Ahad, 13 Februari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Anwar Ibrahim Jadi Penyanyi La Pulok..

Posted: 13 Feb 2011 08:20 PM PST

Tag : Santai



Pasti ramai yang tak tahu mengenai projek album Teratak Song ni. Telah pun dilancarkan baru-baru ini dengan menampilkan nama-nama besar dalam arena politik Malaysia seperti Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong dan juga kumpulan The Wayfarer (Ibu Lin, Iman, Mu'adz, Mus'ab).
Antara lagu yang dimuatkan dalam album Teratak Song ini adalah;
1. Teratak
2. Jia
3. We are all the same
4. Feeling Fun
Untuk maklumat lanjut dan download lagu-lagu tersebut secara sah dengan percuma, sila ke http://www.uni-tee.org/
DS Anwar Ibrahim menyumbangkan suara beliau di dalam lagu Teratak bermula minit ke 3.00. KLIK SINI untuk download lagu Teratak.


Cari N3 lama-lama disini

Benarkah Eksekutif Google Dalang Revolusi Rakyat Mesir

Posted: 13 Feb 2011 03:30 PM PST

Tag : Isu Semasa



Eksekutif pemasaran serantau syarikat enjin carian internet terkemuka dunia Google, Wael Ghonim telah ditahan sebelum ini kerana menjadi punca kejatuhan Hosni Mubarak. Terkini, beliau telah membuat satu kenyataan terbuka bahawa beliau sangat gembira di atas peletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak malam semalam.
 Aktivis siber itu juga telah dilabel sebagai ikon revolusi kerana beliau telah menghasilkan satu akaun facebook untuk seorang mangsa kekejaman polis di Mesir yang akhirnya tersebar luas sehingga kerajaan Hosni Mubarak di gulingkan. Betapa kuatnya pengaruh Facebook dan Google.

Wael Ghonim juga telah memberi kredit kepada syarikat internet lain dalam usaha menjatuhkan Hosni Mubarak. " Revolusi ini bermula di Facebook, satu hari nanti saya ( Wael Ghonim ) ingin berjumpa dengan Mark Zuckerberg dan ingin ucapkan terima kasih kepadanya "

Beliau menulis di laman sosial twitter miliknya " Tahniah mesir, selamat kembali mesir. Penjenayah itu sudah meninggalkan istana. Hero sebenar ialah orang muda Mesir di Tahrir square ". Sebaik sahaja rusuhan bermula, beliau telah ditahan serta-merta.

sumber: henryzackery.blogspot.com/2011/02/gempar-eksekutif-google-ditahan.html

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: