Media arus perdana mungkin menganggap "konspirasi politik" adalah spekulasi yang belum dikenalpasti, maka ia tidak wajar dihebohkan. Persoalannya, bukankah ia juga tuduhan yang sarat dengan kesangsian untuk mengatakan lelaki dalam video tersebut adalah Anwar? Mengapa pula diheboh-hebohkan hal ini? Bukankah ini ibarat peribahasa Cina, "Menteri dibenarkan untuk membakar dengan api, tapi rakyat jelata dilarang untuk menyalakan api sebagai lampu?"

Secara keseluruhannya, media arus perdana telah menjadi perkakas politik, malah adalah perkakas kepada politik yang keji dan jijik. Media mungkin dipergunakan kerana kecuaian, maklumlah dalam masa yang suntuk, ditambah pula dengan percaturan Datuk T, maka ia bolehlah dimaafkan. Tetapi seandainya tiada muhasabah kemudiannya, tidak memberi ruang kepada mangsa untuk menjawab, maka persoalannya - di manakah profesional dan etika wartawan dan editor?

PR mempersoalkan, mengapa Datuk T tidak diambil tindakan undang-undang selepas mengakui bahawa dirinya menayangkan video lucah? Tiada pendakwaan setakat ini selepas polis menyoal siasat Datuk T. Setelah suspek secara terbuka mengakui dirinya melakukan jenayah, apa lagi yang sukar untuk polis? Tiada pendakwaan sehingga hari ini - bukankah ia sudah memadai untuk mengesyaki kewujudan konspirasi politik?

Siapa dalang di sebalik tabir?

Ada yang mendakwa cara pengendalian isu video seks ini adalah kasar, maka kemungkinan ia bukan didalangi pemerintah. Namun, seandainya sasarannya dituju kepada komuniti konservatif yang hanya terdedah kepada media arus perdana, maka ia tetap memberi kesan - sama ada pendekatan ini kasar mahupun halus. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan konspirasi boleh di-"outsource"-kan. Mana-mana politik yang berdarjat rendah boleh ditanggung pihak yang berkenaan. Ia seolah-olah politik yang tidak memerlukan modal.

Politik jijik menyelubungi negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dari rampasan kuasa di negeri Perak, hinggalah sebaran gambar peribadi Elizabeth Wong. Dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyasarkan kerajaan PR, sehingga tragedi kematian Teoh Beng Hock, hinggalah kes liwat Anwar Ibrahim. Jelas, BN mahu meyakini rakyat bahawa PR gagal menjalankan amanah rakyat sebab gagal menguruskan hal-ehwal dirinya. Tetapi rakyat seharusnya berfikir, siapakah yang paling mungkin untuk menjadi dalang di sebalik tabir?

Kebetulan klip video seks ini muncul menjelang PRU ke-13. Ia memperingatkan rakyat bahawa pilihan raya adalah penghakiman terhadap politik yang jijik. Jadi, pengundi bertanggungjawab untuk menghukum politik jijik ini dengan undinya dalam pilihan raya kali ini.

*Lim Yew Chien pernah menjadi pengacara rancangan forum isu semasa, juga kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 30 Mac 2011.

Jembalang: Tak payah komen, bodoh sangat

Posted: 31 Mar 2011 12:46 PM PDT

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan. "Tak payah komen la...bodoh sangat. "46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama. Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan. Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini. "Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat. Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam./Harakahdaily

OHH, TIADA TANGKAPAN LAGI RUPANYA....

Posted: 31 Mar 2011 02:03 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TELAH beberapa hari berlalu isu video seks yang dipertontonkan oleh Rahim Thamby Chik dan Eskay. Ramai yang menontonnya dan tempat tontonan juga telah dikenal pasti. Bahkan, video lucah tersebut telah pun diserahkan pada pihak Polis. Ada tangkapan atau belum?

Hari ini, Malaysiakini mengesahkan kenyataan Menteri Dalam Negeri bahawa masih belum ada tangkapan lagi berhubung penayangan video lucah berkenaan. Kenyataan dipetik, "Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein hari ini menafikan laporan media bahawa beberapa siri tangkapan telah dibuat berhubung video seks yang didedahkan oleh 'Datuk T' minggu lalu. "Tidak pada pengetahuan saya," katanya ketika diminta mengesahkan tangkapan berkenaan pada sidang medianya di bilik mesyuarat bangunan parlimen (Malaysiakini).

Mengapa slow sangat? Ada orang telah mengaku menayangkan video lucah, tempat sudah dikenalpasti dan laporan polis telah pun dibuat. Adakah tidak cukup bukti dengan pengakuan dari Rahim Thamby Chik dan Eskay tersebut? Isu siapa yang beraksi, itu mungkin dalam siasatan tetapi yang menayangkan video tersebut sepatutnya tidak perlu lagi siasatan yang begitu lama kerana sudah ada pengakuan dari mereka. Mungkin mereka tidak bersalah kerana mereka `berniat baik'?

Bayangkan jika kita berpakat dengan kawan-kawan kita menayangkan video lucah, kemudian kita panggil beberapa remaja lelaki dan perempuan menontonnya. Apabila kita ditangkap, kita memberitahu bahawa kita `berniat baik' menayangkan video tersebut untuk menunjukkan kepada remaja-remaja berkenaan cara melakukan seks dengan `selamat' atau menunjukkan kepada mereka jangan lakukan perbuatan seperti yang mereka tonton itu. Boleh ke? Adakah kita boleh lepas dari tindakan undang-undang? Atau, si ayah menayangkan video lucah kepada anak gadisnya dengan `niat baik' untuk mengajar anak gadisnya cara-cara atau teknik melakukan hubungan suami isteri. Boleh ke?

Cukup-cukup lah dengan bermacam auta untuk menipu rakyat. Jika mahu lepaskan si Rahim atau Eskay tu berterus terang sahaja lah. Kita pun tahu Rahim Thamby tu orang baik-baik belaka, jika tidak masakan dilantik menjaga Risda./wfauzdin.blogspot.com

Siasatan Polis Bermotif Politik Ke Atas Dato' Seri Anwar Ibrahim

Posted: 31 Mar 2011 01:07 AM PDT

Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

Polis,secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Dato' Seri Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, YB Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis.

Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks
perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita.

Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas bermotidkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas.

Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT