Isnin, 7 Februari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Tak sempat update blog,aku tertipu

Posted: 07 Feb 2011 11:17 PM PST


Tunggu punya tunggu bas mutiara express tak sampai sampai,
rugikan masa hampir 4 jam di stesyen bas.

apa-apa hal petang nanti cerita selanjutnya..



Cari N3 lama-lama disini

Santai Bersama Kopratasa

Posted: 07 Feb 2011 07:36 AM PST

Tag : Islamik Muzik



Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat


 
Cari N3 lama-lama disini

Hukum Berkhalwat Di Alam Cyber

Posted: 07 Feb 2011 03:56 AM PST

Tag : Soal Jawab Agama

Assalamualaikum dan salam blogger,
Kita semua dah tahu hukum berkhalwat atau berdua-duaan lelaki-perempuan yang bukan muhrim di tempat-tempat sunyi .Tahukan anda hukum yang sama juga boleh berlaku jika berchating di alam cyber tak kiralah melalui YM ke FB ke Twiter dn sebagainya .Mengikut kenyataan Ustaz Zawawi Jusoh seorang penceramah bebas memang begitulah kenyataannya.
saya kira benda ni baik untuk dikongsikan bersama.
------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

"Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

"Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong," katanya.
Sekian.. Allahua'lam

Saya jumpa artikel ni kat sini:
http://jemarisunnah.blogspot.com

Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: