Selasa, 1 Februari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PENIPU BESAR - GOBALA KATA PKR ANTI INDIA, ZUL KULIM KATA PKR ANTI MELAYU

Posted: 01 Feb 2011 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

GOBALA menjadi `katak hitam' melompat keluar dari PKR, manakala Zul Kulim `firaun besar' pula di`tendang' keluar dari PKR. Gobala kata PKR pinggirkan kaum India, manakala Zul Kulim pula kata PKR pingirkan kaum Melayu. Mana satu betul? Jawapannya, kedua-duanya tidak boleh pakai langsung.

PKR telah menjawab secara fakta angka dan peratusan keahlian PKR, berbanding dengan `dua ekor' MP yang tidak berani mengosongkan kerusinya itu. Ini fakta yang dikeluarkan oleh PKR, jauh sekali apa yang didakwa oleh Gobala tentang keahlian kaum India di dalam PKR. PKR hari ini memperbetulkan laporan sebuah portal berita yang menyebut 40 peratus ahli parti itu adalah kaum India serta kenyataan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan bahawa 90 peratus pimpinan PKR adalah Melayu. Dalam kenyataan hari ini, pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, daripada 371,612 ahli PKR, 45 peratus adalah Melayu, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula sebanyak 21 peratus. Manakala Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2010-2013 terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus dan Bumiputera Sabah, Sarawak serta lain-lain 4 peratus (Malaysiakini).

Jelas kepada kita, kedua-dua MP yang saban masa menyalak terhadap PKR gagal menunjukkan kewibawaan mereka sebagai Ahli Parlimen. Mereka gagal buktikan sebarang salah laku dan ketidak adilan terhadap mereka. PKR telah mengadili Gobala dan memberinya peluang untuk bela diri, namun Gobala telah menetapkan niatnya lebih awal untuk menjadi `katak hitam'. Zul Kulim pula, telah dibawa untuk pengadilan namun mencari alasan lain untuk menolak peluang membela diri kerana niat awalnya sudah ada. Jelas, PKR tidak menzalimi mereka tetapi kerana sikap mereka yang sememangnya ego, sombong dan merasa hebat akhirnya menjadi pencacai murahan.

Adakah PKR sudah bersih sekarang? Jawapannya tidak, masih ada saki baki yang mencari masa yang sesuai untuk `mencari makan' di luar. PKR harus memantau mereka ini dan bertindak lebih awal sekiranya terbukti mereka menjalankan kerja berunsur sabotaj kepada parti./wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR PECAH BELAHKAN MELAYU, HINA NABI ?

Posted: 01 Feb 2011 06:00 PM PST

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.

Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.

Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

"Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.

"Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?" tanya beliau lagi.

Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.

Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.

Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Salman Khan.

"Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?" ujarnya lagi./Harakahdaily

PAHANG DAILY TARIK CERITA SAIFUL SAKIT, TENTANG DILIWAT BAGAIMANA?

Posted: 01 Feb 2011 11:16 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TAHNIAH dan syabas kepada Pahang Daily yang berani serta berjiwa besar memohon maaf kerana menyiarkan cerita sakit yang dialami oleh Saiful Bukhari. Ini membuktikan media pembangkang berani mengaku silap dan tindakan ini patut diikuti oleh media mereka terutamanya Utusan dan TV 3.

Permohonan maaf oleh Pahang Daily hanya merujuk kepada cerita kununnya Saiful menghadapi penyakit dan samasekali tidak melibatkan cerita fitnah liwat ke atas DS Anwar. Tentunya Saiful merasa lapang dada di atas pengakuan mohon maaf tersebut. Baca di sini.

Saya juga percaya bahawa apa yang diperkatakan oleh Pahang Daily di dalam permohonan maafnya itu bahawa Saiful tidak berpenyakit seperti yang diperkatakan. Saiful hanya boleh merasa bertuah kerana tuduhan bahawa beliau mendapat sakit adalah satu tuduhan palsu, tetapi bukan cerita bahawa beliau diliwat itu. Tuduhan liwat ke atas DS Anwar tetap tidak diyakini majoriti rakyat dengan berbagai kisah dan perjalanan cerita yang tidak masuk akal.

Perjalanan perbicaraan kes liwat juga dilihat aneh sekali. Sekarang, kita tumpukan kepada sejauh mana mereka boleh mensabitkan tuduhan ke atas DS Anwar di dalam mahkamah sivil setelah kes qazaf di mahkamah Syariah dihalang. Apakah episod dahulu bakal berulang?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: