Isnin, 28 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


BAGAIMANA NEGARA BOLEH MAJU JIKA PM PUN KENA TIPU ?

Posted: 28 Feb 2011 10:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA anda beranggapan semua Perdana Menteri itu adalah orang yang cerdik atau bijak, mungkin anda tersilap. Di negara kita, sukar untuk mendapatkan PM yang bijak yang mampu mengawal jemaah menterinya, bahkan ada kes menteri pula `menipu' PM. Ertinya, siapa yang bijak dan siapa yang tidak cerdik?

Semalam kita dikejutkan dengan berita Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menipu bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Beliau dituduh menipu PM ketika itu bagi meluluskan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) sebagai pemaju siap guna untuk melaksanakan projek Hab Pemindahan di Zon Bebas Pulau Indah dan kerja pengubahsuaian berjumlah RM1.9 bilion di tapak PKFZ antara 2004 dan 2006. Beliau bagaimana pun tidak mengaku bersalah dan telah diikat jamin sebanyak RM 1 juta dan kes akan disebut semula pada 31 Mac nanti.

Skandal PKFZ ini bukan baru kita dengar. Pemimpin pembangkang terutamanya DS Anwar lebih awal mendedahkan kes ini, tetapi seperti biasa pemimpin Umno mendakwa DS Anwar suka mencipta isu dan menyebarkan fitnah. Ketika itu Dr Ling Liong Sik yang sebelum ini turut dilibatkan di dalam skandal ini masih menjadi Menteri dan Presiden MCA. Tan Sri Chan Kong Choy juga begitu. Justeru itu, situasi yang selamat buat mereka ketika itu.

Sekarang mereka menjadi `bekas' dan `power' pun sudah hilang. Habis sepah, madu dibuang. Tentulah tidak masuk akal jika mahu dakwa Abdullah Badawi atas skandal ini walaupun sepatutnya beliau perlu bertanggungjawab. Mungkin kerana `tertidor', maka beliau tidak menyedari ada `penipuan' berlaku. Benar atau tidak Pak Lah ditipu kita tidak tahu tetapi kedua-dua mereka tidak mengaku bersalah menipu. Lojiknya, tentulah semasa proses kelulusan projek itu melibatkan banyak pihak bukan di antara Pak Lah dengan mereka sahaja. Agak sukar mahu difikirkan kesemua yang terlibat tidak mengetahui adanya `penipuan'. Jika tahu, mengapa tidak dilaporkan waktu itu kepada PM? Tidakkah itu sebagai satu subahat? Ada dakwaankah kepada yang bersubahat ini?

Akhirnya ada yang berkata wujud `kambing hitam' untuk menyelamatkan seseorang. Siapa seseorang itu? Atau, sememangnya PM kita ditipu? Jika benar, malang sungguh kita ada PM yang mudah tertipu./wfauzdin.blogspot.com

BENARKAH UMI HAFILDA `ADIK KANDUNG' AZMIN?

Posted: 28 Feb 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

LAPORAN akhbar Sinar semalam menyebut bahawasanya Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatun Badru Tun Said Keruak merasa terkejut atas dakwaan Umi Hafilda ke atas YB Azmin. Turut berkongsi rasa sedemikian adalah seorang lagi katak betina iaitu bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang pernah bertanding di dalam PRK tetapi tewas teruk iaitu Aminah Ahmad yang dikenali juga sebagai `Minah Ronggeng'.

Tidak menghairankan komen sedemikian yang keluar dari mulut `bekas' atau `hampas' PKR yang terbuang itu. Tetapi, hujah mereka teramat dangkal sekali kununnya masakan Umi Hafilda ingin menfitnah `abang kandung'nya sendiri. Sebelum itu, saya mahu bertanya adakah benar Umi Hafilda itu `adik kandung' Azmin? Jika bapa Azmin pun tidak mahu mengaku Umi itu anak kandungnya, mustahil pula Umi itu adalah `adik kandung' Azmin. Malulah sikit untuk mengaku adik beradik kalau sudah terbuang dari keluarga.

Jika benar pun mereka adik beradik, mustahilkah fitnah boleh berlaku? Isteri Nabi Allah Luth A.S beserta anak kandungnya terlibat melakukan fitnah terhadap Nabi Allah Luth A.S. Anak kandung Nabi Allah Nuh A.S juga demikian. Maka, pelik apanya Umi Hafilda jika beliau menfitnah Azmin, apatah lagi mereka berdua mungkin tiada hubungan kekeluargaan pun. Di dalam satu tandan pisang, mungkin ada satu ada dua buah yang busuk.

Benar atau tidak, kita akan lihat nanti sejauh mana Umi akan terdaya bersandiwara tanpa penonton. Kita akan saksikan nanti, saman beliau terhadap DS Anwar, Azmin, Karpal Singh dan PAS akan memakan dirinya sendiri. Beliau telah diberi ruang seluas mungkin sewaktu menjadi saksi kes Liwat 1 DS Anwar dahulu, tetapi beliau gagal untuk mengambil kesempatan itu. Kini, siapa lagi mahu mendengar hikayat purbawara dari beliau? Hanya puak-puak Umno yang tegar di Selangor sahaja yang masih minat hikayat berkenaan sekadar untuk syok sendiri. /wfauzdin.blogspot.com

APA PUNYA BANGSAT, MARUAH SETARAF SARDIN ?

Posted: 28 Feb 2011 10:04 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

NAJIB jangan ingat semua orang lapar dan menunggu untuk disuap. Rakyat di Kerdau punyai maruah, apatah lagi bagi orang-orang Cina yang kebanyakan mereka lebih tahu berdikari. Diberitakan penduduk-penduduk di kawasan Kerdau telah menerima `ang pau' selepas Tahun Baru Cina.

Saya petik berita dari Malaysiakini semalam ;

" BN hari ini secara senyap mengedarkan berkotak-kotak barang makanan kepada penduduk satu-satunya kampung Cina di Kerdau atas nama bantuan. Kotak yang diangkut dengan trak petang ini diedarkan oleh beberapa orang yang memakai baju merah yang pergi ke beberapa rumah bagi mengenalpasti identiti penduduk. Semua penduduk yang agak tua yang enggan dikenali berkata mereka didatangai beberapa orang yang mahu memberikan "bantuan makanan" secara percuma dengan syarat pelekat BN ditampal di pintu rumah mereka. "Kami diminta mengundi BN dan kami diberahu bahawa sesiapa yang menyokong pembangkan tidak akan mendapat bantuan," dakwanya. Malaysiakini difahamkan kira-kira 100 kotak diedarkan petang tadi. Kotak itu, dengan pelekar gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin." (Malaysiakini).

Sampai bila Bn mahu menganggap rakyat seperti ayam daging yang diberi makan sehingga gemuk, kemudiannya akan disembelih? Lebih malang lagi terdapat rakyat yang suka menjadi ayam daging dan majoritinya Melayu pula. Jika ini lah sikap kita yang begitu mudah diperbodohkan oleh mereka, sampai bila pun kita tidak akan senang. Hanya iman dan takwa sahaja yang boleh mengawal nafsu kita yang terliur dengan umpanan mereka.

Tugas PAS dan PR memang berat di dalam mana-mana pilihanraya. Kita berhadapan dengan manusia yang kebanyakannya memilih kesenangan dunia yang sementara. Namun, kita masih mempunyai masa untuk mengubah nasib mereka ini. Kita wajib mengasihani mereka yang dulu, kini dan mungkin akan selamanya menjadi ayam daging kepada sang Penguasa. Selamatkan mereka dari memakan pemberian rasuah walaupun hanya satu tin sardin. /wfauzdin.blogspot.com

JAWAB HUJAH NAJIB TENTANG RAKYAT DIPERHAMBAKAN

Posted: 28 Feb 2011 06:41 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA Najib di dalam akhbar Sinar hari ini pun berkata, " Orang kata kununnya kita perhambakan peneroka. Hamba mana yang ada tanah 10 ekar? Hamba mana yang ada rumah batu atau separuh batu atau sekurang-kurangnya bahagian depan batu?". Begitulah bunyinya hujah Najib, dan saya harap anda semua percaya itu adalah hujah dari PM kita yang selalu kita angap bahawa PM semestinya cerdik itu.

Di era moden sekarang ini betulkah ada lagi hamba? Jika Najib beranggapan bahawa seseorang yang mempunyai rumah batu dan mempunyai tanah itu bukan hamba, ertinya masih ada lagi hamba di dalam negara ini? Beranikah Najib beri jaminan bahawa tiada lagi rakyat yang tinggal di rumah papan buruk bahkan tinggal di dalam kotak? Adakah semua rakyat di negara ini mempunyai tanah?

Maksud `diperhambakan' seperti yang dimaksudkan oleh Pembangkang itu sebenarnya diputarbelitkan oleh Najib untuk menunjukkan betapa baik dan berkebajikannya pemerintahan Umno/Bn. Tidakkah `hamba' namanya jika seseorang itu ditahan di bawah Akta zalim ISA tanpa berpeluang membela diri? Bukankah diperhambakan rasanya jika hak kita seperti hak peneroka felda diambil? Buktinya, terdapat kes di mahkamah memberi kemenangan kepada Peneroka di dalam menuntut haknya. Itu yang Najib kena faham./wfauzdin.blogspot.com

PENGERUSI SPR PAHANG MENINGGAL DUNIA, SATU KEINSAFAN BERSAMA

Posted: 28 Feb 2011 02:13 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ALFATIHAH. Saya sebentar tadi mendapat berita melalui FB Chegubard tentang kepulangan Pengerusi SPR Pahang, Datuk Ismail Mohd Yusoff ke Rahmatullah petang tadi di Hospital Temerloh akibat sakit jantung. Saya kemudiannya memohon pengesahan daripada YB Fuziah Salleh MP Kuantan dan juga dari Dato Fauzi, Pengerusi PKR Pahang. Kedua-duanya memberikan pengesahan tentang berita tersebut.

Berita tersebut diperkuatkan dengan laporan oleh Pahang Daily sebentar tadi. Apa pun, marilah kita doakan agar roh Allahyarham ditempatkan di dalam golongan orang yang Soleh. Kepada keluarga Allahyarham, kita ucapkan takziah dan menerima ujian Allah ini dengan penuh kesabaran.

Gelanggang telah dibuka, tapi takdir menentukan Pengadilnya pergi dahulu. Namun, perjuangan tetap diteruskan. Kematian merupakan yang pasti kepada semua. Pengajaran buat kita apabila mendengar satu-satu berita tentang kematian adalah keinsafan. Kepada yang masih hidup, insaflah sekiranya kita banyak berlaku zalim, tidak adil, dan bersubahat dengan puak yang zalim agar pihak yang benar ditewaskan. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: