Ahad, 13 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


KEMPEN ANTI ZINA - KERAJAAN PUSAT BOLEH BELAJAR DARI SELANGOR

Posted: 13 Feb 2011 08:54 PM PST


Oleh: WFAUZDIN NS

NEGERI maju dan berkebajikan sahaja tidak cukup untuk memastikan kehidupan rakyat yang sempurna dan sejahtera. Aspek kerohanian juga perlu diambil kira kerana aspek ini lah yang sering dilupakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang diterajui oleh Umno/Bn. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat sentiasa peka kepada permasalahan ini.

Kempen Anti Zina telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam beberapa siri bagi membenteras perlakuan dosa besar ini di kalangan umat Islam khususnya di Selangor. Kejayaan Siri Satu dan Dua sebelum ini telah membuatkan Kerajaan Negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras. (Rujuk TV News).

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimAdakah kempen yang serius seperti ini pernah dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri di bawah Umno/Bn? Harus diingat, Selangor bukan diperintah oleh PAS seperti di Kelantan dan Kedah. Selangor diperintah oleh PKR, bersama dengan barisan Exco yang terdiri dari PAS dan juga DAP. Namun, berkat kerjasama PR ini, semua program yang bersifat `hasanah', dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoyPelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 telah diadakan di Dataran Shah Alam . Sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.


Usaha yang baik sudah tentu banyak menerima sokongan. Di antara NGO yang terlibat adalah Briged Amal, Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Perkim (Selangor), Bakewanis dan lain-lain lagi. Beberapa lokasi dan premis yang telah dikenalpasti akan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lain-lain jabatan yang berkaitan dalam penguatkuasaan.

prostitution, desa mentari, police raidKempen Anti Zina merupakan salah satu aktiviti yang dirancang oleh Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) yang merupakan satu program khusus yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Syabas, Kerajaan PR Selangor yang telah memulakan langkah ini agar dapat dijadikan contoh dan teladan kepada Kerajaan Pusat serta Kerajaan Negeri yang lain. Inilah berkatnya rakyat memilih pemimpin yang berada di dalam parti yang serius untuk berbakti kepada rakyat dan amat beruntunglah mereka yang telah mengambil keputusan menolak Umno yang selama ini banyak menyusahkan di dunia dan akhirat./wfauzdin.blogspot.com

PERLANTIKAN CANSELOR UNISEL - SATU LAGI BUKTI KETELUSAN KERAJAAN PR SELANGOR

Posted: 13 Feb 2011 08:12 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PERSOALAN siapakah yang bakal menggantikan Bik Mama sebagai Canselor Baru UNISEL sebuah universiti milik kerajaan negeri kini telah terjawab. Bukan DS Wan Azizah, bukan Dr Syed Hussin Ali dan bukan juga tokoh dari PAS mahupun DAP. Tokoh yang diberi tanggungjawab berat ini adalah Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda yang telah dilantik berkuatkuasa 21 Feb ini (Rujuk laporan Malaysiakini hari ini).

Sekali lagi terbukti betapa Kerajaan PR Selangor telus di dalam membuat perlantikan dan ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri tidak mahu berpolitik di dalam isu pendidikan. Kerajaan Negeri akur dengan kehendak pelajar yang tidak mahu orang politik dibawa masuk ke dalam UNISEL. Raja Tan sri Arshad sebelum ini adalah Pro-Canselor Universiti Industri Selangor.

Sehingga artikel ini ditulis, perlantikan beliau belum diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Negeri dan dikatakan pengumuman akan dilakukan oleh Exco Pendidikan Negeri Dr Halimah Ali di bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di Shah Alam pada jam 3.30 petang ini. /wfauzdin.blogspot.com


KEMATIAN ADUN KERDAU - ZAHID HAMIDI MEREPEK

Posted: 13 Feb 2011 05:01 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

GELI pula hati aku mendengar komen Zahid Hamidi di dalam berita Astro Awani apabila beliau mengulas kematian Adun Kerdau kelmarin. Beliau menyebut kematian Adun Umno tersebut merupakan ujian Allah terhadap Umno/Bn. Mengapa ke situ pula perginya Zahid Hamidi?

Apa pula kena mengena kematian, ajal dan maut dari Allah terhadap hambanya dengan Umno? Zahid jangan perasan sangat dan menyangka Allah merestui parti sekular yang bersekutu dengan Apco Yahudi Israel laknatullah itu. Apakah Zahid Hamidi percaya dan yakin benar bahawa Allah meredhai Umno yang sentiasa menolak hukum Islam itu? Bukankah tangan pemimpin Umno yang meluluskan lesen judi terbesar di Genting? Lesen kilang arak terbesar di Shah Alam? Lupakah Zahid tentang cita-cita pemimpin besar Umno yang mahu meluluskan lesen judi bola sewaktu kempen Bola Sepak Piala Dunia yang lalu? Masakan Zahid tidak tahu pemimpin Umno jugalah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan memberi amaran agar kerajaan negeri tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam termasuk hukum hudud? Parti seperti inikah yang Zahid rasa Allah redha?

Cukuplah Zahid. Setelah kamu menipu orang-orang Melayu berugama Islam dengan perjuangan sekular Umno itu, masakan dengan Allah yang maha mengetahui itu pun kamu mahu tipu? Kita kenal siapa Zahid Hamidi yang dulunya dinaikkan di dalam politik Umno oleh DS Anwar, kemudiannya cuba menunjukkan berani untuk bersama pejuang reformasi, tetapi baru beberapa hari ditahan akhirnya keluar di depan TV membaca skrip memburukkan DS Anwar dan mereka yang berjuang di dalam reformasi. Kedudukan beliau sekarang adalah `upah' yang beliau perolehi hasil dari mengkhianati perjuangan rakyat.

Pada kita yang komited dengan perjuangan, samada berlakunya kematian di kalangan Wakil Rakyat atau tidak, kita tetap terus berjuang kerana Allah sentiasa menguji kita di dalam keadaan senang atau pun susah. /wfauzdin.blogspot.com

DEBAT CARA ALI RUSTAM YANG BUDAK SEKOLAH PUN TAK BUAT

Posted: 13 Feb 2011 12:16 AM PST

Inilah keadaan di ceramah Umno di Merlimau berhampiran tempat ceramah PAS

Suasana di ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Markas PAS Merlimau
(Foto: Ihsan dari Portal Rasmi PRK Dun Merlimau)

Oleh: WFAUZDIN NS

SUDAH menjadi kelaziman atau `tradisi' di Melaka, terutamanya semenjak Ali Rustam yang pernah dibuktikan melakukan rasuah politik semasa pemilihan pimpinan Umno menjadi KM Melaka, sebarang program ceramah oleh PR mesti diganggu oleh ceramah Umno walaupun kehadiran di ceramah mereka boleh dikira dengan jari. Apa yang penting, ceramah PR mesti diganggu atau dibuat provokasi.

Akhbar Sinar hari ini memetik kenyataan Alki Rustam yang kununnya berani `berdebat' dengan sesiapa sahaja pimpinan PR hatta Tuan Guru Nik Aziz sekalipun. Tetapi `debat' Ali Rustam ini pelik sedikit dan kelihatan teramat bodoh yang budak sekolah pun tidak pernah lakukan. Beliau berkata beliau sanggup `berdebat' bersebelahan dengan ceramah PR, bukan berdebat di atas pentas yang sama. Ini debat cara Ali Rustam, cara orang penakut dan bacul yang peringkat sekolah pun tidak pernah buat program debat pelik begini.

Katanya, beliau akan menjawab di sebelah pentas beliau apa jua tuduhan atau isu yang dibawa oleh PR. Ini bukan debat wahai Ali, ini cara untuk mengacau atau provokasi. Masakan Ali Rustam tidak pernah belajar semasa di sekolah dahulu tentang bagaimana untuk mengadakan debat. Peliknya, pihak berkuasa boleh pula benarkan program ceramah diadakan sedemikian rupa? Bayangkan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, adakah pihak berkuasa mahu menyalahkan KM Melaka ini?

Terbaru, ceramah Tuan Guru Nik Aziz di Markas PAS Merlimau baru-baru ini begitu juga. Di dalam jarak lebih kurang 300 meter dikatakan Umno turut mengadakan ceramah walaupun yang hadir di ceramah mereka lebih banyak kerusi dari orang (Lihat foto di atas). Sifat dengki Umno di Melaka sukar untuk dipadamkan. Mungkin mereka merasakan inilah satu-satunya cara untuk menunjukkan Umno kuat di Melaka. Setahu kita, Melaka terkenal dengan sifat Pahlawan seperti Hang Tuah dan Hang Jebat tetapi sifat ini tidak kelihatan sekarang. Yang kelihatan adalah sifat Patih Kerma Wijaya yang kaki fitnah dan bacul itu.

PR, terutamanya PAS jangan merasa gusar dengan taktik Ali Rustam ini. Kerahkan pejuang-pejuang kita menjaga setiap program kita. Kita kenal Ali Rustam ini siapa, dedahkan kepada orang-orang Melaka siapa dia Ali Rustam. Beliau sememangnya tidak akan berani berdebat secara profesional, sedangkan cara beliau bercakap dengan wartawan pun merimaskan anak telinga kita mendengarnya./wfauzdin.blogspot.com

TUAN IBRAHIM TUAN MAN PATUT DIGANTIKAN

Posted: 12 Feb 2011 11:14 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS akan menghadapi dua Pilihanraya Kecil tidak lama lagi. Pertama di Dun Merlimau, Melaka pada 06 Mac nanti, manakala satu lagi di Dun Kerdau, Pahang yang tarikhnya belum ditetapkan oleh SPR. Apa yang pasti, SPR terpaksa akur dengan dua PRK ini, tidak perlu lagi merujuk ke mahkamah.

PRK Dun Merlimau telah ditetapkan bahawa PAS sebagai calon mewakili PR dan Pengarah Jentera PRK tersebut telah diserahkan kepada Naib Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang. Oleh kerana tanpa diduga, PRK Dun Kerdau terpaksa diadakan tidak beberapa lama lagi akibat kematian Adun dari Umno semalam, maka saya amat bersetuju dengan pendapat yang mahukan agar Tuan Ibrahim Tuan Man dibatalkan perlantikannya sebagai Pengarah Jentera PRK Dun Merlimau bagi menumpukan perhatian terhadap PRK Dun Kerdau, Pahang.

Calon paling sesuai bagi menggantikan tempat Tuan Ibrahim Tuan Man pada pendapat saya adalah Timbalan Presiden PAS iaitu Us Nasha. Jika Umno pernah melantik Timbalan Presidennya sebagai Pengarah Jentera PRK, maka tentulah PAS tidak mempunyai masalah untuk berbuat demikian. Itu hanya pendapat saya, sekiranya PAS merasakan tugas tersebut tidak bersesuaian untuk Timbalan Presiden, maka calon lain adalah samada seorang lagi Naib Presiden iaitu Mahfuz Omar atau pun Pesuruhjaya PAS Melaka sendiri. Apa yang penting, berilah peluang kepada Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menumpukan tugasnya menghadapi PRK Dun Kerdau. Apatah lagi Dun Kerdau dilihat pada mata kasar mempunyaiu harapan besar untuk PAS merampasnya dari Umno.

Mudah-mudahan PR yang diwakili oleh PAS di dalam dua kawasan pilihanraya ini nanti akan memberikan amaran buat Umno bahawa mereka tidak mudah untuk mengekalkan kuasa mereka menjelang PRU ke 13 nanti. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: