Selasa, 15 Februari 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Ekoran bukti baru, Anwar mahu tuduhan liwat digugur

Posted: 15 Feb 2011 09:13 PM PST

February 16, 2011


Anwar
KUALA LUMPUR, 16 Feb — Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tuduhan liwat terhadapnya digugurkan ekoran "bukti terbaru" yang muncul berdasarkan kandungan laporan awal proforma, yang diberitahu di mahkamah hari ini.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh berhujah bahawa penemuan bukti baru itu menunjukkan tuduhan ke atas anak guamannya tidak berasas.

Sehubungan itu kata beliau, di bawah kanun prosedur jenayah, hanya Peguam Negara yang boleh menarik balik tuduhan terhadapnya.

"Saya meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan bagi mengelakkan negara dimalukan lagi.

"Dalam soal pendakwaan, kita ada versi yang berbeza mengenai isu-isu asas dalam perbicaraan ini," kata Karpal kepada pemberita.

Anwar pula berkata bukti baru itu menunjukkan pendakwaan ke atasnya adalah sesuatu yang "remeh-temeh dan tidak berasas."

"Ini satu pendakwaan... mengapa Peguam Negara mahu meneruskan dan berkeras dengan tuduhan yang bermotifkan politik?" kata Anwar.


9.46am: Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.

NONE"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal."

"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' liwat," kata doktor itu ketika ditanya.

9.43am: Juga hadir di galeri awam adalah ahli majlis tertinggi PKR, Latheefa Koya, bersama pemimpin Hindraf dan bekas tahanan ISA R Kenghadaran.

9.42am: Pihak pembelaan mengakhiri soal balas mereka ke atas Dr Khairul Nizam (kiri). Giliran DPP Datuk Nordin Hassan menjalankan soal balasnya pula.

Dr Khairul Nizam berkata borang pro-forma disediakan oleh jabatan forensik dan soalan dalam dokumen itui diisi oleh Dr Siew.

SELANGORKINI PALSU DIEDAR

Posted: 15 Feb 2011 06:07 AM PST


PKR kutuk akhbar palsu Selangor Terkini

Ismail Hashim


SHAH ALAM, 15 Feb: Wanita Keadilan Selangor mengutuk pihak yang bertanggungjawab sehingga tersebarnya akhbar palsu, Selangor Terkini yang menyerupai akhbar sah terbitan Kerajaan Selangor, SelangorKini.

Ketuanya, Haniza Mohamed Talha berkata, Wanita Keadilan Selangor mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan kerana ia berniat jahat, menghasut rakyat dan cuba menimbulkan ketidaktenteraman dalam masyarakat awam.

"Wanita Keadilan Selangor mengajak seluruh rakyat Selangor mengutuk perbuatan terdesak Umno yang sengaja menimbulkan kekecohan kerana khuatir dengan sokongan rakyat yang bertambah terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," tegasnya.

Haniza yang juga Adun Taman Medan berkata, SelangorKini adalah akhbar terbitan dua kali sebulan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor bagi menyampaikan berita-berita perkembangan kerajaan negeri kepada raikyat Selangor.

Namun begitu ada yang berpandangan lain pula. Bagi mereka, tindakan Umno meniru akhbar kerajaan negeri ini melambangkan akhbar kerajaan negeri, Selangorkini berkesan kepada orang ramai.

"Apa yang mengejutkan, seorang menteri telah sudi ditemubual oleh wartawan akhbar palsu itu.

"Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya," jelas Haniza yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor.

Tambahnya, hasil siasatan beberapa pihak, jelas menunjukkan isi kandungannya mengandungi fakta-fakta yang salah berkaitan Kerajaan Selangor dan diedarkan di rumah-rumah dan tempat-tempat awam.

Akhbar palsu Selangor Terkini yang diedarkan menggunakan logo Kerajaan Selangor dengan rekabentuk seperti akhbar Selangor Kini, jelas bertujuan mengelirukan rakyat dan memfitnah Kerajaan Selangor, ujarnya.

PRU13: Hanya perikatan ‘baru kolektif’ boleh ganti BN, kata Raja Petra

Posted: 15 Feb 2011 03:59 AM PST

February 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Susulan tsunami politik 2008, barisan prorakyat dan Pakatan Rakyat perlu membentuk perikatan kolektif untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), sekali gus mewujudkan kerajaan pusat yang propembaharuan, kata pengendali blog Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin.

Sehubungan itu, penulis terkenal tersebut yang kini berada di luar negara berkata, usaha ke arah itu perlu bermula di Sabah dan Sarawak.

Beliau mengetengahkan pandangan ini ketika Sarawak bersedia ke arah mengadakan pilihan raya negeri manakala pilihan raya umum disebut-sebut akan diadakan tahun ini.

Kata Raja Kamaruddin (gambar), impian itu tidak boleh dicapai oleh Pakatan Rakyat semata-mata, yang terdiri daripada tiga parti politik, yang berganding ketika pilihan raya umum 2008.

Gandingan itu membawa kepada kemenangan menafikan majoriti dua pertiga tradisi BN di Parlimen dan kehilangan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Secara realistik, Pakatan Rakyat sendiri tidak boleh lakukan perkara ini. Hakikatnya, tiada parti politik tunggal yang boleh lakukan yang ini.

"Apa yang diperlukan ialah usaha kolektif kesemua (pihak) yang prorakyat, parti-parti propembaharuan politik bekerjasama dengan Third Force, yang terdiri daripada NGO yang berorientasikan pembaharuan dan juga rakyat yang sudah pun bekerja ke arah perubahan," katanya.

Pada 12 Disember lalu, Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM), kata Raja Petra, telah melancakan inisiatif menawarkan calon bebas Barisan Rakyat.

"Sehingga kini butiran empat calon bebas telah pun diumumkan. Dan, kami berhasrat untuk menawarkan 30 nama bagi pilihan raya umum ke-13.

"Sabah, Sarawak dan Labuan ada 57 kerusi di Parlimen. Sebagaimana saya katakan dalam atikel sebelum ini, Sabah dan Sarawak adalah krtikal untuk mempunyai peluang membentuk kerjasama pembaharuan di Putrajaya susulan pilihan raya umum ke-13," kata beliau dalam rencana diterbitkan menerusi Free Malaysia Today.

MCLM, kata Raja Petra, bekerja rapat dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Sarawak dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) di Sabah dalam usaha membina satu perikatan di kedua-dua negeri berkenaan.

"Kami berharap dalam beberapa hari lagi kami akan mengumumkan pembentukan perikatan ini," katanya lagi.

Ketiga-tiga pihak berkenaan akan mengadakan sidang media di ibu negara esok.

Raja Petra menulis, sekiranya perikatan Snap-UBF-MCLM dapat dibentuk, MCLM berharap untuk mewujudkan "perikatan susulan" dengan parti-parti bukan BN di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

"... dengan satu objektif dalam fikiran: mewujudkan pakatan untuk menggantikan BN dalam pilihan raya umum akan datang dan mengadakan kerajaan persekutuan propembaharuan di Putrajaya," katanya.

Oleh itu kata beliau, "diharapkan dengan perikatan-perikatan ini diadakan, pertarungan satu lawan satu dapat diadakan dalam pilihan raya umum ke-13."

"Sebarang pertandingan tiga pihak adalah tindakan dilakukan BN sendiri," katanya lagi.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider, dua pemimpin PKR, salah satu komponen Pakatan Rakyat berkata, hanya akan mempertimbangkan calon-calon daripada kumpulan bukan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mereka bersedia menerima dasar-dasar perikatan itu.

Timbalan presidennya Azmin Ali berkata, PKR terbuka kepada calon-calon yang dinamakan oleh pelbagai pertubuhan seperti MCLM, malah malah sedia memberi Parti Sosialis Malaysia (PSM) lebih banyak kerusi jika mereka bersedia untuk menerima arahan whip perikatan.

"Kita boleh berbincang dengan mereka. Tetapi jika mereka masih mahu menjadi bebas, apa gunanya?" kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak ketika ditanya mengenai kesediaan MCLM menawarkan seramai 30 calon kepada PKR bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli juga mengakui pihaknya mengambil sikap waspada dalam menerima calon-calon yang ditawarkan oleh MCLM kerana mahu mengelakkan 'kesilapan' yang dialami tiga tahun lalu ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12.

Menurut Rafizi, sementara partinya "terbuka" kepada tawaran MCLM dan menerima kritikan pergerakan itu terhadap partinya, komponen Pakatan Rakyat itu akan membuat pilihan sendiri dan akan memilih ahli-ahlinya yang ada pengalaman selaku pemimpin akar umbi.

Tiada ulasan: