Selasa, 1 Februari 2011

Kami Sokong Tokguru

Kami Sokong Tokguru


Allah

Posted: 01 Feb 2011 11:15 PM PST

Google Earth Berjaya Merakam Kalimah Allah Di Aceh.. Allahhuakbar..!!


Kalimah Allah berjaya dirakamkan di pegunungan Burni Uning Tualang, Kabupaten Gayo Lues, Aceh.. Namun menurut berita, Kalimah itu hanya boleh dilihat dengan munggunakan perisian Google Earth yang dipancarkan terus melalui satelit..

Seorang pengakses Google Earth, Agung Dwinurcahya, mengaku terkejut apabila beliau menemui gambar yang menyerupai kalimah Allah di pegunungan Gayo Lues yang dirakam melalui Google Earth. "Subhanallah," kata Agung dalam email yang dikirim ke admin acehkita.com.. Beliau juga turut mengirim gamabr di atas kepada admin acehkita.com

Kalimah Allah itu kelihatan berada di kedudukan koordinat 3°48′39.81″ Utara dan 97°46′17.01″ Timur."Lokasinya di sempadan Aceh dan Sumatera Utara. Nama daerah ini,  Burni Uning Tualang", kata Agung yang bekerja sebagai staf Geographic Information System di Badan Pengelola Kawasan Ekosistem Leuser Pemerintah Aceh.."Gambar itu terlihat di antara lembah-lembah yang dalam, gunung yang tinggi dan tertutup hutan tebal", katanya lagi..

Sumber:
http://www.izamirridzwan.com

Cari N3 lama-lama disini

Dosa dan Pahala Dalam Pilihanraya

Posted: 01 Feb 2011 09:59 PM PST

Tag :  Soal Jawab Agama

Soalan :
Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.
 Zamani, Johor.

Jawapan Dr.Asri

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara.

Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
"Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah". (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).
Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin 'Uyainah (meninggal 198H)
"Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman" (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).
Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
"Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.

-Baca lagi disini untuk lebih jelas-



Cari N3 lama-lama disini

Tiada ulasan: