MIMPI SENJA |
- Ramai sangat anak luar nikah di Selangor - Dr Hassan Ali
- P/Raya Sarawak : Gelombang PAS bermula hari ini
- Politik Malaysia : Bahan ketawa masyarakat antarabangsa
- Siapa 'Faiz' dalam kamera intip di pejabat MB Selangor?
- Peg perempuan pun dah pandai minta rasuah - Kejayaan 1Malaysia hahaha ...
- Lagi artis sertai PAS ...?
- Siasatan terhadap Anwar bermotif politik, berniat jahat- Surendran
Ramai sangat anak luar nikah di Selangor - Dr Hassan Ali Posted: 31 Mar 2011 11:07 PM PDT SHAH ALAM: Masalah kewujudan anak tidak sah taraf di Selangor adalah 'sangat besar' dan jumlah sebenar tidak diketahui kerana ada kes kelahiran anak luar nikah ini tidak didaftarkan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata berdasarkan statistik yang ada sehingga 2008, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarkan. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Abdul Rani Osman (PAS-Meru)mengenai jumlah anak luar nikah yang didaftarkan dari 2007 hingga 2010 pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, Jumaat. Hassan berkata bahagian penguatkuasaan seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pendaftaran anak tidak sah taraf kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Sementara itu, beliau berkata Jais tidak mempunyai jumlah penguatkuasa yang cukup untuk membanteras gejala maksiat yang menjurus kepada kelahiran anak luar nikah di negeri ini. "Nisbah pecahan anggota Penguatkuasa Agama dan Masyarakat Islam di Selangor ialah 1:25,000 orang," katanya yang berharap jumlah penguatkuasa Jais akan dapat ditambah. -BERNAMA |
P/Raya Sarawak : Gelombang PAS bermula hari ini Posted: 31 Mar 2011 09:07 PM PDT KUALA LUMPUR, 1 April: Gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi. Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja. Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah. "Kita hanya ada dua gelombang untuk pilihan raya Sarawak dan kedua-dua gelombang sudah diisi dengan petugas," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro. SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini - Harakah |
Politik Malaysia : Bahan ketawa masyarakat antarabangsa Posted: 31 Mar 2011 06:39 PM PDT 1 APRIL — Senario politik di Malaysia nampaknya tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan oleh si pelaku dan dalam konteks ini, pemimpin politik semakin hari semakin menjadi-jadi hinggakan ada yang mula mempertikaikan kebenaran disebalik kesemua kontroversi yang dicetuskan itu. Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat dan amarah mereka terhadap pergolakan politik negara yang ketika ini bertumpu kepada skandal liwat 1, liwat 2 dan terbaru pula seks video membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur. Individu yang menjadi tumpuan utama ketika ini sudah tentulah Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dikatakan mirip orang yang dimaksudkan dalam video seks itu. Persoalan sama ada pemimpin berkenaan terbabit dalam amalan yang terkutuk bukan hak saya untuk menentukannya tetapi pihak polis untuk membuat siasatan. Tetapi apa yang melucukan dalam perkembangan terbaru ini adalah kesanggupan ramai pemimpin politik yang tidak sepatutnya kena-mengena dengan skandal itu untuk tampil ke hadapan memberi kenyataan. Tak kurang juga yang memberikan penghakiman awal-awal lagi bahawa pemimpin itu dan ini perlu dihukum seolah-olah mereka sudah tahu segala-galanya. Kumpulan pemimpin sedemikian begitu ghairah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para wartawan. Yang pastinya, kepenatan tidak pula kelihatan pada air muka mereka. Alangkah baiknya jika setiap pemimpin politik di negara kita bersikap sedemikian. Bermakna rakyat tidak perlu berdemonstrasi atau pergi ke pusat khidmat wakil rakyat untuk merayu bantuan daripada Ahli Parlimen mereka. Tahap penumpuan dan iltizam pemimpin-pemimpin politik ini terhadap skandal seks yang cukup panas ini wajar dipuji dan diberi perhatian serius. Perwatakan inilah yang kita mahukan daripada seorang Ahli Parlimen, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Bagaimanapun, tumpuan yang saya maksudkan itu bukanlah tumpuan kepada skandal seks tetapi kepada usaha meneruskan pembelaan rakyat tanpa mengira kaum dan masa. Apa yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik kita nampaknya tidak kena pada tempat dan masanya. Ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhempas-pulas mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan rakyat, ada segelintir pemimpin berkepentingan pula memilih untuk tidak mengendahkannya. Seks dan percaturan politik kejam bagaikan satu resipi yang dimestikan untuk mematikan musuh politik mereka walau dengan apa cara sekalipun. Pendek kata, matlamat menghalalkan cara seperti yang dianjurkan oleh Niccolo Machiavelli. Dunia politik seolah-olah tidak dapat hidup tanpa elemen-elemen tadi. Adanya elemen-elemen tadi menjadikan sesuatu episod atau plot politik yang dicanangkan itu lebih menarik, mendebarkan dan suspen. Namun dengan bersikap sedemikian rupa, bukan sahaja pemimpin politik yang kita sering panggil sebagai Yang Berhormat telah mengkhianati amanah rakyat yang diletakkan pada mereka bahkan juga undi rakyat sebenarnya tidak perlu untuk mereka terus berkuasa. Tidak usah sampai ke peringkat itu, wahai YB sekalian! Laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Bersikaplah sebagai seorang pemimpin politik yang gentleman dan bersih. Ingat, jawatan yang disandang sekarang bukanlah milik anda segala-galanya tetapi sekadar pinjaman sementara di muka bumi. Biarpun rakyat tidak begitu mengerti apakah yang sedang berlaku dalam skandal-skandal politik semasa, tetapi apa yang pasti gerak-geri pemimpin tetap diperhatikan dengan rapi. Reaksi mungkin tidak berbangkit sekarang namun senario yang serupa tidak boleh diperkatakan ketika di peti undi nanti. Sebagai seorang penjawat awam yang profesional, tunjukkan dan buktikan kepada yang lain bahawa pemimpin politik negara kita adalah profesional. Justeru, apabila masa untuk seseorang pemimpin politik memberi kenyataan, barulah berbuat demikian. Bukannya memberi komen semata-mata untuk menagih publisiti ataupun mempunyai motif untuk membalas dendam terhadap seteru politik yang dibencinya. Apa yang berlaku selama ini membabitkan pemimpin politik adalah kebanyakan daripada mereka, jika pun bukan semua yang memberikan keutamaan yang salah dalam tindak-tanduknya. Ketika ini, Malaysia menjadi bahan ketawa kepada masyarakat di peringkat antarabangsa. Daripada menggembleng tenaga membangunkan negara, perkara-perkara yang kurang penting jadi keutamaan. Jika trend ini berlarutan, perasaan hormat rakyat terhadap pemimpin politik akan semakin terhakis. Mungkin selepas ini, tiada lagi rakyat yang berminat untuk menjadi seorang pemimpin politik yang ikhlas dan bersih melainkan mereka yang hanya berminat menyertainya kerana duit! Hentikanlah segala karut-marut yang berlaku sekarang!- TMI |
Siapa 'Faiz' dalam kamera intip di pejabat MB Selangor? Posted: 31 Mar 2011 05:46 AM PDT 'Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul.' SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang individu yang hanya dikenali sebagai 'Faiz' yang wujud dalam kamera intip yang ditemui di pejabatnya Ogos lalu. Pendedahan tersebut dibuat oleh Khalid selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir hari ini. Namun Khalid enggan mendedahkan secara teliti siapa individu bernama 'Faiz' itu, sebaliknya berkata siasatan terperinci masih dibuat bagi mendapat jawapan sebenar siapa dalang dalam hal itu. Menurut Khalid, selain 'Faiz", wujud satu lagi imej yang tidak bernama. Malah beliau mengakui tidak melihat imej itu. Beliau turut mendakwa bahawa kemungkinan pihak keselamatan dan polis terlibat dalam hal tersebut. "Bateri dan cip kamera itu perlu ditukar sentiasa… bukan selalu tapi jika tidak tukar ia akan membuat bunyi. Bila dilihat dalam kamera itu ada dua imej dan apabila kami siasat perakam itu kedengaran suara Faiz ini muncul. "Saya tidak lihat imej itu. Hanya penyiasat persendirian kami dan staf yang lihat. Tetapi kami suspek ada beberapa kerjasama… namun belum ada individu yang bersalah hanya suspek sahaja. "Tetapi kami dah lihat senarai nama, ada dua ke tiga orang bernama Faiz tetapi ia akan menjadi masalah kerana kami tidak mahu suspek sesiapa sebab kami mencari dalang sebenar. Buat masa ini kita tunggu sehingga siasatan sepenuhnya selesai, tapi berdasarkan imej itu ia lebih amatur," katanya dalam sidang media selepas sidang DUN lewat petang ini. Ketika diasak pemberita mengenai 'Faiz' Khalid berkata beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi, sebaliknya ada perancangan efektif untuk mengetahui dalang itu. Pada Ogos tahun lalu sebuah kamera tersembunyi ditemui di pejabatnya di tingkat 21, Bangunan SUK, yang dipercayai digunakan untuk mengintip aktiviti harian beliau. Namun setakat ini tiada sebarang laporan polis dikemukakan oleh Khalid mahupun pihak kerajaan negeri - seterusnya |
Peg perempuan pun dah pandai minta rasuah - Kejayaan 1Malaysia hahaha ... Posted: 31 Mar 2011 05:39 AM PDT 2011/03/31 SHAH ALAM: Empat sukarelawan wanita Kastam Diraja Malaysia dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas pertuduhan meminta rasuah dan menipu, lima tahun lalu. Norfarisha Samsudin, 32, dari Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur mengaku tidak bersalah meminta suapan wang tunai RM4,000 daripada pemilik Syarikat Megah Stainless Steel Engineering, Wong Ying Lin, 31, sebagai dorongan untuk tidak mengenakan cukai jualan. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Megah Stainless Steel Engineering, No 4, Jalan SU, Taman Industri Selayang Utama, Batu Caves, Gombak, kira-kira 5 petang pada 21 September 2006. Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan Nor Farisha diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk menyebut semula kes. Sementara itu, di Mahkamah Sesyen lain, Norfarisha didakwa bersama-sama Pa'aiza Baki, 42, dari Bandar Tasik Selatan dan Noor Asmarzillah Abdullah, 32, dari Ampang, menerima suapan RM4,000 daripada Wong di tempat, masa dan tarikh yang sama. Hakim M Bakri Abd Majid membenarkan mereka masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April untuk sebutan kes. Bagi kedua-dua pertuduhan, jika sabit kesalahan, semua tertuduh berdepan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, mengikut Seksyen 16 Akta Pencegahan Rasuah 1997. Sementara itu, Norfarisha dan Noor Asmarzillah turut menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu bersama-sama Masitah Nasir, 30, dari Cheras, menipu Wong bahawa mereka ialah pegawai Kastam sehingga mendorong lelaki itu menyerahkan RM1,300 kononnya sebagai sumbangan iklan bagi penerbitan Buletin Kesatuan Pegawai Marin Jabatan Kastam (CAMAR). Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Megah Stainless Steel Engineering, kira-kira 11 pagi pada 8 September 2006, mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hakim Asmadi Hussain membenarkan ketiga-tiga wanita diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan kes. - BERNAMA |
Posted: 31 Mar 2011 04:53 AM PDT |
Siasatan terhadap Anwar bermotif politik, berniat jahat- Surendran Posted: 31 Mar 2011 12:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengarahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Ampang, bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang disampaikan di Gombak 27 Mac lalu, bermotif politik dan berniat jahat. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas tindakan polis mengemukakan notis untuk menyiasat Anwar di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967. "Penyiasatan terbaru ke atas Dato' Seri Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas. "Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, BN secara berterusan bertindak di luar batasan moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis. "Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa," tegas beliau. Tambah beliau, di dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah bagi Ketua Pembangkang membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan. "Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita," ujar beliau. Justeru itu, beliau mendesak supaya siasatan tidak berasas itu dihentikan segera. "Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah," tegasnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10302 STONE : Apa saja yang dilakukan pembangkang semua tak kena dan apa saja yang dilakukan oleh pihak UMporNO BN tak ada apa yang tak kena, semuanya betul ... sampai bila? |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan