Isnin, 7 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PENULIS SERANG MSO, MENGAPA SERANG ANWAR SERENTAK?

Posted: 07 Feb 2011 08:00 PM PST

Aku ada baca tulisan seorang penulis bernama Zahash di Tranungkite, yang mengkritik MSO kerana dikatakan MSO ini memperbodohkan Presiden PAS Tuanm Guru Hj Hadi. Aku setuju banyak tentang pendapatnya itu, bahkan aku juga tak setuju sebodoh itu MSO nak perbodohkan Tuan Guru Haji Hadi hanya kerana PAS tewas di dalam Pilihanraya.

Cumanya aku bengang sikit dengan penulisan Zahash tersebut apabila beliau ingin mempertahankan Presiden PAS, beliau memburukkan DS Anwar pula. Beliau menyebut DS Anwar suka buat keputusan sendiri. Benarkah begitu atau hanya satu dakwaan? Adakah beliau punyai fakta tentang tuduhan beliau terhadap DS Anwar?

Jika kerana beberapa MP dari PKR keluar parti boleh dianggap DS Anwar lemah dan tidak boleh dipercayai, bagaimana dengan PAS yang dahulunya kehilangan Presiden mereka sendiri seperti Datuk Asri Muda? Bagaimana dengan keluarnya Naib Presiden PAS seperti Us Nakhaie dan beberapa orang lagi? Adakah PAS tidak boleh dipercayai ketika itu? Mengapa PAS bertambah kuat sekarang? Ini bermaklna, PAS telah alami proses itu dan banyak belajar dari proses itu untuk menjadi lebih kuat sekarang. Maka, apa salahnya kita anggap PKR juga seperti PAS sewaktu dulu apatah lagi PKR terlalu muda jika dibandingkan dengan PAS dan DAP.

Bukankah DS Anwar sendiri secara terbuka mengakui kelemahannya dan akan belajar dari apa yang berlaku di dalam PKR? Maka, bijakkah kita memburukkan DS Anwar setelah ada serba sedikit jasanya kepada kekuatan PAS? PAS juga mempunyai jasanya kepada PKR, begitu juga dengan DAP. Mengapa kita mahu menembak satu musuh di depan, kita mesti menembak rakan kita di sebelah serentak dengan musuh? Bijakkah kita?/budakmental.blogspot

TUAN IBRAHIM TIDAK DIKECAM ATAU DIHINA SEBENARNYA...

Posted: 07 Feb 2011 05:49 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MASIH ada yang mempersoalkan samada PAS perlu bertanding di dalam PRK Dun Merlimau ini setelah diketahui secara jelas betapa buruknya demokrasi yang diamalkan di negara ini. Pakatan Rakyat sentiasa akan berhadapan dengan Umno/Bn di dalam gelanggang yang tidak pernah rata, namun PR masih ampuh dan jika tewas sekali pun mereka tidak dapat memalukan kita.

Zulkkefli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily ada menulis bahawa PAS mempunyai 3 pilihan di dalam menghadapi PRK Dun Merlimau khususnya. Pilihan pertama, PAS masuk bertanding. Pilihan Kedua, PAS serahkan kepada PKR dan pilihan ketiga, PAS boikot pertandingan, yakni tidak menyertai pilihanraya tersebut. Beliau menyebut sekiranya PAS mengambil keputusan memboikot, tidak menjadi satu keganjilan kerana PAS pernah memboikot PRK sebelum ini dan ianya juga pernah disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pandangan Sdr Zulkefli mendapat kritikan oleh seorang penulis di sini. Kesilapan penulis menyalahtafsirkan tulisan Sdr Zulkefli mengakibatkan beliau mendakwa Sdr Zulkefli menghina Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya telah membaca habis tulisan Sdr Zulkefli Sulong itu, namun tidak kelihatan oleh saya bentuk penghinaan atau kecaman penulis kepada Tuan Ibrahim Tuan Man.

Namun demikian, sebagai orang penting di dalam lidah resmi Harakahdaily dan juga sebagai ahli PAS, tindakan memohon maaf Sdr Zulkefli Sulong kepada Tuan Ibrahim Tuan Man wajar diberi pujian. Walaupun beliau tidak bersalah seperti yang didakwa, namun dibimbangi tuduhan ke atasnya boleh mengakibatkan fitnah atau menyinggung perasaan orang lain, maka tindakan memohon maaf adalah satu tindakan mulia.

Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya sesiapa yang mahu menulis dan mencadangkan sesuatu kepada PAS. Sdr Zulkefli Sulong tidak mencadangkan apa pun, beliau cuma menyenaraikan 3 pilihan yang PAS boleh ambil. Saya juga berpendapat, PAS wajar meletakkan calonnya di PRK Dun Merlimau. Jika kita mahu menanti `gelanggang menjadi rata', sampai kiamat tidak akan berlaku selagi sekutu Apco ini memerintah Putrajaya. InsyaAllah, hasil usaha kita semua, tidak mustahil di dalam gelanggang yang tidak rata seperti yang ada sekarang kita mampu usir sekutu Apco ini dari Putrajaya.

PR mesti terus bekerja kuat. PR khususnya di Melaka sepatutnya kini sudah bersedia dengan `peluru-peluru' mereka untuk menyerang kepimpinan Ali Rustam yang pernah dikaitkan dengan rasuah politik itu. Kerajaan Umno/Bn di Melaka mesti `ditelanjang'kan agar rakyat kenal siapakah yang selama ini berpura-pura berbakti kepada rakyat Melaka.

Jika dikatakan Melaka itu maju, PR Melaka mesti membuktikan betapa kemajuan itu lah sebenarnya yang merosakkan nilai dan moral anak muda Melaka. Kemajuan yang tidak seiring dengan nilai keagamaan tidak harus dibiarkan bertapak lama di bumi Hang Tuah itu./wfauzdin.blogspot.com

KERAJAAN PR SELANGOR - JANGAN SAMPAI DISUMPAH TUJUH KETURUNAN

Posted: 07 Feb 2011 08:16 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bertolak ansur juga dengan apa yang telah terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Maka, MB Selangor mengambil keputusan untuk menjernihkan keadaan dengan menerima SUK yang beliau serta majoriti rakyat Selangor tidak `redhai' tetapi mendapat perkenan Sultan Selangor dan juga dari Pusat.

Bukan salah atau kealpaan Tuanku, tetapi semuanya kerana ada yang bersifat `khianat' terhadap seluruh rakyat Selangor dan orang yang `khianat' itu sudah pun bersara serta goyang kaki. Mungkin merasa lega kerana `hasad dengki dan busuk hatinya' kini telah tercapai. Makanlah dia dengan wang pencennya selepas ini samada `halal' atau `haram' hasil dari sabotaj beliau sebelum meninggalkan Pejabat SUK.

MB Selangor mahu lupakan kisah yang `menyakit'kan itu, namun kerajaan harus hidup dan rakyat harus dibela. Maka, Tan Sri Khalid mengadakan perjumpaan dengan Datuk Khusrin selaku SUK yang baru. Alhamdulillah, jika di Perak di bawah Dato Nizar, Kerajaan PR Perak tidak sempat mengenali `musuh dalam selimut', tetapi di Selangor lain situasinya. Samada Datuk Khusrin `musuh dalam selimut' atau tidak, semuanya bergantung kepada apa yang akan berlaku selepas ini.

Dalam pertemuan MB Selangor dan Datuk Khusrin, SUK ini telah diberi `test' pertama. Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah. Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik. "Tan Sri Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik," katanya.

Mungkin banyak lagi ujian demi ujian yang akan diberikan kepada SUK baru ini, maklumlah beliau bukannya dari Pegawai Kerajaan yang asalnya ada kelayakan Gred A, tetapi sekadar mempunyai kelayakan Gred C, cuma `bernasib baik' melompat Gred ke Gred A. Justeru itu, segala bidang tugasnya perlu diajar dan diuji. Nasiblah kali ini Kerajaan Selangor dapat Pegawai Kerajaan seperti beliau.

Cuma perlu diingatkan, untuk menjadi seorang `pengkhianat atau kaki sabotaj' tidak perlu kepada Gred A. Cukup sekadar mempunyai naluri seperti Syaitan yang penuh dendam, hasad dan dengki. Saya yakin, Datuk Khusrin tidak akan meletakkan dirinya sampai ke tahap itu. Seandainya beliau cuba untuk menjadi seperti mantan SUK sebelum ini, nasib beliau mungkin malang sekali. Pisang takkan berbuah dua kali. Selaku bekas Pengarah JAIS, tentunya beliau sedikit sebanyak ada ilmu agama dan keimanan.

Walau bagaimanapun, MB Selangor tidak boleh `lena' walau sedetik pun selepas ini. Kesemua Ahli Exco Kerajaan Selangor juga mesti peka apa yang berlaku di sekeliling mereka. PR Selangor khususnya, mesti menggenggam erat bucu takhta Kerajaan Negeri Selangor ini walau apa pun yang terjadi. Seandainya Negeri Selangor tumbang dan kembali kepada puak mereka yang zalim dan perasuah itu, rakyat akan menyumpah PR tujuh keturunan. /wfauzdin.blogspot.com

KEJAP PUJI, KEJAP KUTUK DAN PUJI LAGI, ITU KERJA AWANG SELAMAT

Posted: 06 Feb 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

KESIHAN Awang Selamat Utusan Meloya yang diperbodohkan orang. Di dalam beliau memburukkan DS Anwar di dalam tulisannya, beliau memuji dan memuja Presiden PAS. Ada udang balik batu.

Tulisannya di petik, "Di Tenang, ceramah Anwar kurang mendapat sambutan. Cubaan beliau untuk bermain sentimen liar juga tidak berjaya. Malah Awang difahamkan, di sebuah kawasan Felda, seorang pemuda yang hadir bangkit merampas mikrofon kerana membantah ketua pembangkang itu memburuk-burukkan Felda. Khabarnya, Anwar yang sedang berceramah ketika itu terpaksa menghentikan ucapannya kerana ternyata hadirin tidak memihak kepada beliau.

Cerita yang beliau katakan di atas itu dapat dari mana? Beliau tulis, `difahamkan' , siapa yang memahamkan beliau? Seorang Pengarang hebat kununnya tetapi boleh kutip cerita sampah seperti itu? Jika benar, masakan TV 3 suku tidak mainkan isu tersebut? Bukankah TV3 suku ini pantang mendapat berita sedemikian?

Nampaknya Awang Selamat tidak puas hati kerana PAS masih kuat di Johor, sebab itu impian Muhyiddin mahu majoriti mencecah 5 ribu tidak kesampaian. Awang Selamat cuba pula untuk melaga-lagakan PAS dengan PKR, terutamanya di antara Presiden PAS dengan DS Anwar. Mengapa tidak dengan Tuan Guru Nik Aziz? Sebab, Awang Selamat tahu bahawa Mursyidul Am PAS itu tetap akan mempertahankan DS Anwar lebih-lebih lagi Tuan Guru Nik Aziz lebih `vokal' tidak mahu PAS bekerjasama dengan Umno dalam aspek politik. Adakah Awang Selamat sangka Presiden PAS lebih mudah untuk dirunding dan `rujuk' kepada Umno? Jika itu andaian beliau, teramat bodoh Awang Selamat yang masih tidak mengenali Presiden PAS tersebut.

Usahlah Awang Selamat banyak buang masa untuk melaga-lagakan DS Anwar dengan pemimpin PAS. Buruk-buruk DS Anwar pun pada pandangan PAS, beliau jauh lebih baik dari Najib dan Muhyiddin yang pengecut itu. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: